1. Soalan bahagian ini adalah berdasarkan novel-novel yang dikaji mengikut zon masingmasing.
ZON
NOVEL MENGIKUT ZON
Selangor, Wilayah Persekutuan, Meniti Kaca, Pahlawan Pasir Salak, Panas Salju
Negeri Sembilan, Perlis
Melaka, Johor, Kelantan
Anak Din Biola, Tragedi Empat Disember, Kanang:
Cerita Seorang Pahlawan
Kedah, Perak, Pulau Pinang
Aku Anak Timur, Kapten Hassan Wira Bangsa,
Merdeka! Merdeka!
Sabah, Sarawak, Pahang,
Limpahan Darah di Sungai Semur, Timulak Kapal
Terengganu
Perang, Ekspedisi
2. Pelajar mesti membaca serta mengkaji novel dari aspek-aspek sasteranya seperti sinopsis,
tema, persoalan, perwatakan, plot, latar, gaya bahasa, nilai dan pengajaran.
3. Markah untuk bahagian ini ialah 10 markah.
4. Anda harus mengemukakan sekurang-kurangnya 5 isi berserta contoh yang sesuai bagi
memperkukuhkan jawapan anda.
TIP MENJAWAB
- Semasa menjawab soalan KOMSAS, anda diwajibkan menulis dalm bentuk esei /
karangan bukannya ditulis dalam bentuk poin, rangka isi atau jadual. Jika tidak,
markah anda akan dipotong.
- Selain itu, anda juga mesti mengelakkan daripada melakukan banyak kesalahan
dari aspek tatabahasa dan ejaan, kerana terdapat markah untuk bahasa dalam
soalan ini.
- Jika ada masa, tulislah sebanyak mungkin isi kerana isi yang salah tidak akan
ditolak markah, manakala isi yang betul akan diberikan markah.
www.andrewchoo.edu.my
SINOPSIS
Novel Aku Anak Timur mengisahkan pengembaraan Zarina bersama-aama dengan
ibunya, Ros dan adiknya, Rizal ke Belanda. Mereka ke sana untuk mengunjungi ayahnya, Ali
yang bertugas di perpustakaan Universiti Leiden. Perjalanan mereka menempuh pelbagai
halangan.
Semasa berada di Belanda, Zarina sekeluarga melawat beberapa tempat yang menarik.
Antaranya Amsterdam, Delft, Rotterdam, kawasan bunga, kawasan pertanian, dan sebagainya.
Mereka juga berpeluang untuk melawat negara Eropah yang lain seperti England, Perancis,
dan Jerman.
Zarina telah berkenalan dengan seorang pemuda kacukan Indonesia - Belanda yang
bernama Niek Van Hoeve semasa berada di Belanda. Kepetahan Niek berbahasa Melayu dan
sikapnya . yang berbudi bahasa serta memahami nilai-nilai ketimuran telah memikat hati
Zarina. Walau bagaimanapun, ibu dan ayah Zarina tidak begitu suka Niek dan anak gadis
mereka menjalinkan hubungan yang mesra kerana mereka berbeza dari segi agama dan
budaya.
Pada suatu hari, sewaktu Zarina menghadiri majlis hari jadi kawan Niek, Zarina terasa
ada orang memeluknya. Dia yakin bahawa orang itu bukan Niek. Zarina meronta dan berjaya
melepaskan diri. Dengan keadaan tidak menentu, dia mencari jalan pulang. Dia bersyukur
kepada Allah kerana terjumpa rumah kawan ayahnya. Kawan ayahnya menghantar Zarina
pulang. Peristiwa hitam itu menyedarkan Zarina bahawa terdapat perbezaan yang nyata antara
budaya Timur dengan Barat.
PLOT
Permulaan cerita
- Zarina dan keluarganya menaiki kapal terbang dari Kuala Lumpur ke Dubai dan seterusnya
ke Amsterdam, Belanda.
Perkembangan cerita
- Ibu Zarina berasa cemas kerana suaminya, Encik Ali tidak menunggu mereka seperti yang
dijanjikan. Dia membeli tiket kereta api untuk pergi ke rumah sewa suaminya sendiri
berdasarkan panduan jalan yang ada tercatat dalam surat. Beberapa minit kemudian,
suaminya sampai.
Perumitan cerita (Koflik)
- Hubungan intim antara Zarina dengan Niek mendapat tentangan daripada ibu bapanya.
Puncak cerita (Klimaks)
- Sesuatu yang tidak diduga terjadi kepada Zarina, iaitu Zarina hampir diperkosa oleh rakan
Niek ketika menghadiri majlis hari jadi raan Niek.
2
www.andrewchoo.edu.my
Peleraian
- Zarina insaf dan memohon rnaaf daripada ibu dan ayahnya. Zarina juga memaafkan Neik
kerana peristiwa dalam majlis hari jadi kawannya itu. Zarina memahami bahawa banyak
terdapat perbezaan antara budaya Timur dengan Barat.
TEKNIK PLOT
1. Pemerian
Apabila kami sampai ke atas berhampiran dengan pintu keluar, kami nampak ada penjual
surat khabar dan barang-barang lain seperti peta, coklat, biskut, buku dan majalah serta
rokok.
2. Dialog
- Macam mana nak masak ni bang, mana ada kelapa? tanya ibu.
- Ni santannya dan cili. Rempah ka nada Ros bawa?
- Mana santan bah, taknampak kelapa pun? aku menyampuk.
GAYA BAHASA
Belanda tu. Sudah! Aku tak mahu engkau
berkawan dengan Neik lagi.
Bahasa Inggeris
Homework, nothing to declare, thank you,
enjoy your holiday, nice kids, steak
Penggunaan peribahasa
- hujan emas di negeri orang, hujan batu di
negeri sendiri, baik juga negeri sendiri.
- lain padang, lain belalang
Bahasa Belanda
Nee (bukan / tidak), bedankt (terima kasih),
daag (selamat jalan)
Bahasa Arab
Syukran, Masya-Allah
Simile
- Keadaannya seolah-olah seperti dalam
rumah.
- Ketika itu rasa badanku melambunglambung seperti dilambung ombak.
- Kami senyap seperti tikus ketakutan
dikejar kucing.
Bahasa Perancis
Yes..mesdames, messieurs
Bahasa Indonesia
Selamat sore bu, kaget, berpakansi
Personifikasi
Kedinginan malam terus menusuk tubuhku
Sinkof
"Engkau betul tak berfiklr, Za. Engkau ni
dah lupa daratan bila bertemu budak
3
www.andrewchoo.edu.my
www.andrewchoo.edu.my
Memoir Seorang Pelukis, Mohamad Hashim Amir Hamzah Dalam Kenangan Silam
Seorang Penyair.
SINOPSIS
Hassan bin Haji Osman dilahirkan di Kampung Batu 12, Mantin, Seremban, Negeri
Sembilan pada Julai 1927. Hassan anak ketiga daripada lima orang adik-beradik. Ibunya telah
meninggal dunia ketika beliau berusia tujuh tahun. Oleh itu, dia tinggal dengan datuk sebelah
ibunya. Dia belajar hingga darjah lima di Sekolah Melayu Kampung Pantai, kemudian
menyambung pelajaran di Sekolah Pengajian Pondok Kampung Sega, Kuala Sawah, Rantau,
Negeri Sembilan. Pengajiannya tergendala apabila tercetusnya perang pada Disember 1941.
Hassan bernikah dengan Siti Zabedah pada tahun 1944. Ketika Hassan menziarahi
bapanya di Salak, Sepang, isteri, ibu mentua, nenek mentua, dan anak buah isterinya telah
dibunuh dengan kejam kerana mahu mempertahankan wang ringgit dan harta benda daripada
dirampas oleh komunis.
Setelah peristiwa pengeboman bom atom di Hiroshima dan Nagasaki, kerajaan Jepun
menyerah kalah. Dalam tempoh 14 hari sebelum pentadbiran Tentera British (BMA) sampai
di Tanah Melayu, Kumpulan Bintang Tiga telah mengganas. Penghulu Ismail, iaitu datuk
Hassan telah ditangkap oleh komunis kemudian dihantar ke Ulu Terip. Semenjak itu Hassan
bertekad hendak membalas dendam. Dia mempelajari ilmu mempertahankan diri dan ilmu
kebatinan.
Pada penghujung tahun 1946, Hassan menceburi Kor Rejimen Askar Melayu dan
menjalani latihan selama enam bulan di Pusat Latihan Rekrut, Port Dickson. Beberapa siri
pertempuran dengan pasukan Bintang Tiga telah berlaku. Pasukan Hassan telah banyak
mencapai kejayaan. Hassan sendiri telah menunjukkan kejayaan yang cemerlang. Oleh itu,
Hassan telah dinaikkan pangkat dan mendapat pelbagai anugerah. Antaranya ialah Pingat
Perkhidmatan Cemerlang . (MID), Bintang Penghormatan Tentera (MID), dan pangkat sarjan.
Berita kejayaan Hassan telah menakutkan pihak komunis sehingga mereka
menggunakan seorang komunis wanita yang bernama Ah Moi untuk mempengaruhinya.
Hassan tidak dapat diperdayakan, sebaliknya Ah Moi yang termakan akan pujukan Hassan.
Riwayat hidup Hassan juga telah difilemkan oleh P. Ramlee. Hassan sendiri yang menulis
skrip filem tersebut.
Pada 20 Ogos 1957, anggota Kompeni Batalion Kelima Askar Melayu Diraja yang
diketuai oleh Hassan teiah berjaya menghalang rancangan pengganas komunis untuk
menggagalkan sambutan Hari Kemerdekaan. Peristiwa tersebut berlaku di Ladang Getah
Waterfall. Setelah itu Hassan dinaikkan pangkat sebagai Leftenan. Setelah itu Hassan gagal
dalam ujian kenaikan pangkat seterusnya kerana terlalu sibuk.
Pada 5 Ogos 1962, perkhidmatan Hassan sebagai anggota tentera ditamatkan. Dia tidak
mendapat pencen kerana perkhidmatannya kurang daripada 16 tahun. Permohonannya untuk
menyambung perkhidmatan dalam tentera ditolak kerana ketuanya mahu membalas dendam.
Oleh itu, Hassan merayu secara rasmi kepada Tun Abdul Razak. Akhirnya, beliau diterima
untuk berkhidmat sepenuh masa dalam pasukan Askar Wataniah di Kem Rasah, Seremban
dengan pangkat kapten.
5
www.andrewchoo.edu.my
www.andrewchoo.edu.my
2. Imbas muka
Rancangan pihak Komunis untuk menghantar Ah Moi menggoda Hassan
GAYA BAHASA
Bahasa Inggeris
Home Guard, stengun, stand to, retraining
Simile
- Bagi mereka, orang-orang kampung
mukim Pantai pada ketika itu ibarat
harimau yang tidak bertaring dan tidak
berkuku, yang boleh mendengus sahaja.
- "Bahawa gugur kamu ibarat gugurnya
kuntum-kuntu melati yang mengharumkan
nama nusa dan bangsa.
Bahasa Arab
zikirullah, aliahyarham, roh,jenazah
Bahasa Jepun
aiho, oabang, kabotai
Personifikasi
Bayang maut datang menerjah dari segenap
penjuru.
Metafora
hujan tembakan
Peribahasa
- Alang-alang menyeluk pekasam biar
sampai ke pangkal lengan
- Hanya jauhari yang mengenal manikam
www.andrewchoo.edu.my
www.andrewchoo.edu.my
SINOPSIS
Kudin merupakan seorang remaja yang gigih memperjuangkan kemerdekaan daripada
cengkaman penjajah.Berbekalkan sokongan daripada ayahnya, Kudin bersama kawan-kawan
sanggup bergadai nyawa untuk menghapuskan musuh bangsa yang kian mencengkam
kehidupan mereka. Usaha Kudin dalam memperjuangkan kebebasan itu telah mendapat
perhatian khusus daripada tokoh negara, iaitu Datuk Onn.
Perhatian itu menyebabkan Kudin semakin bersemangat untuk mencapai kejayaan. Kematian
ayahnya di tangan musuh tidak melemahkan. semangat perjuangan tersebut, Kudin dijadikan
contoh kepada para remaja untuk menegakkan maruah bangsa. Dia diberi penghormatan
untuk berucap dalam Persidangan Kongres Kebangsaan. Berkat kegigihan dan semangat
perjuangan yang padu, barisan perjuangan itu berjaya menghalang penubuhan Malayan Union
yang dicadangkan oleh pihak Inggeris. Kejayaan ini merupakan jaminan kesejahteraan bangsa
Melayu pada kemudian hari.
PLOT
Permulaan cerita
- Kudin diberitahu oleh Bustam bahawa dia telah dilantik untuk memberi ucapan dalam majlis
Persidangan Kongres Kebangsaan yang akan diaiiakan di Kuala Lumpur.
Perkembangan cerita
- Kudin bersama kawan-kawannya memperketatkan kawalan di kampung mereka
- Mesyuarat bersama Tuk Ketua tentang majlis persidangan agung yang akan diadakan dan
juga kesalamatan kampung meraka
- Kudin dan Ibrahim pergi ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan Encik Hasmun dan
Datuk Onn
Perumitan cerita (Koflik)
- Kudin betasa sedih apabila mendapat berita tentang penculikan kawannya, Bustam oleh
pengganas komunis
- Rombongan yang berusaha mencari Bustam termasuk ayah Kudin tidak pulang ke kampung
- Kudin sedih dengan beritakematian ayahnya tetapi tetap bersemangat ketika berucap dalam
Persidangan Kangres Kebangsaan tersebut
- Kudin serba salah meninggalkan kampung dan ibunya serta menurut ajakan Encik Hasmun
untuk meneruskan perjuangannya di bandar
Puncak cerita (Klimaks)
- Ramai bangsa Melayu berarak dan berkumpul di stesen kereta api kerana membantah
penubuhan Malayan Union yang dicadangkan oleb pihak Inggeris
- Mereka berjaya menghalang raja-raia Melayu daripada menghadiri majlis perasmian
Malayan Union
9
www.andrewchoo.edu.my
Peleraian
- Orang ramai yang berasa gembira dengan kejayaan mereka mula mengundur diri dari sekitar
Padang Kelab Sulaiman
- Tuk Ketua dan penduduk Kampung Teras Jernang mengucapkan selamat tinggal kepada
Kudin sebelum puiang ke kampung
- Kudin rneneruskan perjuangannya di kota besar itu
TEKNIK PLOT
1. Imbas kembali
Kudin teringat bagaimana cita-cita untuk belajar lebih tinggi tidak tercapai kerana zaman
Jepun memaksa dia berhenti sekolah. Dia juga dapat belajar bahasa Jepun dan mampu
menguasai bahasa itu.
2. Imbas muka
Jika musuh dapat menguasai jambatan dan mematahkan pertahanan serta memusnahkan
kubu-kubu, bererti Kampung Teras Jernang akan jatuh ke tangan musuh,
3. Monolog
Tentulah Ujang berasa serba salah dan sedih, kata Kudin sendirian.
GAYA BAHASA
Taring kekuatan, lautan manusia
Bahasa Inggeris
Meeting, Down with the British, Down with
Malayan Union
Simile
- Perutnya melebar macam kuali
- Gamatnya bagaikan gunung berapi akan
meletus
Bahasa Arab
Alllllaaaahhhhuakbaaaar!
Personifikasi
Ucapan itu menusuk-nusuk jantung
kalbunya
Hiperbola
- Jantung kalbunya bagai tercabut dari
dadanya.
- ...bercakap berapi-api dan penuh semangat.
Metafora
10
www.andrewchoo.edu.my
www.andrewchoo.edu.my
7. Simpati
Belas kasihan terhadap kesusahan dan penderitaan orang lain. Penduduk Kampung Teras
Jernang bersimpati dengan nasib yang menimpa Kasa kerana kehilangan Bustam. Kudin
juga bersimpati dengan nasib Ujang kerana ayahnya telah menjadi pengganas dan Encik
Hasmun bersimpati dengan nasib Kudin kerana ayahnya telah mati dibunuh oleh
pengganas.
8. Rasional
Boleh berfikir dan mengambil tindakan tanpa dipengaruhi oleh perasaan. Pak Awang
tidak bimbang sekalipun dia akan diberhentikan kerja sebagai kerani rendah oleh Tuan
White. Dia juga tidak menumbuk Kasim dan Osman yang memujuknya supaya menjadi
tali barut Inggeris kerana kedua-dua pemuda itu adalah tetamu di rumahnya.
Pengajaran
1. Kita mestilah mencintai tanah air kita seperti Datuk Onn, Za'ba, Kudin, Pak Awang, dan
penduduk Kampung Teras Jernang yang sangat gigih berjuang untuk menentang Inggeris
dan menghapuskan pengganas.
2. Kita mestilah mengamalkan sikap bersatu padu dan saling bekerjasama untuk
mewujudkan rasa persefahaman. Hal ini dibuktikan apabila masyarakat Melayu daripada
pelbagai lapisan masyarakat sanggup mengadakan perhimpunan raksasa di Kuala
Lumpur, Kuala Kangsar, dan Johor Bahru untuk menentang penubuhan Malayan Union.
3. Kita hendaklah menjalinkan hubungan yang baik dengan rakan-rakan dan ahli keluarga.
Contohnya, Kudin dan rakan-rakan yang lain berusaha menenangkan Ujang yang sangat
kecewa apabila ayahnya menyerang Kampung Teras Jernang kerana telah menganggotai
kumpulan pengganas. Pak Awang juga sanggup mencari Bustam yang telah hilang di
dalam hutan bersama-sama dengan keluarga Kasa.
4. Kita mestilah hormat dan patuh kepada ketua. Contohnya, Kudin hanya membantu
pertahanan dalam kampung walaupun da berhasrat untuk bertempur di dalam hutan
setelah dinasihatkan oleh Tuk Ketua ketika kampungnya diserang oleh pengganas di
kawasan hilir. Tuk Ketua bimbang akan keselamatan Kudin kerana dia akan berucap
dalam perhimpunan agung di Kuala Lumpur.
5. Kita hendaklah mempunyai pendirian yang teguh dan jangan mudah mengalah kepada
keadaan. Pak Awang sanggup dibuang kerja sebagai kerani rendah daripada berhenti
bergiat dalam Persatuan Pahlawan Kemerdekaan.
6. Kita hendaklah bersikap prihatin. bersimpati, dan bersedia membantu. Contohnya. Encik
Hasmun berhasrat menyekolah dan mendidik Kudin sehingga menjadi seorang ahli politik
yang terkenal Datuk Onn juga bercadang mahu membawa Kudin ke Johor.
7. Kita hendaklah mengenang jasa para pejuang tanah air yang sanggup berkorban demi
memerdekakan negara daripada dijajah. Tanpa mereka, kita mesti tidak dapat menikmati
kejayaan seperti hari ini Oleh itu, peranan kita pada hari ini ialah untuk mengisi
kemerdekaan setelah negara kita merdeka.
12
www.andrewchoo.edu.my
13
www.andrewchoo.com.my