Anda di halaman 1dari 24

FALSAFAH ILMU

USK 1042
MINGGU 1
DR. NOOR HISHAM MOHD NAWI
DR. SITI MARZIAH ZAKARIA
PUSAT PENGAJIAN BAHASA & PEMBANGUNAN INSANIAH
UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN

PENGENALAN

KONSEP ILMU

KONSEP ILMU

CIRI-CIRI ILMU

PENGERTIAN & KONSEP ILMU


Al-Attas (1978) mentakrifkan ilmu dengan mengemukakan
semula takrif Fakhruddin Al-Razi dalam bentuk yang
diperbaiki dan diubahsuai iaitu :
Dengan merujuk kepada Allah s.w.t. sebagai sumber
segala ilmu,
ia (ilmu) adalah ketibaan makna bagi sesuatu ke dalam
diri seseorang.

Sebaliknya apabila merujuk kepada diri sebagai


pentafsir,
ilmu adalah ketibaan diri seseorang kepada makna
tentang sesuatu.

SAMBUNGAN ..
Takrifan ini membawa maksud bahawa Allah
s.w.t. adalah sumber sebenar ilmu dan
manusia adalah makhluk aktif yang berusaha
mendapatkan ilmu. Oleh itu semua ilmu
bertolak daripada premis tauhid iaitu ilmu
terbit daripada sumber yang satu.
Takrifan itu juga memperakukan bahawa sumber
ilmu itu pelbagai dan boleh dikelaskan kepada
lima jenis iaitu pancaindera, akal, intuisi,
ilham dan wahyu. Dua yang terawal berada
dalam domain empirikal dan tiga yang terakhir
berada dalam domain metafizik.

PENGERTIAN & KONSEP FALSAFAH


Gabungan perkataan philo (cinta) dan
sophos (kebijaksanaan). Cintakan
kebijaksanaan.
Falsafah secara umumnya adalah
berfikir dengan ciri-ciri berikut :
Berfikir secara kritikal (renungan mendalam sehingga
dapat mengeluarkan kekuatan dan kelemahan)
Berfikir secara menyeluruh (pengalaman manusia
umum dan bukannya secara khusus atau terbatas
seperti disiplin ilmu tertentu)
Berfikir secara integral (berpadu secara lengkap)

DEFINISI FALSAFAH

RUMUSAN PENGERTIAN FALSAFAH


MENURUT HAROLD TITUS

CABANG FALSAFAH

ONTOLOGI

EPISTEMOLOGI (TEORI ILMU)

AKSIOLOGI

PENGERTIAN FALSAFAH
ILMU

KOMPONEN FALSAFAH ILMU

KOMPONEN FALSAFAH
ILMU

Komponen Ontologi

Komponen ini membahaskan sekurangkurangnya dua aspek penting iaitu ruang


lingkup atau wilayah cakupan ilmu dan hukum
ilmu.
Perbahasan ruang lingkup ilmu
mempersoalkan adakah ilmu hanya terbatas
pada persoalan alam fizikal sahaja (alam alsyahadah) atau turut mencakupi alam
metafizik.

Ruang lingkup ilmu juga melahirkan konsep


klasifikasi ilmu.

KOMPONEN FALSAFAH ILMU

KOMPONEN FALSAFAH ILMU


Komponen Aksiologi

Komponen ini menumpukan kepada aspek nilai


guna sesuatu ilmu iaitu samada bernilai atau
sebaliknya, penting atau tidak penting, serta
baik atau buruk. Setiap manusia mempunyai
sistem nilainya yang tersendiri. Umumnya,
manusia berbolak-balik antara dua nilai iaitu
nilai kebendaaan atau nilai kerohanian.
Islam mempunyai sistemnya yang tersendiri
dalam mengatur konsep tatanilai ilmu melalui
prinsip al-ahkam al-khamsah iaitu wajib, sunat,
mubah, makruh dan haram dan konsep hierarki
tiga susunan keperluan iaitu daruriyat, hajiyat
dan tahsiniyyat.

KOMPONEN FALSAFAH ILMU


Komponen Aksiologi

Nilai ilmu boleh dibahagikan kepada tiga kategori


iaitu ilmu terpuji, ilmu tercela dan ilmu neutral.
Dari segi teori, pemilihan ilmu yang penting dibuat
berdasarkan mazhab falsafah pendidikan seperti
perenialisme, esensialisme, progresivisme,
eksistensialisme dan rekonstruksionisme.
Dalam Islam, ilmu terpuji secara mutlak adalah
ilmu wahyu dalam kategori ilmu fardhu ain di
mana ia diwajibkan kepada setiap individu
muslim di setiap peringkat pendidikan. Di
samping itu, terdapat ilmu fardhu kifayah yang
menjadi pelengkap kepada ilmu fardhu ain di
mana tuntutan perlaksanaannya bersifat kolektif.

Russel berpendapat falsafah berada di antara teologi dan sains

Theology

Philosophy

science

HUBUNGAN FALSAFAH DENGAN


ILMU DAN AGAMA

Sekian,
Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai