Anda di halaman 1dari 3

Karangan - Peranan ibu bapa dalam memupuk semangat membaca dalam

kalangan remaja
Sedasawarsa ini, sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia tentang isu budaya membaca
yang kian meruncing dalam kalangan remaja. Acap kali kita dengar, slogan Membaca
Jambatan Ilmu sering menghiasi dada-dada akhbar, internet dan televisyen. Hal ini jelas
menunjukkan bahawa budaya membaca dapat memberikan banyak manfaat kepada
masyarakat. Namun demikian, masyarakat Malaysia terutamanya remaja tidak gemar
membaca sehingga menyebabkan mereka tidak menguasai ilmu pengetahuan dan bolehlah
diibaratkan seperti katak di bawah tempurung. Siapakah yang harus dipersalahkan sekiranya
fenomena ini berlaku sehingga remaja Malaysia banyak yang buta maklumat? Tepuk dada
tanya selera.
Apakah peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa dalam memupuk semangat membaca
dalam kalangan remaja? Hal ini kerana ibu bapalah orang yang paling hampir dengan anakanak dan sudah tentulah ibu bapa tahu metode yang terbaik untuk mendepani permasalahan
ini. Oleh yang demikian, ibu bapa sewajarnya mengeluarkan model dengan membeli bahanbahan bacaan dan bahan-bahan ilmiah untuk anak-anak mereka. Dalam konteks ini, minat
membaca dalam diri remaja dapat disemai sekali gus menambahkan ilmu pengetahuan
kepada remaja. Bertitik tolak daripada itu, ibu bapa hendaklah kerap membawa anak-anak
mereka ke kedai buku pada setiap hujung minggu. Berdasarkan manifestasi tersebut, remaja
dapat memilih buku-buku yang hendak dibeli oleh mereka sekali gus menambahkan minat
dalam diri mereka. Setelah dikaji hingga ke akar umbi, remaja dapat mengetahui jenis-jenis
buku yang dibaca oleh mereka sekiranya remaja kerap ke kedai buku. Umum mengetahui,
anak-anak ibaratkan kain putih, ibu bapa yang mencorakkannya sama ada kea rah kejayaan
atau kegagalan.
Pada masa yang sama, ibu bapa hendaklah menyediakan bilik khas untuk membaca di rumah
seperti perpustakaan yang mempunyai banyak buku di dalamnya. Dalam konteks ini, remaja
dapay membaca dalam keadaan yang senyap dan harmoni. Secara tidak langsung, remaja
tidak akan terlibat dengan kegiatan yang tidak berfaedah seperti melepak di pusat-pusat belibelah, merokok dan lumba haram. Hal ini kerana, remaja mengisi masa yang terluang dengan
membaca bahan-bahan ilmiah di rumah mereka. Mereka menjadikan rumah sebagai pusat
atau gedung ilmu yang boleh mencanai minda sihat. Oleh yang demikian, remaja akan
memanfaatkan masa dengan berkesan kerana masa itu emas. Manakala ibu bapa pula akan
berasa selamat kerana anak-anak berada di rumah. Jadi tidak timbullah fenomena sudah
terantuk baru terngadah kerana kerana kegagalan ibu bapa memanfaatkan masa yang terluang
anak-anak, maka mereka terlibat dengan dakyah songsang.
Tambahan pula, ibu bapa hendaklah menyediakan banyak sudut bacaan di rumah. Secara
tidak langsung, remaja tidak akan berasa bosan untuk membaca, malah semakin minat untuk
membaca. Hal ini kerana mereka tidak tertakluk dalam satu-satu ruang bacaan sahaja
sebaliknya mereka boleh memanfaatkan semua sudut rumah mereka sebagai tempat untuk
membaca. Dalam pada masa yang sama, ibu bapa usah jemu-jemu memberi dorongan dan
nasihat kepada remaja agar mereka terus mengamalkan budaya membaca dalam kehidupan
mereka. Secara tidak langsung, remaja akan menyedari kepentingan membaca dalam

kehidupan mereka. Setelah dikaji hingga ke akar umbi, ibu bapa juga harus memupuk minat
membaca dalam diri mereka sendiri agar dapat dicontohi remaja bak kata pepatah ke mana
tumpahnya muah kalau tidak ke nasi. Oleh itu, sesuai dengan kata-kata mantan Perdana
Menteri kita Tun Dr Mahathir Bin Muhammad iaitu Kepimpinan Melalui Teladan kerana
bapa borek anak rintik.
Umum mengetahui bahawa setiap tahun pihak kerajaan akan mengadakan Karnival Buku
yang merangkumi pameran buku atau jualan buku di mana-mana sahaja di negara kita.
Kesempatan sebegini harus digunakan oleh ibu bapa untuk membawa seisi keluarga
mengunjungi karnival tersebut. Dalam konteks ini, remaja akan didedahkan secara terus
tentang buku-buku terkini yang ada di pasaran. Kaedah ini secara tidak langsung
mewujudkan keadaan dua dalam satu iaitu sambil mengunjungi karnival buku bersama-sama,
secara konotasinya dapat memantapkan hubungan kekeluargaan. Sudah semestinya ibu bapa
akan menggunakan peluang ini untuk membeli buku-buku yang banyak kerana ada potongan
harga dengan kadar yang rendah diberikan. Penjimatan dapat dilakukan sambil melabur untuk
kepentingan pendidikan anak-anak pada masa akan datang. Impaknya, ibu bapa mampu
menyemai budaya membaca dalam kalangan remaja seawal usia muda.
Meninjau kepentingan membaca dalam kalangan remaja ini, ibu bapa perlu memainkan
peranan yang berterusan agar mempunyai kesimbungan dengan ilmu pengetahuan. Antara
kaedah yang boleh dijalankan ialah dengan menampal keratin-keratan surat khabar, artikel
ilmiah baik berkaitan pelajaran ataupun pengetahuan am. Dengan demikian, tanpa disedari
remaja akan melihat dan membaca berulang-ulang kali tentang bahan yang ditampal tersebut.
Pada realitinya, budaya membaca akan semakin ditekankan dalam lingkungan ahli keluarga
amnya dan remaja khasnya. Oleh itu, penggunaan masa yang sebaik mungkin akan dapat
menambahkan ilmu pengetahuan.
Sebagai kesimpulan, budaya membaca perlu dipupuk dalam kalangan remaja. Ibu bapa
merupakan agen penting dalam memupuk kesedaran ini kerana budaya membaca mampu
mencetuskan idea yang bernas dan penuh dengan visi dan misi dalam kehidupan mereka.
Justeru, ibu bapa yang Berjaya memupuk minat membaca dalam kalangan remaja secara
langsung dapat mengelakkan remaja daripada perkara-perkara yang tidak berfaedah dan
mendatangkan dampak negatif kepada mereka. Biar kita menangis dahulu sebelum kita
menangis kemudian kerana sesal dahulu pendapat, sesal kemudian tiada gunanya. Jelaslah
bahawa Bangsa Membaca, Bangsa Berjaya.

Anda mungkin juga menyukai