Anda di halaman 1dari 42

Teori perkembangan

kanak-kanak
PENGENALAN
 Penggubalan kurikulum telah
mengambilkira beberapa teori, idea,
pandangan dan pemikiran yang berkaitan
dengan perkembangan kanak-kanak.
Pengetahuan dan kefahaman tentang
corak dan ciri-ciri perkembangan kanak-
kanak ini akan membantu guru
melaksanakan kurikulum dengan lebih
berkesan.
sambung…

 Sebagai asas kepada pendidikan seseorang guru perlu


memahami teori perkembangan dan teori pembelajaran
supaya guru akan lebih memahami dan menghormati
seseorang kanak-kanak sebagai seorang individu
 Kanak-kanak adalah unik. Mereka berbeza dari segi:
 Minat
 Kebolehan
 Pengalaman
 Keperluan
 Perkembangan kanak-kanak boleh dijelaskan melalui
pelbagai teori, pandangan dan pemikiran.
pemikiran pendidikan
kanak-kanak mengikut
perspektif Islam
 Islam memberi perhatian berat tentang
pendidikan umat manusia sepanjang
hayat. Oleh itu ramai pemikir-pemikir
Islam yang memberi sumbangan dalam
aspek pendidikan terutamanya
pendidikan awal kanak-kanak.
Beberapa teori dan pandangan telah
dikemukakan oleh tokoh-tokoh seperti :
Sayyidina Umar Al-
Khatab R.A

 “Didiklah anak-anakmu supaya mereka


boleh hidup di zaman yang amat
berlainan dari zaman kamu”
Imam Al-Ghazali
 Menekankan bahawa kanak-kanak perlu:
 Dididik sejak lahir dan diajar mengenal huruf, menulis
dan membaca
 Diberi pendidikan agama untuk membentuk peribadi
mulia
 Diberi latihan jasmani untuk membina kekuatan tubuh
badan, kecerdasan minda dan mengelakkan kemalasan
dan kelesuan badan
 Dilatih mengamalkan budi pekerti yang mulia dan tabiat-
tabiat yang baik
 Dilatih untuk mempunyai sifat berani, merendah diri,
sabar dan menghormati orang tua dan mentaati kedua
ibu bapa dan guru
 Diberi nasihat atas kesalahan yang dilakukan dan
dimarahi sekali sekala supaya mereka lebih menghormati
orang tua
Ibnu Khaldun
 Kanak-kanak perlu digalakkan untuk:
 Menggunakan pancaindera dan diberi contoh-
contoh yang mudah dan konkrit dalam
pembelajaran
 Menggunakan jadual belajar yang disusun
dengan baik
 Tidak memahami dua perkara dalam masa yang
sama kerana ini akan mengelirukan mereka
 Didedahkan kepada contoh teladan yang baik
 Diajar membaca Al-Quran
 Memberi bimbingan dengan lemah lembut dan
bertimbang rasa bukannya melalui kekasaran
Pandangan Pemikir Cina:
CONFUCIUS
 Empat pelajaran yang perlu diajar kepada
kanak-kanak iaitu:
 Tulisan khazanah dari zaman berzaman
 Kenyataan kehidupan masyarakat
 Ketaatan kepada orang tua
 Kepercayaan terhadap perhubungan
manusia
 Belajar tanpa berfikir adalah sia-sia,
sebaliknya berfikir tanpa belajar adalah
berbahaya
TEORI TINGKAH LAKU

 Teori tingkah laku memberi


penekanan kepada faktor persekitaran
yang mempengaruhi tingkah laku
kanak-kanak. Tingkah laku ini boleh
diperhati, diukur, diperkukuh atau
dihentikan. Beberapa teori dan
pandangan telah dikemukakan oleh
tokoh-tokoh seperti:
SKINNER
 Skinner mengasaskan teori Rangsangan-
Gerakbalas di mana seseorang kanak-kanak
akan:
 Bergerak balas terhadap sesuatu rangsangan
berdasarkan pengalaman yang lepas
 Membuat pengukuhan positif dengan
ganjaran jika kanak-kanak itu ingin
mengulang semula rangsangan
 Dihukum atau diberhentikan ganjarannya jika
masih melakukan tingkah laku negatif
FROEBEL
 Menyatakan bahawa kanak-kanak:
 Merupakan individu sosial dan aktiviti yang dijalankan
merupakan asas untuk bersosial
 Perlu bermain untuk memupuk konsep kendiri yang
positif dengan bimbingan guru
 Perlu bermain kerana permainan merupakan aktiviti
spiritual yang menawarkan kebebasan, kepuasan dan
keamanan
 Mempelajari sesuatu yang boleh dipelajarinya
 Menggabungkan pendidikan, pengalaman, pemikiran dan
tindakan sebagai persediaan hidup di masa akan datang
 Memperoleh pengetahuan dan kemahiran melalui
pengalaman sebenar
 Membentuk sikap positif, berakhlak serta tingkah laku
melalui aktiviti kumpulan, aktiviti spontan dan disiplin
yang sederhana
TEORI KEMATANGAN

 Teori kematangan memberi


pandangan bahawakanak-kanak akan
meningkatkan potensi mereka jika
diberi pelaziman yang optimum.
Beberapa teori dan pandangan telah
dikemukakan oleh tokoh-tokoh seperti:
ROUSSEAU
 Perkembangan kanak-kanak berlaku secara
semula jadi mengikut kadar kematangan yang
berbeza
 Perkembangan semulajadi kanak-kanak dalam
pembelajaran menyebabkan mereka tidak boleh
dipaksa belklajar selagi mereka belum bersedia
 Guru mesti membimbing dan menilai
perkembangan kanak-kanak untuk menentukan
tahap kesediaan kanak-kanak tersebut
 Merancang pengalaman pembelajaran yang
bersesuaian mengikut kesediaan dan kesesuaian
masa
PIAGET
 Piaget menyatakan bahawa kanak-kanak
melalui empat peringkat perkembangan
intelek mengikut umur dan pertumbuhan
mereka
 Peringkat Deria motor (0-2 tahun)
 Peringkat Pra-Operasi(2-7 tahun)
 Peringkat Operasi Konkrit(7-12 tahun)
 Peringkat Operasi Formal(11 keatas)
TEORI INTERAKSI

 Teori Interaksi memberi penekanan


kepada pentingnya interaksi dengan
bahan dan persekitaran bagi kanak-
kanak memperolehi pelbagai
pengetahuan dan kemahiran.
Beberapa teori dan pandangan telah
dikemukakan oleh tokoh-tokoh :
DEWEY
 Menekankan bahawa kanak-kanak
mmemerlukan:
 Pendidikan yang disepadukan dengan kehidupan
terutama minat mereka
 Penglibatan aktif dalam aktiviti fizikal,
penggunaan bahan dan interaksi sosial di pusat
pembelajaran
 Pengiktirafan, penerimaan, serta rasa hormat
dan dihormati
 Perlaksanaan pembelajaran melalui aktiviti
arahan kendiri, pengalaman bermakna,dan
eksperimen
 Pembentukan konsep melalui pengalaman
sebenar dengan persekitaran
MONTESSORI
 Kanak-kanak:
 Melalui tempoh-tempoh sensitif dalam
kehidupan mereka bagi membentuk
pengetahuan dan kemahiran
 Menggunakan deria untuk meneroka
persekitaran
 Meningkatkan perkembangan bahasa
menggunakan objek di persekitaran
 Menyediakan persekitaran pembelajaran yang
ceria, selesa dan selamat
 Menjalankan aktiviti individu di mana mereka
bebas bergerak dan memilih sendiri aktiviti yang
digemari
PIAGET

 Kanak-kanak mempunyai rasa ingin tahu


 Aktif bergerak balas terhadap persekitaran
mengikut kefahaman atau keupayaan
mereka
TEORI HUMANISTIK

 Manusia memerlukan keperluan asas


seperti makanan, minuman, tempat
tinggal,masa rehat dan udara yang
bersih. Seterusnya manusia juga
memerlukan keperluan sekunder seperti
kasih sayang, penerimaan, penghargaan
rasa selamat dan konsep kendiri
MASLOW

 Menyatakan bahawa:
 Sebelum kanak-kanak berminat dan
menerima pembelajaran, empat
keperluan asas perlu dipenuhi terlebih
dahulu. Keperluan tersebut adalah
keperluan fisiologi iaitu makan dan
minum, keperluan rasa selamat, rasa
kepunyaan dan penghargaan kendiri
TEORI SOSIOBUDAYA

 Teori sosiobudaya mempunyai


implikasi ke atas perkembangan
bahasa. Kemahiran bahasa adalah
penting kerana pembelajaran
bermakna adalah melalui komunikasi
dan bahasa lisan. Beberapa teori
danpandangan telah dikemukakan
oleh tokoh-tokoh seperti:
VYGOTSKY
 Vygostky telah menerangkan tentang
perkembangan zon of proksimal
development(ZPD). Beliau menyatakan bahawa:
 Penglibatan aktif bersama ahli masyarakat yang
lebih dewasa atau lebih matang, akan menjadikan
kanak-kanak lebih mahir memikirkan sesuatu yang
lebih bermakna dalam budayanya
 Kanak-kanak tersebut telah mula terlibat dengan
budaya apabila bergerak balas dengan persekitaran
serta menggunakan pemikiran dari segi bahasa dan
berdialog secara sosial
Sambung…

 Kemudian mereka akan mula berkomunikasi


sesama sendiri dan bercakap dengan orang lain
dan proses ini akan mengubah kapisiti mental
yang menjadi asas kepada proses kognitif
kepada yang lebih tinggi
 Kanak-kanak memepelajari suatu kemahiran
baru atau pembelajaran baru secara
bersendirian pada tahap yang paling minimum.
Mereka memerlukan bantuan dan bimbingan
orang dewasa dan rakan yang lebih
berkemahiran bagi membantu mereka mendapat
pencapaian optimum
sambung…
 Scaffolding adalah ciri ZPD dirujuk sebagai perubahan
kualiti dalam sokongan sosial di sepanjang tempoh
pengajaran dan pembelajarans eseorang kanak-kanak.
Orang dewasa akan membuat scafolding melalui
panduan, arahan, bahasa badan, mimik muka, dan lain-
lain bagi membimbing kanak-kanak menguasai konsep
asas dan pembelajaran yang bermakna. Sokongan ini
berkurangan apabila kanak-kanak telah menguasai
kemahiran tersebut
 Intersubjektiviti adalah situasi di mana dua individu
bermula dengan kefahaman yang berbeza tentang
sesuatu perkara yang sama tetapi mereka mendapat
kefahaman yang sama akhirnya
TEORI KECERDASAN
PELBAGAI

 Teori Kecerdasan pelbagai menyatakan


bahawa setiap individu yang dilahirkan
mempunyai kepintaran tersendiri. Teori
dan pandangan ini telah dikemukakan
oleh HOWARD GARDNER
TKP(Gardner)
 Setiap kanak-kanak berpotensi untuk mempunyai
lapan jenis kepintaran
 Guru harus mengenal pasti kekuatan dirinya dalam
kecerdasan pelbagai dan juga kekuatan kanak-
kanak
 Ini merupakan strategi penting agar guru dapat
memilih strategi pembelajaran yangs esuai dan
memenuhi kepintaran kanak-kanak tersebut
 Dengan itu guru boleh memperkembang potensi
kanak-kanak dalam kecerdasan lain yang belum
menyerlah
TEORI KECERDASAN
EMOSI
 Teori kecerdasan emosi adalah
berkaitan dengan kebolehan mengenal
dan mengawal emosi sendiri serta
memahami emosi orang lain. Teori
dan pandangan ini telah dikemukakan
oleh tokoh:
GOLEMAN
 Beliau menyatakan bahawa kanak-kanak
perlu didedahkan tentang:
 Kesedaran dan pengurusan kendiri
 Pencapaian emosi yang positif
 Kesedaran tentang keperluan, perasaan
dan pandanganorang lain
 Pembinaan kemahiran sosial
 Pembinaan keyakinan menghadapi cabaran
kehidupan harian
CIRI-CIRI PERKEMBANGAN
KANAK-KANAK
 BAHASA
 FIZIKAL
 EMOSI
 KOGNITIF
 SOSIAL
 BAHASA
Menguasai perbendaharaan kata lebih kurang 2100
perkataan
 Menggunakan ayat pendek 6-8 perkataan dalam
perbualan
 Menamakan nilai wang syiling
 Menyebut nama-nama warna
 Bercerita berdasarkan hasil lukisan
 Bertanya tentang makna esuatu perkataan
 Suka mengemukakan soalan
 Suka mengulang semula ayat-ayat mudah yang didengar
 Menyebut nama hari dalam seminggu, nama-nama
bulan
 Menggambarkan makna perkataan melalui perlakuan
 Melengkapkan ayat-ayat mudah dengan satu perkataan
 Memahami dan bertindakbalas mengikut arahan yang
diberi
FIZIKAL
 Skip berselang seli
 Menunggang basikal beroda dua
 Melontar dengan tepat
 Menangkap bola dengan baik
 Perkembangan motor halus- mata tangan
 Perkembangan motor kasar – boleh menggunakan
pensil, gunting dengan baik
 Menggunting mengikut garisan
 Menulis huruf/nombor
 Melekatkan gambar
 Bermula kehilangan gigi susu
EMOSI
 Melahirkan perasaan
 Mengawal perasaan
 Mengawal perasaan hiba ketika berpisah
daripada ibu bapa
 Belajar dari kesilapan
 Perkembangan kesedaran conscience
 Menunjukkan ciri-ciri diri
kecindanan/pemarah/ berlawak
KOGNITIF
 Mengumpul/menyusun objek mengikut siri/kumpulan
 Lebih berhati-hati semasa membuat keputusan
 Dapat membezakan antara khayalan dankenyataan
 Penggunaan bahasa dengan lebih agresif
 Dapat mengaitkan perkataan dan gambar dengan objek
sebenar
 Semakin berminat dengan perkataan dan nombor
 Mengetahui warna
 Boleh mengikut tiga arahan yang tidak berkaitan
 Sesetengah klkanak-kanak mengalami konsep
pengekalan, nombor dan ukuran
SOSIAL
 Mempunyai sahabat karib tetapi untuk jangka
masa yang singkat
 Boleh berkongsi dan bergilir-gili menggunakan
peralatan
 Sering berkelahi tetapi sekejap sahaja
 Suka melibatkan diri dengan aktiviti
pembelajaran
 Guru adalah sangat penting
 Mahu mendahului rakan
 Suka menunjuk-nunjuk
 Mementingkan diri sendiri(egosentrik)
KESESUAIAN AMALAN
PEMBELAJARAN DENGAN
PERKEMBANGAN
KANAK_KANAK
 ABP(amalan bersesuaian dengan
perkembangan) adalah satu amalan dan
proses pembelajaran yang menekankan
kepada pengguna kaedah pengajaran
dan pembelajaran yang bersesuaian
dengan umur, perkembangan diri,
kebolehan, bakat dan minat kanak-kanak
domain kognitif, afektif dan
psikomotor saling berkaitan
dan mempengaruhi satu sama
lain kanak-kanak berkembang
dalam domain fizikal,
sosial,emosi dan kognitif yang
saling berkaitan antara satu
sama lain. Perkembangan
salah satu domain akan
mempengaruhi perkembangan
domain yang lain
Prinsip 2: Perkembangan berlaku secara
berurutan. Perkembangan kanak-
kanak berlaku mengikut urutan
dengan diikuti oleh kemahiran,
pengetahuan dan kebolehan yang
dipupuk kemudiannya
 Prinsip 3: Kadar perkembangan kanak-
kanak berbeza. Kanak-kanak adalah unik
dan berbeza antara satu sama lain dari
segi minat, keperluan, kekuatan,
personaliti, emosi, gaya pembelajaran,
kekuatan, pengalaman dan latar belakang
keluarga. Keadaan ini harus disesuaikan
dengan aktiviti yang disediakan
Prinsip 4: Perkembangan
adalah berterusan.
Pengalaman di peringkat awal
kanak-kanak akan memberi
kesan kepada perkambangan
dan pengalaman pembelajaran
mereka
Prinsip 5: Perkembangan
adalah berperingkat-
peringkat. Perkembangan
kanak-kanak berlaku dalam
konteks sosio-budaya
mengikut arah yang lebih
kompleks
dipengaruhi oleh faktor
baka. Perkembangan
dipengaruhi oleh faktor
baka dan persekitaran
kanak-kanak iaitu berlaku
dalam konteks sosio-budaya
keluarga yang berbeza,
komuniti dan masyarakat
setempat yang saling
berkaitan antara satu sama
 Prinsip 7: kanak-kanak adalah pelajar
AKTIF. Kanak-kanak adalah pelajar aktif
dan memahami persekitaran dunia mereka
daripada pengalaman di rumah, tadika
dan dalam komuniti.

Anda mungkin juga menyukai