Anda di halaman 1dari 1

SEKAPUR SIRIH

Sekapur sirih seulas pinang,


Dihidang untuk makan bersama,
Kata dititip pantun dikarang,
Sebagai pembuka manis bicara.

Assalamualaikum w.b.r.
Terlebih dahulu kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan cahaya rahmatnya
mengurniakan kekuatan untuk menghasilkan tugasan ini.
Setinggi-tinggi jutaan penghargaan, semurni ucapan terima kasih dengan segunung
keikhlasan khas untuk Pn Noreha Binti Sakarwi kerana dengan limpah budinya mencurahkan
ilmu. Semoga baktimu akan terus diberkati Allah.
Jutaan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan yang banyak membantu
memberikan kerjasama dan mencanai idea untuk sama-sama menghasilkan kerja kursus ini.
Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.
Ribuan penghargaan khusus buat keluarga tersayang yang sentiasa memahami dan
memberi dorongan serta sokongan padu untuk terus mendalami ilmu ini.
Diharapkan melalui ilmu dan pengalaman yang dicurahkan dapat mengembangkan lagi
pengetahuan dan meningkatkan lagi kemahiran yang dimiliki untuk mendidik anak didik di
sekolah kelak.

Sekapur sirih seulas pinang,


Menjadi adat dalam peminangan,
Budi yang baik terus dikenang,
Menjadi sebutan sepanjang zaman.

Wassalam

Anda mungkin juga menyukai