Anda di halaman 1dari 15

PEMERHATIAN KE ATAS SEEKOR GAJAH

DISEDIAKAN OLEH :
MUHAMMAD IZZUDDIN BIN KHALID
5 orang buta telah membuat inferens mengenai seekor
gajah yang disentuh oleh mereka pada bahagian-
bahagian tertentu:
 Sisi gajah - Gajah diibaratkan seperti dinding.
 Belalai gajah - Gajah diibaratkan seperti seekor
ular.
 Gading gajah - Gajah diibaratkan seperti tombak.
 Kaki gajah - Gajah diibaratkan seperti kipas.
 Ekor gajah - Gajah diibaratkan seperti seutas
tali.
SOALAN
Berdasarkan kepada cerita……
Adakah orang-orang buta tersebut membuat inferens yang
tepat? Terangkan.
Tidak, kerana mereka hanya menyentuh sebahagian gajah
tersebut dan terus membuat inferens. Sepatutnya, mereka
menyentuh keseluruhan gajah tersebut.

Bagaimana mereka dapat memperbaiki inferens yang telah


dibuat
 Berbincang bersama mereka tentang apa yang mereka perolehi.
 Menyentuh dan merasai keseluruhan gajah secara berulang
kali.
 Menggunakan deria yang lain seperti menghidu dan
mendengar.
Salah satu perwatakan sains ialah saintis saling
berbincang dan menukar idea, pemerhatian,
keputusan, dan inferens diantara mereka. Mengapa
hal ini merupakan idea yang bagus?
 Dapat memperkembangkan lagi idea yang diperolehi.
 Setiap pemerhatian yang diperolehi mungkin berbeza-
beza, jadi keputusan dan inferens yang dibuat lebih
tepat.
Pemerhatian yang
hanya
menggunakan deria
untuk mengumpul
maklumat.

Pemerhatian
secara
kualitatif
Maklumat yang
diperolehi dengan
menggunakan
perbandingan dari segi
ukuran, anggaran atau
menggunakan
instrumen.

Pemerhatian
secara
kuantitatif
Adakah aktiviti di atas membantu kamu membuat
pemerhatian dengan lebih baik? Terangkan.
 Ya
 Membuat pemerhatian dengan menggunakan pelbagai
deria – hidu, lihat, bau, rasa dan dengar.
 Menggunakan instrumen seperti pembaris, pemberat
dan banyak lagi.
 Untuk mendapatkan keputusan yang lebih tepat.
 Inferens yang dibuat juga lebih tepat.
Bagaimana aktiviti bercerita membuatkan sesi
pengajaran lebih menarik bagi murid sekolah rendah?
 Menggunakan prop yang menarik.
 Pelajar membuat simulasi daripada cerita tersebut.
 Menggunakan media elektronik sebagai alat bantu
mengajar – bunyi-bunyian, gambar ataupun video yang
menarik yang dipasang melalui LCD.
SOALAN KBKK
Penguasaan ilmu pengetahuan…..
Apa yang kamu pelajari daripada aktiviti ini?
 Cara membuat pemerhatian yang betul seperti
menggunakan pelbagai alat deria yang berkesan untuk
memperoleh maklumat. Selain itu, menggunakan alat
atau instrumen yang direka bagi membantu deria
membuat pemerhatian secara terperinci.
 Kepentingan teknik memerhati seperti menimbulkan
rasa ingin tahu dan merangsang pemikiran.
 Menggunakan teknik bercerita dalam sesi P&P yang
betul untuk menarik minat murid untuk belajar.
Berdasarkan kurikulum sains sekolah rendah, bahagian
manakah yang mengajar topik ini?
 Darjah dua – benda hidup dan benda bukan hidup
 Aktiviti – membuat pemerhatian dan mengelaskan benda
hidup dan benda bukan hidup

Bincangkan bagaimana kamu dapat menggunakan


aktiviti ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran?
 Guru membawa hamster dan ikan ke dalam kelas.
 Guru menyuruh pelajar memerhati kedua-dua binatang
tersebut.
 Guru mengarahkan murid duduk dalam kumpulan dan
bincangkan apakah perbezaan dan persamaan kedua-dua
binatang tersebut hasil daripada pemerhatian mereka.
Kreatif merupakan satu elemen yang penting dalam
Berfikir dan Berkerja secara Saintifik. Apakah
perwatakan kreatif yang ada dalam kemahiran
memerhati?
 Membuat inferens hasil daripada pemerhatian yang
dibuat.
 Membuat pengelasan ataupun banding beza
pemerhatian yang dibuat.
 Menghubungkait antara satu peristiwa dengan satu
peristiwa yang lain hasil daripada pemerhatian yang
dibuat.
 Mengitlak ataupun membuat pernyataan umum
terhadap sesuatu perkara untuk keseluruhan kumpulan
berdasarkan pemerhatian ke atas sampel.
Dalam membentuk kebolehan kanak-kanak untuk
berfikir dan berkerja secara saintifik, terdapat pelbagai
teknik yang guru harus buat untuk menggalakkan
pembentukan kreatif. Bincangkan perkara-perkara
yang boleh kamu lakukan.
 Guru menyuruh murid membuat eksperimen supaya
murid tersebut dapat meneroka sendiri jawapannya.
 Murid duduk berbincang mengenai sesuatu topik atau
dapatan.
 Membuat aktiviti seperti bercerita ataupun membuat
simulasi supaya murid dapat berfikir bagaimana hendak
melakonkan wataknya.
Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai