Anda di halaman 1dari 14

FITRAH KEJADIAN MANUSIA

1. Antara berikut yang manakah merupakan konsep fitrah kejadian manusia


mengikut perspektif agama.

A. Kekuatan manusia untuk mengetahui agama yang benar dan Tuhan yang
menciptanya.
B. Memperlihatkan asas-asas genetik seperti baka dan persekitaran yang
menyumbang kepada pembentukan diri.
C. Tingkahlaku manusia adalah berasaskan arahan-arahan gen yang telah
berkembang dalam diri manusia melalui proses revolusi.
D. Keupayaan dan kebolehan manusia yang terpendam dalam diri
seseorang yang membolehkan manusia berkembang maju ke hadapan.

2. Berikan potensi perkembangan manusia.

I Perkembangan fizikal
II perkembangan emosi
III Perkembangan sosial
IV perkembangan berfikir

A. i dan ii C. i,ii dan iii


B. ii dan iii D. I,ii,iii dan iv

3. Fitrah kejadian manusia mempengaruhi ketidaksamaan yang dimiliki oleh


seseorang. Baka mempengaruhi perbezaan individu daripada aspek?

I. Rohani
II. Kognitif
III. Fizikal
IV. Emosi

A. I dan II C. II,III dan IV


B. II dan III D. I, II, III dan IV

SUBJEKTIF

1. Berikan konsep fitrah manusia.


i. Perspektif agama

___________________________________________________________
___________________________________________________________

ii. Perspektif biologi

___________________________________________________________
___________________________________________________________

2. Nyatakan lima aspek perbezaan individu mengikut fitrah kejadian manusia


dari segi pengaruh persekitaran.

i) ______________________________________________________
ii) ______________________________________________________
iii) _______________________________________________________
iv) _______________________________________________________
v) _______________________________________________________

SOALAN ESEI

Pendidikan memainkan peranan penting untuk mempertingkatkan potensi


manusia.
Huraikan empat implikasi fitrah kejadian manusia terhadap proses Pengajaran
dan Pembelajaran (P&P).

JAWAPAN

SOALAN OBJEKTIF
1. A
2. C
3. C

SOALAN SUBJEKTIF

1. i) Merujuk kepada kekuatan manusia untuk mengetahui agama yang


benar dan Tuhan yang menciptakannya.
ii) Fitrah manusia daripada perspektif biologi memperlihatkan asas
genetik seperti baka dan persekitaran yang menyumbang kepada
pembentukan diri seseorang.

2. i) Latar belakang keluarga


ii) Pengaruh rakan sebaya
iii) Kebudayaan dan kepercayaan
iv) Sumber teknologi
v) Guru dan sekolah

ESEI
 guru perlu menyediakan pelbagai aktiviti kognitif yang dapat mengilap
potensi intelek kanak-kanak. Contohnya dalam menyelesaikan masalah
Matematik Tahun 1, kemahiran mengira menggunkan objek dapat
mengembangkan potensi murid untuk berfikir secara logik.

 Aktiviti kokurikulum di sekolah seperti pasukan beruniform, membantu


murid mengembangkan potensi dari segi bakat, sahsiah, dan emosi yang
baik. Misalnya sifat tolak ansur dan tolong-menolong dapt dipupuk
menerusi aktiviti penyelesaian masalah atau tugasan secara
berkumpulan. Di samping itu, murid-murid turut meningkatkan keyakinan
diri untuk menjadi seorang pemimpin.

 Pelbagaikan kaedah pengajaran dan aktiviti pembelajaran selaras dengan


gaya pembelajaran murid. Guru perlu berusaha merangsang murid untuk
mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dengan mewujudkan iklim
bilik darjah yang kondusif dan menarik.

 Guru perlu memperkukuhkan kekuatan dalaman murid. Contohnya,


kesediaan dan kesungguhan murid dalam melaksanakan tugasan dan
menjawab soalan. Elakkan daripada membesarkan kelemahan murid.
Hargai setiap komitmen yang diberikan oleh murid kerana ia akan
merangsang mereka untuk terus belajar dan berusaha.

 Aspirasi sekolah yang turut menekankan kepada kecemerlangan sukan,


turut membantu murid-murid mengembangkan potensi jasmani. Ini
bermakna murid berpeluang mempamerkan kemahiran psikomotor yang
ada pada diri mereka. Misalnya dalam permainan tenis atau badminton,
murid-murid berupaya melakukan servis , memulangkan bola dengan
tepat dan berupaya mengawal permainan di dalam gelanggang.
SOALAN ESEI
Teori Eric Erickson menekankan mengenai kepentingan hubungan sosial dengan
individu di persekitaran kanak-kanak.

Huraikan lapan peringkat perkembangan psikososial.

Peringkat Tahap Umur Huraian


1. Asas kepercayaan Dari lahir hingga 1 Bayi perlu mempunyai hubungan
lawan asas tahun yang erat, mendapat kasih sayang
ketidakpercayaaan dan kepercayaan daripada penjaga.
Sekiranya gagal, ketidakpercayaan
timbul.
2. Autonomi lawan 1 tahun hingga 3 Perkembangan kanak-kanak pada
keraguan tahun tahap ini tertumpu kepada
perkembangan fizikal. Sekiranya
berjaya dan menerima sokongan
menimbulkan rasa percaya kepada
keupayaan diri sekiranya gagal
mereka mula ragu-ragu terhadap
keupayaan diri.
3. Inisiatif lawan rasa 4 tahun hingga 5 Kanak-kanak cuba untuk berdikari,
bersalah tahun ada inisiatif untuk melakukan
sesuatu sendiri, sekiranya gagal
boleh membawa rasa bersalah.
4. Industri lawan rasa 6 tahun hingga 11 Kanak-kanak perlu menguasai
rendah diri tahun kemahiran-kemahiran tertentu di
alam persekolahan, kegagalan akan
membawa rasa rendah diri dan tiada
keupayaan.
5. Identiti lawan 12 tahun hingga 18 Mencari identiti diri bagi golongan
kekeliruan identiti tahun remaja dalam pekerjaan, kemhiran,
jantina dan bersosial.
6. Keintiman lawan Awal dewasa. Mula membentuk keintiman dalam
keasingan 18 tahun hingga 35 hubungan, menuju ke arah
tahun. perkhawinan dan membina kerjaya.
Kegagalan membawa kepada
perasaan terasing dan tersisih.
7. Generativiti lawan Pertengahan Kehidupan berkeluarga dan kerjaya
kekakuan dewasa. yang baik. Kegagalan membawa
35 tahun hingga 65 kepada perasaan mementingkan diri
tahun. sendiri.
8. intergriti lawan Lanjut usia. 65 Kerjayaan dalam hidup berkeluarga
kekecewaan tahun ke atas. dan karier. Kegagalan membawa
kepada kesedihan dan kekecewaan.

PERKEMBANGAN KENDIRI

Disediakan oleh:
ATIYA ATIQAH BT. ABDUL HALIM
FATIN NASHWAH BT. AHMAD SHOBRI
NURUL AZIMAH BT. ABDUL RASID

SOALAN OBJEKTIF

1. Apakah yang dimaksudkan dengan personaliti?

A. Meliputi keseluruhan perkembangan personaliti seseorang individu.


B. Tingkah laku pemikiran, perasaan, penggerak, khayalan, sifat
mempertahankan diri dan tanggapan seseorang individu terhadap
diri sendiri.
C. Individu yang mempunyai kosep kendiri yang positif dan mempunyai
kefahaman tentang diri sendiri.
D. Seseorang yang mempunyai kelakuan dan tingkah laku yang baik dan
di senangi oleh orang sekeliling.

2. Menurut Teori Psikoanalisis yang diasaskan oleh Sigmund Freud, beliau


menyatakan asas kepada aspek mental dalam kajian teori personalaiti
terbahagi kepada tiga iaitu:

i. Alam sedar
ii. Alam pra sedar
iii. Alam setengah sedar
iv. Alam bawah sedar

A. i dan ii C. ii, iii dan iv


B. iii dan iv D. i, ii dan iv
3. Berikut yang manakah faktor–faktor persekitaran yang mempengaruhi
perkembangan personalaiti?

i. Pemakanan
ii. Pengaruh keluarga
iii. Warna kulit
iv. Penyakit

A. i dan ii C. iii dan iv


B. ii dan iii D. i, ii dan iv

SOALAN SUBJEKTIF
1. Berikan faktor-faktor yang boleh menyebabkan
terbentuknya konseo kendiri yang negatif pada kanak-kanak.

i) ________________________________________________________
ii) ________________________________________________________
iii) ________________________________________________________
iv) ________________________________________________________
v) ________________________________________________________

2. Nyatakan dua dan huraikan secara ringkas ciri-ciri tingkah laku yang
mempunyai konsep kendiri yang positif.

i) ________________________________________________________
________________________________________________________

ii) ________________________________________________________
________________________________________________________

SOALAN ESEI

Konsep kendiri kanak-kanak berubaha dipengaruhi oleh situasi dan


perkembangan dalam hidupnya.
Nyatakan peranan-peranan yang boleh dimainkan oleh guru dalam
meningkatkan perkembangan kendiri kanak-kanak.

JAWAPAN

OBJEKTIF

1. B
2. D
3. A
SUBJEKTIF

1.
 Pengaruh media massa
 Pengaruh persekitaran
 Pengaruh unsur-unsur negatif budaya barat
 Kanak-kanak ketandusan kasih sayang
 Ibubapa menaruh harapan terlalu tinggi
 Kanak-kanak mempunyai masalah emosi
 Kanak-kanak mempunyai masalah fizikal
 Latar belakang keluarga yang tidak sihat.

2.
 Bebas membuat keputusan dan pilihan. Mereka jarang berdepan
dengan dilema atau masalah dalam membuat sebarang keputusan
atau pilihan. Mereka juga tidak teragak-agak dalam membuat
keputusan dan boleh membuat pilihan tanpa terikat dengan pengaruh
rakan atau desakan keluarga.
 Bertanggungjawab. Sekiranya melakukan kesilapan mereka akan
mengakuinya dan bertnggungjawab terhadap kesalahan yang
dilakukan.
 Pemurah. Suka membantu orang lain dan berasa bertanggungjawab
untuk menghulurkan bantuan dan membantu menyelesaikan masalha
mereka yang memerlukan.
 Mudah berkawan. Senang dibuat kawan dan disengangi oleh orang di
persekitaran. Sikap mereka tidak sombong, pandai menghargai rakan
dan sentiasa membantu menyebabkan rakan suka mendampinginya.
ESEI

 Guru perlu peka dengan kebolehan dan minat setiap murid. Komunikasi
dan interaksi yang baik dengan murid dapat membantu guru
mengenalpasti kebolehan dan minat mereka. Dengan cara ini guru boleh
menggunakan kebolehan murid untuk meningkatkan konsep kendiri yang
positif dalam diri kanak-kanak tersebut.
 Guru perlu menjadi model yang terbaik dalam mencerminkan sifat-sifat
dan ciri-ciri konsep kendiri yang positif kepada murid-murid. Oleh itu, guru
perlu berinteraksi dengan baik, gaya percakapan yang sopan dan
berhemah, cara bertindak yang bijak, dapat mengawal emosi dengan baik
dapat membantu membentuk konsep kendiri yang positif.
 Guru perlu merancang aktivit pembelajaran yang berpusatkan murid.
Memberi peluang di dalam bilik darjah kepada murid yang ketinggalan
dapat membantu menolong kanak-kanak membina konsep kendiri yang
baik.

Anda mungkin juga menyukai