Anda di halaman 1dari 10

TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

 
DEFINISI

 Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah


mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan
sebagainya.
 Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu
muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang
mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar
sesuatu bahagian bahasa tertentu.
 Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam
bukunya Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh
didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-
benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk
mencapai sesuatu objektif.
 Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa
bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih
untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar
dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan
yang dianuti.

Teknik-teknik Pengajaran Bahasa

1. Teknik main peranan


2. Teknik permainan bahasa
3. Teknik latih tubi
4. Teknik bercerita
5. Teknik inkuiri
6. Teknik perbahasan
7. Teknik kuiz
8. Teknik sumbangsaran
9. Teknik soal jawab
10. Teknik simulasi
11. Teknik drama
12. Teknik perbincangan
13. Teknik forum
14. Teknik dialog
TUJUAN TEKNIK

1. Menarik Minat murid


2. Mengekalkan perhatian
3. Membangkitkan ras ingin tahu

TEKNIK LATIH - TUBI

 Teknik latih tubu adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau


kecekapan yang dipelajari.
 Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran
disampimg menjamin kekekalannya.
 Ia sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu
 Boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti
kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-
fakta penting.
 Melalui teknik ini pelajar akan mengalami proses mendengar,
melihat, memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya
dalam situasi yang penggunaan perkataan-perkataan itu.
 Berasakan pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual)
yang biasanya digunakan dalam pengajaran bahasa kedua.
 Mengikut teknik ini, perhatian akan diberikan kepada 5 aspek
kebolehan menggunakan bahasa iaitu :

I. Sebutan (accent)

-menyebut patah-patah perkataan atau sukukata dengan betul


termasuk intonasi yang membawa makna dalam sesuatu situasi.

II. Tatabahasa (grammer)

-penggunaan bahasa yang tepat mengikut hukum-hukum bahasa


daripada semua aspek.

III. Perbendaharaan kata (vocabulary)

-meluaskannya dengan penggunaan imbuhan yang sesuai


mengikut konteksnya dalam situasi tertentu.

IV. Kefasihan (fluency)


-menggunakan perkataan dan lain-lain dengan cara spontan tanpa
memikirkan apakah maksudnya.

V. Kefahaman (comprehension)

-latihan memahami soalan dan memberikan jawapan


yang wajar.

 Teknik ini dikenali juga dengan teknik menghafaz.


 Antara kelemahan tekni ini ialah ia menghadkan kebebasan
berfikir dan menumpukan daya kreativiti murid.
 Namun begitu, teknik ini amat berguna dan sesuai untuk isi
kandungan pengajaran yang memerlukan ikutan dan ulangan.

TEKNIK SIMULASI

 Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir


menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar
berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing
bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau
tugasan semula.
 Melalui teknik ini para pelajar dapat menggunakan kemahiran
belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah
dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting.
 Dalam proses ini pelajar digalakan untuk memberi pendapat,
cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah
berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan. Memberi
peluang kepada pelajar mengalami sendiri situasi dan masalah.
 Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan
dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan
menulis.
 Dapat menwujudkan pelabagi aktiviti menarik yang menjadi
sumber motivasi kepada pelajar untuk meneruskan proses
pengajaran dan pembelajaran.

 
TEKNIK MAIN PERANAN

 Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau


masalah atau peristiwa yang dianggap penting.
 Pelajar diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang
ditentukan dalam satu situasi yang disediakan.
 Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau
penghafalan skrip, dimana pelakon-pelakon cuba menyelesaikan
atau menjelaskan situasi kepada kepada pelajar-pelajar lain
supaya mempraktikan kepada diri mereka berdasarkan peranan
yang dimainkan secara spontan.
 Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang
sesuai. Masalah ini dikemukakan kepada pelajar dengan cara
membacakannya atau memperlihatkannya melalui filem,
televisyen, mendengar rakaman dan sebagainya.

TEKNIK SUMBANGSARAN

 Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran


(brainstorming) yang merupakan satu sesi perbincangan yang
membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat
dan idea.
 Boleh didekati sebagai aktiviti permainan bahasa pada peringkat
sekolah rendah dan berkembang menjadi aktiviti perbincangan
yang lebh serius dan kompleks pada peringkat sekolah menengah,
universiti dan latihan profesional.
 Menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kretif
dan bukan pembelajaran secara analitis.

Tujuan Sumbangsaran

 Topik perbincangan sesuai dengan kebolehan dan minat murid


 Garis panduan guru haruslah ringkas dan jelas
 Semua cadangan dan idea yang dikemukakan haruslah dicatat
untuk dibincangkan dalam sesi umum.
 Setiap kumpulan mestilah memilih pengerusi yang betul-betul
layak
 Setiap ahli diberi peluang untuk mengemukakan cadangan
 Pelajar digalakkan menyumbang seberapa banyak idea
 Suasana perbincangan yang tidak formal hemdaklah diwujudkan.
 Pastikan peruntukan masa untuk sesi sumbangsaran adalah patut
dan mencukupi
 Digalakkan menggunakan prinsip 5W ( What? Why? Who?
Where? How? )
 Cadangan dan idea yang dikemukakan tidak boleh dikritik
 Setiap kumpulan dimestikan mempunyai ahli-ahli yang pelbagai
kebolehan

  

TEKNIK PERMAINAN BAHASA

 Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari


bahasa melalui teknik permainan.
 Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada
pelajar memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan
sebagai alat dianogstik.
 Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai
kemahiran berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar,
bertutur, membaca dan menulis.
 Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan
kemahuan dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah
Pendidikan Negara khususnya. Hala tuju ini diinterapetasikan
melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut iaitu :
 merangsang interaksi verbal pelajar
 menambah kefasihan dan keyakinan
 menyediakan konteks pembelajaran
 bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan
 bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan penggayaan

  TEKNIK SOAL – JAWAB

 Merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan


dalam bidang pendidikan
 Pemilihan teknik ini bukan kerana ia mudah dilaksanakan, tetapi ia
adalah bentuk yang berupaya mewujudkan interaksi guru dengan
murid secara berkesan.
 Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-
soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar
dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya.
 Soalan-soalan yang dikemukan memerlukan pelajar berfikir
disamping dapat menguji dan menilai apa yang diajar.
 Tujuan utama teknik soal jawab ialah :

1. Untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid


2. Untuk menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatif, logik
dan kritis.
3. Untuk mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan
yang diajar.

 Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu


menajamkan pemikiran pelajar di samping dapat mewujudkan
suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan.

TEKNIK BERCERITA

 Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk


membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu
yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar.
 Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan
tatabahasa dapat disampaikan.
 Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur,
membaca dan menulis dikalangan pelajar.
 Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada
peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian
perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan
kawalan mata.
 Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal
supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.
 Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah :
 Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat
murid-murid. Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang
hendak disampaikan.
 Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa.
 Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting.
 Latih bercerita seolah-olah guru berada dihadapan murid-murid
sekurang-kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini.
 Guru bercerita dalam keadaan yang selesa.
 Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-
lain BBM.
 Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang
berkaitan dengan aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan.

TEKNIK DRAMA

 Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang


berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan
audiolingual.
 Tujuan utama adalah untuk melatih pelajar menggunakan unsur
bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan
linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala dan dll) dengan
berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan.
 Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang pelajar untuk
menghubungkan perasaannya dengan matapelajaran yang
dipelajarinya.
 Pelajar bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi
dan berkongsi sesuatu.
 Drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai
salah satu alat bantu pengajaran dan pembelajaran.
 Dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan
pembelajaran kepada pelajar, disamping dapat menyuburkan
sahsiah pelajar.

TEKNIK INKUIRI

 Teknik ini dikenali sebagai teknik tinjau siasat.


 Merangkumi aspek-aspek soal selidik untuk mendapatkan
jawapan atau kesimpulan yang berorientasikan masalah.
 Dapat menimbulkan daya refleksi dikalangan pelajar.
 Merupakan satu kaedah pengajaran bahasa yang dinamik untuk
menimbulkan minat dan daya kreativiti di kalangan pelajar kerana
pelajar sering mengemukakan soalan ‘bagaimana’. Oleh itu, ia
dapat melatih pelajar mengemukakan pelbagai soalan.
 Ciri lain yang terdapat dalam teknik ini termasuklah memberi
latihan yang sebenar dalam proses kemahiran berfikir secara
kreatif dan kritis.
 Pengendalian teknik inkuiri ialah :

1. Proses mengenali masalah


2. Mengkaji ramalan
3. Mengumpul maklumat
4. Menganalisis
5. Membuat rumusa

TEKNIK PERBINCANGAN

1. Teknik perbincangan didefinisikan sebagai satu aktiviti mengeluar


dan mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk. Tujuannya untuk
melatih pelajar mengeluarkan fikiran dan pendapat dengan bernas
(Kementerian Pendidikan 1990:85).
2. Teknik perbincangan adalah satu aktiviti pengajaran dan
pembelajaran berbentuk perbualan dan ia dilakukan dikalangan
pelajar dibawah penyeliaan dan kawalan seorang guru.
3. Melibatkan aktiviti perbincangan antara pelajar secara
bekerjasama dalam mengeluarkan pandangan masing-masing
mengenai sesuatu perkara atau topik yang diberi. Misalnya
bermesyuarat, forum, seminar, bengkel, bahas dan debat.
4. Dalam perbincangan ini akan memberi peluang dan ruang bagi
mereka untuk bercakap terutama dalam aktiviti separa formal.
Latihan sebegini bukan sahaja sekadar mempertajamkan minda
malah dapat melatih kepetahan pelajar untuk bercakap dan
mengeluarkan pendapat.
5. Peranan guru akan berubah-ubah kerana aktiviti ini dikendalikan
oleh pelajar sendiri.
6. Teknik perbincangan boleh dijalankan mengikut langkah-langkah
berikut :
7. Guru menarik perhatian murid kepada tajuk perbincangan yang
akan dijalankan.
8. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan
kemudian memilih seorang ketua yang boleh
dipertanggungjawabkan untuk memastikan semua aspek
perbincangan dapat dijalankan dan dicapai.
9. Guru kemudian menugaskan setiap kumpulan mendapatkan
maklumat dengan cara berbincang dengan ahli-ahli kumpulan.
10. Ketika perbincangan guru harus bergerak dari satu
kumpulan ke satu kumpulan yang lain, menegaskan perkara-
perkara yang perlu dibincangkan dan mengarahkan perbincangan
menghala kearah perkara yang betul.
11. Setelah tamat perbincangan guru boleh meminta laporan
daripada setiap kumpulan. Hasil perbincangan boleh dicatatkan
dipapan tulis mengikut mana-mana yang penting. Setelah
dibincang guru bolehlah menjalankan aktiviti penulisan dan
sebagainya.

TEKNIK FORUM

1. Forum merupakan satu sesi perbincangan yang melibatkan


beberapa ahli panel untuk mencanai fikiran dan mengemukan
pendapat tentang sesuatu tajuk, dimana ia dijalankan secara
formal.
2. Teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai,
di mana pelajar akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman
secara langsung untuk meningkatkan kemahiran menyampaikan
idea dan fikiran dengan jelas, objektif, kreatif dan rasional.
3. Untuk menjayakan aktiviti ini, tajuk forum yang dipilih haruslah
mudah, menarik dan mencabar selaras dengan kemahiran,
pencapaian serta peringkat umur pelajar.
4. Persediaan yang rapi perlu dibuat sama ada sebelum, semasa
dan selepas aktiviti.

TEKNIK PERBAHASAN

1. Bahas ialah pengucapan sama ada menyokong atau


membangkang sesuatu pendirian dengan alasan yang logik dan
idea yang tersusun.
2. Teknik perbahasan ini sesuai diajar untuk semua peringkat pelajar
di sekolah menengah.
3. Antara manfaat teknik ini ialah :
4. Memperkembangkan kecekapan berkomunikasi dengan berkesan
5. Melatih berfikir dengan pantas dan melahirkan buah fikiran dengan
tepat dan teratur
6. Menguasai kemahiran berbahasa dengan menggunakan struktur
ayat yang betul dan laras bahasa yang sesuai.
7. Mengemukakan hujah secara rasional, kritis dan kreatif.
8. Melatih kemahiran mendengar, menaakul, berhujah dan
membidas.
9. Guru perlu mengambil inisiatif sendiri untuk memupuk kebolehan
berbahas di kalangan pelajar.
10. Perkembangan kebolehan berbahas dengan sendirinya akan
membawa kepada perkembangan kemahiran berbahasa,
perkembangan mental yang positif, peningkatan ilmu dan
pemupukan sifat-sifat kepimpinan.

TEKNIK KUIZ

 Diperkenalkan pada tahun 1940 di England melalui Perbadanan


Penyiaran British (B.B.C).
 Aktiviti kuiz bermula di negara ini setelah dimasukkan dalam masa
pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah Inggeris dan
diikuti di sekolah-sekolah Melayu.
 Tujuannya ialah :
 Guru dapat mengukuhkan pengajaran dan memantapkan
pemahaman pelajar mengenai topik-topik tertentu.
 Pelajar dapat mengulangkaji sambil bergembira.
 Pelajar dapat melupakan permasalahan mereka dengan
mengemukakan soalan-soalan secara teka-teki.
 Pelajar dapat belajar kaedah cara berfikir yang baru.
 Membantu pelajar memahami sistem Bahasa Melayu terutama
dari segi bentuk, makna dan penggunaan bahasa yang tepat.
 Terdapat 2 bentuk pengajaran dan pembelajaran bahasa melalui
teknik ini iaitu :
 Ia dijalankan secara spontan pada peringkat permulaan,
perkembangan dan penutup. Ini bermakna kuiz dapat dijadikan
sebagai aktiviti rangsangan, penggayaan, pemulihan dan
pengukuhan.
 Kuiz sebagai aktiviti pertandingan meliputi pertandingan antara
pelajar.

Anda mungkin juga menyukai