Anda di halaman 1dari 32

Keluarga Bahagia (remaja & keluarga)

DEFINISI

~ Menurut Kamus Dewan edisi keempat, keluarga bermaksud sesi rumah tangga yang
terdiri daripada suami dan isteri atau berserta anak-anak.
~ Menurut Kamus Dewan edisi keempat, bahagia bermaksud suasana senang dan aman,
aman damai serta gembira.
~ Menurut Kamus Dewan edisi keempat , remaja bermaksud insan yang sudah cukup umur
utk berkahwin.

TOKOH / KEMENTERIAN / AKTA/DASAR

~ Menurut mantan Menteri Pelajaran , Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, remaja
harus belajar meguruskan masanya dengan baik kerana masa itu ibarat emas.
~ Pendidikan sekular secara formal juga perlu diberikan kepada remaja agar dapat melalui
perkembangan rohani, jasmani, emosi dan intelek secara seimbang, iaitu seperti yang
diinpirasikan oleh Falsafah Pendidikan Negara.
~ Menurut pakar motivasi, Dr. Fadhillah Kamsah sendiri menegaskan semakin banyak
masa anak-anak melihat ibu bapa sebanyak itu pulalah timbulnya kasih sayang antara
mereka.

PERANGKAAN

~ Dasar Keluarga Negara(DKN) bakal digubal di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan


(RMK-9) dalam usaha memperkukuhkan institusi kekeluargaan.
~ Terdapat 20% kes anak-anak lari dari rumah berpunca daripada rumah yang tidak
mempunyai kemudahan asas dan sempit.

PUISI

~ Kalau tuan merendam telur,


Jangan terlupa telur yang masin;
Kalau tuan sudah masyhur,
Jangan lupa keluarga yang miskin.

~ Semai benih dipinggir kali,


Kelak tumbuh pohon kelapa,
Ingat pesan bijak bistari,
Jangan abaikan jasa ibu bapa.
PERIBAHASA

~ Bak kata pisang masak separak yang membawa maksud keluarga yang senang dan
berbahagia hidupnya.

~ Bak kata padi setangkai bernas semuanya yang membawa maksud keluarga yang
hidupnya beruntung dan berbahagia

~ Ibu bapa merupakan pihak yang memberikan didikan paling awal kepada anak-anak.
Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

~ Misalnya, banyak ibu bapa yang tidak memberi kasih sayang yang seimbang dalam
kalangan anak mereka. Ada pula yang berlebihan seperti menatang minyak yang penuh
dan ada juga ibu bapa tidak mengambil berat langsung.

KATA ISLAM / INDAH

~ Program Hari Keluarga sebenarnya bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara ibu
bapa dan anak-anak.

~ Hadis “ hormatilah kedua-dua ibu bapamu, merendah diri ketika di hadapan mereka
serta berlemah lembutlah apabila bertutur dengan mereka.”

~ Sepertimana, kata-kata Flower A. Newhouse, kurang semangat mengakibatkan lebih


banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran. Oleh itu, sebagai
remaja yang berwawasan , kita perlu bersemangat dan berkeyakinan dalam mencapai
matlamat hidup.

~ Dalam agama Islam jika seseorang anak itu mengeluarkan perkataan “ah” sekalipun
kepada ibu bapanya, dia akan mendapat dosa apalagi jika anak-anak melawan ibu bapa.

~ Apabila kasih sayang dicurahkan justeru hubungan antara anak dengan orang tua
bertambah intim.

COGAN KATA / KATA HIKMAT

~ Bak kata Saidina Umar Al-Khattab, didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan
kamu sekarang kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman
engkau.
~ Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, “ Didiklah anak-anakmu dalam dunia mereka
sendiri.” Berdasarkan maksud hadis tersebut, maka jelaslah kepada mereka bahawa anak-
anak hendaklah dididik agar mengenal masyarakat dan persekitaran.
~ Tokoh agung falsafah, iaitu Plato pernah menyatakan bahawa “kemajuan sesebuah tanah
air bukan terletak pada kesuburan tanah tanihnya, tetapi terletak pada jiwa bangsa yang
merdeka”.

STRUKTUR AYAT

~ Apakah peranan ibu bapa dalam mengeratkan hubungan kekeluargaan?


~ Adakah ini didikan yang patut diberikan oleh ibu bapa terhadap anak mereka?

CONTOH

~ Keluarga bahagia akan melahirkan anggota keluarga yang taat-mentaati, menghormati


ibu bapa, dan sesama Anggota keluarga seterusnya akan menjadikan keluarga itu harmoni.
~ Ibu bapa harus memberi layanan secara bersopan , lemah lembut, berkasih sayang dan
sebagainya terhadap anak-anak mereka.
Pertanian

DEFINISI

~ Menurut Kamus Dewan edisi keempat, pertanian bermaksud hal-hal bertani, perusahaan,
bercucuk tanam.

~ Menurut Kamus Dewan edisi keempat, agronomi bermaksud sains pertanian atau cabang
ilmu pertanian yg berkaitan dgn pengelolaan tanah utk menghasilkan tanaman.

TOKOH / KEMENTERIAN / AKTA / DASAR

~ Pada tahun 2005 yang lalu, mantan Perdana Menteri Malaysia , Datuk Seri Abdullah Bin
Hj. Badawi telah mengumumkan bahawa sektor pertanian akan menjadi sektor yang akan
dimajukan dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9).

~ Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Y.Bhg. Dato’ Mohd
Hashim Bin Abdullah berkata, sektor pertanian merupakan salah satu sektor penting yang
mendapat tumpuan dalam perdagangan dunia kerana ia merupakan pembekal makanan
dan sumber bahan mentah kepada penduduk dunia.

~ Akta Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara akan dibentangkan tidak lama lagi," kata
Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Hamzah Zainudin
kepada pemberita selepas merasmikan kempen keselamatan penggunaan racun makhluk
perosak dan penyampaian surat serah guna sistem fertigasi di Pusat Latihan LTN.

AGENSI

A. BERNAS
a. Meluaskan perkhimatan keluar kawasan utama penanaman padi.
b. Menyediakan kredit, kumpul hasil, menguruskan subsidi baja kimia dan racun serangga.
c. Menjamin harga minimum dan bantu petani

B. Peladang Koperasi
a. Mengajar petani menggunakan peralatan jentera moden.
b. Membeli baja dengan harga yang lebih murah.
C. Jabatan Pertanian
Mengajar petani menggunakan jentera, baja kimia dan racun serangga.

D. MARDI
Menghasilkan benih padi yang tahan kemarau, cepat masak dan hasil tinggi seperti MR52,
MR53 dan MR77.

E. Bank Pertanian
Menyediakan bantuan kewangan

F. FAMA
Menyediakan pusat menjemur dan kilang untuk memproses padi.

PERANGKAAN

~ Penyelidikan benih dan baka yang bermutu tinggi.Misalnya pihak MARDI telah berjaya
mencipta beras MR185 yang tahan serangan penyakit dan dapat mengeluarkan hasil 7
sehektar menjelang tahun 2010 di Sabak Benam.

~ Hampir 1/4 daripada pertukaran wang asing datangnya daripada hasil pertanian, seperti
ekspot kelapa sawit, getah, lada hitam, nanas, kelapa kering dan sebagainya.

PUISI

~ HUTAN, JALAK, DAN POHON JAMBU


Hujan turun semalaman. Paginya
jalak berkicau dan daun jambu bersemi:
mereka tidak mengenal gurindam
dan peribahasa, tapi menghayati
adat kita yang purba
tahu kapan harus berbuat sesuatu
agar kita, manusia, merasa bahagia.
Mereka tidak pernah bisa menguraikan
hakikat kata-kata mutiara, tapi tahu kapan harus berbuat
sesuatu, agar kita
merasa tidak sepenuhmya sia-sia

~ POTRET KERJA PETANI


keringat petani memenuhi lahan nan subur
rumput hijau menjadi saksi kerja mereka
pada bukit itu hidupnya bergantung
kulit legam petani makin akrab
dengan sengatan mentari siang itu
peluh beningnya menyatu dalam doa
bahwa sawah ladang mesti diolah
dengan penuh arif
PERIBAHASA
~ Kita juga wajar menjadikan kejayaan negara-negara maju khususnya Jepun yang telah
berjaya menguasai sektor perindustrian tetapi dalam masa yang sama terus
membangunkan bidang pertanian untuk kesejahteraan hidup rakyatnya. Bak kata
peribahasa Melayu, yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.

~Tanaman
• Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras.
• Baik membawa resmi padi, makin berisi makin tunduk.
• Harapkan pagar, pagar makan padi
• Berjagung-jagung dahulu sementara padi masak.
• Seperti pipit menelan jagung.

~Hasil Daripada Tanaman


•Sealak-alak beras akan penyaram
•Seperti bertih direndang
• Kurang-kurang bubur, lebih-lebih sudu.
• Daripada cempedak baik nangka, daripada tidak baik ada.
• Kecil-kecil cabai rawit.

KATA ISLAM / INDAH

~ Mengenai projek fertigasi, Hamzah berkata kementeriannya telah meluluskan


peruntukan sebanyak RM5 juta bagi membantu 1,500 petani mengusahakan pelbagai
tanaman termasuk cili sepanjang tahun ini.

~ Kesimpulannya, saya berpendapat bahawa sektor pertanian mempunyai asas yang kukuh
dan potensi yang baik serta prospek yang cerah untuk dimajukan.

~ Dalam masa yang sama, negara kita Malaysia mempunyai tanah-tanih yang subur, bebas
daripada bencana alam atau keadaan huru-hara yang boleh memusnahkan sebarang
kegiatan ekonomi. Jika kelebihan ini tidak dimanfaatkan, bermakna kita telah mensia-
siakan anugerah Allah ke atas bumi kita.

~ Walau bagaimanapun, keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu pada permulaan awal
alaf baharu ini, mengembalikan semula kepentingan bidang pertanian di negara kita.

COGAN KATA / KATA HIKMAT


~ Pengurus Kanan Bahagian Francaisi Perladangannya, Azrul Zulkifly, berkata syarat
utama yang diperlukan untuk menyertai program itu ialah memiliki modal, semangat dan
kesungguhan yang kuat.

STRUKTUR AYAT

~ Disebabkan kekurangan pengetahuan tentang teknologi moden, kebanyakan petani tidak


mengguna baka benih atau klon yang berdaya pengeluaran tinggi yang terkini, tidak
menggunakan baja dan bahan kimia secara optimum dan betul, tidak melaksanakan
pembaik pulih tanah dan mengamalkan adat dan budaya tradisi yang tidak mendorong ke
arah memperoleh daya pengeluaran yang tinggi.

~ Apakah masalah yang dihadapi oleh sektor pertanian kini ialah saiz ladang yang
berskala kecil dan tidak ekonomik?

~ Apakah faktor lain yang mempengaruhi daya pengeluaran yang rendah dan kos purata
yang tinggi di sub-sektor pekebun kecil?

CONTOH

~ Di negara kita, terdapat sawah padi, perladangan seperti getah, kelapa nanas, sawit,
koko, teh, kebun-kebun sayur dan bunga bungaan serta dusun buah-buahan.

~ Hujan tahunan melebihi 2500mm setahun dan suhu yang tinggi sepanjang tahun sesuai
untuk tanaman seperti getah, kelapa sawit, koko, kopi, tembakau dan lada hitam.
Pencemaran

DEFINISI

~ Menurut Kamus Dewan edisi keempat, pencemaran membawa maksud perbuatan


mencemarkan, mengotorkan, pengotoran.

~ Menurut Kamus Dewan edisi keempat, kebersihan bermaksud perihal bersih dari segi
udara, air dan sebagainya.

TOKOH / KEMENTERIAN / AKTA / DASAR

~ Program pendidikan ini juga boleh dijalankan oleh JAS dan lain-lain agensi kerajaan
serta badan bukan kerajaan ditujukan kepada setiap peringkat masyarakat iaitu pentadbir,
orang ramai dan juga kanak-kanak sekolah.

~ Bahagian Alam Sekitar memainkan peranannya sebagai kuasa perimbangan, antaranya


ialah dengan berusaha memberi pendidikan yang mana boleh dilakukan melalui sebaran
am seperti surat khabar, penerbitan Bahagian Alam Sekitar, ‘Sekitar’ dan penubuhan Unit
Maklumat dan Pendidikan Bahagian Alam Sekitar, sebaran radio, televisyen, kursus dan
seminar.
~Berdasarkan Surah Ar Rumayat 41, berlakulah kerosakan (bencana) di daratan dan di
lautan oleh sebab usaha manusia sendiri sehingga Allah menimpakan pada mereka
sebahagian azab daripada perbuatan mereka itu agar mereka kembali ke jalan yang benar
(bertaubat).

~ Dodds (1997) mengatakan sampah berasal dari aktiviti manusia.

~ Menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 pula, sampah ditakrifkan sebagai
suatu bahan buangan, termasuk semua bahan yang telah ditetapkan sebagai bahan
buangan terjadual, atau semua bahan samaada dalam bentuk pepejal, cecair atau dalam
bentuk gas atau wap yang dilepaskan, dikeluarkan atau diletakkan dalam alam sekeliling
yang akan menyebabkan pencemaran (Laws of Malaysia 1998).

PERANGKAAN
~ Kami mendapati sungai itu tercemar dari hulu menuju ke muara yang panjangnya lebuh
kurang 8 kilometer.

~ Selain daripada itu, keadaan cuaca juga memburukkan lagi keadaan, dimana pada tahun
1997, negara telah dilanda fenomena El- Nino yang membawa cuaca kering dan panas
berpanjangan.

PUISI

~ Sayup-sayup undan tua berlagu hiba


terbang beriring di rembang petang
renik-renik mengirai bulu carik
melayang satu-satu berbaur debu
lesu berapungan di air lalu.

Daun-daun menghijau alangkah segar


kemilau danau disinar mentari
kali tenang betapa lembut mengalir ke muara
kedamaian melingkar rimba
lalu tumpah kasih nan jernih
erat bertaut cinta kasih.

Malam hiba dadanya ungu luka


pungguk tersedu pilu di atas batu
bulan tiada lagi mendandan wajah
bintang malam pudar sinarnya.

PERIBAHASA

~ Sebagai contoh, bahan buangan boleh diproses menjadi baja nutrien bagi
menghindarkan pembaziran dan surat khabar boleh dijadikan sebagai tisu. Keadaan ini
dikatakan “ sambil menyelam minum air.

~ Di samping itu, kebersihan alam sekitar boleh dijaga melalui kempen kesedaran sivik
supaya rakyat dapat menjaga alam sekitar sejak kecil kerana “ melentur buluh biarlah dari
rebungnya” .

KATA ISLAM / INDAH


~ Selain itu, wujudnya masalah jerebu ini adalah ekoran daripada proses urbanisasi yang
telah menggalakkan perkembangan sesebuah bandar dan wujudnya lokasi-lokasi
perindustrian yang menyediakan peluang pekerjaan.

~ Namun di sebalik itu, kita acapkali tersentak oleh permasalahan pencemaran alam
sekitar yang beronal yang dicetuskan oleh rakyat kita sendiri.

~ Dalam zaman yang serba canggih ini, salah satu penyumbang utama dalam pencemaran
alam di negara ini adalah sektor pembalakan yang begitu meluas dan intensif di Sabah,
Sarawak dan Pahang.

COGAN KATA / KATA HIKMAT

~ Di dalam Al-Quran, Allah S.W.T. menyatakan bahawa kemusnahan yang berlaku di atas
muka bumi ini adalah berpunca daripada tangan manusia sendiri. Firman Allah S.W.T.:
(Surah Ar-Ftum: Ayat 41) Maksudnya: Telah berlaku pelbagai kerosakan dan bala
bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang dilakukan oleh tangan-tangan
manusia.

STRUKTUR AYAT

~ Apakah peranan kita sebagai masyarakat untuk menangani masalah ini?

~ Jika kita lihat pada hari ini, berapa kilang yang telah dibina oleh kerajaan yang
mematuhi piawaian kebersihan yang telah ditetapkan?

CONTOH

~ Jumlah hujan menurun dan negara mengalami masalah bekalan air dan penurunan
tekanan air. Antara daerah yang mengalami masalah ini di Sabah ialah daerah Kota
Merudu, Kota Belud dan Kudat.

~ Pembakaran ini bukan sahaja menimbulkan masalah kepada negara kita malah negara-
negara lain yang berdekatan seperti Thailand, Singapura, Brunai dan Filipina juga
tercemar dengan teruk.
PELANCONGAN

DEFINISI

~ Menurut Kamus Dewan edisi keempat, pelancongan bermaksud perihal melancong atau
perihal orang melancong dan perkhidmatan yang berkaitan dengannya.

~ Menurut Kamus Dewan edisi keempat, ekopelancongan bermaksud pelancongan yang


berasaskan sumber dan pemeliharaan alam semula jadi , seperti flora, fauna, pantai, tasik,
sungai dan sebagainya.

~ Perkataan tourism datang daripada perkataan latin iaitu tornare dan juga greek iaitu
tornos yang membawa maksud pergerakan dalam suatu bulatan. Pada awalnya, jafari
(1977) mendefinisikan pelancongan sebagai;suatu kajian manusia yang bertentangan
dengan habitat semula jadi mereka serta penglibatan industri yangbertindak balas pada
keperluan mereka, dan juga kesan ke atas diri mereka dan industri ,iaitu daripada sudut
sosiobudaya, ekonomi dan persekitaran.

TOKOH / KEMENTERIAN / AKTA / DASAR

~ Menteri Pelancongan Malaysia, YB Dato’ Sri Dr. Ng Yen Yen berkata, Negara kita
yang kaya dengan masyarakat majmuk, makanan yang menyelerakan, destinasi
pelancongan yang menarik, pelancongan eko, “homestay” , warisan sejarah, pantai dan
pulau yang indah atau pusat beli belah yang moden segalanya boleh didapati di sini.

~Dasar Pelancongan Negara


Menjadikan industri pelancongan Negara sebagai satu sektor utama, lestari, berdaya maju
dan berkualiti dalam member sumbangan kepada pembangunan negara.

~ Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzil, Menteri Kebudayaan dan Pelancongan mengatakan
bahawa fungsi dan tanggungjawab memajukan industri pelancongan negara tidak terletak
pada bahu kementeriannya sahaja. Namun, kementeriannya sewajarnya memainkan
peranan yang lebih besar dan penting dalam memastikan para pelancong pulang dengan
`cerita-cerita' yang menarik dan menggembirakan dari Malaysia.
~ Pelbagai kegiatan dalam usaha mencari jalan memajukan industri pelancongan di
negara ini dijalankan. Persatuan Pengembaraan Asia Pasifik (PATA) yang mempunyai
pengaruh besar dalam industri pelancongan di rantau ini telah mengadakan persidangan
tahunannya di sini. Forum Pelancongan Majlis Ekonomi Asia Pasifik (APEC) Kedua turut
diadakan. Begitu juga dengan Pesta Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan
Antarabangsa Malaysia (MATTA) 2001 telah dianjurkan di sini.

~ Leiper (1981) menjelaskan pelancongan sebagai, “Suatu sistem terbuka yang


mempunyai hubungan dengan persekitaran yang luas, elemen manusia iaitu pelancong,
elemen kawasan iaitu kawasan asal, kawasan persinggahan dan kawasan destinasi yang
terpilih, elemen ekonomi iaitu industri pelancongan dan elemen dinamik iaitu terdiri
daripada individu yang mengembara bagi tujuan berehat jauh dari tempat asal mereka
selama lebih kurang satu hari.” Walaupun definisi ini agak mendalam, sekurang-
kurangnya ia memberi pengertian yang jelas berkenaan pelancongan dan elemen-elemen
yang terlibat dalam industri pelancongan secara khususnya.

PERANGKAAN

~ Pada tahun 2000, seramai 10.2 juta orang pelancong (termasuk pelancong domestik)
berkunjung ke Malaysia yang menghasilkan pendapatan RM20 bilion, termasuk RM17
bilion daripada pertukaran asing.

~ Angka tersebut melebihi jangkaan 6.4 juta pelancong yang diramalkan akan datang ke
Malaysia. 

~ Sejak tahun 1997 lagi, kerajaan telah menggiatkan usaha menggalakkan kemasukan
pelancong asing ke negara kita.

PUISI
~ dikandung tanah
Budi baik membawa faedah;
Pemandu teksi berhemah amanah
Kekalkan imej Malaysia indah

PERIBAHASA

~ Konsep pelancongan perlu diperluaskan dengan memperkenalkan pelbagai jenis


pelancongan seperti “ekopelancongan”, pelancongan alam sekitar, pelancongan
pendidikan, pelancongan perubatan dan sebagainya. Hal ini sesuai dengan pepatah
Melayu, “tak kenal maka tak cinta”.
~ Rakyat perlulah menunjukkan nilai sopan santun dan lembut bahasa kerana “bahasa
menunjukkan bangsa”.

~ Tuntasnya, “jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”, jika usaha yang
dilakukan amat kurang dan terbatas, bagaimanakah hasrat untuk melihat sektor
pelancongan di negara kita merentasi benua dan dunia menjadi nyata?

KATA ISLAM / INDAH

~ Kempen pelancongan di Malaysia perlulah dipergiat. Dengan kemajuan sektor ini,


kerajaan dapat membangunkan pelbagai bidang maslahat lain.

~ Keamanan Malaysia yang bebas daripada sebarang bentuk keganasan dan ancaman yang
menggamit pelancong berkunjung ke sini.

~ Kerajaan juga mengisytiharkan tahun 2007 sebagai Tahun Melawat Malaysia yang
bertujuan menjadikan sektor pelancongan sebagai “tiang seri” kepada perkembangan
ekonomi negara.

COGAN KATA / KATA HIKMAT

~ Tak kenal maka tak cinta


~ Warisan budaya bangsa Malaysia
~ Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.
~ Hilang budaya, lenyaplah sesuatu bangsa

STRUKTUR AYAT

~ Persoalannya, apa kebaikan yang diperoleh oleh Negara dalam usaha mempromosikan
Negara yang kita cintai, iaitu Malaysia?

~ Bagaimanakah hasrat untuk melihat sektor pelancongan di negara kita merentasi benua
dan dunia menjadi nyata?

CONTOH
~ Pelajar dari Jepun, Maldives, Eropah sering datang ke Malaysia untuk mempelajari
budaya masyarakat Malaysia.

~ Malaysia mempunyai rangkaian pulau yang cantik dan dikelilingi lautan yang
terpelihara daripada pencemaran, antaranya ialah Pulau Redang, Pulau Tioman, Pulau
Perhentian, Pulau Langkawi dan sebagainya.
PERMAINAN TRADISIONAL

DEFINISI

~ Apakah definisi permainan tradisional? Sebenarnya menurut Kamus Dewan, permainan


tradisional merujuk permainan budaya yang sudah diamalkan oleh sesuatu masyarakat itu
untuk satu tempoh yang tertentu seperti dalam kes masyarakat kita permainan gasing, wau
dan dam menjadi permainan tradisional.

TOKOH / KEMENTERIAN / AKTA / DASAR

~ Kementerian Kebudayaan , Kesenian dan Warisan mengadakan kempen dan promosi


melalui media cetak dan media elektronik .
~ Lembaga Penggalak Pelancongan termasuk pihak pengurusan hotel disaran
mengedarkan brosur dan buku panduan tentang permainan tradisional kepada para
pelancong yang menginap di hotel berkenaan .

~ Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) telah menggunakan permainan wau sebagai logo
korporat syarikat berkenaan .

~ Kempen Cintai Permainan Tradisional perlu dijalankan oleh Jabatan  Kebudayaan dan
Kesenian Negara  secara besar-besaran dengan kerjasama pihak media massa, terutamanya
media cetak dan media elektronik, iaitu surat khabar dan pihak televisyen.

PERANGKAAN

~ Panjang papan congkak tujuh lubang biasanya sekitar 80 cm dan lebanya 18 cm.

~ Gelanggangnya adalah sebuah papan congkak yang mengandungi sekampong 5, 7, 8


atau 9; rumah anak serta 1 rumah ibu.

PUISI

~ Sayang serindit punai di Jawa,


   Permainan anak permaisuri;
Pelepah jatuh pucuk ketawa,
   Pangkal juga menahan diri.
PERIBAHASA

~ Pelbagai langkah telah dilakukan bagi mengembalikan kegemilangan permainan


tradisional agar tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas .

~ Jika permainan  tradisional kita telah lenyap di bumi kita, apakah kebudayaan yang
dapat memperlihatkan maruah bangsa kita? Ingatlah peribahasa, “sesal dahulu pendapatan,
sesal kemudian tidak berguna.”

~ Seperti peribahasa, “Tak kenal maka tak cinta“, setelah diperkenalkan kepada
pelancong, lazimnya mereka akan berminat dan turut bermain dengan seronoknya
terhadap permainan tradisional.

~ Hal ini bukan sahaja dapat memangkinkan industri pelancongan tetapi juga
memperkenalkan kebudayaan kita kepada bangsa lain, seperti peribahasa, “serampang dua
mata.”

~ Sebelum nasi menjadi bubur, kita perlu mencari pendekatan yang efisien untuk
membangkit permainan tradisional di negara kita semula, seperti peribahasa, “di mana
batang terguling, di situ cendawan tumbuh.”

KATA ISLAM / INDAH

~ Permainan tradisional seperti wau ,gasing dan congkak yang popular suatu ketika dahulu
kini semakin dipinggirkan dalam arus perdana.

~ Pada era pascamodenisasi ini, rakyat kita telah menikmati pelbagai kemajuan dan
pembangunan fizikal yang pesat.

~ Rentetan daripada itu, hotel- hotel lima bintang dan pusat peranginan yang terkemuka 
di negara kita patut menyediakan tapak dan alat permainan tradisional kepada pelancong
asing kita.

~ Lebih-lebih lagi, permainan tradisional dapat mengukuhkan hubungan masyarakat kita


yang berbilang bangsa dan sentiasa sibuk mengejar kekayaan duniawi.

~ Walaupun zaman beredar,  tetapi segala  warisan yang baik dan sejati perlu diperkukuh
supaya bangsa kita tidak digelar sebagai etnik yang tidak berakar umbi dan sentiasa
terhanyut  oleh arus globalisasi.
BAHASA INGGERIS

~ Tambahan pula, permainan tradisional juga merupakan satu daya tarikan yang signifikan
dalam industri pelancongan.

STRUKTUR AYAT

~ Jika permainan tradisional kita telah lenyap di bumi kita, apakah kebudayaan yang dapat
memperlihatkan maruah bangsa kita?

~ Adakah kita sanggup membiarkan khazanah kebudayaan kita ditelan dalam pengedaran
zaman dan lenyap dalam bumi kita?

CONTOH

~ Salah satu khazanah kebudayaan kita yang semakin luntur dalam gaya hidup yang
moden ini  ialah permainan tradisional kita yang terdiri daripada  congkak, wau, gasing
dan sebagainya.

~ Pada hari ini,beberapa jenis permainan,terutama permainan bola sepak, badminton,


boling,skuasy, hoki, dan sebagainya begitu popular dalam kalangan masyarakat negara ini.

~ Permainan tradisional,seperti congkak,gasing,batu seremban.wau,dan sebagainya


mungkin asing bagi sesetengah orang,terutamanya orang muda.
PATRIOTISME

DEFINISI

~ Menurut Kamus Dewan edisi keempat, patriotisme bermaksud perasaan cinta yang kuat
terhadap tanah air.

~ Menurut Kamus Dewan edisi keempat, negara bermaksud sesuatu kawasan yang didiami
oleh masyarakat.

~ Berdasarkan mata pelajaran Pendidikan Moral, cinta akan negara bermaksud perasaan
sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi
kepentingan diri.

TOKOH / KEMENTERIAN / AKTA / DASAR/ JABATAN

~ Jabatan Penyiaran atau stesen televisyen juga perlu mengadakan forum tentang
semangat patriotik dengan menjemput tokoh-tokoh akademik daripada pelbagai bangsa
dan juga tokoh masyarakat yang memperjuangkan semangat kebangsaan suatu masa
dahulu.

~ Tokoh-tokoh seperti Tunku Abdul Rahman, Tok Janggut, Mat Kilau, dan Abdul
Rahman Limbong dapat menjadi inspirasi dan idola para remaja.

~ Laungan “Merdeka” sebanyak tujuh kali daripada Tunku Abdul Rahman disambut
dengan sorakan gembira oleh seluruh rakyat.

~ Langkah Kementerian Pelajaran mewajibkan semua pelajar mempelajari mata pelajaran


Sejarah merupakan satu daripada langkah yang bijak.

PERANGKAAN

~ Keadaan ini dapat dilihat melalui dua peristiwa penting, iaitu perjuangan orang Melayu
menentang Malayan Union pada tahun 1946 dan gabungan tiga buah parti berbilang
kaum; UMNO, MCA dan MIC.
~ Semua rakyat harus menyedari bahawa kemerdekaan yang kita kecapi baru meniti usia
52 tahun, sedangkan negara kita pernah dijajah selama 446 tahun.

~ Tanggal 31 Ogos 1957, negara kita secara rasmi merdeka daripada penjajah.

PUISI / LIRIK LAGU

~ Negaraku
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup
bersatu dan maju,

~ Nafas jihadmu tetap panas


sewaktu tanah milikmu dicakar durjana
namun kau masih sempat
mengikir mata akal
Sebilah belati
peluru tetap kau asah
bangkit dengan semangat mata batin
selamanya.

~ Aku anak merdeka


Bangkit dari persada luka
Berdiri megah di pentas wira
Inginku tebus maruah bangsa

Aku anak merdeka


Terjaga dari ranjang kecewa
Berpaksi gagah di panggung perkasa
Ingin ku bela nasib bangsa

PERIBAHASA

~ Maka, prakarsa yang pragmatik perlu diambil demi memastikan api semangat patriotik
dalam kalangan remaja tidak terpadam dan lenyap begitu sahaja sebelum nasi menjadi
bubur.

~ Isu yang mencetuskan polemik dalam kalangan media massa saban hari ini pantas
meniti dari bibir ke bibir.

~  Hal ini dapat memupuk perpaduan yang merupakan elemen penting dalam semangat
patriotik, bak kata pepatah, ’bersatu kita teguh, bercerai kita roboh’.
~ Perkara ini membolehkan semangat patriotik sebati dalam diri pelajar seperti kata
peribahasa Melayu, “Kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. 

~ Semangat tokoh-tokoh tersebut berjuang bermati-matian demi mempertahankan tanah


tumpah darah mereka perlulah mengalir dalam darah para remaja dan ’tak lapuk dek
hujan, tak lekang dek panas’ agar tidak menjadi lipatan sejarah semata-mata.

KATA ISLAM / INDAH

~ Walau bagaimanapun, janganlah kita alpa dan leka kerana masyarakat yang tidak
mempunyai semangat patriotik mudah terpengaruh oleh hasutan dan berpecah belah.

~ Maka, prakarsa yang pragmatik perlu diambil demi memastikan api semangat patriotik
dalam kalangan remaja tidak terpadam dan lenyap begitu sahaja sebelum nasi menjadi
bubur.

COGAN KATA / KATA HIKMAT

~ Keupayaan membina negara bangsa bergantung pada perkongsian nilai dan semangat
patriotisme, lingua franca, integrasi, kewarganegaraan dan demonikrasi.

~ Pendek kata, ”Negara Kita Tanggungjawab Kita” tema hari kemerdekaan akan
direalisasikan oleh warga yang patriotik.

STRUKTUR AYAT

~ Persoalannya, apakah langkah-langkah yang wajar dilaksanakan untuk memupuk


semangat patriotic dalam kalangan remaja?

~ Mengapakah generasi muda kini pula kurang bersikap patriotik?

CONTOH

~ Misalnya, pertandingan menulis esei berkaitan dengan tokoh yang mempertahankan


negara, pertandingan kolaj dengan topik merdeka atau sejarah, pertandingan kolaj dengan
bertemakan topik merdeka atau sejarah, pertandingan melukis dengan bertemakan
"negaraku" dan lain-lain lagi. 
~ Pelaksanaan aktiviti kokurikulum melalui unit beruniform, seperti Kadet Polis,
Pengakap, Pandu Puteri dan sebagainya haruslah menyelitkan program-program atau
kegiatan yang mampu memupuk semangat patriotik dalam kalangan remaja.

Alam Selitar

DEFINISI

~ Menurut Kamus Dewan edisi keempat, alam sekitar bermaksud keadaan alam sekeliling.

~ Menurut Kamus Dewan edisi keempat, semula jadi bermaksud sesuatu yang bukan
buatan manusia.

TOKOH / KEMENTERIAN / AKTA / DASAR

~ Kerajaan melalui beberapa agensi seperti Jabatan Alam Sekitar dan Renjer Hutan telah
berusaha sedaya mungkin untuk menanam pokok semula.

~ Ketua Pengarah Alam Sekitar Malaysia, Y.Bhg. Dato’ Hajah Rosnani Ibarahim dengan
sukacitanya merasmikam Pelancaran Minggu Alam Sekitar Malaysia Peringkat
Kebangsaan Tahun 2010.

~ Kerajaan Malaysia telah menggubal undang-undang berikut untuk melindungi alam


sekitar dan menangani masalah pencemaran alam sekitar.

 Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974

 Akta Racun Makhluk Perosak, 1974

 Akta Kilang dan Jentera, 1967

~ Malaysia telah melancarkan "Inisiatif Penghijauan Dunia" pada 27 April 1992 di


Persidangan Ketua-ketua Menteri Negara Membangun Mengenai Alam Sekitar dan
Pembangunan di Kuala Lumpur. Dokumen ini merangkumi program bertindak untuk
pemeliharaan alam sekitar.

~ Bahagian Alam Sekitar memainkan peranannya sebagai kuasa perimbangan, antaranya


ialah dengan berusaha memberi pendidikan yang mana boleh dilakukan melalui sebaran
am seperti surat khabar, penerbitan Bahagian Alam Sekitar, ‘Sekitar’ dan penubuhan Unit
Maklumat dan Pendidikan Bahagian Alam Sekitar, sebaran radio, televisyen, kursus dan
seminar.
PERANGKAAN

~ Dalam mendepani arus era modenisasi dan globalisasi, melebihi seratus hutan telah
ditebang demi membangunan negara di seluruh dunia.

~ Sikap manusia kini tidak ubah seperti lirik dalam lagu Zainal Abidin: "Dewasa ini kita
sering merayakan, perayaan yang akhirnya membinasakan, apalah gunanya kematangan
fikiran, jika di jiwa kita masih lagi mentah dan muda..."

PUISI / LIRIK LAGU

~RINDUKU PADA HUTAN


rinduku pada hutan
menghirup udaranya
memandang rimbunnya
hijau daunnya
sepinya
rinduku pada hutan
menginjak rumputnya
embunnya
rinduku pada hutan
mendengar kicau burungnya
teriakan sang kera
auman harimau
kegesitan kijang
atau ular yang melata
rinduku pada hutan
rindunya kehidupan
~ Sikap manusia kini tidak ubah seperti lirik dalam lagu Zainal Abidin: "Dewasa ini kita
sering merayakan, perayaan yang akhirnya membinasakan, apalah gunanya kematangan
fikiran, jika di jiwa kita masih lagi mentah dan muda..."

PERIBAHASA

~ Usaha-usaha mewujudkan kawasan persekitaran yang bersih harus dilakukan oleh


masyarakat yang sememangnya perlu hidup sandar-menyandar bagai aur dengan tebing.

~ Alam sekitar yang terpelihara sentiasa menjadi buah mulut pelancong yang pernah
berkunjung le sini lalu menghebahkannya kepada rakan-rakan mereka.
~ Di samping itu, kebersihan alam sekitar boleh dijaga melalui kempen kesedaran sivik
supaya rakyat dapat menjaga alam sekitar se ak kecil kerana “ melentur buluh biarlah dari
rebungnya” .

KATA ISLAM / INDAH

~ Syarikat yang rakus dan tidak bertanggungjawab ini telah melakukan kegiatan
penebangan pokok-pokok tanpa keizinan pihak yang berkuasa.

~ Malangnya, sikap manusia yang rakus mengejar pembangunan tanpa memikirkan kesan
terhadap alam sekitar menyebabkan banyak sungai di negara ini tercemar.

~ Pelbagai cara perlu dilakukan bagi memelihara keindahan dan kesinambungan fungsi
sungai.

COGAN KATA / KATA HIKMAT

~ Alam yang dijadikan oleh Allah S.W.T. ini adalah untuk memudahkan manusia
menjalani kehidupan dengan baik dan sempurna.

~ Sinonim dengan slogan negara “Negara Bersih, Rakyat Sihat”.

~ Sememangnya penganugerahan ´tampuk khalifah di bumi´ ini tidak disenangi


sebagaimana penjelasan di dalam surah al-Baqarah: 30: “Adakah Engkau hendak
menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah
(berbunuh-bunuhan), pada hal kami (malaikat) sentiasa bertasbih dengan memuji-Mu dan
mensucikan-Mu?”

STRUKTUR AYAT

~ Adakah kita ingin membiarkan alam sekitar terjejas semata-mata supaya dapat mengejar
kemajuan?

~ Bagaimanakah caranya perlu dilakukan bagi memelihara alam sekitar?

CONTOH

~ Amalan menjaga kebersihan alam sekitar penting untuk mengelakkan penularan


penyakit berjangkit seperti selesema, taun, malaria dan denggi.
~ Sebaliknya, udara yang tercemar akan menyebabkan pelbagai jenis penyakit yang
berbahaya seperti batuk, demam dan sesak nafas.

Pengangkutan

DEFINISI

~ Menurut Kamus Dewan edisi keempat, pengangkutan bermaksud pembawaan barang-


barang dan orang dari satu tempat ke tempat lain.

~ Menurut Kamus Dewan edisi keempat, kenderaan segala jenis kenaikan atau tunggangan
seperti kereta, basikal, kuda dan sebagainya.

TOKOH / KEMENTERIAN / AKTA / DASAR

~ Di bawah program kempen advokasi ini, anggota-anggota Jabatan Pengangkutan Jalan,


Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya sedang mengadakan Operasi
Khidmat Nasihat di seluruh negara.

~ Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pada masa sama pihak kerajaan
juga akan berusaha mengubah cara pemikiran rakyat serta persepsi bahawa pengangkutan
awam hanya untuk golongan berpendapatan rendah atau golongan bawahan.

~ Menteri Pengangkutan, Y.B. Datuk Ong Tee Keat berkata, saya akan terus menyambung
program dan rancangan serta projek-projek fizikal yang telah dirancang dan dilaksanakan
semasa tempoh mantan Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteri di samping merangka
program-program baru ke arah melengkapkan dan meningkatkan lagi sistem
pengangkutan di negara kita.

PERANGKAAN

~ Beliau yakin dengan tumpuan yang diberikan kepada dua perkara tersebut, ia mampu
membantu kerajaan mencapai sasaran jumlah pengguna pengangkutan awam daripada 16
peratus ketika ini kepada 25 peratus menjelang 2012.
~ Hal ini menyebabkan mantan Perdana Menteri, iaitu Tun Abdullah bin Ahmad Badawi
pada tahun 2007 yang lalu telah turun padang untuk melihat masalah yang membelenggu
pengguna itu dengan mata kepala beliau sendiri.

PERIBAHASA

~ Di samping itu, mereka kebiasaannya bersikap bagai enau di dalam belukar, melepaskan
pucuk masing-masing ketika berada di jalan raya.

~ Jadi, pihak berkuasa perlulah mengambil langkah yang sewajarnya bagi menghalang
pencemaran udara yang semakin serius pada masa ini, seperti kata pepatah, “Sediakan
payung sebelum hujan”.

~ Isu tentang pengangkutan awam di negara kita semakin menjadi buah mulut orang ramai
belakangan ini.

~ Hal ini menyebabkan mantan Perdana Menteri, iaitu Tun Abdullah bin Ahmad Badawi
pada tahun 2007 yang lalu telah turun padang untuk melihat masalah yang membelenggu
pengguna itu dengan mata kepala beliau sendiri.

~ Jelasnya, rungutan pengguna pengangkutan awam tersebut perlu ditangani dengan baik
agar pengangkutan awam di negara kita tidak menjadi “indah khabar dari rupa”.

~ Mungkin sudah sampai masanya kerajaan bertindak tegas dalam kemelut ini dan bukan
bersikap “sudah terhantuk baru terngadah”.

KATA ISLAM / INDAH

~  Jadi, kemelut utama ini harus diselesaikan oleh kerajaan jika mereka mahu melihat
rakyat negara ini berduyun-duyun menggunakan LRT.

~ Ketika masyarakat semakin gusar dengan mutu perkhidmatan pengangkutan awam,


pihak kerajaan harus membuat tindakan drastik menangani isu ini.

~ Intihanya, pengangkutan awam mempunyai kelebihan yang lebih banyak jika hendak
dibandingkan dengan penggunaan kenderaan persendirian. 

~ Hal ini menyebabkan mantan Perdana Menteri, iaitu Tun Abdullah bin Ahmad Badawi
pada tahun 2007 yang lalu telah turun padang untuk melihat masalah yang membelenggu
pengguna itu dengan mata kepala beliau sendiri.
~ Sudah pasti dilema utama yang dihadapi oleh masyarakat terhadap sistem pengangkutan
awam kita ialah kos atau tambangnya yang agak mahal.

PUISI

~ negara maju menjadi pilihan


perlunya rakyat bersatu padu
pengangkutan ngara perlu djaga
beringat mngatur haluan yang satu

STRUKTUR AYAT

~ Mengapakah semua pekerja pengangkutan awam harus diberi satu kursus ?

~ Apakah dilema utama yang dihadapi oleh masyarakat terhadap sistem pengangkutan
awam kita?

CONTOH

~ Rangkaian pengangkutan awam di negara kita meliputi pengangkutan bas, teksi, Sistem
Transit Tren Ringan (LRT) dan monorel.

~ Oleh hal yang demikian, pengangkutan awam seperti komuter, monorel, ERL (Express
Rail Link), LRT (Light Rail Transit)) dan sebagainya dapat memainkan peranan yang
penting untuk membendung masalah kesesakan jalan raya yang semakin kronik di ibu
negara kita.

~ Kalau anda sering menggunakan pengangkutan awam sudah pasti anda akan
menghadapi masalah untuk menukar sistem pengangkutan. Contohnya, antara monorel
dengan LRT atau antara bas dengan monorel.
Pemuliharaan Warisan Sejarah

DEFINISI

~ Menurut Kamus Dewan edisi keempat, pemuliharaan bermaksud hal atau perbuatan
memulihara.

~ Menurut Kamus Dewan edisi keempat, warisan bermaksud harta pusaka dan harta
peninggalan.

~ Menurut Kamus Dewan edisi keempat, sejarah bermaksud peristiwa yg benar-benar


berlaku pada waktu yang lampau, kisah, riwayat dan tambo.

~ Dari segi definisinya, pemuliharaan bangunan dan monumen bererti memelihara dan
membaiki harta dan warisan lama yang mempunyai nilai-nilai seni bina dan sejarah
melalui kerja-kerja penyenggaraan dan pembaharuan.

~ Warisan seperti mana yang dimaksudkan di dalam kamus Oxford adalah sesuatu yang
akan atau telah diwarisi yang mana akan melibatkan dua pihak iaitu generasi lepas dan
akan datang.

TOKOH / KEMENTERIAN / AKTA / DASAR

~ Di Malaysia, di bawah Akta Bendapurba 1976, sesebuah bangunan atau monumen


berusia sekurang-kurangnya 100 tahun boleh diwarta atau digazetkan oleh pihak kerajaan
melalui Jabatan Muzium untuk diberi perlindungan, penjagaan dan galakan bagi kerja-
kerja pemuliharaan.

~ Dalam usaha untuk memulihara bangunan warisan, mantan Perdana Menteri, Tun
Abdullah bin Ahmad Badawi menegaskan bahawa segala usaha pemuliharaan bangunan
warisan perlu dilaksanakan dengan mengambil kira beberapa faktor seperti nilai sejarah,
warisan, seni bina, usia, fungsi, bahan binaan dan penyelenggaraan serta sokongan
daripada pelbagai pihak yang berkaitan.
~ Di bawah Akta Antikuiti 1976, bangunan bersejarah atau monumen hendaklah berumur
sekurang-kurangnya 100 tahun untuk disenaraikan atau digazet oleh kerajaan di bawah
Jabatan Muzium bagi memberi perlindungan dan galakan untuk dikekalkan dan
dipulihara.

~ Sebelum Akta Warisan Kebangsaan 2005 (AWK) diwartakan pada 31 Disember 2005
dan dikuatkuasa pada 1 Mac 2006, hanya terdapat Akta Benda Purba, 1976 (Akta 168)
yang digunapakai bagi perlindungan dan pemeliharaan warisan Negara berkaitan barang
purba, monumen, dan tinggalan kebudayaan.

~ Akta Treasure Trove Act, 1957(Act 542) pula adalah berkaitan jumpaan harta karun
tetapi pelaksanaannya terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri.

PERANGKAAN

~ Zaman kegemilangan bandar pelabuhan Melaka pada abad ke 15 dan ke 16, contohnya,
dapat dirasai dengan terdapatnya beberapa buah bangunan lama termasuk Pintu Gerbang
Porta de Santiago (1511), Gereja St. Paul (1590), Bangunan Stadthuys (1641-60) dan
Gereja Christ (1753).

~ Arkib Negara ditubuhkan pada 1 Disember 1957, di mana pada masa itu ia lebih
dikenali dengan nama Pejabat Rekod Awam yang terletak di Dewan Tuanku Abdul
Rahman, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

~ Walaupun Malaysia telah mencapai kemerdekaan selama 50 tahun, kesan yang


ditinggalkan oleh penjajah kolonial seperti British, Belanda dan Portugis masih dapat
dilihat dan perlu dijaga dan bukanlah untuk dimusnahkan. 

PUISI

~Pulau Pandan Jauh Ke Tengah


Gunung Daik bercabang tiga
Hancur Badan di kandung tanah
Budi yang baik dikenang juga

~Nyonya baba pandai berpantun 


Walaupun mereka berlainan bangsa 
Kekalkan seni adat berpantun 
Hargailah pantun warisan bangsa 
PERIBAHASA

~  Pemuliharaan dan penghayatan kemaslahatan bangunan bersejarah persis peribahasa,


yakni “tak kenal maka tak cinta”.

KATA ISLAM / INDAH

~ Ini adalah kerana bangunan warisan memiliki elemen estetik dan reka bentuk seni bina
yang menarik.

~  Bangunan bersejarah ini juga menjadi salah satu faktor dominan pelancong bercuti di
negara kita selain menyaksikan Menara Berkembar Petronas.

COGAN KATA / KATA HIKMAT

~Pewaris akan melangkah ke hadapan mulai tahun depan dengan cogan kata Warisan
Teras Perpaduan. 

STRUKTUR AYAT

~ Bagaimanakah pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah dapat memupuk


semangat cinta akan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia?

~ Kenapakah kita perlu memelihara warisan sejarah negara kita?

CONTOH

~ Walaupun Malaysia telah mencapai kemerdekaan lebih daripada 36 tahun, kesan-kesan


peninggalan daripada pihak penjajah kolonial seperti Portugis, Belanda dan British masih
boleh dilihat dari pelbagai aspek.

~ Subjek-subjek pemuliharaan bangunan dan monumen patut diajar di sekolah-sekolah


rendah, menengah dan di institusi pengajian tinggi untuk menanamkan semangat cintakan
warisan dan khazanah negara kepada generasi muda.

~ Dalam usaha untuk memulihara bangunan warisan, Tun Abdullah bin Ahmad Badawi
menegaskan bahawa segala usaha pemuliharaan bangunan warisan perlu dilaksanakan
dengan mengambil kira beberapa faktor seperti nilai sejarah, warisan, seni bina, usia,
fungsi, bahan binaan dan penyelenggaraan serta sokongan daripada pelbagai pihak yang
berkaitan.

~ Melaka merupakan sebuah negeri berbudaya yang kaya dengan seni persembahan
seperti Dondang Sayang, Joget, Dabus, Nazam dan Rebana Keras.
Pendidikan (Kepentingan)

DEFINISI

~ Menurut Kamus Dewan edisi keempat, kepentingan bermaksud sesuatu yang penting
demi kebaikan, keuntungan atau kesejahteraan diri, faedah dan manfaat.

~ Menurut Kamus Dewan edisi keempat, pendidikan bermaksud perihal mendidik atau
ilmu.

TOKOH / KEMENTERIAN / AKTA / DASAR

~ Maulana Syed Abul-Hasan ‘Ali al-Nadawi rh menyebut tentang kepentingan pendidikan


ini dalam beberapa buah bukunya.Antaranya beliau menyebut tentang perkara itu dalam
bukunya Islam and the World(2): “Susunan pendidikan Alam Islam mesti bentuk semula
habis-habis habisan dalam suluhan cahaya cita-cita Islam dan ajaran-ajarannya. 

~ Mantan Menteri Pendidikan, Tan Sri Musa Mohamad, berkata penggunaan bahasa
Inggeris bagi kedua-dua mata pelajaran itu di kolej matrikulasi bermula pada 2004
manakala di politeknik pula pada 2008.

~ Ross dan Wu (1996) melaporkan bahawa pendidikan mempunyai impak yang besar ke
atas pelbagai peluang kehidupan manusia untuk memperolehi dan mengekalkan kualiti
kehidupan.

~ Menurut Schalock (1996), kualiti hidup manusia boleh dibahagikan kepada lapan
prinsip utama iaitu kesejahteraan emosi, hubungan interpersonal, kesejahteraan
perkakasan, perkembangan personal, kesejahteraan fizikal, pembuatan keputusan,
hubungan sosial, dan hak. Untuk membina sebuah kehidupan yang berkualiti, peranan
pendidikan amat penting.

~ Di Malaysia, dasar pendidikan mempunyai peranan yang amat pentingdalam


menentukan hala tuju sistem pendidikan negara yang mana dasar inidikenali
sebagai ‘Dasar Pendidikan Kebangsaan’.
PERANGKAAN

~ Dasar PendidikanKebangsaan mula dilaksanakan di negara ini dalam tahun 1957.

PUISI

~ Jika pergi ke padang datar


Jangan lupa pulang berlabuh
Jika kita kepingin pintar
Belajarlah sungguh-sungguh

~ Jika kita makan petai


jangan lupa makan kerupuk
Jika kita ingin pandai
Ranjin-rajin baca buku

PERIBAHASA

~ Bak kata melentur biarlah dari rebungnya, kita harus menuntut ilmu dan menerima
pendidikan sejak kecil lagi.

~ Pepatah Melayu, iaitu adat bersendi syarak,syarak bersendi adat yang memberikan
peringatan agar segala perbuatan kita jsnganlah bertentangan dengan adat dan agama.

~ Mereka tidak mempnuyai kekuatan untuk bersaing dengan orang lain dalam mengejar
cita-cita sedangkan pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.

KATA ISLAM / INDAH

~ Pendidikan juga tidak hanya berkisar kepada pendidikan formal yang hanya melibatkan
kertas, pen, syarahan dan peperiksaan.

~ Kerja tidakterhad melibatkan kepelbagaian tugas, tidak bersifat rutin, serta mempunyai
peluang untuk melanjutkan pelajaran dan perkembangan ilmu.

~ Sistem pendidikan yang dilaksanakan di dalam sesebuah Negara adalah penting bukan
sahaja kerana fungsi kebajikan dan sosialisasinya, iaitu di mana kanak-kanak dididik
untuk menjadi insan yang berjaya dan mengenali budaya serta alam sekeliling, tetapi juga
boleh digunakan sebagai wadah untuk menyampaikan ideologi kebangsaan kepada
masyarakat, iaitu melalui penerapan tentang kefahaman serta nilai-nilai positif untuk
perpaduan kaum dalam kalangan para pelajar.

COGAN KATA / KATA HIKMAT

~ Ross dan Wu (1996) melaporkan bahawa pendidikan mempunyai impak yang besar ke
atas pelbagai peluang kehidupan manusia untuk memperolehi dan mengekalkan kualiti
kehidupan.

~ Menurut Bohle dan Quinlan (2000), kawalan bijaksana terhadap proses kerja merupakan
elemen penting kepada kesejahteraan psikologi manusia.

STRUKTUR AYAT
~ Mengapakah pendidikan amat penting bagi setiap individu pada zaman moden kini?

CONTOH

~ Pendidikan bertindak sebagai pemangkin kesejahteraan hidup dengan cara memimpin


individu ke arah sumber-sumber ekonomi yang mantap, keupayaan kawalan diri, dan
kestabilan hubungan sosial.
~ Pendidikan yang berkualiti ini adalah satu konsep yang dinamik, berubah, dan
berkembang mengikut masa serta berubah dalam konteks sosial, ekonomi, dan
persekitaran setempat.
~ Pendidikan yang berkualiti juga memberi kuasa kepada individu, memberi
mereka suara, mendedahkan potensi mereka, menunjukkan jalan ke arah
penyempurnaan diri, serta meluaskan pandangan dan pemikiran individu kepada
dunia tanpa sempadan

Anda mungkin juga menyukai