Anda di halaman 1dari 3

BAB 10 : KOMEN DAN CADANGAN

10.1 Komen dan Cadangan kepada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

i) Pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia hendaklah menghasilkan


pensyarah-pensyarah yang berdedikasi dalam bidang kerja mereka,
mempunyai pengalaman yang lebih luas dalam bidang kejuruteraan dan
mahir dalam Bahasa Inggeris.selain itu,pensyarah perlulah mempunyai
daya komunikasi yang tinggi terhadap pelajar agar pelajar lebih faham
apabila dalam proses pelajaran dan pembelajaran.
ii) Pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia perlulah menekankan lagi
modul kejuruteraan kepada bahasa inggeris kerana kebanyakkan
organisasi di Malaysia menggunakan istilah-istilah kejuruteraan dalam
bahasa inggeris. Contohnya seperti di dalam sesuatu pelan projek dan
lain-lain lagi.
iii) Mewujudkan rangkaian kerja berjadual agar dapat melancarkan sistem
supaya lebih mantap.ini akan memudahkan semua pihak.

81
10.2 Komen dan Cadangan kepada Politeknik

i) Pihak Politeknik diharap dapat menyelia dengan menghantar surat


permohonan dan dokumen berkaitan kepada organisasi tersebut dengan
lebih berkesan.
ii) Pensyarah perlu menyemak senarai organisasi yang telah dipohon
pelajar supaya dapat menjalani Latihan Industri dengan lebih baik.
iii) Politeknik perlulah member taklimat panduan yang lebih berkesan
kepada pelajar mengenai cara untuk melengkapkan buku laporan harian
yang lebih tepat. Contohnya seperti format bagi laporan, kaedah
penulisan yang sesuai, perkara-perkara yang perlu dan tidak perlu dalam
penulisan laporan harian.
iv) Selain itu, perlu ditekankan cara yang sesuai bagi pelajar yang mungkin
ketika latihan akan melakukan kerja yang sama selama beberapa minggu
atau bulan.

10.3 Komen dan Cadangan kepada Sanjung Sempurna SDN BHD

i) Sanjung Sempurna perlu lebih memberi panduan kepada pelajar tentang


prosedur yang perlu dipatuhi semasa menjalankan latihan.
ii) Jadual gerak kerja yang lengkap dan lancar dapat menimba pengalaman
sebanyak mungkin.Selain itu,pelajar patot diasingkan dari pelajar lain
supaya budaya melepak dapat di kurangkan.
iii) Pelatih-pelatih juga seharusnya dapat dibimbing dengan sebaik mungkin
oleh penyelia yang bertanggungjawab di mana pelatih menjalani
latihan.Ini termasuklah didikan rohani.
iv) Kelas-kelas yang diadakan untuk pelajar Latihan Industri adalah amat
dihargai dan diharapkan agar diteruskan kerana ia telah banyak
membantu pelajar.

81
v) Penerangan yang lebih terperinci daripada Juruteknik di tapak bina
adalah perlu.
vi) Para pelatih seharusnya didedahkan dengan lebih banyak pengetahuan
tentang kerja-kerja yang berkaitan projek, di mana pengetahuan ini tidak
dapat diperolehi di Politeknik hanya dengan mendapatkannya secara
teori.
vii) Ketua dan pekerja bawahan perlulah mempunyai hubungan komunikasi
yang baik seperti memberi penerangan secukupnya tentang sesuatu
projek supaya pekerja atau pelatih dapat melakukan kerja dengan sebaik
mungkin.

10.4 Komen dan Cadangan kepada Pelajar

i) Pelajar perlulah menjaga disiplin dan mematuhi segala peraturan.


ii) Pelajar yang ingin menjalani latihan industri hendaklah sentiasa bersedia
untuk menjalankan tugas yang diberikan dan sentiasa bertanggungjawab.
iii) Pelajar perlulah sentiasa peka dengan keadaan sekeliling dan tidak
mensia-siakan peluang yang telah diberi semasa menjalani latihan
industri.
iv) Latihan industri merupakan pembelajaran secara berkesan untuk para
pelajar politeknik dan usaha ini harus diteruskan pada masa akan datang.

82

Anda mungkin juga menyukai