Anda di halaman 1dari 17

,)

..

"Kreativiti dan Inovasi


dalam Dunia Semasa:
Pendekatan Islami"
9 - 10 November 2010 /2 - 3 Zulhijjah 1431 H

Sesi III

Pemprofilan Akal Yang Berdaya Cipta:


Sejarah Tamadun Islam dan Melayu
Oleh
EN. ABU BAKAR YANG
Fellow, Pus at Kajian Sains dan Alam Sekitar, IKIM

"njuran
INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA (DUM)

Bertempat di
DEWAN BESAR, IKIM,
KUALA LUMPUR
PEMPROFILAN AKAL YANG BERDAYA CIPTA:
TAMADUN ISLAM DAN MELAYU
Oleh
Abu Bakar bin Yang
Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar

Pendahuluan

Akal yang berdaya cipta (kreatif) adalah satu usaha sedar yang melibatkan cetusan idea
kreatif yang disertai dengan tindakan kreatif terhadap sesuatu perkara. Secara umumnya
kreativiti adalah kebolehan untuk menjana idea baru serta dapat menggunakan idea baru
itu untuk menghasilkan sesuatu yang baru atau bagi menyelesaikan permasalahan yang
dihadapi. Ada pandangan yang mengatakan kreativiti itu boleh didefinisikan dengan
melihat kepada empat aspek utama iaitu bakat kreatif yang semulajadi, produk kreatif,
proses kreatif dan persekitaran yang menjana kepada pemikiran kreatif.

Apakah pandangan Islam terhadap pemikiran yang kreatif yang mana hasil dari
pemikiran yang kreatif ini lazimnya memberi manfaat kepada kehidupan rnanusia?
Begitu juga adakah Islam mempunyai as as yang tertentu terhadap budaya kreatif ini yang
biasanya subur berkembang dalam sesuatu tamadun?

Apa yang jelas ialah Islam menerusi al Quran dan as Sunnah telah memberikan satu
gagasan penting dalam proses pembangunan tamadun iaitu peningkatan kualiti ilmu,
Kepentingan terhadap ilmu itu sendiri terlihat menerusi ayat pertama yang diturunkan
kepada Rasulullah SAW, iaitu ayat yang secara langsung ada kaitannya dengan ilmu.
Budaya membaca melalui ayat 1 hingga 5 surah al Alaq itu mengisyaratkan betapa
membaca dan yang sehubungan dengannya seperti menulis, menyelidik, mengkaji adalah
tuntutan agama yang wajib dilaksanakan.

Dalam konteks ini, Islam juga telah menekankan bahawa ilmu itu merupakan syarat
untuk membolehkan manusia berperanan sebaik mungkin untuk membina kehidupan dan
seterusnya menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah di mukabumi.

Kita juga dapat melihat betapa al Quran dan as Sunnah membentuk satu gagasan penting
untuk kemunculan tamadun yang tinggi di kalangan masyarakat Islam, iaitu al Quran
dengan tegas menekankan betapa pentingnya berusaha dan beramal. Di mana hal ini
dibincangkan tidak kurang dari 360 ayat yang menyentuh secara langsung berkenaan
iman, usaha dan amal.

Kertas kerja ini secara dasamya cuba menggali saranan-saranan yang terdapat di dalam al
QUPIP yang berkaitan dengan aktiviti akal yang sekaligus merupakan pencetus atau
perangsang kepada akal manusia supaya berperanan dan menghasilkan sesuatu yang
bermanfaat kepada kehidupan manusia. Atau dengan kata lain al Quran itu sendiri
merupakan rangsangan kepada idea-idea kreatif sehingga mampu melahirkan tamadun
yang tinggi dan berjaya.

Peranan Akal Dalam Pendidikan Dan Perkembangan Tamadun Islam

Secara mudahnya, tamadun Islam boleh difahami sebagai manifestasi kecemerlangan


masyarakat hasil daripada penghayatan nilai-nilai Islam. Di mana dalam hal ini, ianya
mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan unsur pendidikan dan ilmu. Mana-mana
masyarakat yang menekankan ketinggian dan kepentingan pendidikan dan ilmu akan
berupaya menghasilkan tamadun yang tinggi dan berjaya. Justeru itu, Islam amat
mengambil berat hal-hal yang berkaitan dengan kedua-dua perkara ini.

Pendidikan merupakan wahana yang cukup penting untuk meneruskan kesinambungan


budaya sesuatu masyarakat kerana sistem pendidikan yang diamalkan dalam sesuatu
masyarakat itu adalah salah satu unsur penting yang menentukan kesinambungan budaya
ini dapat terus berlaku. Hal ini telah diulas dan dibahaskan oleh ramai cendekiawan
Islam dahulu dan sekarang seperti Ibn. Khaldun, Imam al Ghazali, Za'ba, Prof. Syed
Muhamad Naquib al Attas, Prof. Khurshid Ahmad, Prof. Hassan Langgulung dan
sebagainya.

Dalam tradisi pendidikan Islam, pendidikan yang diperkenalkan mempunyai unsur-unsur


utarrtanya iaitu kerohanian, keintelektualan dan kejasmanian. Dalam kertas ini, huraian
hanya akan diberikan pada bahagian keintelektualan (pendidikan akal) kerana ianya
secara langsung berkait rapat dengan peranan akal, dan pada masa yang sama tidak
menolak akan peri pentingnya peranan akal dalam membangunkan kerohanian dan
jasmani yang sihat kepada manusia.

Akal merupakan anugerah yang sangat besar oleh Allah SWT kepada manusia. Menerusi
akal manusia dapat memahami peranan dan tanggungjawabnya di mukabumi Allah ini,
dan menerusi akal juga manusia dapat melaksanakan tanggungjawabnya sebagai khalifah.
Maka dengan itu, Islam memberikan penekanan yang sangat penting terhadap
penggunaan akal terutamanya dalam usaha untuk menguasai ilmu pengetahuan dan
memiliki kebijaksanaan (hikmah). Oleh itu, akal manusia perlu dipupuk dan
dikembangkan agar dapat menghasilkan satu tamadun yang bermanfaat untuk manusia
sejagat. Antaranya:

1. Akal seseorang perlu dilatih agar menjadi kritis atau cenderung untuk al
Naqad al Zati (mengintrospaksi diri) daripada hanya berfikir secara
apologetik.
11. Akal seseorang itu perlu dilatih berfikir secara komprehensif (syumul) dengan
penjelasan yang jelas dan tepat dan bukan berfikir secara compartmental dan
andaian-andaian kosong sahaja. (surah Yunus : 39; surah Ali Imran : 7)
111. Akal seseorang periu dilatih berfikir secara tajdidi (kaedah baru), dan bukan
hanya memadai dengan cara tradisi yang jumud dan ketinggalan. (surah al
Kahfi : 84, 85 & 89)

2
IV. Akal seseorang perlu berfikir menurut disiplin ilmu yang teratur, dan
bukannya berdasarkan prasangka dan nafsu. (surah an Najm : 23, surah al
Hujurat: 6)

Proses Menerbitkan Pemikiran Kr~atif

Al Quran juga turut memuatkan cara-cara untuk melahirkan pemikiran yang kreatif. Di
mana proses untuk mendapatkan pemikiran yang kreatif ini diterangkan sarna ada dalarn
bentuk arahan, penceritaan, nasihat atau seumparnanya. Sebagai contoh:

1. Proses penghujahan. Untuk menjadi seorang yang mampu berfikir secara


kreatif dengan idea-idea atau kaedah baru yang mantap, maka idea baru yang
dibawa itu perlu terlebih dahulu melalui proses perbincangan, perbahasan dan
soal-jawab. (An Nahl : 125)
11. Menerusi pengalarnan. Pengalaman masa lalu sangat penting kerana ianya
mengajar seseorang menjadi lebih matang dan lebih teliti dalarn mencari dan
menggunakan ilmu yang dimilikinya. (AI Kahfi : 60-82)
111. Menerusi imaginasi dan visualisasi. Al Quran banyak menceritakan kepada
manusia akan perihal kehidupan di alam akhirat, suasana hari Kiamat,
keadaan manusia di dalam syurga dan neraka. Semuanya ini adalah sesuatu
yang masih belum berlaku kepada manusia yang hidup di dunia ini, melainkan
ianya memerlukan kepada keyakinan dan imaginasi manusia terhadap
kehidupan-kehidupan yang dinyatakan tersebut. (surah al Insan)
IV. Menerusi kegagalan/kesalahan yang lalu. Al Quran juga banyak menyebut
tentang ketelanjuran dan kesalahan manusia. Namun manusia dituntut untuk
bertaubat dan melakukan pembaikan setelah itu. (An Nisa' : 146)

Beberapa Ciri Aka. Yang Berdaya Cipta


Antara ciri-ciri yang ada pada akal yang berdaya cipta itu ialah:

1. Akal Yang Cinta Kepada Ilmu


Akal yang berdaya cipta adalah akal yang cinta kepada ilmu dan sentiasa
mencari ruang untuk menarnbahkan ilmu pengetahuan. Mereka yang
memiliki akal yang sedemikian akan menarnbahkan ilmu pengetahuan baik
dalam bidang yang khusus mahu pun dalarn bidang lain yang lebih luas.

Contoh yang jelas ialah Ibnu Sina, yang dianggap sebagai bapa kepada ilmu
perubatan moden. Beliau banyak menguasai pelbagai bidang ilmu seperti
fiqh, tafsir, usuluddin, tasawuf, sastera arab, mantik, matematik, fizik, politik
dan falsafah.

Islam sangat menitik-beratkan usaha mencari ilmu dan meletakkan mereka


yang berusaha mencari ilmu sebagai mereka yang berada di atas landasan
menuju ke syurga, sebagaimana sabda Rasulullah SAW, yang maksudnya:

3
"Barangsiapa yang melalui jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan
mempermudahkan baginya jalan ke syurga. Sesungguhnya malaikat
meletakkan sayap-sayapnya kerana senang kepada orang yang mencari
ilmu ..... "
(Hadis Sunan Ibn Majjah)

11. Akal Yang Sentiasa Ingin Melakukan Sesuatu


Berkeinginan adalah salah satu sifat penting yang sentiasa mendorong
seseorang untuk melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Bertambah
kuat keinginan seseorang yang cemerlang untuk mencapai sesuatu akan
bertambah kuat pula usahanya dan ia tidak akan member peluang kepada
sebarang halangan untuk membantut atau menjejaskan keinginannya.

Ill. Akal Yang Memiliki Komitmen


Golongan yang berdaya cipta adalah golongan yang memiliki komitmen yang
tinggi. Setelah menetapkan visi, cita-cita dan keinginan terhadap sesuatu,
mereka akan meletakkan komitmen yang hebat dan luar biasa untuk mencapai
cita-cita tersebut. Keadaan ini seolah-olah seperti satu motivasi dan tekanan
dalaman yang berpanjangan yang senti asa mendorong mereka untuk terus
berusaha mencapai apa yang ditetapkan.

IV. Akal Yang Tekun


Sifat tekun dalam membuat sesuatu perkara adalah satu sifat yang beriringan
wujud pada mereka yang memiliki akal yang berdaya cipta. Golongan
sebegini tidak membuang mas a kepada perkara-perkara yang tidak berfaedah,
sebaliknya memberikan tumpuan yang luar biasa kepada bidang yang mereka
ceburi.
Sifat tekun yang wujud dalam jiwa mereka ini boleh diibaratkan sebagai
penumpuan dalam penghasilan sesuatu yang barn terhadap apa sahaja yang
mereka lakukan.
Sesungguhnya sifat tekun adalah satu sifat yang mulia dan terpuji. Serta sifat
ini juga merupakan sifat yang dituntut oleh Allah SWT, sebagaimana
firmanNya:
"Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan kerana sesungguhnya
peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman."
(Az Dzariyaat: 55)

v. Akal Yang Boleh Mengurus


Akal yang mampu berdaya cipya adalah akal yang juga mampu merancang
segal a apa yang dilakukan dalam hidupnya. Akal yang sebegini memiliki
pengetahuan dan kemahiran untuk men gurus dan membuat perancangan
jangka panjang dan jangka pendek. Akal yang sebegini juga pandai
menyusun sumber yang ada seperti ter.aga, masa dan kewangan. Juga pandai
memimpin diri sendiri dan orang sekelilingnya, dan pandai pula mengawal
diri untuk maju kehadapan berdasarkan perancangan yang telah dibuat.

4
VI. Akal Yang Boleh Membuat Gambaran
Keupayaan untuk mewujudkan gambaran apa yang akan dicapai adalah satu
unsur penting untuk mencapai kejayaan. Mewujudkan gambaran adalah satu
amalan mengolah dan membentuk gambaran dalam minda terhadap apa yang
ingin kita capai. Ini merupakan satu teknik dorongan untuk mencapai
kejayaan yang dihajatkan.
Keadaan ini telah diceritakan kepada kita dalam kisah Rasulullah telah
menggambarkan kemenangan umat terhadap tentera Rom dan Parsi sedangkan
ketika itu umat Islam masih lagi dalam keadaan lemah dan tidak memiliki
apa-apa kekuatan ketenteraan.

Vll. Akal Yang Berfikiran Positif


Akal yang hebat akan sentiasa berfikiran positif, kerana pemikiran positif
akan melahirkan motivasi dan menyegarkan minda. Sebaliknya pemikiran
yang negatif akan melemahkan semangat dan daya juang, dan pastinya akan
membantutkan apa sahaja usaha yang dilaksanakan.

Vlll. Akal Yang Memiliki Visi


Akal yang hebat adalah akal yang mempunyai visi dan matlamat yang jelas
dalam hidup mereka. Golongan yang memiliki akal yang hebat akan
meletakkan dengan jelas dan tepat apa yang ingin dicapai dan bagaimana
mereka akan melakukannya.
Otak adalah satu ciptaan Allah yang sentiasa mencari matlamat atau tujuan.
Apa sahaja matlamat yang diberikan kepadanya, maka ia akan berusaha untuk
mencapainya. Oleh itu akal hendaklah senti as a diberikan maklumat berkaitan
dengan tujuan dan matlamat supaya ia sentiasa bekerja untuk mencapai tujuan
tersebut.

IX. Akal Yang Mampu Belajar Dari Kegagalan


Setiap manusia termasuk mereka yang dianugerahkan akal yang hebat dan
mampu untuk mencipta perkara-perkara yang hebat pastinya pernah
mengalami kegagalan dalam hidup mereka. Namun kegagalan bukanlah
noktah untuk berhenti daripada meneruskan usaha penambahbaikan.
Kegagalan adalah salah satu daripada anak tangga untuk menuju kejayaan,
dan kegagalan juga adalah peluang untuk mereka memperbaiki kelemahan
untuk menuju kejayaan yang lebih besar lagi.
Sifat bersungguh-sungguh dalam menghadapi kegagalan, kesusahan dan
halangan telah dinyatakan oleh Allah SWT dalam al Quran:

"Setiap kesusahan itu pasti ada kesenangannya. Setiap kesusahan itu pada ada
kesenangannya. "
(surah al Insyirah, ayat 5 & 6)

5
x. Akal Yang Memikul Amanah
Amanah adalah sifat yang penting dan perlu ada pada akal yang hebat. Ini
bererti akal tersebut memikul amanah bukan hanya pada diri sendiri sahaja,
tetapi juga memikul amanah kepada orang lain. Untuk melaksanakan amanah
ini rnaka ianya perlu kepada usaha yang bersungguh-sungguh dan
dilaksanakan dengan penuh teliti hingga Berjaya.
Hal ini telah diperingatkan oleh Allah SWT di dalam al Quran:
"Wahai orang-orang yang berirnan! Janganlah kamu mengkhianati (amanah)
Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah
kamu, sedangkan kamu mengetahui akan kesalahannya."
(al Anfal : 27)

Xl. Akal Yang Memiliki Keberanian


Sifat berani untuk menghadapi segala halangan adalah sifat yang perlu ada
pada akal yang cemerlang. Ini adalah kerana tanpa keberanian maka cita-cita
yang baik dan mulia tidak akan tercapai kerana terhalang oleh rasa takut
terhadap cemuhan orang atau halangan yang bakal menirnpa.
Keberanian adalah sifat yang selaras dengan semangat jihad atau berjuang
habis-habisan untuk melakukan sesuatu. Jihad adalah satu sifat yang
dinyatakan oleh Allah SWT berulang-ulang kali di dalam al Quran, antaranya:
"Iaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah
dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu
mengetahuinya. "
(As Shaf: 11)

Xll. Akal Yang Sentiasa Dalam Lingkungan Intelektual


Akal yang hebat dan cemerlang sentiasa berada dalam lingkungan sahabat,
penasihat atau pemimpin yang juga hebat dan cemerlang. Dalam erti kata
yang lain mereka senti as a dalam lingkungan golongan intelektual ataupun
golongan yang mempunyai minda yang tinggi yang berupaya untuk memberi
nasihat dan menolong mereka dalam usaha-usaha yang dijalankan.

Xlll. Akal Yang Kreatif


Golongan yang berdaya cipta pastinya mempunyai akal yang kreatif, di mana
mereka sentiasa berfikir untuk mewujudkan perkara-perkara yang barn.
Mereka banyak berfirkir untuk melahirkan idea-idea barn atau kaedah-kaedah
baru untuk membantu atau memudahkan kehidupan manusia.

XIV. Akal Yang Saintifik


Golongan yang memiliki akal yang cemerlang ini lazimnya berupaya untuk
membuat pemerhatian yang teliti, mendapatkan maklumat dari pemerhatian
tersebut dan menafsirkan maklumat tersebut kepada bentuk yang mempunyai
makna, berupaya untuk membuat kesimpulan terhadap pernerhatian dan
maklumat yang diperolehi serta mampu untuk menyampaikan pula makluruat-
maklumat ini kepada orang lain dalam bentuk yang boleh difahami.

6
Keupayaan ini boleh disimpulkan sebagai akal yang saintifik dan dinyatakan
di dalam al Quran; sebagai contoh:

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya


malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal. (iaitu)
orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam
keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan
bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini
dengan sia-sia, Maka Suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksa neraka."
(Ali Imran: 190-191)

Aktiviti Akal Yang Disarankan Oleh AI 9uran


Antara aktiviti-aktiviti akal yang dinyatakan di dalam al Quran, yang menjadi sebahagian
daripada ciri-ciri akal yang hebat dan cemerlang ialah:

1. Mendengar

1. Mendengar penjelasan Allah (al Baqarah : 75)


ii. Mendengar seruan Allah (al An'am : 36)

2. Membaca

i. Supaya berada dijalan yang lurus (Ali Imran: 113)


ii. Supaya tidak berada dalam kerugian (Fathir : 29)

3. Memerhatikan

1. Adanya peristiwa-peristiwa penting (al Baqarah : 50)


ii. Kekuasaan Allah (al Baqarah : 259)
iii. Memerhatikan perbezaan manusia (al Israk : 21)
iv. Adanya perubahan pada unsur-unsur alam semesta (al An'am : 99)

4. Belajar

1. Balasan pahala yang besar dari Allah (al Baqarah : 103)


ii. Dapat menghindarkan daripada perbuatan keji (Ali Imran : 135)
iii. Adanya perumpamaan dan kiasan dari Allah (an Nur: 41)
iv. Quran dalam bahasa arab (Fussilat : 3)

5. Memikirkan

I. Adanya penciptaan langit dan pertukaran siang dan mal am (Ali Imran : 190-
191)
II. Hujan dan peranannya (an Nahl : 11)
iii. Apa yang ada dilangut dan dibumi dapat dikendalikan (al Jasiyyah : 13)

7
IV. Haiwan-haiwan dan peranannya (an Nahl : 69)

6. Menggunakan Akal

1. Penciptaan alam semesta dengan segala kejadiannya ( al Baqarah : 164, al


Rum : 42, al Jasiyyah : 5)
11. Bumi dan segal a perhiasannya (Ali Irnran : 4)
iii. Perjalanan alam yang tersusun dan teratur (an Nahl : 12)
iv. Setiap benda (kebaikan dan keburukannya) (an Nahl : 67)

7. Memahami

1. Kekuasaan Allah (an Nisa' : 78)


ii. Tanda-tanda Kebesaran Allah dan penjelasan terhadap tanda-tanda Kebesaran
tersebut (al An'am 65 & 98)
111. Dapat memberi peringatan kepada manusia lain (at Taubah : 122)

8. Beriman

1. Ciri umat yang terbaik dari kalangan manusia (Ali Irnran : 110)

9. Beramal Melakukan Kebajikan dan Kebaikan

1. Memperolehi kehidupan yang lebih baik dan selesa serta pahala dari Allah (an
Nahl : 97)
11. Mendapat kebahagiaan dan tempat kembali yang lebih baik (ar Raad : 24)
iii. Pahala yang tidak akan disia-siakan oleh Allah (al Kahfi : 30)

10. Mengambil Pelajaran

1. Penciptaan alam semesta yang memperlihatkan Kekuasaan Allah (Yunus : 3)


ii. Penciptaan Allah yang berpasangan dan memiliki sistemnya yang tersendiri
(az Zariat : 49)

Kecerdasan Yang Dijana Oleh AI Ouran


Al Quran juga menyatakan manusia yang menggunakan akalnya terbahagi kepada
beberapa jenis, antaranya:

I. Membentuk golongan Mukmin (Beriman dan bertaqwa) - Nisak : 94, Sajdah :


16
11. Golongan Mutawassimin (Mampu memperhatikan tanda-tanda) - al Hijr : 74
& 75
111. Golongan Rabbani (sempurna ilmu dan takwa) - Ali Imran : 79
iv. Golongan Ulil Abshar (mempunyai pandangan jauh ke hadapan) - Ali Imran :
13, an Nur: 44, al Hasyr : 2

8
v. Golongan Ulil Albab (menggunakan akal) - Baqarah : 79 & 197, Ali Imran
190-191

Manfaat Daripada Kecerdasan Minda


Seterusnya al Quran juga menyatakan manfaat yang dihasilkan daripada penggunaan akal
yang betul akan membawa faedah dan kebaikan kepada manusia dan alam seluruhnya.

1. Menyebarkan kebaikan (an Nisa' :85)


ii. Memakmurkan bumi (Hud : 61)
iii. Memperbaiki kehidupan manusia (an Nisak : 36)
iv. Bersama-sama dalam kebajikan dan ketaqwaan (al Maidah : 2)
v. Membahagiakan manusia (al Baqarah : 126)

Pendidikan Dan Aka. Yang Berdaya Cipta

Kelebihan akal yang berdaya cipta (kreatif) dalam sesuatu bidang ilmu banyak
bergantung kepada proses pendidikan yang dilalui sejak awal usia hingga ke peringkat
akhir pengajiannya. Sementara pendidikan itu pula adalah satu proses pengajian yang
berlaku sepanjang hayat. Kebiasaannya, pendidikan yang baik akan dilalui secara
berperingkat-peringkat untuk mendapatkan hasil yang maksimum.

Kertas ini cuba menyingkap peringkat pendidikan yang telah dilalui oleh kebanyakan
para ilmuan/saintis Islam yang dikategorikan sebagai memiliki akal yang berdaya cipta
(kreatit). Pendidikan yang telah dilalui oleh kebanyakan para cendekiawan Islam boleh
dibahagikan kepada tiga peringkat, iaitu: i. Peringkat asas (rendah) - kanak-kanak; ii.
Peringkat menengah - remaja; iii. Peringkat tinggi - dewasa. Di mana akan cuba
diberikan terhadap apakah kurikulum dan bentuk pengajian yang telah mereka lalui.

Peringkat Asas (rendah)'

Tempat - istana, rumah dan kuttab

Kurikulum pendidikan : secara umumnya untuk belajar menulis, membaca, pengetahuan


asas agama, alquran, asas bahasa arab dan kesusasteraannya.

Bentuk pendidikan : tempoh pengajian sekitar 5 tahun, tiada tempoh/had umur (5-14
tahun), berdasarkan pencapaian.

PeringkatMenengah

Kurikulum pendidikan : Gabungan beberapa mata pelajaran yang wajib dipelajari


sebelum melanjutkan pengajian secara khusus di peringkat tinggi.

9
Bentuk pendidikan : Pengajian pelbagai jenis disiplin ilmu, meluas dan menyeluruh,
peringkat umur 14-18 tahun.

Pandangan al Farabi terhadap pengajian saintis Muslim di peringkat menengah:

"Seharusnya bagi sesiapa yang ingin belajar ilmu hikmah (sains), hendaklah dia seorang
yang muda remaja, fizikal dan mentalnya benar-benar bersedia, berkelakuan dengan
akhlak orang-orang yang terpuji, telah belajar al Quran, bahasa, dan ilmu agama,
bercakap benar, terpelihara daripada melakukan perkara-perkara yang fasiq, khianat dan
tipu helah, lapang fikirannya daripada kesibukan hidup, bersedia melaksanakan
kewajipan agama, menghormati ilmu dan ahli ilmu serta tidak menjadikan ilmunya
sebagai alat untuk mendapatkan harta."

Peringkat Tinggi

Gabungan daripada dua tahap pengajian, iaitu peringkat universiti dan peringkat lanjutan.
Di mana pada peringkat universiti tumpuan diberikan kepada usaha mendalami ilmu yang
berkaitan dengan bidang pengkhususan. Seterusnya pada peringkat lanjutan pula,
tumpuan diberikan kepada bidang kajian dan penyelidikan ilmiah.

Kurikulum pendidikan : tumpuan kepada ilmu sains yang berkaitan dengan bidang
pengkhususan yang dipilih. Antara pembahagian bidang ilmu sains yang dibuat oleh al
Khawarizmi, al Kindi, al Farabi, Ibn Sina, al Ghazali, ialah Ilmu Matematik, Al Jabar,
Geometri, Muzik, Mekanik, Optik, Perubatan, Kimia, Botani, Zoologi dan Astronomi.

Bentuk pendidikan : pengajian secara takhassus (mengikut bidang pengkhususan) dan


menyeluruh dengan penekanan kepada:

i. Pengajian teori dan praktikal


ii. Bahan rujukan pengajian
iii. Kaedah pembelajaran
iv. Penganugerahan ijazah

Beberapa Contoh Cendekiawan Dalam Tamadun Islam

1. Al Razi
Semasa kecil - meminati ilmu-ilmu berasaskan akal (falsafah dan kima),
bahasa, sastera dan syair.
Usia remaja - seorang penyanyi yang mahir bermain at ud, sejenis alat muzik
bertali (gambus)
Dewasa - tumpuan kepada ilmu falsafah dan perubatan

11. AI Farabi
Pendidikan peringkat awal bahasa, fikh, nadis, tafsir al Quran, asas
pengiraan

10
Pendidikan peringkat dewasa Falsafah, bahasa arab, mantik,
muzik dan sains

iii. Ibn. Sina


Pendidikan awal (5 tahun ) belajar al Quran dan sastera. 10 tahun telah
menghafal al quran dan menghafal banyak karya sastera, kemudian dihantar
oleh bapanya untuk mempelajari ilmu matematik dari seorang pakar (penjual
sayur). Seterusnya mempelajari dan mendalami ilmu fikh.

Beliau juga mempelajari ilmu falsafah dan mantik, dan seterusnya mendalami
iImu-ilmu ini secara bersendirian. Juga mempelajari ilmu sains tulen dan
metafizik secara bersendirian. Kemudian barulah mempelajari ilmu perubatan
dan menguasainya, yang pada pandangan beliau ilmu yang mudah untuk
dipelajari. Ketika itu umurnya baru sekitar 16 tahun.

Seterusnya beliau mendalami lagi ilmu falsafah dan mantik. Setelah


mencecah umur 18 tahun beliau telah selesai mempelajari ilmu mantik,
matematik, metafizik, sains tuIen, perubatan dan falsafah. Pemah berkhidmat
sebagai wazir (perdana menteri) di wilayah Hamadhan. Sebagai perdana
menteri di siang hari dan mengajar ilmu perubatan pada sebelah malamnya.

IV. Al Biruni
Merupakan seorang tokoh yang banyak menguasai pelbagai bidang ilmu
seperti astronomi, matematik, fizik, perubatan, farmasi, bahasa, sejarah dan
geografi. Pada usia kanak-kanak lagi telah mempelajari ilmu sains hayat dari
seorang saintis Yunani. Usia 18 tahun mempelajari ilmu matematik dan
astronomi dari seorang guru dari kalangan pemerintah. Umur 20 tahun
mempelajari ilmu perubatan, astronomi dan matematik dari seorang guru
beragama Kristian. Umur 23 tahun telah menguasai ilmu astronomi dan
mengendalikan sendiri balai cerap astronomi di Khawarizm.

Sifat dahagakan ilmu yang membuatkan beliau tabah mencari buku


kegemarannya bertajuk Ilahiyyat, karya Mani al Mawsus, selama 40 tahun.
Fasih dalam beberapa bahasa utama seperti Parsi, Sanskrit, Siryani, dan
Yunani. Mengadakan hubungan keilmuan dengan iImuan sezamannya seperti
Ibn. Sina untuk mendalami Iagi ilmu masing-masing. Pemah berkhidmat
sebagai penasihat dan gabenor untuk beberapa orang pemerintah.

Peranan Bahasa Dan Penjanaan Aka. Yang Berdaya Cipta

Sekiranya kita merujuk kepada latar belakang pendidikan cendekiawan Islam, sarna ada
dalam tamadun Islam atau tamadun-tamadun yang lain, kita akan dapati kesemua mereka
adalah dari kalangan yang menguasai bahasa perantara yang digunakan untuk
penyampaian ilmu. Ini adalah kerana bahasa mempunyai hubungan yang cukup erat

11
dengan sistem berfikir seseorang. Berfikir tidak boleh dipisahkan dengan bahasa yang
dengannya pemikir dapat berfikir.

Bahasa merupakan perantara dan pembentuk budaya sese orang ten tang apa yang
difikirkan. Seseorang itu tidak boleh berfikir dalam acuan orang lain, sebagaimana
sesuatu bangs a tidak boleh bangun dengan bahasa orang lain. Sejarah juga telah
menunjukkan bahasa tamadun Islam dibina dengan perataraan bahasa Arab, iaitu bahasa
perantara untuk menyampaikan ilmu bagi penduduk berbangsa Arab, walaupun ketika itu
yang menguasai tamadun dunia ialah Rom dan Parsi.

Hal ini memperlihatkan kepada kita bahwa bahasa merupakan wahana untuk
menyampaikan sebarang aktiviti akal, Bahasa bukan hanya sekadar 'alat' untuk
berkomunikasi, tetapi lebih jauh dari itu bahasa membentuk tanggapan diri, kaedah
berfikir dan pembentukan budaya serta tamadun sesuatu bangsa. Sementara tanggapan
dan budaya berfikir dalam berbahasa inilah yang kemudiannya membangunkan kreativiti
saintifik yang membolehkan sesorang memahami alam tabii.

Keadaan inilah yang berlaku dalam tamadun Islam, apabila ramai di kalangan
cendekiawan Islam adalah mereka yang begitu mendalami bahasa Arab sebagai bahasa
pengantar ilmu, dan menjadikan mereka berupaya untuk berfikir dengan lebih rasional,
intelek dan saintifik.

Tamadun Melayu

Kedatangan Islam menjadi pencetus utama kepada "kemodenan" pemikiran Melayu yang
sebelumnya dipengarnhi oleh kepercayaan khurafat, tahyul, pemujaan dan seumpamanya.
Menurut Prof. Syed Muhamad Naquib al Attas, orang Melayu dan alam Melayu telah
mendapat suatu yang baharu dan moden dengan kehadiran Islam. Katanya lagi, Islamlah
yang mencetuskan era dan zaman barn alam Melayu secara menyeluruh. Di mana Islam
telah memberikan 'jiwa' dan 'rupa' kepada masyarakat Melayu, sebagaimana yang telah
ditegaskan oleh beliau:

" ... kedatangan Islam ke kepulauan Melayu dan Indonesia harus kita lihat sebagai
mencirikan zaman baru dalam persejarahannya, sebagai semboyan tegas yang
menegaskan satu system masyarakat yang berdasarkan beberapa kebebasan orang
perseorangan, keadilan dan kemuliaan keperibadian insan."

Antara aspek yang begitu mendapat kesan langsung dari kehadiran Islam ke dalam
masyarakat Melayu ialah dari sudut keilmuan. Status dan kedudukan ilmu beserta ilmuan
itu sendiri telah berubah, iaitu masyarakat secara umumnya telah menganggap persoalan
ilmu sebagai suatu yang penting.

Dalam hal ini Islam telah memperkenalkan kaedah mendapatkan ilmu secara ilmiah dan
rasional. Selain itu, ilmu itu sendiri boleh dipelajari oleh semua lapisan masyarakat dan
bukannya hak istimewa golongan-golongan tertentu sahaja. Hal ini juga telah disentuh
oleh Prof Syed Muhamad Naquib al Attas yang menegaskan:

12
"Islam membawa semangat rasionalisme dan intelektualisme yang bukan sahaja di
kalangan istana dan kraton, malah ianya sampai dan merebak di kalangan rakyat
jelata ... "

Perkembangan Dmu Di Alam Melayu

Keilmuan yang 'rasional', 'intelek' dan 'saintifik' yang diperkenalkan oleh Islam adalah
pendekatan yang barn dalam berfikir yang seterusnya membina akal yang lebih tajam dan
berdaya cipta. Seiringan dengan itu juga pendekatan Islam ini telah menjadikan orang
Melayu berupaya untuk meninggalkan sesuatu yang bersifat 'tahyul' dan 'kurafat' yang
sebelumnya memuja sesuatu yang dianggap luarbiasa, kepada sesuatu yang
mementingkan penggunaan akal yang sihat.

Dengan kedatangan Islam, ilmu dianggap sebagai suatu yang bemilai dan golongan
ilmuan dan ulama' semakin mendapat tempat dan layanan daripada masyarakat. Dalam
beberapa keadaan golongan ini menjadi tempat rujukan sultan dan pihak pentadbir bagi
menggantikan golongan bomoh, pawang, nujum dan seumpamanya yang sebelumnya
dianggap penting sebelum kedatangan Islam.

Malah pihak pemerintah ketika itu juga turut berminat dalam usaha mendalami ilmu,
seperti Sultan Malikuz Zahir (Pasai), Sultan Mansur Shah (Melaka), Sultan Iskandar
Muda Mahkota Alam (Acheh), Sultan Muhammad Yusuf Al Khalidi Al Naqsyabandi
(Riau), Sultan Musa Muazam Shah (Langkat).

Sifat yang positif oleh Pemerintah ini telah dirakamkan dalam penulisan oleh Bukhari al
Jauhari 1604M, bertajuk Tajus Salitin (Mahkota Raja-Raja), antaranya menyebut "Sultan
hendaklah sentiasa merindui orang yang berilmu, suka berada dalam maj lis orang yang
berilmu dan mendengar kata-kata orang beriImu ... "

Penyebaran ilmu pengetahuan dan keupayaan masyarakat melayu menguasai ilmu serta
berkemampuan menghasilkan sesuatu yang berbentuk ilmiah:

• Undang-Undang Melaka : yang menyebut mengenai kesalahan jenayah, undang-


undang laut, undang-undang kontrak urus niaga, pinjam-meminjam
• Kelahiran ilmuan dan pusat keilmuan dan penulisan-penulisan yang lebih ilmiah
dan berat, seperti Hamzah Fansuri dengan penulisan Syair Perahu, Syair Dagang
dan beberapa syair yang lain; Bukhari al Jauhari dengan Taj al Salatin (Mahkota
Raja-Raja), Nuruddin ar Raniri dengan Bustan al Salatin (Farnan Raja-Raja).

Pencapaian Tamadun Melayu

Secara umumnya tamadun Melayu telahpun mempunyai keunikannya yang tersendiri


dalam pencapaian-pencapaian yang tertentu. Ini memperlihatkan kepada kita bahawa

13
akal yang kreatif dan berdaya cipta itu telah lama wujud dalam masyarakat Melayu
sehingga memungkinkan tamadun Melayu itu sendiri dikaitkan dengan beberapa
pencapaian. Antaranya ialah matematik, perubatan, dan peleburan logam.

Matematik Dalam Tamadun Melayu

Perkembangan ilm.i matematik di alam Melayu lahir bersama-sama dengan kepentingan


ilmu matematik dan keperluannya dalam tamadun Melayu itu sendiri. Sebagai contoh,
Kepulauan Melayu pemah menjadi pusat perdagangan yang utama suatu ketika dahulu,
dan hal ini tentunya memerlukan kepada kemahiran menguruskan pemiagaan
terutamanya dalam urusan kira-mengira, timbang-menimbang, tukaran mata wang dan
seurnpamanya. Begitu juga dengan penggunaan pengiraan dalam kemahiran-kemahiran
tertentu kehidupan harian masyarakat Melayu seperti pembinaan rumah kediaman,
masjid, perahu dan juga kapal

Apa yang lebih menarik lagi ialah pencapaian orang Melayu dalam bidang matematik
banyak dipelopori oleh tokoh-tokoh dalam bidang agama, di mana mereka ini
memperolehi ilmu dalam bidang matematik menerusi pengajian mereka di Asia Tengah.
Mereka juga telah menulis beberapa kitab berkaitan dengan ilmu matematik seperti Hisab
al Hind, al Jabar, Geometri, Logaritma dan falak. Perkembangan matematik di alam
Melayu secara urnumnya boleh dikatakan sebagai lanjutan daripada perkembangan
matematik tamadun Islam.

Antara tokoh-tokoh Islam di alam Melayu yang terkenal dalam penulisan bidang
matematik ialah:
i. Syeikh Ahmad bin Abdul Latif al Khatib al Minangkabawi, yang telah
menulis beberapa buah kitab seperti Raudat al Hussab fi a'mal al
Hisab, al Nukhbah al Bahiyyah, dan al Jawahir al Naqiyyah.
11. Syeikh Ahmad al Fatani, yang telah menulis kitab Ilmu Hisab dan
Ilmu Falak.
111. Syeikh Tahir Jalaluddin, yang telah menulis makalah dalam penentuan
waktu solat yang lima dan penentuan kiblat dengan menggunakan
kaedah logaritma.
IV. Syeikh Abdul Rahman Muhammad al Fatani, yang telah menulis kitab
Minhaj al Qawim yang berkaitan dengan ilmu hisab dan taqwim.

Perubatan Dalam Tamadun Melayu

Tidak dapat disangkal lagi bahawa tamadun Melayu sememangnya telah memiliki
pengetahuan yang mendalam dalam bidang perubatan. Sebelum kedatangan perubatan
moden, masyarakat Melayu sepenuhnya bergantung kepada kaedah perubatan tradisional
. yang diperolehi secara turun temurun yang diperturunkan dari satu generasi ke satu
generasi.

14
Sungguhpun kaedah yang digunakan oleh masyarakat Melayu dalam usaha mendalami
dan menguasai ilmu perubatan ini dianggap tidak begitu saintifik sepertimana yang
terdapat pada hari ini, namun keupayaan menggunakan akal untuk memerhati, memahami
dan melakukan 'ujikaji' adalah satu usaha kreatif akal untuk melahirkan pelbagai jenis
ubat-ubatan. Malah buku-buku perubatan Melayu juga turut ditulis dan antaranya ialah
kitab Tajul Muluk, kitab Mujarrabat Melayu dan kitab Ilmu Tabib.

Di dalam kitab-kitab perubatan Melayu memperlihatkan bahawa aktiviti kreatif akal


untuk menguasai dan memahami bidang ini telah berlaku dan melahirkan susunan ilmu
pengetahuan secara sistematik. Sebagai contoh, di dalam kitab-kitab ini diceritakan
bahawa manusia dijadikan daripada empat unsur yang utama iaitu tanah, air, angin dan
api. Di mana setiap satu unsur ini mempunyai sifat-sifatnya yang tersendiri. Sementara
keempat-empat unsur ini pula perlu berada di dalam keadaan yang seimbang sekiranya
seseorang itu ingin berada dalam keadaan sihat.

Selain itu diterangkan juga bahawa antara faktor yang paling utama dalam mempengaruhi
keseimbangan atau tahap kesihatan seseorang itu ialah makanan. Maka dengan itu
pengaruh makanan terhadap kesihatan sangat diberikan perhatian. Selaras dengan itu
juga pengetahuan mengenai makanan ini dikelaskan mengikut kesannya terhadap tubuh
badan manusia. Ada makanan yang dikategorikan sebagai sejuk, panas, berangin dan
berbisa.

Peleburan Logam Dalam Tamadun Melayu

Peleburan logam dalam tamadun Melayu berkait rapat dengan keperluan kebendaan bagi
kegunaan harian dalam masyarakat Melayu, di samping ianya juga dilihat sebagai simbol
kepada kebesaran dan kekuasaan kesultanan Melayu itu sendiri. Atas desakan kepada
keperluan ini maka tamadun Melayu telah memperlihatkan hasil tangan dan kreativiti
masyarakat Melayu dalam menghasilkan penciptaan logam hasil daripada peleburan
tembaga, besi, emas dan perak.

Antara contoh jelas hasil kreativiti tamadun Melayu ialah periuk, dulang, pinggan,
mangkuk, cawan dan sebagainya yang diperbuat daripada logam bernilai tinggi seperti
emas dan perak. Selain itu, barangan perhiasan yang tinggi nilainya seperti emas dan
perak turut menyumbang kepada kemahiran menghasilkan cincin, gelang, rantai dan
sebagainya. Turut menyumbang kepada nilai kreativiti akal masyarakat Melayu ketika
itu ialah kemahiran dalam menghasilkan peralatan mempertahankan diri yang dibuat
daripada logam seperti keris, lembing, tombak, pedang dan parang.

Rujukan

1. AI Quran dan Terjernahnya, Dept. Agama Rep. Indonesia, edisi 1989.


2. Syed Muhamad Naquib al Attas, Islam Dalam Sejarah Dan Kebudayaan Melayu,
(Kuala Lumpur, UKM, 1972).

15
3. Muhammad Uthman el Muhammady, Peranan Islam Dalam Pembentukan
Kebudayaan Melayu (1976)
4. Muhammad Yusuf Hashim, Islam Dalam Sejarah Perundangan Melaka Abad ke
15/16 (Persatuan Sejarah Malaysia, 1980)
5. Khursid Ahmad, Prinsip-Prinsip Pendidikan Islam, (terj.- Osman Bakar, Kuala
Lumpur 1974)
6. Mohd. YusofHj. Othman, Bahasa Melayu, Bahasa Sains dan Teknologi, 2002.
7. Shaya'a Othman, Berfikir seperti Genius, KUIN 2009.
8. Muhammad D. Densa, Membentuk Kecerdasan Daripada Quran, PTS 2006.
9. Mardzelah Makhsin, Sains, Pemikiran & Etika, PTS 2006.
10. Ismail Saad, Pengenalan Tamadun Islam Dalam Ilmu Perubatan, DBP 1992.
11. Nurazmallail Marni, Pendidikan Saintis Muslim Era Kegemilangan Tamadun
Islam, UTM 2010.

16

Anda mungkin juga menyukai