Anda di halaman 1dari 9

FAKULTI UNDANG-UNDANG

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA


SHAH ALAM

BAHASA MELAYU UNDANG-UNDANG 1


KOD KURSUS : PBM 501
Semester Januari – April 2011

(Tugasan : Analisis Kesalahan Bahasa)

NAMA PENSYARAH:
PROF MADYA ISMAIL BIN ABDUL RAJAB

DISEDIAKAN OLEH:
NUR ZATIL AQMA BT ZOAL AZHA 2010752523
NURUL NAEMA BT ABD AZIZ 2010977713

KELAS:
LWH 1E

TARIKH:
9 MAC 2011
1.0 PENGENALAN

Artikel yang bertajuk “Prinsip Autonomi Dalam Surat-Surat Kredit 1” telah dipilih
untuk dianalisis, di mana ditulis oleh Rosmawani Hashim.

Secara umumnya, artikel ini berkisar tentang pandangan penulis terhadap pengunaan dan
aplikasi prinsip autonomi dalam surat-surat kredit dalam transaksi jualan anatarabangsa.
Selain itu, penulis turut mengkaji tentang kelebihan pengunaan surat-surat kredit dalam
transaksi jualan anatarabangsa dimana ianya merupakan cara pembayaran paling selamat
dan mudah untuk pengguna.

Sebagai kesimpulan, penulis berpendapat bahawa prinsip autonomi perlu diteruskan


perlaksanaannya dan menanggap instrumen ini sebagai nadi dalam perdagangan
antarbangsa.

Tugasan yang telah diberikan ini adalah mengenai analisis kesalahan bahasa yang
terdapat di dalam artikel ini. Analisis kesalahan bahasa adalah suatu proses untuk melihat
kesalahan yang dilakukan oleh penulis dimana ianya melibatkan teknik-teknik seperti;
a) mengidentifikasi,
b) mengklasifikasi , dan
c) menginterpretasi kesalahan yang dilakukan oleh penulis.

2.0 ANALISIS KESALAHAN BAHASA

Di dalam artikel ini terdapat pelbagai kesalahan bahasa yang telah dilakukan oleh
penulis. Antaranya kesalahan bahasa ialah kesalahan ejaan, kesalahan struktur ayat,
kesalahan kata jamak dan lain-lain. Perbincangan dan analisis adalah seperti yang
berikut.

1
[2001] 2 MLJ xxv; [2001] 2 MLJA 25
2.1 KESALAHAN EJAAN

Contoh kesalahan ejaan boleh dilihat di muka surat 1,perenggan pertama,


“Justeru itu, demi menjaga kedudukan atau pasaran, penjual akan lebih cenderung
memilih cara atau kaedah pembayaran yang lebih terjamin, dimana pembayaran tidak
bergantung kepada faktor kesanggupan atau kejujuran pembeli.”

Sebetulnya, perkataan tersebut dieja rapat seperti, “Justeru itu, demi menjaga kedudukan
atau pasaran, penjual akan lebih cenderung memilih cara atau kaedah pembayaran yang
lebih terjamin, di mana pembayaran tidak bergantung kepada faktor kesanggupan atau
kejujuran pembeli.”

2.2 KESALAHAN FRASA KERJA TRANSITIF

Frasa kerja transitif ialah frasa kerja yang terdiri daripada kata kerja tarnsitif serta
frasa nama sebgai objek kepada kata kerja transitif itu. Contoh kesalahan frasa kerja
transitif boleh dilihat pada muka surat 1, perenggan pertama, “Dalam transaksi jualan
antarabangsa, penjual akan lebih prihatin terhadap cara pembayaran yang akan
digunakan berbanding dengan transaksi jualan domestik.”

Sepatutnya, penulis tidak pelu meletak perkataan dengan. Sebagai contoh, “Dalam
transaksi jualan antarabangsa, penjual akan lebih prihatin terhadap cara pembayaran
yang akan digunakan berbanding transaksi jualan domestik.”

2.3 KESALAHAN PENGGUNAAN KATA PEMERI

Kata Pemeri ialah perkataan yang menghubungkan subjek dengan frasa-frasa


utama dalam predikat. Terdapat dua kata pemeri, iaitu ialah dan adalah. Kata pemeri ialah
diletakkan di hadapan kata nama atau kata frasa nama atau di hadapan frasa adjektif dan
frasa sendi nama.
Contoh kesalahan kata pemeri boleh dilihat di muka surat 1, perenggan pertama,
dimana penulis telah menulis, “Ini adalah kerana penjual akan berurusniaga dengan
pembeli yang tidak diketahui latar belakangnya dan tahap kejujurannya.”

Sepatutnya, penulis tidak perlu meletak perkataan adalah. Sebagai contoh, “Ini kerana
penjual akan berurusniaga dengan pembeli yang tidak diketahui latar belakangnya dan
tahap kejujurannya”.

Kesalahan kata pemeri seterusnnya dapat dilihat di muka surat 5 perenggan


kedua, “Ini adalah kerana penjual tidak terlibat dalam frod dan bukan sahaja pembeli
dan bank yang tertipu, tetapi juga penjual, akibat tindakan pihak ketiga iaitu ejen.”

Ayat yang betul ialah, “Ini kerana penjual tidak terlibat dalam frod dan bukan sahaja
pembeli dan bank yang tertipu, tetapi juga penjual, akibat tindakan pihak ketiga iaitu
ejen.”

2.4 KESALAHAN PENGGUNAAN KATA YANG TIDAK TEPAT

Contoh kesalahan untuk penggunaan kata yang tidak tepat jelas boleh dilihat di
muka surat 4, perenggan kedua, dimana penulis telah menulis, “Prinsip autonomi tidak
akan terpakai dalam transaksi yang menggunakan surat-surat kredit sebagai cara
pembayaran sekiranya terdapat unsur frod.”

Sepatutnya, penulis menggunakan perkataan diadaptasi untuk menggantikan perkataan


terpakai. Sebagai contoh, “Prinsip autonomi tidak akan diadaptasi dalam transaksi
yang menggunakan surat-surat kredit sebagai cara pembayaran sekiranya terdapat
unsur frod.”
Contoh kesalahan ini terdapat di muka surat 4, perenggan kedua dimana penulis
menyatakan ; “Pembeli dalam kes ini berhak menahan bank dari membuat pembayaran
kepada penjual sekiranya dapat dibuktikan bahawa penjual benar-benar telah
melakukan frod.”
Ayat yang betul sepatutnya adalah; “Pembeli dalam kes ini berhak menahan bank
dari membuat pembayaran kepada penjual sekiranya terbukti bahawa penjual benar-
benar telah melakukan frod.”

Selain daripada itu, contoh berikutnya boleh dilihat di muka surat 4, perenggan
ketiga, “Prinsip ini telah dirujuk dalam kes Amerika iaitu Sztejn v Henry Schroder
Banking Corporation.”

Penulis sepatutnya membetulkan perkataan “dirujuk” dengan diadaptasi seperti


di dalam pembetulan ini, “Prinsip ini telah diadaptasi dalam kes Amerika iaitu Sztejn v
Henry Schroder Banking Corporation.”

Contoh lain termasuklah dalam muka surat 4, perenggan ketiga “Pertelingkahan


telah berlaku di antara penjual dan pembeli kerana penjual telah menghantar serah
barang yang tidak bertepatan dengan deskripsi kontrak”.

Sebetulnya, penulis tidak perlu menggunakan perkataan serah dalam ayat tersebut, dan
ayat yang betul boleh dibaca dengan “Pertelingkahan telah berlaku di antara penjual
dan pembeli kerana penjual telah menghanta barang yang tidak bertepatan dengan
deskripsi kontrak”.

Di samping itu, muka surat 4 peranggan ketiga, “Dengan menolak usul tersebut,
Hakim Shientag telah memutuskan bahawa prinsip autonomi hendaklah tidak
diaplikasikan untuk melindungi penjual yang tidak bermoral”.

Ayat ini perlu dibetulkan, “Dengan menolak usul tersebut, Hakim Shientag telah
memutuskan bahawa prinsip autonomi tidak perlu diadaptasi untuk melindungi penjual
yang tidak bermoral”.
Seterusnya, kesalahan penggunaan kata terdapat di muka surat 4 perenggan ketiga
dimana penulis menulis,“Walau bagaimanapun, dalam kes ini, bank telahpun
mengetahui penjual telah melakukan frod tetapi masih membuat bayaran”.

Sebetulnya, “Walau bagaimanapun, dalam kes ini, bank telah mengetahui penjual telah
melakukan frod tetapi tetap membuat bayaran.

Tambahan lagi, di muka surat 5 perenggan pertama,“Hakim Megarry


memutuskan bahawa pengataan wujudnya frod semata-mata tidak memadai untuk
membenarkan permohonan injunksi kerana frod mesti dibuktikan dengan nyata”.

Disini, “pengataan” perlu diganti dengan perkataan “pernyataan”. “Hakim Megarry


memutuskan bahawa pernyataan wujudnya frod semata-mata tidak memadai untuk
membenarkan permohonan injunksi kerana frod mesti dibuktikan dengan nyata”.

2.5 KESALAHAN KATA SENDI


Contoh kesalahan ini terdapat di muka surat 4, perenggan kedua, “Pembeli dalam
kes ini berhak menahan bank dari membuat pembayaran kepada penjual sekiranya
dapat dibuktikan bahawa penjual benar-benar telah melakukan frod.”

Sepatutnya, penulis menggunakan “daripada” di dalam ayat itu seperti “Pembeli dalam
kes ini berhak menahan bank daripada membuat pembayaran kepada penjual sekiranya
dapat dibuktikan bahawa penjual benar-benar telah melakukan frod.” Hal ini adalah
kerana, penggunaan kata sendi “dari” hanyalah untuk merujuk kepada tempat.

2.6 KESALAHAN PENGGUNAAN IMBUHAN


Penulis telah menggunakan imbuhan yang salah berulang kali bagi perkataan
“pembayaran” dalam keseluruhan artikel. Sepatutnya, penggunaan imbuhan pem di
awalan perkataan bayaran perlu dimansuhkan. Antara contoh kesalahan penggunaan
imbuhan bagi perkataan pembayaran dalam artikel ini boleh dilihat di:
Muka surat empat, perenggan kedua, Pembeli dalam kes ini berhak menahan
bank dari membuat pembayaran kepada penjual sekiranya dapat dibuktikan bahawa
penjual benar-benar telah melakukan frod.

Sepatutnya, Pembeli dalam kes ini berhak menahan bank dari membuat bayaran kepada
penjual sekiranya dapat dibuktikan bahawa penjual benar-benar telah melakukan frod.

2.7 KESALAHAN HUKUM DM (DITERANGKAN-MENERANGKAN)


Contoh kesalahan ini dapat dilihat di muka surat 5 perenggan kedua, “Dalam kes
ini, ejen telah didapati memasukkan tarikh yang palsu ke dalam Bill of Lading mengenai
tarikh penghantaran barang.”

Disini, penulis telah melakukan penyusunan ayat songsang. Penulis sepatutnya menulis,
“Dalam kes ini, ejen didapati telah memasukkan tarikh yang palsu ke dalam Bill of
Lading mengenai tarikh penghantaran barang.”

2.3 KESALAHAN STRUKTUR AYAT PANCANGAN


Kesalahan ayat pancangan berlaku apabila kata hubung pancangan tidak
digunakan untuk menghubungkan klausa bawahan dengan klausa utama. Contoh
kesalahan struktur terdapat di muka surat 4 perenggan ketiga dimana penulis
menulis,“Walau bagaimanapun, dalam kes ini, bank telahpun mengetahui penjual telah
melakukan frod tetapi masih membuat bayaran”.

Sepatutnya, “Walau bagaimanapun, dalam kes ini, bank telahpun mengetahui bahawa
penjual telah melakukan frod tetapi masih membuat bayaran.

Kesalahan ayat pancangan juga dapat dilihat di muka surat 5, perenggan kedua,
“Sebaliknya, jika dapat dibuktikan penjual sendiri yang melakukan frod, bank berhak
membatalkan pembayaran.”
Sepatutnya, stuktur ayat ini dikonstruk seperti berikut, “Sebaliknya, jika dapat
dibuktikan bahawa penjual sendiri yang melakukan frod, bank berhak membatalkan
pembayaran.”

2.4 KESALAHAN KATA KERJA TRANSITIF


Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai objek untuk menjadi frasa
kerja yang dapat bertugas sebagai predikat dalam ayat. Objeknya mestilah frasa nama.
Kata kerja transitif yang berapitan men...kan dan men...i mesti digunakan dengan berhati-
hati. Contoh kesalahan ini dapat dilihat di muka surat 6 perenggan pertama, “Selalunya,
mahkamah akan menolak permintaan mengisukan perintah tegahan mareva ke atas
bank, tetapi mahkamah akan lebih bersedia untuk mengeluarkan penjual perintah
tersebut terutamanya dalam kes-kes yang mana penjual sendiri terlibat dengan frod.”

Kata kerja transitif yang betul disini ialah, “Selalunya, mahkamah akan menolak
permintaan mengisukan perintah tegahan mareva ke atas bank, tetapi mahkamah akan
lebih bersedia untuk mengeluarkan perintah tersebut kepada penjual terutamanya
dalam kes-kes yang mana penjual sendiri terlibat dengan frod.”

2.5 KESALAHAN KATA BILANGAN


Kata bilangan ialah kata yang pada umumnya digunakan untuk menghitung
benda, misalnya satu, dua, dan seterusnya, atau beberapa, semua, dan sebagainya.
Contoh kesalahan kata bilangan dalam artikel ini dapat dilihat di muka surat 7 perenggan
pertama, “Dokumen-dokumen yang dihantar oleh penjual-penjual merupakan satu bukti
prima facie kepada penyempurnaan kontrak jualan barang.”

Sepatutnya, ayat ini dikonstruk sebagai, “Dokumen-dokumen yang dihantar oleh


penjual merupakan satu bukti prima facie kepada penyempurnaan kontrak jualan
barang.
3.0 KESIMPULAN
Berdasarkan analisis yang dilakukan ke atas artikel bertajuk “Prinsip Autonomi
Dalam Surat-Surat Kredit 2”, kesimpulannya, terdapat pelbagai kesalahan bahasa yang
begitu ketara dilakukan oleh penulis, Rosmawani Hashim. Kesalahan-kesalahan ini jelas
kelihatan terutama dari segi kesalahan penggunaan ayat di mana penulis kerap
menggunakan ayat yang salah. Antara kesalahan bahasa yang terdapat di dalam artikel ini
termasuklah kesalahan ejaan, kesalahan frasa kata kerja transitif, kesalahan pemeri dan
banyak lagi.

Antara faktor wujudnya kesalahan tersebut mungkin kerana kegagalan penulis


untuk menyemak semula artikel. Oleh itu, penulis seharusnya mengamalkan sikap
menyemak semula samada artikel, cerita pendek, atau apa jua hasil penulisan berulang-
kali pada masa hadapna untuk memastikan tiada kesalahan penggunaan bahasa Bukan itu
sahaja para penulis juga boleh merujuk kepada pakar bahasa dan bahan rujukan bagi
memastikan penggunaan bahasa yang sempurna sekaligus mengurangkan wujudnya
kesalahan-kesalahan bahasa.

2
[2001] 2 MLJ xxv; [2001] 2 MLJA 25

Anda mungkin juga menyukai