Anda di halaman 1dari 1

Latihan ansur maju

Latihan mendorong
a) Berlari dalam kawasan yang ditetapkan dan cuba menyentuh pinggul kawan
yang berlari di hadapan.
b) Berlari berpasangan depan belakang. Pelari hadapan hulur tangan ke bawah
dan ke belakang. Pelari belakang menepuk tapak tangan pelari hadapan. Ulang.
c) Ulang latih tubi (b). Selepas menepuk tangan pelari hadapan, pelari belakang
meluru ke hadapan dan menghulurkan tangan. Pelari belakang menepuk tapak
tangan pelari hadapan dan berlari ke hadapan . Ulang.
d) Berlari dalam kumpulan empat orang. Pelari terakhir (keempat) memberi
isyarat ’up’ kepada pelari ketiga dan menyentuh tapak tangan yang dihulurkan.
Selepas itu pelari ketiga melakukan perkara yang sama kepada pelari kedua. Pelari
kedua meneruskan lakuan ini. Ulang beberapa kali.
Latihan hantaran baton secara statik
a) Dalam kumpulan empat orang, berdiri satu meter antara pelari. Pelari belakang
mula dengan memberi isyarat ’up’. Bila isyarat diberi pelari hadapan
menghulurkan tangan (tapak tangan ke atas) untuk di sentuh. Pelari kedua
menghulurkan tangn kiri, pelari ketiga tangan kanan dan pelari empat tangan kiri.
· Latihan hantaran baton secara dinamik
a) Berempat buat hantaran dalam kawasan yang telah ditetapkan.
b) Latihan dalam lorong-lorong balapan dengan zon-zon penukaran baton. Secara
berpasangan pelari menanda berpasangan pelari menanda titik tanda sendiri dan
membuat latihan hantaran baton.

http://misscencalok.blogspot.com/2008/04/lari-berganti-ganti.html

Anda mungkin juga menyukai