Anda di halaman 1dari 5

PERANAN IBU BAPA DALAM

MENINGKATKAN POTENSI ANAK-ANAK


Memanglah menjadi hasrat setiap pasangan ibu bapa untuk melihat
anak-anak mereka berjaya dalam hidup. Mereka ingin melihat tiap
seorang daripada anak mereka mencapai kesejahteraan dari segi
fizikal, mental, sosial dan juga rohaniah. Mereka sentiasa
memikirkan masa depan zuriat mereka. Ini adalah satu jihad.Dalam
satu hadis , rasulullah s.a.w bersabda , yang bermaksud : "seorang
anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah dan ibu bapanyalah yang
mencorakkan sama ada ia menjadi seorang Yahudi , Nasrani , atau
Majusi ". Apabila membincangkan soal untuk mempertingkatkan
potensi intelek seseorang kanak -kanak , aspek -aspek lain seperti
perkembangan fizikal , sosialnya ,dan rohaniahnya tidak boleh
diketepikan. Perkembangan dalam satu bidang akan mempergaruhi
perkembangan dalam bidang yang lain. Umpamanya ,
perkembangan aspek komunikasi yanng optimum akan
mempertingkatkan kemahiran sosial si anak. Ini kemudiannya akan
mempengaruhi kemahiran inteleknya , meningkatkan daya kreatif
dan menonjolkan bakat semulajadi yang diwarisi dari ibu bapa atau
nenek moyangnya. Peranan ibu bapa dalam usaha untuk
mempertingkatkan potensi anak mereka boleh diwujudkan melalui
konsep keibu - bapaan berkesan atau effective parenting. Konsep ini
bertujuan untuk mencorakkan perwatakan atau personaliti si anak
itu supaya ciri -ciri tingkah laku yang ditunjukkanya adalah baik dan
sesuai dengan kehendak ibu bapa, keluarga , masyarakat dan
negara .Ibu bapa merupakan sebaik -baik contoh kepada anak
-anak. Mereka perlu sentiasa menarik perhatian anak mereka
kepada perwatakan dan tingkah laku yang baik agar si anak dapat
menjiwakannya. Dasar kependudukan baru negara menekankan
kewujudkan satu generasi yang sihat , dinamik , produktif serta
mempunyai nilai -nilai hidup dan moral yang tinggi. Negara
memerlukan tenaga kerja yang mahir dan berfikiran positif. Ibu bapa
mestilah mempunyai pengetahuan tentang perkembangan kanak
-kanak , strategi pendidikan dan strategi pengubahsuaian tingkah
laku supaya dapat mempengaruhi dan mencorakkan perkembangan
anak mereka sepertimana yang di cita -citakan. Faktor -faktor yang
mempengaruhi perkembangan dan tingkah laku seseorang kanak
-kanak itu bolehlah dibahagikan kepada dua , iaitu faktor
persekitaran luar dan faktor dalam diri si anak itu sendiri.
Persekitaran luar merangkumi suasana di mana si anak diasuh dan
berkait rapat dengan faktor -faktor seperti taraf sosioekonomi ,
budaya serta hubungan dengan adik -beradik serta kawan -kawan di
sekelilingnya , peralatan di rumah atau di sekolah dan media massa.
Faktor dalam diri sendiri termasuklah taraf kesihatan , taraf
pemakanan pengamatan atau persepsinya terhadap dunia luar ,
pengamatan terhadap diri sendiri (sama ada dia berasa rendah diri
atau sebaliknya ) , dan ciri -ciri serta bakat semula jadinya yang
sedikit sebanyak terdapat dalam baka yang diwarisinya . Setiap
komponen yang memain peranan dalam mempengaruhi
perkembangan dan tingkah laku seseorang kanak -kanak itu perlu
difahami oleh ibu bapa. Mereka perlulah bijak mengenal pasti ciri
-ciri kekuatan yang ada pada anak mereka di samping menumpukan
perhatian pada sebarang kelemahan yang ada pada seseorang
kanak -kanak itu boleh diatasi atau sekurang -kurangnya diperbaiki
dengan menggunakan strategi -strategi tertentu. Kekuatan atau
bakat yang dikenal pasti boleh dipupuk dan dipertingkatkan lagi
dengan memberi galakan serta peluang untuk si anak itu
meningkatkan potensinya . Setiap pemgalaman yang memberinya
kepuasan dan kejayaan akan menambahkan lagi perasaan yakin
pada diri sendiri dan ini pula akan memberinya lebih kekuatan untuk
berhadapan dengan cabaran -cabaran baru yang bakal menguji daya
inteleknya . Keupayaan intelek (intellectual capacity ) seseorang itu
adalah kurniaan Allah s.w.t yang tiada siapa boleh memahami.
Kebiasaannya , kita hanya boleh menilai kebolehan atau prestasi
seseorang itu pada sesuatu ketika sahaja. Manusia sentiasa
berubah dari segi kebolehan , tingkah laku dan sikap. Perubahan -
perubahan ini adalah akibat pengaruh -pengaruhi luar , pengaruh
-pengaruh dalam dirinya atau perasaannya pada peringkat
trimester kedua kehamilan sehingga dua tahun selepas kelahiran.
Pertumbuhan otak berkembang pesat pada waktu ini. Bayi yang
baru lahir hanya tidur , bangun untuk menyusu dan mula mengenal
persekitarannya melalui deria-deria yang dimilikinya. Daya
pemikirannya meningkat dengan peredaran masa dan pada usia tiga
tahun dia sudah boleh berlari, melompat, bercakap menggunakan
ayat yang penuh, bergaul mesra dengan rakan sebaya dan makan
minum serta memakai baju tanpa pertolongan orang lain. Perasaan
ingin tahu sangat ketara ini dan dia bertubi-tubi mengemukakan
pelbagai soalan kepada ibu bapanya dan sesiapa sahaja yang rapat
dengannya bagi memenuhi kehausan pengetahuan pada dirinya.
Jika hakikat imi disedari, maka mudahlah difahami mengapa
penjagaan yang rapi dan perhatian yang secukupnya harus diberikan
daripada peringkat janin lagi untuk memastikan pertumbuhan dan
perkembangan bayi yang optimum. Kesihatan ibu yang hamil adalah
suatu aspek penting yang perlu diberikan perhatian serius. Ibu hamil
yang menghidap penyakit atau mengamalkan tabiat hidup yang
moden mengancam kesihatan seperti merokok, meminum arak,
mengambil dadah atau ubat-ubatan yang dicegah dan juga mereka
yang terdedah kepada unsur sinar-X boleh menjejaskan
pertumbuhan dan perkembangan janin yang didalam kandungan.
Demikian juga halnya dengan bayi yang dilahirkan secara
kecemasan. Kekurangan bekalan oksigen ke bahagian otak-nya
atau serangan penyakit yang boleh merosakkan otaknya akan
menjejaskan perkembangan dan pertumbuhannya. Amalan -amlan
yang sihat yang boleh mempertingkatkan kesihatan ibu hamil perlu
diberikan perhatian. Di negara kita , kadar kematian di kalangan
bayi akibat keadaan -keadaan yang sepatutnya boleh dicegah masih
lagi berada di tahap yang tinggi. Ini tidak seharusnya berlaju
memandangkan teknologi untuk mencegah atau merawat penyakit
-penyakit ini telah ada dan mudah pula di dapati. Pengawasan
terhadap perkembangan dan pertumbuhan bayi selepas lahir dari
semasa ke semasa adalah penting kerana ini merupakan satu
-satunya cara untuk mengenal pasti sebarang keadaan yang luar
dari kebiasaan Walaupun kerajaan telah menyediakan program -
program bagi mengawasi perkembangan kanak -kanak , usaha
-usaha ini tidak akan berjaya tanpa kesedaran pihak ibu bapa
tentang peranan mereka dalam mengawasi perkembangan dan
tumbesaran anak mereka. Kunci kepada perkembangan dan
tumbesaran yang optimum seseorang kanak -kanak itu ialah taraf
kesihatan yang tinggi tanpa sebarang kecacatan atau penyakit yang
serius. Andainya seseorang anak itu pekak atau buta ibu bapa
haruslah bijak mengenal pasti kekuatan dan kelemahan sianak itu
dan mengetahui strategi-strategi berkesan yang boleh digunakan
untuk memaksimumkan potensi anak mereka. Anak yang
menghidap penyakit perlulah mendapat rawatan segera agar doktor
dapat mengenal pasti penyakit tersebut diperingkat awal
serangannya dan mencarikan ubat yang sesuai. Usaha-usaha untuk
mempertingkat ketahanan diri sianak supaya tidak selalu diserang
penyakit juga perlu dijalankan. Amalan, sikap san nilai-nilai yang
ada pada ibu bapa banyak dipengaruhi oleh orang tua mereka
sendiri. Mereka harus memikirkan sama ada ciri-ciri ini sesuai
dengan keadaan, masa dan juga sifat-sifat yang terdapat pada anak
mereka. Umpamanya, mendisiplinkan anak dengan cara merotan
mempunyai kesan yang negetif terhadap anak itu. Sebaliknya,
banyak kaedah positif lain yang boleh meningkatkan daya pemikiran
dan kematangan sosial sianak. Caragayanya keibubapaan sudah
semestinyalah sedikit sebanyak akan mempengaruhi seseorang
anak apabila dewasa dan seterusnya menjadi ibu atau bapa pula.
Kajian menunjukkan bahawa ramai ibu bapa yang sewaktu kecilnya
menjadi mangsa penganiayaan orang tua mereka cenderung untuk
menganiayai anak-anak mereka sendiri. Keperluan dan citarasa
seorang kanak-kanak berubah dari semasa ke semasa. Umpamanya,
jenis makanan yang digemarinya akan berubah-ubah mengikut
seleranya. Corak pakaian, permainan dan cara berkomunikasi
dengannya juga perlu diubahsuai mengikut kematangan fikirannya.
Tingkah lakunya sering berubah-ubah.Tabiat yang dianggap lazim
pada satu peringkat usia mungkin tidak manis atau tidak lagi sesuai
apabila umur meningkat. Umpamanya, tabiat menghisap jari
biasanya akan hilang dengan sendirinya bagi kebanyakan kanak-
kanak tetapi jika ia berterusan sehingga usia enam tahun keatas, ini
mungkin ada kaitannya dengan suasana yang kurang selesa
baginya. Ibu bapa boleh menolong mengikis tabiat anak yang kurang
manis jika mereka mengetahui asas kelakuan yang ditunjukkan
serta kaedah modifikasi tingkahlaku. Kanak-kanak yang baru
memulakan persekolahan dalam tahun satu mempamerkan
berbagai-bagai corak perwatakan. Seseorang guru yang cekap
memerhatikan tingkah laku anak-anak muridnya boleh mengagak
sama ada suasana dimana kanak-kanak itu dibesarkan merupakan
suasana yang baik dengan segala keperluannya dipenuhi atau sama
ada kanak-kanak itu datang dari kalangan keluarga yang kurang
sejahtera, serba kekurangan dan kerap tidak dapat memenuhi
keperluannya. Mendisiplinkan anak adalah satu proses yang
berterusan. Setiap detik dalam kehidupan anak itu merupakan satu
pengalaman. Oleh itu, perwatakannya dari semasa akan terbentuk
daripada setiap pengalaman yang bermula dari dalam rahim ibunya
dan berterusan sehingga akhir hayatnya. Oleh itu , ibu bapa memain
peranan untuk memastikan agar anak mereka sering didedahkan
kepada pengalaman - pengalaman positif yang meninggalkan
kenangan -kenangan manis kepadanya supaya dia dapat menyedari
bakat yang ada padanya dan berbangga terhadap setiap
pencapaiannya. Kanak -kanak tidak sunyi daripada dilanda
perasaan hiba , sama ada di sebabkan kehilangan orang yang
disayanginya atau penyakit yang memerlukan rawatan di hospital
dan berbagai -bagai lagi peristiwa yang menyedihkan. Tetapi ,
melalui belaian kasih dan cara berkomunikasi yang berkesan ,
pengalaman - pengalaman sedih ini boleh meneguhkan iman dan
perwatakannya. Pengalaman -pengalaman ini merupakan detik
peristiwa yang boleh memberikan pedoman dan pengajaran yang
berguna dalam hidupnya. Umpamanya , kanak -kanak yang kematian
ayahnya akibat kemalangan boleh dibantu jika ibu , datuk ,nenek
dan saudara mara terdekat mencurahkan kasih sayang dan
perhatian serta memberi nasihat - nasihat dan pandangan
-pandangan positif yang boleh menolong mencorakkan
personalitinya. Dia mungkin akan menjadi lebih cekal dan berfikiran
lebih matang jika dibandingkan dengan kanak -kanak lain yang
belum pernah mengalami situasi yang sebegitu mencabar.
Sebaliknya , jika si anak tidak mendapat sokongan emosi dan
perhatian yang amat -amat diperlukan , kesedihannya mungkin akan
berlanjutan dan akan menjejaskan perkembangan sosial dan
inteleknya. Kanak -kanak pekak , buta , yang cacat anggota atau
yang mempunyai masalah perubatan seperti sawan memerlukan
kemahiran keibubapaan yang khusus. Ibu bapa yang terlibat perlu
mengorbankan masa mereka untuk menjalani latihan -latihan dan
membelanjakan wang ringgit untuk mendapatkan keperluan
keperluan seperti alat pendengaran , cermin mata rawatan
perubatan atau terapi. Malah , mereka mungkin perlu peka terhadap
kemajuan - kemajuan dalam teknologi pendidikan khas (special
aducation ) melalui majalah - majalah , buku -buku serta latihan -
latihan khas untuk melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan
-pengetahuan yang boleh digunakan bagi melatih anak mereka. Ibu
bapa juga perlu tahu tentang perkhidmatan untuk kanak -kanak
cacat sama ada yang ditawarkan oleh badan -badan kerajaan ,
swasta atau pertubuhan -pertubuhan sukarela. Kadangkala , ada
baiknya ibu bapa sendiri menganggotai organisasi -organisasi yang
menyediakan perkhidmatan -perkhidmatan khas untuk kanak -kanak
cacat dan yang bermasalah agar mereka dapat berhubung dengan
pihak -pihak yang berkenaan yang boleh mengaturkan keperluan
-keperluan khas untuk anak -anak mereka.

Anda mungkin juga menyukai