Anda di halaman 1dari 1

PERISIAN SUNTINGAN AUDIO : AUDACITY

Oleh: Mohd Zaki Bin Jamaluddin cikgu-zaki.blogspot.com

PERISIAN SUNTINGAN AUDIO : AUDACITY


Penyuntingan audio adalah satu proses fail audio digital untuk tujuan memotong audio yang tidak diperlukan, mengulang bunyi, menambah muzik latar, efek bunyi atau kesan-kesan tertentu seperti menguatkan atau menurunkan kadar bunyi, fade in, fade out dan melaraskan bunyi di dalam cerita atau dialog. Hasil pembelajaran: Di akhir modul ini, pelajar dapat menyunting audio untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Audacity merupakan perisian dari sumber terbuka untuk tujuan merakam dan menyunting audio. Perisian ini boleh dimuat turun secara percuma dari : http://audacity.sourceforge.net/ Mengenali antara muka Audacity Muat turun perisian Audacity dan buka. 5 panel kawalan yang perlu diketahui ialah: Control Toolbar Memain, merakam dan menyunting audio Meter dan Mixer Toolbar Petunjuk rakaman, input monitor, output level. Edit Toolbar Edit, cut, copy, paste, undo, redo, trim, zoom Audio Track Menunjukkan waveform untuk fail audio. Terdapat dalam stereo atau mono. Control Track Panel Mengawal track audio untuk senyap, bunyi, solo dan laras kelantangan, laras kiri dan kanan.
Control Toolbar. Mengandungi Tools: Selection | Envelop | Pencil | Skip to start | Play | Record | Pause | Stop | Skip to end Zoom | Time Shift | Multi Tool Meter & Mixer Toolbar

Edit Toolbar

Control Track Panel

Audio Track Audio Track: KOSONG

Memasukkan fail audio ke dalam track: Klik Project > Import audio > Browes Waveform akan terbentuk dalam audio track. Mainkan dengan klik butang Play. Berhentikan Stop. Pastikan browes fail MP3 atau WAV sahaja. Merakam audio: Sambungkan mikrofon ke komputer. Untuk menguji sambungan mikrofon betul, klik Input Level Meter. Bercakap pada mikrofon dan pastikan level meter akan bergerak dengan warna merah. Kekuatan level bersamaan kekuatan bunyi. Jika tiada tindak balas, betulkan sambungan mikrofon ATAU mikrofon rosak. Memasukkan audio track baru: Klik Project > New Audio Track / New Stereo Track. Track baru muncul untuk menerima waveform yang disalin dari track audio. Suntingan: Gunakan Selection untuk memilih waveform dan lakukan copy > paste di track baru. Guna Envelope untuk turun naikkan kelantangan suara. Buat marking dan ubah fade in / fade out. Ubah kedudukan waveform ke kiri atau ke kanan dengan menggunakan Time Shift Tool. Menyimpan fail: Project (.aup) File > Save Project > Namakan projek > Pilih direktori. .WAV File > Export As WAV > Namakan projek > Pilih direktori. .MP3 File > Export As MP3 > Namakan projek > Pilih direktori > dapatkan fail (lame_enc.dll) sekali sahaja.

Anda mungkin juga menyukai