Anda di halaman 1dari 3

1.

Bidang Biasanya digunakan dalam dunia korporat, khususnya bidang perusahaan, perindustrian, perakaunan, perbankan, perniagaan dan perdagangan. Penggunaan bahasa Melayu terpaksa bersaing dengan bahasa Inggeris. Penggunaan laras bahasa perniagaan dalam bahasa Melayu amat penting, khususnya dalam aspek komunikasi memandangkan ekonomi negara menjelang abad ke-21 akan berasaskan perindustrian dan perusahaan.

2.

Perbendaharaan Kata Istilah khusus (penanda laras), antaranya: agihan jualan agensi pemasaran anggaran kos francais harga mutlak eksport urus niaga kredit ekonomi) untung susut baki debit cek palang saham komposit

Istilah umum: tetapi diberi pengertian khusus (merujuk bidang

tempoh hutang runcit

tunai

3.

Tatabahasa Morfologi (kajian terhadap perkataan) Kata-kata umum (kata tunggal) bahasa Melayu boleh menjadi katakata khusus (bidang perniagaan) apabila menjadi kata terbitan. Contohnya: Kata Umum Istilah wang kewangan ratus peratus lebih lebihan pasar pasaran

pegang dagang Akronim

pemegang dagangan

Contohnya: EPU Unit Pembangunan Ekonomi EON Edaran Otomobil Nasional BSN Bank Simpanan Nasional BSKL Bursa Saham Kuala Lumpur Kata Majmuk Contohnya: kos jualan untung bersih

modal tetap lebih asset

harta semasa sebut harga

Sintaksis (kajian terhadap ayat) Kebanyakan ayat-ayat yang digunakan jenis ayat penyata, iaitu ayat-ayat yang memberi keterangan tentang sesuatu hal. Contohnya: Bank Simpanan Nasional (BSN) mencatatkan prestasi di luar jangkaan apabila mengaut keuntungan sebelum cukai bagi setengah tahun pertama, lebih RM70 juta dan mengatasi keuntungan sebanyak RM 47.754 juta bagi tahun lalu. Menggunakan ragam ayat yang seimbang, iaitu menggunakan ayat aktif dan ayat pasif yang sama banyak dalam teks ekonomi. Contohnya: Ayat Aktif KDNK merupakan petunjuk ekonomi yang paling penting Ayat Pasif Kesan teus dirasai oleh pengeluar segmen kereta yang lebih mahal. Kecenderungan menggunakan ayat majmuk, iaitu ayat yang mendukung beberapa isi dalam satu ayat untuk menimbulkan kelancaran dan kesinambungan wacana.Contohnya: Seandainya pemegang saham berjaya mengawal pihak pengurusan (sudah tentu dengan kos yang tinggi), bagaimana mereka memastikan bahawa nilai sebenar syarikat tergambar

dalam pasaran saham agar mereka tidak akan mengalami sebarang kerugian apabila menjual saham mereka. Struktur ayat juga jelas memperlihatkan pengaruh bahasa Inggeris, khususnya penggunaan ayat pemeri yang menggunakan kopula adalah dan ialah walaupun unsur ini tidak wajib digunakan dalam bahasa Melayu. Contohnya: 1. Jualan runcit adalah dijangka akan meningkat. 2. Paling ketara ialah pendaftaran baru bagi kereta. Fungsi kata pemeri tersebut untuk kejelasan dan pemahaman ayat dengan lebih mudah.

4.

Gaya Bahasa Berbentuk ilmiah, iaitu laras bahasa yang mengungkapkan ilmu. Bersifat formal dan mempunyai perkataan, istilah susunan frasa, dan ayat yang baik, sesuai dan tepat serta boleh menyampaikan maksud dan pengertian dengan berkesan. Banyak menggunakan jadual, graf dan carta, graf statistik dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai