Anda di halaman 1dari 10

PERINGKAT KEENAM : Zaman Kebangkitan Fiqh Pada Era Moden Taqlid berterusan pada masa yang agak lama

hinggalah satu gerakan baru dihidupkan pada abad kesembilan belas yang memisahkan diri daripada tradisi lama.1 Di samping itu merebaknya taqlid pada masa itu, serta fenomena bid'ah dan khurafat yang berpunca daripada tahyul dan kebodohan juga merebak luas. Fenomena ini menyentak kesedaran sesetengah ulama hukum untuk memerangi bid'ah dan taqlid yang sudah merosakkan umat Islam. Mereka menyeru dunia Islam supaya kembali kepada Al-Quran dan al-Sunnah dengan meninggalkan taqlid serta menjauhkan diri daripada perkara bid'ah dan khurafat serta membentuk kesatuan mazhab yang merujuk pada sumbersumber syariat yang asli. Kemudiannya lebih dikenali dengan ulama Salaf. Di antara pelopornya ialah Taqiyuddin bin Taimiyyah dan muridnya Ibn Qayyim al-Jauziyah dari mazhab Hanbali pada tahun abad 8 Hijrah bersamaan 14 Masihi, kemudiannya diikuti Muhammad bin Abdul Wahhab pada abad 12 Hijrah bersamaan 17 Masihi di semenanjung Arab. Pada abad ke 14 muncul pula Jamaluddin al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh serta murid-muridnya. Perjuangan mereka membuahkan hasil daripada timbulnya kesedaran di kalangan masyarakat Islam untuk mempelajari Syariah menurut dasar-dasar yang sesuai dengan nas-nas yang asli dan sesuai dengan keperluan peradaban masa kini.

Zaman ini terbahagi kepada dua peringkat: 1. Peringkat pertama: berakhir pada awal kurun kesepuluh Hijrah. Telah lahir pada zaman ini sebilangan ulama besar seperti Syeikh Khalil alMaliki, al-Subki, al-Ramly, Ibn al-Rifah, al-Kamal bin al-Hummam, al-Sayuti, dan mereka yang mempunyai kekekuatan fiqh dan kemampuan untuk beristinbat. Mereka lebih cenderung kepada bidang penulisan. Hasil daripada keadaan ini telah mengurangkan kesungguhan di dalam menyelesaikan pelbagai masalah. Manusia hanya menumpukan ilmu secara luaran sahaja, tanpa mendalami sesuatu ilmu secara mendalam. Ini semua menyebabkan kekuatan berfikir menjadi kurang dan merosakkan persediaan,

Muhamad Muslehuddin. 1993. Fiqh Islam dan Prinsip Darurah dan Hajat. Budaya Ilmu Sdn. Bhd.

mematikan keinginan dan bakat yang ada. Ia juga menyebabkan seseorang itu hanya menghafal ilmu tersebut tanpa mendapat kefahaman yang betul dan sahih.

2. Peringkat kedua: bermula pada kurun kesepuluh hijrah sehingga permulaan zaman kebangkitan moden dan baru. Keadaan fiqh yang teruk berlaku pada zaman ini disebabkan beberapa faktor: a) Para ulama telah mengalih kesungguhan mereka kepada pengajaran berpandukan kepada buku-buku yang dihasilkan, dan telah menghentikan penggunaan kitab-kitab yang muktabar yang digunakan oleh para mujtahid silam. b) Terputusnya hubungan sesama ulama-ulama dari negara-negara Islam lain. c) Terhasilnya banyak penulisan-penulisan dalam pelbagai disiplin ilmu sehingga menyebabkan berlakunya kesamaran dan percampuran. Tiga sebab ini telah memberikan impak yang negatif kepada perkembangan fiqh dan kepada para fuqaha sendiri. Kesungguhan para ulama juga berkurangan disebabkan perkara ini. Peringkat ini dikatakan terdapatnya unsur-unsur taqlid. Ini menyebabkan tertutupnya pintu ijtihad, bahkan ia juga menyebabkan berlakunya perkara-perkara berikut: a) Wujud sifat dengki-mendengki dan menaruh prasangka di antara satu sama lain. b) Berlakunya pendebatan di antara para fuqaha untuk menegakkan pendapat masing-masing. c) Berlakunya sikap mengambil mudah dan sambil lewa di dalam sesuatu penulisan ilmu. Ia juga dibuat secara ringkas tanpa menjaga isi kandungan yang sahih dan betul daripada kitab-kitab muktabar. d) Penghasilan kitab-kitab dan penulisan-penulisan yang cenderung kepada mazhab yang diikuti tanpa melihat kepada disiplin ilmu.

e) Kurangnya thiqah (mempercayai) kepada hakim-hakim yang dilantik. Ini disebabkan tidak berlakunya pemilihan seseorang hakim itu di kalangan ulama yang masyhur yang mampu beristinbat sesuatu hukum dan juga mempunyai sikap yang zuhud dan yang bertaqwa. f) Hilangnya sikap kepercayaan dan azam kepada diri sendiri.

Keistimewaan-keistmewaan Zaman ini 1. Lahirnya ruh taqlid yang ikhlas daripada para ulama. Terdapat segelintir sahaja daripada mereka yang mencapai martabat ijtihad. Tetapi ia hanya berlaku pada pertengahan pertama daripada zaman ini. 2. Ulama pada zaman ini hanya menyampaikan kata-kata ulama-ulama silam dan juga hanya berpuas hati dengan apa yang ada di hadapan mereka daripada syarah-syarah kitab-kitab. Mereka juga tidak cuba untuk menuruti manhaj-manhaj ulama salaf.

Kesungguhan para ulama pada zaman ini Perkembangan fiqh pada zaman ini bersifat dengan taqlid. Para ulama juga hanya menumpukan kepada mazhab masing-masing. Mereka juga memberikan fatwa yang selari dengan usul mazhab mereka. Ada antara mereka yang menulis akan tetapi penulisan mereka bukanlah mengandungi ijtihad baru tetapi hanyalah berkisar mengenai ijtihad para ulama silam terdahulu. Kadang-kadang para fuqaha ini membuat ringkasan mengenai fiqh mazhab mereka seringkas-ringkasnya. Ini menyebabkan penulisan-penulisan tersebut menjadi sukar untuk difahami. Justeru, ia memerlukan kepada penjelasan mendalam, lalu datang ulama-ulama yang menghasilkan kitab syarah bagi menerangkannya secara terperinci. Ada sebahagian ulama ini hanya menulis syarah berkisar sesuatu kitab sahaja.

Pada zaman ini, terdapat satu cabang lain dalam bidang penulisan, iaitu penulisan mengenai fatwa. Ia merupakan suatu himpunan jawapan-jawapan yang banyak yang dikumpulkan oleh seorang penulis yang merangkumi pelbagai bab. Sebagai contoh fatwa mengenai fiqh semasa, dan persoalan mengenai masalah-masalah kehidupan seharian. Di antaranya, seperti kitab Fatawa Ibn Taimiyyah dan Fatawa alBazzaziyyah dan sebagainya.

Ulama-ulama yang masyhur pada zaman ini: 1. Ulama-ulama mazhab Hanafi i. ii. iii. iv. v. Al-Nasafi: Abdullah bin Ahmad bin Mahmud (meninggal dunia pada awal kurun ke 8 Hijrah). Al-Zailai: Abu Muhammad Uthman bin Ali (meninggal dunia pada tahun 743 Hijrah). Ibn al-Hummam: Muhammad bin Abdul Wahid bin Abdul Hamid (meninggal dunia pada tahun 861 Hijrah). Al-Aini: Muhammad bin Ahmad bin Musa Badruddin (meninggal dunia pada tahun 855 Hijrah). Ibn Nujaim: Zainul Abidin bin Ibrahim bin Nujaim. (meninggal dunia pada tahun 969 Hijrah).

2. Ulama-ulama mazhab Maliki i. ii. iii. iv. Khalil: Abu al-Dhiya Khalil bin Ishak al-Kardi al-Misri (meninggal dunia pada tahun 776 Hijrah). Al-Ajhuri: Abu al-Hassan Nuruddin Ali bin Zainul Abidin (meninggal dunia pada tahun 1066 Hijrah). Al-Khurasyi: Abu Abdullah Muhammad bin Abdullah (meninggal dunia pada tahun 1101 Hijrah). Al-Adwi: Abu al-Hassan Nuruddin Ali bin Ahmad (meninggal dunia pada tahun 1189 Hijrah).

3. Ulama-ulama mazhab Syafie i. ii. iii. iv. Mahyuddin al-Nawawi: Abu Zakaria Yahya bin Syaraf (meninggal dunia pada tahun 676 Hijrah). Taqiyuddin al-Subki: Abu al-Hassan Ali bin Abdul al-Kafi. Syeikhul al-Islam Zakaria al-Anshori: Abu Yahya (meninggal dunia pada tahun 926 Hijrah). Ibn Hajar al-Haytami: Syihabuddin Ahmad bin Muhammad bin Ali (meninggal dunia pada tahun 995 Hijrah).

4. Ulama-ulama mazhab Hanbali i. ii. iii. Syeikhul al-Islam Ibn Taimiyyah: Ahmad bin Abdul Halim (meninggal dunia pada tahun 728 Hijrah). Ibn al-Qayyim: Muhammad bin Abi Bakar Shamsuddin bin Qayyim alJauziyyah (meninggal dunia pada tahun 751 Hijrah). Ibn Rajab: Abdul Rahman bin Ahmad bin Rajab al-Baghdawi (meninggal dunia pada tahun 795 Hijrah).

Kebangkitan Fiqh Pada Zaman Moden Bermulanya zaman ini pada akhir tahun ketiga belas Hijrah ketika zaman pemerintahan kerajaan Uthmaniah. Pada ketika itu, kerajaan Uthmaniah telah menggazetkan fiqh sebagai satu undang-undang dan dijadikan dalam bentuk akta dan enakmen. Para hakim menggunakannya sebagai rujukan di dalam menjalankan proses penghakiman. Ia dijadikan sebagai ganti kepada kaedah lama iaitu dengan merujuk kepada kitab-kitab fiqh di dalam mazhab yang satu. Tugas ini diberikan kepada segolongan ulama besar diketuai oleh Menteri Keadilan untuk membentuk satu undang-undang dalam urusan peradaban. Kerja tersebut diselesaikan oleh pihak Lujnah pada tahun 1285-1293 Hijrah bersamaan tahun 1869-1876 Masihi. Para ulama telah menyusun 1851 akta yang terkandung di dalam 16 buku yang diambil daripada fiqh Hanafi dengan memilih perkara yang terbaik seiring dengan perubahan zaman dan juga yang mendatangkan kebaikan kepada manusia. Himpunan akta-akta dinamakan ini sebagai Majallah alAhkam al-Adliah dan dijadikan sebagai perlembagaan negara. Ia digunapakai pada

zaman pemerintahan Kerajaan Uthmaniah sehingga dihentikan penggunaannya selepas kejatuhan kerajaan Uthmaniah. Majallah ini dibahagikan kepada bebarapa fasal seperti berikut;2 Jual beli, sewaan, kafalah, hiwalah, pajak gadai, amanah, hibah (anugerah), rompak dan curi, paksaan, syufah, jenis-jenis syarikat, wakalah, sulh (rundingan), Iqrar, dakwaan, keterangan, dan kehakiman. Pada mukadimah kitab ini, dimulakan dengan fasal permulaan, mengandungi sejumlah kaedah-kaedah kulliyyah berjumlah 77 kaedah.3 Kemudian berlaku banyak perubahan pada undang-undang tersebut dan ada juga yang dibuang dan digantikan dengan undang-undang lain pada tahun 1880 Masihi. Selepas itu terdapat undangundang lain yang digazetkan di negara-negara Islam lain. Sebahagian besarnya disusun berkenaan dengan al-Ahwal al-Syaksiyyah atau undang-undang keluarga yang dikuatkan dengan fiqh Islam tanpa disempitkan dengan mazhab-mazhab tertentu. Negara Turki merupakan negara pertama yang mengeluarkan undang-undang berkenaan dengan undang-undang keluarga dengan nama Qanun Huquq al-Ailah (undang-undang hak-hak kekeluargaan) dan dikeluarkan pada tahun 1917.4 Pada tahun tersebut dirasmikan Undang-undang Hukum Keluarga menggunakan prinsip Talfiq dan Tahayyur (Menggabungkan beberapa pendapat kemudian dirumuskan satu hukum yang sesuai dengan kemaslahatan dan perkembangan semasa). Undang-undang tersebut disebut The Ottoman Law of Family Rights. Di Universiti al-Azhar al-Syarif di Mesir telah berlaku satu gerakan kebangkitan fiqh dalam bidang kehakiman di mana pemerintahan Mesir mengeluarkan undangundang, yang tidak hanya cenderung kepada mazhab Hanafi, tetapi juga mengambil dari mazhab empat yang lain. Dalam bidang penulisan, majalah-majalah dan suratkhabarsuratkhabar mula menyiarkan mengenai pendapat-pendapat para ulama yang menjadi perselisihan di dalam mazhab mereka.

2 3

Majallah al-Ahkam al-Adliah. Cetakan 1968. Al-Asyqar. Hlm 194. 4 Ibid. Hlm 190.

Hari ini, kita dapat lihat terdapat banyak sekali muktamar-muktamar nasional dan muktamar-muktamar Islam yang membicarakan mengenai kepentingan fiqh Islam dan menggalakkan pembelajaran secara perbandingan di antara fiqh. Ini dilaksanakan di peringkat pengajian universiti dan peringkat tinggi di universiti Islam antarabangsa. Ramai juga sarjana undang-undang yang membuat kajian perbandingan dengan fiqh Islam. Ada juga di antara mereka yang menjalankan penyelidikan ilmiah secara mendalam di dalam peringkat sarjana dan juga Ph.D di negara-negara Islam berkisar mengenai fiqh Islam. Ia sebagai tambahan kepada kitab-kitab fiqh semasa yang semakin berkembang di perpustakaan di seluruh dunia Islam. Kemudian, kewujudan internet banyak membantu perkembangan fiqh Islam dengan memudahkan untuk berhubung dengan para ulama. Ia juga memudahkan urusan untuk berijma dan bertukar-tukar fikiran di antara mereka. Penggunaan teknologi internet ini banyak membantu para ulama di dalam mengembangkan fiqh Islam. Di atas asas inilah universiti-universiti Islam mengambil langkah proaktif dengan mengadakan seminar-seminar antarabangsa dengan mengfokuskan kepada hukum-hukum syariah dan juga undang-undang yang berkaitan dengan perkara ini. Tidak ketinggalan wujud pelbagai laman-laman web yang menumpukan kepada pengeluaran fatwa dan menjawab segala persoalan yang dihadapi oleh manusia dalam kehidupan sehariannya. Selain itu, terdapat beberapa isu-isu syariah dan undang-undang yang bercabang-cabang yang mungkin boleh dikaji di bawah tajuk hukum-hukum syariah berkaitan dengan internet. Sebagai contoh: Hukum-hukum mengenai penjagaan dan keselamatan maklumat-maklumat sulit dan rahsia-rahsia. Hak-hak seperti hak-hak penulis dan penciptaan dan seumpamanya. Hukum-hukum mengenai penjagaan persendirian dan rahsia-rahsia individu . Laman-laman web sebagai bukti. Hukum-hukum mengenai penghinaan, tuduhan qazaf, dan makluman melalui internet. Bukti-bukti pensabitan jenayah. Hukum-hukum jual beli melalui internet.

Nama-nama Kitab Fatwa Mazhab Hanafi: a) Fatwa Qadi Khan b) Fatawa Sughra dan Kubra, al-Sadr al-Syahid c) Fatawa al-Bazzaziah d) Fatawa al-Tuhriyyah e) Fatawa al-Zainiyyah f) Fatawa al-Hindiyyah g) Fatawa al-Hanafi al-Balkhi h) Fatawa Qadi Hussin.

Mazhab Maliki a) Fatawa Ibn Rusyd b) Fatawa al-Syatibi c) Ensiklopedia al-Miyar al-Murib d) Fatawa Muhammad Ulays e) Fatawa Ibn Asrun.

Mazhab Shafie a) Fatawa Ibn Solah b) Fatawa al-Nawawi c) Fatawa al-Subki d) Fatawa Zakaria al-Ansari e) Fatawa al-Kubra, Ibn Hajar al-Haithami f) Fatawa al-Hadisiah, Ibn Hajar al-Haithami g) Fatawa Izzuddin bin Abd al-salam h) Al-hawi li al- Fatawa, al-Sayuti i) Fatawa Ibn Qattan j) Fatawa Ibn Subagh k) Fatawa al-Zarkasyi

l) Bughiyyah al-Mustarsyidin.

Mazhab Hanbali a) Fatawa al-Kubra, Ibn Taimiyyah b) Majmu al-Fatawa, Ibn Taimiyyah c) Fatawa Rasulullah, Ibn Qayyim d) Fatawa al-Misriyyah.

Antara fatwa ulama-ulama mutakhir: a) Fatawa Rashid Redha b) Fatawa Mahmud Syaltut c) Fatawa Syarawi d) Fatawa Abdul Hamid Kisyk e) Fatawa Ahmad Syarbasi f) Fatawa Syariyah, Hasanain Makhluf g) Fatawa Abdul Majid Salim h) Fatawa Jad al-Haq i) Fatawa Muasirah, al-Qaradhawi j) Fatawa Ahasin al-Kalim, Atiah Saqr k) Fatawa Aqidah, Uthaimin l) Fatawa Marah, Uthaimin

Sementara itu, fatwa secara jamaie atau berkumpulan pula antaranya ialah: a) Fatawa Rabitah al-Alami Islami b) Fatawa Lajnah al-Azhar c) Fatawa Lajnah al-Daemah, Arab Saudi d) Fatwa Majlis Ulama Indonesia e) Fatwa Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Malaysia. Kini, hampir setiap negara Islam menubuhkan lajnah fatwa masing-masing dengan berbagai-bagai nama seperti Darul Ifta dan lain-lain.5

Zulkifli Mohamad al-Bakri. 2008. Fatwa dan Mufti: Hukum, Etika dan Sejarah. Nilai: Unversiti Sains Islam Malaysia. Hlm. 109-111.
5

Anda mungkin juga menyukai