Anda di halaman 1dari 3

Teori Pemprosesan Maklumat Diperkenalkan oleh Robert M. Gagne. Ransangan-ransangan persekitaran luar diterima melalui deria manusia.

Maklumat ditafsir dalam stor ingatan, kemudian dihantar kepada stor ingatan jangka panjang dan akhirnya kepada penggerak tindak balas melalui sistem saraf. Pengalaman-pengalaman dalam stor jangka panjang penting untuk mengaitkannya dengan pengalaman-pengalaman baru demi memudahkan proses pembelajaran berlaku.

Lapan Fasa

Lapan Syarat Pembelajaran

Fasa Motivasi - Jangkaan Fasa Tanggapan Perhatian Fasa Penyimpanan - Kod Fasa Penahanan Stor Ingatan Fasa Mengingat Kembali Mencari Fasa Generalisasi Pindaan Fasa Prestasi Gerak Balas Fasa Maklum balas Peneguhan

Pembelajaran Isyarat Pembelajaran ransangan Tindak balas Pertalian bahasa Pembelajaran melalui rangkaian

Pembelajaran diskriminasi

Pembelajaran konsep

Pembelajaran Hukum

Pembelajaran penyelesaian masalah

Teori Pemprosesan Maklumat Lapan Fasa

1. Fasa Motivasi Jangkaan Manusia belajar kerana mempunyai motif tertentu. Motivasi merupakan tindakan yang menimbulkan motifnya supaya belajar.

2. Fasa Tanggapan Perhatian Melibatkan aktiviti pemerhatian dan pemilihan ransangan yang tepat dan relevan.

4. Fasa Penahanan Stor Ingatan Selepas ransangan dipilih dan dikodkan, sebahagian atau keseluruhannya akan disalurkan dan disimpan dalam stor ingatan jangka panjang. Kod-kod akan ditranformasikan dan disusun semula dengan satu sistem yang lebih kekal dalam ingatan dan lebih mudah dikeluarkan. 3. Fasa Penyimpanan Kod Apabila berjaya memilih ransangan yang relevan, ia akan dibawa ke dalam stor ingatan jangka pendek. Ransangan akan dikodkan dengan suatu cara yang ringkas.

6. Fasa Mengingat Kembali Mencari 5. Fasa Generalisasi Pindaan Fasa pemindahan pembelajaran atau fasa aplikasi di mana seseorang individu boleh mengingat kembali maklumat dalam stor ingatan jangka panjang dan menggunakannya untuk situasi yang sama atau serupa Tindakan mencari maklumat atau pengalaman yang telah disimpan dalam stor ingatan jangka panjang.

7. Fasa Pretasi Gerak Balas Dikenali sebagai fasa perlakuan. Fasa ini boleh diperlihatkan dan diukur daripada perubahan tingkah laku seseorang dalam proses pembelajaran.

8. Fasa Maklum Balas Peneguhan Berlaku selepas seseorang individu telah bertindak balas dengan prestasi atau perubahan tingkah laku yang tepat. Mempunyai fungsi peneguhan seperti memberi galakan kepada orang yang telah menunjukkan prestasi yang tepat.

Teori Pemprosesan Maklumat Lapan Syarat Pembelajaran

1. Pembelajaran Isyarat Berlaku secara semula jadi dan tidak sengaja hasil daripada tindak balas ransangan luar. Pembelajaran adalah melalui pelaziman tingkah laku.

5. Pembelajaran diskriminasi Dapat membezakan berbagai ransangan yang berupa sama untuk menghasilkan sama banyak tindak balas yang khusus. Jenis pembelajaran semakin dapat dibezakan kerana setiap ransangan dan tindak balas dapat diasingkan dari satu sama lain.

2. Pembelajaran ransangan tindak balas Berlaku disebabkan tindak balas terhadap ransangan luar.Tindak balas dalam pembelajaran berupa diskriminasikan terhadap ransanganbetul atau salah

6. Pembelajaran konsep Tindak balas umum terhadap satu kumpulan ransangan yang berbezabeza dalam bentuk fizikalnya. Hanya boleh berlaku selepas pembelajaran melalui rangkaian pertalian berbahasa dan diskriminasi.

3. Pembelajaran melalui rangkaian Penggabungan beberapa ransangan yang menghasilkan tinbdak balas dalam suatu turutan. Digunakan dalam pembelajaran kemahiran. Merupakan satu siri tingkah laku yang berkaitan untuk melengkapi tugasan yang dijalankan.

7. Pembelajaran Hukum Melibatkan penggabungan dua atau lebih konsep yang berkaitan dalam sesuatu urutan atau rangkaian. Melibatkan rumus, prinsip, teori dan generalisasi.

4. Pertalian bahasa Melibatkan bahasa yang mengaitkan lebih daripada satu ransangan untuk menghasilkan tindak balas. Ia memerlukan penggunaan bahasa yang telah dipelajari dahulu. Pelajar memerlukan kemahiran bahasa untuk mengaitkan satu rangkaian berbahasa.

8. Pembelajaran penyelesaian masalah Melibatkan penggunaan prinsip, rumus generalisasi, konsep dan hukum untuk penyelesaian masalah dalam situasi baru.

Anda mungkin juga menyukai