Anda di halaman 1dari 23

PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN

Oleh:
Ahmad Fuad Muhammad

ABSTRAK

Sesi ketiga ini akan memperkenalkan secara ringkas kepada para


peserta latihan beberapa pandangan atau Pendekatan Pengajaran
yang lebih bersifat “learner-centered” melalui psikologi pembelajaran.
Ianya merangkumi penjelasan akan prinsip-prinsip pembelajaran dan
implikasinya kepada pengajaran/latihan, prinsip-prinsip asas latihan,
teori-teori penting dalam pendidikan dan latihan (Teori Pembelajaran
Tingkahlaku, Teori Pembelajaran Kognitif, dan Teori Pembelajaran Sosial)
yang menjadi asas pendekatan tersebut. Sesi ini juga akan
membicarakan beberapa contoh Strategi Pengajaran sama ada
“teacher-centered” berpusatkan pengajar atau “learner-centered”
berpusatkan pelajar seperti syarahan (lectures), perbincangan kumpulan
(group discussions), kajian kes (case studies), dan lain-lain.
PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN1

Oleh:
Ahmad Fuad Muhammad2

Perubahan-perubahan yang berlaku dalam dunia pendidikan masakini


terutamanya bidang disiplin pengajaran-pembelajaran amat menakjubkan
sekali hasil daripada penyelidikan dan kemajuan dalam teknologi pendidikan.
Sebagai ahli akademik/tenaga pengajar universiti kita harus peka terhadap
perubahan-perubahan tersebut supaya sentiasa pro-aktif dalam usaha
mempertingkatkan tahap profesyenalisme untuk mencapai kecemerlangan
akademik.

Sesi ketiga ini akan memperkenalkan secara ringkas kepada para peserta
latihan beberapa pandangan atau Pendekatan Pengajaran yang lebih
bersifat “learner-centered” melalui psikologi pembelajaran. Ianya merangkumi
penjelasan akan prinsip-prinsip asas latihan, prinsip-prinsip pembelajaran dan
implikasinya kepada pengajaran/latihan, teori-teori penting dalam pendidikan
dan latihan (Teori Pembelajaran Tingkahlaku, Teori Pembelajaran Kognitif, dan
Teori Pembelajaran Sosial) yang menjadi asas pendekatan tersebut.

Sesi ini juga akan membicarakan beberapa contoh Strategi Pengajaran


sama ada “teacher/trainer-centered” berpusatkan pengajar atau “learner-
centered” berpusatkan pelajar seperti syarahan/kuliah (lectures),
perbincangan kumpulan (group discussions), kajian kes (case studies), dan
lain-lain.

Objektif Pencapaian Peserta (Participant Performance


Objectives)

Setelah tamat sesi ini, anda akan:

1. Memahami serta menerangkan beberapa prinsip asas latihan,

2. Memahami serta menerangkan beberapa prinsip utama pembelajaran


dan implikasinya kepada pengajaran,

3. Boleh membezakan teori-teori pembelajaran yang berlainan, dan

4. Mengetahui implikasi-implikasi pengajaran dari teori-teori pembelajaran


tersebut,

5. Boleh membezakan kaedah-kaedah pengajaran yang berlainan, dan

6. Mengubal suatu pendekatan pengajaran yang bersepadu dengan


menggunakan kaedah-kaedah pengajaran yang sesuai.

1
Kertas Kerja Bengkel Pendidikan & Multimedia Ke-3 Fasa I (31Mac – 9April, 2002)
2
Pensyarah Jabatan Pengajian Am, FPE, KUSTEM

afm 2
Lima Matlamat Umum Pendidikan
(Five Broad Educational Goals)

1. Menyampaikan Pengetahuan (Impart Knowledge)


2. Memajukan Kemahiran-Kemahiran (Develop Skills)
3. Memperbaiki Pemahaman (Improve Understanding)
4. Meningkatkan Kemahiran Berfikir (Enhance Thinking Skills)
5. Memperbaiki Komunikasi dan Kerja Berpasukan
(Improve Communication and Teamwork)

I. PENDEKATAN PENGAJARAN

Prinsip-Prinsip Asas Latihan (Basic Training Principles)

1. Formula Latihan (Training Formula)

2. Peneguhan Positif/Bulatan Keyakinan (Positive Reinforcement/Confidence


Circle)

3. Kesediaan (Readiness)

4. Tindakan Mengilap (Polishing Action)

5. 3 Jenis Latihan Asas (3 Basic Types of Training)

6. Langkah-Langkah Utama dalam Latihan (Major Steps in Training – PESOS


Formula)

7. Akaun Kuasa Jurulatih (Power Bank Account)

8. Segi Tiga Utama (Priority Triangle)

9. Peraturan 80% (80% Rule)

10. Undang-Undang PARETO (Pareto’s Law)

11. Kelok Perubahan (Change Curve)

afm 3
12. Peningkatan Sedikit Demi Sedikit dan Peraturan 7 (Incrementalism)
10 Prinsip Pembelajaran & Implikasi Kepada
Latihan/Pengajaran

Berikut adalah prinsip-prinsip yang mengenalpasti syarat-syarat dalam mana


pembelajaran berlaku dengan lancar. Syarat-syarat ini harus wujud untuk
pembelajaran yang berkesan berlaku dan kesannya keatas pengajaran.

1. Pelajar (learners) mempunyai motivasi untuk belajar apabila


mereka mengetahui tujuan pembelajaran, apabila mereka melihat
nilai di dalamnya dan apabila mereka berjaya dalam
pembelajarannya.

Motivasi Pelajar Untuk Belajar. Motivasi ini sepatutnya berkaitan


dengan minat individu. Pelajar berupaya belajar walaupun di dalam situasi
yang tertekan asalkan pembelajaran memenuhi keperluan mereka.
Walaupun kemudahan dan program adalah yang terbaik,
latihan/pengajaran boleh gagal jika pengisiannya tidak dilihat sebagai
berguna kepada pelajar. Pastikan pelajar sedar akan objektif
latihan/pengajaran. Nyatakan apa yang akan datang. Tentukan organisasi
dan struktur kepada pembelajaran.

2. Pelajar (learners) menggunakan kesemua deria mereka untuk


mempersepsi/menerima maklumat (information).

Gunakan imej dan pembelajaran visual. Kebanyakan orang menyukai


pembelajaran visual sebab ianya meninggalkan kesan yang lebih lama
keatas daya ingatan apabila mod ini digunakan.

3. Semua pelajar (learners) mempunyai pendekatan pembelajaran


yang disukai.
Pelajar mempunyai kebolehan yang berbeza untuk bertindak-balas kepada
tiga bentuk maklumat; 1) tindakan fizikal, 2) visual, atau 3) bertulis/verbal.
Mereka juga berbeza dari segi kadar penerimaan dan pemahaman
maklumat.

Gunakan pelbagai kaedah latihan/pengajaran untuk mengelakkan


kebosanan. Set semula jangkawaktu 15 minit (Reset the 15 minute time
clock).

4. Pelajar (learners) boleh memproses sedikit maklumat pada


sesuatu masa.

Gunakan Peraturan 7 dengan mengumpul pengisian ke dalam seksyen-


seksyen kecil yang senang diajarkan. Biarkan pelajar praktikkan apa yang
telah dipelajari sebelum memperkenalkan pengisian yang baru.

5. Pembelajaran adalah dipengaruhi oleh iklim dalam mana ianya


berlaku.

Pastikan bahawa iklim fizikal dan emosional menyokong atau


menggalakan pembelajaran. Jauhkan sebanyak mungkin halangan yang

afm 4
mungkin dan bina suatu iklim pembelajaran yang serius dan
menyeronokkan.

6. Pelajar perlu dicabar dengan cara yang positif supaya


pembelajaran boleh berlaku.

Wujudkan cara bagaimana pelajar boleh dicabar dan berkebolehan


untuk berjaya. Tanggapan yang positif menjadi unsur motivasi yang kuat.
Tanggapan yang rendah dan ketiadaan penghormatan akan mengurangkan
motivasi.
7. Pembelajaran adalah suatu proses yang berterusan membentuk
makna/pengertian melalui pengalaman.

Adakan maklumbalas. Maklumbalas harus semerta dan, jika boleh


sentiasa positif. Ganjaran biasanya lebih berkesan daripada hukuman.
Pelajar memerlukani peluang kedua untuk mengamalkan selepas
menerima maklumbalas.

8. Pelajar (learner) hendaklah terlibat secara aktif di dalam proses


pembelajaran (aktiviti mental & fisikal).

Pastikan pelajar adalah aktif secara mental. Pelajar hendaklah


menangani bahan pembelajaran secara aktif. Ini boleh diilakukan secara
mental atau secara luaran melalui tulisan dan percakapan. Galakkan
pelajar untuk mengajar pelajar yang lain. Pelajar yang mengajar orang lain
belajar mempelajari lebih daripada pelajar yang mereka ajar. Tambahan
pula, pelajar akan dapat membentuk suatu perasaan pencapaian dan
percaya-diri.

9. Pelajar (learner) membawa ke setiap kelas suatu tahap


keterampilan dan pengajar hendaklah membina ke atas
keterampilan itu jika ingin pembelajaran berlaku.

Lakukan suatu analisis akan kebolehan, motivasi dan pengalaman


terdahulu pelajar (learner) untuk mengenalpasti tahap pengisian dan
aktiviti sesuai yang boleh dirancang.

10. Pelajar(learners) berkemungkinan untuk mengingati dan


mengamalkan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajarinya di
dalam konteks dunia sebenar. Pembelajaran memerlukan
pendedahan berganda kepada maklumat dan kemahiran baru di
dalam konteks yang yang berlainan.

Praktikan latihan di dalam situasi yang realistik. Mempelajari


konsep-konsep yang kompleks, tugasan, atau penyelesaian masalah
memerlukan peluang untuk latihan praktik. Pengulangan mungkin perlu
untuk menjadi lebih tepat dan pantas. Biasanya pengajar adalah tertekan
untuk “memandatkan program” – untuk menggunakan setiap detik yang
ada bagi “memaklumkan sesuatu kepada pelajar”.

“Teach more with less”


- teach the students more with less information & they will learn more

afm 5
4 Phases of Learning
1. The accumulation of DATA
2. Its conversion into INFORMATION
3. Its transfer into APPLIED KNOWLEDGE
4. Its culmination in SHARED WISDOM

The Learning Process


FACTS: Finding the pieces
INFORMATION: Arranging the pieces
KNOWLEDGE: Applying the pieces
WISDOM: Integrating the pieces

The Learning Cycle


(Kitaran Pembelajaran)

PRESENT
(Tell)

Check for
Understanding

GUIDED MODEL
PRACTICE
(Show)
(Do)

afm 6
Bagaimana Kita Belajar?
Tiga (3) Pandangan Mengenai Pembelajaran

1. Teori Pembelajaran Tingkahlaku (Behavioral Learning


Theory)

● Lebih berminat kepada apa yang dilakukan oleh seseorang daripada


apa yang difikirkannya.
● Oleh yang demikian, perhatian ditumpukan untuk merencanakan
pengajaran yang mengalakkan penghasilan tingkahlaku-tingkahlaku
yang diingini dikalangan pelajar.

Model Yang Menjelaskan Pembelajaran Mengikut Pandangan Teori


Pembelajaran Tingkahlaku

S KOTAK HITAM R
(Stimulus) (Respon)

Manusia belajar dengan mengaitkan kepada sesuatu ataupun hasil daripada akibat
sesuatu (People learn by associating things or as a result of consequences).

Implikasi keatas Pengajaran:

● Pengetahuan dan kemahiran (skills) yang diajar haruslah dibahagikan


terlebih dahulu ke dalam bentuk pecahan-pecahan kecil, kemudiannya
disampaikan satu demi satu dan diperkukuhkan (reinforce) secara
sistematik sehingga prestasi (performance) pelajar mencapai tahap
yang diingini.

● Pengulangan (repetition) akan menghasilkan prestasi yang lebih baik.

● Modifikasi Tingkahlaku – mengadakan ganjaran (rewards) untuk prestasi


yang baik dan hukuman untuk sebaliknya.

Teori Pembelajaran Tingkahlaku amat sesuai untuk:

afm 7
● Menyampaikan Pengetahuan (Impart Knowledge)

● Memajukan Kemahiran-Kemahiran (Develop Skills)

2. Teori Pembelajaran Kognitif (Cognitive Learning Theory)

● Pembelajaran memerlukan pemprosesan maklumat secara sedar


melalui deria kita.

● Pelajar membina pemahaman mereka sendiri berasaskan pengetahuan


dan pengalamannya yang lepas.

● Kebolehan berfikir adalah kritikal untuk pembelajaran dan prestasi


berkemahiran.

● Penyusunan maklumat di dalam minda adalah penting.

Model Yang Menjelaskan Pembelajaran Mengikut Pandangan Teori


Pembelajaran Kognitif:

Distractors (Gangguan)
Size: 7+/-2
StoredSize:Unlimited
Working Memory

SSS SENSES STM LTM


(Multiple Stimulus) (Deria) (IJS) (IJPj)

(Short Term Memory) (Long


Term Memory)
Ingatan Jangka Sementara Ingatan Jangka
Panjang
Distractors (Gangguan)

Recall (Ingat Semula)


Strategy to recall
information
- analogies, acronyms,etc.

Black Box (Kotak Hitam)

Implikasi keatas Pengajaran:

• Pengajaran hendaklah dibina di atas pengetahuan dan pengalaman


yang lepas.

afm 8
• Pengajaran hendaklah mengambilkira pelbagai deria.

• Maklumat hendaklah diperkenalkan sedikit demi sedikit.

• Maklumat hendaklah disusunatur dengan sempurna (well organized).

• Pengajaran hendaklah mengadakan pengalaman yang realistik.

Teori Pembelajaran Kognitif amat sesuai untuk:

● Memperbaiki Pemahaman (Improve Understanding)

● Meningkatkan Kemahiran Berfikir (Enhance Thinking Skills)

3. Teori Pembelajaran Sosial (Social Learning Theory)

Kini kita telah lebih sedar akan perbezaan antara bagaimana kita belajar di
dalam dan di luar sekolah. Satu cara lain untuk memikirkannya ialah
dengan membandingkan pembelajaran formal dan bukan formal (informal).

Ciri-Ciri Pembelajaran Formal

Pembelajaran formal biasanya adalah berasaskan kepada kelas dan sangat


berstruktur. Ianya mempunyai matlamat pembelajaran (learning goals),
amalan-amalan pengajaran (instructional practices), dan strategi-strategi
pengurusan pendidikan yang direkabentuk untuk meningkatkan efisyensi
pengajaran.

• Pembelajaran formal menekankan tugasan dan penilaian individu.


• Pengisian yang diajar di dalam situasi formal digubal berasaskan pelajar
pertengahan (average student).
• Pembelajaran formal adalah amat berstruktur dan tidak fleksibel.
Kurikulum, objektif-objektif pembelajaran, dan keterampilan-
keterampilan (competencies) adalah ditentukan sebelum pengajaran.
• Pembelajaran formal adalah “teacher directed”, “authority driven”, dan
dibina di atas falsafah “menyalurkan” ia itu pemindahan pengetahuan
daripada minda pengajar kepada minda pelajar.
• Pembelajaran formal berlaku di dalam situasi yang kekurangan konteks
realiti hidup sebenar (Formal learning occurs in settings that lack the
rich context of real life).

Ciri-Ciri Pembelajaran Bukan Formal (Informal)

Bukan semua pembelajaran berlaku di dalam situasi yang formal. Sehingga


90 peratus pembelajaran yang berlaku di tempat kerja adalah bukan
formal. Apakah yang membuatkan pembelajaran bukan formal begitu
berkeupayaan? Kita belajar begitu banyak dari situasi kerja dan rekreasi
sebab ianya berlaku di dalam situasi yang ideal untuk pembelajaran: ia itu
di dalam situasi yang melibatkan orang lain, masalah sebenar, dan juga

afm 9
peralatan serta penggunaan sumber. Apabila kita belajar secara bukan
formal, kita memperolehi pemahaman melalui pengalaman dengan
mencuba tindakan-tindakan dan kemudiannya mentafsiri atau
menganalisis pengalaman itu di dalam konteks akibat dari tindakan kita.

● Pembelajaran bukan formal boleh berlaku pada bila-bila masa atau di


mana-mana.
● Pembelajaran bukan formal biasanya melibatkan interaksi dengan
orang lain.
● Membina kemahiran-kemahiran dalam kerjasama, kolaborasi,
pengamatan, perkongsian dan perundingan.
● Pembelajaran bukan formal adalah berasaskan sesuatu projek atau
tugasan.
● Pembelajaran bukan formal berlaku di atas dasar “perlu untuk
mengetahui sesuatu”.

Unsur-Unsur Pengajaran dari Teori Pembelajaran Sosial

Keempat-empat unsur berikut adalah kritikal untuk pembelajaran sosial.


Pengajaran boleh dibina untuk setiap satu daripada unsur-unsur ini secara
bebas. Walau bagaimanapun apabila digandingkan, situasi (environmen)
pembelajaran yang terbentuk akan menjadi lebih upaya.

Pembelajaran Mengikut Situasi (Contextual Learning)

 Kepakaran terbentuk melalui interaksi dengan alam sekitar, bukan


apabila dipencilkan dirinya.
 Kita belajar secara terbaik daripada situasi dan permasalahan yang
sebenar.
 Pembelajaran mengikut situasi membantu kita menangani masalah
pemindahan dengan belajar di dalam situasi yang menggambarkan
bagaimana pengetahuan itu akan digunakan di dalam dunia sebenar.
 Pendekatan pengajaran yang dibina berdasarkan pembelajaran
mengikut situasi ialah latihan praktikum/industri, pembelajaran
setempat (situated learning), “internship or housemanship” dan
“cognitive apprenticeship”.
“As we interact in a contextually rich learning environment, we pick up relevant
jargon, immitate behavior and gradually start to act in accordance with the norms
of the cultural setting”, Brown,
Collins & Duguid (1989)

Pembelajaran Rakan Sebaya (Peer-Based Learning)

 Semua aktiviti-aktiviti kognitif adalah didefinisi, ditafsir dan disokong


secara sosial.

afm 10
 Pembelajaran rakan sebaya termasuk berkerjasama untuk mencapai
sesuatu matlamat pembelajaran dan pendekatan sepasukan ini
membuatkan program pengajaran/latihan lebih realistik.
 Salah satu sebab pelajar belajar dengan baik apabila bekerjasama
dengan orang ialah kerana banyaknya percakapan yang berlaku
(verbalization of thoughts).
 Peranan pengajar ialah untuk turut serta sebagai rakan sebaya,
memantau aktiviti, dan sebagai fasilitator atau moderator sekiranya
perlu.
“We learn from the company we keep”. Smith
(1992)

Amalan Berasaskan Aktiviti (Activity-Based Practice)

 Wujud satu andaian akan pemisahan di antara mengetahui dengan


melakukan sesuatu di dalam pendidikan. Mengetahui adalah lebih
dinilai daripada melakukan sesuatu.
 Aktiviti itu harus diarahkan kepada merekabentuk atau membina
sesuatu projek atau produk dan ianya melibatkan pengintegrasian
pengetahuan dan kemahiran.
 Misalannya ialah pembelajaran secara “discovery”, pengajaran tematik
dan “project-based learning”.
“People who use tools build an increasingly rich understanding of the world.
Learning is a continuous, life-long process resulting from activity in different
situations”.
Brown, Collins & Duguid (1989)

Pembelajaran Melalui Amalan Reflektif (Learning Through


Reflective
Practice)

 Biasanya orang yang tidak memikirkan akan pengalaman mereka, gagal


mempelajari sesuatu dari pengalamannya.
 Amalan adalah dipengaruhi oleh refleksi kita akan sesuatu situasi.
 Adalah bermanfaat untuk secara jelas dan terus mengajar pelajar
kedua-dua konsep metakognisyen dan proses-proses metakognitif.
“There ia a big difference between having experiences and learning from them”.
Marsick & Watkins (1991)

The Learning Pyramid


(Tatatingkat Pembelajaran)
Average

afm 11
Retention
Rate

Lecture 5%

Reading 10%

Audio-Visual 20%

Demonstration 30%

Discussion Group 50%

Practice By Doing
75%

Teach Other/Immediate Use


80%

Rujukan: Meister, J.C. (1998) Cooperate Universities: Lessons In


Building A
World-Class Work Force. McGraw Hill, New
York

II. STRATEGI PENGAJARAN

Bahagian kedua kertas kerja ini akan membicarakan secara ringkas prinsip-
prinsip pengajaran dan membuat huraian keatas beberapa kaedah pengajaran
sama ada berpusatkan pengajar ataupun pelajar. Ianya juga akan
membincangkan kebaikan dan
kelemahan sesuatu kaedah pengajaran itu.
Saya ingin menyingkap kembali empat tahun dahulu dalam satu Bengkel
Meningkatkan Mutu Pengajaran UPMT (1998), dimana satu kertaskerja
bertajuk “Pengajaran Yang Tinggi: Suatu Input Perbincangan”, telah
dibentangkan oleh Prof. Dato’ Dr. Sulaiman M. Yassin dan rakan-rakannya.
Dalam kertaskerja tersebut, beliau menyatakan pengajaran adalah suatu
bentuk komponen ‘core-business’ sesebuah universiti yang dianggap penting
untuk dilaksanakan oleh setiap tenaga pengajar. Antara lain isu-isu utama
dalam pengajaran yang dibincangkan dalam kertaskerja ini ialah akauntibiliti,
beban tugas mengajar, perkembangan teknologi, peruntukan universiti, dan
ketidaksamarataan di antara pelajar. Berkaitan dengan pengajaran di

afm 12
universiti, beliau menyentuh tentang kaedah pengajaran dan pembelajaran,
daya mengadaptasi bahan dan kaedah, dan kaedah-kaedah yang biasa
digunakan. Salah satu kaedah yang disarankan oleh beliau pada ketika itu
yang menarik perhatian saya ialah ‘Penggunaan Internet’ dalam proses
pengajaran. Kita semua sedia maklum pada hari ini penggunaan ‘internet’
adalah amat penting dalam persediaan pengajaran kita dimana setiap tenaga
pengajar dalam
universiti ini disediakan dengan sebuah komputer.
Selain daripada itu, dalam kertaskerja tersebut, beliau juga menyentuh
tentang penilaian pengajaran, portfolio pengajaran, prinsip-prinsip
pengajaran, dan implikasi pengajaran kepada komuniti universiti. Salah satu
cadangan beliau yang kita semua berminat ialah pengiktirafan pengajaran
oleh sistem governans universiti di dalam tatacara kenaikan pangkat. Perkara
yang menjadi titik tolak dalam kertaskerja saya pada hari ini ialah persoalan-
persoalan (quo vadis) yang dikemukakan pada akhir kertaskerja tersebut, ia
itu:
● Adakah kesarjanaan pengajaran satu iltizam KUSTEM?
● Adakah pengajaran memerlukan penilaian?
● Adakah portfolio pengajaran sesuai?
● Bolehkah pengajaran diberikan galakan?
Anda semua renungkanlah akan jawapan kepada persoalan-persoalan
tersebut dan mengikuti seterusnya perbincangan mengenai strategi
pengajaran. Saya ingin mengulangi dan menekan semula beberapa perkara
daripada kertaskerja tersebut.
Antaranya ialah:
Prinsip-Prinsip Pengajaran:
1. Mempastikan penyertaan aktif pelajar dalam proses
pengajaran.
Penglibatan pelajar dalam sesi pengajaran perlu dipertingkatkan
supaya mereka lebih aktif. Pengajar bertanggungjawab melibatkan
pelajar dalam pengajaran
supaya pealajar sentiasa cergas dari segi mental sepanjang masa.
2. Pengajar hendaklah mempelbagaikan kaedah dalam
penyampaian pengajaran.
Dalam penyampaian penganjaran tidak ada satu kaedah tertentu
yang benar- benar sesuai untuk semua pelajar pada setiap masa. Pengajar
perlu mempelbagaikan kaedah pengajarannya mengikut keadaan pelajar,
jenis
pelajaran, waktu mengajar dsbnya.
3. Mengaitkan pengisian pengajaran dengan pengalaman pelajar.
Pelajaran akan lebih bermakna sekiranya dikaitkan dengan
pengalaman yang ada pada pelajar. Oleh itu pengisian pengajaran
hendaklah disokong dengan contoh-
contoh yang telah mereka alami.
4. Pengajaran hendaklah memberi pertimbangan kepada
perbezaan sifat-
sifat individu yang ada pada pelajar.

afm 13
5. Pengajaran haruslah dirancang terlebih dahulu.
6. Pengajar hendaklah lebih banyak menggunakan saranan-
saranan
daripada perintah
7. Mengadakan suasana demokratik dalam kelas.
8. Sentiasa memberi galakan kepada pelajar.
9. Menggalakan integrasi pengetahuan para pelajar.
10.Memikat dan mengekalkan penghormatan pelajar (kredibiliti &
integriti
pengajar).

Implikasi Pengajaran Kepada Komuniti Universiti

● Kemahiran pengajaran boleh dipelajari.


● Kesarjanaan pengajaran adalah amat penting kepada pengajar dan
universiti.
● Kaedah pengajaran akan senantiasa diperbaharui dengan
perkembangan teknologi.
● Kersarjanaan pengajaran membuat Universiti lebih berdaya saing.

Kaedah-Kaedah Pengajaran Berpusatkan Pengajar (Teacher-


Centered)

1. Syarahan/Kuliah (Lecture)
2. Demonstrasi (Demonstrations)
3. Perbincangan Panel (Panel Discussion)
4. Soal Jawab (Questions & Answers)
5. Pembentangan (Presentations)
6. Lawatan Bimbingan (Guided Tour)

Kaedah-Kaedah Pengajaran Berpusatkan Pelajar (Learner-


Centered)
1. Perbincangan Kumpulan (Group Discussion)
2. Simulasi (Simulations)
3. Latihan Aprentis (Apprenticeship)
4. Main Peranan (Role Play)
5. Kajian Kes (Case Studies)
6. Sumbang Saran (Brainstorming)
7. Pembelajaran Jarak Jauh (Distant Learning)
8. Lawatan ke Lapangan (Field Trip)

afm 14
A. SYARAHAN/KULIAH (LECTURE)
Syarahan atau kuliah bukannya satu ucapan formal. Ianya melibatkan
perancangan dan penyampaian sesuatu persembahan dalam kelas yang
mengutamakan kepentingan interaksi antara pengajar dengan pelajar.
Berikut adalah cadangan atau panduan dalam membuat persediaan dan
penyampaian syarahan/kuliah yang berkesan. Sesuatu syarahan/kuliah
terbahagi kepada tiga (3) fasa ia itu; pengenalan, pengisian kuliah (isi
kandungan), dan penutup.

Pengenalan – Permulaan Syarahan/Kuliah


a. Mulakan kuliah dengan pengenalan yang boleh menarik minat atau
menangkap
perhatian pelajar (capture student’s interest).
Cadangan: Timbulkan satu persoalan yang akan dijawab pada akhir kuliah.
Misalan: “Pada akhir kuliah ini anda akan dapat menjawab persoalan ini,
‘Adakah soalan-
soalan esei lebih baik daripada soalan-soalan objektif dalam ujian?’”
Cadangan: Terangkan perkaitan atau relevannya pengisian kuliah dengan
tugasan, kerja
makmal, pemajuan profesyen atau keadaan sebenar, etc.
Misalan: “Kuliah hari ini ialah berkaitan dengan kos sara hidup, satu tajuk
dalam
ekonomi mikro yang dapat membantu anda memahami perbincangan

Belanjawan Tahunan 2002 baru-baru ini.”


Cadangan: Kaitkan pengisian kuliah dengan bahan-bahan kuliah yang
lepas.
Misalan: “For the past few weeks, Skinner, Osgood and others who take a
behaviorist
view of language acquisition have occupied our attention. Today, let’s
look at a
different perspective on language acquisition and learning.”

b. Sediakan ringkasan pengisian kuliah sama ada secara verbal, atau


‘handout’, atau
dengan menulis rangka pengisian kuliah dipapan putih.
Misalan: “Rekabentuk penyelidikan adalah satu rancangan(pelan), struktur
dan strategi
penyiasatan saintifik. Pada kuliah hari ini kita akan berbincang
mengenai apa itu
rancangan(pelan), struktur dan strategi penyelidikan yang saintifik.”
c. Beritahu pelajar bagaimana anda hendak mereka mengaplikasikan
bahan-bahan
dari kuliah.
Misalan: “Hari ini saya akan menghuraikan satu model penilaian dan
membuat ilustrasi bagaimana model ini boleh diaplikasikan
dalam beberapa situasi yang berlainan. Apabila berbincang dalam
kumpulan, anda dikehendaki mengaplikasikan model
ini dalam tugasan projek pembangunan komuniti.”

afm 15
d. Memberi penjelasan atau definisi terminologi baru.
Misalan: “Satu konsep asas dalam persampelan ialah pemilihan secara
rawak (random
selection) bermaksud setiap unit/individu dalam populasi kajian
yang belum terpilih mempunyai peluang atau kebarangkalian
yang sama untuk dipilih dengan unit/individu yang lain secara
bebas sebagai sampel kajian.”

Pengisian Kuliah – Isi Kandungan Syarahan/Kuliah


PENYUSUNAN (Organization)
a. Beri sedikit fleksibeliti atau kelonggaran dalam pengisian kuliah yang
disampaikan
supaya ada ruang untuk pelajar bertanya atau memberi komen.
b. Tentukan “key points” yang ingin dihuraikan semasa sesi kuliah. Apabila
sesuatu topik dibincang secara terperinci, atau bila terlalu banyak ide di
sampaikan dan tidak dihuraikan dengan jelas dan sempurna, pelajar
selalunya akan hilang
tumpuan dari ide utama yang ingin dikemukakan.
c. Menyusun bahan pengisian kuliah dalam urutan yang logikal. Berikut
adalah beberapa cadangan skima penyusunan isi kandungan kuliah:

Sebab-Akibat: Peristiwa atau perkara diterangkan dengan merujuk


(Cause-Effect) kepada
asal usulnya.
Misalan:
Struktur pentadbiran semasa penjajahan British
sebelum kemerdekaan ada meninggalkan kesan
keatas budaya kerja dikalangan kakitangan kerajaan.
Urutan Masa:
(Time Sequential) Ide-ide kuliah disusun secara kronologikal.
Misalan:
Seseorang pensyarah menerangkan langkah-langkah
dalam model penyeliaan, menghuraikan langkah-
langkah awal, langkah kedua, ketiga, dan seterusnya.
Berasaskan Topik:
(Topical) Tumpuan berturut-turut keatas unsur-unsur yang
sama/selari
Misalan:
dalam perbincangan topik yang berlainan.
Seorang profesor menyampaikan kuliah berkaitan
dengan ciri-ciri dalam beberapa peringkat
pembangunan komuniti luarbandar akan bercakap
Masalah-Penyelesaian: mengenai faktor-faktor kerjasama, kesedaran,
(Problem-Solution) kepemimpinan, memperkasakan komuniti, etc.
Misalan:
Pernyataan sesuatu masalah hendaklah diikuti dengan
beberapa alternatif penyelesaian.
Satu kuliah mengenai krisis ekonomi negara dalam
tahun 1997 akan dimulakan dengan menyatakan
masalah Dasar Ekonomi Negara dan diikuti dengan
Membanding- beberapa alternatif penyelesaian untuk mengatasinya.
Bertentangan:

afm 16
(Compare-Contrast)
Penyampaian satu topik perbincangan melibatkan dua-
Misalan:
belah pihak.

Satu kuliah mengenai kaedah pengajaran


Syarahan/Kuliah akan membincangkan kebaikan dan
kelemahan kaedah tersebut dalam pengajaran.

Meningkat-Menurun: Topik-topik kuliah/syarahan disusunatur mengikut


(Ascending- keutamaan,
kebiasaan, atau kompleksiti.
Descending)
Satu kuliah Kimia boleh bermula dengan pertama
Misalan:
memberi definisi atom, kemudian diikuti elemen,
seterusnya molekul dan diakhiri dengan sebatian.

Peraturan dinyatakan, diikuti dengan contoh; kemudian


Peraturan-Contoh-
peraturan diberi penekanan semula.
Peraturan:
(Rule-Example-Rule)
“A chemistry lecture may begin with the rule that
Misalan:
atoms of unlike charges (anions and cations) are
attracted to each other. The rule would then be
illustrated using sodium (cation) and chloride (anion)
which make common salt (NaCl). The rule that cations
and anions are attracted to each other would then be
repeated.

d. Sediakan beberapa contoh atau misalan untuk menjelas dan


menekankan ide-ide
utama.
e. Adakan transisi bagi menunjukkan kesinambungan atau perkaitan
antara ide-ide.
f. Pengabungan alat pandang dengar (audio-visual) atau bahan-bahan
sokongan
(support materials) secara berkesan.
g. Semak pemahaman pelajar semasa syarahan/kuliah dengan:
1. Bertanyakan pelajar untuk menjawab soalan-soalan yang spesifik.
Misalan: “Baiklah sekarang, siapa boleh menerangkan secara ringkas Teori
Pembelajaran Kognitif?”
2. Minta pelajar bertanyakan soalan-soalan: Bantu pelajar mengubal
soalan-
soalan mengenai perkara yang mereka tidak faham.
Misalan Tak Baik: “Ada apa-apa soalan?”
Misalan Yang Baik: “Adakah anda mempunyai kemuskilan berkaitan
cadangan skima
penyusunan isi kandungan kuliah?”
3. Mengadakan masalah atau situasi dimana pelajar perlu guna semula
bahan-
bahan kuliah/syarahan untuk mendapat penyelesaian.
Misalan: “Kita telah berbincang dengan panjang lebar berkaitan dengan
pendekatan dan strategi pengajaran. Bagaimanakah anda

afm 17
boleh guna apa yang telah dipelajari dalam menyediakan satu
pembentangan mengenai rancangan
pengajaran kursus yang dipilih ?”
4. Memerhatikan reaksi pelajar (nonverbal cues) seperti tanda-tanda
kekeliruan,
kurang tumpuan atau salah faham....
Misalan: Mimik muka berkedut, hilang kontek mata, bercakap, kelamkabut
mengambil nota, asyik melihat jam dan sebagainya.

Penutup Kuliah – Menamatkan kuliah

a. Menjawab soalan-soalan yang dikemukakan pada awal kuliah.

b. Menamatkan sesi kuliah dengan cadangan-cadangan berikut:

1. Merumuskan sesi kuliah secara ringkas dan buat “preview” kuliah


akan
datang.
Misalan: “Hari ini saya telah mengenalpasti lima fasa dalam proses pemikiran
reflektif. Pada kuliah akan datang kita akan bincang bagaimana
ianya digunakan untuk memahami pembelajaran seseorang.”

2. Mengait semula bahan kuliah ke sesi yang lepas atau yang akan
datang.
Misalan: “Pada sesi IV nanti, kumpulan anda bersama coach akan berbincang
untuk menyediakan bahan persembahan berkaitan pendekatan dan
strategi pengajaran dan berpeluang mengaplikasi apa
yang telah dipelajari dalam sesi saya pagi ini.”

3. Minta pelajar merumuskan perkara/ide utama kuliah.


Misalan: “Siapa yang boleh membuat rumusan tentang apa yang telah
dipelajari dalam sesi kuliah ini.”

c. Menekan semula apa yang diharapkan pelajar perolehi daripada kuliah.


Misalan: “Sepertimana saya nyata dalam pengenalan tadi, dengan
pengetahuan mengenai pendekatan dan strategi pengajaran saya
berharap anda semua mampu menyediakan satu persembahan
yang baik pada sesi akan datang nanti.”

d. Bertanya dan menjawab soalan-soalan dari pelajar.

KEBAIKAN DAN KELEMAHAN KAEDAH SYARAHAN/KULIAH


Kebaikan: Kuliah yang berkesan…….

● Menyalur penyebaran maklumat serta bahan-bahan yang terkini.


● Membenarkan pengajar menentukan objektif, pengisian,
penyusunan, dan
arahtuju sesuatu penyampaian.
● Berguna untuk merangsang minat terhadap sesuatu subjek.
● Memperkukuh penjelasan bahan-bahan teks.

afm 18
● Membantu pembelajaran individu yang bergantung kepada
pengajaran
berstruktur.
● Membenarkan peningkatan dalam mempelajari konsep-konsep dan
teori-teori
yang kompleks.
● Membenarkan penyampaian banyak bahan kepada kumpulan pelajar
dalam jangkamasa yang terhad.

Kelemahan: Walau bagaimanapun kuliah juga…..


● Boleh menjadikan pelajar pasif oleh sebab kurang tumpuan.
● Menggalakan komunikasi sehala.
● Memerlukan pengajar yang mahir berucap dan menulis.
● Memberi tanggungjawab menyusunatur dan mengabung pengisian
kuliah keatas pengajar.

B. PERBINCANGAN KUMPULAN (GROUP DISCUSSION)

Perbincangan kumpulan ialah pertukaran ide-ide secara verbal,


pendapat atau pandangan, perkara utama dan persepsi dengan tujuan
untuk menjelas dan memperkayakan pemahaman keatas pengisian
sesuatu kursus.

Mengapa ada Perbincangan Kumpulan?


1. Untuk memberitahu.
2. Untuk menggiat dan merangsang.
3. Untuk mengetahui pendapat/pandangan lain.
4. Untuk memajukan kreativiti.
5. Untuk berkongsi ide.
6. Untuk memajukan kerjasama.

Bagaimana Kawal Aliran Perbincangan?

1. Bertanya soalan (factual, evaluative, interpretive).


2. Soalsiasat untuk mendapat maklumat lanjut (follow-up, repeat, prompt).
3. Guna bahasa badan.
4. Berdiam diri.

Teknik-Teknik Memimpin Perbincangan

● Penyusunan tempat perbincangan (room arrangement)


● Suasana yang selesa - tidak mengancam (non-threatening atmosphere)
● Memerhatikan bahasa badan (observe body language)

afm 19
● Rancang soalan-soalan kunci terlebih dahulu (plan key questions in
advance)
● Minta pelajar menulis respon-respon sebelum bertanya soalan
● Guna masa menunggu bersesuaian (use appropriate wait time)

Teknik-Teknik Menyoal (Questioning Techniques)

● Clarifying
● Redirecting
● Probing
● Reviewing
● Paraphrasing

KEBAIKAN DAN KELEMAHAN KAEDAH PERBINCANGAN


KUMPULAN

Kebaikan:

● Memberi peluang setiap pelajar untuk turut serta.


● Mengabungkan segala pengetahuan, kebolehan dan pelbagai
pengalaman kelas.
● Memberi rasa giat serta rangsangan yang tinggi sekiranya dirancang
dan disusunatur dengan sempurna.
● Mengekal minat dan penglibatan pelajar.
● Penyerlahan daya sumber pelajar untuk dikongsi bersama.
● Membuat pemerhatian keatas pembelajaran

Kelemahan:

● Boleh bertukar menjadi satu perbalahan sekiranya suasana tidak


terkawal.
● Perbincangan mungkin dikuasai (dominasi) oleh beberapa orang pelajar.
● Perbincangan yang efektif ditentukan oleh saiz kumpulan yang kecil.
Saiz yang dianggap optima ialah tujuh orang.
● Perkara-perkara penting boleh jadi terkeliru atau hilang.
● Kawalan masa merumitkan.
● Boleh menjadi satu aktiviti yang memakan masa yang lama.

Kenalpasti dua situasi dimana kaedah perbincangan kumpulan boleh


dianggap berguna dalam pengajaran anda?

C. KAJIAN KES (CASE STUDIES)

Kajian kes adalah satu kaedah pengajaran dimana pelajar-pelajar diberi


maklumat mengenai satu situasi yang mana mereka dikehendaki membuat
keputusan atau menyelesaikan masalah berkaitan situasi tersebut.

afm 20
Biasanya kajian kes berkait rapat dengan situasi-situasi realiti hidup
sebenar tetapi para pengajar lebih cenderung mengelak isu-isu sebenar
dengan berbicara secara konsepsual (theoritical) daripada aplikasinya
sendiri. Sesuatu kajian kes lazimnya akan menghasilkan satu keputusan,
cadangan, ataupun satu pelan tindakan. Kajian kes boleh jadi ringkas
(pendek) ataupun panjang.

Menulis Satu Kajian Kes

Biasanya satu kes dirangka berkisarkan satu situasi konflik dimana unsur-
unsur berikut perlu diberi penekanan:

1. Fakta (Facts). Kenalpasti fakta asas latarbelakang sesuatu situasi.


Adakala pengajar lebih suka tokok tambah fakta dan keadaan untuk
menjadikan kes lebih realistik, tetapi kebanyakan pengajar menghadkan
kes kepada fakta-fakta yang diperlukan sahaja.
2. Perasaan (Feelings). Satu aspek penting dalam kajian kes ialah
pertimbangan keatas kepentingan perasaan. Perasaan setiap pihak
yang terlibat dalam kes harus digambarkan dengan jelas (sama seperti
fakta) terhadap masalah yang dihadapi.
3. Hubungan (Relationships). Hubungan manusia merupakan asas
penting dalam kajian kes. Adakalanya tindakan-tindakan sepatutnya
tidak boleh diambil oleh sebab percanggahan interaksi antara pihak-
pihak yang terlibat dalam konflik. Hubungan yang sedemikian perlu
dinyatakan dengan jelas dalam bahan-bahan kes. Kajian kes mesti
menggambarkan keadaan yang realistik kepada pelajar. Oleh yang
demikian, masalah yang dikaji dalam kajian kes perlu mendapat
perhatian segera pelajar.

Merangka Satu Kajian Kes

Kajian kes boleh dilihat dari sudut yang mempunyai satu siri berstruktur:

1. Struktur Masa (Time Structure). Peristiwa-peristiwa yang berlaku


dalam kes mengikut sesuatu rangkaian (sequence) masa, dan
rangkaian masa ini mestilah jelas kepada pelajar. Penulis boleh mulakan
satu peristiwa yang berlaku baru-baru ini sebagai titik tolak dalam
rangkaian masa sebenar dan melalui ‘flashback’ menunjukkan situasi
asal usulnya. Ini akan dapat menarik minat pelajar.
2. Struktur Naratif (Narrative Structure). Perlu ada jalan cerita dalam
sesuatu kes. Peristiwa-peristiwa yang berlaku dan keadaan-keadaan
dimana ianya berlaku perlu di nyatakan dalam bentuk jalan cerita yang
senang difahami. Pelajar-pelajar tidak celik akal seperti penulis
mengenai jalan cerita kes tersebut. Oleh yang demikian, penulis perlu
menonjolkan masalah dalam satu bentuk yang mudah ditangkap oleh
pelajar.
3. Struktur Plot (Plot Structure). Penulis yang mahir akan membentuk
satu plot drama mengenai masalah yang ingin diselesaikan. Ini dapat
mengekalkan minat pelajar terhadap kes tersebut.

Prosedur Menulis Satu Kajian Kes

Prosedur menulis satu kajian kes meliputi tiga langkah berikut:

afm 21
Langkah 1.
Beri huraian ringkas individu-individu yang terlibat dalam kes serta
peranannya. Ini termasuk juga pernyataan isu utama kes,
misalannya, satu masalah sosial dikalangan remaja.
Langkah 2.
Sediakan maklumat mengenai latarbelakang (fakta dan perasaan)
berkaitan individu-individu dan situasi atau keadaan yang berlaku.
Langkah 3.
Jelaskan perkembangan tambahan berkaitan isu utama kes dan
diakhiri dengan satu pernyataan atau perenggan yang mengambarkan
keputusan yang perlu dibuat atau dengan menimbulkan persoalan-
persoalan yang khusus.

Kes harus ditulis secara deraf terlebih dahulu berdasarkan maklumat asas
yang diperolehi. Kemudian pengajar sendiri akan membuat analisis dan
mencari penyelesaian kepada kes tersebut. Analisis dan penyelesaian ini
mestilah lengkap dan sempurna berasaskan kes. Dengan demikian apa-apa
kelemahan atau kekurangan dalam deraf kes dapat diperbaiki. Pengajar
seterusnya menyiapkan kajian kes yang muktamad daripada deraf
tersebut.

KEBAIKAN DAN KELEMAHAN KAEDAH KAJIAN KES

Kebaikan:

● Memerlukan penyertaan pelajar secara aktif.


● Membuat pemerhatian keatas pembelajaran.
● Merupakan satu aktiviti pembelajaran yang menyeronokan.

Kelemahan:
● Maklumat mestilah tepat dan dikemaskinikan.
● Pelajar akan menaruh minat yang begitu mendalam terhadap pengisian
kes.
● Membentuk kajian kes yang berkualiti adalah rumit dan memakan masa
lama.
Huraikan secara ringkas dua situasi dimana kaedah kajian kes boleh
dianggap berguna dalam pengajaran anda?

KESIMPULAN

Setelah mendapat pendedahan kepada beberapa prinsip latihan, konsep, dan


teori-teori pembelajaran, anda akan berupaya merencana satu Pendekatan
Pengajaran yang bersepadu dengan mengabungkan beberapa kaedah
pengajaran yang bersesuaian dengan keperluan kursus serta memenuhi
kehendak-kehendak pelajar. Adalah diharapkan anda akan sentiasa terus
mempertingkatkan kemahiran mengajar dengan meneroka dan mencuba

afm 22
strategi-strategi yang baru hasil daripada penyelidikan dan kemajuan dalam
teknologi pendidikan.

“I strongly believe every participant attending this training workshop who is


now a Teacher by profession inspires to become a true Educator one day”.

RUJUKAN

Daimond, N.A.,Ory, J.C. & Sharp, G.1983.Improving Your Lecturing. Office of


Instructional & Management Services,University of Illinois at Urbana-
Champaign.

Johnson, S.D.1991. Technology Education as Viewed Through the Lens of an


Intellectual Process Curriculum Theory. Paper presented at the annual meeting
of the International Technology Education Association, Salt Lake City, Utah.

Johnson, S.D., & Thomas, R.G.1994. Implications of Cognitive Science for


Instructional Design in Technology Education. Journal of Technology
Studies.20(1):33-45.

Johnson, S.D.1996. Technology Education as the Focus of Educational


Research. The Technology Teacher Journal.55(8):47-49.

Johnson, S.D.1997. Learning Technological Concepts and Developing


Intellectual Skills. International Journal of Technology and Design
Education.7:161-180.

M.J.deVries & A.Tamir(Ed).1997. Shaping Concepts of Technology: From


Philosophical Perspective to Mental Images. Dordrecht, The Netherlands:
Kluwer Academic Publishers.

Sulaiman M.Yassin, Salleh Lebar, & Tg.Sarina Aini Tg.Kassim.April,1998.


Pengajaran Yang Tinggi: Suatu Input Perbincangan. Kertaskerja di Bengkel
Meningkatkan Mutu Pengajaran UPMT,Mengabang Telipot, Kuala Terengganu.

afm 23