Anda di halaman 1dari 1

PERNYATAAN MASALAH

Menyedari akan hakikat bahawa kebanyakan murid Tahun Empat menghadapi kesukaran
untuk menyebut, mengeja, membatang sukukata dan mengeja sukukata dengan betul,
maka kami mengambil inisiatif untuk menggunakan elemen muzik di dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran tatabahasa Bahasa Melayu.

Berbekalkan sedikit pengalaman dan ilmu muzik yang ada kami mengambil kesempatan
ini untuk mengurangkan bebanan serta masalah yang mengganggu murid-murid selama
ini khususnya murid-murid Tahun Empat 4 yang didapati amat lemah dalam penguasaan
tatabahasa.

Berdasarkan kepada pemerhatian awal kami, murid-murid berasa agak sukar untuk
mengeja, memadankan sukukata dengan gambar, menyebut perkataan yang mempunyai
gabungan beberapa sukukata. Ini membuatkan mereka kurang berminat untuk belajar.
Pencapaian dan keputusan dalam ujian juga kurang memuaskan.

Anda mungkin juga menyukai