Anda di halaman 1dari 11

NAMA kUkSUS LnululkAn MC8AL

kCD kUkSUS MW 1133u


1UGASAN 8LkkUMULAN
1AIUk 8lnCAnCkAn unCAunCA 8ASuAP kLSAnkLSAn 8ASuAP uAn
LAnCkAPLAnCkAP MLnCA1ASl 8ASuAP


NAMA 1U1Ck MUnAMMAD nAIAL 8IN CnL AWANG
NAMA LLAIAk DANILL 1AN WLI IUN (1092011060031)
LIM nSIAC CnIN ( 1092011060023)
WIk WADI ( 1092011060034 )
IN1AkL IUN 2011


1AkIkn SLMAkAN _____________________
1ANDA1ANGAN 1U1Ck _____________________


0IT TIKK0L00f K IK0000IK LKI0TK
TI0IK00K0

Pendahuluan --------------------------------------------------------- 1

Punca-punca rasuah ------------------------------------------------- 2-3

Kesan-kesan rasuah ------------------------------------------------- 4-5

Langkah-langkah mengatasi rasuah ------------------------------- 6-7

Kesimpulan ----------------------------------------------------------- 8

Rujukan --------------------------------------------------------------- 9


ISI kANDUNGAN

Rasuah dideIinisikan sebagai pemberian hadiah atau wang untuk mempengaruhi
seseorang supaya memenuhi keinginannya. Menurut sejarah Jepun, rasuah mula
diperkatakan pada era Edo (1603-1868) yang diistilahkan sebagai 'sidepno-shito yang
bermaksud wang dari bawah meja`. Apabila disebut sahaja rasuah, terbayanglah kepada
kita ada dua pihak iaitu yang memberi dan yang menerima. Menyedari betapa seriusnya
keadaan ini, Perdana Menteri Malaysia kelima, Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi,
berikrar untuk membanteras perbuatan rasuah hingga ke akar umbi. Hal ini kerana
rasuah adalah umpama barah yang akan meruntuhkan negara jika tidak dibendung
dengan segera. Perlakuan rasuah dalam erti kata memberikan sesuatu kepada orang yang
berkuasa dengan harapan untuk mendapat keistimewaan sebagai balasan, sudah lama
wujud dalam sejarah manusia. Isu rasuah terutama bagi negara yang sedang membangun
seperti Malaysia adalah satu isu yang cukup emosional. Polemik mengenainya boleh
menimbulkan pelbagai reaksi seperti marah, meluat, benci, jijik dan juga kekecewaan.
Amalan rasuah yang kini menjadi budaya di sesetengah negara ada kalanya turut
dianggap sebagai perkara biasa di kalangan rakyat Malaysia. Gejala negatiI ini telah
menjadi duri dalam daging sehingga menimbulkan implikasi buruk lain sehingga boleh
memporak-perandakan masyarakat dan turut menggangu sistem pentadbiran negara.

Marcapada ini, amalan rasuah dalam kalangan masyarakat semakin berleluasa.
Amalan rasuah melibatkan wang ringgit, harta benda atau perkhidmatan mampu
melenyapkan nilai kejujuran dan kepercayaan antara satu sama yang lain dalam
sesebuah masyarakat. Amalan rasuah yang sudah lama wujud dalam kalangan
masyarakat bukan sahaja di Malaysia malah, di seluruh dunia ini perlu ditangani dengan
segera. Justeru, demi melahirkan masyarakat Malaysia berintegriti, pihak kerajaan
terutamanya mas1 yarakat sendiri perlu mengambil beberapa inisiatiI untuk menangani
gejala ini.Berikut merupakan beberapa punca, kesan dan langkah bagi menangani gejala
rasuah.


1
LnuAPuLuAn
LNDAnULUAN
Antara punca-punca yang berlakunya gejala rasuah ialah kepimpinan seseorang
individu yang lemah. Individu yang mempunyai kepimpinan yang lemah, tidak yakin
pada diri sendiri dan mudah dipengaruhi oleh orang lain untuk melakukan rasuah.
Mereka mudah disogok dengan pelbagai kemewahan seperti harta benda, wang ringgit,
kedudukan dan pangkat. Malah sejarah juga telah membuktikan bahawa bekas Presiden
Amerika Syarikat, Richard Nixon tumbang ekoran perbuatan rasuah dianggap sebagai
kerbau dicucuk hidungnya dan rasuah menyebabkan masyarakat hilang kepercayaan
terhadap individu dan kepimpinan organisasi berkenaan.

Pada masa yang sama, kurangnya didikan agama dan didikan moral mendorong
berlakunya perbuatan rasuah dalam masyarakat kita. Individu yang tidak mempunyai
iman yang kukuh dan mantap akan mudah terpesong. Golongan seperti ini akan
menggunakan kedudukan dan peluang yang ada pada dirinya untuk menerima habuan
tanpa berasa bersalah. Dengan tidak memikirkan akibatnya, rasuah menjadi rutin dalam
tugas mereka. Malah individu yang terlibat dengan rasuah tidak berasa malu atau takut
kepada Allah serta balasannya sama ada di dunia ataupun pada hari akhirat.

Rasuah juga berlaku kerena wujudnya birokrasi dalam sistem pemerintahan yan2g
secara tidak langsung memberi peluang kepada pegawai-pegawai kerajaan daripada
berbagai-bagai peringkat mengambil kesempatan Hal ini berlaku kerana proses
pengurusan pentadbiran terpaksa melalui banyak saluran. Apabila keadaan ini berlaku,
sudah tentulah pemprosesan sesuatu permohonan memerlukan masa yang lama atau
panjang. Bagi individu yang terdesak atau mahu segera menyelesaikan masalah, mereka
akan mudah memberikan imbuhan dengan harapan pemprosesan permohonan
didahulukan oleh penerima rasuah. Oleh hal yang demikian, sudah tentu situasi ini akan
menimbulkan perasaan tidak puas hati terhadap golongan yang tidak terlibat dengan
rasuah.



2
unCAunCA
UNCAUNCA kASUAn
Bukan itu sahaja, sosial dan budaya juga adalah antara punca berlakunya rasuah.
Masyarakat majmuk di Malaysia mengamalkan tradisi memberi hadiah dalam bentuk
wang dan benda, sempena menyambut hari-hari kebesaran hari peryaan, majlis hari jadi,
hari perkahwinan dan sebagainya. Hari yang baik ini memberi kesempatan kepada
perasuah dan penerima rasuah melakukan rasuah sama ada diminta, disogok atau
diumpan tanpa disedari.
Di samping itu, rasuah boleh berlaku juga adalah kerana punca modenisasi.
Pembangunan sosial ekonomi yang tidak diseimbangkan dengan pembangunan
kerohanian akan memudahkan terjadinya rasuah. Projek pembangunan bercambah
seperti cendawan tumbuh. Pengaliran wang juga akan meningkat. Golongan yang
terlibat juga mengambil kesempatan untuk mengaut untuk sebanyak-banyaknya.
Perlumbaan moden memperlihatkan para kontraktor berlumba-lumba mendapatkan
tender. Mereka juga akan berusaha untuk memenangi hati pegawai pengurusan atau
pembuat keputusan. Rasuah diberikan sebagai jalan pintas untuk mendapatkan tender,
mempercepatkan bayaran, melepaskan hukuman atau tindakan jika gagal atau lambat
menyiapkan projek dan sebagainya.

Selain itu, politik juga anatara suatu punca berlaku rasuah. Sesetengah ahli
politik menggunakan kesempatan untuk berbakti kepada masyarakat dengan menerima
dan memberi rasuah untuk mendapatkan kuasa, memenangi pemilihan jawatan politik,
mengumpu3l kekayaan, menagih populariti dan sebagainya.

Justeru itu, masyarakat yang tidak bertanggungjawab juga adalah satu punca
berlaku rasuah.Boleh dikatakan apa yang berlaku di Malaysia kini berpunca daripada
sikap tidak bertanggungjawab masyarakat itu sendiri. Buktinya, masyarakat Malaysia
mengamalkan budaya ' senyap apabila pihak yang menyaksikan perbuatan rasuah
enggan bersuara atau melaporkan kes rasuah yang diamalkan itu. Budaya ' senyap
yang diamalkan oleh masyarakat Malaysia menyebabkan semakin ramai pihak yang
mula naik bulu untuk mengamalkan amalan rasuah dalam kehidupan.


3
unCAunCA

Rasuah mempunyai kesan yang mendalam terhadap negara, kerana ia
meningkatkan kos, mempersulit dan melengahkan kerja pentadbiran. Ekonomi yang
dibelenggu rasuah ialah ekonomi yang berisiko tinggi bagi pelabur-pelabur yang
mencari suasana yang terbuka, bertanggungjawab dan selamat. Kini kita menyaksikan
bukan tender yang paling rendah kosnya dan paling eIisien yang memenangi kontrak
kerajaan atau inIrastruktur, tetapi golongan yang paling rapat dan dekat dengan
pemerintah dengan kesanggupan mengeluarkan wang dan hadiah mendapat kontrak
tersebut. Pada masa yang sama, pasaran modal kita juga telah kehilangan beberapa
syarikat tempatan dari disenaraikan di Bursa Malaysia dan memilih pasaran saham luar
agar tidak terikat dengan syarat-syarat yang terlalu ketat. Faktor yang sama juga
menghalang pasaran modal kita dari menarik syarikat luar untuk disenaraikan di
Malaysia.

Antaranya ialah projek pembinaan akan terbengkalai atau mudah rosak.
Jika suatu projek pembinaan yang sepatutnya diluluskan oleh Engineer atau
Arkitek mengikut kesesuaian spesiIikasi ilmu yang mereka pelajari tidak diguna
pakai ketika itu kerana dirasuah dan menerima rasuah dari seseorang kontraktor
maka projek pembinaan itu akan mudah terbengkalai atau mudah rosak. Kerana
kontraktor yang membina projek berkenaan mahu cepat kaya dan inginkan marjin
keuntungan yang tinggi.

Selain itu yang kedua ialah menyemarakkan perasaan dendam dan api
kemarahan, sehingga boleh mencetuskan permusuhan. Hal ini biasanya akan terbit
dari pihak yang merasa dianiaya yang mengetahui haknya jatuh ke tangan orang
yang memberi rasuah. Oleh itu tidak akan ada keadilan dalam keputusan yang
dibuat oleh hakim di mahkamah. Akibat rasuah, orang yang sepatutnya bersalah
lepas bebas dan orang yang tidak bersalah pula masuk penjara.4



4
kLSAnkLSAn
kLSANkLSAN kASUAn
Manakala antara kesan yang akan berlaku terhadap individu pula ialah
individu akan kehilangan pekerjaan , kejatuhan moral atau maruah , menerima
hukuman , menghancurkan keharmonian hidup berumahtangga ,dan keluarga juga
akan terabai.

Selain itu sini juga terdapat kesan terhadap masyarakat. Antaranya ialah ia
boleh mengakibatkan ketidakadilan disebabkan mengenepikan hak-hak orang
tertentu , menggalakkan jenayah dan melindungi penjenayah , ia juga akan
membebankan golongan orang susah , dan akan memburukkan lagi taraI kemiskinan
kerana sumber-sumber yang telah ditetapkan bagi membantu rakyat miskin
diselewengkan.

Akhirnya ialah kesan terhadap Negara. Antaranya ialah ia akan menjejaskan
kecekapan dan integriti pentadbiran , menjejaskan social serta kestabilan politik
dan keselamatan , ia juga akan mengakibatkan tumpuan pembangunan yang tidak
seimbang , ia juga mengakibatkan kenaikan kos barang dan perkhidmatan ,
pengurangan pendapatan Negara juga akan berlaku , dan juga akan menurunkan mutu
dan kualiti kerja atau produk yang dihasilkan.

Kesimpulannya ialah masyarakat mestilah mempunyai sikap benci pada
amalan rasuah. Keprihatinan masyarakat terhadap amalan rasuah dapat membendung
kegiatan daripada berleluasa.5


S
kLSAnkLSAn
Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi gejala rasuah
adalah kerajaan harus menerapkan keburukan rasuah ke dalam silibus pendidikan pelajar
sekolah rendah dan sekolah menengah. Sebagai contoh, guru-guru dalam sekolah
haruslah sentiasa menggalakkan pelajar-pelajar banyak membaca surat khabar, buku dan
majalah untuk mengetahui lebih banyak isu-isu semasa seperti kes rasuah.

Selain itu, sekolah juga haruslah mengadakan kempen-kempen tentang
keburukan kes rasuah supaya pelajar dapat memahami secara mendalam tentang rasuah.
Dengan itu, ibubapa juga haruslah bekerjasama dengan guru-guru di sekolah dengan
meluangkan lebih banyak masa lapang untuk memberi nasihat tentang keburukan rasuah
kepada anak-anak mereka.

Langkah yang seterusnya untuk mengatasi masalah kes rasuah ialah kerajaan
haruslah menanam nilai-nilai murni ke dalam diri pegawai-pegawai kerajaan. Sebagai
contoh, kerajaan haruslah menganjurkan kursus untuk pegawai kerajaan dan pegawai
swasta menyertai supaya dapat menaikkan potensi mereka semasa menjalankan tugasan
mereka dalam pejabat.Dengan itu, kandungan dalam kursus yang dianjurkan ini haruslah
mengandungi aspek pembangunan rohani yang berteraskan ajaran agama. Ini juga dapat
menggalakkan pegawai kerajaan dan pegawai swasta supaya mereka boleh berpegang
teguh kepada agama masing-masing.

Langkah yang seterusnya untuk mengatasi maslah kes rasuah ialah kerajaan
haruslah menguatkuasakanundang-undang untuk mencegah kes rasuah yang semakin
banyak dalam negara ini. Sebagai contoh, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) haruslah me6ngambil tindakan yang sepatutnya terhadap sesiapa pegawai
kerajaan dan pegawai swasta yang terlibat dalam kes rasuah. Oleh itu, satu operasi dan
evolusi yang sistematik dan terancang mestilah dirangka supaya dapat membantu
menyiasat sesiapa pegawai kerajaan yang terlibat dalam kes rasuah. Operasi-operasi
yang dianjurkan ini perlulah mendapat kerjasama dan galakkan yang banyak daripada
kerajaan dan rakyat.

6
LAnCkAPLAnCkAP
LANGkAnLANGkAn MLNGA1ASI kASUAn
Seterusnya ialah, memupuk semangat anti-Rasuah dalam kalangan belia.
Langkah ini dapat membantu untuk mengurangkan amalan rasuah yang turut dikenali
dikenali sebagai jenayah kolar putih ini memandangkan pendedahan awal telah
diberikan kepada mereka. Bagi membentuk generasi yang bagus dan standing dengan
masyarakat dunia yang lain, penerapan ini sangat penting untuk menjadikan belia lebih
bertanggungjawab dan amanah. Rasa benci terhadap rasuah akan membebaskan negara
kita dari amalan rasuah.

Bukan itu sahaja, kerjasama antara masyarakat sangat penting. Jika tiada
kerjasama yang wujud dalam kalangan masyarakat maka negara sukar untuk menangani
gejala rasuah ini.Bak kata pepatah, 'bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Oleh itu,
kerjasama antara masyarakat penting sekali bagi menangani isur asuah.

Akhir sekali, keprihatinan majikan terhadap pekerja juga perlu ada untuk
menangani gejala rasuah ini. Hal ini kerana, keprihatinan yang diberikan mampu
melahirkan rasa tanggungjawab terhadap pekerjaan yang dilakukan. Justeru, pekerja
tidak akan melahirkan rasa ingin mencuba dan mengamalkan rasuah dalam tugasan.7


LAnCkAPLAnCkAP

Kesimpulannya, rasuah merupakan musuh negara yang berbahaya dan perlu
dibanteras melalui kerjasama anggota masyarakat dan pihak berkuasa.Adakah kita rela
melihat tabiat buruk ini terus menular? Tegasnya, adalah penting bagi semua pihak
untuk melaporkan gejala rasuah kepada Biro Pencegah Rasuah (BPR). Islam
mengharamkan umatnya memberi dan menerima rasuah. Jika kita sayang akan negara
kita, cegahlah rasuah sebelum parah. Sesungguhnya, amalan rasuah hanya menjual
prinsip, maruah dan harga diri!

Tuntasnya, pihak kerajaan dan masyarakat haruslah tidak memandang enteng
terhadap gejala rasuah ini agar negara dapat membangun dengan lebih maju serta dapat
melahirkan masyarakat 1 Malaysia berintegriti tanpa wujudnya gejala rasuah sebegini.8



kLSlMuLAn
kLSIMULAN


http://abihulwa.blogspot.com/2009/05/punca-berlakunya-rasuah-dan-kesan-buruk.html
http://pengajianamkertas2-cikgusue.blogspot.com/2009/05/rasuah.html
http://www.scribd.com/doc/57425506/Esei-Cara-Menangani-Gejala-Rasuah
http://www.Iacebook.com/topic.php?uid3192240242824&topic14591

9
8u!ukAn
kUIUkAN

Anda mungkin juga menyukai