Anda di halaman 1dari 2

KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR Tugasan Kerja Kursus

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) berhasrat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Untuk merealisasikan matlamat itu, FPK memberi penekanan kepada ciri-ciri guru yang menyeluruh dan bersepadu. Berdasarkan pernyataan di atas: Bahagian A (Kumpulan) Dalam kumpulan 2 orang, sediakan satu esei mengenai seorang tokoh pendidikan yang dapat anda kenal pasti dan bincangkan : ciri-ciri insan guru yang terdapat pada diri tokoh tersebut. (10 MARKAH) bagaimana ciri-ciri insan guru yang anda pilih itu dapat anda aplikasi supaya anda boleh menjadi seorang guru yang berwibawa. (20 MARKAH)

Bahagian B (Individu) Berdasarkan pemerhatian dan interaksi anda dengan komuniti sekolah di tempat anda mengajar, anda dikehendaki menyediakan catatan refleksi berkaitan dengan pengalaman bagaimana kurikulum( dari aspek kurikulum dan kokurikulum) dapat menterjemah Falsafah Pendidikan Kebangsaan. (30 MARKAH)

Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus : 1. Tugasan Bahagian A hendaklah dilaksanakan dalam kumpulan dua orang. 2. Penulisan perbincangan anda berbentuk esei dan tidak melebihi tujuh (7) muka surat dan bertaip dengan menggunakan font Arial saiz 12 dan langkau 1 1/2 baris. 3. Semua sumber bahan/rujukan perlu disertakan dan lampiran boleh disertakan sekiranya ada. 4. Tugasan Bahagian B hendaklah dilaksanakan secara individu. 5. Penulisan bahagian ini juga berbentuk esei dan tidak melebihi tiga (3) muka surat dan bertaip dengan menggunakan font Arial saiz 12 dan langkau 11/2 baris. 7. Semua tugasan ( Bahagian A dan Bahagian B ) dikumpulkan dalam satu folder bentuk binding biasa (Hardcopy) dan juga muat turun ke dalam LMS (soft copy). 8. Susunan tugasan anda adalah seperti berikut: a. Muka surat depan - Bahagian kulit luar ( warna biru ) b. Muka surat 2 - 8 - Tugasan A c. Muka surat 9 - 10 - Sumber bahan/Rujukan d. Muka surat 11 - 16 - Tugasan B Refleksi individu 1 (3 ms) Refleksi individu 2 (3 ms) 9. Penyerahan tugasan mesti dibuat pada 19 Disember 2011 hingga 23 Disember 2011 (soft and hard copy) 9. Bahagian kulit luar hendaklah dilengkapkan dengan maklumat berikut: NAMA PELAJAR ( 2 orang) NO KAD MATRIK NO. KAD PENGENALAN KOD DAN NAMA PELAJARAN NAMA PENSYARAH Kulit luar tugasan adalah berdasarkan contoh yang dilampirkan . Softcopy kulit luar tugasan di sediakan dalam LMS.

Anda mungkin juga menyukai