Anda di halaman 1dari 2

Soalan 1 : Jaminan dan macam macam mane digugurkan daripada hukuman Soalan 2 : apakah biasanya hukuman takzir kepada

pencuri Jawapan soalan 1 : jaminan dalam kes curi adalah memulangkan balik barang yang dicuri sama ada barang tesebut sendiri atau dengan harga barang tersebut Ulama berbeza pendapat adakah jaminan dikenakan keatas pencuri yang dihukum hudud. pendapat yang dipilih oleh dr. Ali Omari ialah pendapat Syafi eah dan Hanabilah. Mereka mengatakan wajib hudud dan jaminan ke atas pencuri.

Perkara yang menyebabkan digugurkan hukuman hudud ke atas pencuri adalah : 1. Gugur/putus anggota yang perlu dipotong selepas pencurian. Tidak kiralah putus dengan sebab sakit, qisas atau sebagainya. 2. Menarik balik pengakuan atau kesaksian. jika kes kecurian itu disahkan dengan pengakuan pencuri, penarikan balik pengakuannya akan melahirkan syubhah dan dia digugurkan dari hudud. Dan jika kes tersebut disahkan dengan penyaksian, maka penarikan balik kesaksian oleh saksi akan menggugurkan hudud ke atas pencuri. 3. Jika orang yang dicuri atau saksi menipu dan menuduh kepada orang yang dituduh. Ini hanya dapat diketahui selepas kajian yang terperinci. 4. Pencuri memulangkan barang yang dicuri. Imam Malik, imam Ahmad, imam Syafi e dan imam Abu Yusuf mengatakan pemulangan harta yang dicuri tidak menggugurkan hukuman hudud ke atas pencuri sama ada pemulangan tersebut selepas al murafa ah ( )atau sebelumnya. imam Abu Hanifah mengatakan memulangkan harta yang dicuri sebelum murafa ah ( ) digugurkan hukuman hudud dan jika pemulangan selepasnya dijatuhkan hukuman hudud. 5. Jika harta yang dicuri adalah milik pencuri. Hanabilah dan Syafi eah mengatakan jika barang yang dicuri milik pencuri sebelum diangkat kes kepada hakim, maka hukuman hudud digugurkan. Dan jika pencuri memiliki harta tersebut selepas diangkat kes tersebut kepada hakim, hukuman tidak digugurkan. Hanafiah pula, mereka bersetuju bahawa perpindahan milik harta tersebut kepada pencuri sebelum diputuskan hukuman menggugurkan hukuman hudud.

Abu Hanifah dan sahabatnya Muhammad mengatakan bahawa digugurkan hudud jika perpindahan harta sebelum dilaksanakan hukuman. Abu Yusuf khilaf dengan pendapat ini.

Jawapan soalan 2 : Hukuman ta zir kepada pencuri adalah atas ijtihad ulama dan ahli khibrah. Hukuman tersebut hendaklah sesuai dengan keadaan zaman. Jika di Malaysia, hukuman ke atas pencuri adalah denda dan penjara berdasarkan jumlah harta yang dicuri. p/s:yang ni x jupe. Maktabah syamilah dalam laptop Ambe xleh gune.

Anda mungkin juga menyukai