Anda di halaman 1dari 4

Apa itu latihan kardiovaskular?

latihan kardiovaskular atau latihan aerobik, adalah jenis latihan untuk meningkatkan muscular endurance atau stamina dengan meningkatkan keupayaan jantung untuk menyalurkan oksigen kepada otot-otot yang memerlukan. Senaman kardiovaskular membantu mengawal berat badan dengan pembakaran kalori dan lemak jika dilakukan dengan cara yang betul. Untuk membakar lemak, sekurang-kurang badan kita memerlukan latihan kardiovaskular selama 24 minit.

Senaman kardiovaskular adalah salah satu elemen penting dalam komponen kesihatan. Seeloknya dilakukan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, 30 minit setiap kali. Antara contoh senaman aerobik adalah berlari, berenang, tarian aerobik dan lain-lain. Untuk membakar lemak, kita perlu menyasarkan kadar denyutan jantung mencecah 60%-70% daripada denyutan jantung maximum. Sering kali kita lihat, mereka yang menyasarkan untuk membakar lemak tapi berlari bagai nak mati di taman2, termengah2, tercungap2. Adakah lemak terbakar dengan latihan begitu? :p. Antara cara mudah untuk mengetahui adakah kita di dalam denyutan jantung sasaran adalah dengan kaedah RPE, talk test. Sekiranya ketika berjoging, dia masih boleh bercakap lancar dan nafas tak tercungap2, dia masih di dalam zon bakar lemak, tapi bukan terlalu perlahan sehinggakan terlalu lancar dan tak rasa apa2.:D

Bagaimana hendak mengira kadar denyutan jantung? pertama, ketika bangun tidur, dapatkan kadar nadi, ambil untuk 1 minit. Ini dipanggil kadar nadi rehat atau kadar denyutan jantung rehat. Contoh kiraan: Untuk lelaki (220 umur kadar nadi rehat) x sasaran (60%) + kadar nadi rehat = kadar denyutan jantung latihan Untuk perempuan (226 umur kadar nadi rehat) x sasaran (60%) + kadar nadi rehat = kadar denyutan jantung latihan

Anda mungkin juga menyukai