Anda di halaman 1dari 3

-=-------------=Artikel Wanita -=-------------=-

Teknik Memuji Suami Pada masa ini kita selalu diseru supaya bermurah dengan puji-pujian terhadap pas angan. Adalah dipercayai puji-pujian cuma mempunyai manfaat yang besar kepada pe rkahwinan dan kebahagiaan suami isteri. Ia tidak mempunyai apa-apa kesan negatif . Sangkaan ini tidak benar. Puji-pujian ialah pedang dua mata. Ia boleh membawa kebaikan, ia juga boleh membawa keburukan. Oleh yang demikian, berikan puji-puji an dengan menggunakan teknik-teknik yang betul. Biasanya puji-pujian "turun ke bawah" iaitu daripada orang yang statusnya lebih tinggi kepada orang yang statusnya lebih rendah. Sebagai contoh, seorang ayah me muji anaknya, atau seorang ketua memuji orang bawahannya, atau seorang majikan m emuji pekerjanya. Pujian jenis ini sangat mudah memberikannya. Walau apa pun kat a-kata yang digunakan untuk menyampaikan pujian itu, biasanya betul belaka. Begi tu juga, walau apa pun perkara yang dipuji, biasanya ia kena belaka. Orang bawah an yang menerima pujian dari orang atasan itu gembira mendengarnya. Yang lebih sukar ialah apabila pujian itu harus terbalik atau "naik ke atas". Di sini, pujian itu datang daripada orang yang statusnya lebih rendah dan ditujuka n kepada orang yang statusnya lebih tinggi. Sebagai contoh, seorang isteri memuj i suami, atau seorang murid memuji guru, atau seorang jururawat memuji doktor. P ujian jenis ini mesti disampaikan dengan mematuhi peraturan-peraturan yang ketat supaya pedang dua mata itu tidak salah makan, sampai memakan diri sendiri. Dalam budaya Asia, status suami adalah lebih tinggi daripada status isteri. Jura ng status ini menjadi bertambah lebih luas dan dalam lagi apabila antara suami d an isteri terdapat perbezaan yang amat ketara pada aspek-aspek seperti pendidika n, jawatan, pendapatan, taraf sosial dan lain-lain seperti itu. Kebanyakan suami isteri adalah terdiri daripada pasangan yang tidak sama tarafny a di mana pencapaian akademik, ekonomi dan sosial suami biasanya adalah lebih ti nggi daripada pencapaian isteri. Sebagai contoh, seorang isteri yang berkelulusa n sekolah menengah mungkin mempunyai suami yang berkelulusan universiti. Atau se orang suami yang berjawatan timbalan menteri mungkin mempunyai isteri yang bertu gas sebagai guru sekolah rendah. Dalam keadaan begini, bagaimanakah caranya yang betul untuk si isteri memuji suaminya? Di sini diturunkan prinsip-prinsip am apabila hendak membuat pujian ke atas. Kat akanlah, seorang isteri yang lulus sekolah menengah hendak memuji suaminya yang lulus Ph.D. Pertama-tama jangan memuji suami menggunakan kata-kata pujian yang t erang-terangan. Puji-pujian seperti itu menyakitkan hati suami. Perbuatan berani memuji-muji sua mi yang pencapaiannya akademik dan profesionalnya jauh lebih tinggi menunjukkan si isteri berasa dirinya layak menilai diri suaminya, padahal pencapaian akademi k si isteri jauh lebih rendah daripada pencapaian suaminya. Perbuatan itu juga b ermakna seolah-olah si isteri tahu apa yang patut dibuat oleh suaminya, dan baga imana suaminya patut membuat kerja-kerjanya. Bayangkan apa perasaan si Pengarah Projek apabila dirinya dinilai oleh seorang l ulusan sekolah menengah, meskipun yang menilai itu ialah isterinya sendiri. Puji -pujian seperti itu adalah "tidak sopan" kerana hanya orang yang lebih pakar sah aja yang layak menilai mutu tugas-tugas profesional seseorang.

Jadi, bilakah masanya seorang isteri yng lebih rendah statusnya boleh memuji sua minya? Dalam keadaan begitu, si isteri hanya boleh memuji suaminya dalam bidang di mana si isteri memang memiliki kepakaran yang sudah terbukti sahaja. Katakanl ah, si isteri memang pandai membuat mi goreng. Mi gorengnya selalu menerima puji an orang-orang yang berpeluang memakannya. Katakanlah satu hari suaminya pula cu ba membuat mi goreng. Di situ baru si isteri boleh memuji mi goreng suaminya (bi arpun tak sedap). Pujian seperti itu akan diterima dengan baik oleh si suami. Isteri juga boleh memuji peribadi suaminya, dengan syarat ciri peribadi yang dip ujinya itu tidak ada kaitan langsung dengan kelayakannya dan tugas-tugas profesi onalnya. Sebagai contoh, suaminya mungkin seorang pengurus besar sebuah hotel. P ada waktu yang sama suaminya seorang yang kuat bersedekah kepada orang buta di m ana-mana kaki lima. Di sini isterinya boleh memuji ciri peribadi suaminya itu ke rana sifatnya yang suka bersedekah itu tidak ada kaitan langsung dengan tugas-tu gasnya sebagai pengurus besar hotel. Katakanlah, suami juga seorang yang pandai menyanyi. Apabila suaminya naik ke pentas menyanyi, maka di situ bolehlah isteri nya memuji-muji bakat suaminya. Ini kerana bakat menyanyi bukanlah syarat wajib kejayaan sebagai pengurus besar sebuah hotel. Memuji-muji suami dengan cara-cara yang lembut dan sangat sopan ialah memuji den gan menggunakan bahasa badan. Ramai isteri orang-orang penting yang hadir di dal am majlis di mana suami mereka naik ke pentas dan berucap. Ini adalah kesempatan yang baik untuk memuji-muji suami. Dengarkan ucapannya dengan khusyuk. Apabila setuju dengan apa yang dikatakan oleh suami, angguk-anggukkan kepala. Apabila su ami berlucu, ketawalah. Tunjukkan kita seronok mendengar setiap patah kata yang diucapkan oleh suami. Beri tepukan kuat apabila suami tamat berucap. Jangan bimb ang, dari atas pentas, semua suami nampak isterinya. Begitu juga apabila berada di meja jamuan. Apabila suami berbual-bual dengan tet amu-tetamu lain di meja, dengar perbualan suami dengan khusyuk. Tetapi jangan ma suk campur pula. Walaupun isteri tidak faham hal-hal teknikal yang mereka bualka n, dengarlah suami dengan penuh hati. Itulah cara yang sangat sopan memuji suami yang statusnya jauh lebih tinggi dari pada isteri. Bayangkan perasaan lelaki yang apabila bercakap, isterinya sendiri pun tidak berminat mendengar apa yang dipercakapkannya. Satu lagi cara memuji suami dengan cara yang lembut ialah dengan memuji dia di b elakangnya dengan harapan orang yang mendengar pujian itu akan menyampaikan puji an itu kepada suaminya. Inilah pujian yang lembut dan sopan. Tetapi ingat, perka ra yang dipuji mestilah perkara yang tidak ada kaitan langsung dengan kerjayanya . Ramai isteri takut hendak memuji suami. Mereka takut hendak memuji bahawa suami mereka orang yang lawa, tampan, bergaya dan lain-lain seperti itu. Mereka takut jika suami mereka tahu bahawa mereka lawan dan tampan, nanti mereka akan perasan dan mencari yang lain. Ketakutan seperti ini tidak ada asasnya. Ini kerana lela ki yang lawa dan tampan memang tahu bahawa mereka lawa dan tampan. Begitu juga w anita yang cantik dan jelita. Mereka tahu mereka cantik, walaupun suami mereka t idak pernah memuji kecantikan mereka. Kajian-kajian menunjukkan kita mudah menyukai orang-orang yang memberikan maklum balas positif kepada kita. Puji-pujian ialah sejenis maklum balas positif. Iste ri-isteri mestilah banyak memuji suami kerana pujian membuat suami tambah menyuk ai mereka. Kalau tidak, suami suami akan hanya menerima pujian daripada wanita-w anita lain. Individu-individu yang tampan dan jelita banyak menerima maklum balas positif da ripada orang-orang yang berinteraksi dengan mereka. Kehadiran mereka selalu memb uat orang menoleh, mencuri pandang dan merenung mereka. Mereka juga selalu menja

di pusat perhatian. Mereka juga selalu menerima pelbagai bentuk pujian akan rupa paras mereka daripada rakan sekerja, kawan-kawan dan orang-orang yang mereka ke nal. Wanita sangat suka menerima pujian yang ditujukan kepada rupa paras mereka. Lela ki suka juga menerima pujian seperti itu, tetapi lelaki lebih suka lagi menerima pujian yang ditujukan kepada kepintaran, bakat, kebolehan dan pencapaian mereka . Jika wanita suka diri mereka yang dipuji, lelaki suka jika yang dipuji ialah p restasi mereka, iaitu apa yang mereka berjaya buat. Kebanyakam isteri bertuah mendapat suami yang kelulusannya, jawatannya, pendapat annya dan taraf sosialnya jauh lebih tinggi. Jadi isteri-isteri lelaki seperti i tu dapat menumpang tuah suami. Kelulusan, jawatan, pendapatan dan status sosial adalah ukuran prestasi ataupun kejayaan seseorang. Perkara-perkara itu sangat pe nting bagi nilai diri lelaki. Sebarang pujian yang ditujukan kepada pencapaian m ereka akan diterima dengan sangat terbuka oleh lelaki. Prestasi suami membolehkan ramai isteri berpeluang menikmati hidup yang senang d an lumayan, yang kalaulah bukan kerana tuah suami, mungkin atas keupayaannya sen diri mereka tidak akan merasanya. Suami-suami seperti itu tahu bahawa tuah merek a telah dikongsi oleh isteri. Mereka mahukan supaya isteri mereka mengiktiraf ap a yang mereka berikan kepada isteri. Pujilah yang itu. Pujian ke atas tuah suami yang dikongsi oleh isteri takkan pernah salah. Ramai isteri tak sanggup hendak memuji-muji prestasi suami walaupun prestasi itu lah yang membolehkan mereka menumpang tuah suami. Contoh-contoh pujian seperti d i atas terasa merendah-rendahkan diri si isteri sendiri. Itulah sebabnya sukar b agi isteri-isteri untuk mengucapkan penghargaan seperti itu. Namun mesej yang te rkandung di dalam ayat-ayat di atas memang ada dalam lubuk hati suami. Memang it ulah yang mereka simpan dalam dada mereka sahaja. Apabila si suami mendengar kat a-kata itu dari bibir isterinya, dia tahu bahawa isterinya sangat menghargai apa yang diberikan selama ini. Hati suami menjadi suka dan lain kali dia akan membe ri lebih lagi. -=ke muka depan=-

Anda mungkin juga menyukai