Anda di halaman 1dari 6

En.

Aidil

Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Datuk Hj Ahmad bin Hj Maslan, Timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri diiringi oleh yg mulia Tunku Mohammad Shahril Tengku Mansor, Presiden Persatuan Sukarelawan Cegah Jenayah para hadirin beserta semua tetamu kehormat dipersilakan berdiri untuk kite sama-sama menyanyikan lagu negaraku dan lagu 1 Malaysia. Hadirin dipersilakan duduk,

Pantun :-

Yan :- Pergi ke pasar membeli kuini, Jangan lupa membeli laksa, Di malam kita yang indah ini, Moga tuan-puan berasa selesa.

Dzaha:- Pergi berdua ke pontian, Kemudian bergaya di kuala Perlis, Harap semua berikan perhatian, Mohon saya mulakan majlis.

Assalamualaikum w.b.t, salam muhibah dan salam 1 Malaysia. Yang Berhormat Datuk Hj Ahmad bin Hj Maslan, Timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri. Yang Mulia Tunku Mohammad Shahril Tengku Mansor,Presiden Persatuan Sukarelawan Cegah Jenayah. Yg berbahagia, Dato Johari Abdul Ghani, Pengerusi Barisan Nasional Parlimen Titiwangsa. Yg berusaha Cik Zauyah Zainuddin, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bhg Bdr Tun Razak Merangkap Ketua Pergerakan Puteri UMNO Wilayah Persekutuan KL. Tuan Haji Faris Mohammad Yusof, Pengarah Urusan URISCO Berhad. Yg berbahagia, Mejar (K) Rosli B. Zakaria, Ketua Eksekutif Institut Profesional Baitulmal. En. Adi bin Tajuddin, Pengarah Program Majlis Makan Malam Amal 1 Malaysia. En. Mohd Syaqib, En. Zulazhar Cha, Yg Dipertua Kumpulan 1 Agenda 1 Malaysia. En. A. Azari, Presiden Rakan Anti-Dadah. Mr. Jackie Chan, Red Tone. Para penaja, rakan2 media, para pensyarah, rakan2, seterusnya hadirin hadirat yg dihormati sekalian

Yan

Yang Berhormat Datuk , datin, tuan-tuan,puan-puan, rakan-rakan media, dan tetamu jemputan yang saya hormati, terima kasih kami ucapkan kerana sudi hadir pada malam ini. Yan :- Mencari timba si anak dara, Di bawah sarang burung tempua, Salam sembah pembuka bicara, Selamat datang untuk semua. Dzaha :- Jika si dara mencari timba, Biar teruna mencari periginya, Assalamualaikum kepada semua, Semoga majlis diberkati olehnya.

Pantun :-

Selamat datang ke Majlis Makan Malam Amal 1 Malaysia London Chamber Of Commerce and Industry International Qualification Level 3. Institut Profesional Baitulmal. (IPB) Ahlan wasahlan ilaikum .. Bagi mengimarahkan majlis kita pada malam ini, sukacita dijemput saudara Khairul Aswad bin Karim. Bagi mengetuai bacaan doa. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

Dzaha

Amin . Amin ya rabbal alamin. Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat illahi kerana dengan limpah kurnianya dapatlah kita berkumpul di dalam majlis yang penuh gilang gemilang ini. Yang Berhormat Datuk , datin, tuan-tuan, rakan-rakan media, dan tetamu jemputan, tujuan majlis ini diadakan bukan sahaja untuk majlis makan malam, bahkan bagi mengeratkan lagi hubungan diantara pelajar level 3 memandangkan ini adalah program terakhir bagi mengenang segala pahit manis yang telah mereka harungi sepanjang menuntut di Institut Profesional Baitulmal. Selain itu, program ini bertujuan mengeratkan lagi silaturrahim Diantara pelajar dan pemimpin Negara. Seterusnya memupuk semangat Gagasan 1 Malaysia Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan

Yan

Untuk makluman Yang Berhormat Datuk , datin, tuan-tuan,puan-puan, rakan-rakan media, dan tetamu jemputan, program ini telah dirancang dan diatur dengan bersungguh-sungguh Berdasarkan idea asal daripada saudara Mohd Adi bin Tajudin turut dibantu oleh Ahli jawatankuasa bagi menjayakan majlis ini.

***bkn snang nk mnjayakn program ini

(spontan)

Dzaha

***btul..sye kgum dng segala usaha .. (Spontan) Baiklah, tanpa membuang masa lagi, majlis dengan berbesar hati menjemput saudara Mohd Adi bin Tajudin selaku pengarah program kita pada malam ini untuk menyampaikan sepatah dua kata. Dipersilakan.

Yan

Ribuan terima kasih diucapkan kepada saudara Mohd Adi bin Tajudin diatas ucapannya sebentar tadi. Seterusnya dijemput saudara Akmal Hazwan bin Jarani. selaku wakil pelajar institute professional baitulmal untuk memberikan ucapan. Dipersilakan.

Dzaha

Ribuan terima kasih diucapkan kepada saudara Akmal Hazwan bin Jarani diatas ucapannya sebentar tadi Seterusnya, mari kita dengarkan pula ucapan dari wakil pensyarah institut professional baitulmal, dengan itu saya dengan segala hormatnya mempersilakan Cik Azlindawati binti Hassan tampil kehadapan untuk memberikan sepatah dua kata .Dipersilakan.

Yan

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Azlindawati binti Hassan diatas ucapannya sebentar tadi. Yan :-Laman dihias penuh kenangan, Agar ada memori tersimpan, Jemputan kita bukan sebarangan, Jemputan khas kita hadirkan Dzaha :-Bukan rumput sebarang rumput, Rumput penghias tepi halaman, Bukan jemput sebarang jemput, Jemput memohon kata aluan.

Pantun :-

Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan Yang Berhormat Datuk Hj Ahmad bin Hj Maslan, timbalan menteri di jabatan perdana menteri untuk memberikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis Makan Malam Amal 1 Malaysia London Chamber Of Commerce and Industry International Qualification Level 3 Institut Profesional Baitulmal. Dengan segala hormatnya Dipersilakan.

Dzaha

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Hj Ahmad bin Hj Maslan diatas ucapan perasmian itu tadi.Maka terasmilah sudah majlis kita pada malam ini. Dzaha :-Pulau pandan jauh ketengah, Gunung daik bercabang tiga, Doa sudah ucapan pun sudah, Tiba masa menjamu selera. Yan :- Jika pulau jauh ketengah, Ayuh usaha kita dekatkan, Santapan mari kita menjengah, Sudah tersedia kami hidangkan.

Yan

***sye pn dh lpar ni (spontan) Oleh itu, majlis berbesar hatinya, menjemput Yang Berhormat Datuk, tetamu kehormat,dan para hadirin sekalian untuk menjamu selera. Hadirin sekalian, sambil menikmati jamuan yang disediakan, kita akan dipertontonkan dengan beberapa tayangan slide yang memaparkan segala kenangan pahit dan manis yang telah diharungi oleh semua pelajar Institut Profesional Baitulmal sepanjang pengajian mereka . Mari kita saksikan.

Dzaha

Yang Berhormat Datuk , datin, tuan-tuan, rakan-rakan media, dan tetamu jemputan yang saya hormati, tayangan slide kelas-kelas yang seterusnya akan kita saksikan setelah kita dihiburkan dengan 1 persembahan nasyid. Majlis degan segala hornatnya mempersilakan kumpulan Syaba,bunnajah yg diketuai oleh saudara Muhd Alif b. Ajis

Yan

*** inilah dia bkat-bkat yg trpendm oleh pelajar Institut Profesional Baitulmal ni..boleh buat album selepas ni ye ..(spontan) Terima kasih kepada kumpulan Syaba,bunnajah Baiklah, majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah bagi sesi cabutan nombor bertuah *** agak-agaknya siapelh yg brtuah tu ye .sye hrap sye lh..insyaallah..(spontan) Dengan ini majlis menjemput . diiringi .bagi menyampaikan hadiah.Dipersilakan.

Dzaha

Sekian sahaja, terima kasih diucapkan kepada ... Acara cabutan bertuah akan diteruskan sebentar lagi.. Sekarang, kita akan saksikan persembahan daripada salah seorang pensyarah kita Institut Profesional Baitulmal. Dgn itu, majlis dgn segala hormatnya menjemput Cik Nazlin bt Azman utk membuat persembahan. Dipersilakan.

Yan

Terima kasih diucapkan, Seterusnya,saksikan tayangan slide kelas-kelas LCCI Level 3 yang seterusnya. Begitulah dia sedikit kenangan pahit dan manis yang dapat kita paparkan pada malam ini. Semoga segala kenangan itu tidak berlalu begitu sahaja ..insyaallah, *** slpas ni rindulh sye kt smua kwn-kwn sye..(spontan) Baiklah, hiburan yang seterusnya, iaitu persembahan nasyid yang ke-2 daripada kumpulan Shoutul rijal yang diketuai oleh saudara Khairul Aswad bin Karim.Dipersilakan.

Dzaha

Seterusnya siapa pula yang bertuah lagi pada malam ini, dengan itu saya menjemput ..diiring .Bagi menyampaikan saguhati kepada para pemenang. Dipersilakan.

Yan

Terima kasih diucapkan kpd .. Yang Berhormat Datuk, tetamu kehormat, dan hadirin sekalian, mari kita teruskan lagi majlis kita pada malam ini, di mana kita akan saksikan satu persembahan yang sangat mantap, persembahan kali jni merupakan kombinasi antara dua kumpulan nasyid yang baru sahaja selesai membuat persembahan mereka, majlis dengan berbesar hatinya mempersilakan kumpulan Syaba bunnajah dan Shoutul rijal. Dipersilakan.

Dzaha

*** Hebat betul rakan-rakan kita ye .(spontan) Kini tibalah masa yang dinanti-nantikan, acara kemuncak bagi majlis kita pada malam ini iaitu penyampaian anugerah dan cenderahati. Majlis dengan berbesar hati menjemput Yang Berhormat Datuk Hj Ahmad bin Hj Maslan diiringi Mejar (K) Rosli bin Kari @ Zakaria untuk menyampaikan hadiah. Dipersilakan. Penyampaian yang pertama merupakan anugerah yang terdiri pelbagai ketogeri untuk para pelajar:*** Siapakah pemenang nya?? Jeng..jeng..jeng,, Kategeri pelajar paling cool : LelakiPerempuan-

. .

Kategeri pelajar paling nerd : LelakiPerempuanKategeri pelajar paling sporting : LelakiPerempuanKategeri pelajar paling glamour : LelakiPerempuan-

Yan

Tahniah kepada semua pelajar yang menerima anugerah sebentar tadi, penyanpaian yang seterusnya, merupakan anugerah yang terdiri daripada pelbagai kategeri untuk para pensyarah: Pensyarah yang cool : Pensyarah yang strict : Pensyarah yang sporting : Pensyarah yang glamour :

Dzaha

Tahniah kepada pensyarah-pensyarah yang menerima anugerah sebentar tadi, tiba masa untuk penyampaian hadiah kepada King & Queen of institute professional baitulmal, anugerah ini adalah ditujukan kepada pelajar lelaki & perempuan yang mempunyai penampilan diri yang paling menyerlah pada malam ini. King:Queen:*** Tahniah diucapkan .spontan .. .

Yan

Penyampaian yang seterusnya merupakan penyampaian berbentuk sumbangan daripadaYB Dato sendiri kepada beberapa pelajar yang terpilih, sebagai saguhati buat mereka. Dipersilakan pelajar yg pertama 1) Muhammad Fakhrurrazi b. Mat Sedik 2) Khansa bt. Zainuddin 3) Norhaizan bt Mohd Safari 4) Nurul Fatin Elina bt Hashim 5) Mohd Zuhairi bt Shamsudin 6) 7) 8) 9) 10)

Dzaha

Terima kasih daun keladi kepada Yang Berhormat Datuk Hj Ahmad bin Hj Maslan di atas sumbangan itu tadi, hanya Allah s.w.t yang mampu membalasnya, kali ini tiba masa untuk kita memberikan cenderehati kepada penajapenaja atas tanda terima kasih kerana telah banyak menyumbang untuk menjayakan majlis pada malam ini. Sekali lagi,majlis mempersilakan Yang Berhormat Datuk untuk menyampaikan cenderahati. Dimulakan dengan penaja yang pertama, dijemput . 1) Jabatan Perdana Menteri, yg diwakili oleh En. Nazari b. Ahmad 2) FELDA, yg diwakili oleh En. Shahriman 3) Biro Tatanegara, yg diwakili En. Shamsudin 4) Pergerakan Puteri UMNO bhg WPKL, yg diwakili oleh Cik Zauyah Zainuddin 5) Persatuan Sukarelawan Cegah Jenayah, yg diwakili oleh Yg Mulia Tunku Mohd Shahril Tengku Mansor 6) URISCO Berhad, yg diwakili oleh Tuan Hj Faris Mohd Yusuf 7) Red Tone, yg diwakili oleh Mr. Jackie Chan 8) 9) 10)

Yan

Tiba masa untuk penyampaian yang terakhir dimana penyampaian kepada tetamu-tetamu VIP, sebagai tanda terima kasih kerana sudi hadir pada malam ini. Baiklah dipersilakan tetamu-tetamu VIP yang disebut tampil kehadapan untuk menerima cenderahati: Tetamu VIP kita yang pertama, dijemput 1) Dato Johari Abd Ghani, Pengurusan Barisan Nasional Parlimen Titiwangsa 2) Cik Zauyah Zainuddin, Ketuan Pergerakan Puteri UMNO 3) Tuan Hj Faris Mohd Yusuf, pengarah urusan URISCO Berhad 4) Mr. Jackie Chan, Red Tone

5) 6) 7) 8) 9) 10)

Dzaha

Dengan itu, sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada undangan khas kita, Yang Berhormat Datuk Hj Ahmad bin Hj Maslan, majlis mempersilakan Mejar (K) Rosli Bin Kari @ Zakaria untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang Berhormat Datuk.

Yan

Sekian sahaja. Majlis kita pada malam ini, majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Hj Ahmad bin Hj Maslan, .. .. ..

Dzaha & Yan :- Bunga dedap di atas para, Anak dusun pasang pelita, Kalau tersilap tutur bicara, Jemari disusun maaf dipinta. Sekian, Assalamualaikum w.b.t Jazakallahukhairan kathira barakallah syukran jazilan ilaikum

Anda mungkin juga menyukai