Anda di halaman 1dari 1

CONTOH KARANGAN PMB

Pada suatu pagi yang hening, aku dan rakan-rakan menaiki perahu menuju ke sebuah pulau untuk mengail ikan. Perahu kami tenang melawan ombak kecil. Kami bergilir-gilir mengayuh perahu. Jauh di kaki langit. Tompokan awam hitam berarak perlahan-lahan. Kira-kira lima belas minit kemudian angin bertiup dengan kencang dan tompokon awan yang hitam tadi bertukar menjadi tebal. Ombak yang kecil bertukar menjadi besar hingga menyebab perahu kami bergoyang kencang membuat kami duduk tidak menentu. Keresahan kami semakin meningkat, kami bimbang jika hujan turun dengan lebat dan menyukarkan kami untuk sampai ke pulau tempat tujuan kami. Ahmad, rakan kami yang berpengalaman cuba menenangkan kami semua. Dia menyuruh kami semua untuk sama-sama menolong Abu yang pada masa itu mengayuh dengan kencang supaya kami dapat sampai dengan cepat. Ahmad, menyuruh kami menggunakan apa sahaja cara dan benda yang dapat digunakan sebagai pengayuh. Aku menggunakan tanganku untuk menolong rakan-rakan yang lain. Di dalam ketakutan ku aku tidak lupa untuk berdoa supaya kami semua selamat sampai. Kira-kira lima minit kemudian kami sudah mula nampak pulau yang hendak dituju itu. Rasa lega terbayang di wajah kami, walaupun begitu, kami masih meneruskan mengayuh dengan sekuat tenaga supaya kami tidak terperangkap ketika hujan nanti. Akhirnya usaha kami membuahkan hasil. Kami selamat sampai ke destinasi yang hendak di tuju dan tidak lama selepas itu hujun pun mula turun. Syukurlah kami dapat keluar dari bahaya. Setelah beberapa jam berteduh, hujan pun mula reda dan kami pun pulang semula ke rumah. 237 Patah Perkataan

Anda mungkin juga menyukai