Anda di halaman 1dari 1

MASALAH DALAM LIAN

1. Tuduh Menuduh Jika suami menuduh isterinya berzina, maka ia di kenakan hukuman had qadhaf kecuali ia lian. Kalau suami melemparkan tuduhan zina kepada isteinya berulang kali adalah memadai diadakan lian sekali sahaja sebagaimana hukuman had. Sekiranya isteri yang menuduh suaminya berzina, maka ia dikenakan hukuman had dan tidak ada lian.

2. Cara penyumpahan Sebelum upacara bersumpah, hakim menasihatkn kepada si suami dan isteri agar mengakui kesalahan masing-masing, kerana sumpah yang ke-5 akan mendatangkan risiko yang tinggi. Salah seorang daripada mereka pasti akan bersalah kerana mereka menuduh di antara satu sama lain. Suami melian isterinya iaitu pada waktu asar, setelah selesai mengerjakan solat asar. Sumpah itu diucapkan secara berdiri, bukan duduk dan disaksikan oleh orang ramai.

IMPLIKASI LIAN
Gugur had ( dera ) menuduh zina (qazaf ) terhadap suami. Wajib had kepada isteri dengan hukuman had zina. Putus hubungan perkhawinan, di mana suami isteri bercerai buat selama-lamanya. Sebaliknya boleh menolak tuduhan zina jika isteri membalas lian suaminya. Apabila isterinya beranak, anak tersebut tidak dianggap sebagai anak dari suaminya. Haram perkhawinan mereka buat selama-lamanya.

Anda mungkin juga menyukai