Anda di halaman 1dari 5

ISU DUA: DADAH Isu pelajar dicekup kerana menjual dadah merupakan salah satu aktiviti perniagaan yang

melanggar undang-undang negara dan tidak beretika. Penglibatan remaja dalam aktiviti ini termasuk dalam kesalahan kerana menurut Zaba (2000) remaja ialah orang yang telah berumur antara dalam lingkungan 12 hinga 21 tahun boleh dianggap sebagai insan yang mengetahui akibat daripada perlakuan mereka iaitu tanggungjawab jenayah. Jenis dadah yang dijual di seluruh negara adalah seperti heroin, morfin, candu dan ganja. Menurut Ketua Polis Negara iaitu Tan Sri Omar, Polis Diraja Malaysia Berjaya membuat rampasan bernilai RM204 juta sepanjang tahun 2011 dengan catatan penambahan terhadap jumlah tangkapan pembekal dan pengedar dadah sebanyak 10.4% di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. HUBUNGAN ISU DENGAN KONSEP DALAM BUKU TEKS Kant percaya bahawa nilai-nilai ditentukan oleh tindakan dan berdasarkan kepada tindakan yang betul. Oleh itu, penjualan dadah adalah salah dari segi aturan tingkah laku dan tidak membaewa sebarang makna kerana tiada yang baik kecuali tindakan yang baik. Pandangan Kant jelas menunjukkan mereka yang menjual dadah adalah tindakan yang bertentangan dengan norma-norma dan tidak dapat diterima kerana aktiviti menjual dadah merupakan tindakan yang tidak boleh diterima oleh manusia sejagat. (William H. Shaw, 2007). Sebagaimana yang kita ketahui, pelanggaran etika adalah bermaksud membuat sesuatu bukan pada tempatnya atau tidak sesuai dengan hukum atau norma-norma masyarakat. Menurut Wikipedia, etika adalah cabang utama filasat yang mempelajari tentang suatu nilai yang mengkaji piawai (standard) dan penilaian moral. Etika atau sikap dalam

usaha mencari duit, pendapatan atau rezeki perlu dijaga dengan betul. Salah satu isu yang banyak berlaku di Malaysia adalah perbuatan mengedar dan menjual dadah sedangkan semua orang telah mengetahui dengan sejelas-jelasnya bahawa ia adalah satu perbuatan yang menyimpang, salah dan tidak beretika. Pengedar dadah adalah manusia kejam yang mengaut keuntungan di atas penderitaan orang lain. Hal ini kerana perbuatan tersebut telah banyak memusnahkan jiwa, harta dan sebagainya di samping melanggar ketertiban dan kepentingan masyarakat. Mereka yang menjual dadah adalah individu yang akan mengambil semua peluang yang datang tanpa meneliti dahulu dari segi etika kemanusiaan. Sikap sebegini adalah sikap yang menunjukkan hati pelaku itu amat lemah dalam pertimbangan dan mereka sentiasa memilih jalan yang salah. Mereka bersifat mementingkan diri semata-mata. Hukuman daripada perbuatan menjual dadah adalah satu pembalasan agar ia tidak diulangi oleh orang lain kerana perniagaan sebegini tiada nilai di sisi manusia itu sendiri. Kategori imperatif mengatakan kita mesti bertindak dengan cara menghormati prinsip manusia sebagai matlamat akhir. Hal ini bermakna penjualan dadah tidak boleh dilakukan kerana selain menggelapkan masa depannya sendiri, tindakan di luar kewarasannya itu turut memusnahkan masa depan orang lain. Remaja seharusnya mengamalkan etika kemanusiaan kerana kita saling berhubungan antara manusia dengan manusia yang lain Jika berdasarkan pandangan Abraham Lincoln, beliau mengatakan bahawa kebenaran tidak dapat ditutupi dan kredibiliti sesebuah bangsa dibangunkan oleh bangsa itu sendiri. Pembangunan yang sejati daripada sesuatu bangsa dilihat dari penerapan etika yang diamalkan oleh masyarakatnya. Kesalahan individu seringkali dilihat sebagai kegagalan individu itu sendiri. Namun jika diteliti, tanpa pegangan agama yang kuat, kewarasan akal

kadangkala tidak dapat menyekat kehendak dan naluri individu sehingga mereka terus cenderung untuk melakukan kesalahan. (Ayipudin, 2011). FAKTOR-FAKTOR Tekanan jiwa yang disebabkan oleh masalah kewangan dan kurangnya kasih sayang daripada keluarga mendorong seseorang individu menjual dadah. Menurut teori Maslow, kegagalan untuk mendapatkan sesuatu keperluan yang utama merupakan penyumbang kepada seseorang membuat kesalahan demi mengisi keperluan yang dikehendaki sehingga cenderung ke arah merosakkan peraturan dalam masyarakat. Dadang Nurjaman. (2012). Teori Keperibadian Abraham Maslow. Danknoer.blogspot.com. Capaian pada 23 Mac 2012. Keluarga yang tidak memberikan sokongan terhadap golongan ini telah mendorong mereka untuk mengambil jalan mudah untuk menjadi kaya. Selain itu, pengaruh negatif daripada seorang kawan boleh mempengaruhi remaja untuk menjual dadah. Sebagaimana yang kita ketahui, banyak masa remaja diluangkan bersama rakan-rakan. Oleh sebab itu, adalah tidak mustahil sekiranya mereka akan terjebak dengan gejala yang tidak sihat ini memandangkan mereka belum matang dalam membuat keputusan. Remaja yang menjual dadah selalunya mengejar wang dengan cara yang cepat dan mudah tanpa memikirkan orang lain. Faktor dalaman yang rapuh turut menjadi punca remaja terlibat dengan penjualan dadah. Jati diri yang rendah dan hanya mementingkan keseronokan semata-mata menjadi punca berlakunya kes penjualan dadah ini. Dalam kes ini, pelajar yang terbabit telah menyalahgunakan kuasa dengan mengambil kesempatan terhadap kepercayaan yang diberikan oleh ibu bapa mereka. Hal ini jelas menunjukkan sikap tidak profesional pelajar yang tidak berfikir dengan wajar sebelum menjual dadah yang jelas menjejaskan masa depannya serta memburukkan nama baik keluarga mereka. Peribahasa Melayu ada

mengatakan gajah mati meninggalkan gading, harimau mati meninggalkan belang. Ketika seseorang meninggal, ia akan meninggalkan nama. Oleh itu, pelajar bijak seharusnya mampu membezakan antara yang betul dan yang salah. LANGKAH-LANGKAH MENGATASI Strategi bagi mengatasi masalah ini seharusnya ditumpukan kepada golongan ini. Antara saranan tersebut ialah ibu bapa perlu memainkan peranan mereka dengan memberikan perhatian yang sewajarnya kepada anak-anak mereka. Sebagai contoh, ibu bapa perlu mengetahui segala pergerakan dan setiap perubahan tingkah laku mahu pun penampilan yang ditonjolkan oleh anak-anak mereka. Masa berkualiti yang diluangkan bersama anak-anak perlu diambil perhatian agar anak-anak dapat berkongsi masalah dan dapat menyelesaikan masalah secara. Ibu bapa juga perlu memastikan anak-anak mereka bergaul dengan kawankawan yang memiliki moral yang baik agar tidak terjebak dengan masalah ini. Anak-anak perlulah diberikan didikan agama dan nilai-nilai moral tinggi supaya anak-anak menunjukkan peribadi yang mulia dan menolak unsur-unsur yang bertentangan dengan ajaran agama. Selain itu, pendekatan akademik boleh dilakukan dengan menambahkan aktivitiaktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Hal ini akan meningkatkan penghayatan nilai-nilai murni dalam jiwa remaja di samping melatih mereka untuk bermotivasi, berketerampilan, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi diri. Apabila remaja sibuk dengan aktiviti yang berfaedah, mereka dapat menjalinkan hubungan sosial yang baik dalam kehidupan. Dengan ini, mereka pasti berjaya menangkis segala anasir-anasir jahat yang mengajak mereka untuk melakukan jenayah seperti mengedar dadah. Maklumat tambahan tentang bahaya dan kesan yang akan diterima oleh sesipa yang mengedar dadah perlu diselitkan dalam setiap teknik pengajaran seperti penggunaan computer, video, bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar

kelas supaya menjadi teladan kepada remaja agar tidak membuat perkara yang merugikan diri sendiri. Masalah ini juga boleh diatasi dengan mewujudkan sistem perundangan di sekolah dan penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berkuasa. Pihak sekolah perlu bekerjasama dengan pihak berkuasa seperti polis sekiranya terdapat unsur-unsur jenayah yang membabitkan pelajar terutama bagi hal-hal yang berkaitan dengan dadah dengan merujuk masalah pelajar ini kepada polis. Peruntukan undang-undang di sekolah perlu dipastikan mampu untuk menimbulkan rasa takut dalam kalangan pelajar sekolah agar dapat mengurangkan beban tanggungjawab pihak sekolah dan ibu bapa dalam pengawasan disiplin. Sesungguhnya, pihak pentadbir sekolah hendaklah mengambil kesempatan atas bidang kuasa polis yang sedia ada bagi mendisiplinkan pelajar-pelajar. Langkah-langkah pencegahan lain yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti pusat kaunseling di peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Remaja perlu diberikan peluang untuk meluahkan keserabutan personaliti, gangguan mental, gangguan emosi dan tekanan perasaan yang dialami. Hubungan mesra yang terjalin antara pelajar dan pihak kaunselor dapat membantu remaja mencari jalan penyelesaian bagi setiap masalah. Kesimpulanya, penjualan dadah adalah aktiviti yang melanggar etika dan perlu dijauhi oleh semua orang. Ia adalah bisnes yang melanggar undang-undang kerana mengaut keuntungan hasil daripada penderitaan orang lain. Oleh itu, jenayah ini perlu dihapuskan supaya kesejahteraan dan keharmonian rakyat terjamin.

Anda mungkin juga menyukai