Anda di halaman 1dari 2

Politik Thailand pada masa ini berlangsung dalam rangka kerja raja berperlembagaan, yang mana Perdana Menteri

adalah ketua kerajaan dan raja ialah ketua negara. Jabatan kehakiman pula bebas dari cabang-cabang eksekutif dan legislatif.

Kerajaan-kerajaan beraja Thai dan kerajaan beraja Siam terakhir adalah di bawah pemerintahan mutlak raja-raja. bagaimanapun, selepas 'revolusi demokratik' di dalam tahun 1932, negara ini secara rasminya telah menjadi negara di bawah demokratik beraja berperlembagaan dengan satu perdana menteri sebagai ketua kerajaan dan perlembaagan bertulis pertama telah dikeluarkan. Semenjak daripada itu, Thailand sudah mempunyai tujuhbelas piagam dan perlembagaan, menunjukkan satu ketidakstabilan politik yang tinggi dan kekerapan rampasan kuasa tentera yang tinggi dihadapi oleh negara berkenaan. Selepas beberapa rampasan kuasa tentera yang berjaya, regim-regim tentera akan merubah perlembagaan yang ada dan membuat perlembagaan interim yang baru.

[sunting] Politik berpelembagaan

Semua perlembagaan dan piagam Thailand telah mengenali kerajaan beraja dengan satu raju berperlembagaan, tetapi dengan satu keseimbangan kuasa yang berbeza-beza di antara cabangcabang kerajaan.

Perdana Menteri Thailand (Thai: , Na-Yok Ratha Montri Haeng Ratcha Anachak Thai) adalah ketua kerajaan Thailand. Perdana Menteri juga adalah pengerusi Kabinet Thailand. Jawatan ini sudah wujud sejak Revolusi 1932 yang menyaksikan negara itu menjadi monarki berperlembagaan. Perdana Menteri sekarang disandang oleh Yingluck Shinawatra, pemimpin Parti Pheu Thai sejak 5 Ogos 2011.

Perlembagaan Thailand 2007 telah dirangka oleh sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan oleh junta tentera yang memansuhkan Perlembagaan Thailand 1997. Pada 19 Ogos 2007 satu referendum telah diterima oleh 57.8% pengundi dan telah menjadi undang-undang. Perlembagaan baru ini telah mengatasi undang-undang tertinggi bagi kerajaan beraja tersebut, Perlembagaan Interim Thailand 2006. Perhimpunan Perangkaan Perlembagaan yang dilantik tentera telah bersetuju sebulat suara draf berkenaan dalam bulan Julai 2007, di sebalik kontroversi umum terhadap beberapa klausa tertentu.[1] Junta kemudiannya meluluskan undang-undang yang menjadikan kritikan

terhadap draf perlembagaan suatu kesalahan.[2] Junta tentera berjaya menguruskan satu kempen propaganda sehingga lulusnya referendum berkenaan.

[sunting] Perlembagaan Sementara 2006


Thailand

Rencana ini sebahagian daripada siri:

Politik dan kerajaan Thailand


Raja[tunjuk] Kerajaan[tunjuk] Perhimpunan Kebangsaan[tunjuk] Badan kehakiman[tunjuk] Pilihan Raya[tunjuk] Perlembagaan[tunjuk] Subbahagian[tunjuk] Isu-isu berhubungkait[tunjuk]

Negara-negara lain

Atlas Portal Politik

papar bincang sunting

Rencana utama: Perlembagaan Interim Thailand 2006 Dalam bulan September 2006, satu junta tentera merampas kuasa dari[ada kerajaan Thaksin Shinawatra yang dipilih rakyat dan memansuhkan Perlembagaan Thailand 1997. Kemudian, mereka telah menubuhkan satu perlembagaan sementara yang memberi laluan kepada satu proses merangka perlembagaan yang tetap.

Anda mungkin juga menyukai