Anda di halaman 1dari 21

1

SUBJEK:
PENGANTAR FALSAFAH ( PPPH 1153)

TAJUK:
HUKUM MEMPELAJARI FALSAFAH MENURUT ULAMA


NAMA/NO MATRIK:
NURUL SHUHADA BINTI IBRAHIM/ P67152


HARI/MASA:
SELASA/4.00-6.00 PTG


PENSYARAH:
PROF.MADYA DR. AHMAD SUNAWARI BIN LONG


JABATAN USULUDDIN DAN FALSAFAH
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM




2

1.0 Pendahuluan


Falsafah sering dianggap sebagai suatu disiplin ilmu yang sukar difahami dan tidak
relevan dengan keperluan hidup harian. Tokoh-tokoh falsafah pula dipersepsikan
sebagai golongan ahli fikir yang tidak berpijak di alam kenyataan. Mereka didakwa
berfikir tentang perkara-perkara yang abstrak dan hanya mengungkap idea-idea klasik
yang diteorikan oleh tokoh-tokoh pemikir ulung seperti Plato, Aristotle, al-Farabi, ibn
Sina, Ibn Rusyd dan lain-lain. Sejak awal sejarah Islam, kaum muslim berbeza
pendapat apakah harus mendahulukan nas al-Quran atau akal ketika mengatasi sebuah
persoalan. Dalam wacana pemikiran Islam, kelompok yang mendahulukan nas disebut
ahlun nasatau ahlul hadis sementara kelompok yang membela akal disebut ahlur
rayi . Ulama salaf turut mempunyai pandangan yang berbeza dalam meletakkan
hukum mempelajari falsafah.

Penulisan ini akan mengkaji pandangan beberapa orang ulama terkemuka
dalam bidang masing-masing bagi merungkai persoalan hukum mempelajari falsafah
menurut syarak sama ada diwajibkan, diharuskan ataupun diharamkan. Ulama-
ulama yang telah dipilih oleh penulis sebagai rujukan ialah Abu Yusuf Yaqub bin
Ishaq bin Shabbah bin Imran bin Ismail bin Muhammad bin al-Asyats bin Qais al-
Kindi atau al-Kindi, Abu Amr Utsman bin Abdurrahman bin Utsman bin Musa al-
Kurdi al-Syahrazuri atau Ibnu Solah, Ibnu Rusyd dan Imam Jalaluddin as-Sayuthi.
Mereka telah menyatakan pandangan mereka terhadap hukum mempelajari falsafah
dengan menulis kitab-kitab yang masih menjadi rujukan para ilmuan Islam sehingga
kini. Dalam penulisan ini, Penulis turut memaparkan hubungan falsafah dengan tiga
disiplin ilmu Islam yang lain iaitu Usul Fiqh, Tasawuf dan Ilmu Kalam.




3

2.0 Definisi Ulama

Menurut Mujam al-Arabi al-Asasiy (1989:861) Ulama dari sudut bahasa
merupakan jama dari perkataan ( - - ) bermaksud yang
menguasai sesuatu bidang ilmu. Berdasarkan al-Quran, ulama bermaksud orang-
orang yang memiliki ilmu dan mempunyai sifat takut kepada Allah s.w.t. Firman
Allah s.w.t
1
:
`l _>, > ,, ..-, ..l`s _., _,,`.| __
Maksudnya: Dan apakah tidak cukup menjadi bukti bagi mereka, bahawa para
ulama Bani Israil mengetahuinya?


Firman Allah s.w.t.
2

_. _!.l .-. l.>: .. l l . !..|
_:> < _. ::!,s ..l`-l _| < ,s s __
Maksudnya: Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-
binatang Yang melata serta binatang-binatang ternak, ada Yang
berlainan jenis dan warnanya? sebenarnya Yang menaruh bimbang
dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya
hanyalah orang-orang Yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha
Kuasa, lagi Maha Pengampun.


Berdasarkan maksud ulama diatas, dapatlah disimpulkan bahawa maksud ulama
tidak terbatas kepada ilmu agama sahaja walaupun ada kalangan mufassir yang
mentafsir perkataan ulama pada ayat ke-11 daripada surah al-Mujadalah sebagai
orang yang mempunyai ilmu agama kerana Rasulullah turut memiliki ilmu ekonomi,
ketenteraan dan lain-lain. Berdasarkan al-Quran, seseorang itu mempunyai ciri-ciri
ulama sekiranya terkumpul padanya perasaan takut kepada Allah s.w.t dan dia
memiliki ilmu pengetahuan.

1
Al-Quran, Surah As-Syuara 26:197
2
Al-Quran, Surah Al-Fathir 35:28
4


3.0 Hubungan Falsafah Dengan Ilmu-Ilmu Islam

3.1 Falsafah dan Ilmu Kalam

Ilmu Kalam merupakan salah satu ilmu Islam yang timbul hasil daripada
perbincangan umat Islam dalam merumuskan Akidah Islam dengan menggunakan
dalil-dalil akal dan falsafah. Hal ini dapat dilihat dalam berbagai penulisan Ilmu
Kalam atau Ilmu Tauhid dimana kebiasaannya penulis akan mengemukakan dalil
akal sebelum mengiringinya dengan dalil Naqal yakni ayat-ayat al-Quran dan
hadis-hadis Nabi s.a.w. Dasar ilmu kalam adalah dalil-dalil akal dimana
Mutakallimin menetapkan asas persoalan dengan mengemukakan dalil akal
terlebih dahulu. (Sirajuddin Zar: 2004) . Ibnu Qutaybah dalam (Che Amnah:
2010) ketika menghurai berkenaan Qada dan Qadar telah menjelaskan terlebih
dahulu tentang fizikal manusia sebagaimana berikut:

Jasad manusia pada asalnya dicipta dari tanah dan ianya terdiri dari
kelembapan, kekeringan, kepanasan dan kedinginan. Kekeringan itu
datangnya dari tanah dan kelembapan datang dari air. Manakala kepanasan
berasal dari Nafs atau diri kita sendiri dan kedinginan itu datangnya dari
ruh kita. Nafs pula terbahagi kepada dua iaitu nafsu kebinatangan dan
nafsu yang rasional. Dari nafsu kebinatangan sifat-sifat seperti
kegembiraan, kemalasan, penipuan dan sebagainya manakala daripada
nafsu rasional pula akan lahir sifat-sifat mulia seperti malu, sabar,
muliadan sebagainya. Nafsu rasional akan memastikan perlakuan manusia
tidak menjadi sebuas binatang dan berupaya memikirkan baik dan buruk
dalam sesuatu perlakuan. Dalam erti kata yang lain nafsu kebinatangan
akan selalu cuba untuk menundukkan nafsu rasional dan sebaliknya.
Perbalahan di dalam diri inilah disebut sebagai jihad al-nafs.

Seterusnya Ibn Qutaybah menjelaskan bahawa kejadian manusia ini berbeza-
beza berdasarkan ayat al-Quran. Firman Allah s.w.t
3
:

.. _l> _,>l _.. __

3
Al-Quran, Surah an-Najm 53:45
5

Maksudnya: Dan Bahawa sesungguhnya, Dia lah Yang
menciptakan manusiaberpasangan lelaki dan perempuan.

Disebabkan perbezaan ini, menurut pandangan Ibnu Qutaybah kekuasaan dan
hikmah Allah menjadi lebih terserlah dan banyak benda-benda wujud disifatkan
sebagai berlawanan dengan yang lain. (Che Amnah: 2010). Ilmu kalam juga
terpengaruh dengan falsafah Yunani. Ia dapat dilihat terutama dalam aliran
Mutazilah. Terdapat dua sebab yang mendorong golongan Mutazilah untuk
mempelajari falsafah. Pertama, kerana mereka mendapati bahawa ada keserasian
antara falsafah Yunani dengan kecenderungan pemikiran mereka. Kedua, kerana
golongan Mutazilah perlu berdebat dengan ahli falsafah yang mahu meruntuhkan
ajaran Islam pada ketika itu. (Abu Zahrah:1996). Penulis-penulis Islam seerti Ibnu
Khaldun, Mustafa Abdul raziq dan Renan turut memasukkan ilmu kalam ke dalam
ruang lingkup falsafah. Hal ini kerana mereka melihat bahawa terdapat hubungan
yang sangat erat antara kedua-dua disiplin ilmu ini. (Sirajuddin Zar: 2004)


3.2 Falsafah dan Tasawuf

Menurut Harun Nasution (1973), Tasawuf merupakan suatu ilmu pengetahuan
yang mempelajari cara dan jalan bagaimana seseorang muslim berada sedekat
mungkin dengan Allah s.w.t. al-Iraqy dalam (Sirajuddin Zar: 2004) menyatakan
bahawa tasawuf termasuk dalam ruang lingkup falsafah secara umum kerana
kaum sufi turut menggunakan logik dalam mempelajari wahdatul wujud, fana, al-
baqa dan al-hulul. Walaubagaimanapun secara ringkasnya kedua disiplin ilmu ini
berbeza kerana falsafah menggunakan jalan akal iaitu melalui pengkajian dan
pengetahuan untuk mencapai makrifatullah manakala tasawuf menggunakan jalan
hati iaitu melalui pembersihan jiwa untuk mencapai makrifatullah. ( Mohd
Sulaiman : 1982)


3.3 Falsafah dan Usul Fiqh

Wahbah Zuhaili (1999), mentakrifkan Usul Fiqh sebagaimana berikut:
6


:
.

Ilmu Usul Fiqh adalah ilmu yang membahaskan kaedah-kaedah yang
digunakan oleh para mujtahid untuk mengeluarkan hukum syarak
(yang berkaitan mukallaf) daripada dalil-dalil tafsili.

Sebagaimana Ilmu Kalam dan Ilmu Tasawuf, Ilmu Usul Fiqh juga mempunyai
hubungan yang rapat dengan falsafah. Ilmu Usul Fiqh dalam menetapkan hukum
syariat perlu menggunakan pemikiran falsafah. Dalam Usul Fiqh, ijtihad diperlukan
dalam menafsirkan ayat-ayat al-Quran bagi mengeluarkan sesuatu hukum. (Sirajuddin
Zar: 2004). Menurut Latif Muda (1997), pengertian ijtihad secara rumusannya adalah
bermaksud mencurahkan segala akal pemikiran dan kesungguhan untuk mendapatkan
sesuatu hukum syarak mengenai sesuatu masalah dengan jalan istinbat daripada al-
Quran dan Hadis. Antara nas al-Quran berhubung pengharusan ijtihad adalah
sebagaimana Firman Allah s.w.t yang bermaksud
4
:


Maka berfikirlah wahai orang-orang yang berakal.



4.0 Hukum Mempelajari Falsafah Menurut al-Kindi ( 252 H/ ) abad ke-3 H

Nama sebenar al-Kindi ialah Abu Yusuf Yaqub bin Ishaq bin Shabbah bin Imran bin
Ismail bin Muhammad bin al-Asyats bin Qais al-Kindi. Al-Kindi dilahirkan di Kufah
sekitar tahun 185 Hijrah (801M) dari keluarga kaya dan terhormat. Bapanya Ishaq bin
Shabbah merupakan gabenor Kuffah pada zaman pemerintahan al-Mahdi (775-778M)
dan ar-Rasyid (786-809M) . Walaupun bapanya meninggal dunia sewaktu al-Kindi

4
Al-Quran, Surah al-Hasyr 59:2
7

masih kecil, namun beliau tetap memperoleh kesempatan menuntut ilmu dengan baik.
(Sirajuddin Zar 2004). Al-Kindi yang hidup pada zaman pemerintahan al-Mamun
turut berfahaman Mutazilah dan menerima pendapat Mutazilah yang mengatakan al-
Quran adalah makhluk. Pada waktu itulah, Imam Ahmad telah menerima hukuman
seksa daripada al-Mamun kerana menolak fahaman Mutazilah yang mengatakan al-
Quran sebagai makhluk. (Shahibuddin:2006). Walaubagaimanapun, kita tidak boleh
menetapkan secara pasti bahawa al-Kindi adalah seorang Mutazilah kerana
persoalan-persoalan tentang keadilan dan kemahakuasaan Tuhan bukan hak mutlak
atau dimonopoli oleh golongan Mutazilah. (Sirajuddin Zar: 2004)

Al-Kindi merupakan salah seorang ulamayang menghalalkan umat Islam
untuk mempelajari falsafah. Menurut Sirajuddin Zar (2004), salah satu cara al-Kindi
memperkenalkan falsafah ke dalam dunia Islam adalah dengan cara mengetuk hati
muslim agar menerima kebenaran walaupun dari mana sumbernya. Bagi mereka yang
mengakui kebenaran tidak ada sesuatu yang lebih tinggi nilainya selain kebenaran itu
sendiri dan tidak pernah meremehkan atau merendahkan martabat orang yang
menerimanya. Menurut Shahibuddin (2006), al-Kindi telah memberi enam definisi
falsafah iaitu:
1. Philosophy terdiri daripada dua perkataan iaitu Philo (teman) dan Sophia
(kearifan). Falsafah adalah cinta akan kearifan.
2. Falsafah adalah cubaan manusia untuk berbuat sebaik mungkin atau
melebihi keunggulan Ilahi sejauh yang mungkin.
3. Falsafah adalah praktikal kematian. Kematian bererti pemisahan jiwa
tubuh kasar (badan). Tambahan pula, kematian melibatkan penekanan
kepentingan-kepentingan material yang berlawanan dengan kehidupan
yang soleh.
4. Falsafah adalah ilmu daripada segala ilmu dan kearifan daripada segala
kearifan.
5. Falsafah adalah pengetahuan manusia tentang dirinya.
6. Hal ehwal falsafah sebenarnya dilukiskan sebagai ilmu pengetahuan
tentang neccessity, esensi dan sebab-sebab segala perkara menurut
kemampuan manusia.
8


Menurut al-Kindi, antara falsafah dan agama atau antara akal dan wahyu,
keduanya tidaklah bertentangan kerana masing-masing adalah ilmu kebenaran dan
kebenaran adalah satu. Ilmu falsafah meliputi aspek ketuhanan, keesaanNya, dan
keutamaan serta ilmu-ilmu selain daripada pengajaran berkaitan kaedah untuk
mendapatkan manfaat dan menjauhi kemudaratan. Hal seperti ini juga yang telah
dibawa oleh para Rasul utusan Allah s.w.t. Atas dasar inilah menurut al-Kindi, kita
wajib berterima kasih kepada orang terdahulu yang telah menjelaskan ukuran
kebenaran kepada kita. Jika mereka tidak membekali kita dengan dasar-dasar fikiran
yang membuka jalan bagi kebenaran, pastilah kita tidak akan dapat sekalipun kita
telah melakukan penyelidikan yang lama dengan tekun. (Sirajuddin Zar : 2004)

Muhammad Athif al-Iraqy dalam (Sirajuddin Zar :2004) menyatakan bahawa
tujuan ungkapan al-Kindi di atas adalah untuk menghalalkan falsafah bagi umat
Islam. Menurut al-Kindi, sekalipun falsafah itu datangnya dari Yunani tetapi kita
wajib mempelajarinya bahkan lebih jauh dari itu, kita wajib mencarinya. Al-Kindi
berpendapat bahawa menerima dan mempelajari falsafah adalah selari dengan anjuran
al-Quran. Kemungkinan untuk memuaskan semua pihak khususnya orang-orang
Islam yang tidak menyukai falsafah, al-Kindi telah mendatangkan dalil-dalil al-Quran
sebagaimana berikut:
Firman Allah s.w.t yang bermaksud
5
:
Apakah mereka tidak memperhatikan alam langit dan bumi dan Segala
Yang diciptakan oleh Allah,

Firman Allah s.w.t yang bermaksud
6
:
Tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta Bagaimana ia
diciptakan? Dan keadaan langit Bagaimana ia ditinggikan binaannya.?
Dan keadaan gunung-ganang Bagaimana ia ditegakkan?Dan keadaan
bumi Bagaimana ia dihamparkan?

5
Al-Quran, Surah al-Araf 7:185
6
Al-Quran, Surah al-Ghasyiyah 88:17-20
9



Al-Kindi termasuk dalam kalangan ulama yang mewajibkan umat Islam
mempelajari falsafah kerana keduanya mengunakan akal dan wahyu yang
sememangnya saling berkait antara satu sama lain. Al-Kindi dilihat memberi
pandangan yang adil kerana beliau sendiri menguasai ilmu agama dan ilmu falsafah.
Justeru, ilmu yang dimilikinya telah mendorong beliau untuk memberi pandangan
yang jelas disertai hujjah yang kukuh.



5.0 Hukum Mempelajari Falsafah Menurut Ibnu Rushd (595H/1198M) abad ke-6 H

Abu al-Walid Muhammad Ibn Ahmad Ibn Rushd digelar dengan al-Walid. Dalam
tradisi falsafah Islam, gelaran Ibn Rushd dirujuk kepada ahli falsafah Islam kelahiran
Cordoba pada tahun 520 Hijrah/1126 Masihi atau dikenali dalam tradisi keilmuan
Barat sebagai Averroes. Dari segi fiqh, beliau berpegang kepada mazhab Maliki
manakala dari aspek akidah beliau memilih fahaman Ahl Sunnah wa al-Jamaah.
Kedudukan ayah dan datuknya sebagai hakim kepada kerajaan Muwahhidin di
Cordoba telah memberi peluang kepada beliau untuk mempelajari fiqh, Bahasa Arab,
perubatan dan falsafah. Ibn Bajjah dan Ibn Tufayl adalah ahli falsafah yang rapat
dengan beliau. (Ahmad Sunawari,2008:233)

Secara ringkas menurut Ibnu Rushd, syarak bersesuaian dengan falsafah
kerana falsafah adalah suatu pengkajian tentang makhluk dan sifat-sifatnya bertujuan
merenung dan berfikir tentangnya sebagai bukti kewujudan Pencipta. Syarak
menyeru agar ciptaan Tuhan diperhatikan dengan akal dan menuntut ia difahami
dengan akal. Maka jelas bahawa erti yang ditunjukkan oleh perkataan ini
7
sama ada
wajib disisi syarak atau dianjurkan untuk menjalankannya. Tuntutan ini jelas dalam

7
Iaitu falsafah dan ilmu Mantiq (logik)
10

ayat-ayat yang berlainan dalam Kitabullah. (Nadir,1986:27) Firman Allah s.w.t yang
bermaksud
8
:

.s! _|`!., .., _


Maka berfikirlah wahai orang-orang yang berakal.




Ibnu Rusyd merupakan salah seorang Fuqaha yang terkemuka pada
zamannya dan juga merupakan seorang ahli falsafah Islam yang hebat. Beliau telah
membela serangan yang dilakukan oleh orang-orang sebelumnya terhadap falsafah
melalui penulisan kitab Faslul Maqal wa Taqrir ma Baina as-Syariah wal hikmah
min al-Ittisol.Dalam kitab tersebut, Ibnu Rusyd telah mendatangkan banyak dalil-
dalil al-Quran yang mendorong manusia untuk berfikir dengan menggunakan akal
yang dianugerahkan Allah s.w.t. Menurut Ibnu Rusyd, dalil-dalil al-Quran yang
menganjurkan manusia untuk berfikir jelas menunjukkan bahawa falsafah tidak
bertentangan dengan syarak malah syarak mewajibkan atau menganjurkan umat Islam
untuk mendalami ilmu falsafah.


6.0 Hukum Mempelajari Falsafah Menurut Ibnu Solah ( 643 H/ ) abad ke-7H

Nama asal Ibnu Solah adalah:

Abu Amr Utsman bin Abdurrahman bin Utsman bin Musa al-Kurdi al-Syahrazuri.


8
Al-Quran, Surah al-Hasyr 59:2
11

Ibnu Solah telah dilahirkan pada tahun ke 577 Hijrah bersamaan 1181 Masehi di
Syahrazur, Selatan Iraq. Ayah Ibnu Solah iaitu Abdurrahman Bin Utsman merupakan
seorang ulama terkemuka yang dikenali sebagai pakar feqah mazhab Syafii. Sejak
kecil lagi Ibnu Solah telah mempelajari ilmu Feqah daripada bapanya dan beliau telah
berjaya mengkhatamkan kitab Muhadzab serta menghafal dalil-dalil dalam kitab
tersebut ketika beliau masih muda. Ibnu Solah berpegang kepada Aqidah Salafus
Soleh sebagaimana bapanya. Antara guru-guru beliau ialah Ubaidillah bin al-Samin,
Nashrullah bin al-Salamah, Mahmoud bin Ali al-Maushili danramai lagi. Ketika
berhijrah ke Damsyik, Ibnu Solah telah berusaha gigih untuk menyebarkan ilmu
kepada masyarakat di sana dan turut menulis karya dengan jumlah yang banyak.
Beliau kemudian dikenali sebagai seorang faqih, ahli usul fikih, malah beliau turut
menjadi seorang mufti dan digelar sebagai syaikhul Islam. Selain bidang feqah beliau
juga menguasai bidang lain seperti tafsir, hadis dan sebagian besar keilmuan Islam.
Beliau juga pernah menjadi salah seorang tenaga pengajar ilmu hadis di Kota
Baghdad. Ibnu Solah telah menghembuskan nafas terakhir pada 25 Rabiul Akhir 643
Hijrah bersamaan 19 September 1245 Masehi. Jenazah beliau telah dikebumikan di
Tanah Perkuburan as-Sufiyyah yang terletak di Damsyik.

Qalaji (1986) mengemukakan fatwa Ibnu Solah rahimahullah yang pernah
ditanya tentang orang yang menyibukkan diri dengan mempelajari dan mengajarkan
ilmu mantiq dan falsafah sebagaimana berikut:
Soalan : Terdapat Kumpulan Muslimin yang menisbahkan diri mereka
kepada ahli ilmu dan tasauf, adakah boleh seseorang menekuni karangan-
karangan Ibnu Sina dan membaca kitab-kitabnya? Dan bolehkah
menganggap Ibnu Sina sebagai ulama ataupun tidak?
Jawapan Ibnu Solah : Tidak boleh bagi mereka melakukan perkara
tersebut, sesiapa yang melakukannya maka dia telah memperdayakan
agamanya dan membuka ruang kepada fitnah yang sangat besar. Ibnu Sina
bukanlah seorang ulama, bahkan dia adalah syaitan diantara syaitan-syaitan
manusia.
Soalan :Apakah syariat membolehkan umat Islam belajar dan mengajar
mantiq dan falsafah?
Jawapan Ibnu Solah: Falsafah adalah puncak kebodohan dan
penyimpangan, faktor kebingungan dan kesesatan, sebab penyelewengan
12

dan kezindikan. sesiapa yang mempelajari falsafah maka akan buta mata
hatinya dari (melihat) keindahan syariat yang diperkuat oleh dalil-dalil yang
nyata dan bukti-bukti yang kukuh. Sesiapa yang mengajarkan dan
mempelajarinya maka ia akan sentiasa berada dalam kehinaan dan
kekurangan malah dia akan dipermainkan oleh syaitan laknatullah. Dan
disiplin ilmu apakah yang paling hina dari keilmuan yang membutakan mata
orang yang mempelajarinya, yang menutup hatinya dari (cahaya) kenabian
Nabi kita Muhammad s.a.w.

Soalan : Apakah para sahabat, tabiin, ulama-ulama mujtahidin dan salafus
soleh membolehkan mempelajari falsafah?

Jawapan Ibnu Solah : Mantiq adalah pintu masuk ke dalam falsafah
manakala tempat masuk kejahatan adalah kejahatan juga. Justeru,
menyibukkan diri dengan mempelajari dan mengajarkan falsafah bukanlah
perkara yang dibolehkan oleh syariat malah tidak pula diperbolehkan oleh
seorang pun dari para sahabat, tabiin, para imam mujtahidin, salafus solih,
seluruh yang mengikutinya dari kalangan ulama yang terkemuka, dan
tokoh-tokoh umat dan para pemimpinnya. Sesungguhnya Allah s.w.t telah
menyelamatkan mereka seluruhnya dari bahaya tersebut dan kekotoran-
kekotoran falsafah serta membersihkan mereka dari kemudaratan-
kemudaratannya.

Soalan :Apakah dibolehkan menggunakan istilah-istilah falsafah dalam
menetapkan hukum-hukum syariat?

Jawapan Ibnu Solah: Adapun menggunakan istilah-istilah mantiq dalam
membahas hukum-hukum syariat maka merupakan kemungkaran yang besar
dan kejahilan yang dibuat-buat, ia bukanlah hukum syariat. Alhamdulillah,
pada dasarnya keperluan kepada mantiq dan apa yang dikataan oleh
ahli mantiq tentang perkara had (definisi dan batasan sesuatu) dan bukti
(argumentasi) merupakan kebodohan yang tidak berguna.Sesungguhnya
Allah s.w.t telah mencukupkan darinya [dengan metode yang lebih baik dan
jalan yang lebih selamat dan bersih]. Setiap orang memiliki akal fikiran
yang sihat lebih-lebih lagi orang yang telah mengkaji teori-teori (kaedah-
kaedah) ilmu syariat dan seluruh keilmuannya telah sempurna. Para ulama
syariat telah menggali hakikat hakikat keilmuan yang dalam tanpa
memerlukan ilmu mantiq dan falsafah dan tanpa ada para ahli falsafah.
Sesiapa yang menyangka bahawa dia menyibukkan diri dengan mantiq dan
falsafah untuk mendapatkan faedah yang disangkanya maka
sesungguhnyadia telah ditipu oleh syaitan dan disesatkannya.
13


Soalan :Sekiranya didapati di sesetengah daerah terdapat ahli falsafah yang
diketahui mengajar falsafah, membacakannya, dan menulis tentang falsafah,
pada masa yang sama dia juga adalah salah seorang pengajar di sekolah,
maka apakah wajib dilakukan penguasa daerah tersebut untuk
menyingkirkannya demi menjaga keselamatan manusia

Jawapan Ibnu Solah: Maka merupakan kewajiban penguasa untuk
melindungi kaum muslimin dari kejahatan mereka (ahli kalam dan falsafah)
serta mengeluarkan dan menjauhkan mereka dari institusi-institusi
pendidikan, menjatuhkan hukuman(terhadap ahli falsafah) yang
menyibukkan diri dengan ilmu mereka, dan membentangkan orang yang
meyakini aqidah ahli falsafah kepada pedang atau (hukum) Islam agar
padam api (kejahatan) mereka dan hilang kesan-kesannya serta pengaruh
mereka. Semoga Allah memudahkan dan menyegerakan hal itu. Dan di
antara tugas yang paling wajib adalah menyingkirkan guru sekolah dari
kalangan ahli falsafah yang menulis tentangnya dan membacakan (kitab-
kitab) falsafah. Kemudian memenjarakannya dan mewajibkannya menetap
di rumah.


Penulis berpandangan bahawa Ibnu Solah merupakan seorang ulama yang
menentang sekeras-kerasnya falsafah sedangkan beliau sebenarnya turut
menggunakan akal kerana beliau juga merupakan salah seorang ulama feqah yang
terkemuka dan dipercayai keilmuan yang dimilikinya. Penulis membuat andaian
bahawa Ibnu Solah mengeluarkan fatwa pengharaman belajar falsafah kerana
bimbang kemudharatan yang lebih besar berlaku kepada masyarakat Islam pada
ketika itu seandainya mereka belajar ilmu falsafah sedangkan belum menguasai
dengan baik ilmu-ilmu akidah, fiqh dan tasawwuf dan kemungkinan juga kerana Ibnu
Solah tidak mendalami ilmu falsafah seterusnya menilai dari aspek yang buruk sahaja.
Berdasarkan Ibn Khaliqan (1282M) dalam kitabnya al-Wafiyat dan al-Subky (771M)
dalam kitabnya al-Thabaqat al-Syafiiyyah, Ibnu Solah bukan tidak mahu
mempelajari falsafah sebaliknya beliau tidak mampu untuk menguasai bidang tersebut
kerana akalnya seolah-olah telah disyaratkan untuk ilmu agama semata sehingga
beliau dinasihatkan oleh gurunya agar meninggalkan hasrat untuk belajar falsafah
memandangkan masyarakat pada ketika itu telah thiqah yakni mempercayai
kehebatan ilmunya dan menganggap ilmu falsafah merosakkan akidah. Justeru,
14

dibimbangi Ibnu Solah akan merosakkan akidah mereka seandainnya beliau
mempelajari ilmu falsafah. (Zainun, 1995:76).


7.0 Hukum Mempelajari Falsafah Menurut Ibnu Taimiyyah (728H/1328M) abad
ke-8H

Nama asal Ibnu Taimiyyah adalah:

(Taqiy Al-Din Abu Al-Abbas Ahmad Bin Abd Al-Halim Bin Abdul Salam Bin
Abdullah Bin Abil Qasim Bin al-Khudri Bin Muhammad) yang terkenal dengan
gelaran Ibn Taymiyyah Al-Harrani Al-Dimasyqi Al-Hanbali telah dilahirkan pada
hari Isnin 10 Rabi Al-Awwal 661 Hijrah bersamaan 22 Januari 1263. Kota Harran
tempat kelahiran Ibn Taymiyyah terletak di tengah perjalanan menuju ke Mosul
(Iraq), Syam dan Turki di antara sungai Dajlah dan sungai Furat. Ia merupakan pusat
perkembangan pelbagai jenis ilmu dan tamadun. Selain itu, ia juga pernah menjadi
pusat gerakan keagamaan dan keilmuan golongan Sabiah
9
, sepertimana yang tersebut
di dalam kitab-kitab Falsafah. Secara khusus ia terkenal kerana sering dikaitkan
dengan ilmu Falsafah dan ilmu-ilmu Yunani. Selepas itu ia bertukar menjadi tempat
berkembangnya mazhab Hanbali hasil usaha yang dilakukan oleh nenek moyang Ibn
Taymiyyah. (Al-Ajam,1993:7)

Secara umum, Ibnu Taimiyah menolak bahawa peranan logik atau tujuannya
adalah sebagai mizan atau aturan bagi ilmu-ilmu rasional dan kepadanya tergantung
pembuktian dan kesimpulan, serta menyampaikan kita kepada ilmu pasti (yakin).

9
Sabiah ialah suatu ajaran yang mengagungkan planet-planet yang tujuh dan bintang-bintang yang dua belas,
serta menganggapnya sebagai qidam. Mereka mempunyai solat lima kali sehari semalam menghadap ke
kabah, berpuasa di bulan Ramadan, mengharamkan bangkai, darah dan khinzir, tetapi hanya mempercayai
beberapa orang nabi sahaja tidak termasuk Nabi Muhammad S.A.W.

15

Menurutnya, ilmu-ilmu rasional dapat diketahui dengan fitrah manusia yang telah
diberikan Allah kepada keturunan Adam untuk mengetahui sesuatu. Ia tidak terikat
pada satu kaedah atau ketentuan yang diciptakan oleh seseorang tertentu (Al-
Ajam,1993:26)

Bagi orang yang berakal, tidak boleh berpendapat bahawa aturan akal yang
diturunkan Allah adalah logik Yunani kerana Allah telah menurunkan peraturan-
peraturan (syariat) melalui kitab-kitab sucinya terlebih dahulu sebelum kelahiran
Aristotle iaitu sejak Nabi Nuh a.s, Nabi ibrahim a.s, nabi Musa a.s dan nabi-nabi yang
lain sedangkan logik yunani baru dicipta oleh Aristotles yang meninggal dunia pada
tahun 322 s.m iaitu tiga tahun sebelum al-Masih. Bagaimana ia boleh menjadi
peraturan bagi umat-umat terdahulu dan umat Islam? logik aristotles hanya dikenali
oleh umat Islam pada zaman pemerintahan al-mamun atau beberapa tahun sebelum
itu iaitu setelah buku-buku Yunani diterjemah ke dalam Bahasa Arab. Sedangkan
pada masa itu umat Islam tidak mengambil perhatian terhadap ilmu logik bahkan
memandangnya sebagai ilmu yang rendah. (Al-Ajam, 1993:373-374).

Ibnu Taimiyah membenarkan bahawa pengetahuan para ahli falsafah,
Aristotles dan pengikut-pengikutnya dalam masalah fizik cukup baik, luas dan logik
serta sesuai dengan kebenaran dan tidak nampak adanya prcanggahan tetapi mereka
jahil dalam ilmu ketuhanan dan umumnya pendapat mereka amat keliru. (Al-
Ajam,1993:143). Ahli falsafah menurut Ibnu Taimiyah dalam persoalan fizik dan
matematik lebih betul daripada mutakallimin kerana mutakallimin bercakap tanpa
ilmu akal dan syara dalam perkara ini. Walaubagaimanapun, dalam persoalan
ketuhanan, kenabian, kebangkitan dan syariat, para ahli falsafah lebih samar-samar
berbanding mutakallimin. Justeru, ilmu para ahli falsafah dalam persoalan fizik dan
matematik tidak boleh diremehkan. (Zainun Kamal,1995:185). Beliau juga mengkritik
sarjana Ilmu Kalam yang menentang fakta-fakta sains yang dikemukakan oleh ahli
falsafah. (Abd. Rasyid, 2007:3).

16

Akan tetapi, ahli falsafah telah mencampur adukkan kebenaran yang diambil
dari agama dengan kebatilan yang diambil dari dasar-dasar falsafah yang sesat.
Mereka berusaha mengharmonikan agama dengan falsafah dengan berpegang kepada
nas-nas tetapi turut melakukan pentakwilan yang jauh menyimpang dari ketentuan
agama dan hanya menyesuaikan dengan kaedah-kaedah falsafah. Sebagai contoh,
mereka mengatakan bahawa sifat-sifat Allah yang terdapat dalam al-Quran dan yang
dituturkan oleh Nabi hanyalah merupakan Zat Allah Yang Esa, Arasy adalah falak
yang kesembilan, kursi adalah falak yang kelapan dan malaikat adalah jiwa-jiwa.
Mereka turut tidak mempercayai mukjizat dengan mengatakan bahawa mukjizat itu
tidak lain hanyalah seperti kuasa semulajadi (natural power) atau kekuatan daya jiwa
dan sebagainya. Mereka telah menyelewengkan nas-nas agama bahkan ilmu mereka
tidak berlandaskan ajaran Rasulullah s.a.w. (Zainun Kamal,1995:186). Abdul Fatah
dalam (Zainun Kamal,1995) beliau menerangkan:
Di saat-saat musuh Islam dari agama-agama lain menyerang Islam
dengan bersenjatakan falsafah dan logik, maka para ahli falsafah Islam
berusaha mempertahankan dan menyelamatkan Agama Islam dengan
senjata yang sama seperti yang ada pada musuh-musuh mereka.
Mereka berusaha membuktikan kebenaran akidah Islam dengan dalil
logik demonstratif. Cara seperti ini menurut Ibnu Taimiyah ada lah
merbahaya kerana dari satu aspek, ia menjadikan penyederhanaan
sebahagian dari falsafah Yunani dan dari sudut yang lain, ia
mengorbankan sebahagian akidah Islam.

Daripada keterangan diatas dapatlah difahami bahawa fungsi logik menurut
ahli falsafah muslim adalah untuk mengharmonikan falsafah dengan agama. Mereka
perlu menggunakan hujah akal pada ketika itu untuk berhujah dengan musuh-musuh
Islam. seandainya mereka menggunakan nas-nas daripada al-Quran dan hadis, sudah
pasti golongan kafir menolak kerana mereka sememangnya tidak menerima al-Quran
dan hadis Nabi s.a.w. Hal ini bersesuaian Firman Allah s.w.t yang bermaksud
10
:
Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) Dengan hikmat
kebijaksanaan dan nasihat pengajaran Yang baik, dan berbahaslah
Dengan mereka (yang Engkau serukan itu) Dengan cara Yang lebih
baik;

10
Al-Quran Surah an-Nahl 16:125
17

Selain mengkafirkan ahli falsafah dari sudut kenabian, malaikat dan mukjizat
seperti yang telah dijelaskan, Ibnu Taimiyyah turut mengkafirkan ahli falsafah
berhubung teori emanasi. Menurut Ibnu Taimiyyah, bukan sahaja agama Islam
bahkan semua agama tidak menolak bahawa alam ini diciptakan oleh Allah bahkan
mereka yakin bahawa Malaikat-Malaikat adalah hamba Allah bukannya dilahirkan
oleh Allah. Para Malaikat yang diberitakan oleh para nabi bukanlah akal-akal yang
difahami oleh para ahli falsafah. (Zainun Kamal,1995:192). Ibn Taimiyyah telah
mendatangkan dalil daripada al-Quran bagi membenarkan hujjah beliau. Firman Allah
s.w.t yang bermaksud
11
:
Dan mereka (yang musyrik) berkata: "(Allah) Ar-Rahman mempunyai
anak". Maha Sucilah ia. bahkan (Mereka Yang dikatakan menjadi
anak Allah itu) ialah hamba-hambaNya Yang dimuliakan. Mereka
tidak mendahuluiNya Dengan perkataan dan mereka pula
mengerjakan apa Yang diperintahkanNya.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
12

(Nabi Isa) Al-Masih tidak sekali-kali enggan dan angkuh daripada
menjadi hamba bagi Allah, demikian juga (sikap) malaikat Yang
sentiasa berdamping (dengan Allah). dan sesiapa Yang enggan dan
angkuh daripada beribadat (menyembah dan memperhambakan diri)
kepada Allah, serta ia berlaku sombong takbur, maka Allah akan
menghimpunkan mereka semua kepadaNya.

Daripada perbincangan diatas, diketahui bahawa Ibnu Taimiyyah tidak menolak
kesemua isi kandungan ilmu falsafah sama ada ahli falsafah Yunani mahupun Islam
sebaliknya kritikan itu banyak berkisar tentang hal-hal Metafizik sahaja. Walaupun
Ibnu Taimiyyah melakukan kritikan yang keras terhadap golongan falsafah namun
beliau tidak lupa untuk mendatangkan dalil yang menjadi sandaran kritikan beliau.
Ibnu Taimiyyah memainkan peranan untuk membentangkan pandangan-pandangan
falsafah seterusnya menjelaskan kekurangan dan kesalahannya.



11
Al-Quran Surah al-Anbiyaa 21:27
12
Al-Quran Surah an-Nisa 4:172
18

8.0 Hukum Mempelajari Falsafah Menurut as-Suyuthi ( 911 Hijrah ) abad ke-10H

Nama lengkap as-Suyuthi adalah Abdul Rahman bin Abu Bakar bin Muhammad bin
Sabiq al-Khudri as-Suyuthi yang diberi gelaran Jalaluddin. Beliau terkenal dengan nama
As-Suyuthi yang dinisbahkan kepada tempat asal keturunnan sebelah ayahnya sebelum
berpindah ke Kaherah. Beliau dilahirkan pada 1 Rejab 849 Hijrah. Beliau telah
menghafaz seluruh al-Quran pada usia 8 tahun. Hal ini menunjukkan kemampuannya
bdalam hafalan yang seterusnya menguatkan beliau untuk menghafal 200,000 hadis.
Beliau menguasai ilmu-ilmu agama dan bahasa, mengarang buku-buku kesusasteraan.
beliau turut menulis berkaitan al-Quran, al-Hadis, Fiqh, sejarah, kesusasteraan dan
banyak lagi. (An-Nasyar, 1947:). Dalam membahaskan hukum mempelajari falsafah,
Imam as-Suyuti berkata:


Sesungguhnya aku melihat untuk mengarang kitab yang menjelaskan
pengharaman Mantiq Yunani melalui jalan-jalan ijtihad dan istidlal
yang menyeluruh dan dengan menyampaikan kebenaran. Aku
menerangkan didalamnya kebenaran apa-apa yang dinyatakan oleh
Ibnus Solah tentang penafian keharusan kepada yang tersebut. Maka
tatkala disyariatkan perkara tersebut menjelaskan kebenaran, menjadi
kelaziman daripadanya membawakan pendapat imam-imam dalam
larangan mereka mendalami ilmu kalam kerana diantara keduanya
(Mantiq Yunani dan ilmu kalam) terdapat persamaan. (An-
Nasyar,1947:3)


Kata-kata Imam as-Sayuti diatas menunjukkan bahawa beliau telah bersetuju
dengan fatwa-fatwa Ibnu Solah. Malah tujuan Imam Sayuti menulis kitab Sounul
Mantiq Wal Kalam An Fannil Mantiq Wal Kalam juga kerana mahu menjelaskan
kebenaran apa-apa yang telah disebut oleh Ibnus Solah berhubung pengharaman
mendalami falsafah Yunani. Imam as-Sayuthi turut menjelaskan bahawa ramai dalam
kalangan mereka yang mengkaji dan menghabiskan masanya dengan falsafah
sebenarnya tidak menekuninya dan tidak memahaminya namun golongan ini tetap
mempertahankan Falsafah Yunani dalam keadaan mereka jahil tanpa ilmu. Mereka
menolak fatwa-fatwa Ibnu Solah tentang pengharaman falsafah sama ada
mempelajarinya mahupun mengajarinya.
19



9.0 Kesimpulan

Kemasukan falsafah Yunani ke dalam Islam melalui kegiatan penterjemahan karya-
karya Yunani telah memberi pengaruh yang amat besar terhadap perkembangan ilmu
Islam. Walaubagaimanapun, umat Islam mempunyai pandangan yang berbeza
terhadap falsafah. Pertama, golongan yang membolehkan mempelajarinya selagi ia
tidak terpesong dari akidah Islam. Dalam erti kata yang lain, mempelajari falsafah
hanya diperbolehkan bagi mereka yang sudah mempunyai pengetahuan yang
mendalam tentang agama Islam. kedua, golongan yang mengharamkan belajar
falsafah dengan alasan falsafah akan merosakkan iman seseorang. Ketiga, golongan
yang mewajibkan belajar falsafah untuk mempertahankan agama Islam.

Penulis berpandangan, tidak salah untuk mempelajari falsafah kerana ia
sememangnya ia bersesuaian dengan syariat. Terdapat banyak dalil yang
menggalakkan manusia untuk meneroka kejadian alam ini melalui jalan berfikir.
Umat Islam pada hari perlu bersaing dengan penganut agama lain bagi memastikan
umat Islam tidak ketinggalan dan bergantung kepada hasil kajian daripada bangsa
lain. Umat Islam perlu digerakkan untuk terus melakukan kajian dan penyelidikan
sesuai dengan tujuan penciptaan manusia sebagai khalifah di bumi ini.
Walaubagaimanapun, sebagai umat Islam, kita masih perlu berhati-hati dalam
mendalami disiplin ilmu ini supaya tidak terpengaruh dengan pendapat ahli falsafah
barat yang bersalahan dengan agama. Antara hikmah perbezaan pandangan diantara
para ulama, penulis mengandaikan kemungkinan ia adalah hikmah kenapa Allah
s..w.t telah mengajar hambaNya untuk berdoa sebagaimana yang telah dirakam
menerusi ayat al-Quran. Firman Allah s.w.t.yang bermaksud
13
:

Dan orang-orang (Islam) Yang datang kemudian daripada mereka (berdoa
dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! ampunkanlah dosa Kami dan dosa
saudara-saudara Kami Yang mendahului Kami Dalam iman
RUJUKAN

13
Al-Quran Surah an-Nahl 59: 10
20

Al-Quran.
Abd. Rasyid Bin Idris @ Adir. 2007. Ibn Taymiyyah Dan Pandangannya Terhadap Konsep
Kenabian Aliran Falsafah Islam al-Masyaiyyah. Disertasi Sarjana. Pusat Pengajian
Ilmu Kemanusiaan. Universiti Sains Malaysia.
Abu Zahrah. 1996. Aliran Politik Dan Aqidah Dalam Islam.Terj.Abd.Rahman Dahlan &
Ahmad Qarib. Gombak: Penerbit EdaranKalam.
Ahmad Sunawari Long. 2008. Sejarah Falsafah. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Al-Ajam. 1993. Ar-Radd Alal Manthiqoyyin: Ibnu Taimiyah. Birut: Darul Fikr
Al-Ayid et.al. 1989. Mujam al-Arabi al-Asasiy. Al-Munazzomah al-Arobiyyah lil al-
Tarbiyyah wa al-Tahaqafah wa al-Ulum.
An-Nasyar. 1947. Sounul Mantiq Wal Kalam An Fannil Mantiq Wal Kalam Li Jalaluddin
As-Sayuthi. Birut: Darul Kutub al-Ilmiah.
Che Amnah Binti Bahari. 2010. Ketokohan Ibnu Qutaybah Di Dalam Ilmu Kalam. Kuala
Lumpur: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
H. Sirajuddin Zar. 2004. Filsafat Islam: Filosof dan Filsafatnya. Jakarta: PT
RajaGrafindoPersada.
Ibnu Rushd. 2006. Makalah Penentu Tentang Hubungan Antara Syariah Dengan Falsafah.
Terj. Al-Mustaqeem Mahmod Radhi. Kuala Lumpur: Middle-Eastern Graduates
Centre Sdn. Bhd.
Mohd Sulaiman Haji Yasin. 1982. Pengantar Falsafah Islam. Kuala Lumpur: DewanBahasa
dan Pustaka.
Nadir. 1986. Kitab Faslul Maqal wa Taqrir ma Baina as- Syariah wal Hikmah min al-Ittisol
Li Ibnu Ruysd. Birut: Darul Masyriq.
Qalaji. 1986. Fatawa wa Masailu Ibnu Solah fi Tafsir wal Hadis wal Usul wal Fiqh. Birut:
Darul Marifah.
21

Shahibuddin Laming. 2006. Pemikiran al-Kindi: Pengaruh Terhadap Intelektual Muslim Di
Malaysia Dan Indonesia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Uni Iskandar Bin Talib. 2005. Pemikiran Ibn Rushd: Suatu Analisis Berhubung Masalah
Falsafah Dan Agama Dalam Kitab Fasl al-Maqal. Disertasi Sarjana. Fakulti
Pengajian Islam. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Wahbah Zuhaili. 1999. Al-Wajiz fi Usulfiqh. Damsyik: DarulFikr.
Zainun Kamal. 1995. Kritik Ibn Taimiyah Terhadap Logika Aristoteles. Tesis Dr. Falsafah,
Fakultas Pasca Sarjana, Institut Agama Islam Negeri Jakarta.

Anda mungkin juga menyukai