Anda di halaman 1dari 1

Penyertaan Thailand dalam SEATO sebenarnya telah mengukuhkan sistem pertahanan ketenteraan Thailand.

Perkara ini jelas melalui bantuan ketenteraan yang diberikan oleh ahli-ahli SEATO yang menyebabkan golongan military Thailand kian meningkat. Jumlah golongan military bertambah meningkat ketika pemerintahan Sarit dengan adanya bantuan untuk mengukuhkan military Thailand daripada Joint United States Military Assistance Group (JUSMAG) dan Military Assitance Command-Thailand (MACTHAI) yang telah memperbaharui Program Bantuan Militari (MAP).1 Melalui SEATO, Thailand telah dapat mengembangkan institusi pendidikan apabila tertubuhnya Sekolah Teknikal Militari SEATO di Bangkok. Sekolah ini terhasil melalui hasil usaha sama antara kerajaan Thailand dan juga Australia.2

Thailand juga menghantar tenaga pengajar mereka untuk menerima latihan di Australia. Selain itu juga, Thailand turut mendapat bantuan dari pihak Australia iaitu bantuan dalam latihan pasukan ketenteraan, tenaga pengajar untuk tentera laut dan tentera udara. Thailand dan Australia juga telah bekerjasama menubuhkan satu bengkel di Bangkok iaitu Vehicle rebuild workshop.3 Thailand telah menghulurkan sumbangan kepada projek usaha sama tersebut iaitu sebanyak 60 peratus daripada perbelanjaan manakala Australia pula menyumbangkan struktur keluli, alat-alat mesin dan peralatan bengkel dan pakar untuk melatih kakitangan. Thailand dan Australia juga telah menyediakan Pusat Latihan Mekanik Motor untuk menambahbaikkan Sekolah Latihan Teknikal Militari pada tahun 1969.4

1 2 3 4

Corrie Phuangkasem. Thailand and SEATO. Bangkok: Thai Watana Panich, hlm. 49 Corrie Phuangkasem. Thailand and SEATO. Bangkok: Thai Watana Panich, hlm. 49 Ibid, 49 Ibid, 49

Anda mungkin juga menyukai