Anda di halaman 1dari 46

Kelompok Sokongan Sosial

Matlamat Kelompok Sokongan Sosial

Format Sesi dan Pendekatan Kaunseling

Komponen Sokongan Sosial yang mengandungi 36 SesI Kelompok

MATLAMAT

Menyediakan kelompok perbincangan yang selamat bagi klien mempraktikkan semula kemahiran bersosial Memberi peluang klien yang telah pulih menjadi role model kepada klien baru Menggalakkan serta meluaskan sistem sokongan dan memulihkan perhubungan klien menghadiri perjumpaan 12 langkah atau perjumpaan Kelompok Sokong Bantu. Menyediakan persekitaran yang kurang berstruktur dan kelompok yang lebih berdikari bagi membantu klien maju dalam proses rawatan seperti mengikut kelompok kemahiran kepulihan awalan dan kelompok rawatan dan pemulihan melalui sokongan kelompok tanpa sokongan klinikal.

Kelompok KSS yang intensif bagi penagih ATS ini mengandungi 36 sessi KSS diadakan seminggu sekali bagi tempoh 36 minggu. Sesi KSS akan bertindih selama 2 minggu terakhir fasa intensif bagi membolehkan klien meneruskan aktiviti kelompok selama 9 bulan selepas mengikut komponen utama. Komponen Utama rawatan ialah Kemahiran Pemulihan Awalan, Rawatan dan Pemulihan dan Pendidikan Keluarga.

FORMAT SESI DAN PENDEKATAN KAUNSELING

Klien yang telah mencapai kepulihan yang stabil dan sudah menghadiri 12 minggu atau lebih sesi kelompok Kemahiran Kepulihan Awalan dan sesi kelompok pencegahan relaps perlu mula menghadiri sesi KSS.

FORMAT SESI DAN PENDEKATAN KAUNSELING

Kelompok KSS ialah sesi perbincangan awalan Setiap sesi akan berlangsung selama 90 minit Peserta kelompok dihadkan seramai 10 orang Ia bertujuan bagi memberi peluang kepada setiap klien mengambil dalam setiap sesi yang dijalankan. Klien yang pernah menjadi co-leader semasa menyertai kelompok Kemahiran Kepulihan Awalan atau perjumpaan kelompok rawatan dan pemulihan digalakkan menjadi fasilitator Fasilitator ini akan diawasi dan diselia oleh Kaunselor Peranan Fasilitator Klien adalah untuk membantu dalam perbincangan supaya ia dapat dijalankan dengan lancar.

KELOMPOK SOKONGAN SOSIAL


4. Kekuatan dalam kepulihan 3. Kecekapan intelektual

2. Kestabilan emosi

5. Aktif dalam melibatkan diri dengan program

CIRI-CIRI FASILITATOR
1. Dipilh dengan cermat

6. Berjumpa dan berbincang dengan Kaunselor sebelum dan selepas perjumpaan

PERANAN FASILITATOR DALAM PERBINCANGAN

Mendengar apa yang klien cakap Membantu dan memberi penjelasan tentang perkara yang mereka ingin sampai tetapi tidak bercakap bagi pihak klien atau memberikan jawapan kepada mereka. Menggalakkan ahli kelompok menerima dan menyokong satu sama lain. Memberi fokus dan tidak berlagak atau menguasai perbincangan. Membenarkan klien keluar sedikit dari topik perbincangan asal jika ia relaven dengan program dan keadaan semasa. Mengawal perbincangan terutama dalam sesi perkongsian pengelaman supaya ia tidak menjadi pencetus kepada penagihan semula. Memastika kelompok tidak dikuasai oleh individu tertentu terutama dalam perbincangan.

PERANAN FASILITATOR DALAM PERBINCANGAN


(sambungan)

Memastikan kelompok tidak dikuasai oleh seorang atau dua orang ahli kelompok supaya setiap ahli kelompok berpeluang mengambil bahagian dalam perbincangan. Mengelak daripada membuat generalisasi Mengelak daripada menanya soalan kenapa kepada ahli kelompok seperti mempersoalkan tindakan atau motivasi mereka.

PERANAN KAUNSELOR

Mengalu-alukan kehadiran Memperkenalkan topik perbincangan pada sesi itu. Membawa perbincangan yang merangkumi topik sesi dan isu-isu abstinen Perbincangan masalah klien alami sementara cuba membina cara hidup abstinen. Menyenaraikan topik-topik sesi khas serta soalan-soalan yang berkaitan dan yang boleh digunakan oleh kaunselor dan fasilitator klien dalam menggalakkan perbincangan kelompok. Mengadakan kaunseling individu lanjutan bagi klien yang memerlukan perhatian seterusnya ( Klien yang baru relaps, sedang menghadapi krisis pribadi Buat rumusan isu-isu penting yang berkaitan dengan topik yang telah dibincangkan.

TOPIK PERBINCANGAN KSS - UMUM

Terdapat 36 topik dan sessi perbincangan bagi program ini . Topik ini menjelaskan konsep utama dalam kepulihan dan cadangan perkara-perkara yang perlu difokuskan dalam perbincangan KSS Setiap topik dan soalan boleh digunakan oleh kaunselor dan fasilitator klien untuk memulakan perbincangan dalam KSS. Deskripsi berkaitan sesi dan edaran daripada Kemahiran Kepulihan Awalan Dan Rancangan Pemulihan yang merupakan sebahagian daripada rawatan disenaraikan selepas soalansoalan topik tertentu. Semasa perbincangan, kaunselor boleh memilih untuk membincangkan topik yang tidak disenaraikan yang telah ditentukan atas keperluan klien dalam kelompok individu tertentu terutama dalam perbincangan.

TOPIK PERBINCANGAN KSS MENGIKUT SETIAP SESI PERBINCANGAN

Penuaan (Aging) Kemarahan Sokongan Kebergantungan (Co-Dependency) Komitmen Kompulsi (Compulsions) Kawalan Gian Kemurungan Emosi Ketakutan Persahabatan Keseronokan (Fun) Kesedihan (Grief) Perasaan Bersalah (Guilt) Kegembiraan Keakraban ( Intimacy) Kejujuran Pengasingan (Isolation)

TOPIK PERBINCANGAN KSS MENGIKUT SETIAP SESI PERBINCANGAN


(Sambungan .)

Justifikasi Topeng (Masks) Bebanan (Overwelmed) Kesabaran Fizikal Kepulihan Rejeksi Relaksasi ( Ketenangan) Peraturan (rules) Penjadualan Sikap Pentingkan Diri Seks Kebijaksanaan Kerohanian Berhenti Memikirkan Sesuatu ( Thought Stopping) Pencetus (Trigger) Kepercayaan Pekerjaan

1. PENUAAN (AGING)

Apakah pandangan anda tentang proses penuaan? Apakah aspek negatif yang anda perhatikan? Apakah perkembangan positif yang boleh anda perolehi apabila umur meningkat? Bagaimanakah proses penuaan mempengaruhi anda untuk kekal abstinen dan kekal dalam kepulihan ? Adakah ini kali pertama anda menyertai program Kepulihan? Jika bukan, adakah perbezaan dalam proses kepulihan yang anda dapat perhatikan pada kali ini? Bila anda tua, adakah penting bagi anda untuk mengikuti perjumpaan 12 Langkah atau Kelompok Sokong Bantu yang mengandungi ahliahli yang sebaya dengan anda?

Semakin banyak masa anda telah berikan kepada pemulihan, bagaimanakah anda boleh mengekalkan kepulihan anda dengan lebih bersemangat?

2. KEMARAHAN

Apakah perasaan anda terhadap cara anda menangani kemarahan? Apakah perasaan anda apabila anda dijadikan sasaran kemarahan? Adakah kemarahan itu mencetuskan relaps bagi anda? Bagaimana ia berlaku? Apakah strategi atau tingkahlaku yang boleh membantu anda dalam menangani kemarahan? Bagaimanakah anda boleh mengelak untuk menjadi pasif-agresif pabila seseorang memarahi anda? Rujukan: Sesi RP 23 Menguruskan Kemarahan Edaran RP 23 Menguruskan Kemarahan

3. SOKONG KEBERGANTUNGAN (CO-DEPENDENCY) (Sambungan .)

Apakah kefahaman anda tentang konsep sokong kebergantungan atau co-dependency? Siapakah yang mempunyai hubungan sokong kebergantungan dengan anda? Bagaimana hubungan ini mempengaruhi kepulihan anda? Semasa kepulihan, perubahan apa yang telah anda lakukan untuk menguruskan hubungan codependency ini? Apakah strategi dan teknik yang akan anda gunakan untuk menggelakkan hubungan codependency pada masa akan datang?

4. KOMITMEN

Apakah kefahaman anda tentang komitmen dengan kepulihan anda? Apakah perkara atau orang yang anda komitkan pada masa lepas? Apakah komitmen anda masa kini? Betapa pentingkah komitmen keluarga dan kawan-kawan terhadap kepulihan anda ? Betapa pentingkah komitmen anda kepada kawankawan dan klien yang lain dalam kepulihan? Bagaimanakah anda akan mengekalkan komitmen anda untuk proses pemulihan dan kekal pulih ?

5. KOMPULSI
(COMPULSIONS)

Apakah yang telah anda lakukan untuk menggelakkan diri memindahkan kebergantungan dadah ke tingkahlaku kompulsif yang lain? Apakah tingkahlaku kompulsif yang anda mudah lakukan? Adakah semua tingkahlaku kompulsif buruk? Bagaimanakah dengan berada dalam kepulihan boleh membantu anda mengawal kehidupan semula anda? Apakah yang boleh anda lakukan untuk mengelakkan sidrom pelanggaran abstinen (abstinen violation syndrome? Rujukan: Sesi RP 28 Tingkahlaku kompulsif Edaran RP 28 Tingkahlaku kompulsif

6. KAWALAN

Bagaimanakah anda membezakan perkara-perkara yang anda boleh kawal dengan perkara-perkara yang anda tidak boleh kawal? Bagaimanakah anda bertindak terhadap perkara yang anda boleh kawal? Bagaimanakah kehadiran dalam perjumpaan 12 langkah dan Kelompok Sokong Bantu dapat membantu anda menguruskan isu ini? Apakah tindakan yang anda ambil untuk mencapai keseimbangan dan ketenteraman dalaman hidup anda? Aspek dalam hidup anda yang anda perlu berubah untuk kekal abstinen dan kekal dalam kepulihan ? Rujukan: Sesi RP 27 Doa Edaran RP 27 Doa

7. KEMURUNGAN

Adakah rasa tertekan itu trigger untuk anda? Bagaimanakah anda mengenalpasti bahawa anda berada dalam tertekan? Bagaimanakah perasaan tertekan berubah apabila anda telah menyertai program rawatan dan pemulihan? Apakah peristiwa, orang dan perasaan yang menyumbang kepada perasaan tertekan anda? Bagaimanakah anda bertindak apabila anda mengenalpasti bahawa anda mengalami tekanan? Apakah strategi dan teknik yang dapat membantu anda untuk mengelakkan perasan tertekan? Apakah strategi dan teknik yang dapat membantu anda mengatasi perasaan tertekan? Rujukan: Sesi RP 29 Bertindak terhadap perasaan dan rasa tertekan. Edaran ERS 5 Perjalanan untuk kepulihan. Edaran RP 29 Bertindak terhadap perasaan dan rasa tertekan.

8. EMOSI

Adakah emosi tertentu bertindak sebagai trigger untuk anda? Apakah emosi tersebut? Bagaimanakah proses kepulihan memberikan anda kesedaran yang lebih tentang emosi anda? Bagaimanakah anda bertindak terhadap emosi yang berisiko seperti kesunyian, kemarahan dan rasa tertekan? Semasa menjalani kepulihan, apa yang anda telah pelajari tentang bagaimana untuk mengasingkan emosi daripada tingkahlaku? Apakah strategi dan teknik yang dapat membantu anda mengekalkan keseimbangan emosi?
Rujukan: Sesi RP 18 : Trigger Emosi Sesi RP 29 Bertindak terhadap perasaan dan rasa tertekan. Edaran RP 18 Trigger Emosi. Edaran RP 29 Bertindak terhadap perasaan dan rasa tertekan.

9. KETAKUTAN

Apabila anda menyertai program rawatan, apakah aspek pemulihan yang anda takuti ? Adakah ketakutan anda terhadap kepulihan berubah semenjak anda menyertai rawatan? Apakah yang dapat membantu anda menyingkirkan perasaan takut itu? Apakah yang anda fikirkan atau fokuskan apabila anda ingin meninggalkan program rawatan? Apabila anda berada dalam proses kepulihan, apakah strategi dan teknik yang dapat membantu anda meminimumkan perasaan takut itu?

10. PERSAHABATAN

Apakah pemahaman anda tentang persahabatan berubah semenjak anda menyertai program rawatan? Sebelum anda menyertai program rawatan, persahabatan anda berdasarkan apa? Sekarang, apakah kualiti yang anda cari atau inginkan daripada seseorang kawan? Bagaimanakah dengan berkawan dapat membantu proses pemulihan anda? Apakah rancangan anda apabila anda mencari kawan baru yang boleh memberikan sokongan kepada kepulihan anda dan cara untuk mengekalkan persahabatan sekarang?

Rujukan: Sesi RP 25 : Mendapat Kawan Baru Sesi RP 26 : Memperbaiki Hubungan. Edaran RP 25 Mendapat Kawan-Kawan Baru. Edaran RP 25 Memperbaiki Hubungan

11. KESERONOKAN ( FUN)

Bagaimanakah aktiviti yang menyeronokan dan menyenangkan telah berubah sejak anda menyertai program rawatan? Apakah yang anda buat sekarang untuk keseronokan dan ketenangan? Dengan siapakah anda biasanya berseronok? Bagaimanakah keseronokan dapat membantu anda kekal abstinen dan mengekalkan kepulihan ? Bagaimanakah anda akan mengabungkan aktiviti dan hobi baru dalam kehidupan anda?

Rujukan: Sesi RP 31 : Melihat ke hadapan; mengurus masa tidak gembira. Sesi Elektif C : Aktiviti-aktiviti rekreasi Edaran RP 31 Melihat ke hadapan; mengurus masa tidak gembira. Edaran Elektif C : Aktiviti-aktiviti rekreasi

12. KESEDIHAN (GRIEF)

Apakah pengelaman kesedihan yang pernah anda alami? Adakah kesedihan trigger bagi anda? Bagaimana ia berlaku? Adakah cara anda menangani kesedihan berubah sejak anda menyertai program ini? Bagaimana anda bertindak untuk mengatasi perasaan sedih sekarang? Apabila anda mengalami kesedihan, siapakah yang akan anda rujuk? Apabila strategi dan teknik yang anda akan gunakan untuk menggelakkan kesedihan mengganggu kepulihan anda?

13. PERASAAN BERSALAH ( GUILT)

Bagaimanakah perasaan bersalah berbeza dengan perasaan malu? Bolehkah rasa bersalah menjadi faktor positif dalam kepulihan anda? Bagaimana? Bagaimanakah rasa bersalah boleh menyebabkan anda tergelincir dari kepulihan? Apakah yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan perasaan bersalah yang anda alami? Apakah peranan dan tanggungjawab ke atas tindakan dahulu boleh membantu kepulihan anda? Rujukan: Sesi RP 5 Rasa bersalah dan Malu. Edaran RP 5 Rasa bersalah dan malu

14. KEGEMBIRAAN

Semenjak anda menyertai program rawatan, bilakah anda rasa gembira? Apakah yang menjadikan anda rasa gembira?. Semenjak anda menyertai program rawatan, apakah perkara perubahan yang membuatkan anda gembira ? Adakah anda rasa kegembiraan tersebut perlu untuk proses kepulihan anda? Bagaimanakah persahabatan membantu anda menjadi gembira? Apakah strategi dan teknik yang boleh membantu anda menghadapi masa yang anda rasa tidak gembira?

15. KEJUJURAN

Semenjak anda menyertai program rawatan, bagaimanakah kefahaman awak tentang keakraban telah berubah?. Apakah kebimbangan dan ketakutan anda terhadap kemesraan? Adakah fungsi seks bertindak sebagai trigger bagi anda? Bagaimana? Adakah anda mengharapkan perhubungan yang akrab dan prihatin? Bagaimanakah perhubungan yang akrab boleh membantu dalam kepulihan anda? Rujukan: Sesi Pencegahan Relaps 10 : Seks dan Kepulihan Edaran RP 10 Seks dan Kepulihan

16. PENGASINGAN (ISOLATION)

Adakah masa lapang dan bersendirian bertindak sebagai trigger bagi anda? Bagaimana?. Bagaimanakah perasaan pengasingan mempunyai hubungkait dengan penyalahgunaan dadah? Bagaimanakah penjadualan aktiviti membantu anda dalam menggelakkan pengasingan? Setakat manakah dengan penyertaan dalam perjumpaan 12 Langkah atau Kelompok Sokong Bantu membantu anda dalam menggelakkan pengasingan? Apakah aktiviti yang boleh anda sertai sendiri yang dapat menggelakkan anda mengalami pengasingan?

Rujukan: Edaran RP 2 - Kebosanan Edaran RP 6 Kekal Sibuk

17. JUSTIFIKASI

Apakah justifikasi relaps yang menjadikan anda mudah tersinggung?. Emosi apakah yang menyebabkan anda wujudkan justifikasi relaps? Apakah bahayanya apabila anda membuat andaian bahawa masalah kebergantungan anda kepada dadah adalah dibawah kawalan? Bagaimanakah kebijaksanaan itu penting untuk membantu anda terus abstinen dan kekal dalam kepulihan? Semasa menjalani program rawatan, apakah strategi atau teknik yang telah anda pelajari untuk menghadapi justifikasi relaps?

Rujukan: Edaran RP 16 Justifikasi Relaps 1 Edaran RP 21 Justifikasi Relaps 2

18. TOPENG (MASKS)

Bagaimanakah anda menggunakan topeng untuk melindungi perasaan anda, menunjukkan perasaan anda yang berlainan dengan perasaan sebenar? Dalam keadaan yang bagaimana anda akan melindungi perasaan anda? Setakat manakah perlindungan perasaan itu berubah semenjak anda menyertai program rawatan? Bagaimanakah dengan melindung kan perasaan sebenar boleh menjejaskan kepulihan anda? Bagaimanakah perasaan jujur kepada diri sendiri dan orang lain penting dalam program pemulihan anda?

Rujukan: Sesi RP 8 Kebenaran Edaran RP 8 Kebenaran

Apakah yang menjadi anda berasa berbeban? Bagaimanakah perasaan berbeban itu menjejaskan tingkahlaku anda? Bagaimanakah tidakbalas anda terhadap bebanan itu berubah semenjak anda dalam rawatan?

19. Beban
( OVERWHELMED)

Apakah risiko terhadap perasaan berbeban itu berhubung dengan pemulihan anda? Apakah yang perlu anda buat memastikan anda tidak terasa berbeban? (i) Sesi pencegahan relapse 20 : Mengenali tekanan (ii) Sesi pencegahan relapse 22 : Mengurangkan tekanan

Bagaimanakah kesabaran membantu anda dalam pemulihan? Masa bilakah anda rasa susah bersabar? Adakah terdapat yang menjadi anda terlalu sabar? Apakah itu? Kenapa boleh menjadi buruk kalau anda terlalu sabar?

20. Kwsabaran

Bagaimanakah penyertaan langkah 12 atau perjumpaan saling bantu menolong anda menjadi lebih sabar? Apakah strategi atau teknik yang anda pelajari dalam membantu anda menjadi lebih bersabar?

Bagaimanakah pemulihan anda berhubungkait dengan selfesteem anda? Semasa pemulihan, bagaimanakah badan anda telah berubah? Apakah aktiviti atau senaman baru yang anda ikuti sejaknya mengikut rawatan?

21. Fizikal

Bagaimanakah anda mula menjaga kesihatan anda dengan lebih baik? Kenapakah penting untuk menjaga kesihatan anda supaya pemulihan dikekalkan?
(i) Sesi pencegahan relapse 19 : Penyakit (ii) Sesi pencegahan telapse 17 : Menjaga diri (iii) Lembaran kerja RP 19 Penyakit (iv) Lembaga Kerja RP 17 Menjaga diri

Adakah motivasi untuk pemulihan berubah sejak anda mengikuti rawatan? Bagaimana ianya berubah? Setakat ini, apakah cabaran terbesar keapda pemulihan anda? Apakah kemenangan anda yang paling besar? Daripada siapakah anda medapat galakkan dan inspirasi untuk pemulihan? Adakah anda mempunyai role-model untuk pemulihan?

22. Pemulihan

Bagaimanakah dengan menghadiri perjumpaan 12 langkah atau saling-bantu dapat membantu anda dalam pemulihan? Ketika anda dalam proses pemulihan, apakah aspek yang paling penting yang perlu anda fokus?
(i) Sesi Pencegahan Relapse 7 : Motivasi untuk pemulihan (ii) Lembaran Kerja RP7 Motivasi untuk pemulihan

Adakah perasaan penolakan membuat anda menyalahgunakan dadah? Bagaimanakah ia berlaku? Bagaimanakah cara anda menangani penolakan telah berubah sejak anda mengikuti rawatan? Bagaimanakah sokongan kawan-kawan dan keluarga membantu anda menangani penolakan.

23. Penolakan

Apabila anda membuat perubahan dan memperbaiki perhubungan, sesetengah orang enggan memaafkan anda. Bagaimanakah anda menghadapi penolakan ini?

Apakah strategi dan teknik yang akan anda guna untuk menjelaskan penolakan ketika anda dalam proses pemulihan?
(i) Sesi pencegahan relapse 26 : Memperbaiki hubungan (ii) Lembaran Kerja RP 26 Memperbaiki perhubungan

Bagaimanakah perkara-perkara yang anda lakukan untuk relaks berubah sejak anda mengikuti rawatan? Adakah perhiburan dan masa jatuh adalah trigger untuk anda? Setakat manakah anda dapat mengasingkan relaks dengan penggunaan dadah?

24. Relasation

Adakah anda lebih cenderung relaks sendiri atau bersama kawankawan dan keluarga? Kenapa? Bagaimanakah anda relaks dan kekalkan pemulihan dengan cara menjadualkan aktiviti dan pualu keseronokan? (i) Sesi pencegahan relapse 31 : Melihat ke hadapan, menguruskan masa jatuh (ii) Sesi elektif C : Aktiviti rekreasi

(iii) Lembaran Kerja RP31 : Melihat ke hadapan, menguruskan masa jatuh. (iv) Lembaran Kerja Elektif C Aktiviti rekreasi

Bagaimanakah anda bertindak terhadap peraturan secara umum? Bagaimanakah anda bertindak kepada peraturan yang anda perlu hadapai semasa rawatan?

Apakah peraturan yang anda mengenakan pada diri anda?


Bagaimanakah anda seimbangkan struktur yang dibenarkan oleh peraturan dengan keperluan untuk relaks dan berseronok? Bagaimanakah panduan 12 langkah atau program saling-bantu menyokong abstinence dan pemulihan anda?

25. Peraturan

Apakah peraturan yang penting untuk anda ketika anda bergerak ke depan dalam pemulihan?

Dari segi apa anda mengguna jadual semasa pemulihan? Bagaimanakah ia membantu menyokong pemulihan anda? Adakah anda menggunakan jadual pada setiap masa atau sekalisekala? Pada masa apakah yang didapati menggunakan jadual sangat membantu?

Kenapakah membuat jadual sukar untuk apa?

26. Membuat Jadual

Bagaimanakah kawan-kawan dan keluarga menyokong anda membuat jadual? Adakah anda akan terus menggunakan jadual setelah anda selesai rawatan? Kenapa Ya, Kenapa Tidak? (i) Sesi 1 Kemahiran Pemulihan awal : berhentikan kitaran

(ii) Lembaran Kerja SCH 1 Kepentingan membuat jadual

Dari segi apa mementingkan diri sendiri menyebabkan anda bergantung kepada dadah? Adakah masa yang mana adalah lebih baik pentingkan diri sendiri ? Bila? Bagaimanakah sikap mementingkan diri sendiri memberbahayakan pemulihan anda? Bagaimanakah keluarga dan kawan-kawan membantu anda menjadi kurang pentingkan diri sendiri? Bagaimanakah 12 langkah atau program saling bantu membantu anda menjadi kurang pentingkan diri sendiri? Adakah anda setuju kedekut untuk menggunakan masa untuk senama, relaks, meditasi atau menulis diari sendiri? Kenapa Ya, Kenapa Tidak?

27. Kepentingan diri

Adakah seks satu trigger untuk anda? Bagaimana?


Apa yang membezakan seks impusif dengan seks kemesraan? Bagaimanakah seks impusif membawa kepada relapse?

28. Seks

Bagaimanakah perhubungan yang mesra membantu menyokong pemulihan anda? Apa yang anda lakukan untuk mengalakkan kesihatan dan perhubungan mesra dalam hidup anda? (i) Sesi pencegahan relapse 10 : seks dan pemulihan

(ii) Lembaran kerja RP 10 seks dan pemulihan

Kenapakah will power yang curam tidak mencukupi untuk anda kekal abstinent dan dalam pemulihan? Bagaimanakah menjadi bijak sebagai sebahagian dari pemulihan yang kuat? Bagaimanakah anda mengendalikan situasi yang mana anda cenderung kepada relapse membantu anda kekal abstinent dan dalam pemulihan?
Bilakah anda cuba menjadi kuat sebaliknya bijak? Apakah keputusannya?

29. Kebijaksanaan

Apakah strategi dan teknik yang akan anda gunakan untuk menjadi bijak seasa anda bergerak ke depan dalam pemulihan? (i) Sesi pencegahan relapse 13 : Menjadi Bijak Bukan Kuat
(ii) Lembaran Kerja RP13 : Menjadi Bijak Bukan Kuat

Bagaimanakah anda mendefinisikan kerohanian? Adakah definisi tersebut berubah kerana mengikuti rawatan? Kenapa adalah penting untuk pemulihan anda mempunyai komponen kerohanian? Bagaimanakah menghadiri 12 langkah dan perjumpaan salingbantu membantu anda kekal abstinent dalam pemulihan?

30. Kerohanian

Apakah kualiti yang penting bagi anda dalam memilih untuk menghadiri 12 langkah atau kumpulan saling-bantu? Selain dari menghadiri perjumpaan, apakah elemen kerohanian lain yang anda gabungkan dengan hidup anda semasa pemulihan? Adakah anda akan terus praktikkannya? (i) Sesi pencegahan Relapse 27 : Serenity Prayer (ii) Sesi Pencegahan Relapse 30 : 12 langkah dan program saling bantu. (iii) Lembaran Kerja RP 27 : Serenity Prayer (iv) Lembaran Kerja RP30 : Program 12 - Langkah

Bagaimanakah berhentikan pemikiran membantu anda menangani cravings untuk guna dadah? Berikan contoh yang spesifik?

Mana satu teknik berhentikan pemikiran yang paling berkesan bagi anda? Kenapa? Apa yang anda visualise apabila anda menggunakan teknik berhentikan pemikiran? Adakah anda rasa pemikiran di bawah kawalan anda sekarang berbanding dengan semasa baru mengikuti rawatan? Kenapa Ya, Kenapa Tidak?
Apakah peranan yang dimainkan oleh berhentikan pemikiran dalam pemulihan anda setelah anda selesai rawatan? (i) Kemahiran pemulihan awal sesi 1 : berhentikan kitaran

31. Berhentikan Pemikiran

(ii) Lembaran kerja T : RS 1C Teknik berhentikan pemikiran

Apakah triggers yang anda masih berhadapan dalam kehidupan seharian? Adakah tringgers yang anda tidak boleh elakkan? Bagaimana anda berhadapan dengan triggers sebegini? Bagaimanakah dengan mencartakan triggers luaran dan dalaman anda membantu menguatkan pemulihan anda?

32. Triggers

Bagaimanakah keluarga dan kawan-kawan menolong anda berhadapan dengan triggers? Apakah strategi dan teknik menolong anda hentikan triggers untuk menghadapi cravings kepada dadah? Sesi kemahiran pemulihan awal 2 : Mengenalpasti triggers luaran (ii) Sesi kemahiran pemulihan awal 3 : Mengenalpasti triggers dalaman (iii) Lembaran Kerja ERS 1A Triggers (iv) Lembaran Kerja ERS 2B Carta Triggers Luaran (v) Lembaran Kerja ERS 3B Carta Triggers Dalaman (i)

Bagaimanakah kurang kepercayaan menjejaskan perhubungan dalam kehidupan anda? Kenapa adalah penting bagi kawan dari keluarga anda mempercayai anda semasa anda dalam pemulihan? Sebagai tambahannya terhadap kekal abstinent, apakah harus anda lakukan untuk mendapat balik kepercayaan orang lain terhadap anda?

33. Kepercayaan

Kalau orang lain kurang percaya anda dalam abstinent dan pemulihan, bagaimanakah anda bertindak? Apakah anda harus buat jika kepercayaan itu tiada lagi dalam sesuatu perhubungan?
Bagaimanakah dalam mengadakan kepercayaan kepada ahli kelompok rawatan dan juga langkah 12 atau saling-bantu menolong anda dalam pemulihan? (i) Sesi Pencegahan Relapse 12 : Kepercayaan

(ii) Lembaran Kerja RP12 : Kepercayaan

Bagaimana kerja anda mempengaruhi pemulihan? Adakah ia menjadikan pengaruh positif? Pengaruh Negatif? Apakah langkah-langkah yang anda ambil untuk mengimbangkan antara kerja dan pemulihan? Adakah berjaya? Bagaimanakah pengimbangan antara kerja dan pemulihan berubah seasa anda maju dalam pemulihan?

34. Kerja

Pernahkah anda fikirkan untuk berhenti kerja? Apakah risiko yang akan hadapi dengan berbuat demikian? Apakah kebaikannya? Selain dariada wang, apakah ganjaran untuk kerja anda? (i) Sesi Pencegahan Relapse 4 : Kerja dan Pemulihan

(ii) Lembaran Kerja RP4 Kerja dan Pemulihan

Anda mungkin juga menyukai