Anda di halaman 1dari 22

KURIKULUM MATEMATIK

Just another WordPress.com site


HOME MATHEMATICS ANXIETY MUAT TURUN PROBLEM SOLVING RUJUKAN TENTANG KAMI

DEC 02 2011
LEAVE A COMMENT
KURIKULUM, PENGENALAN

PENGENALAN DAN DEFINISI KURIKULUM


Apabila berbicara tentang kurikulum pelbagai perkara akan terlintas di fikiran kita. Ada yang berpendapat bahawa ianya adalah sukatan mata pelajaran, huraian sukatan matapelajaran dan rancangan pengajaran harian. Namun adakah apa yang disenaraikan tersebut adalah definisi kurikulum yang sebenar? Jadi mari kita lihat apakah itu definisi kurikulum. Definisi kurikulum dapat diterangkan dalam pelbagai perspektif. Tiga perspektif yang ingin dibincangkan adalah dari segi bahasa, sejarah dan juga pendapat pakar-pakar pendidikan. Tiga perspektif ini dipilih agar kita dapat melihat definisi kurikulum secara mendalam dalam pelbagai sudut dan tidak hanya membataskan definisi tersebut dari segi bahasa semata-semata. Dari segi bahasa, kurikulum merupakan kata pinjam dari bahasa Inggeris iaitu curriculum yang membawa maksud bidang pengajaran di sekolah berdasarkan kamus dwibahasa (1922). Sekiranya kita lihat maksud tersebut ia merangkumi semua bidang pengajaran di sekolah tanpa menghadkan manamana bidang tertentu sahaja.

Dari segi sejarah pula, curriculum berasal daripada Latin. Perkataan ini mula digunakan sekitar tahun 400 SM, ketika zaman Plato di mana ia membawa maksud ruang sesi pembelajaran berlansung. Ketika itu, kanak-kanak di Bandar Athens telah mengikuti satu bentuk kurikulum pendidikan di mana ketika mereka berpeluang belajar pelbagai jenis ilmu ketika di sekolah. Dari segi pendapat pakar pendapat pendidikan, pelbagai pendapat yang berbeza dapat dilihat apabila kita mencari definisi kurikulum. Antara yang dipetik adalah menurut Hirst(1975) dalam Pengurusan Kurikulum, beliau mendefiniskan kurikulum sebagai satu program yang mengandungi aktiviti pembelajaran dan disusun oleh guru untuk membolehkan murid-murid mencapai objektif yang ditentukan. Sekiranya kita lihat definisi kurikulum dari ketiga-tiga perspektif, dapat kita rumuskan kurikulum merupakan suatu perkara yang luas dalam pendidikan dimana ia melibatkan perancangan bagaimana pengajaran dan pembelajaran harus dilaksanakan dan mempunyai objektif tertentu yang harus dicapai semasa sesi pelaksanaannya berlangsung. Tagged Penulisan Ilmiah

DEC 02 2011
LEAVE A COMMENT
KURIKULUM

PROSES PERKEMBANGAN KURIKULUM


Kurikulum berkembang mengikut proses aliran yang bermula dengan pembentukkannya terlebih dahulu. Selepas kajian dan perancangan yang berkaitan, maka terbentuklah satu kurikulum yang dimana ianya disebarkan di medium seperti sekolah. Selepas itu proses pengajaran kurikulum tersebut akan berlangsung. Ketika proses ini berlangsung, pelbagai penilaian akan dijalankan untuk mengetahui sejauh mana keberkesanan kurikulum tersebut. Setelah kelemahan dikenal pasti dan dikaji, maka pembaharuan akan dilakukan untuk memastikan kurikulum sedia ada kekal relevan dan sesuai dengan peredaran masa dan perkembangan teknologi.

Tagged Penulisan Ilmiah

DEC 02 2011
LEAVE A COMMENT
KURIKULUM

PEMBENTUKAN KURIKULUM
Pembentukan kurikulum merupakan bahagian pertama dalam perkembangan kurikulum. Aspek pertama dalam membentuk kurikulum ialah rasional. Rasional adalah penting kerana ia memberi penjelasan kepada perlunya wujud satu kurikulum itu selain mengemukakan alasan atau sebab serta asas kepada kewujudan kurikulum itu. Dengan adanya alasan-alasan itu, maka rasional memberi panduan dan hala tuju bagi menyelesaikan atau mengurangkan masalah itu. Kepentingan rasional dalam pembentukan sesuatu kurikulum itu sangat tinggi kerana rasional merupakan asas dan panduan dalam pembentukan kurikulum. Jadi, perhatian yang mendalam dan sempurna perlu diberi dalam pembentukan rasional bagi satu-satu kurikulum. Sekiranya bahagian rasional didapati memuaskan, maka aktiviti seterusnya akan dilakukan iaitu proses pembentukan objektif bagi kurikulum tersebut.

Objektif didefinisikan sebagai sesuatu yang telah ditentukan yang perlu dicapai oleh pelajar mengikut tahap-tahap objektif itu (Razali Arof, 1991). Objektif ini dibahagikan kepada beberapa peringkat seperti objektif negara (paling umum), objektif kementerian, objektif sekolah/maktab/universiti dan akhir sekali objektif pengajaran (harian/khusus). Objektif umum lebih menyeluruh berbanding dengan objektif khusus, namun objektif khusus tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk dicapai jika dibandingkan dengan objektif umum. Kalaulah rasional menjawab soalan mengapa atau kenapa satu-satu kurikulum itu harus dibentuk, objektif pula menjawab soalan apa yang harus dicapai oleh kurikulum yang mahu dibentuk itu. Setelah kita berbincang tentang konsep objektif, perkara yang seterusnya adalah mengenalpasti dan memilih objektif. Objektif mesti dipelbagaikan mengikut domain-domain yang ada dalam tiap-tiap individu iaitu domain kognitif , psikomotor dan afektif supaya domain-domain itu dapat berfungsi dan berada dalam keadaan yang baik dan penuh produktif. Sebelum objektif yang sebenar dan tepat itu dipilih, beberapa kriteria pemilihan akan dibuat. Diantara perkara yang termasuk di dalam kriteria pemilihan objektif itu ialah objektif mestilah selari dengan rasional kurikulum tersebut. Sekiranya objektif yang dipilih tidak selari dengan rasional kurikulum tersebut, ianya sia-sia kerana pencapaian objektif tersebut tidak akan dapat menyelesaikan masalah yang telah dikenalpasti dalam rasional kurikulum itu. Kriteria kedua ialah objektif tersebut boleh dicapai dah boleh diajar. Kriteria keupayaan untuk mencapai objektif itu memberi makna bahawa pelanggan atau penerima kurikulum yang dibentuk itu berupaya untuk mencapai objektifnya. Seterusnya kebolehan dan keupayaan untuk melaksanakan kurikulum itu bagi mencapai objektifnya juga penting untuk dipertimbangkan. Selain itu juga, perlulah dipastikan bahawa setiap objektif yang dipilih untuk dijadikan objektif kurikulum itu mestilah saling menyokong dan tidak pula sebaliknya. Sesuatu kurikulum itu akan cacat sekiranya mempunyai objektif-objektif yang bertelingkah atau bercanggah. Tiap-tiap objektif itu patut dilihat dan dinyatakan mengikut apa yang akan diperolehi atau dikuasai oleh pelajar diakhir sesuatu program. Ianya perlulah jelas menunjukkan hasil yang akan diperolehi oleh pelajar, bukanlah oleh pengajar atau pihak lain. Tagged Penulisan Ilmiah

DEC 02 2011
LEAVE A COMMENT
KURIKULUM

ISI KURIKULUM
Setelah meneliti tentang objektif, langkah seterusnya adalah membincangkan aspek-aspek mengenai isi dalam kurikulum. Isi dalam kurikulum merupakan ilmu pengetahuan yang hendak diajar kepada pelajar-

pelajar. Namun demikian, ianya bukalah objektif sesuatu kurikulum sebalikya isi merupakan alat untuk mencapai objektif itu. Isi boleh merupakan kajian seperti peristiwa kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka, peristiwa mencapai kemerdekaan sesebuah negara dan sebagainya. Isi juga boleh merupakan fakta-fakta atau maklumat mengenai peristiwa atau kejadian tersebut. Selain itu, isi juga boleh merupakan konsep misalnya semua konsep yang terlibat atau terdapat dalam peristiwa kekalahan satu pasukan bola sepak. Seterusnya, isi juga boleh mengandungi andaian teori dan prinsip. Seterusnya kita boleh mendapati bahawa isi-isi itu dibahagikan kepada bentuk teoritikal/konseptual dan bentuk aplikasi atau praktikal. Ilmu pengetahuan atau isi yang berbentuk teori lebih abstrak, tidak dapat dilihat dan agak sukar dikuasai berbanding dengan ilmu praktikal. Kaitan dan perbezaan diantara ilmu teori dan ilmu praktikal adalah penting untuk difahami kerana ia sangat berguna bagi membuat aktiviti penyusunan isi dalam kurikulum. Dalam pemilihan isi terdapat juga dua konsep yang penting yang perlu dijelaskan iaitu isi sokongan dan isi sebenar. Isi sokongan ialah isi yang dimasukkan bertujuan untuk membantu isi sebenar mencapai objektif kurikulum. Isi dalam kurikulum boleh didapati daripada beberapa sumber. Pertama, melalui kajian yang dilakukan oleh orang lain, atau kita sendiri. Jadi, hasil dari kajian itu, timbulnya ilmu pengetahuan yang boleh dipilih untuk dimasukkan ke dalam kurikulum. seterusnya adalah melalui pengalaman sendiri. Ramai ahli tokoh pemikir menemukan ilmu pengetahuan melalui pengalaman mereka sendiri seperti Discartes, yang menemukan satah Cartesian setelah memerhatikan lalat di siling biliknya. Sumber terakhir, adalah melalui literatur atau buku-buku, majalah, jurnal dan lain-lain. Setelah mengenalpasti sumber-sumber, langkah seterusnya adalah memilih isi kurikulum itu. Beberapa kriteria harus dipatuhi seperti isi kurikulum itu mestilah selari dengan kehendak objektif kurikulum yang berkenaan. Dengan kata lain, ianya mestilah mengikut matlamat-matlamat objektif tersebut. Seterusnya, ilmu pengetahuan yang dipilih perlulah mendapat kebenaran untuk diajar kepada pelajar dan ilmu tersebut adalah benar. Ilmu pengetahuan yang bercorak kontroversi perlu diberi pertimbangan yang mendalam sekiranya mahu dipilih untuk dijadikan isi. Dan akhir sekali adalah, ianya mestilah mengikut kesesuaian dengan peringkat keadaan dan minat pelajar. Demikianlah beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan untuk memilih ilmu pengetahuan bagi dijadikan isi sesuatu kurikulum itu. Lebih banyak objektif yang boleh diselarikan dengan isi yang dipilih, adalah lebih menguntungkan. Tagged Penulisan Ilmiah

DEC 02 2011
LEAVE A COMMENT

KURIKULUM

PENYEBARAN DAN PENGAJARAN KURIKULUM


Penyebaran kurikullum membawa maksud segala aktiviti yang terlibat dalam proses penyampaian kurikulum yang telah dibentuk di Bahagian Perkembangan Kurikulum (BPK). Secara kasarnya, terdapat beberapa kumpulan yang terlibat dalam prosses pelaksanaan penyebaran kurikulum. Diantaranya ialah pegawai-pegawai atau ahli-ahli Jawatankuasa Perkembangan Kurikulum di peringkat negeri dan daerah, para guru besar, para guru kanan mata pelajaran dan akhir sekali guru-guru yang akan mengajar sesuatu kurikulum itu. Disebabkan terdapat satu pemisah jarak jauh danpersekitaran yang berbeza, dari BPK kepada guru yang akan menyampaikan kurikulum tersebut, pelbagai masalah mungkin timbul. Terdapat beberapa faktor yang perlu diawasi proses penyebaran kurikulum. Perkara-perkara tersebut perlu dititik berat supaya kurikulum yang akan diterima oleh pengajara adalah yang terbaik. Sekiranya perkara ini tidak dikawal, maka besar kemungkinan kurikulum ini tidak akan berjaya menghasilkan perkara yang diinginkan oleh penggubalnya. Faktor pertama yang perlu dikawal ialah taraf kefahaman pengajar. Pengajar sebagai penyampai kurikulum kepada para pelajar. Para pengajar terlebih daahulu perlu memahami secara menyeluruh mengenai kurikulum yang hendak diajar. Hal ini kerana, para pengajar akan dapat mengatasi masalah yang akan wujud dalam hal ini dengan lebih awal sebelum bermulanya aktiviti pengajaran. Kadangkala, disebabkan kebanyakkan para pengajar kurang memahami beberapa aspek dalam kurikulum yang telah diperbaharui, para pelajar yang mendapat implikasi buruk. Faktor kedua ialah keaslian kurikulum itu perlu dipelihara agar tidak berlaku aktiviti tokok tambah atau tolak campur atau sebarang penyesuaian ke atas kurikulum tersebut. Perubahan secara tidak sengaja mungkin boleh berlaku sekiranya mereka-mereka yang menyebarkan kurikulum ini bukanlah daripada mereka-mereka yang membentuk kurikulum tersebut. Masalah juga boleh timbul sekiranya terdapat lebih banyak peringkat perantaraan diantara Jawatankuasa Pembentukan Kurikulum dengan pengajar. Lebih banyak peringkat perantaraan wujud, maka akan lebih besarlah peluang perubahan keaslian kurikulum akan berlaku dalam proses penyebaran itu. Perubahan secara sengaja juga mungkin berlaku. Ini kerana akan terdapat beberapa golongan penyebar ataupun pengajar yang disebabkan oleh sesuatu sebab telah dengan sengajanya mengubah keaslian kurikulum tersebut. Faktor ketiga yang perlu diawasi adalah masyart setempat perlu diyakini mengenai kebaikan yang terdapat dalam kurikulum yang dibentuk. Ahli-ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta Pengetua perlulah diyakinkan agar mereka dapat menerima kurikulum yang berkesan dan mereka ini seterusnya akan menyebabkan ibubapa memainkan peranan mereka dalam mewujudkan sikap positif di kalangan anak-anak mereka untuk mempelajari isi-isi kurikulum tersebut. Implikasi yang buruk akan timbul jika masyarakat tidak dapat menerima kurikulum yang dibentuk.

Faktor seterusnya ialah pentingnya penyediaan saluran maklum balas. Satu medium maklum perlu diadakan diantara pihak pembentuk kurikulum dan para pengajar ataupun para pelajar itu sendiri. Dengan ini pihak BPK mempunyai saluran untuk menerangkan serta menjawab segala persoalan yang mungkin akan timbul dari pihak sekolah. pihak sekolah juga berpeluang untuk menyuarakan pendapat mereka terhadap kurikulum yang mereka terima jika saluran-saluran ini diwujudkan. Faktor terakhir yang perlu diberi penekanan ialah faktor masa. Disebabkan jarak diantara Kementerian Pendidikan dengan sekolah adalah jauh, maka faktor masa perlu difikirkan. Kelambatan pengajaran kurikulum akan menjadi lambat sekiranya kurikulum yang disebarkan itu lambat sampai disekolah berkenaan. Kelambatan ini akan menimbulkan suasan terdesak para pengajar untuk menyampaikan kurikulum itu kepada para pelajar dan seterusnya menyebabkan para pelajar mungkin mendapat kefaham rendah dalam pelajaran tersebut. Unutk mengelakkan masalah ini berlaku, pihak BPKseharusnya penyebarkan kurikulum yang dibentuk selewat-lewatnya sepenggal sebelum ianya digunakan. Menurut Razali Arof (1991) proses penyebaran kurikulum ini merupakan satu tangan yang panjang, yang mengambil kurikulum yang telah dibentuk itu dan dibawa atau diberikan kepada sekolah-sekolah untuk digunakan oleh para guru. Sekiranya manusi mempunyai tangan yang sebegitu panjang, kemungkinan tidak akan wujud banyak masalah dalam proses penyebaan kurikulum itu. Tagged Penulisan Ilmiah

DEC 02 2011
LEAVE A COMMENT
KURIKULUM

PENILAIAN KURIKULUM
Definisi bagi penilaian kurikulum menurut Razali Arof, 1991 ialah satu proses untuk membuat keputusan mengenai keberkesanan sesuatu kurikulum. Dalam penilaian kurikulum ini badan-badan yang terlibat ialah pihak Sekolah yang paling memainkan peranan selepas itu Jabatan Pelajaran Negeri dan akhir sekali Kementerian Pelajaran Malaysia yang akan membuat keputusan sama ada untuk membubarkan, mengugurkan atau memperbaiki sesuatu kurikulum tersebut. Antara aktiviti-aktiviti yang terlibat ialah sebab dan tujuan penilaian, aspek yang dinilai, kaedah penilaian, kaedah penganalisaan maklumat, menginterpretasi maklumat, dan membuat keputusan tentang keberkesanan program. Bagi keputusan ini ia akan dibuat selepas semua aktiviti yang dinyatakan telah lengkap barulah keputusan akan dibuat iaitu sama ada untuk meneruskan, memperbaharui atau menggugurkannya. Dalam penilaian kurikulum ini banyak model yang dikemukan untuk diguna pakai bagi menganalisis dan membuat keputusan. Terdapat tiga model yang selalu digunakan iaitu:

1. 2. 3.

C.I.P.P(konteks, input, proses, produk)-Stufflebeam Model Countenance-R.E Stake Model Penilaian Sistem

Bagi model C.I.P.P penilaian dilakukan dengan menggunakan empat aspek iaitu konteks, input, proses dan juga produk atau hasil yang didapati selepas model ini digunakan. Untuk model Contenance yang dihasilkan oleh R.E Stake pula ia terbahagi kepada 2 bahagian iaitu bahagian laporan atau gambaran dan juga bahagian penghakiman. Akhir sekali ialah model penilaian siatem, bagi model ini kurikulum dan juga pengajaran dikatakan sebagai satu system yang mempunyai aktivitinya sendiri dan kedua-duanya berkait antara satu sama lain. Gambarajah di bawah menunjukkan model penilaian sistem. Tujuan untuk membuat penilaian kurikulum ini ialah untuk mengenal pasti jawapan kepada persoalan awal atau lebih dikenali sebagai kajian status dan diagnostik. Jawapan ini sangat penting kerana ia akan dijadikan sebagai asas untuk pembentukkan sesuatu kurikulum tersebut. Tujuan yang kedua ialah untuk memperbaiki mana-mana aspek dalam proses pembentukan dan perkembangan kurikulum ianya juga dikenali sebagai penilaian berterusan, pembaikan atau formatif. Akhir sekali untuk melihat sejauh mana kurikulum itu berkesan ia juga dikenali sebagai penilaian sumatif. Kaedah penilaian ini terbahagi kepada dua iaitu kaedah sumatif dan kaedah formatif. Contoh bagi kaedah sumatif ialah peperiksaan atau sebarang ujian yang dijalankan. Contoh bagi kaedah formatif pula ialah pembentangan, folio, kerja kursus dan juga penilaian lain seperti ujian lisan, ujian pendengaran dan lain-lain. Bagi kaedah-kaedah ini ia mestilah melalu satu ujian iaitu untuk melihat kesahannya sama ada ia sah atau tidak untuk digunakan. Dalam proses kaedah ini juga setiap ujian atau kaedah yang dilakukan mestilah tidak bias atau tidak berat sebelah ketika melakukannya supaya hasil atau keputusan yang didapati itu boleh digunakan bagi proses pembentukkan kurikulum. Tagged Penulisan Ilmiah

DEC 02 2011
LEAVE A COMMENT
KURIKULUM

PEMBAHARUAN KURIKULUM
Pembaharuan kurikulum ini ialah kurikulum yang sedia ada akan diberi elemen-elemen baru yang sebelumnya tidak terdapat dalam kurikulum tersebut supaya kurikulum yang diperbaharui akan menjadi lebih berkesan. Pembaharuan kurikulum ini disebabkan oleh beberapa factor iaitu ialah kewujudan ilmuilmu baru atau perkembangan atau penemuan ilmu baru. Tambahan lagi kehendak masyarakat yang

berubah juga merupakan faktor yang menyumbang kepada pembaharuan kurikulum ini. Faktor lain ialah perkembangan dasar kerajaan dan juga idea-idea baru yang diperkenalkan dalam bidang pendidikan. Langkah-langkah yang perlu diambil bagi proses pembaharuan kurikulum ialah mengenalpasti masalah untuk membuat pembaharuan, mengenalpasti ketidakselarasan yang wujud di antara kurikulum yang ada dengan masalah-masalah yang telah dikenalpasti, mewujudkan objektif pembaharuan kurikulum, mewujudkan rangka bentuk atau model bagi perubahan, jadual kerja dan orang yang terlibat, membuat jangkaan atau andaian mengenai hasil kurikulum yang telah diperbaharui dan akhir sekali melaksanakan proses pembaharuan tersebut. Oleh itu kurikulum ini akan berubah mengikut peredaran zaman dan juga mengikut perkembangan dunia semasa supaya dapat membekalkan modal insan yang berpontensi dari segala bidang dan juga mempunyai akhlak yang baik. Tagged Penulisan Ilmiah

DEC 02 2011
LEAVE A COMMENT
KURIKULUM

TRANSFORMASI KURIKULUM DI MALAYSIA


Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, transformasi bermaksud perubahan bentuk seperti sifat, rupa dan keadaan. Dalam erti kata yang lain, ia merupakan satu peralihan daripada satu dimensi ke satu dimensi yang lain. Dalam konteks transformasi kurikulum, transformasi membawa maksud proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik berdasarkan kurikulum persekolahan sedia ada dengan mengambil kira keperluan-keperluan perubahan kepada aspek asas kurikulum seperti struktur kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan kurikulum dan pengurusan sekolah (Kementerian Pelajaran Malaysia Tagged Penulisan Ilmiah

DEC 02 2011
LEAVE A COMMENT
KURIKULUM

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN KURIKULUM


Kurikulum adalah rancangan pendidikan yang sentiasa mengalami perubahan. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, perancangan dan pembentukan kurikulum khususnya KBSR dan KBSM adalah

didasari oleh falsafah dan matlamat pendidikan negara yang menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan. Kurikulum atau pun skop kandungan sesuatu pelajaran adalah asas penting dalam sistem pendidikan sesebuah negara. Sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun, Malaysia memerlukan suatu kurikulum yang kemas dan sesuai untuk mewujudkan sistem pendidikan yang dinamik serta selaras dengan cita-cita dan kehendak negara ( Kamaruddin Haji Hussin, 1994 ). Perkembangan kurikulum tidak berlaku dengan sendiri tanpa sebab yang mempengaruhinya. Ia berlaku sejajar dengan kemajuan masyarakat dan negara dan ia dianggap sebagai satu proses yang dinamik dan seimbang. Terdapat beberapa faktor yang menggerakkan pembentukan dan perkembangan kurikulum. Antaranya ialah keperluan masyarakat dan negara seperti melatih lebih banyak tenaga mahir dalam bidang vokasional untuk perkembangan perindustrian dan ekonomi negara, perkembangan sains dan teknologi yang mendorongkan negara untuk mereformasikan kurikulum mereka dengan memberi tumpuan dalam pelajaran sains dan matematik dan perkembangan falsafah, psikologi dan teori pendidikan yang membawa reformasi kurikulum supaya pendidikan di sekolah menjadi lebih baik dan sempurna misalnya pelaksanaan Wawasan Pendidikan berteraskan Wawasan 2020 ( Mok Soon Sang, 2008). Tagged Penulisan Ilmiah

DEC 02 2011
LEAVE A COMMENT
KURIKULUM

PERKEMBANGAN KURIKULUM MATEMATIK DI MALAYSIA


Pendidikan matematik awalan di Malaysia mementingkan kemahiran mengira mudah di sekolah rendah. Pendekatan yang serupa juga diguna pakai di sekolah menengah. Aritmetik, geometri dan algebra diajar secara terpisah-pisah tanpa sebarang usaha ke arah kesepaduan. Perbincangan berikut memperihalkan beberapa jawatankuasa utama yang telah menentukan hala tuju kurikulum matematik di Malaysia. i. Laporan Razak (1956)

Kurikulum pendidikan matematik yang rasmi hanya diguna pakai bermula 1956 selepas cadangan Penyata Razak supaya semua sekolah kerajaan berbuat sedemikian. Walau bagaimanapun, terdapat hanya sedikit perubahan tajuk pada kurikulum yang rasmi itu. Perubahan besar hanya berlaku selepas pelaksanaan Projek Khas pada 1970. ii. Laporan Projek Khas (1970)

Projek Khas Kementerian Pelajaran Malaysia bermula pada 1968 diterajui oleh En.Abu Hassan Ali. Objektif projek ini ialah untuk memperbaiki mutu pendidikan matematik dan sains supaya selaras dengan perkembangan matematik moden di negara-negara maju. Bahan-bahan pengajaran-pembelajaran direka cipta oleh pensyarah dan guru yang telah dilatih di luar negara. Hanya terdapat sedikit perubahan kandungan matematik sekolah rendah pada Projek Khas ini. Walau bagaimanapun, strategi serta kaedah berpusatkan guru diperkenalkan. Kaedah inkuiri-penemuan digalakkan. Program ini telah diubahsuai dan diperkenalkan ke semua sekolah rendah dari masa ke semasa sehingga ianya digantikan dengan Matematik KBSR. iii. Program Matematik Moden (1970)

Program Matematik Moden diperkenalkan ke sekolah rendah dan menengah pada awal tahun 70an. Tujuan utama program ini ialah memperkenalkan tajuk-tajuk moden di ketika itu seperti teori set, statistik dan vektor yang dipermudahkan. Selain itu, pendekatan tradisi digantikan dengan kaedah semasa. Sukatan Matematik Moden dirancang oleh Panitia Kurikulum Matematik yang ditubuhkan pada 1969. Sukatan berkenaan dirancang selepas diadakan kajian terhadap kurikulum British School Mathematics Project (SMP) dan Scottish Mathematics Group (SMG). Panitia berkenaan memilih sukatan SMG kerana ianya lebih sesuai bagi murid pelbagai kebolehan di sekolah menengah rendah. Pada 1972, topik-topik SMP telah diguna pakai bagi pendidikan matematik di Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 kerana panitia berkenaan mendapati bahawa ianya lebih sesuai bagi tujuan peperiksaan Sukatan Matematik. Dua buah buku teks iaitu Matematik Moden Tingkatan Empat dan Matematik Moden Tingkatan Lima telah diterbitkan pada 1974 dan 1975. Seterusnya, kedua-dua sukatan menengah rendah dan menengah atas iaitu Sukatan Matematik Moden Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima telah disatukan pada 1978. Satu pertiga daripada Sukatan Matematik Moden mengandungi topik-topik baru seperti sistem pernomboran, pemetaan, transformasi geometri, matriks dan statistik. Strategi pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid dan bahan manipulasi terus digalakkan. iv. Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) (1983)

KBSR dilaksanakan pada tahun 1983 berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai sebahagian daripada pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan (1979). Melaluinya, kurikulum matematik telah mengalami perubahan yang besar daripada Kurikulum Matematik Moden. Perubahan utama ialah mengurangkan kandungan matematik supaya menjadi lebih sesuai dengan kebolehan murid. Sukatan pelajaran dibahagi kepada dua iaitu Aras I dan Aras II. Aras I (Tahun 1 Tahun 3) mementingkan penguasaan terhadap konsep-konsep asas penomboran serta pelaksanaan empat operasi asas matematik (+, -, dan x). Aras II (Tahun 4 Tahun 6) pula mementingkan aplikasi kemahiran operasi asas serta penyelesaian masalah matematik. Kurikulum ini bertujuan untuk menyediakan peluang yang sama bagi semua murid untuk memperoleh pengetahuan, kemahiran, sikap, peraturan serta amalan sosial masyarakat yang baik. Matematik KBSR ini bertujuan untuk

mengembangkan kemahiran mengira di kalangan murid. Mereka perlu juga menguasai kemahirankemahiran asas matematik. v. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (1994)

Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukar kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah pada tahun 1994. Manakala kurikulum matematik sekolah menengah juga mengalami perubahan daripada Kurikulum Baru Sekolah Menengah (1989) kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah pada tahun 1998. Perubahan yang dibuat adalah selaras dengan kehendak dan cita-cita murni yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1994. Matlamat utama Pendidikan Matematik dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah bertujuan untuk memudahkan pelajar membina konsep nombor dan menguasai kemahiran asas mengira. Dengan ini, diharapkan pelajar dapat menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian dengan berkesan. Berasaskan pengetahuan matematik yang diperolehi, pelajar seharusnya boleh menguruskan aktiviti harian mereka dengan lebih sistematik. Ini dapat membantu mereka untuk terus maju dan melanjutkan pelajaran di masa akan datang dan menyumbang kepada pembentukan modal insane yang diperlukan untuk membangunkan masyarakat dan negara. (Sukatan Matematik Sekolah Rendah: April 1993) vi. Sukatan Matematik Sekolah Rendah (1998)

Berikutan pelancaran Sekolah Bestari (1995) dan memenuhi keperluan IT (Teknologi Maklumat) seperti yang terdapat dalam cabaran visi 2020, sukatan matematik telah disemak semula. Semakan sukatan matematik pada tahun 1998 mempastikan pelajar menguasai kemahiran asas matematik dan dapat menggunakannya dalam situasi harian sepenuhnya. Jawatankuasa yang berkenaan telah mengagihkan kemahiran belajar yang diperlukan kepada sembilan tajuk utama. Bagi setiap tajuk, kemahirannya disusun dari mudah kepada susah secara hiraki. Tajuk- tajuknya ialah nombor bulat dan operasi asas, pecahan dan operasi asas, perpuluhan dan operasi asas, wang, ukuran panjang dan berat, ruang, purata, peratus dan graf. Pengubahsuaian dan perubahan yang berlaku dalam perkembangan kurikulum pendidikan matematik bukan hanya bertujuan untuk menambahbaik dan menyelesaikan kelemahan yang terdapat dalam kurikulum terdahulu malahan merupakan tuntutan untuk merealisasikan objektif dan aspirasi seperti yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Visi 2020. Pada bulan Januari 2003, Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) telah mula dilaksanakan untuk pelajar Tingakatan 1, 4 dan 6 rendah. Dengan penguasaan Bahasa Inggeris yang baik, perubahan ini bertujuan supaya pelajar dapat mengakses maklumat untuk tujuan pembelajaran dengan mudah, seiring dengan perkembangan teknologi maklumat. Tagged Penulisan Ilmiah

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH


POSTED BY NORAIANI (D042970) CERDAS MATEMATIK AT 03:04 CATEGORIES CATATAN MINDA

Kurikulum adalah rancangan pendidikan yang sentiasa mengalami perubahan. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, perancangan dan pembentukan kurikulum adalah didasari oleh falsafah dan matlamat pendidikan negara yang menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan. Kurikulum ataupun skop kandungan sesuatu pelajaran adalah asas penting dalam sistem pendidikan sesebuah negara. Sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun, Malaysia memerlukan suatu kurikulum yang kemas dan sesuai untuk mewujudkan sistem pendidikan yang dinamik serta selaras dengan cita-cita dan kehendak negara ( Kamaruddin Haji Hussin, 1994 ) Perkembangan kurikulum tidak berlaku dengan sendiri tanpa sebab yang mempengaruhinya. Ia berlaku sejajar dengan kemajuan masyarakat dan negara dan ia dianggap sebagai satu proses yang dinamik dan seimbang. Berdasarkan sejarah perkembangan pendidikan matematik Malaysia, kandungan isi pelajaran matematik telah beberapa kali mengalami perubahan. Dari segi kandungan sukatan pelajaran, kurikulum matematik yang dilaksanakan sebelum tahun 70-an memberi fokus kepada matematik tradisi. Dalam sukatan ini, kemahiran asas dalam ketepatan dan kelajuan kira mengira diberi penekanan. Pendekatan pengajaran pembelajaran begini sangat berkesan

dalam meningkatkan kemampuan pelajar dari segi mengulangi algorithma atau prosedur matematik, tetapi tidak boleh digunakan untuk menerapkan pemikiran matematik yang lebih luas. Matematik pada ketika itu dianggap sebagai ilmu kira mengira. Segala fakta, petua dan hukum mesti dihafal oleh murid-murid. Maka pembelajaran matematik menjadi satu rutin menerima pengetahuan, menghafal pengetahuan dan membuat latih tubi supaya meningkatkan penghafalan. Kurikulum Baru Sekolah Rendah, (KBSR) merupakan perintis kepada model-model kurikulum di Malaysia. Sebagai tapak permulaan, banyak kekurangan serta penambahbaikan yang telah dilakukan untuk memantapkan lagi sistem pendidikan Malaysia. Walau bagaimanapun, ia menjadi asas kepada permulaan kurikulum sehingga terhasilnya Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang juga dikenali sebagai KBSR pada tahun 1983. Pada tahun 2011, berlaku lagi satu perubahan dalam kurikulum matematik iaitu terbentuknya Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Berdasarkan sejarah perkembangan pendidikan matematik Malaysia, kandungan isi pelajaran matematik telah beberapa kali mengalami perubahan. Dari segi kandungan sukatan pelajaran, kurikulum matematik yang dilaksanakan sebelum tahun 70-an memberi fokus kepada matematik tradisi. Dalam sukatan ini, kemahiran asas dalam ketepatan dan kelajuan kira mengira diberi penekanan. Pendekatan pengajaran pembelajaran begini sangat berkesan dalam meningkatkan kemampuan pelajar dari segi mengulangi algorithma atau prosedur matematik, tetapi tidak boleh digunakan untuk menerapkan pemikiran matematik yang lebih luas. Matematik pada ketika itu dianggap sebagai ilmu kira mengira. Segala fakta, petua dan hukum mesti dihafal oleh murid-murid. Maka pembelajaran matematik menjadi satu rutin menerima pengetahuan, menghafal pengetahuan dan membuat latih tubi supaya meningkatkan penghafalan. Kurikulum Baru Sekolah Rendah, (KBSR) merupakan perintis kepada model-model kurikulum di Malaysia. Sebagai tapak permulaan, banyak kekurangan serta penambahbaikan yang telah dilakukan untuk memantapkan lagi sistem pendidikan Malaysia. Walau bagaimanapun, ia menjadi asas kepada permulaan kurikulum sehingga terhasilnya Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang juga dikenali sebagai KBSR pada tahun 1983. Pada tahun 2011, berlaku lagi satu perubahan dalam kurikulum matematik iaitu terbentuknya Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Banyak faktor yang mempengaruhi berlakunya rombakan serta perubahan dalam sistem pendidikan. Paling utama ialah faktor falsafah pendidikan. Falsafah pendidikan negara memainkan peranan yang penting dalam mencorak sistem pendidikan di sesebuah negara, khususnya di Malaysia. Falsafah pendidikan negara mempunyai implikasi yang besar terhadap pembentukan kurikulum. KBSR dan KSSR adalah hasil perubahan yang diaspirasikan dalam Falsafah Pendidikan Negara. Berdasarkan Kamaruddin Haji Husin (1994), antara perubahanperubahan yang jelas terdapat dalam KBSR ialah sukatan pelajaran yang digubal

memberi penekanan kepada aspek kesepaduan dan keseimbangan. Oleh itu konsep-konsep seperti penggabungjalinan dan penyerapan sentiasa dititik beratkan. Selain itu, penekanan baru diberikan kepada penerapan nilai-nilai murni. Kehendak masyarakat juga menjadi faktor kepada perubahan kurikulum, ini kerana masyarakat juga menentukan samada kurikulum itu sesuai atau pun tidak dengan kehendak mereka. Namun begitu bukanlah mudah untuk memenuhi semua tuntutan masyarakat terhadap kurikulum dan sumbangannya pada budaya, lebih-lebih lagi dalam masyarakat yang kompleks dan mengalami perubahan yang pesat. Oleh itu, kajian secara mendalam perlu dilakukan sebelum apa-apa perubahan dilaksanakan. Faktor politik mendorong perubahan kurikulum di Malaysia. Ini jelas dibuktikan apabila bertukarnya tampuk kepimpinan negara, maka akan berlakulah perubahan kurikulum dan dikaji semula. Kurikulum pendidikan menjadi saluran penting bagi setiap badan pemerintahan menguatkan pengaruh mereka. Kerajaan bertanggungjawab menetapkan Dasar Pendidikan Negara sejajar dengan hasrat pemerintah. Di samping itu, faktor pembangunan dan perkembangan dunia juga memberi dorongan perubahan kurikulum. Ini kerana negara yang ingin maju dan membangun tidak seharusnya mempunyai kurikulum yang statik. Oleh itu ia harus diubahsuai mengikut peredaran masa dan kemajuan sains dan teknologi. Faktor perubahan sosial juga perlu dititikberatkan kerana kurikulum yang mantap mampu mewujudkan sosial yang sihat di kalangan murid. Oleh itu, ia mestilah sentiasa diubah agar sejajar dengan peredaran zaman. Tambahan pula, faktor perkembangan ilmu serta kepentingannya sangat mendorong ke arah perubahan. Ilmu yang bersifat dinamik menyebabkan ia sentiasa berkembang. Perkembangan ini disebarkan kepada masyarakat menerusi perancangan kurikulum yang lebih kemas dan sesuai dengan kehendak masyarakat dan negara. Perkembangan ini penting dalam pembentukan kurikulum supaya ia dapat dikemaskini dari masa ke semasa agar ilmu-ilmu baru ini dapat disalurkan kepada murid-murid bagi mengimbangi keperluan zaman. Dengan adanya kepastian bahawa perubahan kurikulum sentiasa berlaku, sudah semestinya akan timbul kesan-kesan kepada bakal guru. Antaranya seperti berlaku kejutan budaya dalam proses pengajaran baru. Oleh itu, guru seharusnya sentiasa bersedia menempuh pembaharuan yang akan terjadi. Di samping itu, guru juga perlu pandai menyesuaikan diri dengan keadaan semasa. Guru juga memerlukan sedikit masa untuk memastikan murid-murid terbiasa dengan perubahan kurikulum ini. Proses komunikasi juga akan menjadi sedikit bermasalah kerana perubahan bahasa perantaraan yang jelas. Ini juga akan memakan masa bagi murid serta guru menyesuaikannya. Ia bukan proses yang mudah tetapi tidak mustahil untuk dicapai. Berdasarkan pemahaman tentang kedua-dua jenis kurikulum iaitu antara KBSR dan KSSR, terdapat beberapa perbezaan dari pelbagai aspek. KBSR mempunyai tiga bidang reka bentuk kurikulum iaitu komunikasi, manusia dan alam sekeliling, dan perkembangan diri individu. KBSR menggunakan reka bentuk kurikulum secara linear. Berbeza dengan KSSR yang

secara modularnya mempunyai enam tunjang iaitu komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai, kemanusiaan, perkembangan fizikal dan estetika, sains dan teknologi dan ketrampilan diri. Dari segi bahan kurikulum, KBSR menggunakan sukatan pelajaran yang sentiasa diubah mengikut keadaan manakala KSSR menggunakan pendekatan baru iaitu Dokumen Standard Kurikulum. Ini kerana KSSR banyak menggunakan modul-modul selaras dengan standard kurikulum. Terdapat perbezaan dalam organisasi kurikulum antara KBSR dan KSSR. Pada tahap satu dan dua, murid diajar mata pelajaran teras, wajib dan tambahan bagi KBSR. Untuk KSSR pula, tahap satu berbeza dengan tahap dua iaitu modul teras asas, modul teras tema dan modul elektif diajar. Manakala pada tahap dua, mata pelajaran teras dan elektif sahaja diajar. Dalam fokus KBSR terdapat hanya 3M iaitu membaca, menulis, mengira. Ini berbeza dengan KSSR yang ditambah lagi elemennya menjadi 4M iaitu membaca, menulis, mengira serta menaakul. Ini jelas menunjukkan bahawa KSSR banyak ditambahbaikkan. Jika merujuk kepada matlamat umum pelaksanaan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) adalah satu transformasi pendidikan, iaitu proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. Pelaksanaan KSSR adalah sangat bertepatan dan sesuai pada masanya. Maka dengan itu, pengenalan kepada KSSR ini diharapkan dapat membaharui kurikulum sedia ada dan memastikan ianya relevan dengan keperluan pendidikan semasa. Penggunaan istilah standard dalam KSSR merujuk kepada intipati yang digunakan dalam kurikulum ini yang mana menggariskan dua standard utama. Pertamanya ialah Standard Kandungan yang merujuk kepada penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Manakala, standard kedua yang ditekankan pula berkonsepkan kepada Standard Pembelajaran yang merupakan satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. Jadi penggunaan istilah standard yang menggantikan bersepadu amatlah sesuai. Ini kerana kurikulum baru ini amat berbeza dari segi modulnya serta pelaksanaan yang berlandaskan Dokumen Standard Kurikulum. Persoalan sama ada KSSR mampu membantu guru meningkatkan penguasaan matematik di kalangan murid sekolah rendah boleh dijawab dari segi keberkesanan KSSR ini. Seperti yang kita sedia maklum, dalam KSSR terdapat banyak pembaharuan dilakukan serta penambahbaikan dari banyak aspek. Jika dilihat sekali imbas sekalipun, kurikulum baru ini sudah semestinya mampu membantu guru meningkatkan penguasaan matematik. Secara logiknya, wujudnya KSSR serta perubahan kurikulum adalah kerana timbulnya kelemahan kurikulum terdahulu. Jadi ia semestinya lebih baik dari sebelumnya. Tambahan pula ilmu pengetahuan itu sangat dinamik. Maka tiada salahnya malah amat diperlukan perubahan

dalam kurikulum ini bagi memastikan ia sentiasa selaras dengan perkembangan serta zaman semasa. Bakal guru Matematik sememangnya memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk melaksanakan kurikulum Matematik dengan berkesan. Ini kerana tugas seorang guru itu bukan hanya menyampaikan isi kandungan bagi sesuatu topik yang dipelajari, malah guru juga perlu memberi penekanan terhadap kefahaman murid tentang apa yang dipelajari supaya murid tersebut dapat melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang bermakna serta memberi kesan kepada mereka.Tugas bakal guru yang pertama ialah mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan menarik. Guru seharusnya menyediakan aktiviti yang boleh memupuk minat murid untuk terus meminati subjek Matematik semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Sebagai contoh melalui penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) secara tidak langsung dapat membantu murid memahami tentang topik yang dipelajari. Murid hanya akan mengalami pembelajaran apabila mereka membina pemahaman sendiri. Oleh hal yang demikian, BBM yang dihasilkan perlulah sesuai dan mengekalkan konsep pembelajaran yang dipelajari pada sesuatu topik. Dalam usaha untuk menggalakkan murid menggunakan pemikiran aras tinggi, bakal guru seharusnya melibatkan murid dengan aktiviti-aktiviti yang mendorong mereka untuk membuat analisa, menginterpretasi, dan membuat ramalan. Selain daripada itu juga, bakal guru perlu menggunakan soalan-soalan yang mencapah (open-ended) di mana satu persoalan akan membawa kepada persoalan yang lain. Soalan sebegini akan memangkinkan proses murid berfikir mencari makna sesuatu ungkapan. Selain itu, murid-murid juga dapat berfikir secara lebih kreatif dan kritis. Murid digalakkan untuk belajar melalui perbincangan kumpulan kerana dengan latar belakang murid yang berlainan dan kecenderungan murid yang pelbagai, sudah tentu ianya akan memberi idea yang lebih berkesan kepada seseorang individu. Seterusnya, bakal guru juga perlu memainkan peranan yang penting dalam mengaplikasikan Matematik dalam kehidupan seharian supaya murid dapat melihat subjek Matematik secara keseluruhan dan bukan hanya pada satu skop di dalam bilik darjah sematamata. Ini kerana, murid dapat memahami konsep yang diajarkan dengan lebih berkesan dan lebih kekal lama dalam memori murid. Selain itu, murid juga akan lebih peka terhadap dunia sekeliling sekiranya mereka dapat mengaplikasikan Matematik dalam rutin seharian. Sebagai konklusinya, Kurikulum Matematik KBSR dan Kurikulum Matematik KSSR merupakan dua modul yang berbeza. Akan tetapi matlamat serta konsepnya tetap sama dan tidak pernah berubah iaitu untuk melahirkan murid-murid yang cemerlang dan berjaya dari segi semua aspek sama ada jasmani, emosi, rohani, intelek mahupun sahsiah berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kita harus akui bahawa yang baru lebih baik daripada yang terdahulu. Maka sebab itulah terbentuknya Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang dipercayai mampu mengubah dan memperbaiki kelamahan yang ada dalam sistem KBSR. Jadi kita sebagai bakal guru seharusnya memberi sokongan yang jitu agar Kurikulum Matematik

yang baru ini terlaksana mengikut matlamatnya dan sentiasa bersedia menerima perubahan kurikulum yang pasti ini.

MINDA CERDAS BERSAMA MATEMATIK

BAB 9 : DASAR, KURIKULUM & SISTEM BARU

1.1 : KSSR 1.2 : KSSM 1.3 : Pentaksiran Berasaskan Sekolah 1.4 : MBMMBI 1.5 : 1 Murid 1 Sukan 1.6 : Transformasi Pendidikan Vokasional 1.7 : NKEA 1.8 : NKRA Pendidikan

1.1 : Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) KURIKULUM Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan sebagai usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21. Pelaksanaan KSSR menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) bermula sesi persekolahan Januari lalu bertujuan meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran bahasa Inggeris. KSSR digubal dalam pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan pembelajaran yang perlu dicapai murid dalam satu tahap persekolahan. Standard Kandungan ialah penyataan spesifik mengenai perkara murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai, manakala Standard Pembelajaran ialah penetapan kriteria atau petunjuk kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. Berikut adalah soal jawab KSSR bagi membolehkan kita memahami konsep diperkenalkan Kementerian Pelajaran. Apakah perbezaan KSSR dengan KBSR?

KSSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan 6 tunjang iaitu Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal dan Estetika; Sains dan Teknologi serta Keterampilan Diri. KSSR menggunakan Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) secara eksplisit dengan memfokuskan kepada 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul). KBSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan tiga bidang iaitu Komunikasi; Manusia dan Alam Kelilingnya dan Perkembangan Diri Individu. Kaedah ini menggunakan Elemen Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif dengan fokus kepada 3M (Membaca, Menulis dan Mengira) Adakah terdapat perubahan mata pelajaran dalam KSSR Tahap Satu? Dalam KSSR Tahap Satu, ada beberapa mata pelajaran baru di samping penggabungan semua disiplin ilmu dalam Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif bagi pengurusan kurikulum lebih berkesan. Mengapa Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas? Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas kerana Modul Teras Asas memberi fokus kepada literasi dan numerasi, kesejahteraan diri dan pembangunan rohani. Manakala Sains pula diperkenalkan dalam Modul Teras Tema bagi memberi pengetahuan asas disiplin ilmu Sains. Adakah murid akan bosan di dalam kelas dengan penambahan waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) bahasa Inggeris? Tidak. Kaedah dan teknik yang pelbagai diperkenalkan oleh guru untuk menarik minat murid. Modul Language Arts yang menekankan pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa. P&P bahasa yang menarik dan efektif dijalankan melalui aktiviti menyanyi, jazz chants, choral speaking, drama, muzik dan bahan bantu mengajar lain yang sesuai. Apakah usaha dilakukan bagi menyediakan guru bagi pelaksanaan KSSR? KPM menjalankan kursus penyebaran KSSR kepada semua guru terbabit dalam pelaksanaan KSSR. Guru juga dibekalkan bahan sokongan dan boleh mengakses maklumat daripada laman web di KPM seperti berikut: http://www.moe.gov.my/bpk atau menghubungi Bilik Gerakan KSSR di nombor telefon 0388842283 . S: Adakah KSSR mampu mendorong kreativiti guru dan murid dalam P&P? J: KSSR mampu mendorong meningkatkan kreativiti guru dan murid melalui pendekatan P&P seperti didik hibur dan elemen nilai tambah merentas kurikulum. Guru dibekalkan dengan buku panduan

kreativiti untuk membantu pelaksanaan P&P. S: Dalam tahap 1, setakat manakah pendidikan seks diajarkan? J: Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) tidak diajar sebagai satu mata pelajaran tetapi sebagai komponen yang besar (75%) dalam mata pelajaran Pendidikan Kesihatan. KSSR terap 1 Malaysia KURIKULUM baru sekolah rendah yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) akan diperkenalkan pada 2011 dengan subjek yang lebih sedikit tetapi menggunakan pendekatan yang lebih interaktif. Kurikulum tersebut bakal menggabungkan beberapa subjek menjadi satu selain turut akan memperkenalkan satu subjek baru yang bertema semangat kenegaraan dan patriotik. KSSR akan mula diperkenalkan dan diterapkan kepada murid tahun satu kerana kesesuaian murid tersebut yang baru menduduki alam persekolahan atau peringkat awal pendidikan mereka. Penerapan dari peringkat awal akan membantu memudahkan perjalanan serta pembelajaran muridmurid tersebut yang akan melangkah ke tahun-tahun seterusnya sejajar dengan perubahan umur. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, KSSR tidak akan menggantikan tetapi beriringan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Melalui KSSR katanya, pengajaran dan pembelajaran akan menggunakan modul yang akan menggantikan buku teks oleh itu guru-guru sedang disedia dan dilatih untuk KSSR. Ia diharap dapat meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Pendekatan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menjadi lebih menarik dan interaktif di mana ia melibatkan penggunaan dua bahasa tersebut serta meningkatkan penguasaannya bagi guruguru untuk mengajar dalam subjek Matematik dan Sains sejajar dengan matlamat kerajaan. Buat peringkat permulaan, sebanyak 500 buah sekolah telah menjalani uji rintis mulai 31 Mac 2009 sehingga akhir Jun 2009. Sebanyak 50 buah sekolah akan menjalani uji rintis semua mata pelajaran manakala sekolah selebihnya akan menjalani uji rintis dalam mata pelajaran terpilih. KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif.

Tahap satu sekolah rendah (tahun 1 hingga 3) akan tertumpu kepada penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) serta kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai. Sementara tahap dua sekolah rendah (tahun 4 hingga 6) akan tertumpu kepada pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai. Selain itu, kementerian juga akan memperkenalkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) bagi murid-murid prasekolah berumur lima dan enam tahun seluruh negara. Pada peringkat ini pula, tumpuan akan diberikan kepada perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sahsiah, persediaan ke sekolah rendah serta pendedahan awal mengenai kemahiran 4M. KSPK akan memudahkan lagi murid-murid prasekolah ini untuk menyediakan mereka memasuki alam persekolahan selain pendekatan yang lebih mesra dan menarik digunakan bersesuaian dengan peringkat umur kanak-kanak prasekolah. Isu Terkini KSSR ( UTUSAN 30 Disember 2011 - See more at: http://fadzilmahasiswa.blogspot.com/2012/01/bab-9-dasar-kurikulum-itembaru.html#sthash.1cChBl8Y.dpuf

Anda mungkin juga menyukai