Anda di halaman 1dari 10

Bab 10 : Penyata Aliran Tunai

220
BAB 10
PENYATA ALIRAN TUNAI
OBJEKTIF
Selepas mempelajari bab ini, pelajar seharusnya boleh ;
Menerangkan kepentingan penyata aliran tunai.
Menjelaskan maksud dan klasifikasi aliran tunai.
a) Menjelaskan aktiviti dan mengenalpasti item-item aktiviti operasi.
b) Menjelaskan aktiviti dan mengenalpasti item-item aktiviti pelaburan.
c) Menjelaskan aktiviti dan mengenalpasti item-item aktiviti
pembiayaan.
Menjelaskan dua kaedah menyediakan penyata aliran tunai iaitu kaedah
langsung dan kaedah tidak langsung.
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 10 : Penyata Aliran Tunai
221
10.0 PengenaIan
Untung adalah penting bagi menentukan kejayaan sesebuah perniagaan. Keuntungan tidak dapat
dicapai atau dikekalkan sekiranya aliran tunai tidak diuruskan dengan sebaiknya. Tunai umpama
minyak untuk menghidupkan perniagaan.
Aliran tunai adalah penerimaan tunai dan pembayaran tunai. Penyata Aliran Tunai melaporkan
penerimaan tunai dan pembayaran tunai yang dikelaskan mengikut tiga (3) aktiviti utama iaitu
operasi, pelaburan dan pembiayaan. Penyata ini melaporkan aliran tunai masuk bersih atau aliran
tunai keluar bersih bagi setiap aktiviti bagi perniagaan secara keseluruhan.
Lembaran mbangan melaporkan baki tunai pada akhir tempoh. Dengan membandingkan baki
tunai bagi dua tempoh berturut, kita dapat menyatakan samada tunai berkurang atau bertambah
tetapi lembaran imbangan tidak menyatakan bagaimana tunai masuk dan keluar. Penyata
Pendapatan menyenaraikan hasil dan belanja yang merupakan petunjuk mengenai sumber dan
penggunaan tunai tetapi tidak dapat memberitahu secara terperinci mengapa tunai bertambah atau
berkurang. Oleh itu, penyata aliran tunai diperlukan untuk menyelesaikan masalah di atas.
31 Disember 1999 Bagi tahun berakhir 31 Disember 2000 31 Disember 2000
Rajah 1: Konsep Asas Penyata AIiran Tunai
Untuk menyediakan penyata aliran tunai kita perlukan maklumat daripada penyata kewangan yang
lain iaitu Penyata Pendapatan, Penyata Ekuiti Pemilik atau Penyata Pendapatan tertahan dan
Lembaran mbangan untuk dua (2) tarikh berurutan.
10.1 TUJUAN PENYATA ALIRAN TUNAI
Penyata aliran tunai disediakan untuk memenuhi tujuan-tujuan berikut:
10.1.1 Menjangkakan aIiran tunai masa hadapan
Kebiasaannya, sumber dan penggunaan tunai dalam perniagaan tidak berubah secara mendadak
daripada tahun ke tahun. Dengan itu, penerimaan dan pembayaran tunai bagi tahun-tahun lepas
adalah merupakan jangkaan yang agak tepat mengenai penerimaan dan pembayaran bagi tempoh
akan datang.
10.1.2 MeniIai keputusan-keputusan pihak pengurusan
Jika pengurus membuat keputusan pelaburan yang bijak, perniagaan akan bertambah maju.
Sebaliknya jika pengurus silap membuat keputusan, perniagaan akan mengalami kesan yang
buruk. Penyata aliran tunai melaporkan pelaburan dari segi aset-aset jangka panjang dan
maklumat tersebut dapat dilihat oleh para pelabur dan pemiutang, seterusnya dapat menilai
keputusan yang dibuat oleh pengurus.
Lembaran
mbangan
Penyata Pendapatan
Penyata Ekuiti Pemilik
Penyata Pendapatan Tertahan
Penyata Aliran Tunai
Lembangan
mbangan
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 10 : Penyata Aliran Tunai
222
10.1.3 Menentukan kemampuan untuk membayar dividen kepada pemegang saham dan
kemampuan untuk membayar faedah dan hutang pokok kepada
pemiutang/pembiaya.
Pemegang saham biasanya berminat terhadap penerimaan dividen atas pelaburan saham mereka
dalam perniagaan. Manakala pemiutang mengharapkan supaya hutang pokok dan faedahnya
akan diterima bila sampai tempoh yang ditetapkan. Penyata aliran tunai boleh menolong mereka
ini menjangkakan samada perniagaan tersebut mampu membuat semua pembayaran itu.
10.1.4 Menunjukkan hubungan antara untung bersih dengan perubahan tunai daIam
perniagaan.
Biasanya, tunai dan untung bersih berubah secara langsung. Pendapatan yang tinggi
menunjukkan peningkatan tunai, begitu juga sebaliknya. Bagaimanapun, baki tunai boleh
berkurang bila pendapatan bersih tinggi dan tunai mungkin meningkat bila untung rendah.
10.2 MAKSUD DAN KLASIFIKASI AKTIVITI ALIRAN TUNAI
Rajah 2 : Katagori Penyata AIiran Tunai
Kesetaraan tunai
Dalam penyata aliran tunai, tunai dan kesetaraan tunai dianggap sebagai satu item. Perubahan
tunai adalah merujuk kepada "tunai dan kesetaraan tunai. Pelaburan yang dianggap sebagai
kesetaraan tunai mestilah boleh ditukarkan kepada tunai dan mempunyai risiko penurunan nilai
yang amat rendah. Oleh itu, pelaburan tersebut adalah pelaburan jangka pendek yang mempunyai
tempoh matang selama tiga bulan atau kurang. Overdraf juga adalah sebahagian daripada
kesetaraan tunai.
Aktiviti operasi
+ Aliran masuk
- Aliran keluar
Aktiviti peIaburan
+ Aliran masuk
- Aliran keluar
Aktiviti pembiayaan
+ Aliran masuk
- Aliran keluar
Tunai +
Kesetaraan tunai
Baki pada
awal tempoh
Tunai +
Kesetaraan tunai
Baki pada
akhir tempoh
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 10 : Penyata Aliran Tunai
223
10.2.1 AIiran Tunai dari Aktiviti Operasi
Jumlah aliran tunai daripada aktiviti operasi adalah petunjuk penting bahawa perniagaan
mempunyai tunai yang cukup untuk membayar balik pinjaman, bayar dividen dan buat pelaburan.
Aliran tunai adalah berdasarkan urusniaga dan peristiwa yang dimasukkan dalam menentukan
untung dan rugi.
AIiran masuk tunai AIiran keIuar tunai
Kutipan daripada pelanggan
Terimaan daripada hasil faedah
Terimaan daripada hasil dividen
Untung bersih selepas cukai
Belanja susut nilai
Rugi atas jualan aset tetap/pelaburan
Pengurangan aset semasa kecuali tunai &
kesetaraannya
Penambahan liabiliti semasa kecuali Nota Belum
Bayar, Dividen Belum Bayar
Pembayaran kepada Pembekal
Pembayaran kepada pekerja
Pembayaran cukai, faedah
Pembayaran belanja-belanja
Untung atas jualan aset tetap/pelaburan
Penambahan aset semasa kecuali tunai &
kesetaraannya
Pengurangan liabiliti semasa kecuali Nota
Belum Bayar, Dividen Belum Bayar
Rajah 3 : Contoh AIiran Tunai dari Aktiviti Operasi
10.2.2 AIiran Tunai dari Aktiviti PeIaburan
Aktiviti pelaburan melibatkan penambahan atau pengurangan dalam aset tetap perniagaan
termasuk pelaburan saham dalam perniagaan lain secara tunai.
AIiran masuk tunai AIiran keIuar tunai
Jualan aset tetap perniagaan
Jualan pelaburan yang bukan kesetaraan tunai
Terimaan daripada pinjaman diberi/Nota Belum
Terima
Pembelian aset tetap
Pembelian pelaburan yang bukan kesetaraan
tunai
Memberi pinjaman / Nota belum terima
Rajah 4: Contoh AIiran Tunai dari Aktiviti PeIaburan
10.2.3 AIiran Tunai dari Aktiviti Pembiayaan
Aktiviti pembiayaan melibatkan aktiviti untuk mendapatkan tunai daripada pelabur atau peminjam
bagi memulakan atau membiaya perniagaan. Aktiviti ini berkaitan dengan penambahan dan
pengurangan dalam ekuiti pemilik dan liabiliti jangka panjang.
AIiran masuk tunai AIiran keIuar tunai
Terbitan saham
Terbitan Nota Belum Bayar
Pinjaman
Terbitan bon belum bayar
Persaraan saham
Pembayaran balik Nota Belum Bayar
Pembayaran balik pinjaman
Pembayaran dividen
Persaraan bon belum bayar
Rajah 5: Contoh AIiran Tunai dari aktiviti Pembiayaan
(Dapat diIihat dengan jeIas sekiranya menggunakan kaedah Iangsung)
Jika kaedah tidak Iangsung digunakan item-item berikut yang disenaraikan
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 10 : Penyata Aliran Tunai
224
10.3 PENYEDIAAN PENYATA ALIRAN TUNAI
Terdapat dua (2) cara untuk menyediakan penyata aliran tunai iaitu kaedah Iangsung dan kaedah
tidak Iangsung. Kedua-dua cara menghasilkan subtotal yang sama bagi aktiviti operasi,
pelaburan, pembiayaan dan perubahan tunai bersih. Perbezaan kedua-dua kaedah adalah senarai
item di dalam bahagian aktiviti operasi sahaja. Bagaimanapun, silibus untuk Kolej Matrikulasi
Kementerian Pelajaran Malaysia hanya menumpukan satu kaedah sahaja iaitu kaedah tidak
Iangsung.
Berikut ditunjukkan penyata aliran tunai menggunakan kaedah tidak langsung:
NAMA PERNIAGAAN
PENYATA ALIRAN TUNAI (KAEDAH TIDAK LANGSUNG)
BAGI TEMPOH BERAKHIR.
AIiran tunai dari aktiviti operasi:
Untung bersih selepas cukai X
tem tidak melibatkan tunai:
Belanja Susut Nilai X
Rugi/Untung atas jualan aset/pelaburan X/(X)
Pengurangan/peningkatan Aset semasa (kecuali tunai) X/(X)
Peningkatan / pengurangan Liabiliti. Semasa (kecuali Nota Belum Bayar,
Dividen belum bayar & Overdraf bank) X/(X) X
AIiran tunai bersih dari aktiviti operasi XX
AIiran Tunai Dari Akt. PeIaburan:
Beli aset tetap/pelaburan (X)
Jual aset tetap / pelaburan X
AIiran tunai bersih dari aktiviti peIaburan XX
AIiran Tunai Dari Akt. Pembiayaan:
Terbit saham / Tambah modal X
Terbitan bon belum bayar X
Persaraan saham (X)
Persaraan bon belum bayar (X)
Buat pinjaman/Nota Belum Bayar X
Bayar Pinjaman/Nota Belum Bayar (X)
Bayar dividen/ambilan (X)
AIiran tunai bersih dari aktiviti pembiayaan XX
Lebihan/(kurangan)tunai X
+ Baki tunai awal X
Baki tunai akhir XX
Maklumat yang diperlukan bila menyediakan penyata aliran tunai ialah:-
i. penyata pendapatan
ii. dua tarikh lembaran imbangan
iii. penyata ekuiti pemilik/penyata pendapatan tertahan
iv. lain-lain maklumat tambahan
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 10 : Penyata Aliran Tunai
225
2001 2000
Latihan 1 (untuk aktiviti operasi sahaja)
Kutipan hasil dividen
Bayaran faedah
Jualan tunai
Rugi atas jualan tanah
Membeli tanah
Bayaran Akaun Belum Bayar
Untung bersih selepas cukai
Bayar cukai pendapatan
RM7,000
16,000
12,000
5,000
37,000
45,000
24,000
13,000
Belanja susut nilai
Pengurangan dalam liabiliti semasa
Penambahan dalam aset semasa
selain tunai
Bayaran dividen
Kutipan Akaun belum Terima
Bayaran gaji dan upah
RM12,000
20,000
17,000
7,000
93,000
34,000
Kirakan dan tunjukkan aIiran tunai bersih dari aktiviti operasi.
Contoh jawapan
AIiran tunai dari aktiviti operasi:
Untung bersih selepas cukai RM 24,000
tem tidak melibatkan tunai:
Belanja Susut Nilai RM 12,000
Rugi atas jualan tanah 5,000
Peningkatan Aset semasa (kecuali tunai) (17,000)
Pengurangan Liabiliti. Semasa (20,000) (20,000)
AIiran tunai bersih dari tunai operasi RM 4,000
SoaIan 2
Berikut adalah petikan Lembaran mbangan perbandingan pada 31 Disember bagi Syarikat ndah
Permai.
Aset semasa
Tunai 21,300 8,600
Akaun belum terima 45,900 48,300
Faedah belum terima 2,900 3,600
nventori 68,600 60,200
nsurans prabayar 3,700 2,800
LiabiIiti semasa
Nota belum bayar 13,400 18,100
Akaun belum bayar 42,400 40,300
Cukai belum bayar 13,800 14,500
Utiliti belum bayar 8,200 9,700
Faedah belum bayar 3,700 2,900
Gaji belum bayar 900 2,600
Maklumat tambahan:
a. Pendapatan bersih RM 56,200
b. Belanja susut nilai peralatan RM 10,200
c. Beli pelaburan jangka panjang RM 4,900
d. Jual tanah dengan harga RM 46,900 mengalami kerugian RM 6,700
e. Mendapatkan peralatan dengan menerbitkan nota belum bayar jangka panjang
RM 14,300
f. Bayar NBB jangka panjang RM 61,000
g. Terima tunai kerana menerbitkan saham biasa RM 3,900
h. Bayar dividen RM 38,100
i. Bayar NBB jangka pendek dengan menerbitkan saham biasa RM 4,700
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 10 : Penyata Aliran Tunai
226
DIKEHENDAKI:
Tunjukkan pengiraan aliran tunai dari aktiviti:
. Operasi
. Pelaburan
. Pembiayaan
Jawapan:
AIiran tunai dari aktiviti operasi:
Untung bersih selepas cukai RM 56,200
tem tidak melibatkan tunai:
Belanja Susut Nilai peralatan RM 10,200
Rugi atas jualan tanah 6,700
Pengurangan ABT 2,400
Pengurangan Faedah belum bayar 700
Peningkatan nventori (8,400)
Peningkatan nsurans prabayar (900)
Peningkatan ABB 2,100
Pengurangan cukai BB (700)
Pengurangan utiliti BB (1,500)
Peningkatan Faedah BB 800
Pengurangan gaji BB (1,700) 9,700
AIiran tunai bersih dari aktiviti operasi 65,900
AIiran tunai dari aktiviti peIaburan:
Beli pelaburan jangka panjang RM (4,900)
Jual Tanah 46,900
AIiran tunai bersih dari aktiviti peIaburan 42,000
AIiran tunai dari aktiviti peIaburan:
Bayar NBB RM (61,000)
Terbitan saham biasa 3,900
Bayar dividen (38,100)
AIiran tunai bersih dari aktiviti pembiayaan (95,200)
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 10 : Penyata Aliran Tunai
227
SoaIan 3 (komprehensif)
Berikut adalah penyata kewangan bagi Syarikat UM Bhd bagi tahun berakhir 31 Disember 2005:
SYARIKAT UMI BHD
LEMBARAN IMBANGAN
PADA 31 DISEMBER 2005 DAN 2004
ASET 2005(RM) 2004 (RM)
Tunai 40 000 46 000
nsuran Prabayar 8 000 2 000
Akaun belum Terima 112 000 120 000
nventori 86 000 68 000
Tanah 176 000 140 000
Bangunan 155 000 120 000
Susutnilai terkumpul - Bangunan (86 000) (74 000)
Mesin 129 000 144 000
Susutnilai - Mesin (62 000) 960 000)
558 000 506 000
LIABILITI
Akaun BeIum bayar 108 000 80 000
Gaji Belum Bayar 4 000 0
Cukai Belum Bayar 16 000 24 000
Dividen Belum Bayar 0 14 000
Nota Belum Bayar 72 000 128 000
200 000 246 000
EKUITI PEMILIK
Modal Saham Biasa (nilai tara RM1.00) 170 000 114 000
Perolehan tertahan 188 000 146 000
Jumlah Ekuiti Pemilik 358 000 260 000
Jumlah Liabiliti dan Ekuiti Pemilik 558 000 506 000
Penyata Pendapatan
Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2005
Jualan RM722 000
Tolak: KBDJ 400 000
Untung kasar 322 000
Tolak: BeIanja
Belanja Jualan 126 000
Belanja Gaji 96 000
Belanja nsuran 10 000
Belanja susutnilai - Mesin 8 000
Belanja susutnilai - bangunan 12 000
Belanja Faedah 14 000
Rugi Jualan Mesin 2 000
54 000
Campur: Laba Jualan Tanah 6 000
Untung sebeIum Cukai 60 000
Belanja Cukai 18 000
Untung Bersih 42 000
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 10 : Penyata Aliran Tunai
228
MakIumat Tambahan :
Dalam tahun 2005, Syarikat Umi Bhd telah menjalankan urusniaga berikut:
1. Syarikat menerbitkan 56,000 unit saham baru pada nilai tara
2. Syarikat menjual tanah yang mempunyai kos RM 30,000 secara tunai
3. Mesin yang dibeli pada harga RM 15,000 telah dijual secara tunai. Susutnilai terkumpul
bagi mesin tersebut berjumlah RM 6,000.
4. Syarikat membeli tanah dan bangunan secara tunai
DIKEHENDAKI:
a) Sediakan Penyata Aliran Tunai Syarikat UM bagi tahun berakhir 31 Disember 2005
menggunakan kaedah tidak lansung
b) Terangkan kepentingan Penyata Aliran Tunai.
JAWAPAN:
SYARIKAT UMI BHD
PENYATA ALIRAN TUNAI (KAEDAH TIDAK LANSUNG)
BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DIS 2005
AIiran tunai dari aktiviti operasi:
Untung bersih 42,000
tem tidak melibatkan tunai:
BSN Mesin 8,000
BSN Bangunan 12,000
Rugi atas jualan mesin 2,000
Untung jualan tanah (6,000)
Peningkatan nsuran prabayar (6,000)
Pengurangan Akaun belum terima 8,000
Peningkatan nventori (18,000)
Peningkatan Akaun belum bayar 28,000
Peningkatan Gaji belum bayar 4,000
Pengurangan Cukai belum bayar (8,000) 24,000
AIiran tunai bersih dari aktiviti operasi 66,000
AIiran Tunai Dari Akt. PeIaburan:
Beli tanah (66,000)
Jual tanah 36,000
Jual mesin 7,000
Beli Bangunan (155,000 120,000) (35,000)
AIiran tunai bersih dari akt. PeIaburan (58,000)
AIiran Tunai Dari Akt. Pembiayaan:
Terbitan saham (56000 x RM 1) 56,000
Bayar NBB (128,000 72,000) (56,000)
Bayar dividen (14,000)
AIiran tunai bersih dari akt. Pembiayaan (14,000)
Kurangan tunai (6,000)
+Baki tunai awal 46,000
Baki tunai akhir 40,000
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 10 : Penyata Aliran Tunai
229
Pengiraan:
Tanah
Baki b/b 140,000 Jual 30,000
Tunai (beli) 66,000 Baki h/b 176,000
206,000 206,000
Untung juaI tanah = Harga - Kos
RM 6,000 = X - RM 30,000
X = RM 6,000 + RM 30,000
= RM 36,000
Rugi juaI mesin = Harga jual - (Kos SNT)
RM - 2000 = X - (RM 15,000 RM 6,000)
X = RM 9,000 - RM 2,000
= RM 7,000
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

Anda mungkin juga menyukai