Anda di halaman 1dari 71

Rutin Harian Tadika

Perbualan Awal ( circle time )

Berkongsi pengalaman dan cerita

Berbual berkenaan tema

Mengumum hari jadi

Aktiviti Kelas

Bercerita

Muzik dan pergerakan

Nyanyian

Lawatan

Aktiviti fizikal

Aktiviti Kumpulan
Melakukan kerja atau projek bersama-sama

Aktiviti Individu

Aktiviti Permainan Luar

Rehat

Makan

Menggosok gigi

Membersihkan diri

Refleksi / Penamat
Rumusan pengajaran sehari

Rancangan Tahunan Tadika

Minggu persekolahan berdasarkan kalender kementerian pendidikan.

Minggu cuti.

Tema bulanan dan mingguan.

Peristiwa semasa.

Perayaan

Aktiviti tahunan

Cuti umum.

Takwim Tahunan Tadika


BIL.

PERKARA

TARIKH
03-01-2013

1.

Pendaftaran
03-02-2013

2.

Tahun Baru Cina


08-02-2013

3.

Latihan sukan
16-02-2013

4.

Maulidur Rasul
03-03-2013

5.

karnival sukan
07-03-2013

6.

Penilaian prestasi awal tahun

7.

Cuti Pertengahan Penggal

12-03-2013

8.

Bicara akademik

21-03-2013

9.

Penilaian Awal Tahun

12-04-2013

10.

Hari buruh

01-05-2013

11.

Hari guru

16-05-2013

12.

Latihan bercerita

23-05-2013

13.

Hari bapa

12-06-2013

14.

Ujian pencapaian

20-06-2013

15.

Gotong-royong

16-07-2013

16.

Mesyuarat PIBG

23-07-2013

17.

Sambutan bulan ramadhan

01-08-2013

18.

Nuzul Al-Quran

17-08-2013

19.

Hari Raya Aldilfitri / Hari Kemerdekaan

31-08-2013

20.

Cuti Akhir Tahun

27-08-2013

21.

Jamuan akhir tahun

05-09-2013

22.

Hari Konvikesyen Kanak-Kanak 6 Tahun

10-09-2013

23.

Hari Malaysia

16-09-2013

5 jam bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

Ibu bapa atau penjaga digalakkan untuk menghantar mereka pada jam

7.45 pagi bagi memudahkan pembantu mengawal kanak-kanak dan bersedia


untuk sesi pembelajaran pada setiap hari.
Buku khas aktiviti tadika
Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, modul bertema sains dan

matematik serta buku panduan kerohanian dan nilai-nilai murni.


Bagi kanak-kanak yang berusia 4 tahun, tadika menyediakan set

buku khas yang berbentuk gambarajah. Hal ini kerana, sesetengah daripada
mereka masih belum tahu menulis dan membaca.
Aspek pemakanan
i. Memberikan pelbagai jenis makanan yang sihat dan berkhasiat
melalui kombinasi yang bersesuaian berdasarkan piramid makanan.
ii.

Menggalakkan pengambilan lebih banyak buah-buahan dan sayur-

sayuran untuk membekalkan vitamin dan mineral.

iii.

Memberikan ikan, daging tanpa lemak, ayam, telur, kekacang

dan berasaskan kekacang untuk protein.


iv.

Memberikan susu, produk tenusu dan lain-lain makanan yang

kaya dengan kalsium setiap hari.


v.

Berikan daging tanpa lemak, ayam, ikan, sayur-sayuran dan

makanan lain yang kaya dengan zat besi setiap hari untuk mencegah
kekurangan zat besi.
vi.

Lemak adalah penting tetapi pemberian secara berlebihan

patut dielakkan.
vii.

Hadkan gula-gula, makanan manis dan minuman bergula dan

kurangkan pengambilan garam.


viii.

Jika snek diperlukan, pilih makanan yang berkhasiat dalam jumlah

yang kecil dan berikan pada masa yang sesuai.


ix.

Sediakan makanan yang bersih dan selamat untuk dimakan.

Aspek kebersihan

Menyediakan pada setiap ruang, sudut dan kelas di tadika kami

dengan sebuah bakul sampah.

Manakala, di bahagian dapur pula, kami menyediakan dua buah tong

sampah besar untuk kegunaan pembantu.

Pihak kami juga telah membuat soal sekidik tentang jadual lori

sampah mengutip sampah di kawasan perumahan ini.

Hal ini akan memudahkan lagi pihak kami untuk mengumpul sampah

dan membiarkan pemungut sampah mengutip sampah kami.

Berdasarkan aspek kebersihan juga, tadika kami membuat

keputusan untuk menggunakan pekerja yang ada sahaja.

Memandangkan pembantu am di tadika ini hanyalah seorang iaitu

tukang masak, jadi semua kerja-kerja pembersihan juga akan dilakukan


olehnya.

Pembantu guru, guru, pembantu pengurus, malah pengusaha sendiri

akan turut membantu dalam aspek kebersihan ini.

Kami akan bersama-sama menyelenggara dan membersihkan

bangunan ini.

Gotong-royong akan turut diadakan secara berkala untuk

membersihkan kawasan tadika dan menyediakan bahan bantu mengajar


untuk aktiviti pengajaran serta pembelajaran.

Aktiviti gotong-royong bersama ibu bapa juga bertujuan bagi

mengeratkan lagi silaturrahim antara kakitangan tadika dan para ibu bapa.
Aspek keselamatan

Aspek keselamatan juga merupakan salah satu aspek terpenting

yang tidak boleh dipandang enteng oleh pihak tadika.

Hal ini kerana, setiap sudut, ruang yang terdapat di tadika

memerlukan jaminan keselamatan yang mampu mempengaruhi banyak pihak.

Antara aspek keselamatan ini termasuklah menyedari dan

mengenali perlakuan atau tindakan yang dapat menyebabkan kemalangan dan


bahaya, mengetahui dan menghindari tempat berbahaya dan mengamalkan
langkah keselamatan diri dan orang lain.
Aspek kesihatan

Mengetahui tentang pentingnya menjaga kebersihan tubuh badan

dan pakaian.

Memakai pakaian yang sesuai mengikut keadaan.

Mengetahui makanan seimbang serta tabiat makan yang baik untuk

kesihatan.

Mengamalkan pergerakan yang betul untuk postur badan yang baik.


Berlari atau menghayunkan badan, berjalan mengikut muzik dan

berhenti apabila muzik diberhentikan.


RANCANGAN PENTADBIRAN TADIKA
Latar belakang premis
Nama tadika

: Fun Kids Kindergarten

Alamat tadika

: No 8, jalan 12, Taman Seri Perdana, 48000


Rawang, Selangor Darul Ehsan

Alamat Surat-Menyurat

: No 8, jalan 12, Taman Seri Perdana, 48000

Rawang, Selangor Darul Ehsan


No. Telefon

: 03-4380566

Bentuk Perniagaan

: Perkongsian.

RANCANGAN PEMASARAN TADIKA


Pengenalan

Tadika kami iaitu Fun Kids Kindergarten merupakan sebuah tadika

yang akan ditubuhkan.

Tadika kami ini menyediakan perkhidmatan didikan dan bimbingan

kepada kanak-kanak dalam merealisasikan matlamat tadika ini serta tujuan


ibu bapa menghantar anak mereka ke tadika ini.

Antara faktor yang membawa kepada penubuhan tadika ini ialah

memenuhi permintaan negara terhadap kanak-kanak yang berkualiti untuk


menjadi pembangun Negara pada masa hadapan.

Oleh itu, penubuhan tadika ini merupakan satu proses untuk

menyahut seruan Negara dalam melahirkan generasi yang bijak pandai.


Sasaran pasaran

Kami mensasarkan tadika Fun Kid Kidergarten ini kepada semua

ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak-anak berumur dalam lingkungan
5 hingga 6 tahun yang tinggal di kawasan berhampiran dan perumahan di
sekitar kawasan.
Saiz pasaran

Sebelum kami ingin menubuhkan tadika ini, kami telah pun

membuat sedikit soal selidik tentang ekonomi penduduk yang tinggal di


kawasan ini.

Sebagai hasilnya, kami mendapati bahawa hampir 40 peratus

daripada penduduk di kawasan ini yang mempunyai ekonomi yang kukuh atau
kelas pertama, 40 peratus penduduk yang mempunyai ekonomi yang stabil
atau kelas kedua dan hampir 20 peratus penduduk yang mempunyai ekonomi
kelas ketiga.
Strategi pemasaran

Tadika kami ini merupakan tadika yang baru sahaja ditubuhkan.

Oleh itu, beberapa strategi perlulah dirancang bagi memastikan

tadika ini boleh berjalan lancar dan mencapai objektif yang telah
ditetapkan.

Kain rentang/ banner

Salah satu kaedah pemasaran yang akankami gunakan ialah dengan

menggunakan kain rentang.

Pada kain rentang ini kami mempromosi tadika Fun Kids

Kindergarten di mana kami menyediakan perkhidmatan pembelajaran dengan


menggunakan LCD dan menyediakan perkhidmatan kaunseling untuk kedua
ibu bapa dan terapi untuk kanak-kanak.

Selain itu, kami akan menyatakan juga tarikh pembukaan,

pendaftaran, alamat, objektif dan matlamat tadika kami. Kain rentang yang
digunakan akan digantungkan pada 2 tempat iaitu di ruang pemasaran
kawasan perumahan yang telah disediakan dan di hadapan tadika kami
sendiri.

GAMBAR PERSEKITARAN FUN KIDS KINDERGARTEN

TARIKH / MASA
AKTIVITI
TEMPAT
UMUR & BILANGAN
ULASAN
Januari
Pendaftaran
Taska Permata Ktsn

Kemasukan Kanak-Kanak Dari Bayi (3 Bulan) 5 Tahun


Bilangan Kanak-Kanak 24 Orang

Februari
Riadah
Tasik Titiwangsa
13 Orang
(3-4 Tahun)
Bawa Kanak-Kanak Bersiar- Siar Bertujuan Mendedahkan Mereka Kepada Alam
Sekitar Mengenal Tumbuhan Cth : Pokok, Rumput, Bunga Dll
Mac
Bermain Air
Taska Ktsn
7 Orang
(3-4 Tahun)
Memasukkan Air Ke Dalam Botol Menggunakan Span Basah
Bertujuan Menggalakkan Perkembangan Motor Halus
April
Gotong-Royong
Taska Ktsn
6 Orang
Kakitangan Taska
Menceriakan Taska & Membersihkan Taska.
Galakkan Kerjasama Sesama Kakitangan
Mei
Bermain Sambil Belajar Pelajar Audiologi & Tutor

Taska Ktsn
15 Orang
(1 - 4 Tahun)
- Kakitangan Turut Terlibat
Pelajar Mengkaji Tentang Perkembangan Bahasa & Pertuturan Serta Pendengaran
Kanak-Kanak Normal Berbanding Kanak-Kanak Tak Normal
-Mengkaji Pertuturan Bahasa Perempuan Dewasa
Jun
Imunisasi Daripada Klinik Kg Baru
Taska Ktsn
24 Orang
Mengambil Data Imunisasi Dan Membuat Lawatan Ke Taska Berikutan Penyakit Kaki
Tangan Mulut (Hfmd)
Julai
Jamuan Hari Jadi Kanak-Kanak
Taska Ktsn
18 Orang
Sambutan Hari Lahir Kanak-Kanak Mengikut Hari Lahir
Ogos
Pembelian Barang Pasar
Taska Ktsn
Ibu Bapa Kanak-Kanak

Ibu Bapa Membeli Barang Pasar Setiap Minggu Mengikut Giliran


September
Jamuan Hari Raya
Taska Ktsn
Ibu Bapa & Kakitangan Taska
Mengadakan Jamuan Makan Di Taska & Pemberian Kuih Raya Dari Kelab Wanita
Oktober
Mengenal Hidupan Air
Dewan Ktsn
10 Orang( 2 Hingga 4 Tahun )
Bawa Kanak Kanak Melihat Kura-Kura,Rumpai Air.Batuan,Ikan Pelbagai Saiz.
November
Aktiviti Bercerita Dan Lakonan
Taska Ktsn
13 Orang (Umur 2tahun Hingga 5tahun )
Melihat 4 Jenis Perkembangan Kanak-Kanak.Kanak Kanak Juga Didedahkan Menjadi Role Model
Disember
Majlis Perpisahan
Taska Ktsn
Kanak-Kanak &Kakitangan Taska
Jamuan Perpisahan Untuk Kanak-Kanak Yang Akan Ke Tadika

BUTIRANLAPORANPRAKTIKUMPENDIDIKANAWALKANAKKANAK

LAPORAN PRAKTIKUM PELATIH

Panduan Umum berkenaan maklumat yang dikongsikan ini adalah

berdasarkan keperluan utama institusi, kemudian saya tambah berdasarkan

pengalaman semasa menjalani praktikum mengajar bagi Kursus Diploma

Pendidikan Awal Kanak-kanak, Institut Perkembangan Awal Kanak-kanak

(IEYD).

1.

Sediakan fail yang sesuai Ukuran ketebalan yang sesuai. Digalakkan

guna ring filebersampul plastic berwarna putih. Memudahkan pelatih menghias

muka hadapan dan belakangnya kelak

2.

Semua dokumen dicetak pada A4, font Arial/Times, saiz 12, spacing 1.5.

after 10 pt.

3.

Sediakan folder dan sub folder mengikut tajuk-tajuk.

4.

Susunan kandungan mengikut urutan yang dicadangkan.

5.

Boleh sediakan lebih daripada satu fail jika fail pertama telah penuh.

6.

Portfolio perlulah menarik, kreatif dan mudah untuk disemak.

Maklumat di muka hadapan fail adalah:


LAPORAN PRAKTIKUM
Program
Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak (A7116)
Taska : 13 feb 2012 hingga 9 mac 2012
Tadika : 19 mac 2012 hingga 13 april 2012
Kolej Perkembangan Awal Kanak-kanak
(alamat penuh, no. tel, fak,website)

Butiran yang perlu ada dalam LAPORAN PRAKTIKUM PELATIH Di bawah

adalah senarai semak butiran isi kandungan fail LAPORAN PRAKTIKUM bagi

rujukan pelatih. Sila catatan muka surat pada setiap helaian.


Uni
Tajuk dan Butiran Isi Kandungan
t

Catatan

A
-

MUKADIMAH
Laporan praktikum ini untuk apa?
Dimana anda menjalani praktikum?
Tempoh masa?
Penghargaan kepada pihak taska dan tadika
Tandatangan
Nama penuh
No. kad pengenalan
Tarikh

***disertakan 1 gambar anda bersama penyelia taska


dan tadika, nyatakan penerangan tentang gambar
secara ringkas.
PROFIL PELATIH
Gambar ukuran passport
Nama penuh
No. kad pengenalan
Umur/tempat lahir
Alamat surat-menyurat
No. telefon
Emel
No. pelajar
Nama kursus
Tempat belajar
Falsafah anda
Lampiran
surat tawaran praktikum
rekod kehadiran di taska/tadika
salinan cuti sakit

a.
b.
c.
d.
e.
f.
g.

PROFIL TASKA atau TADIKA


Nama
Alamat surat-menyurat
No. tel/faks/emel
Gambar taska/tadika
Peta lokasi
Visi
Misi

h.
i.
j.
k.
l.
m.
n.
o.
p.

Falsafah
Carta organisasi
Senarai nama kakitangan/pendidikan
Peraturan taska/tadika
Takwim Tahunan taska/tadika
Rancangan Kalendar Tema taska/tadika
Jadual harian taska/tadika
Jadual menu harian taska
Jumlah keseluruhan kanak-kanak taska;
Taska
2 bulan hingga 24 bulan
24 bulan hingga 36 bulan
36 bulan hingga 48 bulan
*** Contoh bentuk jadual.
Bil.
Nama kanak-kanak

q.
r.

Tarikh lahir

Maklumat murid kelas tadika


Jumlah keseluruhan kelas dan murid di tadika
berkenaan

Nyatakan nama penuh guru bertugas

Latar belakang pendidikan

Rekod butiran murid di kelas pelatih AJAR (boleh


dibuat dalam bentuk jadual)
Nama penuh murid
No. surat beranak
Tarikh lahir
Umur
Jantina
Latar belakang keluarga
o Nama penuh bapa
(i)
Pekerjaan
(ii) No. telefon
o Nama penuh ibu
(i)
Pekerjaan
(ii) No. telefon
o Alamat surat-menyurat
D

RANCANGAN BULANAN

a.

Masukkan tema bulanan (dalam bentuk jadual dan


gambar atau sebagainya)
***gunakan kreativiti anda.

RANCANG WEB PENGAJARAN


a.
Minggu ke minggu
b. Harian berdasarkan jadual harian
***dalam bentuk maping atau jadual

RANCANGAN MINGGUAN
a.
Rekodkan aktiviti yang dirancangkan dalam
seminggu Isnin hingga Jumaat

Taska merujuk jadual aktiviti harian (berdasarkan


perkembangan kanak-kanak)

Tadika merujuk kepada tunjang, tema dan


subtema (Rujuk KSPK)
***sila catatkan no. SP . Rujuk format kolej.

RANCANGAN HARIAN
***Rujuk format yang telah ditetapkan oleh kolej.

H.

JURNAL
Pelatih praktikum
Tarikh
Catatan refleksi (selepas setiap sesi pengajaran)
Merenung akan kekuatan diri merujuk kepada ciriciri seorang guru cemerlang.
Sahsiah
Kemahiran P&P
Alat bantu mengajar
Pedagogi
Pengurusan kelas
Kaedah /teknik komunikasi
Mencatatkan kelemahan
Mengenalpasti punca kelemahan
Atau kegagalan
mencapai objektif P&p
mengawal murid

a.

o
o

o menarik minat murid

Catatan tempoh tindakan susulan akan diambil


bagi mengatasi kelemahan tersebut.

Tandatangan

Nama penuh

Masa
b.

o
o
o

I
a.

b.

c.

Catatan pemerhatian harian FOKUS kepada seorang


kanak-kanak
Pemasalahan
Penemuan pencapaian dalam perkembangan
Insiden yang amat signifikan dengan kebolehan
Berkaitan rapat dengan kecerdasan pelbagai dan
perkembangan IREJ.
Lampiran
Gambar aksi kanak-kanak berkaitan peristiwa itu.
Biodata dirinya (nama penuh, tarikh lahir, umur
dan kegemaran)
Latar belakang keluarga, ibu bapa, adik-beradik
Alahan
Pemasalahan pembelajaran, pergaulan, emosi, nilainilai murni dan komunikasi berhemah.
PORTFOLIO KANAK-KANAK (untuk taska)
/MURID (untuk tadika)
Gambar aktiviti kanak-kanak mengikut
TASKA perkembangan kanak-kanak
TADIKA- semua tunjang KSPK
***sila tulis catatan perihal objektif aktiviti yang
dijalankan, hasil pengajaran, masa dan tarikh.
Lembaran kerja dan hasil kerja
TASKA perkembangan kanak-kanak
TADIKA- semua tunjang KSPK
***telah ditanda, tarikh, komen pelatih akan
pencapaian kanak-kanak.
Gambar Aksi kanak-kanak menunjukkan mereka
terlibat secara langsung dengan aktiviti

tersebut/ ketika menggunakan bahan bantu mengajar


(BBM) . Sila tulis caption objektif aktiviti yang
dijalankan, hasil pengajaran, masa dan tarikh.
J
-

PENUTUP
Catatan Pengalaman
Adakah mencapai objektif
Cadangan atau komen kepada Unit Praktikum
Kolej
Sekian, terima kasih.
tandatangan
Nama penuh
tarikh

LARASBAHASALAPORANPRAKTIKUM

LARAS BAHASA LAPORAN PRAKTIKUM

Laporan praktikum adalah rekod rasmi yang menjadi tanda aras ketrampilan

bakal pendidik.

Justeru itu bakal pendidik tidak berkompromi dalam cara penulisan laporan

praktikum. Ini juga merangkumi gaya mempersembahkan bahan lampiran

aktiviti yang akan dan telah dijalankan dengan kanak-kanak.

Ciri-ciri gaya penulisan laporan praktikum;

1 Menggunakan ayat yang ringkas. Namun ia dilengkapi dengan subject dan

predicert.

2. Pastikan ejaan betul.

3. Elakkan menulis ayat panjang.

4. Gunakan tanda baca dengan bijak untuk mewujudkan nada intonasi

apabila pembaca atau penilai ptsktikum membacanya.

5. Laporan mempunyai muka surat, tajuk, nombor lampiran dan isi kandungan.

Bahan lampiran seperti lakaran dan bahan, alat bantu mengajar ;

1. Perlu kukuh.

2. Cukup bilangan.

3. Warna yang cerah dan menarik.

4. Mahir menggunakan bahan bagi mencapai objektif pengajaran dan

pembelajaran.

5. Memiliki unsur sensorial.

6. Anda turut seronok menggunakannya.

Sekiranya laporan praktikum anda dilengkapi perkara di atas, InsyaAllah

kejayaan cemerlang top 5 dalam gengaman.

Disediakan Oleh:

Nooraini binti Haji Khaironi

Penilai Praktikum

27hb Februari 2012, 10:32 malam

FALSAFAHAMALANASUHANHENDAKRUJUKDIMANA?

Hampir 38 bulan saya meninggalkan dunia kerjaya.

Semata-mata mahu

memberi tumpuan kepada perkembangan sahsiah, emosi dan kerohanian 2

orang putera dan seorang puteri yang Allah pinjamkan kepada saya selaku ibu

kandung mereka.

Entry kali ini saya mahu berkongsi maklumat yang telah saya kumpul untuk

renungan kita bersama bagi menjadi landasan gerak tindakan transformasi diri

dan keluarga demi suatu kehidupan yang holistik dan berkat.


Ini adalah sebahagian catatan masa lapang saya yang sempat dihayati
mengikut sudut pandangan dan ilmu yang dimiliki. Berikut adalah catatannya.

RUKUN ISLAM

Mengucap dua kalimah Syahadah

Menunaikan Solat

Melaksanakan ibadah puasa

Mengeluarkan zakat

Menunaikan haji

Ini teras jiwa selaku Khalifah Allah.

RUKUN IMAN

Percaya kepada Allah

Percaya kepada Malaikat

Percaya kepada Rasul

Percaya kepada Kitab

Percaya kepada Hari Kiamat

Percaya kepada Qada' dan Qadar Allah

Inilah inspirasi ESQ , insan pemikiran Kelas Pertama

RUKUN NEGARA

Kepercayaan kepada Tuhan

Kesetiaan kepada Raja dan Negara

Keluhuran Perlembagaan

Kesopanan dan Kesusilaan

Di mana bumi di pijak di situlah langit di junjung. Ya! Malaysia, negara ku

WAWASAN 2020

Cabaran Wawasan 2020 bagi mewujudkan;

1. Negera Malaysia Bersatu

2. Masyarakat yang berjiwa bebas dan maju

3. Masyarakat demokratik yang matang

4. Masyarakat yang bermoral dan beretika

5. Masyarakat liberal dan bertolak ansur

6. Masyarakat saintifik dan progresif

7. Masyarakat penyayang dan budaya menyayangi

8. Masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi

9. Masyarakat yang makmur, dinamik, giat dan kental

Menjadi misi dan visi setiap langkah Jihad Bil Hal dalam kerjayaku/juga

tindakan ku

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan

ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu

untuk mewujudkan insan seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,

emosi dan jasmani

berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab

dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri

serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

masyarakat dan negara.

FALSAFAH PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid-murid

dalam semua aspek perkembangan (jasmani,emosi, rohani dan intelek)

untuk menguasai kemahiran asas (membaca, mengira, menulis dan menaakul)

dan memupuk sikap positif (berkomunikasi, bersosial dan memiliki nilai-nilai

murni)

sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.

MATLAMAT PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Menurut Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 2010 (KSPK),

Pendidikan Prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak

berumur 4 hingga 6 tahun secara menyeluruh dan bersepadu

dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial

melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan

serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna.

Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan

dan membentuk konsep kendiri yang positif

pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada

dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah

kelak

2 Falsafah dan 1 Matlamat di atas menjadi tunjang asas asuhan anakndaku

Di

sini

saya

fokus

kepada

objektif

yang

hendak

dicapai,

khusus

memerlukan penglibatan ibu bapa yang utuh bagi menyuburkan potensi diri

anak-anak iaitu dari segi aspek ;

1. Jasmani

- kanak-kanak mempunyai tubuh badan yang sihat dan cergas

- mempraktikkan amalan kesihatan yang baik (seperti gosok gigi, mandi

bersih, kebersihan rambut dsbg)

- anak-anak kita boleh menguasai kemahiran psikomotor iaitu kemahiran

motor halus

seperti menggenggam, menggentel, mencubit, menyepit dan menggoyak

kertas. Juga kemahiran motor

kasar seperti berjalan, berlari, melompat, berguling, merangkak, main

skipping dsbg.

2. Emosi

- mempunyai keyakinan diri

- berani mencuba

- boleh menghormati perasaan dan hak orang lain

3. Rohani

- anak-anak kita boleh mengamalkan nilai-nilai murni ( termasuklah

menghormati orang tua dan rakan

sebaya serta orang sekeliling, semangat tolong-menolong, sedia

berkongsi, sikap bertolak-ansur,

bekerjasama dsbg)

- mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan harian

4. Sosial

- berkebolehan berkomunikasi dengan masyarakat sekeliling

- boleh menyuarakan pandangan dan pendapat serta perasaan dengan

berhemah

- sedia bekerjasama dengan orang lain.

4 aspek tersebut adalah inner dan

kejiwaan seorang insan.

Anak

inidiibaratkan seperti sehelai kain putih. Ibu bapanya yang menentukan corak

hidupnya. Usah dicarik-carik atau dilakar ia menjadi Majusi mahupun Nasrani.

Nauzubillah.

Sewajarnya, kita tanamkan syariat dalam jiwa anak-anak sejak

dalam kandungan lagi dengan bacaan kata-kata mukjizat Rasulullah S.A.W.

iaitu bacaan Al-Quran. Kumandangkan alunan zikrullah ketika sejak lahir.

Asuh dan beri pendedahan akan ibadah khusus dan umum ketika belum

mumaiiz lagi.

Selepas baligh lakukan pengukuhan segala amalan wajib dan

umum bersama-sama mereka.

Jadikanlah rutin sebelum mereka menjejaki usia remaja.

InsyaAllah dengan berkat doa kedua ibu bapa yang mendoakan kesejahteraan

kehidupan anak-anak supaya menjadi anak-anak yang soleh dan solehah,

Teguh iman dan Syahada serta beramal ibadah kepada Allah Robbuljalil.

Dengan harapan mereka, anak-anak ini terhindar daripada segala penyakit

sosial dan daki-daki dunia yang fana. Amin Robalalamin.

Kesimpulannya:

Asas asuhan kita kepada anak-anak perlulah berlandaskan kepada Syariat dan

Sunnah. Oleh kerana itu yang boleh mensejahterakan kehidupan di dunia dan

akhirat. Jadi segala butiran Rukun dan Falsafah yang tertera di atas jika

difahami InsyaAllah akan memandu kita menjadi Khalifah Allah yang memberi

manfaat kepada orang lain. InsyaAllah , anak ini berupaya menjadi insan yang

cemerlang secara holistik dan mampu berbakti kepada keluarga, masyarakat,

bangsa dan negara, juga semesta.

Maka virus-virus kanser penyakit sosial remaja kini dapat dibendung.

Marilah wahai ibu, gunakan kuasa di tangan kita... iaitu tangan yang

menghayun buaian mampu mencorak dunia millenium yang lebih sejahtera.

Oleh kerana semuanya bermula daripada dunia rahim anda.

PengasuhKanakkanakSuatuKhidmatYangMurni
Selamat sejahtera dan salam bahagia teman-teman semua.

Entry kali ini saya ingin mengupas topik di atas. Saya terpanggil untuk
memikirkan hal ini dalam tempoh bersunyi beberapa hari ini.

Khususnya

selepas tersebarnya di youtube kejadian pengasuh sebuah pusat asuhan


kanak-kanak menutup mulut kanak-kanak dengan ceylotape.

Kesan daripada kejadian tersebut, terdapat sebilangan rakan pengusaha


mengeluh. Di sebabkan setitik nila rosak susu sebelangga. Tambah stress juga

di kalangan pendidik taska (yang bekelulusan diploma pendidikan awal kanakkanak dan masih single).
Kenapa?
Gara-gara Ibubapa bertambah cerewet tidak kena tempat. Menyebabkan
mereka rimas.

"Mereka ingat kami ini bibik ke?"


"Kami ini petugas taska yang diamanahkan menjaga kebajikan, mengasuh,
membimbing

dan

menjalankan

aktiviti

bagi

meningkatkan

kecekapan

perkembangan anak-anak mereka semasa tempoh 8am hingga 6pm sahaja.


Luar daripada tempoh itu menjadi tanggungjawab ibu bapa 100% pula
menjaga kebajikan dan mengasuh anak-anak masing-masing."

"Ini tidak, terdapat ibu yang berpangkat tinggi. Cerewet Nauzubillah. Tapi dah
3 tahun, sejak anak dia baby hingga sekarang kalau petang kita serahkan anak
pakai baju tu, esok pagi dia hantar anak lagu tu jugak."

dan.... bla...bla...bla...Dipendekkan kisah, itu luahan rasa pengasuh/pendidik


taska yang berkelulusan dan berilmu membahaskan isu tersebut. Lain pulak
nada keluhan yang hanya kelulusan SRP atau SPM atau ibu tunggal yang
tidak boleh membaca dan menulis apabila dirisik perasaan mereka.

"Kami tak kisah sangat dengan perangai ibu bapa. Dah itu sikap mereka yang
sayangkan anak. Tambahan mereka yang bayar kita. Kami bersyukur. Yang
penting kami dapat rezeki yang halal dan berkat. Alhamdulillah, walaupun gaji
ceput (kecil) saya masih mampu memberi kepada orang tua di kampung untuk
sekolah adik-adik".
Berdasarkan coretan di atas, marilah kita muhasabah diri.

Walaupun ada

kekurangan mutu khidmat pengasuh kerana tidak terlatih maka ibu bapa perlu
membantu dari segi sokongan moral agar pengasuh di taska rasa dihargai.
Dari masa ke semasa ibu bapa digalakkan memberi suntikan ilmu pengetahuan
dari segi asuhan anak berdasarkan pengalaman atau pembacaan kepada
mereka. Khususnya bagi golongan beliawanis atau remaja lepasan sekolah

yang baru menceburi bidang pengasuhan ini.

Umumnya diterima bekerja

kerana penyataan bahawa mereka suka bekerja dengan kanak-kanak.


Jadi 'win-win' stuationlah...Bukan calang-calang orang boleh mengendalikan
ragam 1: 5 kanak-kanak 3 hingga 4 tahun bagi tempoh 10 jam pada waktu
siang. Pada waktu mereka memang aktif. Untuk bayi 2 bulan hingga 16 bulan
kadar 1: 3.

Berdasarkan pengalaman dan pengamatan saya, pengasuh muda ini memang


insan terpilih. Allah telah mengamanahkan mereka akan kerjaya ini. Sifat
keibuan mereka kadang-kala mengalahkan ibu kandung kanak-kanak itu. Bagi
mereka cuti hujung minggu sunyi. Mereka sentiasa teruja untuk bertemu
dengan anak-anak asuhan mereka pada setiap pagi hari Isnin.

Mereka ini penuh sungguh-sungguh menjalankan aktviti yang bersesuaian


dengan tahap kebolehan anak-anak.
Refleksi saya, menyimpulkan bahawa pengasuh kanak-kanak adalah suatu
khidmat yang murni. Mereka ini berhak diberi gelaran pendidik. Oleh kerana
mereka adalah pelaksana atau individu yang bertanggungjawab mendidik,

mengasuh, memelihara keselamatan dan kebajikan serta penjagaan kanakkanak semasa ibu bapa bekerja. Tambah murni dan harmonis jasa mereka ini
kerana mereka bukan sahaja mengajar tetapi cuba mendidik rohani, jasmani
dan mental untuk menghayati dan mengamalkan ilmu yang dipelajari.
Contohnya amalan memberi salam; membaca doa ketika hendak makan,
selepas makan dan sebagainya. Ini termasuklah membentuk keperibadian,
sikap dan tabiat anak didiknya. Heemm misalnya tabiat suka menggigit kawan.
Oooiii konflik ..

Justeru itu saya dapati pengasuh taska adalah pendidik. Sebagai tanda
penghargaan di sini saya kongsikan maklumat SIFAT-SIFAT wajib PENDIDIK
ISLAM. (maaf sangat... sumbernya tidak tercatat pula oleh saya. semoga ilmu
ini membawa berkat kepada penulis naskah ini).

1.

Mempunyai sifat zuhud mendidik kerana mencari keredhaan Allah.

Namun tidak bermakna tidak boleh menerima ganjaran yang setimpal dengan
penat lelah yang telah dicurahkan.

2.

Memiliki kebersihan diri. Baik daripada personaliti, sahsiah, tutur kata dan

memiliki sikap Khalifah Allah yang unggul. Hindari sifat-sifat keji seperti hasad,
sombong, riak dan mengumpat keji.

3.

Memiliki sifat rendah hati dan sentiasa menjaga kehormatan diri pada

pandangan masyarakat berlandaskan tuntutan syariat.

Berperangai baik

dalam pergaulan. Tidak sesekali terlibat dalam suasana yang menjatuhkan


maruah diri, keluarga, bangsa dan agama.

4.

Berperanan sebagai

jagaannya.

ibu bapa atau penjaga kepada

kanak-kanak

Dengan memiliki perasaan kasih, saling hormat-menghormati

serta memahami latar belakang mereka.

5.

Memahami tabiat kanak-kanak. Aspek ini membolehkan pendidik dapat

merancang dan melaksanakan pendekatan pembelajaran yang bersesuaian


dengan tahap kesediaan dan kebolehan serta kemampuan kanak-kanak.

6.

Bersifat ikhlas, jujur, amanah dan bertanggunajawab kepada tugasannya

selaku pengasuh dan , penjaga, pembimbing dan pendidik kepada kanakkanak. Sentiasa berpegang teguh kepada ajaran agama, istiqamah serta
sentiasa beramal dengan ilmunya.
Kesimpulannya, para pendidik awal kanak-kanak ini adalah jurutera pereka
acuan insan agar apabila dewasa kelak akan menjadi seorang yang
mempunyai jatidiri dan beriman, berbudi pekerti, berilmu pengetahuan,
berketrampilan,

berakhlak

mulia,

bertanggungjawab

dan

berkeupayaan

mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian


dan kemakmuran keluarga, masyarakat, agama dan negara bangsa.
Teman semua saya ingin berkongsi akan perkara di atas.
Majoriti, taska menggunakan panggilan berbentuk kekeluargaan kepada para
tugasnya. Seperti kakak, Mak Usu, Ibu dan sebagainya.

Rasionalnya kerana

petugas taska adalah 'pengganti' ibu bapa kepada anak-anak yang diasuh dan
dijaga di sana.

Umumnya, penampilan mereka ketika bertugas adalah berpakaian simple iaitu


berkemaja T atau blaus dan berseluar panjang atau seluar sukan.

"Buat apa nak bergaya, kita cuma jadi pengasuh. Emak bapak budak-budak ini
pun aggap kita macam bibik," Itu adalah antara suara hati petugas di Taska.

Maka, saya cuba melakukan anjakan paradigma dalam sudut tatacara pakaian
bekerja di 'day care' center. Ya, saya berpakaian seperti ke pejabat walaupun
saya melakukan tugasan mengasuh, menjaga dan menjalankan aktiviti dengan
anak-anak.
Kemudian saya membahasakan diri sebagai 'teacher' dengan anak-anak
asuhan di sini.

Pada mulanya suatu perkataan asing bagi mereka.

Namun

kini, apabila sudah memasuki minggu ke-4, keceriaan terpancar dalam


hubungan antara kami.

Rakan setugas saya juga menumpang rasa bangga dan ceria kerana merasai
diri mereka dihormati. Tambah girang hati beliau kerana pada Sambutan Hari
Guru yang lalu beliau turut menerima cenderahati daripada beberapa orang
kanak-kanak di bawah asuhan dan jagaannya.

"Akak, saya rasa bangga bertugas dengan akak di 'day care'. Seronok jadi
'teacher' dia orang ini."
Saya amat bersyukur, kerana mampu menaikkan martabat dan semangat
motivasi diri petugas dalam bidang pengasuhan dan pendidikan awal kanakkanak. Kini, ibu bapa juga turut terbiasa dengan budaya panggilan 'teacher'.
Walaupun kecil namun ia memberi seribu rahmat dan cahaya kehidupan
kepada para petugas muda belia yang baru menceburi bidang ini.
Persoalannya, Kenapa 'teacher' tidak cikgu atau guru?
Secara peribadi panggilan cikgu atau guru adalah gelaran formal di institusi
sekolah. '"Teacher" adalah role model kepada setiap pengisian objektif belajar
menerusi bermain, pemerhatian dan amalan kehidupan kanak-kanak untuk
pengalaman mengharungi cabaran kehidupan masa depan.

Jadual aktiviti taska adalah seperti berikut :-

Anda mungkin juga menyukai