Anda di halaman 1dari 11

KAWALAN VOLTAN DALAM PENYONGSANG E5105/UNIT 5/1

UNIT 5 KAWALAN VOLTAN DALAM


PENYONGSANG

OBJEKTIF

Objektif Am : Mengetahui dan memahami cara-cara huraian voltan dalam


penyongsang yang dikawal dengan kawalan lebar denyut (KLD)
atau pulse width control (PWC) dan pemodulatan lebar denyut
(PLD) atau pulse width modulation (PWM).

Objektif Khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :-

 menakrifkan Kawalan Lebar Denyut (KLD/PWC)


 melakarkan litar penyongsang tetimbang satu fasa
 melakarkan bentuk gelombang keluaran bagi penyongsang
tetimbang satu fasa
 menerangkan kendalian litar dengan merujuk kepada
gelombang-gelombang yang berkaitan
KAWALAN VOLTAN DALAM PENYONGSANG E5105/UNIT 5/2

INPUT

5.0 PENGENALAN

Proses mendapatkan voltan ulangalik (AU) dari voltan arus terus (AT) dipanggil
penyongsangan (inversion). Secara idealnya, voltan arus ulangalik (AU) yang
diharapkan dari proses penyongsangan ini ialah gelombang sain (sinusoidal).

Tetapi oleh kerana proses ini menggunakan strategi penyuisan maka keadaan
ideal ini tidak dapat diperolehi. Walaubagaimanapun, motor arus ulangalik (AU)
masih boleh beroperasi menggunakan voltan keluaran dari penyongsang ini.

5.1 TAKRIFAN KAWALAN LEBAR DENYUT (KLD/PWC)

Kawalan lebar denyut (KLD/PWC) ialah sejenis kawalan yang boleh mengubah
lebar denyut. Untuk mengawal lebar denyut adalah dengan menggunakan satu
berbilang penggetar (multivibrator) dan penguat di dalam satu litar.

5.2 LITAR PENYONGSANG TETIMBANG SATU FASA

Q1
BEBAN Q2

Vs
A B
Q3 Q4

RAJAH 5.1
KAWALAN VOLTAN DALAM PENYONGSANG E5105/UNIT 5/3

5.2.1 BENTUK GELOMBANG KELUARAN BAGI LITAR


PENYONGSANG TETIMBANG SATU FASA
Vs

t
Q1 / Q4

t
Q2 / Q3

Vk

RAJAH 5.2

5.2.2 KENDALIAN LITAR

Masukan atau bahagian arus terus (AT) penyongsang biasanya dirujuk


sebagai penyambung AT (dc link) di mana dalam kebanyakan kes, arus
terus diperolehi daripada proses penerusan dan “smoothing” masukan
bekalan frekuensi tetap. Keluaran arus ulangalik (AU) diperolehi dari
terminal A dan B pada Rajah 5.1.

Apabila transistor 1 (Q1) dan 4 (Q4) hidup (ON), voltan beban adalah
positif dan sama dengan voltan penyambung arus terus (dc link)
sebaliknya apabila transistor 2 (Q2) dan 3 (Q3) hidup (ON), voltan beban
adalah negatif.
KAWALAN VOLTAN DALAM PENYONGSANG E5105/UNIT 5/4

Jika tiada peranti yang hidup (ON), voltan keluaran adalah sifar. Bentuk
gelombang voltan keluaran pada frekuensi rendah dan tinggi ditunjukkan
pada Rajah 5.3.

fundamental

a) Frekuensi Rendah b) Frekuensi Tinggi

RAJAH 5.3 : Bentuk gelombang keluaran penyongsang

Setiap pasang transistor dihidupkan (ON) untuk satu per tiga (1/3) kitaran
dan semua transistor dimatikan (OFF) untuk dua tempoh bagi satu per
enam (1/6) kitaran.

Bentuk gelombang keluaran adalah jelas bukannya gelombang sain tetapi


ianya adalah arus ulangalik (AU) dan simetri. Komponen asas
(fundamental) ditunjukkan oleh garisan putus-putus.

Perubahan frekuensi diperolehi dengan mengubah frekuensi jam yang


mengawal bentuk penyuisan empat langkah. Kesan mengubah frekuensi
penyuisan ditunjukkan pada Rajah 5.3 dan didapati bahawa amplitud bagi
komponen asas (fundamental) voltan kekal tidak berubah walaupun
frekuensi berubah. Ini merupakan sesuatu yang tidak dikehendaki dalam
membekalkan voltan kepada motor aruhan.

Untuk mengelakkan kejatuhan fluks semasa frekuensi bertambah, voltan


yang berkadaran dengan frekuensi perlu ditambah.
KAWALAN VOLTAN DALAM PENYONGSANG E5105/UNIT 5/5

Penyongsang pada Rajah 5.1 adalah terdedah kepada keadaan kerosakan


jika semua transistor pada satu ‘kaki’ penyongsang secara tidak sengaja
‘ON’ serentak.

Ini tidak akan berlaku jika peranti disuis secara betul, tetapi jika berlaku
kesilapan dan semua peranti ‘ON’ serentak, walaupun untuk masa yang
pendek, mereka akan membentuk litar pintas melintangi penyambung AT
(dc link). Keadaan kerosakan seperti ini dinamakan ‘shoot through’ sebab
arus yang tinggi terbentuk secara mendadak dan seterusnya merosakkan
peranti.

Penyongsang yang baik biasanya mempunyai kemudahan untuk


mengelakkan kemungkinan ‘shoot through’ dengan cara mengenakan
lengah masa antara satu peranti dalam keadaan ‘going OFF’ dan satu lagi
‘coming ON’.
KAWALAN VOLTAN DALAM PENYONGSANG E5105/UNIT 5/6

AKTIVITI 5(A)

UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN PENILAIAN KENDIRI


SILA SEMAK JAWAPAN DIRUANGAN MAKLUMBALAS DI HALAMAN
BERIKUTNYA

5.1 Terangkan maksud Kawalan Lebar Denyut (PWC).

5.2 Lukiskan litar penyongsang tetimbang satu fasa beserta gelombang-gelombang


yang sesuai.
KAWALAN VOLTAN DALAM PENYONGSANG E5105/UNIT 5/7

MAKLUMBALAS AKTIVITI 5(A)

5.1 Rujuk pada nota 5.1.

5.2 Rujuk pada nota 5.2 dan 5.2.1.


KAWALAN VOLTAN DALAM PENYONGSANG E5105/UNIT 5/8

PENILAIAN KENDIRI

 JAWAB SEMUA SOALAN.


 SEMAK JAWAPAN PADA MAKLUMBALAS YANG DISEDIAKAN.
 JIKA ADA MASALAH, SILA RUJUK PADA PENSYARAH
MATAPELAJARAN.

SOALAN 5-1

Terangkan carakerja litar pada Rajah 5-1 di bawah.

Q1
BEBAN Q2

A
Vs B

Q3 Q4

Rajah 5-1

SOALAN 5-2

i. Apakah yang akan terjadi jika secara tidak sengaja semua peranti penyuisan
dalam Rajah 5-1 dihidupkan (ON) serentak ?

ii. Bagaimanakah kejadian ini boleh dielakkan ?


KAWALAN VOLTAN DALAM PENYONGSANG E5105/UNIT 5/9

SOALAN 5-3

i. Terangkan kendalian litar bagi litar penyongsang tetimbang satu fasa.

ii. Lakarkan bentuk gelombang keluaran penyongsang pada frekuensi rendah dan
frekuensi tinggi.
KAWALAN VOLTAN DALAM PENYONGSANG E5105/UNIT 5/10

MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI

SOALAN 5-1

Rujuk pada nota 5.2.2.

SOALAN 5-2

i. Berlakunya litar pintas di mana semua peranti akan rosak.

ii. Dengan mengenakan lengah masa pada peranti-peranti tersebut.

SOALAN 5-3

i. Rujuk pada nota 5.2.2.

ii.
fundamental

a) Frekuensi Rendah b) Frekuensi Tinggi

Anda mungkin juga menyukai