Anda di halaman 1dari 27

[PENYELIDIKAN PENDIDIKAN]

MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENGGUNAAN HURUF BESAR BAGI


MURID DIPERMULAAN AYAT DAN KATA NAMA KHAS
TAHUN 5 RESTU
BAB 1

1.1 PENGENALAN
Kemahiran menulis merupakan kemahiran Bahasa Melayu untuk murid-murid sekolah
rendah. Hal ini amat penting untuk mereka mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada
masa hadapan. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti
permasalahan tentang kemahiran menulis Bahasa Melayu dalam kalangan murid sekolah
rendah di luar Bandar (Abdul Rasid Jamian, 2011) Kemahiran menulis merupakan suatu
budaya intelek yang saling melengkapi antara kemahiran membaca dan menulis,
keupayaan menulis merupakan suatu kemahiran yang menjadi punca atau asas dalam
proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam pelbagai disiplin ilmu di
sekolah. Pencapaian kemahiran membaca dan menulis pasti dapat meningkatkan
penguasaan pembelajaran murid dalam Bahasa Melayu dan mata pelajaran tertentu (Abdul
Rasid Jamian).
Menurut Abdul Rasid dan Zulkifli(2008), masalah menguasai kemahiran membaca dan
menulis menjadikan murid lemah dan tidak berminat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
adalah akibat ketidakcekapan mereka menguasainya.

Levin (1987) yang dikutip oleh Noraini Ombi (2009), cara memegang alat tulis
akan mempengaruhi bentuk tulisan yang dihasilkan oleh murid. Kelemahan dalam motor
halus menyebabkan kanak-kanak menghadapi kesukaran memegang pensel, memasang
butang baju dan menyusun manik. Kanak-kanak yang menghadapi dyspraxia motor halus
menunjukkan kelemahan dalam koordinasi motor. Kanak-kanak ini tidak berupaya
mengawal saraf memegang dan menggerakkan pensel secara stabil. Kanak-kanak yang
1 | Page

[PENYELIDIKAN PENDIDIKAN]
tidak menggunakan motor halus ketika menulis menyebabkan cengkaman pensel yang
tidak kuat. Mereka sebenarnya menggunakan lengan dan pergelangan tangan dan bukan
jari untuk menulis.

Sasson (19930 pula mendapati guru kurang memberi penekanan kepada pengajaran
menulis di kelas khususnya cara memegang alat tulis dengan betul, menulis huruf
mengikut pergerakan yang betul, menentukan saiz huruf dan menentukan ruang antara
huruf dan perkataan. Kanak-kanak sepatutnya didedahkan kepada kaedah menulis yang
betul pada peringkat awal lagi supaya kanak-kanak minat untuk melahirkan idea melalui
tulisan yang cantik dan penuh dengan kesenian.

Brenna (1995) pula menyatakan kanak-kanak cenderung untuk memanipulasikan


pengetahuan yang mereka ada untuk menyelesaikan sesuatu masalah.Contohnya, seperti ketika
mereka berhadapan dengan masalah huruf terbalik, iaitu memberikan jawapan alternatif b
kepada p yang ditunjukkan. Selain dari masalah kekeliruan huruf terbalik, kekeliruan jenis
imej cermin juga wujud dan contoh kekeliruan yang sering didapati adalah kekeliruan
antara huruf b dengan huruf d dan huruf p dengan q ( Higgins et al.1996).

Satu analisis menunjukkan bahawa satu kajian telah dibuat untuk kanak-kanak
tadika oleh Popp (1964) melaporkan bahawa mereka mengalami kesukaran memadankan
bentuk huruf kecil seperti u, q, d, h, p, v, b, c, f, l, j dan k . Kajian Popp (1964) juga menunjukkan
kanak-kanak tadika juga mengalami kekeliruan abjad dalam usaha memadankan bentukbentuk huruf kecil seperti b-d,p-q, b-q, dan d-p yang dinamakan masalah pembalikan huruf
(reversal of letters).

Merujuk pada pandangan tokoh yang telah dinyatakan di atas, saya dapati perkara
yang dijelaskan ini sama dengan masalah yang saya hadapi. Saya menghadapi masalah
2 | Page

[PENYELIDIKAN PENDIDIKAN]
murid yang tidak menggunakan huruf besar di tempat yang betul. Walaupun setiap kali
pengajaran dan pembelajaran dalam kelas saya akan sentiasa mengingatkan murid tetapi
masih tetap ada juga kesilapan yang dibuat oleh murid. Murid tidak dapat membezakan
kata nama am dan kata nama khas.

Sehubungan dengan itu, pendidikan Bahasa Melayu masa kini tertumpu pada usaha
menguasai kemahiran, bukannya pengetahuan. Satu daripada kemahiran yang perlu
dikuasai oleh pelajar ialah kemahiran menggunakan huruf besar. Kegagalan menguasai
kemahiran ini boleh mencacatkan mutu penulisan mereka, khususnya dalam peperiksaan
berpusat seperti UPSR.
1.2 PENYATAAN MASALAH
Kegagalan mengusai sesuatu kemahiran dalam penyelidikan bahasa Melayu pada peringkat
tahap satu akan memberi kesan negatif pada peringkat tahap dua. Pemerhatian
menunjukkan bahawa banyak pelajar tahap 2 belum menguasai beberapa kemahiran yang
sepatutnya dikuasai oleh murid pada tahap satu. Antaranya ialah kemahiran menggunakan
huruf besar. Pelajar melakukan pelbagai kesilapan seperti tidak menggunakan huruf besar
di tempat yang sepatutnya. Pelajar mungkin juga menggunakan huruf besar pada tempat
yang perlu menggunakan huruf kecil sahaja seperti Rajah 1

Rajah 1

3 | Page

[PENYELIDIKAN PENDIDIKAN]

Kemahiran menggunakan huruf besar kelihatan seperti masalah yang kecil sahaja.
Akibatnya pelajar mengabaikan perkara ini dalam penulisan mereka. Oleh itu, penyelidik
berusaha mengesan sebab-sebab yang menjadi punca pelajar mengabaikan kemahiran ini.
Diharapkan guru dapat mengubahsuai kaedah pengajaran mereka bagi mengatasi masalah
ini.

Berdasarkan pemerhatian terhadap pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan di dalam


kelas terdapat dua fenomena yang menyebabkan berlakunya masalah ini. Pertama pelajar
hanya menggunakan kemahiran ini ketika proses pembelajaran. Kesilapan tetap berulang
kerana mereka hanya membetulkan kesilapan apabila ditegur. Kedua, pelajar tidak tahu
membezakan kata nama am dan kata nama khas. Akibatnya mereka tidak menyedari
bahawa mereka sebenarnya melakukan kesilapan.

1.3 LATAR BELAKANG KAJIAN

Berpengalaman 14 tahun mengajar murid Tahap 2 membuatkan saya rasa pengalaman yang
selama ini saya simpan begitu berharga. Bermula dengan sukatan pelajaran yang mudah
bagi murid tahun 5 sehinggalah ke zaman era perubahan sukatan yang begitu ketara.
Namun setiap kali latihan di dalam kelas, ujian atau peperiksaan, murid yang bijak pun
kadangkala cuai dengan penggunaan huruf besar dan tanda bacaan yang betul.

Soalan kegemaran para guru setiap kali latihan adalah Salin semula ayat-ayat di
bawah menggunakan tanda baca di tempat yang sesuai. Di samping itu, kesalahan
murid dalam penggunaan huruf besar dan tanda bacaan secara tidak langsung akan
4 | Page

[PENYELIDIKAN PENDIDIKAN]
mengurangkan markah kerana markah akan dipotong untuk setiap kesalahan tersebut, Saya
mengambil satu daripadanya untuk dipertingkatkan penguasaannya iaitu penggunaan huruf
besar dan tanda bacaan. Jika murid menulis ayat tanpa penggunaan huruf besar sekurangkurangnya di permulaan ayat terutama dalam penulisan bahagian A iaitu memerlukan
murid membina 5 ayat, maka kehilangan markah amat ketara.

Walaupun setiap kali sebelum mula menulis saya mengulangi ungkapan yang sama
iaitu permulaan ayat dan nama khas mesti ditulis dengan huruf besar tetapi kadangkala
murid leka dan menganggapnya tidak penting. Oleh itu, saya menjalankan kajian ini untuk
mengatasi masalah tersebut.
1.4 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Umum
i) Meningkatkan penguasaan kemahiran penggunaan huruf besar.
Objektif Khusus
i) Meningkatkan penguasaan murid untuk menggunakan huruf besar pada permulaan ayat
dan pengejaan kata nama khas.
ii) Meningkatkan daya ingatan murid terhadap penggunaan huruf besar.
1.5 Persoalan Kajian
Kajian ini dibuat untuk menjawab persoalan seperti:
1. Apakah kesan penggunaan pensel warna terhadap kekeliruan penggunaan huruf
besar dalam penulisan bagi murid tahun 5 Restu?
2. Bagaimanakah penggunaan pensel warna menambah baik amalan saya dalam
mengatasi kekeliruan penggunaan huruf besar dalam penulisan?

5 | Page

[PENYELIDIKAN PENDIDIKAN]
1.6 Definisi istilah
1. Ujian Pra
Ujian pra bertujuan mendapatkan gambaran tahap penguasaan kemahiran pelajar
terhadap penggunaan huruf besar dalam penulisan bahasa Melayu.
2. Ujian Pos
Ujian pos bertujuan mengetahui pencapaian pelajar terhadap masalah yang dikaji
semasa dan setelah diberi bimbingan.

1.7 BATASAN KAJIAN

Sewaktu mata pelajaran Bahasa Melayu, saya dapati masih ketara di kalangan murid Tahun
5 Restu tidak dapat menulis ayat dengan lengkap iaitu tidak menggunakan huruf besar dan
tanda bacaan di tempat yang sepatutnya seperti menulis jawapan pemahaman, menyalin
ayat dan sebagainya. Oleh kerana saya mengajar murid yang sama semasa Tahun 4 Restu
(2013), maka agak mudah untuk saya mengesan pencapaian mereka. Situasi ini tidak boleh
dibiarkan berlarutan kerana penggunaan huruf besar dan tanda bacaan adalah penting
setiap kali menulis. Kemungkinan besar jika masalah ini tidak di atasi, peratus markah
dalam subjek Penulisan Bahasa Melayu Tahap 2 nanti akan terjejas. Merujuk Sukatan
Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 5, setiap Rancangan Mingguan terdapat kemahiran
menulis menitik beratkan penggunaan tanda baca. Contoh :
Aras 1 : 8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk.
i. Menulis perkataan dan ayat tunggal dengan cara yang betul dan tulisan
yang cantik.
Aras 2 : 10.2 Mengedit dan memurnikan hasil penulisan.
ii. Mengenal pasti dan membetulkan kesilapan ejaan perkataan dan tanda
6 | Page

[PENYELIDIKAN PENDIDIKAN]
baca dalam ayat.
Aras 3 : 9.1 Mengambil imlak teks yang diperdengarkan.
i. Mengambil imlak teks yang diperdengarkan menggunakan ejaan dan tanda
baca yang betul.
Oleh itu, saya mesti lakukan sesuatu. Saya perlu meningkatkan penguasaan kemahiran
penggunaan huruf besar melalui teknik yang dirancang.

1.8 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini mempunyai beberapa kepentingan kepada guru-guru di sekolah, kerana di sini
guru memainkan peranan sebagai seorang penyelidik yang mengkaji sistem pengajaran dan
pembelajarannya di kelas. Pelaksanaan kajian tindakan di dalam kelas ini bertujuan untuk:

1. Meningkatkan keberkesanan pengajaran guru.


2. Meningkatkan prestasi pencapaian murid.
3. Mengatasi masalah pembelajaran dalam menguasai kemahiran penggunaan huruf
besar .
4. Membantu murid mencapai tahap cemerlang dalam satu-satu mata pelajaran.

Selain bertujuan untuk menangani masalah pembelajaran khususnya yang berkaitan


dengan pencapaian rendah di kalangan murid. Kajian ini juga boleh dijadikan strategi
7 | Page

[PENYELIDIKAN PENDIDIKAN]
untuk memperbaiki lagi pencapaian murid yang berada pada tahap baik ke tahap
cemerlang.

8 | Page

[PENYELIDIKAN PENDIDIKAN]
BAB 2
2.1 SOROTAN LITERATUR
Kamaruddin Hj. Husin (1988) menyatakan bahawa Tulisan ialah bahasa yang bertulis
dengan lambang-lambang bunyi. Ketika tulisan itu dibunyikan semula, ia dikatakan
bahasa (ms 178).

Oleh itu, kemahiran menulis mestilah dikuasai oleh murid semenjak daripada sekolah
rendah lagi sebelum masuk ke alam sekolah menengah untuk mengelak permasalahan yang
berkaitan dengan kemahiran menulis berlaku seperti kekeliruan dalam penggunaan huruf
besar dan huruf kecil dalam penulisan.

Keupayaan menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta
dapat mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu
pengetahuan dan pengalaman peribadi yang dilalui. Penekanan dalam kamahiran menulis
ialah terhadap penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, di
samping tulisan yang jelas, cantik dan kemas.

Menurut Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hushim Haji Musa dan Abdullah Hamid
Mahmood (2007), kata nama am ialah perkataan yang merujuk kepada benda atau perkara
yang umum sifatnya. Kata nama am abstrak. Dari aspek penulisan kata nama am, huruf
pertama tidak semestinya huruf besar. Kata Nama Khas ialah kata yang mendukung
makna rujukan khusus pada sesuatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi),
undang-undang bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama
Kata Nama Khas ditulis dengan huruf besar.

9 | Page

[PENYELIDIKAN PENDIDIKAN]
Zalian Jemat (2005) ada menyatakan bahawa huruf besar tidak boleh dituliskan ditengah
sesuatu perkataan kerana perbuatan itu merupakan suatu kesalahan tanda baca. Hal tersebut
merupakan masalah yang dihadapi oleh beberapa

orang peserta kajian saya. Kaedah

penggunaan pensel warna dipilih bagi membantu masalah murid dalam menggunakan
huruf besar pada huruf pertama perkataan sesebuah ayat, menggunakan huruf kecil pada
Kata Nama Am dan huruf besar pada Kata Nama khas. Selain itu, penyelidikan yang telah
dibuat oleh Jerome Agong, Jamurah Galitang dan Sobina Boisi (2008)dilaksanakan dengan
menggunakan kaedah gambar dan saya mendapati murid-murid diajar menulis ayat
menggunakan perkataan yang diberi berdasarkan gambar dengan betul.

Campbell(1989) menggunakan Teori Kecerdasan Pelbagai sebagai teknik bagi menarik


perhatian murid-murid dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Hasil
daripada kajian beliau mendapati murid-murid menunjukkan kemajuan yang baik dalam
pelajaran termasukkah dari segi kemahiran dan disiplin. Selain daripada membantu muridmurid untuk belajar. Campbell telah dapat memperkembangkan pelbagai kemahiran murid.

Ribot (20040 menyatakan pengalamannya menggunakan Kecerdasan Pelbagai dalam


mengajar bahasa Inggeris. Beliau melaporkan keputusan yang agak memuaskan. Bagi
kecerdasan imej visual, beliau telah memperkenalkan satu aktiviti kepada murid-murid
beliau iaitu My city in a box yang merupakan satu pembelajaran koperatif. Murid-murid
diminta untuk membina bangunan yang mereka pernah lawati dengan menggunakan
kadbod, kotak kecil dan kertas warna. Selesainya aktiviti tersebut, beliau menyatakan
bahawa saya amat teruja melihat murid-murid berjaya mencipta objek-objek tambahan
seperti perabot, pintu dan jendela. Ini telah memberi peluang kepada saya untuk
memperkenalkan lebih banyak kosa kata pada hari tersebut(ms 52).

10 | P a g e

[PENYELIDIKAN PENDIDIKAN]
Carmelya (2010) telah menggunakan imej visual untuk membantu mengurang masalah
murid dalam penggunaan huruf besar dan huruf kecil dalam penulisan yang mana beliau
menggunakan keluarga ayamsebagai bahan bantu utama untuk mengatasi masalah
pernggunaan huruf besar pada huruf pertama dalam perkataan pertama pada sesebuah ayat
dalam penyelidikan beliau. Penyelidikan beliau berakhir dengan sebuah kejayaan yang
bermakna kerana berjaya mengatasi masalah yang murid beliau hadapi.

11 | P a g e

[PENYELIDIKAN PENDIDIKAN]
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 PENDAHULUAN
Penyelidikan ini melibatkan 34 orang murid Tahun 5 Restu yang terdiri daripada 16 orang
murid lelaki dan 18 orang murid perempuan. Semua murid kelas 5 Restu boleh membaca
dengan lancar dan boleh membina ayat tunggal dan majmuk dengan baik. Walau
bagaimanapun, mereka tidak menitik beratkan penggunaan huruf besar dalam penulisan
mereka. Oleh itu, penyelidikan tindakan ini dijalankan sekurang-kurang bagi
mengurangkan masalah yang mereka hadapi. Pada masa yang sama, penyelidikan ini boleh
menambah baik amalan pengajaran saya dalam Bahasa Melayu. Tiga puluh orang murid
yang mempunyai pencapaian akademik yang sederhana dalam kelas dan empat orang
adalah sebaliknya. Dalam kajian ini metodologi yang digunakan tertumpu kepada
keberkesanan penggunaan pensel warna dapat membantu murid peningkatan pengguasaan
huruf besar dalam membina ayat. Di samping itu, kajian ini bertujuan untuk melihat
keberkesanan kaedah tersebut terhadap peningkatan minat murid untuk belajar.

3.2 Rekabentuk Kajian

Kajian akan dilakukan menggunakan kaedah power point untuk membezakan kata nama
am dan kata nama khas. Selepas murid memahami dan dapat membezakan kata nama am
dan kata nama khas , guru akan menggunakan pensel warna apabila setiap kali mereka
membuat latihan dalam kelas.

12 | P a g e

[PENYELIDIKAN PENDIDIKAN]
3.3 Etika Penyelidikan

Saya telah meminta kebenaran secara lisan terlebih dahulu sebelum menyerahkan surat
memohon kebenaran daripada ibu bapa dan penjaga secara bertulis kepada peserta kajian.
3.4 Kaedah Mengumpul Data.
Antara kaedah mengumpul data yang saya gunakan dalam kajian ini ialah pemerhatian,
analisis dokumen dan temu bual. Kaedah pemerhatian secara langsung telah saya pilih
kerana ini mudah serta menyeluruh. Kaedah ini tidak memerlukan apa-apa peralatan
khusus melainkan pensel, dan kertas sahaja.
a) Pemerhatian
Instrumen yang saya gunakan dalam teknik pemerhatian ini ialah catatan refleksi.
Catatan refleksi ditulis selepas setiap kali berlangsungnya pengajaran dan
pembelajaran yang melibatkan aktiviti yang berkaitan dengan kajian ini. Berikut
merupakan contoh catatan refleksi yang saya gunakan.
Masih ramai murid yang tidak dapat membezakan Kata Nama am dan Kata Nama
Khas walaupun telah diajar oleh guru.
(Catatan refeklsi, 25 Mac 2014)

Sikap murid dilihat secara tidak langsung sewaktu aktiviti pengajaran dan
pembelajaran berlangsung.

13 | P a g e

[PENYELIDIKAN PENDIDIKAN]
b) Analisis dokumen(Item Ujian)
Saya telah menggunakan dua set ujian iaitu ujian pra dan ujian pos. Ujian pra
bertujuan mendapatkan gambaran tahap penguasaan kemahiran pelajar terhadap
penggunaan huruf besar dalam penulisan bahasa Melayu.
Ujian pos bertujuan mengetahui pencapaian pelajar terhadap masalah yang dikaji
semasa dan setelah diberi bimbingan.
c) Soal selidik .

Borang soal selidik diberi kepada murid dan guru membacakannya untuk
mendapatkan jawapan yang tepat secara jujur. Selain itu, saya juga menemubual
guru-guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu untuk mengenal pasti
samada murid-murid yang dipilih turut membuat kesilapan yang sama. Saya
menemubual guru yang mengajar Pendidikan Sivik Kewarganegaraan dan Kajian
Tempatan bagi tahun 5 Restu . Soalan soalan yang saya tanyakan adalah seperti
berikut:
1. Adakah murid-murid ini dapat menulis dengan baik semasa pengajaran dan
pembelajaran cikgu?
2. Daripada hasil penulisan murid 5 Restu , adakah mereka mengalami masalah
dari segi penggunaan huruf besar dalam penulisan?
d) Tindakbalas di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Tindakbalas murid dinilai semasa mereka menjawab soalan yang
dikemukakan. Saya turut menggunakan analisis dokumen dalam bentuk hasil kerja
murid. Setelah saya memperkenalkan kaedah yang saya rancang, saya menganalisis
dan menyemak secara terperinci buku latihan dan lembaran kerja sama ada dalam
bahagian penulisan, tatabahasa, pemahaman atau ujian imlak supaya saya dapat
menilai tahap perkembangan murid dalam menguasai kemahiran berkenaan.

14 | P a g e

[PENYELIDIKAN PENDIDIKAN]
3.5 Proses analisis data
Analisis data dilakukan dengan menentukan markah skor bagi kedua-dua ujian iaitu
ujian pra dan ujian pos. Skor maksimum dalam setiap ujian ialah 10. Skor-skor
yang diperoleh dikategorikan kepada tahap-tahap pencapaian pelajar iaitu baik,
sederhana dan lemah seperti yang ditunjukkan dalam jadual 1

Skor

Tahap Pencapaian

8-10

Sangat Baik

5-7

Baik

3-4

Sederhana

2-3

Lemah

0-1

Sangat Lemah

Jadual 1: Skor markah Ujian dan Tahap Pencapaian Pelajar


3.6 Sampel Kajian

Kajian ini akan dijalankan di sebuah sekolah rendah di negeri Selangor. Sekolah ini
mempunyai 9 kelas dalam aliran tahun 5. Kelas yang dipilih ialah kelas 5 Restu
kerana saya mengajar mata pelajaran bahasa Melayu dalam kelas 5 Restu. Oleh itu,
memudahkan saya untuk menjalankan kajian ini.

3.7 Prosedur Kajian


15 | P a g e

[PENYELIDIKAN PENDIDIKAN]
Setelah melihat masalah kekeliruan murid-murid dari perspektif psikologi,
termasuklah setiap aspek perkembangan fizikal, mental, emosi dan juga intelektual,
sekali lagi persekitaran murid-murid ini baik di sekolah ataupun di rumah harus
diberi perhatian yang secukupnya terutama sekali aspek ejaan kerana terdapat
interaksi antara perkembangan dan persekitarannya. Walau apa jua kaedah yang
hendak digunakan adalah untuk membantu murid-murid ini dengan membuat
penyesuaian yang cukup dengan permintaan situasinya, dengan tidak melupakan
batasan yang dikenakan oleh keadaan dan kebolehan semulajadinya. Kaedah untuk
mengatasi masalah kekeliruan penggunaan huruf besar dan huruf kecil akan
dijelaskan.
Kaedah penggunaan pensel warna bagi menulis huruf besar dalam ayat

telah

digunakan bagi mengatasi masalah kekeliruan penggunaan hurf besar ini. Berikut
adalah langkah-langkah untuk menjalankan kaedah ini:
Langkah 1
Untuk langkah pertama ini, saya akan menjalankan pemerhatian untuk
mengenalpasti secara tidak langsung tentang kekeliruan terhadap penggunaan huruf
besar. Pemerhatian akan dilakukan dengan saya membuat pemerhatian terhadap
hasil kerja murid di dalam buku tulis mereka. Di situ terdapat masalah di mana
murid sering kali salah dalam menulis huruf besar dalam setiap ayat yang dibina.
Selain itu, saya juga membuat ujian pra terhadap murid-murid. Ujian ini dijalankan
semasa ujian bulan Mac yang lalu dalam ujian penulisan bahagian A. Jadi hasil
daripada ujian inilah guru dapat merancang latihan yang bersesuaian dengan murid.
Ujian ini juga dapat melihat kemahiran yang diajar adalah berpandukan kepada
kelemahan murid tersebut.

16 | P a g e

[PENYELIDIKAN PENDIDIKAN]
Dalam langkah ini juga , saya akan menjalankan sesi temubual bersama guru mata
pelajaran lain. Temubual ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti kelemahan
murid-murid tersebut. Dalam temubual itu pelbagai soalan akan ditanya dan fokus
temubual ini adalah untuk menentukan tahap seseorang murid dalam masalah yang
dikaji.
Langkah 2
Setelah mendapat hasil keputusan ujian pra dan juga temu bual bersama guru mata
pelajaran lain , tindakan selanjutnya adalah dengan memulakan sesi penerangan
dan pengajaran teknik menggunakan pensel warna untuk membetulkan penggunaan
huruf besar dalam ayat. Dalam langkah ini, saya akan menerangkan kepada murid
yang akan digunakan dalam kajian saya nanti.
Langkah 3
Dalam langkah ini, saya akan menerangkan pada murid perbezaan kata nama am
dan kata nama khas dengan menggunakan slaid power point. Kemudian, apabila
murid faham saya akan meminta murid menggunakan pensel warna setiap kali
apabila membina ayat dalam latihan di dalam kelas. Cara ini bagi membiasakan
murid apabila menggunakan huruf besar mereka akan menggunakan huruf besar
supaya mereka lebih mengingati , terutamanya dipermulaan ayat. Manakala ujian
pos pula akan dijalankan setelah selesai sesi pembelajaran selama enam minggu.
Pengumpulan dan Pemprosesan Data
Penganalisaan data dilakukan untuk membandingkan tahap pencapaian pelajar
dalam ujian pra dan ujian pos. Bagi meninjau persepsi pelajar terhadap
keberkesanan penggunaan kaedah pembelajaran , pengkaji akan mentafsir datanya
dan skor setiap item dalam soal selidik. Sekiranya terdapat peningkatan markah
maka menunjukkan penerimaan murid baik dalam kaedah yang digunakan.

17 | P a g e

[PENYELIDIKAN PENDIDIKAN]

BORANG SOAL SELIDIK MURID


TAHUN 5 RESTU
2014
18 | P a g e

[PENYELIDIKAN PENDIDIKAN]

BIL
.

SILA JAWAB DENGAN JUJUR

Ya (/)
Tidak ( x )

1.

Pengajaran cikgu menyeronokkan

2.

Cikgu beri tumpuan kepada saya

3.

Saya minat mata pelajaran Bahasa Melayu

4.

Keluarga beri bimbingan di rumah

5.

Bimbingan yang cikgu beri mencukupi

6.

Belajar menyeronokkan

7.

Kerja sekolah yang diberi mudah

8.

Saya suka menulis

19 | P a g e

[PENYELIDIKAN PENDIDIKAN]

9.

Saya suka membaca

10.

Saya faham arahan cikgu

11.

Percakapan cikgu terlalu laju

Contoh : BORANG SKOR ITEM

MENYALIN AYAT
BIL

NAMA MURID

UJIAN PRA

UJIAN POS

PERBANDINGAN

20 | P a g e

[PENYELIDIKAN PENDIDIKAN]

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

21 | P a g e

[PENYELIDIKAN PENDIDIKAN]

21

22

23

24

25

26

27

AB

28

CD

29

EF

30

GH

31

IJ

32

KL

33

MN

34

OP

22 | P a g e

[PENYELIDIKAN PENDIDIKAN]
CONTOH LATIHAN DALAM BUKU TEKS TAHUN 5

CONTOH LATIHAN 2
23 | P a g e

[PENYELIDIKAN PENDIDIKAN]

BIBLIOGRAFI

24 | P a g e

[PENYELIDIKAN PENDIDIKAN]
Abdul Karim Bin Haji Jawi.(2003). Meningkatkan Penguasaan Murid Tahun 5 Hudiya
dalam Aspek Tanda Baca dengan kaedah Pembelajaran Khusus serta Bimbingan
Rakan Sebaya. Prosiding Seminar Kajian Tindakan 2003 Anjuran Bersama MPTAR
dan JPB Sri Aman Betong.
Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 5 Dewan Bahasa dan Pustaka.
Esa Bin Awang dan Md. Hatta Md. Nor. (2003). Tahap Penguasaan Tatabahasa bahasa
Melayu di Kalangan Guru Pelatih KDPM di Maktab Perguruan Temenggung
Ibrahim Johor Bharu , Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim.
Hasnalee Bin Tubah. ( 2008 ). Tahap Penguasaan dan Kesukaran Membaca dan Menulis
dalam Kalangan Murid KIA2M. Jurnal Penyelidikan Pendidikan 2008 Institit
Pendidikan Tun Abdul Razak, Kota Samarahan Sarawak.
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 5 Unit Perkembangan Kurikulum
Kementerian Pelajaran Malaysia
Semya Chundi. ( 2003 ). Menangani Masalah Mengenal dan Menyebut Huruf Besar
Seorang Murid Tahun 4 dengan Pendekatan Latih Tubi. Prosiding Seminar Kajian
Tindakan 2003. Anjuran Bersama MPTAR dan JPB Sri Aman-Betong.
Siti Zainab bt Haji Md Saman. ( 2003 ). Jadual Formula Warna Kaedah untuk
Menerangkan Fakta. Penyelidikan Meningkatkan Kualiti Pengajaran dan
Pembelajaran. Kementerian Pelajaran Malaysia
http://www.ipgkbl.edu.my/portal/penyelidikan/BukuKoleksi/2012/BM/7%20ARTIKEL
%20AMIRAH.pdf
http://pbahasa.dbp.my/wordpress/?p=457
ISI KANDUNGAN
1.1 Pengenalan 1
25 | P a g e

[PENYELIDIKAN PENDIDIKAN]
1.2 Penyataan Masalah. 2
1.3 Latar Belakang Masalah .4
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Persoalan Kajian ...5
1.7 Definisi Istilah ..6
1.8 Kepentingan Kajian ..7
2.0 Sorotan Literatur .9
3.0 Metodologi Kajian 12
3.1 Pendahuluan . .. 12
3.2 Rekabentuk Kajian.. 12
3.3 Etika Penyelidikan13
3.4 Kaedah Mengumpul Data 13
3.5 Proses Analisis data..15
3.6 Sampel Kajian15
3.7 Prosedur Kajian..16
3.8 Pengumpulan dan Pemprosesan Data17
Bibliografi
26 | P a g e

[PENYELIDIKAN PENDIDIKAN]

27 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai