Anda di halaman 1dari 44

GEJALA GANGSTERISM DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH

MENENGAH
BAB 1
PENDAHULUAN
1.0

PENGENALAN

Sekolah merupakan sebuah institusi yang amat penting dalam negara. Di sinilah generasi
pemimpin dan peneraju negara di masa hadapan, dididik dan dibentuk. Bukan begitu
sahaja, institusi sekolah juga merupakan tempat pemupukan dan pembentukan jati diri
dan patriotisme anak bangsa selain berfungsi sebagai tempat pendidikan akademik dan
kemahiran.
Fungsi sekolah sebagai sebuah institusi yang membentuk dan mendidik anak
bangsa mengikut kehendak dan acuan wawasan negara merupakan satu tugas yang amat
mencabar. Semua pihak yang terlibat dalam institusi sekolah seperti pihak kerajaan,
pentadbir, guru, ibubapa dan murid memikul tanggungjawab yang besar dalam
menentukan kejayaan generasi anak bangsa di masa hadapan. Hussein Haji Ahmad
(1993) telah menyenaraikan beberapa fungsi umum pendidikan iaitu seperti sebagai
penyalur budaya dan ilmu, penyalur kemahiran dan ketrampilan, penyalur kepercayaan
dan sistem, persediaan untuk alam pekerjaan, pengawasan belia, remaja dan kanakkanak, dan perhubungan rakan sebaya. Beliau juga membuat kesimpulan bahawa
peranan sistem pendidikan sehingga akhir tahun 1980-an bermotif tiga perkara utama.
Pertamanya pendidikan untuk menyediakan tenaga kerja negara. Keduanya pendidikan
sebagai asas perpaduan kaum. Ketiganya pendidikan adalah untuk pembinaan disiplin
dalam kalangan rakyat berbilang kaum.

Displin adalah satu elemen yang penting di dalam menentukan ketertiban sesuatu
sistem dan merupakan satu aspek yang mesti wujud dalam masyarakat. Oleh itu disiplin
hendaklah diberi perhatian berat oleh semua pihak sama ada di sekolah atau di luar
sekolah. Sehubungan dengan itu, guru-guru, para pelajar dan ibu bapa harus memainkan
peranan dalam membina disiplin yang mantap di sekolah agar proses pengajaran dan
pembelaran akan lebih licin dan lancar. Adalah menjadi harapan bagi unit disiplin di
setiap sekolah untuk melahirkan generasi yang cemerlang bukan setakat akademiknya
tetapi juga membina akhlak dan sahsiah diri yang sempurna mengikut acuan budaya
timur yang luhur dengan budi bahasa yang tinggi.
Kebanyakan masalah jenayah di sekolah bermula dengan masalah gangsterisme.
Keseriusan masalah gangsterisme dalam kalangan murid sekolah perlulah ditangani
dengan segera. Jika tidak, ianya mungkin menjadi satu masalah besar kepada negara pada
masa hadapan. Sesuatu usaha perlulah dilakukan bagi mengenal pasti tahap masalah
tingkah laku gangsterisme di sekolah supaya satu program pencegahan dapat dijalankan
dengan berkesan.
Foucault (1997) mengatakan disiplin merupakan suatu bentuk pengawasan dan
membiasakan amalan-amalan yang dikehendaki. Pandangan beliau melihat sekolah
sebagai sebuah mesin pedagogi dan pelajar-pelajar didisiplinkan supaya mematuhi
peraturan-peraturan. Berbagai-bagai cara disiplin dijalankan seperti dengan mengadakan
jadual waktu, sistem pastoral, buku kedatangan, perhimpunan, pakaian seragam,
peperiksaan dan pengredan. Pandangan ini seperti ini memang tepat dalam konteks
menyediakan generasi akan datang di dalam masyarakat. Sesebuah masyarakat
kebiasaanya hanya akan mencapai kemajuan jika mempunyai anggota-anggota yang
berdisiplin.

Manakala Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran


Kebangsaan Tahun 1979 mentakrifkan disiplin sebagai kesanggupan seseorang individu
menghormati dan mematuhi undang-undang sama ada disiplin itu dikenakan dari luar
atau dengan kerelaan sendiri. Disiplin juga bermakna kesanggupan seorang itu bekerja
atau membuat sesuatu dengan cukup tertib, kesanggupan, menghormati hak individu lain.
Kesanggupan mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak mengganggu kepentingan
orang lain. Kesanggupan hormat-menghormati di antara satu sama lain dan mempunyai
semangat tolong-menolong. Kesanggupan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi
usaha yang membina serta sanggup berkhidmat kepada masyarakat. Diperoleh pada Ogos
22, 2009 daripada http://www.sabah.edu.my/smtekniktwu/disiplin.html.
Disiplin juga adalah suatu kondisi yang tercipta dan terbentuk melalui proses dari
serangkaian perilaku yang menunjukan nilai-nilai ketaatan, kepatuhan, kesetiaan,
keteraturan

dan

ketertiban.

Diperoleh

pada

Ogos

23,

2009

daripada

http://www.bpkp.go.id/index.php?idunit=20&idpage=632 .
Disiplin akan melahirkan individu yang dapat memimpin diri sendiri dalam
hidupnya pada masa hadapan. disiplin diri bagi setiap individu adalah mustahak dalam
usaha mewujudkan satu masyarakat Malaysia yang bertatasusila, bersatu padu ,
demokratik, adil, liberal dan progresif. Disiplin juga akan melahirkan individu yang
kreatif, mempunyai jati diri yang tinggi dan sentiasa memelihara harga diri dalam
masyarakat yang bergerak ke arah kemajuan.

1.1

Pernyataan Masalah

Hampir seringkali akhbar arus perdana menceritakan tentang perlakuan gangster pelajar
sekolah. Mereka yang seakan suka menunjuk-nunjuk kekuatan supaya dapat menindas
orang yang lemah. Siapa yang kuat pastilah dia yang akan menang. Itulah slogan 'anak
jantan' yang pantang dicabar. Tiada apa yang perlu dibanggakan bagi golongan seperti
mereka. Ini kerana mereka sendiri bergantung perlindungan kepada kumpulan samseng
yang lain. Kelakuan seperti itu sudah pastilah menampakkan ketidakmatangan dalam
mendepani pentas kehidupan dunia. Buktinya tahun lalu sahaja, seramai 8,809 pelajar
berusia antara 7 dan 18 tahun ditahan di seluruh negara kerana terlibat dalam kes-kes
jenayah. Daripada jumlah itu, 3,683 terlibat dalam jenayah kekerasan manakala
selebihnya jenayah harta benda.. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat
Polis Bukit Aman, remaja berusia 16 hingga 18 tahun mendahului senarai dengan 6,435
tangkapan, diikuti pelajar berusia 13 hingga 15 tahun (2,227 tangkapan). Tidak kurang
hebatnya, kanak-kanak berusia tujuh hingga 12 tahun turut termasuk dalam senarai itu
dengan 147 tangkapan. Pelajar daripada kaum Melayu mencatatkan peratusan tertinggi
iaitu sebanyak 72.7 peratus atau 6,401 orang diikuti India (10 peratus atau 876 orang) dan
Cina (7.3 peratus atau 641 orang). Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk
Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, pihaknya memandang serius statistik tersebut dan
sentiasa mencari jalan untuk mengatasinya (Utusan Malaysia, 2009).
Bagi kumpulan pelajar ini yang melanggar norma masyarakat setempat ataupun
dalam institusi sekolah dikenali sebagai disiplin mereka kategorikan sebagai devian dan
delinkuen. Mungkin perkataan ini asing bagi kita kerana ia jarang digunakan dalam
bahasa seharian kita. Kita lebih gemar memberi label bagi kumpulan ini sebagai samseng,
perogol, kaki ponteng, penagih dadah, homoseksual, lesbian dan sebagainya. Mereka
yang melanggar norma masyarakat setempat ini dikenali sebagai kumpulan yang
bertingkah laku devian dan apabila golongan ini merujuk kepada mereka yang masih
bersekolah atau remaja akan dikenali sebagai delinkuen. Apa yang jelas, delinkuen atau
gangsterisme ini adalah tingkah laku yang melanggar peraturan dan undang-undang atau
berkelakuan yang tidak boleh diterima oleh masyarakat. Sehubungan daripada

pernyataan-pernyataan di atas maka satu kajian mengenai masalah disiplin gangsterisme


dalam kalangan pelajar sekolah menengah perlu dijalankan.

1.3

Objektif Kajian

Objektif umum kajian ini dijalankan adalah untuk melihat kewujudan perlakuan
gangsterisme dalam pelajar sekolah menengah daripada perspektif pelajar dan guru.
Objektif khusus kajian ini adalah:
1. Untuk mengenal pasti punca-punca pelajar melakukan gangsterisme.
2. Untuk melihat perbezaan masalah gangsterisme mengikut gender.
3. Untuk mengenal pasti jenis-jenis gangsterisme yang berlaku di sekolah.
4. Untuk melihat perkaitan antara gangsterisme dengan kelas sosial pelajar.

1.3

Soalan-soalan Kajian

Soalan kajian dibuat untuk mencapai objektif kajian ini. Soalan-soalan kajian mengenai
gejala gangsterisme di sekolah menengah ini dibuat berdasarkan objektif-objektif kajian
di mana setiap soalan mewakili satu objektif. Soalan-soalan ini juga memandu pembinaan
soalan-soalan dalam borang soal selidik. Berikut merupakan soalan-soalan yang telah
dibina berdasarkan objektif kajian:
1. Apakah punca-punca pelajar melakukan gangsterisme?
2. Adakah terdapat perbezaan pola gangsterisme mengikut gender?
3. Apakah jenis-jenis gangsterisme yang berlaku di sekolah menengah?
4. Adakah kelas sosial pelajar berperanan dalam menentukan pelaku gangsterisme?

1.4

Hipotesis
1. Terdapat hubungan antara taraf pendapatan keluarga dengan gejala

gangsterisme yang berlaku dalam kalangan pelajar sekolah menengah rendah.

2. Terdapat perbezaan antara bentuk gejala gangsterisme dalam kalangan pelajar

sekolah menengah rendah berdasarkan tempat tinggal pelajar.

3. Terdapat hubungan antara taraf pendidikan penjaga dengan gejala gangsterism

H
0

1.5

yang berlaku dalam kalangan pelajar sekolah menengah rendah.


4. Tidak terdapat perbezaan bentuk gangsterisme mengikut gender pelajar sekolah
menengah rendah.

Batasan Kajian

Batasan kajian merupakan had-had atau kekurangan kajian. Dalam kajian ini, masalah
utama yang dihadapi adalah untuk mendapatkan sampel yang memuaskan. Sukar untuk
mendapatkan maklumat yang sahih daripada sebilangan responden. Ada segelintir di
antara mereka tidak menjawab soalan dengan serius dan jujur. Ini memberi kesan kepada
dapatan kajian memandangkan dapatan kajian amat bergantung kepada kejujuran pelajarpelajar yang terpilih sebagai responden atau sampel dalam memberikan jawapan tepat
dan benar kepada soal selidik yang dikemukakan.
Selain itu, sampel kajian adalah kecil berbanding dengan populasi sebenar sampel
di sesebuah sekolah. Soalan kajian hanya dapat diedarkan kepada beberapa kelas sahaja
dan tidak dapat diberikan kepada semua kelas dalam satu-satu tingkatan. Ini bererti ada
sesetengah soalan kajian tidak sampai kepada sasaran kajian iaitu pelaku gangsterisme itu
sendiri. Ini adalah kerana pemilihan sampel yang digunakan adalah sampel rawak. Maka,
berkemungkinan besar ada sebilangan pelaku gangsterisme yang tidak terpilih sebagai
responden. Ini menyebabkan dapatan kajian tidak dapat diperolehi secara tepat dan benar.
Namun untuk mendapatkan bilangan sampel yang ramai adalah perlu meneliti terlebih
dahulu had-had masa dan kos bagi sesuatu kajian itu.

1.7

Kepentingan Kajian

Kajian ini akan dapat memberikan satu gambaran yang umum tentang tahap tingkah laku
gangsterisme dalam kalangan pelajar sekolah menengah rendah. Penggunaan indeks
tingkah laku gangsterisme sekolah dalam menentukan tahap tingkah laku gangsterisme di
sekolah merupakan satu cara bagaimana tahap tingkah laku gangsterisme di sekolah
boleh ditentukan.
Dapatan daripada kajian ini juga dapat menjelaskan lagi tentang tingkah laku
gangsterisme dalam kalangan pelajar sekolah menengah rendah terutama dari segi jenisjenis tingkah laku gangsterisme dan kekerapan kejadian tingkah laku gangsterisme yang
dialami oleh pelajar sekolah menengah. Kajian ini juga akan memberi maklumat yang
baru berkenaan tingkah laku gangterisme dalam kalangan pelajar sekolah menengah di
Malaysia.
Selain itu, dapatan daripada kajian ini akan dapat digunakan oleh pihak
Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan Sekolah dalam mengukur tahap
tingkah laku gangsterisme dalam kalangan pelajar sekolah di Malaysia. Data yang
diperolehi seperti jenis tingkah laku gangsterisme yang kerap berlaku di sekolah, puncapunca kejadian gangsterisme, boleh digunakan dalam perancangan program-program
intervensi, pencegahan dan penyelesaian masalah tingkah laku gangsterisme dalam
kalangan pelajar sekolah. Dapatan kajian ini juga dapat digunakan sebagai garis panduan
serta asas kepada pembentukan polisi bagi menangani dan mencegah tingkah laku
gangterisme di sekolah seperti polisi antigangster.
Para guru yang terlibat secara langsung dengan tingkah laku pelajar di kelas, akan
mendapat faedah daripada dapatan kajian ini. Dapatan kajian ini akan dapat membantu
guru untuk mengatasi dan mencegah masalah gangsterisme yang berlaku di kelas atau di
sekolah. Ianya juga akan membekalkan maklumat-maklumat yang baru berkenaan
tingkah laku gangsterisme yang boleh digunakan oleh guru bagi menangani masalah buli
yang berlaku di kelas mereka.

Pihak-pihak lain yang berkaitan dengan pelajar sekolah seperti ibu bapa dan
masyarakat serta pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan seperti PIBG, pertubuhan belia,
kesatuan guru dan pertubuhan kemasyarakatan boleh memperoleh faedah daripada
dapatan kajian ini dalam usaha merancang program kemasyarakatan ke arah masyarakat
yang berbudi bahasa dan cemerlang.

BAB 2
SOROTAN LITERATUR
2.0

Gangsterisme Dalam Kalangan Remaja

Gangsterisme adalah jenis salah laku yang sudah lama wujud dalam kalangan pelajar dan
masih berterusan hingga kini. Keadaan menjadi bertambah serius apabila didapati
semakin ramai pelajar perempuan dan murid sekolah rendah di kesan terlibat dengan
gejala samseng yang dikenali sebagai gangsterisme. Peningkatannya kelihatan seiring
dengan kemajuan dan pembangunan Negara.
Menurut Thrasher (1963) yang merupakan pelopor awal tentang kajian
gangsterisme mengutarakan bahawa pada awal remaja golongan ini berpotensi untuk
mewujudkan gang. Golongan remaja ini mudah terdedah dengan keadaan persekitaran
dengan syarat mereka dapat memperolehi keseronokan dalam kumpulan mereka.
Thrasher (1961) juga mendefinisikan gang sebagai satu kumpulan yang
mempunyai ciri -ciri seperti mengikut tingkahlaku yang sama, perjumpaan secara
bersemuka, gerakan secara berunit, konflik dan mempunyai perancangan. Thraser (1963)
menyatakan bahawa kewujudan gangster adalah hasil daripada perkembangan sesuatu
kumpulan rakan sepermainan juvenil yang bertukar kepada perlakuan devian. Secara
evolusi kumpulan ini menjadi satu kumpulan gangster yang seringkali melakukan
tindakan-tindakan ganas yang bercorak anti sosial. Ikatan yang pada mulanya tidak
sehaluan bertukar menjadi lebih erat ditambah semangat setia kawan atau kukuh serta
mengamalkan tradisi kumpulan.

Menurut Millers (1980), definisi gang ini adalah termasuk dalam aktiviti haram
dan sentiasa berubah-ubah. Manakala Klein & Maxson pula menekankan gang ini adalah
suatu aktiviti haram dan suatu yang kritikal. Mereka mencadangkan 3 kriteria untuk
mendefinisikan gang iaitu:
a) Aktiviti kumpulan secara umumnya di pandang negatif oleh undang-undang.
b) Masyarakat mengiktiraf kumpulan tersebut.
c) Aktiviti yang dipandang negatif oleh kumpulan masyarakat.
Menurut Taylor (1993), terdapat empat kriteria yang berbeza mengenai gang
daripada aspek fungsi remaja dan lain-lain jenis kumpulan remaja. Kriteria itu adalah
termasuk:
a) Struktur organisasi yang formal (bukan sindikit)
b) Kepimpinan
c) Mengenal pasti kawasan jajahan
d) Interaksi semula
e) Perkara yang melekakan atau tingkah laku ganas
Menurut Lal et. al. (1993) perlakuan gangsterisme merupakan masalah yang
memerlukan perhatian serius dan strategi mengurangkan masalah itu. Pihak sekolah
terutama sekali pihak guru perlu peka terhadap masalah ini. Keprihatinan mereka dalam
mengenal pasti punca dan tanda-tanda awal perlakuan gangsterisme adalah amat penting
bagi menangani masalah perlakuan gangsterisme di sekolah. Sekolah seharusnya menjadi
kawasan yang selamat untuk pertumbuhan dan perkembangan anak-anak. Persekitaran
sekolah yang selamat dan selesa dapat menjana proses pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan. Sebarang ancaman serta rasa tidak selamat dalam kalangan pelajar akibat
masalah perlakuan gangsterisme ini sedikit sebanyak akan mengganggu proses
pengajaran dan pembelajaran.

Menurut Haslina Hassan (2000), delinkuen dan tindakan ganas oleh para remaja
merupakan perlakuan yang diwariskan oleh para remaja lelaki yang lebih tua kepada
yang lebih muda dan aktiviti -aktiviti tertumpu beberapa kawasan di luar sekolah. Begitu
juga dengan Bodinger-de-Uriarte (1993), mendapati faktor untuk mendapatkan kuasa dan
status merupakan penyebab utama para remaja menyertai gangster jalanan di Amerika
Syarikat. Majoriti daripada gangster tersebut merupakan gang lelaki dan ahli-ahli terdiri
daripada mereka yang mempunyai latar belakang etnik yang sama. Masalah pelanggaran
disiplin di sekolah tidak pernah selesai sejak dahulu sehinggalah sekarang. Keadaan ini
menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan semua pihak yang terlibat di dalam
bidang pendidikan sama ada para pendidik, ibu bapa serta pihak kerajaan. Laporan
tentang salah laku para pelajar sentiasa mendapat tempat didalam akhbar di negara kita.
Semua pihak mahukan sekolah sebagai sebuah tempat yang selamat untuk proses
pengajaran dan pembelajaran.

2.1

Gangsterisme Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Di Malaysia

Seterusnya sejak akhir-akhir ini terdapat suara-suara yang mula mempersoalkan tentang
penglibatan generasi muda dalam aktiviti -aktiviti sosial yang boleh merosakkan
keutuhan struktur masyarakat di negara ini. Fenomena ini telah menunjukkan bertambah
kejadian membakar bilik guru, vandalisme, memeras ugut, penagihan dadah ( Utusan
Malaysia, 1998 ). Apa yang memeranjatkan, sekali gus membimbangkan, mengenai hasil
satu kajian yang dibuat oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Kementerian
Pendidikan pada tahun 1999. Laporan kajian ini yang diumumkan baru-baru ini
menjelaskan tentang penularan gengsterisme yang semakin berleluasa di sekolah -sekolah
menengah seluruh negara sekarang. Fakta kajian menunjukkan satu pertiga dari 1560
buah sekolah menengah kita adalah berisiko tinggi dan terdedah kepada berbagai -bagai
kongsi gelap (Berita Harian, 1997).

Laporan akhbar mengenai kes-kes perlanggaran disiplin, keganasan dan buli yang
berlaku di sekolah merupakan perkara biasa pada hari ini. Di sekolah-sekolah di Malaysia
pula, masalah buli merupakan satu masalah disiplin yang utama pada ketika ini. Akhbar
perdana, Utusan Malaysia keluaran 30 Mac 2004 telah melaporkan seorang pelajar
tingkatan empat sekolah menengah agama meninggal dunia akibat dibelasah oleh
sekumpulan pelajar senior. Berdasarkan rekod polis pula, terdapat lebih 35 kes pelajar
sekolah mati atau cedera akibat dibelasah dilaporkan dalam tempoh lima tahun iaitu dari
1999 hingga 2003 (Utusan Malaysia, 29 Mac 2004). Kebanyakan kes-kes ini berpunca
daripada perbuatan gangsterisme.
Diikuti pula dengan laporan-laporan akhabar (Harian Metro, 25 Mac 2004;
BeritaHarian 25 Mac 2004) menunjukkan peningkatan jumlah jenayah juvana yang
dilakukan oleh pelajar sekolah seperti gangterisme, pergaduhan, rogol, seks bebas dan
buli, telah sedikit sebanyak menjejaskan peranan sekolah sebagai pembentuk jati diri dan
pendidikan generasi masa hadapan negara. Ini ditambah lagi dengan kejadian jenayah
serta perlanggaran displin yang serius terjadi di dalam kawasan sekolah (Utusan
Malaysia, 25 Mac 2004). Masalah ini perlu ditanggani dengan segera dan sebaik mungkin
kerana ia bukan sahaja menjatuhkan imej sekolah sebagai institusi pembentuk jati diri
dan pendidikan anak bangsa. Tetapi akan juga memberi impak kepada survival dan
kemajuan negara pada masa hadapan.
Menurut statistik yang telah dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, tahun
2008 sahaja, seramai 8,809 pelajar berusia antara 7 dan 18 tahun ditahan di seluruh
negara kerana terlibat dalam kes-kes jenayah. Daripada jumlah itu, 3,683 terlibat dalam
jenayah kekerasan manakala selebihnya jenayah harta benda.. Menurut statistik yang
dikeluarkan, remaja berusia 16 hingga 18 tahun mendahului senarai dengan 6,435
tangkapan, diikuti pelajar berusia 13 hingga 15 tahun (2,227 tangkapan). Tidak kurang
hebatnya, kanak-kanak berusia tujuh hingga 12 tahun turut termasuk dalam senarai itu
dengan 147 tangkapan. Pelajar daripada kaum Melayu mencatatkan peratusan tertinggi
iaitu sebanyak 72.7 peratus atau 6,401 orang diikuti India (10 peratus atau 876 orang) dan
Cina (7.3 peratus atau 641 orang). Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman,Datuk

Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, pihaknya memandang serius statistik tersebut dan
sentiasa mencari jalan untuk mengatasinya (Utusan Malaysia, 2009).
Menurut Lal et. al. (1993) perlakuan gangsterisme merupakan masalah yang
memerlukan perhatian serius dan strategi mengurangkan masalah itu. Oleh itu, pihak
sekolah terutama sekali pihak guru perlu peka terhadap masalah ini. Keprihatinan mereka
dalam mengenal pasti punca dan tanda-tanda awal perlakuan gangsterisme adalah amat
penting bagi menangani masalah perlakuan gangsterisme di sekolah. Sekolah seharusnya
menjadi kawasan yang selamat untuk pertumbuhan dan perkembangan anak-anak.
Persekitaran sekolah yang selamat dan selesa dapat menjana proses pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan. Sebarang ancaman serta rasa tidak selamat dalam kalangan
pelajar akibat masalah perlakuan gangsterisme ini sedikit sebanyak akan mengganggu
proses pengajaran dan pembelajaran.

BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.0

Pengenalan

Kajian ini akan dapat memberikan satu gambaran yang umum tentang tahap tingkah laku
gangsterisme dalam kalangan pelajar sekolah menengah rendah. Penggunaan indeks
tingkah laku gangsterisme sekolah dalam menentukan tahap tingkah laku gangsterisme di
sekolah merupakan satu cara bagaimana tahap tingkah laku gangsterisme di sekolah
boleh ditentukan.
Dapatan daripada kajian ini juga akan dapat menjelaskan lagi tentang tingkah laku
gangsterisme dalam kalangan pelajar sekolah menengah rendah terutama dari segi jenisjenis tingkah laku gangsterisme dan kekerapan kejadian tingkah laku gangsterisme yang
dialami oleh pelajar sekolah menengah. Kajian ini juga akan memberi maklumat yang
baru berkenaan tingkah laku gangterisme dalam kalangan pelajar sekolah menengah di
Malaysia.
Selain itu, dapatan daripada kajian ini akan dapat digunakan oleh pihak
Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan Sekolah dalam mengukur tahap
tingkah laku gangsterisme dalam kalangan pelajar sekolah di Malaysia. Data yang
diperolehi seperti jenis tingkah laku gangsterisme yang kerap berlaku di sekolah, puncapunca kejadian gangsterisme, boleh digunakan dalam perancangan program-program
intervensi, pencegahan dan penyelesaian masalah tingkah laku gangsterisme dalam
kalangan pelajar sekolah. Dapatan kajian ini juga dapat digunakan sebagai garis panduan
serta asas kepada pembentukan polisi bagi menangani dan mencegah tingkah laku
gangterisme di sekolah seperti polisi antigangster.

Para guru yang terlibat secara langsung dengan tingkah laku pelajar di kelas, akan
mendapat faedah daripada dapatan kajian ini. Dapatan kajian ini akan dapat membantu
guru untuk mengatasi dan mencegah masalah gangsterisme yang berlaku di kelas atau di
sekolah. Ianya juga akan membekalkan maklumat-maklumat yang baru berkenaan
tingkahlaku gangsterisme yang boleh digunakan oleh guru bagi menangani masalah buli
yang berlaku di kelas mereka.
Pihak-pihak lain yang berkaitan dengan pelajar sekolah seperti ibu bapa dan
masyarakat serta pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan seperti PIBG, pertubuhan belia,
kesatuan guru dan pertubuhan kemasyarakatan boleh memperoleh faedah daripada
dapatan kajian ini dalam usaha merancang program kemasyarakatan ke arah masyarakat
yang berbudi bahasa dan cemerlang.

3.1

Tempat Kajian

Kajian ini telah dijalankan di tiga buah sekolah menengah yang mewakili negeri masingmasing iaitu di Kelantan, Perak dan Kedah. Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Asmah
telah menjadi sasaran kajian di negeri Kelantan di mana sekolah ini terletak di daerah
Tumpat. Di Perak pula, kajian telah dilakukan di Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau
Dua di daerah Perak Tengah. Manakala di Kedah pula, kajian telah dijalankan di Sekolah
Menengah Kebangsaan Padang Pasir yang terletak di daerah Gurun. Namun, nama-nama
sekolah yang dipaparkan adalah merupakan nama samaran bagi menjaga sensitiviti
pihak-pihak tertentu.

3.2 Kaedah Kajian


Kajian mengenai gejala gangsterisme ini menggunakan kaedah berbentuk kuantitatif di
mana pemilihan sampel dibuat secara rawak. Ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat
sebenar dan jitu tentang kajian yang dijalankan. Ini bermakna dengan banyaknya jumlah
maklumat yang diperolehi, maka penganalisaan yang dibuat terhadap hasil dapatan yang
banyak akan menghasilkan maklumat yang lebih tepat. Kaedah ini juga mudah untuk
dijalankan kerana tidak perlu untuk memilih sampel kajian di mana setiap orang dalam
populasi boleh dijadikan sampel berbanding kaedah kajian berbentuk kualitatif di mana
sampel perlu dipilih bagi mewakili sesuatu kelompok.
Kaedah soal selidik dipilih berbanding teknik temubual kerana dapat menjimatkan
masa. Kaedah soal selidik boleh dijalankan terhadap sampel yang banyak pada satu-satu
masa berbanding kaedah temu bual yang hanya boleh dijalankan terhadap satu sampel
sahaja dalam satu-satu masa. Selain itu, kaedah temu bual sukar untuk dilakukan kerana
sampel biasanya enggan untuk memberikan kerjasama dalam aktiviti yang melibatkan
lisan, tetapi berbanding dengan kaedah soal selidik di mana sampel hanya perlu menanda
sahaja pada borang soal selidik. Oleh itu, kaedah soal selidik dipilih dalam penyelidikan
ini.

3.3 Populasi dan Sampel Kajian


Populasi kajian adalah jumlah keseluruhan pelajar yang ingin dikaji. Pelajar-pelajar yang
dikaji merupakan pelajar sekolah menengah yang terdiri daripada pelajar tingkatan satu
hingga tingkatan tiga. Populasi kajian secara keseluruhan di ketiga-tiga buah sekolah
adalah seramai 1110 orang iaitu 430 orang di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun
Asmah, 350 di Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Dua dan 330 di Sekolah Menengah
Kebangsaan Padang Pasir.

Sampel kajian pula merupakan individu-individu yang menjawab soalan-soalan


penyelidikan. Jumlah sampel kajian adalah sebanyak 40 orang iaitu 15 di Sekolah
Menengah Kebangsaan Tun Asmah, 15 di Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Dua dan
10 di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Pasir. Pembahagian jumlah sampel adalah
bergantung kepada jumlah keseluruhan sampel di setiap sekolah. Kaedah sampel yang
diguna pakai dalam penyelidikan ini adalah sampel rawak (random) di mana pemilihan
sampel dibuat secara bebas dengan memegang prinsip setiap orang dalam populasi
mempunyai peluang untuk dipilih sebagai sampel. Tujuan penggunaan sampel ini adalah
supaya sampel-sampel yang dipilih dapat mewakili populasi.

BAB 4
DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

4.0

Pengenalan

Seramai 40 orang pelajar menengah rendah dalam lingkungan 13 hingga 15 tahun terlibat
dalam menjadi responden kajian mengenai masalah gangsterisme dalam kalangan pelajar
menengah rendah. Dapatan adalah hasil daripada soal selidik yang dijalankan di tiga buah
sekolah yang terletak di Perak, Kedah dan Kelantan. Kesemua dapatan dipersembahkan
dalam bentuk jadual, graf dan penerangan ringkas tentang graf tersebut.

4.1

Latar Belakang Sampel

Jadual 4.1.1 menunjukkan bilangan dan peratus pelajar (respondan kajian) yang terlibat
dalam kajian menurut jantina.
Jantina
Lelaki
Perempuan

Kekerapan
23
17

Jadual 4.1.1: Kekerapan Pelajar Sekolah Menurut Gender.

Graf 4.1.1: Kekerapan Pelajar Sekolah Menurut Gender.


Daripada graf kajian mendapati seramai 23 respondan yang ponteng terdiri daripada
pelajar lelaki dan 17 responden adalah terdiri daripada pelajar perempuan.

Jadual 4.1.2 memaparkan bilangan dan peratus pelajar (respondan kajian) menurut
kumpulan umur mereka.
Umur (thn)
Tiga Belas
Empat Belas
Lima Belas

Kekerapan
13
11
23

Jadual 4.1.2 : Kekerapan Pelajar Sekolah Mengikut Kumpulan Umur.

Graf 4.1.2 : Bilangan Pelajar Sekolah Menurut Kumpulan Umur.


Daripada jadual di atas didapati bahawa pelajar yang berumur lingkungan 15 tahun
adalah merupakan responden tertinggi diikuti dengan pelajar yang berumur 13 tahun.
Kumpulan umur lingkungan 14 tahun pula mencatatkan kekerapan terendah.

Jadual 4.1.3 berikut menunjukkan lokasi pelajar mengikut tempat penginapan yang
didiami.
Tempat Tinggal
Taman Perumahan
Kampung
Bandar

Kekerapan
16
13
11

Graf 4.1.3: Lokasi Tempat Tinggal Pelajar (respondan kajian).


Berdasarkan graf di atas, didapati bahawa kekerapan tertinggi responden mendiami
kawasan perumahan. Kawasan kampung pula mencatatkan kekerapan kedua tertinggi.
Kekerapan terendah bagi kajian sampel responden mengikut lokasi adalah dikawasan
bandar.

Jadual 4.1.4 Menunjukkan Jenis Pekerjaan Bapa Pelajar Mengikut Bilangan Kekerapan.
Pekerjaan Bapa
Kakitangan Swasta
Peniaga
Kerja Sendiri
Tidak Bekerja

Kekerapan
7
6
13
3

Graf 4.1.4 Menunjukkan Kekerapan Bilangan Responden Mengikut Pekerjaan Bapa


Data dalam graf 4 menunjukkan kekerapan tertinggi pekerjaan bapa responden adalah
golongan bekerja sendiri dengan jumlah 13 orang. Bapa responden yang menjawat
jawatan swasta pula mencatatkan kekerapan kedua tertinggi iaitu dengan jumlah 7 orang.
Kekerapan terendah mengikut pekerjaan bapa pula diwakili golongan tidak bekerja iaitu
seramai 3 orang. Lain-lain pekerjaan ialah peniaga iaitu dengan kekerapan sebanyak 6
orang.

Jadual 4.1.5 Menunjukkan Jenis Pekerjaan Ibu Pelajar Mengikut Bilangan Kekerapan.
Pekerjaan Ibu
Kakitangan Kerajaan
Kakitangan swasta
Kerja sendiri
Tidak Bekerja

Kekerapan
14
2
3
21

Graf 4.1.5 Menunjukkan Kekerapan Bilangan Responden Mengikut Pekerjaan Ibu


Golongan tidak bekerja mewakili data tertinggi dalam kajian kekerapan responden
mengikut pekerjaan ibu iaitu sebanyak 21 orang. Ini diikuti dengan kakitangan kerajaan
dengan jumlah kekerapan sebanyak 14 orang. Golongan yang mewakili penjawat swasta
pula mencatatkan kekerapan terendah iaitu dengan 2 orang.

Jadual 4.1.6 Menunjukkan Kekerapan Responden Mengikut Anggaran Pendapatan Ibu


Bapa.
Anggaran Pendapatan
kurang dari 1000
1000-2000
2000-3000
3000 ke atas

Kekerapan
14
9
9
8

Graf 4.1.6 Menunjukkan Kekerapan Pelajar Sekolah Mengikut Pendapatan Ibu Bapa
Data daripada graf kajian mendapati golongan ibu bapa yang berpendapatan kurang dari
RM1000 mencatatkan kekerapan tertinggi. Kekerapan kedua tertinggi pula diwakili oleh
golongan yang berpendapatan purata diantara RM1000-RM2000 dan RM2000-RM3000.
Golongan ibu bapa yang mempunyai pendapatan melebihi RM3000 mencatatakan nilai
kekerapan terendah.

4.2

Jenis-Jenis Gangsterisme

Jenis gangsterisme
Melawan guru
Bergaduh dengan pelajar lain
Menconteng dinding sekolah
Merosakkan harta benda sekolah
Membuli pelajar lain

Tidak

Satu

Lebih dari

pernah
21
21
18
23
24

kali
9
10
10
7
9

satu kali
10
9
12
10
7

Jadual 4.2.1: Kekerapan responden melakukan gangsterisme mengikut jenis-jenis


gangsterisme.

Graf 4.2.1: Kekerapan responden melakukan gangsterisme mengikut jenis-jenis


gangsterisme.

Jenis gangsterisme

Tidak

Satu

Lebih

dari

pernah

kali

satu kali

Meminta duit kepada pelajar lain secara


paksaan
Mengugut untuk mencederakan pelajar lain
Mengugut pelajar lain secara berkumpulan
Melanggar peraturan sekolah
Ponteng sekolah

33
14
18
23
27

4
11
8
8
7

3
15
14
9
6

Jadual 4.2.2: Kekerapan responden melakukan gangsterisme mengikut jenis-jenis


gangsterisme.

Graf 4.2.2: Kekerapan responden melakukan gangsterisme mengikut jenis-jenis


gangsterisme.

Tidak
Perbuatan/Tindakan
P11
P12

Pernah
32
31

>
Satu Kali
7
6

dari

Kali
1
3

Satu

P13
P14
P15

29
22
31

9
10
6

2
8
3

Petunjuk :

P11 : Mencemuh dan mencaci pelajar lain


P12 : Mencemuh dan mencaci guru
P13 : Memeras ugut barang kemas pelajar lain
P14 : Mencuri harta benda sekolah atau guru
P15 : Mencuri harta benda

Jadual 4.2.3: Jenis-Jenis Gengsterisme Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Rendah

Graf 2.2.3: Jenis-Jenis Gengsterisme Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Rendah

Satu
Perbuatan/Tindakan
P16

Tidak Pernah
22

Kali
10

> dari Satu Kali


8

P17
P18
P19
P20

24
19
29
27

7
7
7
6

9
14
4
7

Petunjuk :
P16 : Berbahasa kasar atau kesat di sekolah
P17: Ponteng kelas
P18 : Keluar dari kawasan sekolah pada waktu persekolahan tanpa kebenaran
P19 : Mengugut untuk mencederakan guru
P20 : Menubuhkan atau menganggotai kumpulan haram
Jadual 4.2.4: Jenis-Jenis Gengsterisme Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Rendah

Graf 4.2.4: Jenis-Jenis Gangsterisme Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Rendah

Merujuk kepada graf 1, 2, 3, dan 4 diatas, pernyataan mengugut untuk mencederakan


pelajar lain merupakan jenis gangsterisme yang paling kerap dilakukan dalam kalangan
pelajar sekolah menengah rendah iaitu sebanyak 15 orang responden (37.5%). Ini diikuti
dengan jenis gangsterisme iaitu mengugut pelajar lain secara berkumpulan yang mana
merupakan yang kedua tertinggi iaitu sebanyak 14 orang responden (35%). Bagi
pernyataan meminta duit daripada pelajar lain secara paksaan merupakan jenis
gangsterisme yang paling tidak pernah dilakukan dalam kalangan pelajar sekolah
menengah rendah iaitu sebanyak 33 orang responden (82.5%). Ini diikuti dengan jenis
gangsterisme iaitu mencemuh dan mencaci pelajar lain yang mana menunjukkan yang
kedua paling tidak pernah dilakukan oleh pelajar sekolah menengah rendah iaitu
sebanyak 32 orang responden (80%).

4.3

Punca-Punca Gejala Gangsterisme

Jadual 4.3.1 dan 4.3.2 menunjukkan punca-punca gejala gangsterisme dan peratusannya .
Pernyataan

Bil tidak Peratus Bil.

Peratus

Untuk

dan

setuju
9

(%)
22.5

setuju
31

(%)
77.5

2
3
4
5

berseronok.
Untuk mendapat perhatian pelajar lain.
Untuk merasakan diri hebat.
Untuk menghilangkan kebosanan.
Kerana tertekan dengan masalah

15
8
8
12

37.5
20
20
30

25
32
32
28

62.5
80
80
70

tujuan

bergembira

keluarga.
Jadual 4.3.1 menunjukkan punca-punca gejala gangsterisme dan peratusannya.

Graf 4.3.1 menunjukkan punca-punca gejala gangsterisme dan peratusannya.


A = Untuk tujuan bergembira dan berseronok.
B = Untuk mendapat perhatian pelajar lain.
C = Untuk merasakan diri hebat.
D = Untuk menghilangkan kebosanan.
E = Kerana tertekan dengan masalah keluarga.
Pernyataan
tidak

Bil tidak
berpuas

hati

setuju
pada
27

Kerana

sesetengah guru.
Tidak berpuas hati pada peraturan

22

Peratus Bil.

Peratus

(%)
67.5

(%)
32.5

55

setuju
13
18

45

sekolah.
Untuk diterima oleh rakan-rakan dalam

kumpulan tertentu.
9 Terpengaruh dengan rakan sebaya.
10 Dipaksa oleh rakan yang lain.
11 Tidak suka suasana di sekolah.

21

52.5

19

47.5

5
24
18

12.5
60
45

35
16
22

87.5
40
55

Jadual 4.3.2 menunjukkan punca-punca gejala gangsterisme dan peratusannya.

Graf 4.3.2 menunjukkan punca-punca gejala gangsterisme dan peratusannya


A = Kerana tidak berpuas hati pada sesetengah guru.
B = Tidak berpuas hati pada peraturan sekolah.
C = Untuk diterima oleh rakan-rakan dalam kumpulan tertentu.
D = Terpengaruh dengan rakan sebaya.
E = Dipaksa oleh rakan yang lain.
F = Tidak suka suasana di sekolah.
Merujuk kepada Graf 11 dan 12, majoriti responden bersetuju dengan faktor Terpengaruh
dengan rakan sebaya dan bilangan 35 orang (87.5%) manakala seramai 5 orang (12.5%)
tidak bersetuju. Kekerapan responden tidak bersetuju paling tinggi adalah terhadap faktor
Kerana tidak berpuas hati pada sesetengah guru iaitu seramai 27 orang (32.5%)
manakala seramai 25 orang (62.5%) bersetuju. Faktor Untuk merasakan diri hebat dan

Untuk menghilangkan kebosanan adalah sama iaitu 32 orang (80%) bersetuju dan 8
orang (20%) tidak bersetuju. Faktor-faktor lain adalah berada dalam kategori seimbang.

4.4

Perbincangan

Hasil daripada dapatan kajian, tiga bahagian utama akan dibincangkan iaitu latar
belakang sampel, jenis-jenis gangsterisme dan punca-punca terjadinya gejala ini. Dalam
latar belakang sampel, aspek-aspek seperti jantina, umur, lokasi tempat tinggal, pekerjaan

bapa, pekerjaan ibu, dan anggaran pendapatan keluarga sebulan dibincangkan. Jenis-jenis
gangsterisme pula mencakupi persoalan kekerapan responden melakukan satu-satu
gangsterisme itu manakala bahagian punca-punca gejala gangsterisme pula meliputi
kesetujuan responden terhadap punca-punca gangsterisme yang disenaraikan.
Menurut latar belakang sampel kajian, tumpuan kajian lebih kepada pelajar lelaki
iaitu sebanyak 57.5% berbanding pelajar perempuan, 42.5%. Ini adalah kerana pelaku
gangsterisme adalah melibatkan golongan lelaki majoritinya berdasarkan fitrahnya yang
lebih kasar dan agresif berbanding perempuan. Kebanyakan responden terdiri daripada
pelajar tingkatan 3 iaitu seramai 23 orang dan tinggal di taman perumahan, 16 orang.
Majoriti pekerjaan bapa responden adalah bekerja sendiri, sebanyak 32.5% manakala ibu
responden tidak bekerja, 52.5%. pendapatan keluarga kebanyakan resonden adalah
kurang daripada RM1000.00 sebulan.

Bahagian kedua borang soal selidik membincangkan tentang jenis-jenis


gangsterisme yang berlaku dalam kalangan pelajar menengah rendah. Antara aktiviti
gangsterisme yang banyak berlaku adalah mengugut untuk mencederakan pelajar lain,
diikuti dengan mengugut pelajar lain secara berkumpulan. Statistik gejala ugut ini tinggi
mungkin kerana pelajar yang melakukannya adalah untuk tujuan keseronokan. Ini kerana
masa di usia remaja merupakan zaman yang sungguh manis dan penuh dengan
keseronokan. Pada usia ini kebanyakan aktiviti-aktiviti yang paling digemari
kebanyakannya ialah berbentuk keseronokan yang sementara. Sekiranya mangsa yang
diugut itu berasa takut, pelakunya akan berasa hebat di samping mendapat habuan yang
dikehendaki. Mereka juga akan mengulanginya pada masa akan datang sekiranya mangsa
berdiam diri. Kegiatan ini biasanya dilakukan secara berkumpulan bagi menakutkan lagi
mangsa yang diugut. Selain kegiatan mengugut, statistik aktiviti keluar dari kawasan
sekolah pada waktu persekolahan tanpa kebenaran juga tinggi. Ini kerana kebanyakan
pelajar yang melakukannya adalah untuk menghisap rokok terutamanya pelajar lelaki.
Ada juga yang melakukannya kerana ingin mencari variasi makanan mengikut selera
masing-masing, ditambah lagi dengan makanan di kantin yang mahal dan tidak segar.

Masalah ini terjadi juga kerana kurangnya pemantauan dari pihak sekolah. Jenis-jenis
gangsterisme yang paling jarang dilakukan oleh responden pula adalah meminta duit
kepada pelajar lain secara paksaan, mencuri harta benda, dan mencemuh dan mencaci
guru. Dapatan ini adalah rasional jika dilihat pada latar belakang responden yang
kebanyakannya terdiri dalam golongan berada memandangkan lokasi tempat tinggal dan
pendapatan bulanan keluarga. Oleh itu, kegiatan meminta duit secara paksa dan mencuri
harta benda adalah sangat sedikit dilakukan oleh para responden. Perbuatan mencemuh
dan mencaci guru juga kurang dilakukan oleh responden kerana perasaan hormat kepada
guru masih menebal dalam kalangan responden walaupun ada sebilangan kecil yang
melakukannya. Kegiatan-kegiatan lain seperti ponteng sekolah, merosakkan harta
benda sekolah, dan berbahasa kasar dan kesat didapati kurang menyumbang kepada
statistik jenis jenis gangsterisme dalam kalangan pelajar menengah rendah.
Bahagian terakhir soalan kajian adalah punca-punca terjadinya gejala sosial dalam
kalangan pelajar menengah rendah. Punca yang mendapat tempat teratas adalah faktor
terpengaruh dengan rakan sebaya. Seramai 35 responden bersetuju dengan faktor ini. Ini
adalah kerana pada peringkat remaja, pengaruh rakan sebaya memberi impak yang besar
dalam kehidupan mereka. Pada umur meningkat matang inilah remaja mudah terdedah
kepada aktiviti kurang sihat. Perasaan ingin mencuba dalam diri remaja ditambah pula
dengan ajakan rakan-rakan lain menguatkan lagi godaan terhadap gejala-gejala negatif.
Golongan remaja biasanya lebih mudah meniru dan terpengaruh dengan rakan sebaya.
Pengaruh rakan sebaya akan mencorakkan sikap, nilai dan tingkah laku remaja, lebihlebih lagi remaja yang tercicir dan menghadapi masalah keluarga. Kebiasaannya,
golongan remaja yang melakukan vandalisme merupakan remaja dalam kumpulan,
Mereka tidak mempunyai tujuan dan apabila berkumpul timbullah pelbagai idea
termasuklah peras ugut, bergaduh dan ponteng sekolah.

Faktor lain yang banyak

menyumbang kepada gejala gangsterisme adalah untuk merasakan diri hebat. Ini adalah
kerana remaja pada peringkat umur tersebut berasakan diri mereka sudah dewasa dan
ingin melakukan sesuatu yang di luar kebiasaan. Fenomena ini sudah menjadi lumrah
sebilangan kecil remaja untuk mendapat penghormatan dalam kalangan mereka.
Apabila situasi sebegini terjadi, secara tidak langsung remaja ini dapat mengambil

kesempatan untuk melakukan sesuatu yang tidak baik kepada pelajar lain yang lemah.
Faktor paling sedikit adalah kerana tidak berpuas hati pada sesetengah guru. Ini terjadi
kerana pelajar menengah rendah ini masih belum cukup power untuk mencari pasal
dengan guru. Oleh sebab itu, rakan sebaya yang lemah akan menjadi mangsa mereka.
Punca-punca lain seperti tertekan dengan masalah keluarga, dipaksa oleh rakan yang
lain dan tidak suka suasana di sekolah dilihat tidak memberi impak yang besar dan
masih terkawal.

BAB 5
KESIMPULAN DAN CADANGAN

Kajian ini adalah bertujuan menentukan faktor perlakuan gangsterisme dalam kalangan
pelajar menengah rendah di tiga buah negeri iaitu Kelantan, Perak dan Kedah. Dalam
kajian yangdijalankan, perlakuan gangsterisme yangpalingkerapberlaku disekolah
adalahpengaruhrakansebayadanuntukmerasakandirihebat.Secarakeseluruhannya
pengiraan peratusan perlakuan gangsterisme yang didapati berada pada tahap yang
sederhana.
Kajian ini juga mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara peratus
perlakuan gangsterisme antara lelaki dengan perempuan. Oleh itu boleh disimpulkan
bahawa perlakuan gangsterisme juga boleh berlaku dalam kalangan pelajar perempuan.
Hasil daripada kajian juga mendapati tidak terdapat perbezaan yang ketara antara status
kelas sosial pelajar yang melakukan gangsterisme. Oleh itu boleh disimpulkan bahawa
perlakuan gangsterisme berlaku di semua peringkat sosial, tidak kira sama ada mereka
merupakan orang kaya atau golongan sederhana. Jenis tingkah laku buli yang kerap
dilaporkan oleh pelajar sekolah menengah rendah di tiga buah negeri iaitu Kelantan,
Perak dan Kedah ialah jenis tingkah laku gangsterisme adalah mengugut untuk
mencederakan pelajar lain.
Berdasarkan dapatan kajian, perbincangan serta rumusan daripada kajian yang
dijalankan, beberapa cadangan yang boleh dipertimbangkan oleh pihak Kemeterian
Pelajaran, JPN, PPD, pengetua, guru-guru dan ibu bapa khususnya di tiga negeri iaitu di
Kelantan, Perak dan Kedah serta di seluruh negara.
1. Walaupun dapatan kajian menunjukkan tahap perlakuan gangsterisme dalam
kalangan pelajar menengah rendah adalah sederhana, pihak Kementerian
Pelajaran Malaysia, JPN, PPD, pengetua, guru-guru dan ibu bapa tidak boleh
memandang ringan masalah atau gejala gangsterisme dalam kalangan pelajar
sekolah. Tindakan dan program berterusan mencegah aktiviti gangsterisme di
sekolah dilipat gandakan serta dinilai keberkesanannya. Pihak Kementerian
Pelajaran bolehlah melaksanakan polisi anti gangsterisme di semua sekolah
menengah dan sekolah rendah di seluruh negara.

2. Anggota masyarakat juga perlu bersikap prihatin dan memberi perhatian kepada
anak mereka agar tidak melakukan perbuatan negatif ini. Masyarakat perlu peka
terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka dengan bersikap proaktif terhadap
gejala gangsterisme yang berlaku di kawasan mereka. Selain itu anggota
masyarakat boleh memainkan peranan penting memberikan kefahaman betapa
buruknya akhlak gangsterisme kepada ahli-ahli masyarakat yang lain terutamanya
para remaja. Jika anggota masyarakat terlihat atau terserempak dengan jiran
mereka melakukan

aktiviti gangsterisme, hendaklah ditegur dan dinasihati.

Adalah lebih baik jika dilaporkan kepada ibu bapa pelaku tersebut. Ibu bapa pula
haruslah bersikap terbuka dengan menerima kesalahan anak serta berusaha untuk
mengubah kesilapan tersebut. Jika ibu bapa bersikap tidak ambil peduli, maka
laporan polis harus dibuat agar pesalah-pesalah menerima tindakan yang
sewajarnya.
3. Selain berfungsi sebagai media hiburan dan sumber maklumat terkini, media
massa dan media elektronik seharusnya mempunyai tanggungjawab sosial kepada
masyarakat. Media memainkan peranan dan mempunyai pengaruh kuat dari segi
menanam kesedaran memperoleh kerjasama dan menyampai maklumat tentang
gangsterisme dalam apa bentuk rancangan yang tersiar atau yang terdapat dalam
media massa. Media massa juga berperanan membantu pihak kerajaan dari segi
mengadakan kempen agar masyarakat faham dan menghayati kempen Hidup
Harmoni Tanpa Gangsterisme kerana dengan adanya iltizam dan komitmen
daripada media maka kempen ini dapat direalisasikan keberkesanannya. Siaran
televisyen banyak mempengaruhi kehidupan seharian masyarakat negara ini
memandangkan hampir seratus peratus masyarakat Malaysia menonton televisyen
setiap

hari.

Justeru

itu,

rancangan-rancangan

televisyen

yang

boleh

mempengaruhi tindakan remaja melakukan gangsterisme dan jenayah lain


haruslah ditapis.

Dapatan kajian ini mengesahkan dapatan kajian terdahulu dan beberapa andaian
awal tentang perlakuan gangsterisme dalam kalangan pelajar menengah rendah.
Walaubagaimanapun terdapat dapatan yang memerlukan kajian lanjutan untuk
meningkatkan lagi kesahihannya dan mencari faktor-faktor lain yang mempengaruhinya.
Antara kajian lanjutan yang dirasakan perlu dilakukan adalah seperti berikut;
1. Kajian yang dijalankan hanyalah berdasarkan laporan kendiri pelajar
sahaja. Oleh itu, kajian akan datang dicadangkan bolehlah melibatkan juga
perolehan maklumat berdasarkan laporan kaunselor sekolah, guru kelas,
guru mata pelajaran dan juga ibu bapa.
2. Kajian yang dijalankan ini adalah dilakukan dengan menggunakan kaedah
kuantitatif. Adalah lebih bermakna sekiranya kajian lanjutan dapat
menggabungkan kaedah kualitatif bagi mendapatkan maklumat yang lebih
mendalam tentang perlakuan gangsterisme dalam kalangan pelajar sekolah
menengah dan rendah yang mana tidak dapat dicakupi dalam kajian ini.
3. Kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik ini ialah menentukan tahap
perlakuan gangsterisme dalam kalangan pelajar sekolah menggunakan
indeks perlakuan buli sekolah. Responden yang digunakan dalam kajian
ini ialah 40 dan melibatkan tiga buah negeri. Adalah sangat bermakna
sekiranya kajian lanjutan dapat dilakukan dengan menggunakan saiz
sampel yang lebih besar dan melibatkan semua negeri di Malaysia.

Bibliografi

Amir Hasan Dawi. 1999. Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan. Edisi Ketiga. Tanjong
Malim: Quantum Books,
.
Bilik guru dibakar.(1998, April 5). Utusan Malaysia, 1 & 4.
Bodinger-der-Uriarte. (1993). Schools Rough Place: Youth, Drugs users, and Family

Life

in Los Angleses. Washington, DC. U.S. Department Education, Office Of Edu cational
Research and Improvement.
Foucault, M. (1977). Discipline and Punish, The Birth of the Prison.
Glasser, W. (1969). School Without Failure.New York: Harper & Row Publishers
Haslina Hassan (2000). Gejala Gangsterisme dalam Kalangan Pelajar: Fenomena yang
Meresahkan. Dewan Masyarakat. Jun 2000. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Halaman 14-16.
http://www.sabah.edu.my/smtekniktwu/disiplin.html.
http://www.bpkp.go.id/index.php?idunit=20&idpage=632.
Hussein Hj. Ahmad. 1993. Pendidikan dan Masyarakat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia,(1999). Kajian Gengsterisme di Sekolah Menengah
Harian. Kuala Lumpur: Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.
Lal, S. (1993). Handbook on gangs in schools: Strategies to reduce gang related
activities.Newbury Park, CA: Corwin Press.
Miller, S. (1980). One of The Guys: Girls, Gangs, and Gender . New York:Oxford

University Press.
Mohd Majid Konting. (1998). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Sekolah terdedah dengan aktiviti kongsi gelap. (1997, Jun 8). Berita Harian, 3 & 4.
Taylor,C.(1993).Dangerous Society.East lansing, MI:MSU Press.
Trasher, F.M. (1963). The Gangs: A study of 1,313 Gangs in Chic ago (Rev.ed.).
Chicago:University of Chicago Press.

SOALAN KAJIAN TENTANG GEJALA GANGSTERISME DI KALANGAN


PELAJAR SEKOLAH MENENGAH RENDAH

(A) Latar Belakang Sampel.


Sila tandakan ( ) pada ruang yang berkenaan.
1. Jantina anda ( ) Lelaki

( ) Perempuan

2. Umur anda : ( )13 Tahun

( ) 14 Tahun ( ) 15 Tahun

3. Lokasi tempat tinggal : ( ) Taman Perumahan


( ) Kampung
4.

5.

( )

Rumah pangsa

( )

Bandar

Pekerjaan bapa (Sila nyatakan) : ( )Kakitangan Kerajaan ( )Kakitangan swasta


(

)Peniaga

)Tidak bekerja

( )Kerja sendiri

Pekerjaan ibu (Sila nyatakan) : ( )Kakitangan Kerajaan

6. Anggaran pendapatan
keluarga sebulan :

)Peniaga

)Tidak bekerja

( )Kakitangan swasta
( )Kerja sendiri

( )Kurang dari RM1000 ( )RM1000-RM2000


( )RM2000-RM3000

( )RM3000 ke atas.

(B). Jenis-jenis gangsterisme dalam kalangan pelajar sekolah menengah rendah.


Sila tandakan ( ) pada ruang berkenaan, jawapan yang anda fikir paling

sesuai dan dengan jujur berdasarkan panduan seperti berikut.


Adakah anda pernah melakukan perkara seperti

Tidak

Satu

berikut?

pernah kali

Lebih
dari satu
kali

Melawan guru.

Bergaduh dengan pelajar lain.

Menconteng dinding sekolah.

Merosakkan harta benda sekolah.

Membuli pelajar lain.

Meminta duit kepada pelajar lain secara paksaan.

Mengugut untuk mencederakan pelajar lain.

Mengugut pelajar lain secara berkumpulan

Melanggar peraturan sekolah.

10 Ponteng sekolah
11 Mencemuh dan mencaci pelajar lain.
12 Mencemuh dan mencaci guru.
13 Memeras ugut barang kemas pelajar lain.
14 Mencuri harta benda sekolah atau guru.
15 Mencuri harta benda.
16 Berbahasa kasar atau kesat di sekolah.
17 Ponteng kelas.
18 Keluar dari kawasan sekolah pada waktu persekolahan
tanpa kebenaran.
19 Mengugut untuk mencederakan guru.
20 Menubuhkan atau menganggotai kumpulan haram.

(C). Punca-punca gejala gangsterisme dalam kalangan pelajar sekolah menengah


rendah.
Sila tandakan ( ) pada ruang berkenaan, jawapan yang anda fikir paling
sesuai berdasarkan panduan seperti berikut.

Pada pendapat anda, apakah punca-punca seseorang

Tidak Setuju
setuju

pelajar melakukan aktiviti gangsterisme.


Untuk tujuan bergembira dan berseronok.

2
3
4
5
6
7
8

Untuk mendapat perhatian pelajar lain.


Untuk merasakan diri hebat.
Untuk menghilangkan kebosanan.
Kerana tertekan dengan masalah keluarga.
Kerana tidak berpuas hati pada sesetengah guru.
Tidak berpuas hati pada peraturan sekolah.
Untuk diterima oleh rakan-rakan dalam kumpulan

tertentu.
9 Terpengaruh dengan rakan sebaya.
10 Dipaksa oleh rakan yang lain.
11 Tidak suka suasana di sekolah.

Anda mungkin juga menyukai