Anda di halaman 1dari 1

BISMILLAH HIRRAHMAN NIRRAHIM

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TAALA WABARAKATUH, SALAM SEJAHTERA


DAN SALAM 1 MALAYSIA
Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, Yang dihormati, barisan Guru-guru Penolong
Kanan, Yang berusaha, barisan guru-guru Sekolah Kebangsaan Jalan Bellamy dan yang
dikasihi, murid-murid sekalian.
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi, kerana limpah kurnia, kasih dan sayang serta izin-Nya,
dapat kita berkumpul di pagi ini untuk bersama-sama di Majlis Perasmian Kempen Kibarkan
Jalur Gemilang berserta Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Minggu Pendidikan Pencegahan
Dadah peringkat sekolah bagi Tahun 2012.
Kempen Kibarkan Jalur Gemilang dan Sambutan Bulan Kemerdekaan di sambut di
semua sekolah di seluruh Malaysia pada setiap tahun. Sambutan ini amat penting untuk
menyedarkan kita semua untuk tidak melupakan rasa cinta kepada tanah air dan seterusnya
mengajak kita bersama-sama menghargai warisan kemerdekaan yang telah kita nikmati selama
55 tahun ini. Di samping itu, kempen ini juga diharap dapat memupuk semangat patriotisme di
kalangan murid-murid dan mengukuhkan perpaduan nasional.
Dadah adalah dianggap sebagai musuh nombor satu negara. Kerajaan juga telah
menetapkan satu matlamat bahawa pada tahun 2015 negara tercinta ini bebas dari
dadah. Kerajaan memperuntukkan berjuta-juta ringgit bagi menghapuskan dadah di negara kita
ini dengan menyalurkan peruntukkan bagi menjayakan program-program pencegahan supaya
masyarakat sedar tentang bahayanya dadah. Program pada hari ini juga adalah salah satu
usaha kerajaan bagi menggerakkan masyarakat supaya bersama-sama membantu kerajaan
bagi menangani masalah dadah yang kian meruncing di negara kita ini. Program pada hari ini
boleh dijadikan sebagai program tahunan bagi kita semua bukan sekadar mendengar atau
mengikuti aktiviti yang telah dirancang tetapi bersatu tenaga bagi memusnahkan gejala ini agar
kita dapat menikmati hidup yang sejahtera tanpa dadah.
Akhir kata, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada En. Ruslan
Bin Kassim dan AJK-AJK yang terlibat kerana telah berusaha dengan bertungkus lumus bagi
menjayakan Kempen Kibarkan Jalur Gemilang, Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Minggu
Pendidikan Pencegahan Dadah peringkat sekolah bagi Tahun 2012.
Dengan kalimah keramat, Bismillahirrohmanirrohim, saya dengan ini merasmikan di
Majlis Perasmian Kempen Kibarkan Jalur Gemilang berserta Sambutan Bulan Kemerdekaan
dan Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah peringkat sekolah bagi Tahun 2012.
Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai