Anda di halaman 1dari 3

Penulis : : Drs.

Abdul Rahman Abdullah


Diadabtasi : Muhammad Helmi
Penerbit : Perniagaan Jahabersa
Cetakan Pertama : 1996
Jumlah halaman : 278
Tajuk : Pendidikan Al-Quran Membina Minda & Jiwa Cemerlang
Sejarah telah banyak membuktikan kepada kita natijah penghayatan konsep
pendidikan Rasulullah s.a.w berteraskan al-Quran, dan ia telah banyak merubah
seluruh prinsip dan peradaban manusia. Proses yang bermula dengan penyemaian
akidah sehingga mantap dan jitu, kemudian didisiplinkan pula dengan pelbagai
bentuk etika mahupun peradaban yang berhasil membentuk seorang manusia itu,
bukan sahaja dari aspek taqwanya kepada Allah swt malah dengan mencetuskan
minda dan jiwa yang dinamik dan cemerlang.
Sebanyak sembilan bab telah digariskan oleh Drs. Abdul Rahman Abdullah dalam
buku ini bagi membincangkan peranan Al-Quran dalam membentuk minda dan jiwa.
Bab 1 membicarakan konsep dan takrif pendidikan mengikut perspektif agama lain.
Bab 2 pula membincangkan tentang tujuan pendidikan menurut al-Quran. Bab ini
juga membincangkan tentang pandangan Islam terhadap manusia dan hakikat
kejadian manusia di muka bumi ini.
Di dalam bBab 3, penulis telah membincangkan tentang Islam dan akal, penulis dan
mengupas dengan lebih terperinci bagaimana Islam mendidik akal manusia. Dalam
Islam, akal tidak dinyatakan kecuali pada kedudukan yang tinggi dan anjuran untuk
wajib mengamalkannya serta mengajak kembali kepada akal. Dalam al-Quran
banyak ayat menganjurkan orang-orang mukmin agar akal dijadikan sebagai hakim
atau mencela bila akal diremehkan atau membekukan kreatifnya.
Dalam bab 4 pula, penulis telah membincangkan tentang peranan al-Quran dalam
pendidikan jasmani. Al-quran berusaha untuk mewujudkan keseimbangan dan

kestabilan di dalam peribadi seseorang. Keseimbangan antara dorongan serta


kestabilan

antara

tuntutan

meterialnya,

keinginan-keinginan

jiwa,

tidak

mengenepikan yang satu dan dengan mementingkan yang lain.


Penulis telah membincangkan tentang peranan al-Quran dalam mendidik jiwa di
dalam bab yang ke 5. Peranan al-Quran dalam pendidikan jiwa tidak berbeza jauh
dari peranan dalam pendidikan akal. Jika dalam pendidikan akal al-Quran melalui
sistem pelucutan akal dari segala aqidah-aqidah yang tidak sesuai dengan perananNya. Peranan al-Quran di dalam jiwa memulai dengan mengikis apa-apa yang
terkandung di antaranya dan antara keinginan nafsu dan kebiasaannya pada masa
lalu yang tidak sesuai dengan peranan al-Quran. Dimulai dengan pembersihan jiwa
dari penyakit-penykit yang nampak dan yang samar dengan melalui jalan taubat.
Seterusnya dalam bab 6, penulis telah membincangkan tentang pendidikan al-Quran
terhadap fitrah manusia. Al-Quran menjadi pendorong fitrah yang ada pada manusia.
Al-Quran telah menunjukkan suatu jalan yang tertentu, yang sesuai dengan
kepentingan peribadi dan masyarakat. Di dalam al-Quran tidak ada keterangan yang
menyekat manusia dari pengambilan rezeki tanpa melampaui batas dari semestinya.
Tiada ajaran kerahiban dan tiada di dalam al-Quran larangan dari kenikmatan.
Di dalam bab 7, penulis telah membincangkan tentang tahap dan kaedah pendidikan
al- Quran mendidik manusia melalui nasihat, cerita, peristiwa, seksaan dan
ancaman. Kaedah ini merupakan salah satu mukjizat al-Quran dalam mendidik
manusia di semua peringkat. Cerita dan kisah di dalam al-Quran memiliki method
yang tersendiri dan mampu difahami dan dihayati oleh seluruh manusia zaman
berzaman. Cerita-cerita di dalam al-Quran juga tidak lapok dan relevan bagi setiap
masa dan tempat.
Bab yang seterusnya iaitu bab 8 adalah tentang natijah terhadap pendidikan alQuran. Dalam bab ini penulis telah membariskan contoh-contoh kisah para sahabat,
para tabiin dan tabi tabin yang diri mereka dididik dengan al-Quran. Antaranya
adalah Kaab bin Malik, Abu Hazim dan Sulaiman bin Abdullah, Al Faidlail bin Ayyadi
dan Harun Ar Rasyid, Syarik bin Abdullah dan Amir Musa bin Isa, Abdullah bin Abi
Solul dan puteranya serta Syaikh Syamsuddin Addiruthy dan Sultan Al-Gurie.

Penulis telah memperuntukkan satu bab yang terakhir iaitu bab Penutup. Dalam bab
ini penulis telah membincangkan tentang natijah dan pengaruh Pendidikan Islam
dalam membentuk keperibadian dan kehidupan manusia. Menurut penulis peranna
pendidikan Islam dianggap satu peranan yang tersendiri di antara peranan
pendidikan dunia seluruhnya, dahulu atau masa sekarang dan akan datang. Penulis
telah membuat persoalan mengapa kita tinggalkan yang dekat mengambil yang
jauh? Kita pilih yang berbahaya dari yang bermanfaat? Kita tinggal hidayat Allah
kepada kesesatan. Dan akhir sekali penulis mengajak semua supaya kembali
kepada pendidikan Al-Quran kerana ia pasti memberi kebahagian di jiwa insan dan
kemajuan dalam penghidupan dunia yang sementara ini.
Meneliti seluruh isi kandungan buku ini, dapatlah kita membuat kesimpulan betapa
pentingnya peranan al-Quran dalam membentuk minda dan jiwa manusia supaya
menjadi insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat dan buku ini merupakan
rujukan penting bagi sesiapa juga yang inginkan mencari sumber rujukan dan bahan
kajian tentang peranan al-Quran dan bagaimana pelaksanaannya.

Anda mungkin juga menyukai