Anda di halaman 1dari 31

PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Kandungan
Muka surat

Pengenalan
BAHAGIAN I:
Susur galur Perlembagaan Malaysia

3-18

Prinsip prinsip Perlembagaan di Malaysia

19-24

BAHAGIAN II :

BAHAGIAN III :
Hubungan antara kepentingan Perlembagaan dalam
pemerintahan di Malaysia

25-32

Kesimpulan

33

Bibliografi

34

PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Pendahuluan
Seseorang warganegara sudah sepatutnya mengetahui sedikit sebanyak
mengenai perlembagaan negaranya. Perlembagaan dari sudut bahasa didefinisikan
sebagai dasar pemerintahan Negara.1 Dari sudut istilah pula, ia membawa maksud satu
dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan dan undang-undang dasar
(tertinggi) yang penting dalam melicinkan pemerintahan kesaksamaan bagi semua
individu.
Perlembagaan juga dikenali sebagai satu set hak, kuasa, dan prosedur yang
mengawal perhubungan antara autoriti awam dengan rakyat. A. S. Hornby dalam Oxford
Advanced Learners Dictionary menerangkan maksud perlembagaan sebagai satu sistem
berkerajaan di mana undang-undang dan prinsip-prinsip kerajaan tersebut berpandukan
bagaimanakah sesebuah negara itu diperintah.
Menurut Profeor Dicey 2,perlembagaan mengandungi dua prinsip sahaja
iaitu prinsip kedaulatan parlimen dan prinsip kedaulatan undang-undang dan pengertian
ini tidak dapat digunakan untuk mengambarkan perlembagaan di Malaysia kerana
prinsip-prinsip yang dinyatakan tersebut hanya sebahagian daripada bermacam-macam
perkara yang terkandung perlembagaan Malaysia.
Oleh itu, tugasan kami ini pada kali ini akan menerangkan tentang susur
galur Perlembagaan dan prinsip-prinsipnya serta perkaitan antara kepentingan
perlembagaan dalam pemerintahan di Malaysia. Hanya sebahagian kecil daripada tajuk
besar perlembagaan yang dapat dihuraikan oleh kami dalam tugasan ini. Diharap
1 Kamus Dewan edisi Keempat. (2002). Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur,
hlmn 788.
2 A. V. Dicey. The Law of the Constitution. (1959). 10 th Ed. MacMillan.

PERLEMBAGAAN MALAYSIA

penulisan ini dapat membantu rakyat Malaysia untuk memahami serba sedikit berkenaan
perlembagaan.

PERLEMBAGAAN MALAYSIA

SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN


Perlembagaan Persekutuan mengalami beberapa rentetan sejarah yang mana
menyaksikan semangat rakyat yang berkobar-kobar. Sejarah yang bermula
sebelum perlembagaan ini wujud memaparkan rakyatnya lebih matang setelah
dijajah dan dinaungi oleh kuasa asing selama lebih 400 tahun. Kekuatan semangat
diperlihatkan melalui beberapa penentangan penting yang akhirnya berjaya
membebaskan negara setelah 446 dikuasai.Antara pernentangan tersebut ialah:
Penentangan terhadap serangan Siam di Melaka.
Penentangan terhadap penjajahan Portugis di Melaka.
Penentangan terhadap penjajahan Belanda di Melaka.
Penentangan terhadap penjajahan British.
Penentangan terhadap penjajahan Jepun.
Kemunculan perlembagaan di Malaysia(Tanah Melayu) bermula selepas tersebarnya
Islam ke serata dunia terutamanya di Gugusan Kepulauan Melayu.
Piagam Madinah yang merupakan perlembagaan bertulis pertama yang khusus
untuk pembangunan negara negara telahpun mempengaruhi kerajaan-kerajaan di
Gugusan Kepulauan Melayu. Hal ini berikutan kecekapan pentadbiran oleh manusia
yang paling berpengaruh di dunia, Nabi Muhammad SAW.
Dari sini wujudlah pula perlembagaan-perlembagaan lain antaranya Hukum Kanun
Melaka dan Hukum Laut Melaka yang telah diserasikan antara undang-undang
Islam dan undang-undang adat. Undang-undang adat turut digunakan sebelum ini.
Setelah kedatangan British ke Tanah Melayu, mereka telah memperkenalkan
Perlembagaan British melalui tiga peringkat penguasaan;
Pembentukan Negeri-Negeri Selat 1826 Crown Colony)-pemerintahan
langsung
Pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu 1896-pemerintahan secara
tidak langsung
Pembentukan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu 19093
Selepas Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, Pulau Pinang ditadbir oleh
Leftenan Gabenor sementara Melaka dan Singapura diketuai oleh Residen. Pada
tahun 1826, ketiga-tiga negerintersebut digabungkan membentuk Negeri-negeri
Selat. Penggabungan itu bertujuan untuk menyeragamkan serta menjimatkan
perbelanjaan pentadbiran.
Negeri-negeri Selat diketuai oleh Gabenor yang tertakluk kepada Gabenor
Jeneral British di India dan dibantu oleh Residen Konsular. Gabenor Jeneral British di
India menggubal semua dasar dan sistem perundangan. Ibu negeri pertama ialah
Pulau Pinang dan digantikan dengan Singapura pada tahun 1832. Pada 1 April
1867, Negeri-negeri Selat diisytiharkan sebagai tanah jajahan British.
Pentadbirannya dipindahkan dari India ke Pejabat Tanah Jajahan di London.
3 sumber Kassim Thukiman,Hamidah Abdul Rahman dan Suaibah@Thuaibah Abu Bakar.
2008.Hubungan Etnik di Malaysia; Bab 4: Perlembagaan Malaysia dalam perspektif
hubunganetnik, Fakulti Pengurusan dan pembangunamanusia UTM Skudai,Johor, hlm. 38
Negeri-negeri Selat

PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Pemindahan pentadbiran Negeri-negeri Selat ke London dilakukan kerana:


a) Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) di India tidak mengambil berat
kebajikan Negeri-negeri Selat setelah kehilangan monopoli perdagangan teh
dengan China.
b) Desakan saudagar-saudagar yang tidak berpuas hati dengan dasae Pejabat
Tanah Jajahan British di India.
c) Adangan Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) untuk menghapuskan taraf
pelabuhan bebas Singapura mengancam kemajuan perdagangan.
d) Kemasukan imigran China secara tidak terkawal menyebabkan berlakunya
keadaan huru-hara akibat penubuhan kongsi gelap.
e) Penduduk membantah tindakan Pejabat Tanah Jajahan British di India yang
menjadikan Singapura sebagai tempat pembuagan banduan.
Negeri-negeri Melayu Bersekutu
Pada tahun 1892,Frank Swettenham telah mencadangkan idea penubuhan
persekutuan kepada Gabenor Negeri-negeri Selat, Cecil Smith. Pada tahun 1893,
Cecil Smith menghantar laporan kepada Pejabat Tanah Jajahan mencadangkan
penubuhan persekutuan yang terdiri daripada Perak, Selangor, Negeri Sembilan
dan Pahang. Dalam laporan itu, beliau menegaskan penubuhan persekutuan akan
menguntungkan British dan negeri tersebut dari segi politik, ekonomi dan social selepas
British Berjaya mendapatkan Negeri-Negeri Melayu Utara daripada Siam melalui
Perjanjian Bangkok.
Frank Swettenham mengambil inisiatif dengan mendapatkan persetujuan Sultan
Perak, Selangor, Pahang dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan terhadap
penubuhan persekutuan. Pada 1 Julai 1895, Sultan tersebut menandatangani
perjanjian persekutuan. Pada 1 Julai 1896, Negeri-negeri Melayu Bersekutu
ditubuhkan semasa Sir Charles Mitchell menjadi Gabenor Negeri-negeri Selat.
Faktor-faktor penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu:
a) Untuk mewujudkan keseragaman dan kecekapan pentadbiran
b) Menghadkan kuasa Residen
c) Masalah kewangan Pahang
d) Keselamatan
e) Dasar British
Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu terdiri
daripada lima buah negeri, iaitu
Johor, Terengganu, Kelantan, Kedah, Perlis. Pada tahun 1885, Johor telah
menandatangani Perjanjian Perlindungan dan akhirnya tunduk kepada tekanan
untuk menerima Penasihat British pada tahun 1904. Siam telah memindahkan hakhak
mereka terhadap Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis kepada pihak British.
Pihak British kemudiannya memaksa negeri-negeri Melayu berkenaan
menandatangani perjanjian seperti perjanjian dengan Negeri-negeri Melayu
Bersekutu. Pengawai kanan pentadbiran koloni British disitu dikenali sebagai
"Penasihat". Bahasa rasmi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu ialah Bahasa
Melayu dengan Tulisan Jawi sebagai tulisan rasmi.

PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Penjajahan Jepun di Tanah Melayu


Jepun mula menakluki Tanah Melayu pada 13 Februari 1942 sehingga 15
ogos 1945. Kezaliman sewaktu penjajahan Jepun adalah pahit. Jepun berjaya
menakluki Tanah Melayu dengan mendapat sokongan daripada anak negeri yang
terperangkap dengan janji-janji kemerdekaan yang telah dijanjikan. Jepun juga
turut menghampakan harapan mereka yang terperangkap dengan janji-janji Jepun
untuk memberikan kemerdekaan dengan slogannya "Asia untuk Orang Asia".
Mereka yang disyaki menentang Jepun akan dibunuh. Akibat kezaliman Jepun itu,
semangat cinta akan tanah air telah dipupuk.
Jepun mengalami pembangunan yang pesat pada zaman pemerintahan Meiji.
Jepun berjaya menguasai Korea pada tahun 1910 dan menakluk seluruh Manchuria
pada tahun 1931. Jepun telah menyertai Pakatan Axis bersama dengan Itali dan
Jerman apabila Perang Dunia Kedua meletus. Pada 7 Disember 1941, Jepun
menyerang Pelabuhan Pearl, Hawaii dan serangan ini telah mencetuskan Perang
Pasifik.
Jepun berjaya menakluki seluruh Tanah Melayu pada 31 Januari 1941 dan
manakluki Singapura pada 15 Februari 1941. Pulau Pinang ditawan pada 17
Disember 1940 manakala Kuala Lumpur ditawan pada 11 Januari 1941. Jepun
mendapatkan bantuan daripada negara Thai untuk menawan pantai barat
Semenanjung Tanah Melayu. Di bawah Jeneral Tomoyuki Yamashita, Singapura
diserang dan ditawan setelah Leftenan Jeneral Percival menyerah kalah.
Pada Zaman Pendudukan Jepun, rakyat hidup dalam sengsaraan. Kezaliman
dan kekejaman yang dilakukan oleh Kempetai amat ditakutkan. Kempetai
merupakan unit polis yang menangkap sesiapa yang disyaki menentang Jepun.
Banyak masalah sosial juga ditimbulkan. Ekonomi merosot, ramai yang mati
kebuluran, hasil pertanian dirampas, bilangan pengangguran semakin meningkat,
ubat-ubatan tidak cukup menyebabkan ramai yang mati kerana penyakit. Orang
Cina yang menghantar bantuan kepada negara China apabila Perang Jepun dengan
China ditangkap dan dibunuh dengan penuh kezaliman. Memaksa rakyat membina
Kereta api Maut di sempadan Thai. Dasar penjepunan diperkenalkan, sekolahsekolah
diganti dengan sekolah Jepun, bahasa Nippon-go digunakan, Kamigayo
iaitu lagu kebangsaan Jepun dinyanyikan, tulisan Jepun ditulis. Perbuatan tersebut
menyebabkan kelahiran MPAJA iaitu Tentera Anti Jepun Tanah Melayu, Force 136,
Gerila Kinabalu dan lain-lain gerakan yang menentang Jepun. Akhirnya, Jepun
menyerah kalah tanpa syarat setelah Hiromshima dan Nagasaki dibomkan.
Walaupun Jepun telah menyerah kalah kepada tentera Berikat, tetapi banyak
kesan-kesan positif malah negetif diwujudkan. Antaranya, Zaman Pendudukan
Jepun itu telah membangkitkan semangat patriotik di kalangan rakyat tetapi
masalah perpaduan telah diwujudkan serta masyarakat menjadi kucar-kacir. Ramai
yang mati akibat kelaparan dan dijangkiti penyakit.
Ketika pendudukan Jepun, pentadbiran negara dikuasai sepenuhnya oleh Jepun.
Sistem pentadbiran yang diamalkan oleh Jepun ialah kerajaan tentera dan dikenali
sebagai Pemerintahan Tentera Tanah Melayu. Tanah Melayu dan Sumatera
disatukan di bawah satu pentadbiran. Pusat kerajaan Jepun ialah di Singapura atau

PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Syonan. Tanah Melayu dibahagikan kepada 7 buah wilayah. Setiap wilayah


diperintah oleh seorang Gabenor Jepun. Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu
diserahkan kepada Thailand pada akhir tahun 1943 sebagai tanda penghargaan
Jepun kepada kerajaan Thailand. Gabenor Jepun di peringkat negeri menerima
arahan terus daripada ketua pemerintah tentera Tanah Melayu. Jepun menganggap
Tanah Melayu sebagai tanah jajahannya dan enggan mengiktiraf taraf raja-raja
Melayu sebagai Sultan. Akan tetapi, pihak Jepun terpaksa mengubah dasarnya
terhadap raja-raja Melayu. Ini kerana pihak Jepun berpendapat bahawa orang
Melayu tidak akan menentang mereka sekiranya Sultan-sultan dilayan dengan baik.
Maka, raja-raja Melayu dibenarkan menggunakan gelaran 'Sultan' dan mereka
diberi kuasa ke atas perkara-perkara yang menyentuh adat resam Melayu dan
agama Islam. Elaun juga akan diberi kepada Sultan-sultan dan ini bergantung
kepada kerjasama yang diberikan kepada pihak Jepun. Jepun tidak mempunyai
ramai pegawai untuk mengendalikan pentadbiran Tanah Melayu. Oleh itu, orang Melayu
diambil untuk menyandang jawatan-jawatan pentadbiran yang dahulunya
dikhaskan untuk orang British.
Meskipun pada awalnya, kedatangan British ke negara kita zahirnya atas alasan
perdagangan. Namun setelah menguasai sesuatu kawasan, mereka akan
mengambil piagam dari kerajaan British di London untuk menjadikannya sebagai
koloni. Seterusnya mereka mula mencampuri urusan pentadbiran di Tanah Melayu.
Secara berperingkat, mereka membayangi kerajaan Melayu supaya tidak nampak
seperti penjajah.
Selepas Perang Dunia Kedua, dimana penjajahan Jepun bermula, mereka juga
mewujudkan perlembagaan mereka tersendiri yang mana mengandungi perkaraperkara
berikut:
Menjadikan Tanah Melayu tanah jajahan yang berkekalan.
Menghormati raja-raja Melayu.
Menzalimi orang Cina.
Menjepunkan Tanah Melayu khususnya dalam budaya, bahasa dan
pendidikan.
Menyokong perjuangan kemerdekaan orang Melayu dan India.
Perlaksanaan perlembagaan ini dilakukan melalui kekerasan dan kekejaman. Jika
kemasukan mereka ke Tanah Melayu sebelum ini begitu dialukan namun
kemudiannya barulah wujudnya penentangan terhadap mereka. Parti Komunis
Malaya antara yang berjuang menentang Jepun juga British. Di bawah
perlembagaan ini, semua rakyat hidup menderita lebih-lebih lagi orang-orang Cina.
Setelah Jepun menyerah kalah, mulalah penguasaan Bintang Tiga
di Tanah Melayu selama 13 hari. Banyak kekejaman yang dilakukan dalam tempoh
tersebut
sehinggalah British datang kembali dengan memperkenalkan Pentadbiran Tentera
British (British Military Administration) sebagai perantara sebelum
memperkenalkan pula Malayan Union 1946.

PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Perlembagaan Malayan Union merupakan satu sistem pentadbiran yang


menggabungkan semua negeri di Tanah Melayu. Pentadbirannya tidak lagi
tertakluk kepada Singapura tetapi terus kepada Parlimen London. 4Tujuan Malayan
Union ini adalah untuk menghapuskan negara dan bangsa yang dibina sejak
Kesultanan Melayu Melaka. Antara lain adalah agar pendatang akan melupakan
negara asal dan setia kepada Malayan Union dengan ini mereka dapatmengurangkan
kuasa politik orang melayu, menjamin penguasaan berterusan melalui orang Melayu
sendiri, mereka membawa pengaruh mereka ke Tanah Melayu.
Dengan slogan Asia Untuk Orang Asia dan Kawasan Kesemakmuran Asia Timur Raya
.
Bintang Tiga mendapat nama tersebut berdasarkan tiga kaum utama yang
menganggotainya. Paling ramai ialah dari kaum Cina. Mereka membawa fahaman
komunisme yang pengaruhnya telah dibawa oleh Karl Mark
terhadap sumber ekonomi Tanah Melayu serta menjimatkan kos kerana
pentadbiran berasingan adalah sukar dan memerlukan perbelanjaan yang banyak.
Ciri-ciri Malayan Union yang ingin diperkenalkan ialah:
i. Negeri-negeri Melayu serta Pulau Pinang digabungkan di bawah
pemerintahan pusat yang diperintah oleh seorang Gabenor British dengan
bantuan Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Majlis Perundangan;
ii. Singapura dijadikan tanah jajahan berasingan;
iii. Kedaulatan Raja-Raja Melayu dihapuskan dan hanya berkuasa dalam hal
agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja;
iv. Hak kerakyatan jus soli.
Orang Melayu telah menentang
perlembagaan ini atas sebab-sebab berikut:
i. Sir Harold Mac Micheal mengugut Raja-Raja Melayu akan diturunkan takhta
sekiranya enggan terima Malayan Union seperti yang terjadi kepada Sultan
Badlishah, Kedah.
ii. Sultan tidak diber masa yang cukup untuk berunding dengan Majlis
Mesyuarat Negeri seperti yang berlaku kepada Sultan Perak.
iii. Sultan tandatangani atas dasar setia kawan seperti di Sultan Selangor
danJohor.
iv. Penghakisan kuasa Raja-Raja Melayu.
v. Raja hanya jadi ahli Majlis Raja-Raja tanpa sebarang kuasa. Mereka hilang
takhta dan kredibiliti sebagai ketua orang Melayu.
vi. Zakat fitrah dipungut di bawah nama Gabenor Malayan Union.(agama Islam
tercabar)
vii. Kewarganegaraan longgar.
viii.Bimbang hilang warisan tamadun kerajaan Melayu.
Penentangan hebat telah dipimpin oleh orang Melayu di beberapa buah negeri
4 Zulhilmi Paidi, et al,Malaysia Pembinaan Negara Bangsa, Pearson Malaysia Sdn.
Bhd, Selangor, 2011, hal.209

PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Antaranya:
1. Lebih 5000 orang berdemonstrasi di Alor Setar.(Januari 1946)
2. Lebih 10 000 orang demonstrasi di Kelantan
3. Lebih 15 000 orang demonstrasi di Johor.(10 Februari 1946)
Namun begitu, Malayan Union tetap diisytiharkan pada 1 April 1946 dengan Sir
Edward Gent menjadi gabenor pertama. Majlis ini telah dipulaukan
oleh orang dengan taat setia mereka terhadap Malayan Union, maka peristiwa seperti
5

jatuhnya
Tanah Melayu ke tangan Jepun tidak akan berulang dan Tanah Melayu akan kekal
dikuasai
mereka serta hasilnya dapat dieksploitasikan secara keseluruhan.
Malayan Union menghapus sejarah yang dibina oleh kerajaan-kerajaan tersebut. RajaRaja Melayu tidak hadir ke majlis pengisytiharan Malayan Union dan orang Melayu
melilitkan kain putih pada songkok dan lengan merekasebagai tanda bantahan.Melayu.
Akhirnya, British menggantikan Malayan Union kepada Persekutuan TanahMelayu.
Sikap orang Melayu dan bukan Melayu nyata berbeza. Hal ini dapat dilihat melalui
peristiwa Malayan Union ini apabila majoriti orang Melayu menentang di bawah
pimpinan Dato Onn Jaafar dan bukan Melayu serta Melayu radikal menyokong
dibawah pimpinan Tan Cheng Lock.
Namun begitu terdapat juga orang bukan
Melayu menentang Malayan Union.
Dalam masa orang Melayu sibuk menentang Malayan Union, Pusat Tenaga Rakyat
(PUTERA) dan All Malayan Council of Joint Action(AMCJA) dibawah pimpinan Dr.
Burhanuddin al-Helmi dan Tan Cheng Lock menjalankan usaha menggubal
perlembagaan negara. Ia merupakan perlembagaan alternatif bagi menggantikan
Malayan Union.
Di dalamnya terkandung 10 isi utama:
I. Malaya bersatu termasuk Malaysia
II. Satu dewan perundangan pusat bagi seluruh Malaya yang ahlinya dipilih oleh
orang ramai sepenuhnya.
III. Hak politik yang sama kepada mereka yang menganggap Malaya ini tanah
6

5 Nor Salleh Ngatimin. 2004. Modul PINTAS 6: Nota Pintas Sejarah Tingkatan 5
KBSM(Kurikulum Semakan). Edaran Terhad. SM Sains Kota Tinggi, Kota Tinggi

6 Mohamed Nordin Sopiee. 1974. From Malayan Union to Singapore Separation:


PoliticalUnification in the Malaysia Region 1945-1965. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur

PERLEMBAGAAN MALAYSIA

10

air mereka.
IV. Sultan Melayu haruslah mengambil tempatnya sebagai raja berdaulat penuh
dan menerima pandangan rakyat melalui institusi demokratik
V. Agama Islam dan adat istiadat Melayu diletakkan dalam penguasaan orang
Melayu.
VI. Perhatian khas kepada kemajuan orang Melayu.
VII.Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi tunggalbagi
Malaya.
VIII.Pertahanan dan hal ehwal luar negeri jadi tanggungjawab bersama.(Malaya
dan British)
IX. Kerakyatan Malaya haruslah dinamakan Melayu.
X. Merah dan putih dimasukkan dalam latar belakang bendera kebangsaan
Malaya.
7
Disebabkan cadangan ini dari politik kiri, ia telah ditolak mentah-mentah oleh
kerajaan British. Namun, ia memaparkan bahawa semua kaum di Malaya boleh
bertolak ansur untuk mencapai sesuatu.

Mereka tidak mahukan pengaruh penasihat-penasihat British untuk menasihati Raja


Melayu kerana British akn menggunakannya untuk kepentingan mereka sendiri.
Sebelum Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, diperkenalkan Jawatankuasa
kerja pada Julai 1946. Ia telah dianggotai oleh empat orang wakil Raja Melayu, dua
orang wakil UMNO dan enam orang pegawai British
bagi sebuah perlembagaan
baru bagi merangka perlembagaan baru yang dipersetujui orang Melayu.
Kemudian, Jawatankuasa Perunding
yang terdiri daripada lima orang Eropah, dua
oran Cina dan dua orang India pergi mendapatkan pandangan orang bukan Melayu
mengenai draf perlembagaanyang disediakan oleh Jawatankuasa Kerja.
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948
Perlembagaan Malayan Union dimansurkan pada 31 Januari 1948 dan
digantikan dengan Perlembagaan baru iaitu Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu. Beberapa fasal dari Perlembagaan Malayan Union ditukar dan dinamakan
sebagai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Perlembagaan ini telah menjadi
asas pemerintahan sehingga kemerdekaan 1957.
7 Hng Hung Yong. 2004. 5 men and 5 Ideas. Pelanduk Publications (M) Sdn Bhd. SubangJaya,
Selangor. hlm. 67; Lihat juga Shamsul Amri Baharuddin. 2007. Modul Hubungan
Etnik.Kementerian Pengajian Tinggi. Pusat Penerbitan Universiti(UPENA). Shah Alam. hlm.
96.

PERLEMBAGAAN MALAYSIA

11

Perlembagaan Persekutuan Tanah 1948 dirangka kecaman dan kritikan


orang Melayu terhadap Malayan Union. Ia dirangka oleh Jawatankuasa Kerja yang
dianggotai oleh 4 orang wakil raja-raja Melayu, 2 orang wakil UMNO dan 6 orang
pegawai kanan British. Kuasa raja dipulihkan di mana raja boleh memerintah negeri
dengan bantuan Majlis Mesyuarat Kerja Kerajaan dan Dewan Perundangan Negeri.
Negeri mempunyai kuasa terhadap kerajaan tempatan, agama, pertanian dan
tanah. Rang undang-undang yang dari kedua-dua dewan ini mestilah diluluskan
oleh raja. Kuasa pemerintahan Kerajaan Persekutuan dijalankan oleh Pesuruhjaya
Tinggi British dan dibantu oleh sebuah Majlis Mesyuarat Kerja Kerajaan dan Dewan
Perundangan. Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa terhadap pertahanan, hal
ehwal luar, peraturan awam, hal-hal kehakiman,perdagangan,perhubungan dan
kewangan.
Taraf kewarganegaraan telah diperketatkan di mana yang akan mendapat
kewarganegaraan secara terus atau perjanjian adalah seperti berikut:
8
rakyat sultan di mana-mana negeri Melayu
rakyat British yang lahir di Pulau Pinang dan Melaka yang telah
bermastautin selama 15 tahun di mana-mana bahagian Persekutuan
13 Wakil Raja-raja Melayu-Dato Hamzah bi Abdullah(Selangor), Mohamad Sherif bin
Osman(Kedah), Raja Kamarulzaman bin Raja Mansur(Perak), Dato Nik Ahmad Kamil
bin Haji
Nik Mahmud(Kelantan);Wakil UMNO-Dato Onn bin Jaafar(Johor),Dato Abdul Rahman
bin
Mohd Yassin(Johor);Penasihat British-Alexander t. Newboult, K.K. OConnor, W.D.
Godsall,
Dr. H. William Linehan, A. Williams, D.C. Watherston(Setiausaha); turut sertaSir
Ralph H.
Hone(bagi pihak Malcolm MacDonald), Sir Theodore S. Adams(bagi pihak Raja-raja
Melayu), Sir Ronald Braddell(bagi pihak UMNO)
Selepas 9Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu digubal, telah ditubuhkan
Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (Communities Liason Community-CLC). Ia
merupakan satu organisasi tidak rasmi yang Berjaya membawa semua kaum
bersemuka dan duduk semeja berbincang bersama-sama. Antara tokoh yang
menganggotainya ialah Dato Onn Jaafar, Dato Abdul Wahab Abdul Aziz, Tan Cheng
Lock, C.C. Tan, Dr. J.S. Goonting dan E.E.C. Thuraisingham. Kebanyakan cadangan
8 Lihat Dr. Zaid Ahmad et al. 2006. Hubungan Etnik diMalaysia. Oxford Fajar Sdn. Bhd. Shah
Alam. hlm. 49.

9 Shamsul Amri Baharuddin. 2007. Modul Hubungan Etnik.Kementerian Pengajian


Tinggi.Pusat Penerbitan Universiti(UPENA). Shah Alam. hlm. 96.

PERLEMBAGAAN MALAYSIA

12

mereka dimasukkan ke dalam usul-usul perundangan yang diluluskan oleh Majlis


Perundangan Persekutuan.

Melihatkan hubungan baik ini, British telah melakukan perubahan dasar kepada
berkerajaan sendiri. Dengan ini Sistem Ahli diperkenalkan. Melalui sistem ini, British
melantik beberapa orang wakil warganegara Persekutuan Tanah Melayu Menjadi
ahli dalam Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan yang diberi taraf menteri. Hal ini
untuk memberi latihan kepada pemimpin tempatan bagi mendapatkan pengalaman
memerintah secara demokrasi.
Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan dimana kuasa menggubal undangundang
dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem
demokrasi, undang-undang digubal samada oleh rakyat atau wakil yang
dipilih oleh rakyat.
Demokrasi moden mempunyai sifat-sifat dengan institusi-institusi berikut:
Perlembagaan yang menghadkan kuasa dan kawalan operasi formal
kerajaan, samada secara tulisan, secara norma atau gabungan keduaduanya.
Lazimnya Perlembagaan akan memasuki dotrin pembahagian
kuasa untuk memastikan seseorang itu tidak diberi lebih dari satu
kuasa.
Pilihan raya untuk memilih pegawai-pegawai awam, yang dikelolakan
secara bebas dan adil
Rakyat diberi hak mengundi
Kebebasan bersuara (berceramah, berhimpun dan sebagainya)
Kebebasan akhbar dan akses kepada media lain
Kebebasan persatuan
Semua orang dalam masyarakat menikmati hak yang sama dari segi
undang-undang. Salahsatu pra-syarat demokrasi ialah wujudnya
Aturan Undang-Undang Rule of Law
Rakyat yang berpendidikan dan berpengetahuan tentang hak asasi
manusia dan tanggungjawab sivik.
JADUAL 3: Ahli Mesyuarat Kerja Persekutuan.
NAMA JAWATAN
Dato Onn Jaafar Hal Ehwal Dalam Negeri
E.E.C. Thuraisingham Pelajaran
Tunku Yaakob Pertanian dan Perhutanan
Lee Ting Keng Kesihatan
Dato Mahmud Mat Tanah, Perhubungan dan
Perlombongan
J.D. Mead Kerja Raya dan Perumahan
J.D. Hodgkinson Perindustrian dan Perhubungan
Sosial

PERLEMBAGAAN MALAYSIA

13

O.A. Spencer Hal Ehwal Ekonomi


Untuk memastikan sistem demokrasi Berjaya maka pilihanraya diadakan.
Pilihanraya yang awal dan menarik ialah Pilihanraya Majlis Perbandaran Kuala
Lumpur yang menyaksikan pertembungan gabungan tidak rasmi UMNO-MCA
menentang Independence of Malayan Party
(IMP) di bawah pimpinan Dato Onn
Jaafar. Dalam pilihanraya ini UMNO-MCA menang 9 daripada 12 kerusi
dipertandingkan.
Kemudiannya idea penubuhan diutarakan dan dipersetujui dengan
menggabungkan UMNO, MCA
dan MIC
. Gabungan ini menggunakan nama Parti Perikatan
Ditubuhkan oleh Dato Onn setelah cadangannya kepada ahli UMNO untuk membuka
keahlian UMNO kepada orang bukan Melayu ditolak. Dato Onn keluar daripada UMNO
untuk menubuhkan parti yang bersifat universal.
Malayan Chinese Association,Malayan Indian Congress
Pilihanraya ini dibuat hasil desakan Parti Perikatan pada tahun 1953. Perjanjian London
kemudiannya dipersetujui dan
ditandatangani yang antara lain isinya ialah:
i. British member kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.
ii.Tanah Melayu berada dalam lingkungan Komanwel dan pemerintahan demokrasi.
iii. British mendapat hak menempatkan tenteranya di Tanah Melayu melalui
Anglo-Malayan Defence Treaty 1956.
iv. Sebuah badan bebas ditubuhkan bagi menggubal Perlembagaan Tanah
Melayu.
Perlembagaan Tanah Melayu telah digubal oleh Suruhanjaya Reid
pada 1956. Ia
mengambil kira perkara-perkara berikut:
i. Pembentukan sebuah persekutuan dengan kerajaan pusat yang kuat
ii. Pemeliharaan kedudukan, keistimewaan, kehormatan dan hak Raja-raja Melayu
iii. Pewujudan jawatan Ketua Negara yang bergelar Yang di-Pertuan Agong
iv. Pemeliharaan hak-hak istimewa orang melayu serta hak-hak sah kaum-kaum lain
v. Pembentukan satu sistem kewarganegaraan yang seragam untuk seluruh Persekutuan
Tanah Melayu
Perlembagaan menjadi kukuh disebabkan Suruhanjaya Reid mendapatkan
pandangan dari orang ramai tidak kira parti politik, organisasi malah individu serta
Raja-Raja Melayu. Suruhanjaya ini telah menerima 131 memorandum bertulis dan
bersidang banyak kali dari bulan Jun hingga Oktober 1956. Hal ini menunjukkan
betapa perlembagaan ini mendapat persetujuan ramai.
Akhirnya draf perlembagaan telah diterima dan dinamakan Perlembagaan Tanah

PERLEMBAGAAN MALAYSIA

14

Melayu 1957. Perlembagaan ini sekali lagi diperbaharui apabila Sabah, Sarawak
dan Singapura memasuki bergabung dengan Tanah Melayu lalu membentuk
Malaysia pada 16 September 1963. Perlembagaan ini kemudiannya dinamakan
Perlembagaan Persekutuan. Singapura kemudiannya keluar daripada gagasan
Malaysia.Wakil Raja-Raja Melayu-Datuk Panglima Bukit Gantang(Menteri Besar Perakketua),En Abdul Aziz Hj Abdul Majid(Menteri Besar Selangor),Datuk Mohammad Seth
Mohammad Said(Menteri Besar Johor),Datuk Nik Ahmad Kamil Hj Mahmud(bekas
Menteri Besar Kelantan), En Abdul Kadir Shamsuddin(setiausaha);Wakil PerikatanTunku Abdul Rahman Putra,Datuk Abdul Razak Hussein, Kol H.S.Lee,Dr. Ismail Datuk
Abdul Rahman, T.H.Tan 23Lord Reid(Britain), Sir Ivor Jennings(Britain), Sir William
McKell(Australia),B. Malik(India) dan Hakim Abdul Hamid(Pakistan)

PRINSIP-PRINSIP PERLEMBAGAAN DI MALAYSIA


Perlembagaan adalah sebahagian undang-undang tertinggi yang mengandungi
prinsip-prinsip tentang bentuk atau rangka dan tugas badan-badan pemerintah seperti
Parlimen,Jemaah Menteri, mahkamah dan lain-lain dan juga prinsip-prinsip yang lain seperti
kewarganegaraan, hak asasi, agama rasmi, bahasa dan lain-lainnya.10

Perlembagaaan terbahagi kepada dua iaitu:


(a ) Perlembagaan bertulis
(b) Perlembagaan tidak bertulis

10 Ruslan Zainuddin, et al, Kenegaraan Malaysia, Oxford Fajar Sdn. Bhd, Selangor, 2004,

hal.194.

PERLEMBAGAAN MALAYSIA

15

Perlembagaan Bertulis
Perlembagaan bertulis11 Malaysia merupakan sumber undang-undang yang utama di
Malaysia . Merupakan undang-undang yang diluluskan oleh badan perundangan.

Contoh-contoh perlembagaan bertulis :


(a) Perlembagaan Persekutuan
(b) Perlembagaan Negeri
(c) Akta
(d) Enakmen
(e) Ordinan
(f) Perundangan subsidiari
(g) Undang-undang Islam

Perlembagaan Tidak Bertulis


Merujuk kepada undang-undang Malaysia yang tidak dikanunkan oleh badan
perundangan dan tidak terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri.
(a)Undang-undang lazim(common law)
(b)keputusan-keputusan mahkamah
(c)undang-undang Hindu
(d)undang-undang adat

KANDUNGAN PERLEMBAGAAN SECARA UMUM


Perlembagaan Persekutuan terdiri daripada 15 bahagian yang mengandungi 183
Perkara12 seperti yang diberikan dalam jadual berikut:

11 Mohd Salleh Abas, Sejarah Perlembagaan Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala

Lumpur, 1984, hal.2 dan 3.

PERLEMBAGAAN MALAYSIA

16

Senarai Persekutuan
- Pertahanan

Senarai Negeri
- Undang-undang orang

Senarai Bersama
- Kebajikan Sosial

- Hal-hal luar negeri

Muslim, agama dan adat

- Perlindungan binatang liar,

- Keselamatan dalam negeri

Melayu

taman kebangsaan

- Undang-undang jenayah dan

- Pertanian dan Perhutanan

- Biasiswa

sivil

- Tanah

- Pengembaraan

- Kewarganegaraan

- Perkhidmatan tempatan

- Perusahaan Ternakan

- Pilihanraya Persekutuan

- Kerajaan Tempatan

- Perancanagn bandar dan desa

- Perdagangan, Perniagaan dan - Jentera Kerajaan Negeri

(kecuali WP)

Industri

- Hari kelepasan Negeri

- Pengaliran dan pengairan

- Kewangan

- Kerjaraya Negeri dan Air

- Kesihatan Awam, peraturan

- Pengangkutan

- Penyu dan penangkapan ikan

kesihatan

- Perkapalan

di sungai

- Pemulihan tanah

- Ukur
- Kerjaraya Persekutuan dan
Tenaga
- Kesihatan dan Ubat
- Pelajaran
- Kebajikan Orang Asli
- Buruh dan Kebajikan Sosial
- Pekerjaan Ikhtisas
- Persatuan yang tidak
ditubuhkan
- Kawalan pes pertanian
- Hari kelepasan am
Persekutuan
- Penapisan
- Penerbitan
12 Ruslan Zainuddin, et al,hal.221.

perlombongan

PERLEMBAGAAN MALAYSIA

17

- Perumahan Persekutuan
- Panggung wayang dan pusat
hiburan awam (kecuali lesen)
- Syarikat kerjasama

TUJUAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA


1. Mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil dan saksama
-Agama Islam sebagai agama rasmi13, tetapi agama lain bebas diamalkan.Bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan, tetapi penggunaan dan pembelajaran bahasa lain turut
digalakkan. Atas prinsip bertolak ansur, orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan
Sarawak mendapat beberapa hak istimewa, tetapi kaum lain mendapat perlindungan yang
sewajarnya.

13 Ibid., hal. 197.

PERLEMBAGAAN MALAYSIA

18

2. Sebagai sumber rujukan


-Melicinkan pentadbiran, perundangan dan pemberian kuasa kepada parlimen dan DUN.
Mengelakkan pertembungan kuasa antara kerajaan persekutuan dan negeri dengan kuasa
membuat akta dan enakmen. Kuasa meminda dan menggubal Perlembagaan Persekutuan
adalah tugas Parlimen, kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri.14

3. Mewujudkan kestabilan Negara


-Perlembagaan boleh dipinda tetapi tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya.
Sekiranya pindaan boleh dilakukan dengan mudah oleh pemimpin Negara maka keadaan
kucar-kacir akan berlaku dalam Negara15.
4.

Mengawal perjalanan kerajaan


-Segala tindak tanduk pemimpin mestilah berdasarkan kepada perlembagaan yang telah
dicatatkan dan tidak bertindak sesuka hati. Oleh itu, perlembagaan dapat menjamin agar
pihak pemerintah tidak berlaku curang dan menyalahgunakan kuasa16.

5. Menjamin keutuhan dan kedaulatan Negara.


-Tanpa perlembagaan rakyat tidak mampu mewujudkan rasa semangat patriotisme dan
nasionalisme dalam diri mereka. Hal ini kerana perlembagaan merupakan syarat untuk
mereka menyumbangkan tenaga mereka kepada negara17.

14 Ibid., hal.196.

15 Zulhilmi Paidi, et al,Malaysia Pembinaan Negara Bangsa, Pearson Malaysia Sdn. Bhd,

Selangor, 2011, hal.209


16 Ibid., hal 209.

17 Ibid., hal 208.

PERLEMBAGAAN MALAYSIA

19

PERLEMBAGAAN MALAYSIA

20

UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA


Sebelum Perlembagaan Persekutuan digubal, Tanah Melayu semasa penjajahan
British pada masa itu telahpun mempunyai perlembagaannya. Perlembagaan tersebut digubal
berikutan penubuhan Malaysan Union 1946. Walau bagaimanapun Malayan Union telah
mendapat bantahan daripada penduduk Tanah Melayu memandangkan perlembagaan yang
dibentuk gagal memenuhi tuntutan dan kehendak rakyatnya. Ini adalah kerana banyak
perlembagaan tersebut lebih menguntungkan pihak British berbanding rakyat negara ini. Bahkan
perlembagaan tersebut juga dikatakan telah mengetepikan nilai-nilai tradisi masyarakat Melayu
yang telahpun diwarisi sejak zaman Kesultanan Melaka lagi.
Bagi memenuhi tuntukan rakyat pada masa itu, pihak British telah menubuhkan satu
jawatankuasa khas bagi mengkaji dan seterusnya menggubal satu perlembagaan yang dapat
memenuhi tuntutan rakyat di negara ini, khususnya berkenaan dengan nilai-nilai tradisi
masyarakat pribuminya. Nilai-nilai tradisi yang dimaksudkan adalah kedudukan istimewa Rajaraja Melayu, hak keistimewaan orang Melayu, Agama dan Bahasa.
Berikut adalah penjelasan bagi keempat-empat nilai tradisi yang terkandung dalam
Perlembagaan Persekutuan itu.
1.

Pemerintahan Beraja
Kesultanan Melayu merupakan elemen penting dalam masyarakat Melayu. Ianya
mengekalkan simbol penting bagi survival orang-orang Melayu. Oleh sebab itulah
unsur tradisi ini dimasukkan dalam Perlembagaan Persekutuan kerana sudah sekian
lama orang Melayu diperintah berdasarkan pemerintahan beraja18. Tambahan pula,
sistem pemerintahan beraja akan dapat meningkatkan taat setia rakyat raja dan negara
ini. Ketaatan kepada raja dan negara akan dapat memupuk persefahaman ke arah
perpaduan.

18Ruslan Zainuddin, et al,hal.197.

PERLEMBAGAAN MALAYSIA
2.

21

Agama Islam.
Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting dalam proses
pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang bersatu padu. Peruntukan undangundang19 seperti ini menunjukkan bahawa pemerintah amat bertoleransi dengan kaumkaum lain yang mengamalkan agama yang berbeza. Perkara ini diberikan perhatian
supaya masyarakat lain tidak berasa diketepikan atau ditindas dalam soal agama. Ini
seterusnya akan dapat mewujudkan persefahaman dan permuafakatan ke arah
perpaduan di kalangan pelbagai kaum dan agama.

3.

Hak keistimewaan Orang-Orang Melayu


Dalam Perlembagaan Persekutuan, hak-hak orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan
Sarawak ada dinyatakan dalam Perkara 153 20. Hak Istimewa Orang Melayu dan
bumiputera meliputi bidang Perkhidmatan Awam , bidang Ekonomi dan bidang
Pelajaran. Melihat dari sudut kepentingannya, kita sedar bahawa orang Melayu
merupakan penduduk asli atau pribumi negara ini. Justeru adalah wajar orang-orang
Melayu diberikan hak keistemewaan tersebut. Ini kerana sebelum ini orang Melayu
lebih banyak terlibat dalam bidang perikanan atau pertanian. Justeru adalah wajar
orang-orang Melayu diberi keutamaan dalam kesemua aspek yang dinyatakan di atas
bagi membolehkan mereka memperbaiki taraf hidup yang sebelum ini agak jauh
ketinggalan berbanding kaum lain.

4.

Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan


Perkara 152 (1) Perlembagaan Persekutuan21 menguatkuasakan Bahasa Melayu sebagai
Bahasa Kebangsaan Persekutuan. Bahasa ini secara automatiknya menjadi bahasa

19 Ruslan Zainuddin, et al,hal.197.


20 Ruslan Zainuddin, et al,hal.198.
21 Ruslan Zainuddin, et al,hal.198.

PERLEMBAGAAN MALAYSIA

22

perantaraan untuk digunakan dalam semua maksud rasmi. Berdasarkan sejarah, bahasa
Melayu telahpun menjadi lingua franca sekian lamanya (Salleh Abbas, 1986). Jadi
tujuan di sebalik meluluskan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah untuk
memenuhi keperluan menyatupadukan pelbagai kaum di negara ini ke arah menjadi
sebuah negara yang bersatu melalui satu bahasa yang sama.

HUBUNGAN ANTARA KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN DALAM


PEMERINTAHAN DI MALAYSIA.

[1] Menjadi kuasa terpenting dalam pengubalan undang-undang.


Di Malaysia hanya Perlembagaan sahaja yang mempunyai kuasa tertinggi. Bukti
yang menunjukkan ketertinggian kuasa Perlembagaan adalah melihat kepada sekatan yang boleh
dilakukan oleh Perlembagaan itu sendiri terhadap kuasa perundangan. Kuasa perundangan bagi
berbagai badan perundangan di dalam Negara hendaklah dijalankan tertakluk kepada sekatansekatan yang dikenakan oleh Perlembagaan. Kuasa kehakiman bagi mahkamah bagi Mahkamah
hendaklah dijalankan tertakluk kepada sekatan-sekatan yang dikenakan oleh Perlembagaan.
Kuasa Seri Paduka Baginda sebagai ketua bagi ketiga tiga cabang Kerajaan (perundangan,
kehakiman, dan pemerintahan)hendaklah dijalankan tertakluk kepada sekatan-sekatan yang
dikenakan oleh Perlembagaan.22
Dalam sistem perundangan, menurut Perkara 4(1) bahawa Perlembagaan Malaysia
adalah undang-undang utama (tertinggi) persekutuan dan apa-apa undang-undang yang
diluluskan selepas Hari Merdeka yang berlawanan dengan Perlembagaan adalah, setakat yang
berlawanan itu, terbatal.23 Walaupun Parlimen adalah tampuk pimpinan Malaysia tetapi
22 Tun Mohd Suffian Bin Hashim. Mengenal perlembagaan Malaysia (1984).
Percetakan Dewan Bahasa Pustaka, Kuala Lumpur
23 Kandungan dalam jadual perkara perlembagaan persekutuan. per.4(1)

PERLEMBAGAAN MALAYSIA

23

sebenarnya kuasa Parlimen diperolehi dari perlembagaan yang membahagikan kuasa


perundangan kepada persekutuan, kerajaan Negeri dan bersama.
Undang undang dalam perlembagaan adalah merupakan undang-undang dasar
(fundamental law) kerana sebelum adanya undang-undang lain, undang-undang perlembagaan
digubal terlebih dahulu. Dengan terkanunnya undang-undang perlembagaan ini barulah bentuk
dan corak politik Negara terjamin dalam mentadbir Negara ini. 24 Jadi,kelahiran sebuah kerajaan
adalah hasil ketertinggian perlembagaan iaitu parlimen yang tertakhluk kepada ketertinggian
perlembagaan.
Ia juga menjadi garis panduan bagi pembentukan undang-undang samada berkaitan
dengan kerajaan atau rakyat. Ini menunjukkan semua bentuk perundangan adalah di bawah
perlembagaan yang menjadi sumber kepada yang lain. Oleh itu, perlembagaan terdiri daripada
jenis iaitu perlembagaan bertulis25 dan perlembagaan tidak bertulis yang merupakan semua
prinsip perlembagaan yang tidak di kumpul dalam satu dokumen seperti undang-undang yang
diluluskan oleh parlimen dan keputusan- keputusan Mahkamah.
Di dalam perlembagaan tersebut mengandungi undang-undang yang di bentuk
selaras dengan dengan kehendak semasa dan memenuhi kemahuan rakyat seperti undang-undang
yang menyentuh berkenaan kewarganegaraan, bahasa, agama, dan selain itu yang mempunyai
kaitan dengan sensitiviti rakyat di Negara ini. Dengan ini,terbuktilah bahawasanya
perlembagaanlah yang tertinggi.

[2] Penetapan hak-hak asasi dan tanggungjawab rakyat Malaysia.


Tujuan utama perlembagaan ialah untuk menjamin kesinambungan pentadbiran dan
kestabilan politik Negara.26oleh itu adalah baik sekiranya rakyat Malaysia mendalami lagi
tentang perlembagaan ini terutamanya tentang hak asasi (fundamental liberties) yang melibatkan
24 Abdullah Sanusi Ahmad. Kerajaan pentadbiran dan rakyat. (1987). Ed. 2.
Percetakan Dewan Bahasa Pustaka. Selangor
25 Satu bentuk perlembagaan yang dikumpul dan di susun dalam satu dokumen.

PERLEMBAGAAN MALAYSIA

24

diri rakyat itu sendiri. Terdapat Sembilan fasal yang berkaitan dengan hak asasi iaitu Fasal 5
hingga 13. Tujuan pengubalan hak asasi dalam perlembagaan ini adalah untuk memberi jaminan
kepada penduduk dalam Negara ini.27
Antara hak asasi yang terkandung dalam perlembagaan Malaysia adalah seperti
berikut:
I.
II.
III.
IV.
V.

Kebebasan untuk hidup,


Kedudukan yang sama bagi semua manusia di sisi undang-undang,
Kebebasan untuk bergerak ke mana-mana di dalam Negara,
Kebebasan berucap mengeluarkan pendapat atau kebebasan berkumpul
untuk berunding, berdebat atau untuk apa-apa keramaian dan keraian, dan
kemerdekaan menubuhkan sesuatau pertubuhan

Penggubalan hak asasi manusia ini dalam perlembagaan pada mulanya menghadapi
banyak kesulitan terutamanya kepada penggubal undang-undang. Walaubagaimanapun, terdapat
perlembagaan yang mengandungi undang-undang hak asasi manusia tetapi tidak sepenuhnya
menjamin hak itu untuk rakyat.
Selain itu,terdapat juga Fasal perlembagaan yang menyebut berkenaan dengan
kedudukan yang sama bagi rakyat di sisi undang-undang iaitu Fasal 8 yang berbunyi seperti
berikut : semua orang adalah sama di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan
yang sama dari segi undang-undang.28 Persamaan kedudukan manusia yang disebut ini
menjadikan tiada dikriminasi antara kaum atau darjat berlaku dan ini akan memberi keadilan
kepada semua orang.
Sebagai rakyat Malaysia, adalah menjadi tanggungjawab kita agar memahami dan
mendalami perkara-perkara dalam perlembagaan ini agar matlamat dalam penggubalan
26 Napisah Karimah bt Hj Ismail. Et.al. Perkembangan hubungan etnik di Malaysia.
Pengajian Umum,Universiti Utara Malaysia. Kedah
27 Abdullah Sanusi Ahmad. Kerajaan pentadbiran dan rakyat. Percetakan Dewan
Bahasa dan Pustaka . Selangor
28 Fasal 8 dalam dokumen perlembagaan Malaysia.

PERLEMBAGAAN MALAYSIA

25

perlembagaan ini dapat dicapai iaitu untuk melaksana dan memenuhi kehendak rakyat. Maka
kestabilan dan keharmonian Negara dapat dicapai sekiranya semua rakyat berpuas hati dengan
perlembagaan tersebut.
Sebagaimana rakyat patuh kepada undang-undang biasa begitulah juga
sepatutnya mereka patuh kepada perlembagaan bahkan lebih lagi. Ini kerana undang-undang
perlembagaan adalah dasar undang-undang dan mempunyai kuasa tertinggi. Maka patuh kepada
ketertinggian undang-undang perlembagaan juga merupakan satu tanggungjawab rakyat
Malaysia.29

29 Abdullah Sanusi Ahmad. Kerajaan pentadbiran dan rakyat. (1987). Percetakan


Dewan Bahasa dan Pustaka. Selangor

PERLEMBAGAAN MALAYSIA

26

[3] Menjelaskan bidang kuasa kehakiman, perundangan, kuasa negeri dan kuasa
persekutuan.
Dalam konteks ini, Perlembagaan Malaysia, dalam Perkara 153 memperuntukkan
peranan Yang di-Pertuan Agong dalam menjaga dan memelihara hak istimewa serta kedudukan
orang Melayu dan bumiputera di Sarawak dan Sabah. Hak istimewa tersebut ialah pemberian
jawatan dalam perkhidmatan awam biasiswa, kemudahan pendidikan serta pemberian lesen
perniagaan dan perdagangan.
Walau bagaimanapun, perlembagaan juga memastikan Perkara 153 tersebut
dilaksanakan dengan berhati-hati supaya pelaksanaannya tidak mengabaikan kaum-kaum yang
lain. Perlembagaan menjadi rujukan utama dalam penggubalan undang-undang persekutuan dan
negeri. Dengan cara ini sistem pentadbiran negara dapat diselaraskan tanpa sebarang perbalahan.
Pembahagian ini menjelaskan Perlembagaan Negeri pula tidak boleh bercangggah dengan
Perlembagaan Malaysia.
Selain itu, segala tindakan para pemimpin dapat diketahui atau dipastikan menerusi
perlembagaan ini.30 Segala tindak tanduk mereka mestilah berdasarkan kepada perlembagaan
yang telah dicatatkan dan bukan bertindak mengikut sesuka hati. Justeru itu, pihak pemerintah
tidak dapat melakukan perbuatan yang bercanggah daripada perlembagaan.
Pada masa yang sama, Perlembagaan Malaysia dapat pihak pemerintah daripada
menyalahgunakan kuasa yang telah diperuntukkan kepada mereka. Hal ini jelas menunjukkan
Perlembagaan Malaysia menjamin kestabilan politik dan sistem pentadbiran yang cekap dan
berkesan. Di samping itu, perlembagaan menentukan corak pemerintahan, pembahagian kuasa
antara pelbagai badan kerajaan serta prinsip-prinsip umum cara kuasa tersebut dilaksanakan.

30 Abdul Aziz Bari. (2002). Majlis Raja-raja, kedudukan dan peranannya dalam
Perlembagaan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

PERLEMBAGAAN MALAYSIA

27

[4] Mengikat rakyat dan kerajaan untuk patuh dan hidup dalam kesejahteraan serta
rakyat hidup aman dan damai.

Perlembagaan Malaysia menjamin taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada
negara. Rakyat Malaysia memegang matlamat yang sama supaya semangat patriotisme dapat
dibentuk. Perkara 24 Perlembagaan Malaysia menyatakan seseorang yang mempunyai
kerakyatan negara lain akan dilucutkan kewarganegaraannya.
Perkara 25 pula menyatakan bahawa seseorang warganegara boleh dilucutkan
kerakyatannya jika terbukti tidak setia kepada negara ini. Tujuannya supaya rakyat memberikan
sepenuh ketaatan kepada tanah air untuk mengekalkan identiti negara dan bangsa Malaysia.
Kesejahteraan yang terbina menerusi perlembagaan ini telah dapat menentukan hak
asasi rakyat seperti kebebasan bercakap, kebebasan beragama dan pemilikan harta. Di samping
itu, rakyat juga mendapat jaminan undang-undang bahawa tiada unsur diskriminasi dalam
kalangan rakyat. Pembahagian kuasa dinyatakan secara jelas dalam perlembagaan di antara
rakyat dengan pemerintah serta badan perundangan telah memisahkan antara satu sama lain
daripada melakukan penindasan dan salah guna kuasa.
Setiap individu mempunyai hak yang saksama dan tiada keistimewaan yang
melampau terhadap sesetengah individu. Perlembagaan melangkaui umur, bangsa, agama dan
status. Setiap pihak wajib mematuhi dan menghormati perlembagaan negara. Sikap ini secara
tidak langsung membantu mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat sebagai syarat untuk
hidup aman dan damai.31
Perlembagaan telah memudahkan perpaduan nasional dan pembangunan negara.
Perlembagaan Malaysia melindungi kepentingan semua kaum. Perlembagaan juga menjamin
keadilan sosial antara kaum. Hal ini dapat memupuk perpaduan nasional dan mempertingkatkan
pembangunan negara.
31 Zainal Abidin Ahmad, 2003

PERLEMBAGAAN MALAYSIA

28

[5]Mengatur sistem pemerintahan dan pentadbiran


Perlembagaan berperanan untuk menjamin kestabilan sesebuah negara dengan
menentukan rangka dan bentuk pentadbirannya. Perlembagaan membantu dalam menjamin
kecekapan, kejujuran, keadilan, ketelusan serta kelicinan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah
kerajaan. Setiap pemimpin memerlukan panduan semasa memerintah supaya pemerintahannya
menepati kehendak perlembagaan dan aspirasi rakyat.
Dalam aspek pemerintahan dan pentadbiran ini, perlembagaan telah dijadikan
sebagai sumber rujukan bagi menyelesaikan masalah yang timbul.

32

Ketegangan yang timbul

akibat rasa tidak puas hati dapat dielakkan sekiranya rakyat diwajibkan untuk mematuhi dan
meghormati apa yang terkandung dalam perlembagaan. Masalah sebegini dapat diselesaikan
dengan mudah berdasarkan undang-undang yang sedia ada dalam perlembagaan.
Walaupun pada dasarnya perlembagaan boleh dipinda, tetapi ia tidak boleh
dilakukan sewenang-wenangnya.sebarang pindaan perlembagaan yang dilakukan dalam manamana negara mestilah berdasarkan perlembagaan juga. Sekiranya pindaan boleh dilakukan
dengan mudah oleh pemmpin negara, maka huru-hara akan berlaku dalam negara tersebut.
Justeru itu, perlembagaan sangat penting dalam mengekalkan kestabilan dari aspek pemerintahan
dan pentadbiran sesebuah negara.

32 Abdul Aziz Bari. (2001). Perlembagaan Malaysia: Asas-asas dan masalah. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

PERLEMBAGAAN MALAYSIA

29

[6] Menjaga hak dan kepentingan penduduk Malaysia.


sesebuah kerajaan mesti sentiasa waspada dan menyedari betapa pentingnya
mengukuhkan tali perpaduan rakyat dengan menghasilkan keputusan yang saksama dari tuntutan
yang di buat oleh rakyat. Sebagai menjaga hak dan kepentingan rakyat,tuntutan tersebut akan
diterima, diselidik, ditimbang, dipinda, ditambah ataupun diganti dengan yang lain. Kemudian
keputusan akan dibuat.
Walaupun tidak semua akan bersetuju menerima keputusan tersebut, kerajaan
kebiasaannya telah menimbang baik buruk keputusan yang telah dibuat samaada untuk jangka
masa sekarang atau mempengaruhi keadaan pada masa hadapan. Bagaimanapun, tidak bermakna
kerajaan mesti menghasilkan sesuatu keputusan pada tiap-tiap tuntutan yang di kemukakan oleh
rakyat.
Kerajaan akan menimbang apa tuntutan yang patut diberi keutamaan. Seperti yang
dinyatakan David Easton33, setidak-tidaknya tuntutan dari pihak rakyat yang berpengaruh
hendaklah diberi keutamaan. Jika tidak, sudah tentu pihak yang menuntut akan mengambil jalan
yang haram untuk mendapatkan hasil dari tuntutan mereka. Lagi pula, rakyat yang mempunyai
pengaruh ini merupakan wakil daripada rakyat itu sendiri untuk mendapat hak dan kepentingan
yang sepatutnya menjadi milik mereka.

33 David Easton. (April 1957). An Approach to the analysis of politic system. World
Politics

PERLEMBAGAAN MALAYSIA

30

Kesimpulan

Kesimpulannya, Perlembagaan pada asalnya dicipta atas nama rakyat oleh


pemimpin yang telah diberi kuasa oleh rakyat. Seperti apabila Malaysia ditubuhkan,
perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dipinda oleh Parlimen pada masa itu. Dalam erti kata
lain, Parlimen telah diberi kuasa membuat undang-undang dan ahli parlimen adalah wakil
rakyat. Wakil rakyat pula dipilih oleh rakyat sendiri untuk menjadi wakil mereka bersuara dalam
parlimen. Oleh itu, tepat jika dikatakan bahawa kuatkuasa yang ada pada perlembagaan adalah
datangnya dari rakyat.

Perlembagaan merupakan satu set dokumen yang telah digubal untuk kefahaman
setiap warganegara dalam usaha membina semangat kenegaraan. Perlembagaan ini dirangka
hasil pemuafakatan dan bantuan daripada semua lapisan masyarakat. Kita, sebagai generasi
penyambung masa hadapan seharusnya mencontohi dan menghargai pengorbanan pemimpinpemimpin terdahulu dalam pelbagai aspek antaranya ialah dalam usaha mereka untuk
membentuk perlembagaan Negara Malaysia ini.
Kita seharusnya mengambil tahu tentang proses penggubalan perkara-perkara
dalam perlembagaan dan undang-undang yang terkandung di dalamnya. Hal ini kerana semasa
penggubalan perlembagaan ini dilakukan ia menjurus kepada kepentingan untuk rakyat Negara
ini sendiri menjadikan perlembagaan Malaysia bersifat dinamik dan akan dipinda mengikut
keadaan semasa demi mencapai kesejahteraan rakyat di Negara ini.

PERLEMBAGAAN MALAYSIA

31

Bibliografi
Tun Mohd Suffian Bin Hashim. (1984). Mengenal perlembagaan Malaysia. Percetakan Dewan
Bahasa Pustaka, Kuala Lumpur
Abdullah Sanusi Ahmad. (1987). Kerajaan pentadbiran dan rakyat. Percetakan Dewan Bahasa
dan Pustaka . Selangor
Napisah Karimah bt Hj Ismail. Et.al. Perkembangan hubungan etnik di Malaysia. Pengajian
Umum,Universiti Utara Malaysia. Kedah
Kamus Dewan edisi Keempat. (2002). Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur, hlmn 788.

A.V. Dicey.(1959). The Law of the Constitution. 10th Ed. MacMillan


Ruslan Zainuddin, et al. (2004). Kenegaraan Malaysia. Oxford Fajar Sdn. Bhd, Selangor,
hal.194.
Mohd Salleh Abas. (1984). Sejarah Perlembagaan Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur, hal.2 dan 3
Zulhilmi Paidi, et al.(2011). Malaysia Pembinaan Negara Bangsa. Pearson Malaysia Sdn. Bhd.
Selangor, hal.209
Abdul Aziz Bari. (2001). Perlembagaan Malaysia: Asas-asas dan masalah. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdul Aziz Bari. (2002). Majlis Raja-raja, kedudukan dan peranannya dalam Perlembagaan
Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
David Easton. (April 1957). An approach to the analysis of political system. World Politics

Anda mungkin juga menyukai