Anda di halaman 1dari 15

BAB

2
KONSEP PENYELIDIKAN
PENGENALAN
Peranan guru sebagai seorang pengamal dalam pengajaran dan pembelajaran telah
berubah. Guru digesa melibatkan diri dalam penilaian ke atas muridnya,
penggubalan kurikulum serta penyelidikan untk menyelesaikan masalah dalam bilik
darjah.
Kini konsep kurikulum berasaskan sekolah dan penilaian berasaskan sekolah
sedang dikembangkan dalam reformasi pendidikan. Konsep guru sebagai penyelidik
juga sedang dimajukan untuk menggalakkan guru memberikan lebih perhatian
dalam membuat keputusan pendidikan di sekolah.
Guru dikehendaki memainkan peranan bukan sahaja sebagai pengguna kepada hasil
penyelidikan tetapi juga sebagai pengeluar hasil penyelidikan untuk mengenali
masalah profesional yang mereka hadapi. Guru harus lebih peka dan sentiasa
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran penyelidikan.

14 Penelitian Tindakan Kelas dalam Pendidikan

KONSEP PENYELIDIKAN
Penyelidikan dibuat untuk menguji idea mengenai ciri dan operasi beberapa aspek
alam mini. Tanpa bukti kita tidak dapat menyatakan sesuatu kaedah itu lebih baik
atau buruk daripada kaedah lain. Begitu juga kita memerlukan bukti untuk
menyokong sama ada sesuatu program itu dapat menambah motivasi, minat atau
pencapaian pelajar. Satu jalan keluar untuk mencari penyelesaian sesuatu masalah
adalah melalui penyelidikan. Untuk membuat penyelidikan, guru perlu memahami
proses menjalankan kajian. Langkah utama dalam proses penyelidikan adalah
mengenal pasti satu masalah yang boleh diselidik. Bagi meneruskan proses itu,
seseorang itu harus mempunyai idea yang jelas mengenai apa maksud penyelidikan.
DEFINISI PENYELIDIKAN
Beberapa penulis telah memberi takrifan konsep penyelidikan bagi menjelaskan
proses penyelidikan. Sesetengah penulis telah menakrifkan penyelidikan dengan
ringkas sebagai satu proses yang sistematik untuk memberi jawapan kepada
sesuatu soalan. Jawapan yang diberi kepada maksud penyelidikan mungkin abstrak.
Penyelidikan tindakan ditakrif sebagai inkuiri yang sistematik dijalankan oleh
penyelidik guru, ketua jabatan, kaunselor atau stakeholder lain dalam persekitaran
pengajaran dan pembelajaran untuk mengumpul maklumat mengenai bagaimana
sesuatu institusi bertindak atau beroperasi, bagaimana mereka mengajar dan
bagaimana pelajar mereka belajar.
Maklumat ini adalah untuk mendapat insight, membina amalan reflektif,
mengenakan perubahan positif dalam persekitaran institusi (atau amalan
pendidikan) dan menambah baik hasil pelajar atau kehidupan orang yang terlibat.
Penyelidikan tindakan adalah penyelidikan yang dijalankan oleh pengajar untuk

Konsep Penyelidikan 15

mereka, bukan dipaksa ke atasnya oleh orang lain. Terdapat empat langkah-langkah
dalam proses penyelidikan tindakan seperti berikut:
1.

Kenal pasti bidang fokus

2.

Pengumpulan data

3.

Analisis dan interpretasi data

4.

Bangunkan pelan tindakan

Menurut Richards dan Lockhart (1994), penyelidikan tindakan merupakan kajian


bilik darjah yang dijalankan oleh pendidik untuk mempertingkatkan pemahaman
pengetahuan pembelajaran dan pengajaran bilik darjah serta untuk mengubah
keadaan sesuatu amalan bilik darjah. Penyelidikan tindakan biasanya melibatkan
projek-projek kajian secara kecil-kecilan oleh guru bilik darjah. Sementara itu,
menurut kajian Cohen dan Manion (1994) pula, beliau berpendapat bahawa
penyelidikan tindakan bersifat situasinal iaitu pengenalpastian dan penyelesaian
masalah dalam suatu konteks yang spesifik.
Penyelidikan tindakan ialah inkuiri berbentuk refleksi kendiri yang dilakukan secara
kolaboratif oleh peserta sesuatu situasi sosial untuk tujuan mempertingkatkan
rasional dan keadilan sosial atau pendidikan yang mereka lakukan, serta
mempertingkatkan kefahaman mereka tentang amalan-amalan tersebut dan situasi
atau persekitaran di dalam amalan tersebut dijalankan (McTaggart, 1988).
Gage (1975) pula mengatakan bahawa penyelidikan adalah suatu kajian yang
sistematik terhadap pemboleh ubah-pemboleh ubah untuk menentukan jika dan/
atau bagaimana pemboleh ubah berkait antara satu sama lain. Mouly (1963) pula
menegaskan penyelidikan sebagai suatu proses untuk mendapat penyelesaian yang
boleh dipercayai kepada masalah melalui pungutan data, penganalisaan dan
interpretasi yang terancang dan sistematik. Kedua-dua definisi di atas menerangkan
penyelidikan sebagai satu proses. Dua lagi contoh takrifan dapat meneguhkan ciri

16 Penelitian Tindakan Kelas dalam Pendidikan

proses penyelidikan, jika merujuk kepada definisi yang diberi Kerlinger (1990) dan
Best (1991) seperti berikut:
1.

Penyelidikan ditakrifkan sebagai analisis dan pemerhatian yang terkawal


secara sistematik dan objektif yang membawa kepada pembentukan
generalisasi, prinsip atau teori, ramalan dan akhirnya kawalan kejadian.

2.

Penyelidikan saintifik adalah kajian yang sistematik, terkawal, empirikal dan


kritikal mengenai fenomena semulajadi yang berpandukan teori dan hipotesis
mengenai fenomena semulajadi yang berpandukan teori dan hipoteis
mengenai hubungan yang dijangkakan di antara fenomena.

Merujuk kepada definisi di atas, dapat diturunkan beberapa ciri proses penyelidikan
seperti berikut:
1.

Bagi menyelesaikan permasalahan yang dikenal pasti dalam situasi yang


spesifik atau bagi memperbaiki keadaan amalan-amalan tertentu.

2.

Sebagai satu alat latihan dalam perkhidmatan yang mampu memberikan guruguru kemahiran dan pendekatan baru serta meningkatkan kesedaran kendiri
mereka.

3.

Sebagai satu alat untuk menyerapkan pendekatan-pendekatan inovatif atau


tambahan ke dalam pengajaran dan pembelajaran terutamanya dalam sistem
yang biasanya menghalang inovasi dan perubahan.

4.

Sebagai satu wadah bagi memperbaiki komunikasi yang biasanya kurang baik
di antara para pendidik dan ahli akademik.

5.

Sebagai satu pendekatan alternatif kepada penyelesaian masalah dalam bilik


darjah.
Madzniyah et al. (1995: 7) telah merumuskan bahawa ciri-ciri Penelitian

tindakan kelas boleh dilihat pada dua aspek iaitu:


Aspek pendekatan kajian, Penelitian tindakan kelas:
1.

Merupakan suatu pendekatan untuk memperbaiki mutu pendidikan melalui


perubahan guru dalam p&p

Konsep Penyelidikan 17

2.

Melibatkan proses p&p dan perkembangan ikhtisas guru yang sistematik


melalui kritikan yang membina

3.

Melibatkan guru-guru membina teori-teori daripada amalan sebenar

4.

Keutamaan diberi untuk memahami dan memperbaiki amalan sendiri

Aspek alam persekitaran kajian, penelitian tindakan kelas


1.

Dilakukan dalam situasi sebenar seperti di bilik darjah atau sekolah

2.

Melibatkan guru dan rakan sejawat secara kolaboratif

3.

Memberi fokus pada sesuatu isu atau masalah di persekitaran sekolah

4.

Melibatkan tindakan intervensi bagi merapatkan amalan sebenar dengan


jangkaan
Berdasarkan ciri-ciri penelitian tindakan kelas yang telah dikemukakan,

maka dapatlah dirumuskan antara ciri penting penelitian tindakan kelas adalah
dilakukan oleh guru dalam situasi sebenar di bilik darjah; dilakukan secara
kolaborasi yang bersifat inkuiri kolaboratif kritikal; untuk memperbaiki amalan
melalui perubahan dalam p&p; melibatkan langkah-langkah dalam kitaran dan
dilakukan secara sistematik.
Walau bagaimanapun, penelitian tindakan kelas mempunyai beberapa ciri
yang sama dengan penyelidikan konvensional yang lain iaitu ia menuju ke arah ilmu
pengetahuan; ia menyediakan bukti bagi menyokong ilmu pengetahuan tersebut; ia
menunjukkan proses inkuiri secara eksplisit yang membawa kepada munculnya
ilmu pengetahuan dan ia menghubungkan ilmu pengetahuan baru dengan ilmu
pengetahuan yang sedia ada.

18 Penelitian Tindakan Kelas dalam Pendidikan

LANGKAH-LANGKAH DALAM PENYELIDIKAN


Proses penyelidikan dalam modul ini merujuk secara amnya kepada kaedah
saintifik. Aktiviti penyelidikan itu merangkumi proses pengenalpastian masalah
untuk diselesaikan, pembinaan satu hipotesis atau jawapan tentatif kepada masalah
itu, menguji hipotesis, pengumpulan data dengan instrumen yang sah dan boleh
dipercayai di samping penganalisaan serta interpretasi data. Langkah-langkah
penyelidikan dapat dilihat seperti dalam rajah 1.
LANGKAH 1

LANGKAH 2

Takrif
Penyelidikan

Terbitkan
Hipotesis

Buat Definisi
Operasional

Pngutan
Data

Buat Data

Analisis Data

LANGKAH 8

LANGKAH 7

LANGKAH 3

LANGKAH 6

LANGKAH 4
Reka Satu
Instrumen

Pungutan Data

LANGKAH 5

Rajah 1: Urutan Lineardalam Penyelidikan


PENULISAN LAPORAN PENYELIDIKAN
Kandungan dalam sesuatu laporan lengkap kajian adalah sinopsis atau abstrak iaitu
ringkasan menerangkan kajian yang dibuat, jenis kajian, pembabitan subjek di mana
instrumen yang digunakan dan dapatan yang diperolehi. Daftar jadual, daftar rajah
serta senarai singkatan perlu diberi dalam laporan bagi memudahkan kefahaman
pembaca. Bibliografi pula berfungsi sebagai sumber rujukan dalam menyiapkan
kajian ini.

Konsep Penyelidikan 19

Kandungan yang lengkap memudahkan sesuatu penyelidikan dinilai atau dirujuk


sebagai satu bahan ilmiah yang memberi sumbangan bermakna kepada
penyelidikan pendidikan ke arah meneruskan penyelidikan baru bagi fenomena
baru pada masa akan datang.
AKTIVITI PENYELIDIKAN
Mencari dan Mengenal Pasti Masalah
Peringkat pertama dalam sesuatu penyelidikan ialah mengenal pasti masalah
penyelidikan. Penyelidik perlu mengenal pasti satu masalah penyelidikan yang
genting yang mampu dikaji. Proses penyelidikan bermula di peringkat tinjauan
dengan menyiasat dan mengenal pasti isu-isu dan idea-idea untuk menentukan tajuk
kajian. Masalah biasa seorang penyelidik guru merupakan masalah yang sering
dihadapi dalam kehidupan sehariaannya di dalam atau di luar bilik darjah.
Penyelidik perlu berupaya mengenal pasti dan memfokus kepada persoalan
masalah. Masalah merupakan gagasan umum yang merangkumi persoalanpersoalan dan isu-isu tersirat. Pengenalpastian masalah melibatkan penentuan
dengan tepat persoalan dan isu-isu penting yang genting dalam bidang pendidikan.
Penyelidik perlu membaca dan menggunakan analisis yang kritikal bagi menentukan
masalah dan persoalannya. Masalah penyelidikan yang baik adalah masalah yang
mengandungi persoalan dan isu yang penting dan boleh dijawab serta diselesaikan
melalui penyelidikan. Terdapat beberapa prosedur semasa memilih masalah
penyelidikan. Pertama, ialah mengenal pasti tajuk yang diminati. Kedua, membentuk
pelbagai soalan kecil. Ketiga, meninjau sejauh mana tajuk tersebut boleh diselidiki
dan keempat, menyatakan hipotesis supaya pilihan tajuk boleh dikhususkan kepada
satu masalah penyelidikan. Masalah penyelidikan yang besar dan rumit hendaklah
dianalisis, dikupas dan dipecahkan kepada beberapa persoalan yang jelas dan
khusus.

20 Penelitian Tindakan Kelas dalam Pendidikan

Pemecahan persoalan kepada unsure-unsur dan pemboleh ubah perlu dilakukan


sehinggan penyelidik berupaya untuk mendapatkan penjelasan tentang apakah
pemboleh ubah yang dapat membentuk masalah penyelidikan.
Menilai dan Membentuk Masalah Penyelidikan
Penilaian terhadap sesuatu masalah membolehkan penyelidik mengetahui sejauh
mana sesuatu masalah penyelidikan boleh membantu dan memberi kebaikan
kepada proses membuat keputusan dalam pendidikan. Pertimangan mengenai nilai
kepentingan masalah penyelidikan adalah berdasarkan kepada nilai-nilai individu
dan pendapat penyelidik. Secara ringkasnya, terdapat beberapa kriteria untuk
memantapkan sesuatu masalah penyelidikan:
1.

Masalah hendaklah sesuai untuk diselidiki. Masalah haruslah tergolong dalam


bidang kepakaran penyelidik. Penyelidik perlu memastikan masalah tersebut
boleh dikendalikan dan diselesaikan dalam tempoh dan had kewangan
diperuntukkan.

2.

Penyelidik perlu menjalankan secara sistematik dan perlu menghindarkan


masalah yang mempunyai pertimbangan nilai dan kepercayaan.

3.

Matlamat penyelidikan haruslah mempunyai penyelesaian dan dapat


meningkat pengetahuan serta berfaedah kepada amalan pendidikan

4.

Penyelidikan

hendaklah

dapat meneguhkan dan

menambahkan

lagi

pengetahuan sedia ada serta dapat memandu penyelidik kepada masalahmasalah baru.
Pembentukan Objektif dan Hipotesis
Objektif nerupakan sasaran sebenar penyelidik. Objektif adalah bersifat lebih khusus
dan biasanya digunakan untuk mencapai matlamat. Penyelidik perlu menyatakan
objektif penyelidikan dengan jelas untuk memandu penyelidik menjalankan
penyelidikan. Penyelidik perlu membuat jangkaan hasil penyelidikan yang dapat
membantu menjelas tujuan kajian melalui hipotesis yang sesuai.

Konsep Penyelidikan 21

Hipotesis merupakan kenyataan yang menunjukkan kaitan antara dua atau lebih
pemboleh ubah dalam sesuatu penyelidikan. Ia juga adalah saranan sementara bagi
penyelesaian maslaah berasaskan teori atau hasil penyelidikan yang lepas.
Berikut dirumuskan tujuan-tujuan hipotesis:
1.

Hipotesis memberi jangkaan atau ramalan sementara tentang fenomena yang


dikaji

2.

Hipotesis memberi kenyataan hubungan yang boleh diuji secara langsung

3.

Hipotesis dapat memberi panduan kepada penyelidikan kerana hipotesis


mewakili satu objektif tertentu. Hipotesis juga boleh menentukan kaedah
penyelidikan, mencadangkan analisis statistik yang berkaitan dengan
pemboleh ubah-pemboleh ubah yang dikaji.

4.

Hipotesis member rangka laporan dapatan dan kesimpulan kajian. Ia juga


member panduan bagaimana laporan harus dibuat dan disearkan.

Ciri-ciri Hipotesis
Antara ciri-ciri hipotesis tertentu adalah seperti berikut:
1.

Hipotesis hendaklah dinyatakan dengan mudah, jelas dan tepat supaya


penyelidikan boleh dilakukan dengan sempurna

2.

Hipotesis mestilah sepadan dengan pengetahuan yang ada, tidak bertentangan


dengan teori hokum yang ada

3.

Hipotesis

mestilah

mempunyai

kuasa

penjelasan

iaitu

keupayaan

menerangkan fenomena dengan logik, tepat dan jelas


4.

Hipotesis hendaklah mempunyai jangkaan hubungan antara pemboleh ubah

5.

Hipotesis mestilah boleh diuji. Pengujian hipotesis membolehkan kepastian


dibuat sama ada bukti-bukti yang ada menyokong atau tidak hipotesis yang
bersifat sementara. Inferen dibuat setelah hipotesis diuji

22 Penelitian Tindakan Kelas dalam Pendidikan

Definisi Istilah Secara Operasional


Istilah yang terdapat dalam bidang kajian hendaklah didefinisikan dengan jelas
dalam konteks skop kajian yang dibuat. Definisi ini bukan merujuk kepada kamus
bahasa tetapi melibatkan bidang kajian terbabit dan rumusan daripada beberapa
definisi oleh beberapa penyelidik terdahulu. Ini membantu menjelaskan dan
memahami masalah dan konteks bidang yang dikaji. Ia juga menerangkan konsep
khusus dalam bidang berkaitan. Definisi istilah ini juga boleh dilakukan dengan
menggunakan definisi bercontoh, definisi berbeza dan definisi penentuan.
TINJAUAN LITERATUR
Dengan membaca kajian lepas yang berkaitan atau tinjauan literature penyelidik
akan mengetahui dengan jelas latar belakang sesuatu masalah dan mengenal pasti
sejauh mana sesuatu bidang masalah yang wujud telah dikaji. Ini membolehkan
pengkaji menggunakan dapatan awal seperti teori konsep, instrument dan
sebagainya untuk membentuk satu strategi dan kaedah yang berkesan bagi
menyelesaikan masalahnya.
Penyelidik boleh menggunakan beberapa cara untuk mencari karya-karya yang
berkaitan dengan sesuatu penyelidikan dengan membuat kajian perpustakaan yang
meliputi penggunaan abstrak, indeks, penggunaan kamus perkara, ensiklopedia,
katalog dan penyelidikan melalui carian computer seperti Educational Review
Resourses Center (ERIC) dan internet. Penyelidikan juga boleh menggunakan cara
lain untuk mencari bahan yang relevan termasuk disertasi penulisan profesional
yang tidak diterbitkan, buku panduan dan lain-lain.

Konsep Penyelidikan 23

POPULASI DAN PERSAMPELAN


Mengenal pasti populasi adalah penting dalam sesuatu penyelidikan. Populasi
menentukan bentuk dan keadaan pada mana masalah yang dikaji wujud secara
langsung sejauh mana dan sebanyak mana data dan maklumat perlu dikumpul dan
Dianalisis. Pentaksiran dan inferens tentang data dan maklumat yang dikumpul juga
dipengaruhi dan terbatas kepada populasi yang dikaji. Bagi menjayakan
penyelidikan yang berkesan, penyelidik perlu mengenal pasti populasi dengan tepat
dan jelas.
Sample
Populasi merupakan sasaran bagi penyelesaian sesuatu masalah dan dengan itu,
penyelidik harus melibatkan keseluruhan individu dalam populasi. Bagaimanapun
kita jarang berpeluang dan berupaya untuk mengkaji semua ahli populasi. Apa yang
biasa kita mampu lakkan ialah menggunakan sebahagian kecil ahli populasi yang
dinamakan sampel dan menggunakan maklumat sample bagi menganggar maklumat
untuk mendapatkan sampel. Beberapa kaedah untuk mendapatkan sampel yang
mewakili populasi adalah seperti berikut:
1.

Persampelan berasaskan teori kebarangkalian


Persampelan merupakan satu langkah yang penting dalam membuat
penyelidikan. Ia dapat menjimatkan masa, kos dan tenaga. Sungguhpun
demikian, kita tidaklah boleh memilih sampel kerana pemilihan sampel
bersandarkan teori kebarangkalian.

2.

Persampelan tidak berasaskan teori kebarangkalian


Kadangkala penyelidik merasakan lebih sesuai memilih sampel berdasarkan
kesesuaian penyelidik seperti persampelan kelompok dan persampelan
bertujuan.

24 Penelitian Tindakan Kelas dalam Pendidikan

KAEDAH PENYELIDIKAN
Penyelidik harus menggunakan cara yang paling berkesan untuk mendapatkan
jawapan bagi menyelesai sesuatu masalah penyelidikan pendidikan. Kaedah yang
berkesan bagi pengumpulan data bergantung kepada objektif sesuatu penyelidikan.
Oleh itu, penyelidik perlu mengenal pasti objektif dan jenis penyelidikan yang akan
dijalankan. Terdapat beberapa kaedah penyelidikan yang sering digunakan dalam
penyelidikan pendidikan ialah kaedah sejarah, deskriptif, eksperimen, ex post facto,
penyelidikan kualitatif dan penyelidikan penilaian.
INSTRUMEN
Dalam peringkat merancang dan menentukan strategi penyelidikan, perkaraperkara utama yang harus dipertimbangkan dalam kaedah penyelidikan ialah caracara mengumpul data. Kegagalan menggunakan kaedah pengumpulan data yang
berkesan boleh menghasilkan maklumat yang tidak tepat, kaur dan tidak berkesan
serta boleh menyebabkan beban menginterpretasi maklumat dan hasil kajian.
Kegagalan menyempurnakan sesuatu penyelidikan mungkin berlaku disebabkan
alat pengumpulan data yang tidak berkesan.
Instrumen ialah alat yang digunakan untuk mengumpulkan maklumat tentang
subjek. Penyelidikan perlu menyediakan alat ukur yang sesuai dengan objektif
sesuatu kajian. Pengkaji juga harus mengambil instrument daripada kajian-kajian
lepas dengan mengubah suai selaras dengan objektif dan matlamat sesuatu kajian
penyelidikan.
Ujian rintis perlu dijalankan untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaan sesuatu
alat ukur dan bagi merangsang subjek untuk bertindak secara positif atau negatif
terhadap olahan dan seterusnya terhadap pasca ujian. Pembentukan alat ukur dan
mengambil perhatian yang teliti semasa membentuk dan mentadbir instrumen

Konsep Penyelidikan 25

supaya dapat memberi gambaran sebenar kepada subjek yang dikaji. Instrumen
atau alat kajian yang digunakan hendaklah dapat diterangkan dengan jelas dari
mana sumber alat tersebut diperolehi, bentuk alat tersebut, item-item yang ada dan
skala jawapan yang digunakan. Instrumen yang diambil dari luar hendaklah
diterjemahkan kepada Bahasa Malaysia mengikut kesesuaian budaya tempatan dan
ayat-ayat yang mudah difahami.
Kesahan alat dengan soalan-soalan yang digunakan hendakla dinyatakan dari hasil
ujian rintis atau pra ujian yang dijalankan terhadap sampel rawak terpilih dalam
tempoh tertentu dan kebolehpercayaan hasil ujian tersebut.Item-item yang
mempunyai kesahan rendah perlu ditukar atau diubah suai dan diuji semula
sebelum dijalankan pungutan data sebenar.
Memproses dan Menganalisis Data
Membuat analisis dan interpretasi merupakan peringkat yang penting sekali dalam
sesuatu aktiviti penyelidikan. Ini adalah kerana hasil dapatan dan kesimpulan ini
akan menjadi pertimbangan asas untuk membuat cadangan dan tindakan yang
selanjutnya untuk membaiki situasi dan amalan yang kurang memuaskan atau
menjadi asas untuk mengubah suai pelan tindakan dalam kajian yang kedua.
Proses menganalisis, menginterpretasi dan memuat keputusan hanya boleh
dilakukan selepas data telah dikumpulkan daripada instrument soal selidik,
pemerhatian atau temu bual. Data yang dikumpul akan mudah dihalkan dengan
menggunakan statistik. Perwakilan data sebagai contoh, histogram, graf garisan,
carta palang dan sebagainya boleh membantu. Pentafsiran dibantu dengan merujuk
kepada jadual atau perwakilan data itu. Kemudian kesimpulan akan dibuat
berdasarkan pentafsiran.

26 Penelitian Tindakan Kelas dalam Pendidikan

MEMBUAT KESIMPULAN
Sesuatu penyelidikan seharusnya menghasilkan jawapan kepada masalah yang
dikaji. Kupasan yang jelas dan mendalam dilakukan berdasarkan kepada tafsiran
yang tepat dan berkesan terhadap akta-fakta yang diperolehi untuk memberi
jawapan yang dikaji. Penyelidik seharusnya memperolehi fakta sebaik mungkin dan
tafsiran mengambil kira batasan penyelidikan.
Pada kebiasaannya terdapat dua kemungkinan keputusan yang diperolehi daripada
pengumpulan dan pemprosesan data dan maklumat. Pertama ialah keputusan sepeti
yang dijangka. Kedua ialah kemungkinan keputusan pertentangan dengan hipotesis
penyelidik. Hanya datu daripada dua kemungkinan tersebut boleh berlaku.
Penyelidikan harus dan mesti dirancang agar penyelidik bersedia untuk mentafsir
keputusan negatif atau sebaliknya.
MEMBUAT LAPORAN
Sesudah menjalankan kajian dan mendapatkan hasil jawapan kepada masalah
penyelidikan, penyelidik perlu menyebar di dalam bentuk penulisan hasil agar
penyelidikannya boleh dikongsi oleh pihak lain. Membuat laporan merupakan
peringkat akhir dalam segala proses penyelidikan. Laporan penyelidikan ini
biasanya mengandungi perkara-perkara seperti berikut:
1.

Pengenalan

2.

Penyataan masalah penyelidikan

3.

Objektif dan tujuan penyelidikan

4.

Tinjauan Literatur

5.

Kaedah penyelidikan yang digunakan

6.

Keputusan kajian

7.

Rumusan dan cadangan

Konsep Penyelidikan 27

Penemuan penyelidikan perlu dilaporkan dan disebarkan untuk faedah bersama.


Laporan mesti dibuat dengan jujur, jelas dan boleh difahami. Penemuan
penyelidikan harus didedahkan kepada perbincangan umum, khususnya dalam
kalangan masyarakat berbudaya penyelidikan agar kegunaanya lebih mantap dan
meluas.
RUMUSAN
Secara normalnya, kita dan kehidupan sekeliling sedikit sebanyak bersifat saintifik.
Manusia dilahirkan dengan sifat ingin tahu dan ingin meneroka. Penerokaan dan
penyelidikan memerlukan pengetahuan dan asas-asas bukti yang kukuh serta
saintifik. Sehubungan dengan itu, dalam bidang pendidikan yang mana ia bersifat
global, penyelidikan seharusnya melibatkan perancangan yang sistematik dan
teratur supaya kerja-kerja penyelidikan dapat dijalankan tanpa banyak halangan.
Ini disebabkan penyelidikan pendidikan adalah aktiviti untuk memahami sesuatu
fenomena dan mencari jawapan kepada sebab dan akibat. Penyelidikan
mengandungi masalah yang hendak diselidiki, bukti yang mengandungi fakta-fakta
analisis dan klasifikasi yang logik dan diuji penggunaanya kea rah penyelesaian
masalah serta akhirnya kesimpulan kepada masalah. Proses aktiviti tersebut
membabitkan beberapa prosedur secara saintifik dan sistematik.
Penelitian setiap proses sedemikian akan menghasilkan sesuatu yang bernilai dan
dapat menyumbangkan kea rah memperbaiki sesuatu fenomena, juga sebagai
panduan kepada penyelidikan pada masa akan datang bagi menghadapi kajian dan
penyelidikan fenomena yang sama dalam perkembangan tamadun manusia.

Anda mungkin juga menyukai