Anda di halaman 1dari 29

Learning And Sharing ~

Muhasabah, Perlukah?

Saat ini kita berada di penghujung tahun, penghujung tahun 1432 H dan penghujung tahun
2011 M. Salah satu kata yang sering terdengar pada penghujung tahun adalah muhasabah.
Sebenarnya apakah arti kata muhasabah? Apakah kita perlu bermuhasabah? Dan apakah
muhasabah hanya bisa dilakukan pada akhir tahun saja?
Definisi Muhasabah
Dalam bahasa Arab, kata muhasabah adalah bentuk jamak dari kata muhasaba yang berasal
dari kata hisab yang artinya perhitungan atau hasaba yang artinya menghitung.
Dalam Kamus Besar Bahasa Indonesia, kata muhasabah diartikan sebagai introspeksi.
Sedangkan kata introspeksi diartikan sebagai peninjauan atau koreksi terhadap (perbuatan,
sikap, kelemahan, kesalahan, dsb) diri sendiri.
Perlukah Melakukan Muhasabah?
Setelah mengetahui makna muhasabah, pertanyaan selanjutnya adalah perlukah kita
melakukan muhasabah? Jawabannya adalah perlu. Kita perlu bahkan harus bermuhasabah.
Kenapa kita perlu atau harus bermuhasabah?
Sebagai orang yang beriman, kita percaya dan yakin bahwa hidup di dunia ini hanyalah
sementara, sedangkan hidup yang kekal adalah di akhirat nanti. Dan hidup di dunia ini
hendaklah kita gunakan untuk mempersiapkan bekal menghadapi kehidupan akhirat, seperti
perintah yang tertulis di surat Al-Hasr ayat 17:
"Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan
hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk
hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah
Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."
Banyak sekali ayat-ayat di dalam Al-Quran yang menjelaskan tentang hisab, salah satunya
adalah surat Al-Mu'min ayat 16:

"Pada hari ini tiap-tiap jiwa diberi balasan dengan apa yang
diusahakannya. Tidak ada yang dirugikan pada hari ini. Sesungguhnya
Allah amat cepat hisabnya."
Ayat itu menjelaskan bahwa setiap usaha dan perbuatan yang kita lakukan akan di-hisab
oleh Allah SWT dan kita akan mendapatkan balasan sesuai dengan apa yang telah kita
usahakan / lakukan.
Dengan melakukan muhasabah, kita meng-hisab diri kita sendiri, sebelum Allah SWT yang
meng-hisab kita. Dengan muhasabah, kita menghitung berapa banyak amal kebaikan yang
telah kita lakukan, dan berapa banyak dosa yang telah kita perbuat. Dengan muhasabah, kita
merenungkan kembali tujuan hidup kita, dan mengevaluasi apakah selama ini kita sudah
berjalan on the right track menuju tujuan hidup tersebut? Dengan muhasabah kita evaluasi
apa yang telah kita lakukan, dan kita rencanakan apa yang akan kita lakukan.
Kapan Melakukan Muhasabah
Muhasabah bukanlah sebuah ritual ibadah mahdhah, seperti shalat dan puasa yang telah
ditentukan waktunya. Tidak ada keterangan yang menyatatakan bahwa muhasabah adalah
ritual ibadah yang wajib kita lakukan setiap akhir tahun.
Muhasabah boleh kita lakukan kapan saja. Setiap malam, setiap hari, seminggu sekali,
sebulan sekali, setahun 2 kali, atau setahun sekali. Lebih sering kita melakukan muhasabah
tentunya akan lebih baik, karena kita akan segera mengetahui apakah kita sudah berada pada
jalan yang benar menuju target yang kita tetapkan. Lebih sering kita melakukan muhasabah,
lebih cepat dan sering kita bisa melakukan koreksi atas segala kesalahan dan melakukan
berbagai perbaikan.
Seandainya kita jarang sekali melakukan muhasabah, karena kita lupa untuk melakukannya,
boleh saja kita melakukan muhasabah setiap tahun, asal tidak ada keyakinan dalam diri kita
bahwa muhasabah adalah sebuah ritual ibadah di akhir tahun. Karena jika menambah-nambah
ritual ibadah yang tidak ada keterangannya, kita khawatir terpeleset kepada bid'ah. Na'uzu
billah.
Notes: Gambar diambil dari toonpool.com

Muhasabah Diri Itu Lebih Baik

Bila tibanya tahun baru, tidak kira


tahun baru Islam mahupun tahun baru masihi, masing-masing antara kita sibuk
untuk menetapkan azam baru dalam memperbaiki atau mempertingkatan mutu
mahupun kualiti dalam kehidupan kita.

Namun kebanyakan kita selalu terlupa untuk muhasabah semula kembali azamazam itu yang lepas.Diulanginya setiap perkara negatif yang menjauhkan kita
dari mencapai azam yang di tetapkan itu.Muhasabah ini hendaklah dilakukan
selepas setiap amal yang dilakukan agar hatinya tenteram bahawa dia tidak
menyeleweng dari ketetapan Allah dan sentiasa mematuhi arahan dan
meninggalkan larangan-Nya.

Mengikut Ibnu Qudamah:

"Pengertian muhasabah ialah melihat keadaan modal, keadaan keuntungan dan


kerugian, agar dapat mengenalpasti sebarang penambahan dan pengurangan.
Modalnya dalam konteks agama ialah perkara yang difardhukan, keuntungan
ialah perkara sunat dan kerugiannya pula ialah maksiat."

Ibnul Qaiyim pula berkata:

"Muhasabah ialah membezakan antara apa yang diperolehinya dan apa yang
perlu ditanggungnya. Setelah mengetahui yang demikian, maka dia hendaklah

membawa apa yang diperolehinya dan melunaskan apa yang ditanggungnya.


Dia seolah-olah seorang musafir yang tidak akan kembali."

Kepentingan bermuhasabah

Dengan bermuhasabah diri, kita dapat menilai setiap perbuatan kita, apakah
ianya mencapai matlamat, menghampiri matlamat atau lebih teruk menjauhi
matlamat yang kita tetapkan.

Contohnya bagi sesebuah pasukan bola sepak, bilamana berakhirnya sesuatu


perlawanan (terutama bila mengalami kekalahan), pasti akan di adakan
muhasabah (atau lebih di kenali sebagai post-moterm). Ini bertujuan untuk
mengenal pasti segala kekurangan dan kelemahan seterusnya memperbaiki dan
mempertingkatkan prestasi pasukan mereka. Maka,selebihnya lagi kita sebagai
seorang muslim.

Dengan bermuhasabah juga, seseorang itu dapat mengelakkan diri daripada


melakukan kesalahan yang sama untuk kali kedua,kerana orang muslim yang
hebat adalah mereka yang dapat mempertingkatan kualiti diri mereka dari masa
ke semasa.

Sabda Rasulullah saw :

"Orang muslim itu tidak akan di patuk ular pada lubang yang sama untuk kali
kedua"

Kelebihan bermuhasabah

1.Dapat mengenali kekurangan diri, maka dengan itu dapatlah kelemahan itu di
perbaiki.
2.Dapat bertaubat, menyesali dan meninggali setiap kesalahan yang lepas.
3.Dapat mengenali hak Allah taala ke atas diri kita.
4.Dapat mengelakkan diri dari mengulangi kesalahan yang lepas dan seterusnya
mempertingkatkan amalan soleh.

5.Dapat mempersiapkan diri sebelum bertemu dengan Allah di hari akhirat kelak.

Seperti yang di katakan oleh Umar al-khattab :

"Hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung, timbanglah amalanmu sendiri


sebelum ia ditimbangkan untukmu, dan bersedialah untuk hari pembentangan
amal yang besar, sesungguhnya hisab pada hari kiamat menjadi ringan bagi
sesiapa yang melakukan muhasabah diri di dunia ini.

Maka, di kesempatan ini, penulis menyeru kepada diri sendiri terutamanya, dan
seterusnya kepada pembaca-pembaca yang di rahmati Allah sekalian, agar kita
sentiasa muhasabah diri kita dari masa ke semasa, agar dapat memperbaiki dan
mempertingkatkan prestasi diri kita dan lebih-lebih lagi dalam mengerjakan amal
ibadah kepada Allah. Semoga hari ini lebih baik dari hari-hari kita yang sebelum
ini.

JANGAN BERHENTI BERKENALAN : Buat renungan suami isteri


Abang rasa dah makin kuranglah dengan kari.. luah suami sebaik selesai
makan tengahari. Saya berpaling mendengar kata-katanya. Entah mengapa,
tiada angin, ribut jauh sekali, tiba-tiba sahaja suami berbicara tentang makanan.
Saya pula yang tertanya-tanya kehairanan.
Karipap pun samasuami menambah bicara tanpa sempat saya menjawab
sepatah dua.

Alamak, susahlah As. Saya membalas spontan. Buat-buat cemas sambil


menggaru kepala yang tidak beralas.
Anak mata saya tepat memandang ke wajah suami. Cuba menelek-nelek
keseriusan di sebalik patah katanya. Mana tahu, luahannya itu sekadar gurauan
semata.

Namun, sebaik pandang bertemu pandang, dari sinar mata suami, saya seakan
mengerti. Dia tidak berjenaka dengan kata-katanya tadi.

Patutlah abang kurang berselera,saya berbisik. Tidak terucap, sekadar


terdengar di dalam diri sendiri sahaja. Terbayang kembali suapan suami yang
tidak selaju biasa sewaktu menjamah nasi berlaukkan kari ayam tengahari ini.
PERCERAIAN
Buat kesekian kalinya, usai membaca satu berita dari laman Berita Harian Online
bertarikh 6 Oktober 2010 semalam, saya melepaskan satu keluhan yang cukup

berat dan dalam. Membaca tajuk berita sahaja sudah cukup meresahkan jiwa.
Masakan tidak, kandungan yang dipapar menggambarkan betapa gawat dan
runcingnya institusi perkahwinan di kalangan masyarakat Islam dewasa kini.

Walaupun latar tempat dan negara di mana kes perceraian tersebut dilaporkan,
bukan berlaku di Malaysia, namun, oleh kerana ia juga merupakan salah sebuah
negara umat Islam, saya tetap merasa bimbang dan tidak senang. Berita
tersebut melaporkan :

Kadar perceraian tinggi di Kuwait dilaporkan berterusan


selepas pihak berkuasa mendakwa 3,153 kes perceraian dicatatkan sepanjang
enam
bulan pertama tahun ini.
Jumlah keseluruhan perceraian dicatatkan 5,965
kes, tahun lalu. Sementara itu, bilangan perkahwinan pula menurun selepas
pihak
berkuasa mencatatkan 6,914 perkahwinan pada enam bulan pertama tahun ini
berbanding 14,155 pada 2009.

Bilangan perkahwinan dan kes perceraian menjadikan


kadar perceraian 42 peratus, antara yang tertinggi di dunia.

Keadaan ini mengingatkan saya kepada emel-emel yang menceritakan masalah


rumahtangga yang sedang dialami oleh kebanyakan pasangan suami isteri di
Malaysia hari ini. Rata-rata emel yang saya terima datangnya dari kaum hawa.
Ada yang mengadu suami bertemu cinta yang baru, tidak kurang juga yang
merintih bila suami yang disayangi, tiba-tiba beralih kasih.
Demikian juga paparan di dada-dada akhbar yang mengenengahkan berita/kes
perceraian terutama di kalangan artis, selebriti dan golongan kenamaan. Hampir
saban hari.

Sungguhpun mereka menyatakan, mahligai rumahtangga yang mereka dirikan


bermula dengan rasa cinta dan suka, bahkan banyak juga pasangan yang
mengakui amat menyintai pasangan masing-masing malahan sebahagiannya
sudah memasuki gerbang seabad hidup bersama sebagai suami isteri, tetapi
rumahtangga yang dibina atas dasar cinta ini tetap roboh bila berlaku sedikit
sahaja perubahan seiring usia dan peredaran masa.

Mengapa?
SALING MENGENALI
Saya yakin, mana-mana pasangan yang telah menempuh alam perkahwinan
beberapa tahun lamanya pasti mengakui dengan penuh sedar bahawa cinta
bukanlah segalanya di dalam rumahtangga.
Sungguhpun kalimah cinta sebelum pernikahan banyak menjadi penyebab
bertautnya jiwa uda dan dara untuk melayari bahtera rumahtangga melalui
pernikahan, namun ia tidak akan dapat bertahan lama andai tiada usaha
dilakukan bagi memastikan bunga-bunga cinta yang telah bersemi di awal
perkahwinan itu terus berkembang indah, hidup subur dan mewangi sentiasa.
Tempoh hidup bersama memungkinkan suami dan isteri untuk masing-masing
lebih mengenali. Sejak awal usia perkahwinan, dari sehari ke sehari semakin
banyak maklumat tentang pasangan yang dapat diketahui; kelebihan dan
kekurangannya, sifat dan tingkahlaku, juga perubahan watak dan reaksi
pasangan terhadap sesuatu situasi yang berlaku.
Semua itu merupakan satu proses di dalam rumahtangga. Andai sebelum
berkahwin, peratusannya mungkin hanya sekitar 30%, namun sebaik melangkah
ke alam rumahtangga, peratusan itu pasti meningkat dari semasa ke semasa.
Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta.
Justeru itu, ramai pasangan suami atau isteri hari ini yang mendakwa sudah
cukup masak dengan sikap dan perangai pasangan masing-masing.
Luar dalam, semua dah tahu. Demikian ungkapan yang selalu diwarwarkan.

PERUBAHAN
Sikap beranggapan, mengagak atau menyangka bahawa suami atau isteri
sudah mengenali pasangan masing-masing di depan mata adalah umpama
racun yang boleh menghakis sedikit demi sedikit keharmonian dan keutuhan
rumahtangga.

Hal ini kerana setelah proses mengenali mulai sampai ke tahap kemuncak,
kesilapan mula terjadi. sesudah masing-masing mulai merasakan mereka telah
saling mengenali, telah mencerna erti faham memahami di antara suami dan
isteri, mereka bagaikan berhenti dari terus mengenali.

Sedangkan, di fasa pertengahan perkahwinan, ia merupakan satu tahap yang


memerlukan suami dan isteri untuk lebih aktif dan pro-aktif mengenali dan
memahami pasangan. Ini kerana ujian kehidupan dengan tanggungjawab dan
peranan yang perlu dilaksanakan semakin besar dan mencabar. Dan inilah salah
satu punca yang mencetus perbalahan suami isteri setelah sekian lama melayari
bahtera bahagia.

Sewajarnya, setiap pasangan perlu memahami dan menyedari bahawa pada


awal perkahwinan, perasaan cinta dan rindu yang menguasai ketika itu hanyalah
bersifat kosmetik dan sementara sahaja, kerana ia belum diuji dan teruji. Rasa
cinta pada fasa pertama itu hanya menggebu dengan diwarnai oleh sikap 'ingin
dimiliki dan memiliki' terhadap pasangan masing-masing semata.
Manakala cinta yang menjalar secara perlahan-lahan seiring proses mengenali
pasangan di sepanjang pelayaran bahtera perkahwinan, sangat berpotensi untuk
lebih kekal dan kian mengental andai ditanggapi secara bijaksana, lantaran ia
tumbuh dari ujian dan cabaran yang berencam bentuknya. Dari perasaan benci
dan kasih yang bersilihganti, tawa dan tangis yang menambah makna yang
akhirnya bersebati menjadi kasih sayang, menyemai kemesraan, rasa percaya
sehingga menatijahkan hubungan yang bahagia, saling mengasihi dan
menghargai.

MANUSIA BERUBAH
Hakikatnya, sangat sukar menemui seseorang yang dapat kekal dengan 'diri'
yang sama selama hayatnya. Pertambahan usia, pengalaman hidup, perubahan
persekitaran dan pertemuan dengan individu lain baik yang menjadi teman,
rakan sekerja, jiran tetangga dan lain-lain mampu mengubah seseorang kepada
individu yang baru iaitu dengan merujuk kepada cara berfikir, keperibadian,
kehidupan sosial bahkan sehingga gaya penampilan, cara bercakap dan seremeh
panggilan nama juga turut mengalami perubahan.
Keadaan inilah yang memerlukan suami atau isteri untuk sentiasa up-to-date
terhadap pasangannya. Jika lalai, leka dan memandang sebelah mata sahaja,
maka sudah pasti sebarang perubahan yang berlaku akan menular menjadi satu
masalah yang menggugat keharmonian rumahtangga, lebih-lebih lagi jika
perubahan itu ketara menjurus ke arah negatif dan tidak selari dengan tuntutan
ILAHI.

Oleh itu, sebelum meletakkan 'orang


ketiga' sebagai punca perbalahan, sudah takdir dan tiada jodoh menjadi alasan,
lakukan muhasabah diri terlebih dahulu. Andai diimbal balik sebab dan punca
sebenar masalah yang berlaku kemungkinan ia bermula dari kelekaan untuk
mengenali dan memahami pasangan.
Insafilah selalu, bahawa setiap manusia sememangnya diciptakan berbeza
(termasuk suami isteri) dengan manfaat dan ruang untuk bertaaruf ( saling
mengenal ) di antara mereka. Firman ALLAH SWT :



Maksudnya : Wahai manusia, sesungguhnya Kami (ALLAH) telah
menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang wanita dan
menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu
saling kenal-mengenal (TAARUF). Sesungguhnya orang yang paling
mulia di antara kamu di sisi ALLAH ialah orang yang paling bertaqwa di
antara kamu. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui lagi Maha
Mengenal. ( Surah Al-Hujurat ayat 13 )
Seiring berlalunya waktu, kehidupan di dalam perkahwinan akan beransur
menjadi suatu rutin yang biasa, dengan suami atau isteri merasa bahawa
seharusnya pasangannya sudah tahu apa yang diinginkan oleh diri masingmasing.
Pada saya, tanggapan ini kurang tepat. Seharusnya, suami dan isteri tetap perlu

terus mengenali khususnya melalui komunikasi yang lancar dan saling terbuka.
Sentiasa berkongsi cerita, serta menyatakan keinginan tanpa perlu berahsia,
seterusnya berusaha untuk saling mengoptimumkan kelebihan masing-masing
demi kerukunan perhubungan di samping tidak lupa memuhasabah kekurangan
yang ada dan bersedia menerima kesilapan sendiri tanpa memanjangkan
perdebatan atau merasa sakit hati.

JANGAN BERHENTI BERKENALAN


Hmm, nampaknya kena cari resepi baru ni. Alamakalamak.. gurau saya
masih bernada cemas. Sengaja. Perkataan alamak itu saya sebut kuat-kuat.
Biar jelas menerobos ke corong telinga.
Selepas 11 tahun berumahtangga dan mengetahui menu kegemaran suami ialah
kari, kali ini, saya akur sendiri. Di dalam hati, saya mulai berkira-kira untuk
meninjau-ninjau resepi terkini dari laman-laman resepi yang sering menjadi
rujukan saya memasak terutama ketika ketandusan idea.
Sayang dan menghargai suami, seleranya perlu dijaga. Itu pegangan saya.
Tapi abang masih minat dengan soto. Daging masak hitam pun sama, jelas
suami tanpa dipinta. Seakan memahami gelodak rasa yang bermain di jiwa saya.
Saya melirik ke arah suami. Melihat senyumannya yang melebar tatkala
menatap wajah saya yang agak berkerut, cepat-cepat saya mengalihkan
pandangan ke kaca TV. Namun di dalam hati, saya tersenyum lega.
Alhamdulillah
Terima kasih abang kerana membantu diri ini untuk terus mengenalimu
Mencari dan terus mencari cinta ILAHI.

SOLATLAH ANAK-ANAKKU
Sekejap-sekejap saya meninjau ke anak tangga. Namun, kelibat Kak Long dan Kak Ngah
masih belum terlihat di mata.
Hmmdah dekat pukul lima dah ni saya berbisik di dalam hati sambil mengerling
sekilas jadual waktu solat yang ditampal di pintu bilik.
40 minit lagi dah masuk maghribsaya mencongak-congak sendiri.
Di tingkat bawah, riuh rendah suara anak-anak bermain menerobos masuk ke cuping
telinga. Sesekali tercuit juga mendengar telatah mereka berbual dan bergurau. Usik
mengusik dan saling berbalas kata hingga banyak kali si kecil Solehah menangis akibat
dikenakan oleh kakak-kakak dan abangnya, Khalil.
Hmmm, asyik betul bermain. Bisikan di hati bertemali.
Di luar rumah, suasana terang kian kelam. Siang pergi, malam pula mengambil ruang untuk
mengabdikan diri. Bukti ketaatan yang tidak pernah culas kepda Pencipta Yang maha Suci.

MELENTUR BULUH
Biarpun saya dan suami tidak pernah dilatih untuk menunaikan solat ketika kecil oleh kedua
ibubapa kami, namun melihat kepada perkembangan kurang sihat di kalangan generasi hari
ini, juga tatkala menerima sekian banyak luahan diri, masalah peribadi, pergolakan

keluarga, keruntuhan rumahtangga dan seumpamanya yang melibatkan individu-individu


yang bermasalah dalam pelaksanaan solat mereka; kami menyimpulkan bahawa
penekanan solat sememangnya penting agar kefahaman di sebalik pelaksanaan
ibadah solat yang sempurna mampu menatijahkan manfaatnya iaitu sebagai
benteng kepada sebarang perlakuan buruk, seterusnya mengukuh jatidiri seorang
mukmin bertaqwa dari menghampiri sebarang aktiviti maksiat dan berterusan dalam dosa.

Firman ALLAH SWT :

Maksudnya : Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al


Kitab (Al Qur'an) dan dirikanlah salat. Sesungguhnya salat itu
mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Dan
sesungguhnya mengingat Allah (salat) adalah lebih besar
(keutamaannya dari ibadah-ibadah yang lain). Dan Allah mengetahui
apa yang kamu kerjakan. ( Surah al Ankabut ayat 45 )
Kerana itu, saya dan suami meyakini bahawa semua itu dapat dicapai dengan memulakan
didikan solat kepada anak-anak sejak kecil lagi, iaitu bila mereka sudah mula menunjukkan
minat meniru setiap geraklaku ibu bapa yang biasanya terjadi seawal usia dua tahun lagi.
Melentur buluh biar dari rebungnya, demikian nasihat orang-orang dahulu kala.
Sungguh! Ada relevannya.
Sebelum anak-anak mencecah usia 7 tahun, saya dan suami sendiri bermula hanya dengan
mengajak-ajak ayam anak-anak agar mereka mahu untuk solat bersama, menghampar

sejadah dan memakaikan tudung agar mereka merasa teruja untuk mengikuti pergerakanpergerakan yang ada di dalamnya.
Betul atau salah cara mereka menunaikan tiang agama itu dari sudut perbuatan, bacaan
mahupun bilangan rakaat solat yang ditunaikan pada ketika ini bukan menjadi persoalan
kerana objektif utama hanyalah untuk menanamkan minat dan memperkenalkan anak-anak
kepada ibadah solat.

Tidak perlu menggunakan kuasa veto ibu bapa untuk memaksa anak-anak melakukannya
kerana sebarang perkembangan kemampuan anak-anak melakukan gerakan solat akan
berlaku hasil dari kematangan proses belajar yang diberikan. Pengalaman dan pelatihan
yang berterusan sebenarnya mempunyai pengaruh kepada mereka, bermula dengan didikan
asas sejak kecil dan ia akan berkembang selaras dengan pertambahan usia mereka.
Seterusnya, setelah usia anak-anak mencecah 7 tahun ke atas, barulah suami meminta saya
untuk mengajar anak-anak berwudu dengan cara yang betul, menyemak bacaan solat
mereka terutama bacaan-bacaan yang dikategorikan sebagai rukun solat seperti al Fatihah
dan tahiyyah, sementara semakan lebih serius dan 'digeruni' oleh mereka dilakukan sendiri
oleh suami setiap kali selepas solat maghrib.

Manakan tidak, rotan juga 'disediakan'.

Selain itu, kami juga membelikan mereka pakaian solat sebagai satu ransangan dan motivasi
yang akan menghadirkan perasaan gembira untuk menunaikan solat bersama-sama.

HUKUMAN
Abang, kak Long kak ngah belum solat Asar lagi. Dah masuk waktu Maghrib ni. Asyik
sangat bermain la tu, sampai lupa waktu, lapor saya kepada suami di bilik studi.
Seperti biasa, tanpa banyak bicara, suami bingkas bangun dan mengambil penyangkut baju
di belakang pintu. Saya hanya memandang. Telah maklum apa yang akan berlaku sebentar
lagi.
Kak long, kak ngah..naik atas kejap. Dari dalam bilik studi saya mendengar suara suami
memanggil. Sejurus, kedengaran bunyi tapak kaki berlarian mendaki satu demi satu anak
tangga.
Dah solat Asar ke belum? Tanya suami. Tegas. Saya mencuri-curi pandang dari balik daun
pintu bilik studi. Terlihat wajah anak-anak menekur lantai anak tangga. Jawapan balas yang
diberi juga sayup-sayup masuk ke cuping telinga saya. Lemah. Nada orang bersalah.

Hulur tangan, arah suami. Masih tegas dan menggerunkan hati anak-anak yang
mendengar. Suami memukul tapak tangan kedua-duanya. Dua kali setiap seorang. Wajah
kak long muram. Kak ngah juga demikian.

Pukulan yang tidak begitu kuat, tidak melukakan tetapi cukup sebagai pengajaran dan
diharap tersemat kukuh di dalam ingatan.
Ambil wuduk sekarang.. qada solat asar. Arahan suami masih belum selesai. Kak long dan
kak ngah menurut perintah. Saya memandang suami. Suami juga melihat ke arah saya. Kami
saling berpandangan. Penuh makna.

Kami sentiasa memikirkan bagaimana sensitiviti anak-anak di luar pandangan


dan ingatan kami, adakah mereka akan kekal patuh dan ingat kepada
tanggungjawab mereka?

GALAKAN DAN CEGAHAN


Sememangnya melatih dan mendidik anak-anak untuk melazimi solat fardu yang lima
bukan sesuatu yang mudah. Ia memerlukan kesabaran, konsentrasi dan komitmen yang
tidak berbelah bagi dari kedua ibu bapa. Baik suami, juga isteri, kedua-duanya perlu saling
bekerjasama dan tidak bertelagah dalam menentukan corak didikan terhadap anak-anak.

Amat membimbangkan apabila saya pernah membaca di dada akhbar beberapa tahun
dahulu, peratusan umat Islam yang tidak mengerjakan ibadah solat fardu lima waktu dengn
sempurna. Laporan tersebut merupakan hasil kajian seorang pakar motivasi terkenal
tanahair, Dato Dr. Mohd Fadzilah Kamsah. Peratusan angka ini diperoleh melalui tinjauan
beliau menerusi program-program ceramah dan motivasi, yang dijalankan di seluruh negara
serta pemerhatian terhadap gaya hidup masa kini.
Justeru itu, saya dan suami bersetuju untuk melaksanakan peraturan baru dalam didikan
solat anak-anak kami terutama kepada kak long dan kak ngah yang telah menjangkau usia 9
dan 11 tahun pada tahun ini.

Jika ketika mereka kecil, saya dan suami hanya mengajak dan memberi galakan, tetapi
sebaik sahaja mereka melangkah usia mumayyiz, kami mahu melihat keinginan untuk
solat itu bukan terhasil dari suruhan atau perintah ibu bapa, sebaliknya ia

hadir dari kesedaran mereka terhadap penunaian solat sebagai satu kewajipan yang
mesti dilaksanakan ke atas setiap muslim yang taat kepada TUHAN ar Rahman.
Peraturan tersebut ialah kami tidak lagi mengingatkan mereka setiap kali waktu solat tiba.
Pada tahap ini, saya dan suami cuba untuk menyemai mujahadah ( kesungguhan dari diri
sendiri ) pada diri anak-anak agar pemahaman dan ilmu yang ada tentang solat dapat diakui
oleh hati.

Tambahan lagi waktu solat di UK ini yang sering berubah-ubah mengikut musim,
menyebabkan perlu sentiasa peka dan berawas sentiasa dengan masa. Berbeza dsekali
dengan waktu solat di malaysia, waktu di sini boleh berbeza 1 - 6 minit setiap hari. Lebih
megelirukan apabila waktu diawal dan dilewatkan sejam kerana perubahan musim panas
dan sejuk. Bukan anak-anak sahaja yang keliru, malah orang dewasa yang baru sampai ke
UK juga begitu.

Untuk lebih membantu anak-anak tanpa meninggalkan mereka begitu sahaja, suami
menampal jadual waktu solat di pintu bilik mereka. Jika masih leka dengan bermain dan
sebagainya, sehingga solat tidak ditunaikan di dalam waktunya, maka kami akan
mengenakan hukuman ringan sebagai satu pelaksanaan kepada gesaan dari hadis Rasulullah
SAW yang bermaksud :

Suruhlah anak-anakmu solat ketika mereka berumur tujuh tahun, dan


pukullah mereka jika meninggalkan solat ketika berumur sepuluh tahun..
( Hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud )

POHON PENILAIAN
Cuba kak long, kak ngah tengok gambar ni. Saya berkata sambil menghulurkan
dua keping gambar tidak berwarna kepada mereka.

Kak long dan kak ngah segera


mengambil dan mengamati gambar-gambar yang diberikan.
Gambar pertama merupakan lakaran sebatang pohon dengan tujuh dahan yang dipenuhi
lima helai daun dan sebiji buah pada setiap satunya, manakala gambar kedua, juga
merupakan lakaran sebatang pokok tetapi lebih besar dengan dahan yang lebih banyak dari
yang pertama.

Ni untuk apa Ummi. Ala, dalam bahasa arab. Kak ngah tak faham.. balas kak ngah sedikit
mengeluh tatkala melihat tulisan yang tertera pada gambar di hadapannya bukan di dalam
bahasa melayu atau inggeris.
Apa kak long, kak ngah kena buat dengan pokok-pokokni Ummi? kak long pula menyoal.
Tergambar keterujaan pada riak wajahnya.
Ini jadual penilaian namanya, untuk solat fardu, subuh, zuhur, asar, maghrib dan
isyak...cukup lima kali sehari semalam, tapi dalam bentuk sebatang pokok. Gambar pokok
yang pertama ni untuk penilaian seminggu, yang kedua ni pula untuk sebulan, saya
menjelaskan.
Dengan pokok ni kak long dan kak ngah boleh tengok bagaimana penjagaan solat seharihari. Adakah dah jaga masa solat dengan baik atau tidak. Cuba tengok ni... saya
mengarahkan tumpuan ke bahagian bawah helaian tersebut.
Di situ tertera panduan mudah bagaimana pokok penilaian itu diaplikasikan.
Kalau kak long, kak ngah solat awal waktu, tak lewat atau terlepas, daun pada dahan ini kak
long dan kak ngah warnakan dengan warna hijau. Kalau lambat atau dah habis waktu, baru
nak solatwarna daun diwarnakan dengan kuning. Kalau banyak daun hijau, itu tandanya
solat kak long, kak ngah bagus. Tambah pula dengan gambar buah-buah ni yang diwarnakan
dengan warna merah kalau kak long dan kak ngah ada buat perkara-perkara baik.

Wah! Tentu cantik pokok kak long dan kak ngahkan? jelas saya lagi.
Kedua-duanya tersenyum-senyum senang hati.
Kalau kita tengok pokok yang daunnya warna hijau, kan cantik. Segar je. Orang lain pun
boleh duduk di bawahnya ketika panas sebab redup. Berbanding pokok-pokok yang daunnya
warna kuningtanda layu dan nak gugur. Lama-lama tak ada daun, tinggal batangnya je
tambah saya panjang lebar.
Haahmacam daun-daun masa autumn kat UK ni kan Ummi kak long tersengih
menampakkan gigi. Saya menganggukkan kepala mendengar kata-katanya.
Dan lagi, bila habis je seminggu dan ummi tengok pokok penilaian solat kak long kak ngah
penuh dengan daun-daun hijau, ummi akan beri setiap seorang 50pence (= RM 2.30)
sebagai hadiah. Simpan dalam tabung taubut please don't forget, kak long dan kak ngah
perlu jujur dengan diri sendiri....macam tadi, tak bohong bila ayah tanya dah solat asar atau
belum.
Walaupun kak long dan kak ngah dah tahu, kalau lewat dan tertinggal waktu solat kena
hukum. Orang yang solat, sentiasa berusaha bercakap benar. Apa hadis yang kak long, kak
ngah hafal tu?" saya mengambil kesempatan menduga ingatan kedua-duanya.
" , always be truthful.." jawab kedua-duanya serentak.
"Alhamdulillah. Be honest ok, saya mengakhiri kata-kata sambil menghadiahkan senyuman
manis buat anakanda berdua.
Dalam pada itu, saya teringat suami pernah membuat kejutan selepas merotan keduanya
kerana terlepas waktu solat, namun kemudian menganugerahkan 2 kepada mereka sebagai
penghargaan bercakap benar. Lebih-lebih lagi, saya baru sahaja memaklumkan kepada
suami bahawa keduanya sangat ingin membeli buku cerita sempena pesta buku di sekolah.
Kelihatan terubat kesedihan mereka dengan anugerah yang tidak disangka itu.

"Ingat.. lain kali kalau tertinggal solat, kena rotan..kalau cakap benar pun tak ada hadiah lagi
tau" tegas suami kepada mereka.

MENJAGA FITRAH
Sesungguhnya tiada sebab lain dari semua yang saya dan suami lakukan di atas melainkan ia
adalah sebagai satu usaha dari saya dan suami untuk menjaga fitrah anak-anak agar tidak
terpengaruh oleh hal-hal negatif sebagaimana maksud dari sabda baginda SAW yang lain :

Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah ( suci ). Maka kedua ibu
bapanyalah yang menjadikannya Yahudi atau Nasrani atau Majusi .
( Riwayat Bukhari dan Muslim )
Setiap ibu bapa seharusnya menginsafi bahawa melalui metod latihan solat yang
memerlukan pengorbanan masa, tenaga dan mungkin wang ringgit ini, ia tidak lebih adalah
sebagai langkah awal untuk memperkuat fitrah ilahiyah yang wujud sejak azali di dalam diri
setiap manusia. Ia disubur dan dikembangkan melalui pelaksanaan lima rukun islam yang
disyariatkan oleh ALLAH SWT di mana salah satu darinya ialah ibadah solat fardu yang
lima.
Untuk itu, usaha selanjutnya harus dikembangkan kepada kesedaran untuk meningkatkan
kualiti solat, sehingga dengannya, ia mampu mencegah anak-anak dari perbuatan keji dan
mungkar. Kualiti ini secara lahiriahnya terungkap dari bagaimana nilai-nilai solat itu hidup
dalam diri individu yang mendirikannya. Mereka yang solat dengan pelaksanaan yang benar,
akan mampu menjaga waktu, memiliki taqwa kepada ALLAH dengan menjaga tingkah laku,
memelihara lidah dari berkata yang sia-sia dan menipu, serta merasakan pengawasan
ALLAH pada setiap ketika, walau di mana mereka berada.
Andai iman itu seumpama akar tunjang bagi sepohon pokok, maka solat pula diibaratkan
sebagai batangnya.

Syariat Islam yang syumul tidak akan dapat disempurnakan sebaiknya jika solat tidak
didirikan. Justeru itu solat berperanan sebagai tiang agama.
Sesiapa yang mendirikan solat, maka dia telah mendirikan agama. Sesiapa yang
meninggalkan solat, maka dia telah meruntuhkan agama.
Benarlah sabda baginda junjungan yang maksudnya :
"Sesungguhnya yang paling mula-mula dihisab pada seorang hamba di hari
Kiamat daripada amalannya ialah solat . Sekiranya solatnya baik, maka dia
akan berjaya dan selamat. Sekiranya solatnya rosak, maka dia akan kecewa
dan rugi." (Riwayat At Tirmizi, An Nasaei dan Ibnu Majah ).

SOLATLAH ANAK-ANAKKU
Ummi, ummitadi kat sekolah Kak Ngah dah cakap pada Miss Bodycote Petang itu,
sebaik selesai mengerjakan solat Zohor dan Asar, Kak Ngah menyapa saya yang sedang
membasuh pinggan dan mengemas dapur.
Mendengar kata-katanya, saya menoleh. Selalunya bila Kak Ngah berbicara tidak jelas
sebegitu, dia mahu berbual dan bercerita.

Kak Ngah cakap apa pada cikgu? saya menyoal. Menurut agakan saya, tentu perkara yang
dibicarakan itu hanya berkaitan kerja-kerja sekolahnya sahaja. Akan tetapi
Pasal solat la Ummi.. Kak Ngah menjawab.
Solat? Saya mengerutkan dahi.
Ye la Ummisekarang kan waktu sembahyang dah cepatjadi Kak Ngah pun cakaplah
pada cikgu Kak Ngah : Miss Bodycote, the time to pray for muslim is getting early, so we
dont want to miss prayer, we need a place in school to pray , in a clean place, we will
bring our praying mat to school. Kak Ngah bercerita sambil penuh ekspresi memek muka.
Saya tersenyum tanpa bicara. Seungkap kalimah tahmid merecup indah menyelimuti jiwa.
Sekalung doa menyusul ke hadrat Yang Maha Esa :



Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap
mendirikan solat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.(Surah Ibrahim ayat
40 )
Solatlah anak-anakku....
Mencari dan terus mencari cinta ILAHI.

Anda mungkin juga menyukai