Anda di halaman 1dari 4

Pengenalan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ditubuhkan pada 1 Mei 1997 di bawah Perintah Universiti
Pendidikan Sultan Idris (Perbadanan) 1997 dan Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Kampus)
1997 menerusi Warta Kerajaan P.U (A) 132 & 133 yang bertarikh 24 Februari 1997.
UPSI terletak di Tanjung Malim Perak Darul Ridzuan. UPSI mempunyai dua kampus iaitu Kampus Sultan
Abdul Jalil Shah (KSAJS) dan Kampus Sultan Azlan Shah (KSAH) yang bitara dalam kepimpinan
pendidikan berlandaskan kegemilangan sejarah serta menerajui perubahan global.
UPSI begitu komited untuk membawa perubahan dalam pendidikan melalui penyebaran ilmu menerusi
pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, penerbitan, perundingan dan khidmat masyarakat dalam
konteks pembangunan modal insan cemerlang di dalam negara dan di peringkat antarabangsa.

Menginsafi Bahawa
Pertama, fungsi sesebuah Universiti bukanlah sekadar menguruskan program-program latihan, tetapi
lebih penting daripada itu, iaitu mengendalikan sebuah proses pendidikan ke arah pembinaan dan
pengukuhan sebuah peradaban, sama ada secara ketara ataupun tersirat ;
Kedua, Universiti adalah sebuah lanjutan kepada kesinambungan sebuah tradisi pendidikan perguruan
yang berusia lebih lapan dekad dengan kebitaraan dan kecemerlangannya yang tersendiri ;

UPSI sambil mengiktiraf kekuatannya dalam sejarah bangsa dari segi sumbangannya bagi tempoh
hampir satu abad, hendaklah juga menginsafi hakikat yang ia harus terus hidup dalam seni perubahan
yang semakin pesat dalam era ini.

Maka
Melewati fungsi utamanya untuk melahirkan lulusan bagi mengisi keperluan sumber daya manusia yang
mencukupi bagi negara, Universiti hendaklah menjadikan dirinya bertanggungjawab untuk mendidik
pelajar-pelajarnya malah seluruh anggota masyarakat Universiti sendiri - memiliki ciri-ciri berikut :

Pertama, beriman sejati, berkeperihatinan atas kesucian ilmu dan pengetahuan,


kebijaksanaan dan berkeikhlasan intelek, berperikemanusiaan dan bertatalaku mulia ;

Kedua, bersifat patriotis dan nasionalis yang sihat dan liberal serta bersifat celik
budaya, celik agama dan celik global.

Matlamat terakhir UPSI adalah menjadikan anggota masyarakatnya, terutama sekali pelajar-pelajarnya,
berimbang perkembangan minda, jiwa, jasmani dan rohaninya, serta berpeluang merealisasi diri sendiri
sebagai individu dan memperkembangkan diri sendiri sebagai anggota yang bertanggungjawab kepada
masyarakat dan negara serta dunia dan alam sejagat.
Ke

arah

itu,

Universiti

meletak

keutamaan

KEBUDIDAYAAN,

tertinggi

ke

atas

KEIMANAN,

KETAMADUNAN,

KEILMUAN,

KEMANUSIAAN,

KEMASYARAKATAN dan KENEGARAAN. Dalam mendekati matlamat falsafah ini, Universiti


menitikberatkan KECEMERLANGAN dalam setiap bidang aktivitinya.

Visi
Menjadi Universiti yang bitara, cemerlang dalam kepimpinan pendidikan berlandaskan kegemilangan
sejarah serta menerajui perubahan global.

Misi
Menjana dan menatar ilmu menerusi pengajaran, penyelidikan, penerbitan, perundingan dan khidmat
masyarakat, dalam konteks pembangunan insan untuk mencapai wawasan negara.

Moto
"Komited Membawa Perubahan Dalam Pendidikan".

Matlamat
Untuk mencapai misi di atas, Universiti berazam dan beritlizam :

Mengutamakan keikhlasan intelek dan kejujuran sikap dalam aktiviti meneroka


sambil menyoal kembali kebenaran yang telah diterima selama ini bagi menjana,
mengembang dan memperdalam ilmu;

Mewujudkan kesinambungan sumbangan yang berterusan bagi membangun dan


memperkaya ilmu terutamanya menerusi bahasa Melayu dalam pelbagai bidang;

Menatar dan berkongsi ilmu melalui aktiviti-aktiviti kesarjanaan, termasuk


perangkaian maklumat, pendidikan, penerbitan dan perundingan dalam dan luar negara;

Membina potensi individu bagi menjadikannya berilmu, berketerampilan, berbakat


tinggi, berakhlak mulia dan bersemangat patriotis;

Menggerakkan komunitinya supaya lebih prihatin betapa perlunya mereka


menyumbang khidmat kepada masyarakat dan negara, terutama ke arah pemupukan
semangat patriotis dan nasionalistis untuk membina sebuah bangsa Malaysia dan
menyumbang kepada kesejahteraan sejagat.

NILAI BITARA

PETUNJUK BITARA
Amanah
Telus
Akauntabiliti

BERINTEGRITI

Adil
Iltizam
Cinta Ilmu
Kompeten

PROFESIONAL

Beretika
Muafakat
Fokus Matlamat

SEMANGAT

Horat-Menghormati

BERPASUKAN

Bangga UPSI
Responsif
Proaktif

BERORIENTASIKAN

Mesra

PELANGGAN

Berkualiti
Empati
Penghargaan

PRIHATIN
KEBAJIKAN ANGOTA

Keselesaan Persekitran
Peluang Untuk Maju

Penambahbaikan Berterusan
Nilai Tambah
Rebut Peluang
KREATIF DAN INOVATIF

Berdaya Cipta

Anda mungkin juga menyukai