Anda di halaman 1dari 16

TUGASAN 1: PENULISAN ESEI

Sejauh Mana Peranan Pentadbir Dan Guru Di Sekolah Mampu Merealisasikan Matlamat
Kementerian Pelajaran Malaysia Melahirkan Modal Insan Yang Berkualiti Sejajar Dengan
Hasrat Malaysia.

Modal insan yang berkualiti adalah satu kemestian, bukan lagi satu kemewahan,
kerajaan dan rakyat harus bersama-sama mempunyai tanggungjawab yang perlu
dilaksanakan dengan penuh komitmen.Pendidikan dan latihan kemahiran berkualiti yang
berterusan juga akan memastikan modal insan negara kekal relevan dengan kehendak
industri dan pasaran semasa serta mampu berdepan dengan cabaran dan suasana
persaingan antarabangsa yang kian meningkat.
YAB

Dato

Seri

Abdullah

Ahmad

Badawi(Perutusan Hari Pekerja, 1 Mei


2006)

Malaysia kini berada pada titik pertengahan dalam perjalanan ke arah mencapai
Wawasan 2020 di mana negara akan menjadi negara yang maju secara holistik.

Justeru,

agenda pembangunan modal insan ini perlu diutamakan dalam proses pembangunan negara
kita kerana menjadi pemangkin yang bakal mencorakkan tahap ketamadunan bangsa yang
disasarkan bermula dari era mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed. Sebagai
panduan untuk mencapai wawasan ini, Misi Nasional iaitu pembangunan modal insan adalah
satu rangka kerja bagi agenda pembangunan negara. Modal insan adalah aset yang paling
berharga bagi sebuah negara yang boleh disuntik nilai tambahnya dengan ditingkatkan nilai
inteleknya serta diperkaya modal budayanya.

Pembangunan modal insan yang dirancang

dengan rapi adalah penentu bagi meningkatkan daya saing dan produktiviti negara dalam
meningkatkan bina upaya generasi muda Malaysia ke arah melahirkan guna tenaga yang
terlatih, berdaya saing sepadan dan mencukupi dengan keperluan dan kehendak industri dan
pasaran semasa atau masa hadapan negara menjelang tahun 2020. Justeru, modal insan yang
ingin dihasilkan perlulah mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran
menyelesaikan

masalah,

berkeupayaan

mencipta

peluang-peluang

baru,

mempunyai

ketahanan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering

berubah-ubah.

Menurut Sidek Baba(2005),tanpa nilai dan etika remaja akan nantinya

kehilangan pedoman dan petunjuk tentang sesuatu yang baik atau buruk, bermanfaat atau
membawa akibat buruk, halal atau haram, berguna atau sebaliknya supaya kehidupan
dewasanya nanti akan menjadi lebih sejahtera dan baik. Justeru itu, untuk menjadi sebuah
negara membangun yang cemerlang, gemilang dan terbilang maka perlulah terdapat pengisian
modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Modal insan berkualiti tidak saja memiliki
upaya ilmu dan keterampilan yang sifatnya semasa dan canggih tetapi ia tidak menolak
kepentingan nilai, etika sebagai asas pedoman.
Sebelum membincangkan lebih mendalam berkaitan pembangunan modal insan
perlulah kita mengetahui makna sebenar modal insan yang berkualiti yang diidam-idamkan
seperti yang digariskan oleh kerajaan berpandukan Misi Nasional.

Menurut Muhammad

Hisham bin Mohamad (2005) dalam, modal insan (human capital) atau dikenali juga sebagai
pembangunan sumber manusia. Nilai modal insan ini yang akan mencorakkan hala tuju negara
ke arah wawasan yang disasarkan. Tanpa sumber manusia berkualiti, sesebuah negara akan
lemah kerana ketiadaan faktor manusia yang menjadi pencetus kepada inisiatif baru dalam
kegiatan sosioekonominya. Aini Jaafar (2006), menjelaskan istilah modal insan (human capital)
adalah merupakan suatu istilah ekonomi yang baru. Istilah ini juga jelas menggambarkan ianya
daripada fahaman kapitalismem tidak hairanlah, manusia hanya dilihat sebagai buruh dan
pengusaha, seperti mana yang terdapat dalam ilmu ekonomi moden. Dengan itu, manusia
dilihat sebagai suatu jenis modal dan dinamakan sebagai modal insan, iaitu sebagai suatu
aset tenaga yang sungguh penting dan bermakna kepada kegiatan ekonomi, pembangunan
negara, mahupun kemajuan bangsa dan ummah. Modal ini perlu digerudi, dibangunkan dan
diuji bagi menentukan kemampuannya sebelum memanfaatkannya.Untuk memahami maksud
pembangunan sumber manusia, kita perlu jelas atau tahu matlamat kewujudan unsur terpenting
yang hendak dibangunkan iaitu manusia itu sendiri.
Pembentukan modal insan yang berkualiti juga dikenali sebagai pembangunan sumber
manusia merupakan antara agenda utama dalam merealisasian Rancangan Malaysia Ke-9
(RMK-9) yang dilancarkan oleh Perdana Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberi
fokus kepada unsur ini memandangkan manusia itu sendiri akan berperanan dengan begitu
ketara pembangunan justeru mampu membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju.
Konsep pembangunan modal insan ini adalah proses untuk membentuk insan yang baik, kamil
dan berguna, bukan sahaja kepada diri sendiri, malah kepada masyarakat, agama dan negara.
Berdasarkan matlamat dan fokus pembangunan modal insan Kementerian Pelajaran Malaysia

(KPM) sepanjang tempoh RMKe-9 adalah dalam melahirkan modal insan yang memiliki
penampilan unggul untuk mendukung cita-cita negara serta menyediakan kepimpinan yang
utuh (towering personality).

Seseorang dengan penampilan unggul mempunyai ciri-ciri

berhemah mulia, berpendidikan serta berjaya dalam bidang yang diceburi. Di samping itu,
seseorang yang memiliki penampilan unggul akan memiliki sifat-sifat perlulah mempunyai
pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni seperti amanah, berbudi pekerti,
rajin, berdisiplin, ikhlas dan tekun dalam semua usahanya.

Maka, matlamat dan cabaran

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) adalah untuk memupuk semangat menguasai ilmu
pengetahuan, kemahiran dan kompetensi, menerapkan nilai, moral dan sikap positif serta
membina disiplin diri dalam kalangan pelajar bagi menghasilkan perwatakan pelajar yang
unggul.

Justeru, pembangunan modal insan bertujuan untuk memastikan anak bangsa

Malaysia mempunyai ilmu pengetahuan serta kepakaran yang tinggi bagi penyediaan guna
tenaga dalam pelbagai jenis pekerjaan. Disamping pelajar-pelajar ini akan dilengkapi dengan
kemahiran, komunikasi berkesan, kebolehan mengunakan ICT dengan baik, berupaya berfikir
secara kreatif dan kritis serta mampu bertindak secara rasional; mengamalkan pembelajaran
sepanjang hayat; mempunyai nilai yang tinggi serta berupaya menjadi pemimpin berkesan
dalam keluarga dan masyarakat.
Dalam konteks pembangunan negara kita sering menginginkan supaya Malaysia
membangun mengikut acuan tersendiri, hasil daripada pengajaran yang diperolehi daripada
penjajahan serta pengalaman pembangunan di barat yang menunjukkan pembangunan fizikal
tidak diiringi dengan moral dan nilai. Pembentukan modal insan masa ini jelas cuba dijelmakan
melalui konsep Islam Hadhari yang dibawa oleh kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri
Abdullah Ahmad Badawi. Menerusi gagasan Islam Hadhari, sumber manusia ini akan melalui
satu pakej pendidikan yang menyeluruh, yang turut merangkumi aspek kerohanian agar insan
yang bakal dihasilkan adalah insan yang berkualiti dan dinamik. Justeru, modul tertentu perlu
dilaksanakan oleh pihak sekolah agar para pelajar menghayati konsep hadharah dalam Islam
ini.Hal ini demikian kerana daya usaha pembangunan sumber manusia adalah selaras dengan
ajaran Islam.Kemakmuran dan kesejahteraan negara banyak bergantung kepada kemampuan,
kemandirian dan jati diri rakyatnya.Oleh itu adalah wajar sekali pembangunan fizikal diimbangi
dengan pembangunan rohaniah dan sistem pendidikan merupakan faktor penting terhadap
usaha ini. Maka, tugas Kementerian Pelajaran Malaysia adalah untuk menyediakan generasi
muda

Malaysia

dengan

seluas-luas peluang

bagi

memperkembangkan

potensi diri,

melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan membentuk ciri-ciri keperibadian dan

perspektif hidup yang membolehkan mereka berjaya dalam kehidupan dan mampu memajukan
lagi negara di mata dunia, selari dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1986
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) telah dirumuskan pada tahun 1988 dan
dinyatakan dalam Akta Pendidikan 1996 yang berbunyi:
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Usaha ini adalah bertujuan melahirkan
rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
(Akta Pendidikan 1996, Akta 550)
Pendidikan di Malaysia berkembang dengan pesat sekali.Panduan utama pendidikan di
Malaysia ialah berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).FPK digubal untuk
memberi panduan atau arah tuju untuk menentukan haluan, asas dan inspirasi kepada semua
usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan.Sebagai negara yang sedang membangun,
aspek utama yang ditekankan oleh kerajaan ialah pembangunan modal insan. Pembangunan
modal insan yang seimbang akan menjamin pembangunan sesebuah negara. Dalam hal ini
pendidikan memainkan peranan yang amat penting bagi merealisasikan hasrat negara untuk
menjadi negara maju menjelang tahun 2020.Penekanan yang diberikan untuk menjana
pembangunan modal insan yang seimbang ialah dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek
sepertimana yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).Menurut
Kementerian Pelajaran Malaysia (2001), Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) digubal oleh
pakar-pakar pendidikan secara teliti dengan mengambil berat keperluan-keperluan individu,
masyarakat dan negara.Pernyataan FPK menegaskan sistem pendidikan di Malaysia memberi
penekanan terhadap perkembangan potensi individu secara bersepadu dan menyeluruh kearah
melahirkan insan yang baik berdasarkan kepercayaan, keyakinan dan kepatuhan kepada
tuhan.Ini bermakna, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) berhasrat melahirkan insan yang
berpegang teguh pada agama yang perlu dijadikan teras kepada pendidikan di negara ini
bermula daripada pendidikan pra sekolah sehinggalah ke peringkat pengajian tinggi dalam
usaha melahirkan modal insan yang berkualiti.

Selaras dengan hasrat membina modal insan berdasarkan konsep Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) yang digubal daripada pemikiran yang rasional dan kritis, berlandaskan
daripada ideologi negara sebagaimana yang telah dimanifestasikan dalam Laporan dan Dasar
Pendidikan dengan mengambil inspirasi daripada proses pembangunan bangsa dengan
mengariskan segala istilah, pemikiran dan prinsip berkaitan bidang pendidikan. Dengan kata
lain, konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) adalah menggabungkan matlamat, dasardasar dan amalan-amalan pendidikan sebagai satu entiti keseluruhan yang tekal, jelas dan
logik. Falsafah Pendidikan ini dimanifestasikan dalam diri insan yang memiliki ciri-ciri baik,
seimbang dan harmonis. Dalam konteks yang lebih luas, insan yang baik, seimbang dan
harmonis mencerminkan individu yang berilmu pengetahuan, luhur dan mulia dari segi rohani,
sihat dan bersih dari segi mental dan fizikal serta dapat berbakti kepada agama, bangsa dan
negara Kementerian Pelajaran Malaysia (1988).

Adalah amat penting untuk para pendidik

untuk memahami dengan jelas tentang Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan
hubungannya dengan melahirkan modal insan. Ini adalah sangat penting kerana apabila
pendidik memahami dengan jelas tentang Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan hasrat
kerajaan melahirkan modal insan, maka sudah tentunya matlamat pendidikan serta hasrat
negara akan tercapai.

Melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), kita akan dapat

melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan inteleknya. Disamping itu
juga proses memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh juga akan lebih mudah
dilaksanakan.
Menyedari bahawa perancangan untuk melahirkan generasi dengan sifat keunggulan
adalah tanggungjawab yang berat, usaha ini harus dilakukan secara berterusan dengan
penggembelengan tenaga dan komitmen jitu daripada semua pihak. Penghasilan modal insan
yang dinamik dan progresif memerlukan proses pengisian minda dengan ilmu pengetahuan
kerana modal insan yang berilmu akan menjadi rebutan organisasi atau pihak-pihak tertentu
kerana merupakan aset berharga. Golongan yang berilmu bijak untuk mengurus sumber atau
aset organisasi dalam bentuk yang terkawal dan sumber manusia berilmu itu dapat melakukan
sesuatu tugasan, mereka akan melakukan dengan rasa penuh tanggungjawab, amanah dan
berdedikasi. Justeru, dalam sistem pendidikan dilihat sekolah adalah salah satu institusi yang
dipertanggungjawab bagi membentuk modal insan negara yang menjadi teras pertama Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan.Justeru, sekolah bertanggungjawab melahirkan warganegara
yang baik dan bertaggungjawab agar dapat menjaga keamanan, kesejahteraan serta
kelangsunggan bangsa mengikut kemampuan dan bidang masing-masing mengikut acuan dan
nilai Malaysia. Dalam usaha tersebut sekolah perlu menjadi negara miniatur yang

dipertangguangjawab menghasilkan warganegara masa hadapan yang berguna kepada negara


dengan melatih dan mendidik bangsa Malaysia berdasarkan sistem yang efektif dan berkesan
agar dapat dimanfaatkan bangsa Malaysia dalam menjadi insan yang berupa aset kepada
negara.
Sekolah sebagai negara miniature bermaksud pengurusan dan pentadbiran seperti
sebuah negara namun berbeza dari segi skala yang lebih kecil dengan mempunyai ciri-ciri asas
sebuah negara yang mempunyai wilayah dan batas sempadan, warga sekolah dan
warganegara, sistem pengurusan dan pentadbiran, jentera-jentera penggerak, lambang
kedaulatan, undang-undang dan masyarakat berbudaya.

Dengan mengaplikasikan sekolah

sebagai negara miniatur, adalah usaha berturusan kerajaan dalam membangunkan modal insan
bangsa Malaysia.Jika dilihat dari aspek wilayah dan batas sempadan, menunjukkan kawasan
pentadbiran sekolah yang mempunyai unit pentadbiran mininya tersendiri yang melibatkan
pelajar dalam pengurusan unit itu dengan pelantikan yang diselia oleh guru penasihat ataupun
pembimbing dalam sesuatu organisasi yang bertanggungjawab terhadap tugas yang
diamanahkan.

Aspek seterusnya, warga sekolah dan warganegara yang merujuk kepada

semua warga yang terletak di bawah kuasa pihak pentadbiran sekolah itu sendiri. Sebagai
sebuah pentadbir, setiap warga akan mencurahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi
dengan menunjukkan tingkah laku yang menghormati pemimpin serta perlembagaan yang ada
serta kesediaan mencurahkan ketaatan dengan sumbangan mereka demi mempertahankan
kedaulatan dan nama baik demi menunjukkan kecintaan mereka. Seterusnya, dengan sistem
pengurusan dan pentadbiran sekolah yang bersifat hieraki yang kompleks dan terbahagi
kepada beberapa bidang dan kesemuanya saling bergantung demi manfaat semua warga di
bawah pengurusan efektif dan baik mampu menyumbang kepada kemakmuran dan
kesejahteraan sekolah tersebut dengan sokongan padu jentera-jentera penggerak dalam
memastikan visi dan misi sekolah dapat direalisasikan dengan teratur dan tersusun bagi
memastikan suasana sekolah yang kondusif, makur dan sejahtera.

Secara tidak langsung

generasi muda sebagai aset negara kelak akan terlatih dan bersedia menerima tanggungjawab
dan peranan mereka dalam menjadi warganegara yang baik dan taat disamping membina sifat
kepimpinan pelajar di mana sekolah menjadi arena latihan kepada mereka.

Lambang

kedaulatan dan undang-undang adalah ciri asas sebuah negara dengan adanya lambang
kedaulatan mampu memupuk rasa cinta dan semangat patriotisme kepada bangsa dan negara
dalam melahirkan modal insan yang diimpikan oleh negara. Melalui undang-undang sesuatu
pentadbiran dapat diselanggara dengan baik dan berkesan terutama dalam membentuk warga
yang berdisiplin dasar kepada kemakmuran dan kedamaian bangsa Malaysia. Akhir sekali ialah

masyarakat berbudaya, di mana sekolah berperanan semangat perkauman mengatasi


keharmonian hidup pelbagai dan kesetiaan pada negara dengan membudayakan budaya
berakad, ilmu, penyayang, berbudi bahasa, kerja cemerlang dan amalan demokrasi terpimpin
yang dijadikan sebagai alat penyatuaan etnik dengan memberi peluang pelajar mengamalkan
nilai dan budaya mereka di sekolah.
Ingin ditegaskan semula bahawa, pendidikan juga merupakan suatu alat yang sangat
penting dan dominan dalam proses pencapaian taraf maju masyarakat ke arah matlamat
Wawasan 2020. Wawasan dan misi pendidikan pula menjadi alat terpenting (front runner)
kepada Falsafah Pendidikan Negara bagi melahirkan insan yang ideal seperti yang termaktub
dalam Akta Pendidikan, 1996. Inovasi dan kretiviti merupakan penyumbang ke arah perubahan
organisasi, perkembangan dan pembangunan negara.

Bagi menghasilkan organisasi

pembelajaran yang kreatif dan inovasi, faktor-faktor yang perlu diambil perhatian ialah
pengurusan organisasi, kepimpinan, budaya, teknologi, pemikiran, strategi pempelajaran,
penyelesaian masalah dan juga komunikasi terbuka di sekolah dalam menjelaskan secara
rasional amalan-amalan pendidikan terkini serta membimbing tindakan dan tren pendidikan
masa depan.

Ini adalah kesinambungan daripada Matlamat Pendidikan Negara iaitu

melahirkan insan yang baik dan sempurna supaya menjadi warganegara Malaysia yang baik
dan berguna .Justeru, pihak pentabdiran sekolah berperanan dalam usaha untuk memantapkan
kualiti guru dan meningkatkan keupayaan kepimpinan sekolah untuk mencul sebagai pemimpin
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam melahirkan modal insan kelas pertama.
Dengan galakkan pihak pentadbir kepada guru-guru serta pemimpin sekolah itu sendiri untuk
menyertai latihan dan program sabbatikal dan attachment yang disediakan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) membuka peluang untuk guru-guru dan pemimpin sekolah
memperkayakan pengetahuan dan menimpa pengalaman baru bagi meningkatkan mutu
pengajaran dan pembelajaran dan secara langsung berupaya menangani sebarang tekanan
dalam menjalankan tugasan harian yang kian mencabar.
Bagi mencapai dasar dan matlamat yang memfokuskan pembangunan modal insan
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sepanjang tempoh RMKe-9 adalah sekolah berperanan
sebagai institusi yang dapat meningkatkan keupayaan dan minat pelajar untuk menguasai ilmu
pengetahuan dan kemahiran dan membentuk keterampilan dan keperibadian pelajar dengan
dasar-dasar

atau

perundangan

yang

ditetapkan

sesebuah

oganisasi

dalam

usaha

memantapkan dan memperkukuhkan lagi organisasi dalam usaha melahirkan modal insan.
Pelan Pembangunan Pendidikan mampu menterjemahkan semangat Falsafah Pendidikan

Kebangsaan yang merencanakan pendidikan seimbang sebagai asas mencapai aspirasi murid.
Perkara ini selari dengan maklum balas daripada Dialog Nasional, Pelan Pembangunan
Pendidikan ini juga mengambil pengajaran daripada sistem pendidikan berprestasi tinggi bagi
membangunkan unsur murni dan kecekapan tertentu yang diperlukan oleh murid untuk berjaya
dan berkembang maju dalam dunia global yang semakin mencabar. Sehubungan itu, semangat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan tentang pendidikan seimbang merangkumi enam elemen
(Ekshibit 2-3). Elemen ini bukan sahaja menekankan kepentingan pengetahuan dan kemahiran,
tetapi juga pembangunan kemahiran pemikiran kritis, kreatif dan inovatif; kemahiran memimpin;
kemahiran dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris; sahsiah dan nilai serta semangat
identiti nasional yang kuat. Elemen ini turut memberi penekanan kepada usaha bagi
membolehkan semua murid memberikan sumbangan yang bermakna kepada keluarga,
masyarakat dan negara.
Seperti yang telah dinyatakan, sekolah berusaha memantapkan pembudayaan adab
dan budi bahasa kerana kehebatan sesuatu bangsa ataupun modal insan yang telah dilahirkan
dan tidak sahaja diukur dengan kemajuannya tetapi juga keupayaannya mengamalkan budi
bahasa dan budi pekerti yang mulia. Dalam konteks pendidikan, budi bahasa dan adab sopan
telah dimaktubkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan menerusi pelaksanaan KBSR dan
KBSM, penggabungjalinan ilmu dan penerapan nilai merentasi kurikulum. Cabaran (KPM)
adalah untuk memastikan budi bahasa dan nilai-nilai murni dibudayakan pada peringkat
sekolah secara berterusan agar para pelajar dapat menghargai dan mengamalkan nilai dan
budaya bangsa dalam kehidupan seharian. Justeru pihak sekolah telah menyahut seruan
(KPM) diantaranya, kempen yang dijalankan oleh pihak pentadbir sekolah adalah Sekolah
Penyayang dalam melahirkan modal insan berkualiti bukan dari segi akademik malahan salsiah
juga ditekankan bagi menyokong dan melaksanakan Kempen Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni
yang dianjurkan oleh KeKKWa.

Tujuan utama pihak pentadbir melaksanakan program ini

adalah menggalakkan pelajar memahami dan mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara,


menyedarkan keperluan amalan budi bahasa di kalangan generasi muda dengan cara mendidik
dengan perilaku berbudi bahasa seterusnya mempersiapkan generasi akan datang untuk
meneruskan budaya budi bahasa dan meneguhkan pendidikan nilai-nilai murni merentasi
kurikulum dalam merealisasikan modal insan berkelas pertama. Selaras dengan dasar (KPM)
membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai
murni seperti yang ditekankan dalam (FPK) yang menekankan pembangunan insan seimbang
yang merangkumi aspek intelaktual, rohani, emosi dan jasmani.

Pengukuhan program 3K (Kebersihan, Kesihatan Dan Keselamatan) yang dijalankan di


sekolah oleh pentadbir dilihat sebagai satu usaha bersepadu.Program Amalan Kebersihan
Sekolah membina perlakuan amalan kebersihan sebagai budaya hidup yang berterusan dalam
menjalani kehidupan seharian disamping mewujudkan iklim, serta identiti sekolah sebagai
institusi yang sihat, bersih, indah dan ceria. Tujuan Program Amalan Kebersihan Sekolah
adalah untuk memastikan amalan kebersihan, disiplin diri, cara hidup sihat dan kesedaran
terhadap aspek keselamatan disemai dan dipupuk sejak peringkat awal persekolahan lagi.
Antara program yang boleh dijalankan pihak pentadbiran sekolah adalah seperti pertandingan
Kelas Terbesih dengan mengumumkan juara mingguan dengan memenangi piala pusingan
dapat menggalakkan lagi menglibatan warga sekolah dalam membudayakan kebersihan dalam
kehidupan sehariaan.Dari aspek kesihatan dapat dilaksanakan melalui pengajaran mata
pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJPK) di sekolah rendah dan menengah.
Justeru, penekanan pihak pentadbiran dengan kesedaran kesihatan melalui mata pelajaran
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJPK) dengan mewajibkan guru dan pelajar melakukan
aktiviti fizikal semasa pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kesedaran kesihatan
dalam kehidupan seharian.

Disamping itu, dorongan dan galakan pihak pentadbiran

mewujudnya aktiviti kokurikulum seperti Kelab Kesihatan Sekolah, Kelab Doktor Muda,
Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) dan Saint John Ambulance memberi peluang kepada
pelajar untuk mengaplikasikan dan memahami kepentingan kesihatan dalam membentuk modal
insan yang sihat. Akhir sekali, Program Sekolah Selamat adalah untuk mewujudkan budaya
selamat di sekolah dan menjadikan persekitaran sekolah selamat tanpa gangguan mana-mana
pihak sama ada dari dalam mahupun dari luar melalui kerjasama keluarga, komuniti dan pihak
sekolah. Sebagai panduan kepada pihak sekolah, (KPM) telah mengadakan manual Sekolah
Selamat bagi lima bidang tumpuan, iaitu aktiviti pelajar, bencana alam, fizikal dan bangunan
sekolah, sosial serta persekitaran dan lokasi sekolah.Justeru pihak pentadbiran sekolah
perlulah mengaplikasikan manual sekolah selamat yang telah disediakan oleh (KPM).
Antara langkah lain dalam usaha melahirkan modal insan berkualiti adalah
menwujudkan permuafakatan dalam pembangunan manusia.

Institusi pendidikan seperti

sekolah adalah intitusi yang wujud bagi memenuhi keperluan masyarakat. Masyarakat yang
prihatin boleh menggerakkan pelbagai program bagi memajukan taraf pendidikan dengan
sumbangan yang lebih bermakna dan berkesan dalam hal ehwal pendidikan negara. Justeru,
pihak pentadbir perlulah mewujukan dan menggalakkan pemuafakatan dalam komuniti
pendidikan yang merupakan satu gerakan menyatukan sumber komuniti dan sekolah untuk
memenuhi keperluan bersama bertujuan untuk mewujudkan satu suasana dan persekitaran

belajar yang sempurna yang melibatkan ahli komuuniti yang terdiri daripada ahli sekolah,
keluarga, PIBG, masyarakat, Agensi Kerajaan dan pihak swasta. Kerjasama yang wujud dalam
komuniti bukan sahaja untuk kebaikan murid, tetapi juga kesejahteraan masyarakat secara
keselurahannya. Menurut Syed Idrus & Musa Muhammad Radzi (1994), sekolah adalah satu
institusi masyarakat yang diwakili oleh tiga kumpulan pemuafakatan atau perkongsian iaitu,
sekolah, masyarakat dan agensi masyarakat. Tujuan utama permuafakatan dan perkongsian
adalah mengenal pasti arah tujuan kemajuan sekolah dengan menyumbang pandangan dan
pendapat dengan membuat perancangan selaras dengan tidakan-tindakan yang perlu untuk
mencapai objektif ibu bapa, masyarakat dan agensi-agensi masyarakat yang lain terutama
dalam meningkatkan pretasi pelajar dan sekolah itu sendiri.

Kebekesanan pendidikan di

sekolah banyak bergantung kepada interaksi antara murid dan sistem pendidikan dan antara
murid dengan guru maka, pembalajaran merpakan satu proses yang berterusan dan tidak
bergantung kepada kebolehan semulajadi dan suasana fizikal di sekolah semata-mata tetapi
turut dipemgaruhi oleh faktor-faktor sosial. Justeru pihak pentadbiran sekolah perlulah berusaha
mewujudkan permuafakan yang baik dengan menggerakkan aktiviti sekolah dengan
masyarakat setempat dalam merealisasikan pembangunan insan, masyarakat dan negara
masa hadapan.
Pendidikan adalah kepentingan awam dan mempunyai peranan yang sangat penting
untuk memupuk integrasi antara kaum dalam usaha membangunkan negara. Pendidikan yang
berkualiti dan cemerlang merupakan wahana usaha membangunkan generasi alaf baru selaras
dengan hasrat yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebagsaan bagi meningkatkan
keupayaan dan kemampuan ke tahap yang lebih tinggi dan cemerlang agar mampu
menghadapi cabaran-cabaran abad ke-21 dalam melahirkan modal insan. Perkembangan
semasa dari aspek globalisasi pendidikan, kepelbagaian budaya masyarakat, gejala sosial,
yang kian membarah dan kemajuan teknologi menjadi indicator asas kepada sistem pendidikan
dan persekolahan untuk memenuhi keperluan tenaga maanusia berteraskan keilmuan yang
berkualiti, asas nilai dan moral yang berasaskan kepercayaan kepada Tuhan, semangat
patriotis serta integrasi bangsa Malaysia dan manusia bertaraf dunia. Justeru, para pendidik
adalah wahana yang boleh menentukan corak manusia yang mampu menghadapi cabaran
Wawasan 2020 dalam membentuk modal insan yang berkualiti seimbang dari segi jasmani,
emosi, rohani, intelek dan sosial.

Maka, keupayaan guru mengurus segala tugasan dan

tanggungjawab tanpa sebarang tekanan merupakan asas kepada pembangunan murid


menerusi proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas yang telah
meletakkan tanggungjawab yang tinggi oleh masyarakat kepada sekolah khususnya, para

pendidik. Dalam merealisasikan matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia melahirkan modal


insan yang berkualiti pendidik perlu berinovatif, mempunyai kebolehan kognitif yang tinggi iaitu
analitikal dan kritikal, menguasai pelbagai bahasa dan berkeupayaan berkomunikasi dengan
berkesan serta mampu untuk memberi sumbangan bakti kepada masyarakat, negara dan
dunia.
Daripada perspektif Islam pun, profesion perguruan adalah suatu pekerjaan yang mulia
di sisi Allah dan banyak hadis Rasulullah yang menyarankan manusia menjadi pendidik atau
penuntut ilmu yang menabur bakti mengajar orang lain. Ajaran Islam menekankan kelebihan
amalan pendidikan dengan meletakkan seseorang berilmu pada darjat yang tinggi dan mulia.
Firma Allah dalam Surah Al-Mujadalah ayat 11 bermaksud:
Allah akan meninggikan orang yang beriman antara kamu dan orang yang
diberikan imu pengetahuan dengan beberapa darjat (kemuliaan).Dan Allah Maha
Mengetahui segala yang kamu kerjakan.
Peranan guru sebagai seseorang berilmu sangat besar dalam menyampaikannya
kepada masyarakat agar sesebuah komuniti tidak dibayangi dengan sifat jahiliah atau berada
dalam kegelapan.

Justeru, dalam membentuk modal insan bagi menghadapi cabaran

Wawasan 2020 tugas dan peranan guru semakin mencabar di mana beban tugas dan
tanggungjawab guru bertambah akibat perubahan sosial dan kemodenan teknologi. Justeru,
transformasi sistem pendidikan negara perlu supaya mempunyai kesinambungan Falsafah
Pendidikan seperti yang dinyatakan dalam Akta Pendidikan 1996 untuk melahirkan modal insan
yang seimbang, harmoni, berpengetahuan dan beraklak mulia bersesuaian dengan matlamat
pembangunan modal insan yang berhasrat seperti PIPP KPM disamping menjadikan Malaysia
hab kecemerlangan rantau.

Tema Guru Penjana Modal Insan Gemilang bukanlah satu

ungkapan kosong tetapi harus ditaksir dan dilihat secara kritikal dan analitikal agar apa yang
tersurat dan tersirat dapat dimanfaatkan bersama bukan sahaja untuk golongan pendidik
maupun pelajar tetapi juga untuk masyarakat umum. Dalam membentuk seorang modal insan
perlulah mempunyai kemahiran dan keilmuan iaitu dua aspek yang penting yang perlu dimiliki
oleh setiap insan sebagai modal untuk bergerak mencapai kejayaan dan dilihat dari segi
gemilang adalah kecemerlangan yang berterusan yang mampu membawa perubahan diri serta
memberi sumbangan dan manfaat kepada masyarakat, agama dan negara yangbukan berakhir
begitu

sahaja

dalam

satu-satu

era

pembangunan

tetapi

ia

harus

melalui

proses

penambahbaikan yang dijalankan secara berterusan. Dalam menjana modal insan yang

gemilang, penelitian harus dibuat terhadap sejauhmanakah modal yang ada pada seseorang
itu mampu membawa kegemilangan dan bukan sekadar kejayaan dan kecemerlangan.
Seterusnya, negara memerlukan modal insan yang mampu mencapai kecemerlangan ini secara
berterusan, mencari idea, membuat inovasi, membuat penambahbaikan supaya akhirnya
mampu memberi sumbangan secara ikhlas kepada anak-anak bangsa.
Guru adalah insan mulia kerana mereka telah diamanahkan untuk menyampaikan ilmu
dan mentarbiah masyarakat. Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik
r.a:" Sesungguhnya perumpamaan orang-orang yang berilmu pengetahuan di muka bumi ini
seperti bintang-bintang di langit yang menjadi petunjuk dan menerangi di dalam kegelapan
sama ada di daratan mahupun di lautan, apabila ia terbenam atau hilang dikhuatiri akan hilang
arah tujuan". Itu besarnya peranan guru sebagai pendidik dan pada masa yang sama guru juga
merupakan pelajar yang sentiasa berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan selaras dengan
perkembangan semasa. Budaya menuntut ilmu sepanjang hayat seharusnya dihayati oleh
setiap guru dan segenap lapisan masyarakat.

Guru penjana modal insan gemilang, ini

menjelaskan bahawa tugas guru bukan hanya sekadar menyampaikan ilmu pengetahuan tetapi
mendidik anak bangsa supaya menjadi insan yang berakidah, dinamik dan berkualiti di dunia
dan di akhirat. Maka, dalam merealisasikan harapan yang tinggi ini, guru terpaksa menempuh
pelbagai cabaran dan dugaan dalam era pendidikan dalam menghadapi gejala sosial dalam
kalangan pelajar, disamping harapan yang mengunung daripada masyarakat kepada guru,
ditambah pula dengan sikap sebahagian ibu bapa yang menyerahkan tugas mendidik bulatbulat kepada guru adalah merupakan cabaran semasa para guru. Namun biar sejuta cabaran
mendatang, biar sejuta rintangan menghalang, bagi mereka yang bergelar guru tetap memikul
tanggungjawab dengan penuh sabar dan tabah dalam melahirkan modal insan berasaskan ilmu
pengetahuan yang berbentuk Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah disepadukan agar kemajuan yang
hendak dicapai itu dapat memenuhi tuntutan kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Pendidikan
yang tidak bercorak Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah akan melahirkan sebuah masyarakat yang
tempang sekaligus menggagalkan usaha membentuk modal insan gemilang.Peranan dan
tanggungjawab golongan pendidik mampu melahirkan pembangunan modal insan melalui
sumbangan idea dan tenaga ke arah membina sebuah negara dan bangsa yang dihormati serta
disegani di persada dunia.
Ke arah merealisasikan matlamat kementerian pelajaran Malaysia dalam melahirkan
modal insan yang berkualiti guru sabagai pemandu arah perlulah mempunyai strategi
pengajaran inovatif untuk menghasilkan perkhimatan yang berkualiti di mana perkembangan

semasa menjadikan guru perlu melakukan perubahan dalam gaya mengajaran di dalam bilik
darjah dengan kesesuaian gaya pebelajaran murid. Menurut Raiff (1992), memahami gaya
pembelajaran seorang murid dengan cara cara terbaik akan membantu guru mengurangkan
kekecewaan dan kekecewaan murid tersebut. Sebagai seorang guru yang berinovasi, mereka
perlu sentiasa mengkaji dan menyelidik apa yang erfungsi dan tidak berfungsi dalam profesion
mereka di mana keperluan inovasi guru dalam pengajaran lebih menarik, kerjayaan kurikulum,
kembangkn pontesi pelajar dan penyampaian nilai. Tanggungjawab pendidik dalam pendidikan
adalah membangunkan dan membina pontensi insan dalam empat domain utama iitu jasmani,
emosi, rohani adan intelektual yang menjadi cabaran besar warga pendidik ditambah dengan
beban tugas dan sistem yang sering berubah-ubah yang begitu kompleks.Sebelum melahirkan
modal insan sebagai guru yang ingin mewujudkan inovasi mereka perlulah mempunyai ciri-ciri
sebagai seorang yang berpengetahuan, berkemahiran dan kepakaran yang tinggi dalam bidang
pengajaran dan pembelajaran menjadikan guru sentiasa dedikasi, inovatif dan bermotivasi
dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab.Guru yang berinovatif mampu melahirkan
masyarakat kreatif dan negara kreatif sama melalui pendidikan yang formal atau tidak formal
pada pelbagai tahap murid menerusi pengajaran dan pembelajaran terpancar daam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan serta pengaplikasinya dalam pedagogi dan kurikulum mata pelajaran.
Ekoran itu, telah ada wawasan serta usaha untuk membangunkan modal insan yang
menguasai pelbagai ilmu pengetahuan, berkemahiran dan bermaklumat melalui pelbagai
program pendidikan berkualiti dan holistik untuk memperlengkapkan warga Malaysia bagi
menghadapi dunia global demi merealisasikan agenda negara.

Oleh itu, pelbagai langkah

boleh dilakukan oleh para guru untuk memastikan pembelajaran yang diterima oleh murid di
sekolah dapat membantu membentuk mereka menjadi modal insan negara yang diharapkan
berpandukan Teras Kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 yang telah
dilancarkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007.
Peranan seseorang guru di sesebuah sekolah amat penting terutama dari segi pencapaian
aspirasi dan matlamat negara, dan dalam konteks sekarang salah satu aspirasi tersebut ialah
melahirkan modal insan yang benar-benar berkualiti yang terlibat secara langsung dalam
perlaksanaan kurikulum dan program pendidikan di sekolah.

Oleh itu, segala rancangan

pengajaran-pembelajaran, objektif pengajaran-pembelajaran, penyusunan dan turutan langkah


ketika menyampaikan isi kandungan, pemilihan bahan serta media pengajaran dan pemilihan isi
kandungan haruslah semuanya jelas, pelbagai dan kreatif serta bersesuaian untuk pencapaian
objektif dan menepati kebolehan dan keperluan murid agar mereka mudah mengikuti proses
pengajaran-pembelajaran yang berlangsung seterusnya, dapat menimba segala ilmu

pengetahuan.Pada akhir pembelajaran guru perlulah menerapan nilai-nilai murni bertujuan


memantapkan kekuatan dan membela kemuliaan maruah diri, memacu ketinggian akhlak,
menghayati nilai-nilai murni yang ditekankan kepada pelajar ke arah pemikiran yang berdaya
saing dan maju ke arah memartabatkan jati diri mereka pada tempat yang sewajarnya.
Kecemerlangan akademik dalam bidang kurikulum menyumbang ke arah pembentukan jati diri
yang dianggap sangat penting untuk melahirkan modal insan hasil yang akan menguntungkan
agama, bangsa dan negara sejajar aspirasi kualiti pendidikan yang diutamakan supaya warga
Malaysia dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran, dan nilai murni untuk menjadi tenaga
kerja yang menghayati budaya kerja berprestasi tinggi.
Cabaran pembinaan modal insan terletak sebahagian besarnya dalam kalangan
pendidik yang relatifnya terbabit dengan dunia pendidikan dan laihan untuk mengembangkan
potensi, bakat dan kualiti seorang murid. Pencapaiaan seorang murid melalui pendidikan dilihat
perlu mencukupi pelbagai sudut sama ada akademik dan bukan akademik. Kecemerlangan
pelajar dalam kokurikulum dilihat sebagai satu altenatif supaya kecemerlangan pelajar tidak
dinilai dari aspek akademik sahaja tetapi penglibatan pelajar tersebut dalam aktiviti-aktiviti
seperti unit berunifom, persatuan dan kelab serta permainan yang dilihat sebagai nilai tambah
dalam menghasilkan modal insan kelas pertama. Justeru sebagai pembangunan insan perlulah
menyemai dan memastikanpelajar melibatkan diri dengan aktif dalam aktiviti kokurikulum yang
dilaksanakan di sekolah bertujuan mempertingkatan perkembangan kemahiran sosial pelajar
dan mengukuhkan interaksi dan integrasi dalam kalangan pelajar Penglibatan pelajar dalam
aktiviti kokurikulum dapat mengukuh dan meningkatkan pengetahuan, kemahiran, minat dan
bakat murid dalam pelbagai bidang, di samping mencungkil bakat dan potensi murid dan
meningkatkan tahap kesihatan fizikal dan mental murid membolehkan murid belajar untuk
membentuk diri menjadi modal insan yang diharapkan oleh negara. Justeru guru memainkan
peranan

penting

sebagai

penasihat

dengan

menggunakan

kesempatan

bagi

memperkembangkan potensi pelajar dalam usaha menjadikan pelajar mereka kreatif, positif
dan progresif disamping pelajar dapat mempelajari sesuatu perkara yang baik dan bermanfaat
apabila mereka menceburkan diri secara aktif dalam bidang kokurikulum dengan memberi
peluang kepada pelajar belajar tentang ciri-ciri kepimpinan, nilai-nilai murni dalam sebuah
organisasi dalam usaha melahirkan modal insan yang berkualiti. Disamping itu, penekanan
didikan agama perlu diberi penekanan dalam usaha membina modal insan.
Kecemerlangan berlandaskan kokurikulum dan kurikulum tidak memberi erti tanpa
berteraskan akidah dan penggangan agama yang kukuh kerana hasrat Negara dalam

melahirkan modal insan yang seimbang selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Modal
insan yang memunyai penggangan agama yang kuat dengan mengamalkan nilai-nilai agama
yang kental mampu menolak dan menghalang anasir negatifi.

Modal insan yang dibentuk

berlandaskan pengangan agama yang mamtap dan kukuh akan mempunyai kekuatan spiritual,
berakhlak mulia, berilmu, mampu berdikari, berdaya saing, melihat ke hadapan, inovatif serta
cekap menangani cabaran-cabaran semasa secara bijaksana, rasional, praktikal dan
damai.Menurut Tajul Ariffin Noordin (2007), kekuatan akidah hendaklah menjadi paksi kurikulum
merentasi semua mata pelajaran.Tambahan beliau (1988), pendidikan harus bersumberkan AlQuran dan hadith, disamping adanya intergrasi disiplin-disiplin ilmu ke arah membina komuniti
umah dengan berteraskan aqidah.Justeru sebagai pendidik, mereka perlu menerapkan nilainilai agama semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dan tidak tertumpu kepada guru-guru
agama sahaja dalam menyampaikan dakwah agar pelajar dapat meghayati nilai-nilai agama
dalam kehidupan mereka khususnya pelajar beragama Islam yang memjadikan Al-Quran dan
As-Sunnah sebagai pentunjuk hidup.

Walaupun terdapat perbezaan fahaman, namun ini

adalah satu usaha pembangunan modal insan yang mampu memupuk perpaduan rakyat
berbilang bangsa dan agama yang mencintai keamanan, menghargai kedamaian dan
kemajuan.
Justeru, dalam profesion perguruan di alaf baru ini haruslah mampu menguasai dan
menggabungkan kemahiran-kemahiran yang berkaitan untuk melahirkan satu bentuk
pendidikan yang lebih bermakna dan bestari. Kebestarian sesuatu pengajaran itu bergantung
kepada sejauh manakah seseorang guru dapat mengintegrasikan aspek pedagogi, psikologi
dan teknologi dalam proses penyampaian ilmu ke arah melahirkan seorang murid yang
berfikiran kritis dan kreatif, seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta dapat
hidup dalam keadaan yang harmonis yang berpegang teguh pada agama dan kepercayaan
kepada Tuhan sepertimana yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Negara dan seperti yang
diharapkan oleh pemimpin negara iaitu:

Membangunkan modal insan melalui program pendidikan berkualiti dan holistik untuk
memperlengkapkan warga Malaysia bagi menghadapi dunia global, disusuli dengan kelahiran
masyarakat kreatif dan inovatif yang menjadi komponen kepada warisan warga berfikiran dan
berbudaya kelas pertama. Kita memerlukan barisan warga yang menguasai pengetahuan,ilmu,
kemahiran dan maklumat

(Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, 2007)


Dalam melahirkan modal insan yang berminda kelas pertama dan berkualiti keciciran
pelajar dari arus pembangunan boleh menjejaskan kualiti modal insan yang dilahirkan. Menurut
Arshad Hussin (2006), zaman sekarang bukan lagi zaman untuk bercakap banyak sebaliknya
seluruh rakyat perlu berani bertindak melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan
bagi membina kekuatan diri menguasai ekonomi, politik, agama dan ilmu pendidikan. Nasir Tun
Sakaran (2006) juga berkata kelemahan dan kekurangan ilmu pengetahuan teknologi telah
banyak membawa kerugian yang menyebabkan negara tidak mampu menguasai sepenuhnya
sumber khazanah kekayaan yang ada di negara ini.Kekayaan khazanah itu bukan sahaja hasil
galian, hutan dan sebagainya, tetapi juga modal insan iaitu murid-murid sekolah. Justeru guru
berperanan dalam melahirkan pelajar yang celik ICT terutamanya, pelajar-pelajar di
pendalaman dan luar bandar dengan memainkan peranan yang lebih aktif menyampaikan ilmu,
kefahaman berpaksikan kemahiran dalam bidang teknologi kepada murid-murid supaya mereka
dapatmempelajari dan melengkapkan diri mereka dengan kemahiran pengkomputeran dan turut
secara langsung menyemai minat dalam komputer melalui sesi pengajaran-pembelajaran yang
dikendalikan oleh para guru menggunakan kemudahan pengkomputeran.

Pengajaran-

pembelajaran berbantukan komputer dapat mewujudkan modal insan yang saintifik dan
progresif serta berilmu dan mampu membentuk diri mereka menjadi modal insan yang kritis,
kreatif dan berketerampilan dan akhirnya warisan warga berfikiran dan berbudaya kelas
pertama akan dapat dibentuk. Hal ini selaras dengan langkah Kementerian yang menggariskan
penekanan ICT dalam sistem pendidikan di manapara guru melestarikan aspirasi negara yang
ingin mencungkil kreativiti dan keyakinan murid dalam membentuk diri mereka menjadi modal
insan yang mengamalkan sains dan teknologi.
Kesimpulannya peranan pentadbir dan guru sekolah mampu merealisasikan matlamat
(KMP) dalam melahirkan modal insan yang berkuali sejajar dengan hasrat Malaysia
berdasarkan (FPK)sebagai pemandu arah mejadikan Malaysia sebuah negara maju.

Anda mungkin juga menyukai