Anda di halaman 1dari 12

Konkrit

KUALITI CAMPURAN KONKRIT BERGANTUNG KEPADA:

Kualiti bahan-bahan bancuhannya.


Nisbah campuran bancuhannya. Nisbah yang biasanya digunakan (simen:pasir:
batu baur) ialah: 1:2:4, 1:3:6, 1:5:10, mengikut tempat dan tujuan.

Cara mencampur dan mengangkut.

Kualiti acuan yang digunakannya.

Pemampatan setelah ditempatkan dalam acuan.

Pengawetan yang digunakan.

JENIS JENIS KONKRIT


Konkrit biasa:

Konkrit jenis ini tidak mempunyai tetulang besi.

Ia digunakan dalam binaan yang hanya terdapat tegasan tekanan


stress) dan tiada tegasan tegangan (tensile stress).

(compressive

Contoh tempat yang sesuai untuk menggunakan konkrit jenis ini adalah tapak
tembok, lantai atas tanah.

Konkrit bertetulang:

Konkrit jenis ini sama seperti konkrit biasa kecuali ia mempunyai tetulang keluli
didalamnya untuk menambah kekuatan daya tegangan.
Ia biasanya menggunakan nisbah 1:2:4.

Konkrit tuang dahulu:

Konkrit jenis ini dibuat di dalam acuan dan di bina di dalam bengkel atau tapak
pembinaan dengan kuantiti yang banyak .

Teknik ini menjimatkan masa kerana bahagian binaan ini boleh di bina terlebih
dahulu dan kualitinya dapat dikawal dengan baik.

Konkrit tegas-dahulu

Ia seperti konkrit tuang dahulu tetapi mempunyai tetulang keluli bertegangan


tinggi.

Tetulang ini di tegang bagi mewujudkan tegasan supaya ia dapat menanggung


beban yang lebih tinggi.

Ia biasanya mempunyai nisbah bancuhan: 1:11/2: 3,

Ia boleh dihasilkan dengan dua cara:


1. Tegas dahulu (pretensioning): Satu hujung keluli dipasak manakala satu hujung
lagi ditegangkan menggunakan jek hidraulik sebelum konkrit dituang.
2. Tegas kemudian (post- tensioning): Hos plastik ditempatkan didalam acuan
sebelum bancuhan konkrit dituang. Sebelum konkrit menjadi keras, hos
dikeluarkan, meninggalkan saluran untuk dimasukan kabel tetulang
kemudiannya.

Konkrit ini sesuai digunakan dalam pembinaan rasuk yang jarak rentangannya
panjang, struktur kalis air, cerucuk dsb.

Konkrit ringan

Konkrit jenis ini dibuat dengan bahan ringan dan dicampurkan dengan agen
perangkap udara (spt CO2) supaya hasilnya lebih ringan.

Ia biasanya digunakan sebagai tembok sekatan (partition) atau sebagai struktur


yang tidak memegang beban

3.4 Ujian Keatas Bancuhan Konkrit


Tujuan utama ujian ini dilakukan adalah untuk mengetahui kekuatan sesuatu konkrit. Dengan adanya ujian
ini ia akan dapat menentukan samada bancuhan itu sesuai untuk kegunaan berkenaan atau pun untuk mencapai
kehendak kekuatan mampatan yang dikehendaki dalam kerja- kerja pembinaan. Jenis- jenis ujian konkrit adalah :a) Ujian Ricih (slump Test)
b) Ujian Kiub (Cube Test)
3.4.1 Ujian Kericihan (Slump Test)
Ujian pemendapan tidak mengukur betapa bagusnya konkrit yag dibuat tetapi ia adalah mustahak untuk
menganalisa segala perubahan sekata dalam sesuatu campuran yang diberikan. Ia dilakukan sebelum kerja
penuangan konkrit pada struktur bangunan dijalankan. Ujian ini perlu dijalankan ke atas semua truck mixer yang
masuk ke tapak.
I. Alat- Alat Yang Digunakan ialah
kon kejatuhan konkrit diameter muncung atas 100mm, diameter muncung bawah 200mm dan tinggi 300mm.
Acuan kon yang diletakkan di atas kepingan aluminium.
Rod, diameter 16mm dan panjang 600mm (standard tamping).
Pita ukur untuk mengukur kejatuhan konkrit
II. Cara Ujian Runtuh Dijalankan
a. pertama sekali, konkrit dimasukkan kedalam slump cone.
b. Ia dimasukkan secara berperingkat- peringkat mengikut 3 lapisan
c. Setiap lapisan perlu dipadatkan sebanyak 25 kali dengan rod.
d. Selepas 4 lapisan dibuat, slump cone dikeluarkan secara perlahan- lahan dari lapisan konkrit yang dipadatkan.
e. Jika tinggi konkrit yang tidak runtuh itu tidak melebihi 3 inci, maka ujian tersebut lulus dan konkrit akan dibenarkan
untuk dibawa masuk kedalam tapak bina.
f. Jika tingginya kurang daripada 3 inci, maka ujian tersebut gagal dan konkrit tersebut perlu ditukar. Designed Slump =
75mm(+/-) 25mm
3.4.2 Ujian Kiub (Cube Test)

Ujian kiub merupakan satu lagi ujian penting dalam kerja konkrit. Tujuan ujian
konkrit ini adalah untuk menentukan kekuatan konkrit. Keputusan daripada ujian- ujian
ini akan memberikan gambaran bahawa campuran itu adalah betul dan kekal. Ia juga
akan memberikan gambaran yang jelas kepada konkrit yang dibuat. Di dalam semua
projek, ujian kiub akan dibuat pada setiap kali campuran konkrit ditukarkan. Ini adalah
untuk ujian kekuatan pecahan pada hari ke 7 dan ke 28
I.

Alat- Alat Yang Digunakan


a. kiub bersaiz 6 150mmx150mm
b. Rod besi diameter 16mm dan panjang 600mm
II..

Cara Ujian Kuib Dijalankan


Kiub hendaklah disapu dengan minyak pelicin (geris) untuk mengelakkan
daripada konkrit melekat pada kiub.
1.

Acuan yang berukuran 6 inci kiub itu dipenuhkan konkrit dalam 3 lapisan yang
hampir sama tebal.
3.
Tiap- tiap lapisan konkrit yang diisi perlu dipadatkan dengan rod sebanyak 35 kali
hentakan.
4.
Selepas kiub konkrit menjadi keras, ia direndam didalam air.
5.
Pada peringkat pertama, ia akan direndam selama 7 hari dan peringkat kedua
adalah selama 28 hari.
6.
Ujian pada peringkat pertama selepas 7 hari, kiub konkrit yang diuji perlu
mencapai kekuatan 75%. Jika kurang dari 75% ujian peringkat kedua perlu dijalankan
selepas 28 hari.
2.

III. Contoh Kiraan Ujian Kiub:Kiub Gred yang digunakan (G25)


beban yang dikenakan 500KN
500KN = 500000N Kiraan :
Luas kiub yang dikenakan beban 150mm x 150mm
= 22500 mm persegi
= F/A = 500000 / 22500
= 22.22 N/mm
Jenis gred (G25) Maka peratus kekuatan konkrit ialah :
22.22 / 25 Gred konkrit
= 0.88 = 88%
Ujian lulus kerana ia melebihi 75%
3.3.1 Jenis-Jenis Konkrit
Konkrit terbahagi kepada beberapa jenis iaitu konkrit biasa, konkrit bertetulang, konkrit tuang dulu, konkrit
tegas dulu, konkrit ringan, konkrit selular, konkrit in-situ, konkrit pre-cast dan konkrit mampat giling.
iv. Penggredan Batu Baur
Pegawai-pegawai Audit boleh mendapatkan daripada pegawai di tapak projek berkaitan analisis penggredan batu baur
sebagaimana mengikut Piawaian Malaysia M.S. 7.5
Had-had peratusan telus ayakan adalah sebagaimana di bawah:

a. Batu Baur Halus (Pasir):


Ayak B.S.

5mm

2.3mm

1.18mm

0.60mm

0.30mm

0.15mm

Peratusan
Telus

95-100

70-95

45-85

25-60

5-30

0-10

b. Batu Baur Kasar:


Ayak B.S.

20mm

10mm

5mm

Peratusan Telus

100

25-55

0-10

Mana-mana kelompok batu baur yang gagal mengikut Piawaian Malaysia M.S. 7.5 hendaklah dipastikan ianya dikeluarkan
dari tapak bina dengan serta merta.
Jenis-Jenis Campuran
Apabila berada di tapak projek pegawai-pegawai audit boleh meneliti campuran yang sedang dibuat. Jika dimaklumkan
campuran 1: 2: 4 bermakna 1 bahagian simen, 2 bahagian pasir dan 4 bahagian batu. Bahagian bermakna menggunakan
alat sukatan yang sama bagi ketiga-tiga bahan tersebut.
a. Campuran 1: 2 : 4
Campuran ini adalah campuran yang biasa digunakan untuk segala kerja struktur konkrit bertulang dan juga untuk konkrit
tuang dulu (pre-cast concrete)
b. Campuran 1: 1.6 : 3.2
Ini adalah campuran yang kuat sedikit daripada campuran 1 : 2 : 4. Ianya biasa digunakan dalam kerja penakungan air
seperti tembok penahan air.
c. Campuran 1 : 3 : 6
Campuran ini adalah digunakan dalam kerja konkrit yang banyak seperti tapak dan lantai konkrit.

Konkrit merupakan sejenis bahan komposit yang sering digunakan dalam pembinaan. Ia merupakan
gabungan simen dan aggregat seperti pasir, batu baur halus dan kasar. Bahan-bahan ini ditambah mengikut kadar
pencampuran tertentu seperti yang telah ditetapkan.
Ia merupakan salah satu daripada bahan binaan yang paling penting untuk dan paling banyak digunakan di dalam
sesuatu projek pembinaan. Oleh sebab itu, teknik yang digunakan bagi menghasilkan konkrit yang baik perlulah
difahami dan diberi perhatian dengan teliti. Kualiti konkrit yang dihasilkan bergantung kepada kualiti bahan-bahan
mentah yang digunakan seperti simen, batu baur dan air, kadar pencampurannya, cara pembancuhannya,cara
pengangkutannya dan cara-cara pemadatannya. Jika bahan mentah yang digunakan tidak berkualiti, maka konkrit
yang dihasilkan akan mempunyai mutu yang rendah dan akan mengakibatkan konkrit tersebut tidak kuat dan tidak
memenuhi spesifikasi yang ditetapkan. Oleh itu, teknologi konkrit telah menentukan bahawa semua bahan yang akan
digunakan perlulah diuji terlebih dahulu dan kemudian mendapat kelulusan piawaian yang telah ditetapkan sebelum
ia dapat digunakan untuk kerja-kerja pembinaan.
Dalam bentuk biasa konkrit terdiri daripada simen Portland, aggregate pembinaan (biasanya batu kelikir dan pasir)
dan air.
Konkrit tidak mengeras kerana kering setelah dicampur dan dituang; air bertindak balas dengan simen dalam proses
kimia yang dikenali sebagai pengeringan mineral. Air ini diserap oleh simen, yang mengeras, mengikat komponen
lain serentak dan akhirnya membentuk bahan seperti batu.
Konkrit lebih banyak digunakan berbanding bahan buatan manusia di bumi ini[1]. Ia digunakan sebagai laluan pejalan
kaki, membina struktur, asas, jalan, jalan lintasan, struktur meletak kereta, dinding batu-bata, dan dasar bagi pintu
pagar, pagar, dan tiang.

Sehingga 2005 sekitar enam juta meter padu konkrit dihasilkan setiap tahun, yang bersamaan satu meter persegi
bagi setiap orang di dunia ini.. Konkrit merupakan industri bernilai US$35 laksa (billion) yang menggajikan dua juta
pekerja di Amerika Syarikat sahaja. Sekitar 55,000 batu jalan di Amerika diperbuat daripada bahan ini, dan negara
China menggunakan sekitar 40% dari penghasilan simen dunia.

[sunting]Sejarah
Orang Assyria dan Babylon menggunakan selut sebagai simen dalam konkrit mereka. Mesir Purba menggunakan
simen batu kapur dan gipsum. Semasa Empayar Rom, konkrit dihasilkan dengan menggunakan
campuran quicklime, abu pozzolanic / pozzolana dan aggregate yang diperbuat daripada pumiceyang menyerupai
konkrit simen Portland moden. Pada tahun 1756, Seorang jurutera British, John Smeaton mengasaskan penggunaan
simen Portland dalam konkrit, menggunakan batu kelikir dan serbuk bata sebagai aggregate. Pada masa kini
penggunaan bahan dikitar sebagai bahan konkrit semakin popular kerana undang-undang alam sekitar yang
semakin ketat. Yang paling menonjol diantaranya adalah abu terbang (fly ash), keluaran sampingan kilang
janakuasa arang batu. Ini memberi kesan besar dengan mengurangkan jumlah kuari dan tempat pembuangan
sampah yang diperlukan.
Ciri-ciri konkrit telah diubah semenjak zaman Rom dan Mesir, apabila ia didapati menambah abu gunung berapi
kepada campuran membenarkannya mengeras di bawah air. Sama juga, orang-orang Rom mengetahui bahawa
menambah bulu kuda menjadikan konkrit kurang mengucup semasa mengeras, dan menambah darah
menjadikannya tahan fros. Pada masa kini penyelidik telah menambah bahan lain bagi mencipta konkrit yang amat
kuat, ringan, malah konkrit yang mampu mengalirkan eletrik.
[sunting]Komponen

konkrit

Komponen konkrit ditentukan pada awalnya semsas campuran dan akhirnya semasa menuang konkrit. Jenis struktur
yang dibina dan kaedah pembinaan menentukan bagaimana konkrit diletakkan dan dengan itu menentukan
komposisi campuran.
[
Applikasi suhu tinggi, seperti oven batu-bata dan seumpamanya, pada kebiasaannya memerlukan penggunaan
konkrit pantulan, disebabkan konkrit berasaskan simen Portland mampu musnah atau dirosakkan oleh suhu tinggi,
tetapi konkrit refraktori (refractory concretes) mampu tahan keadaan seperti itu.
[sunting]Air
Air boleh digunakan bagi menghasilkan konkrit. Nisbah air berbanding simen (w/c ratio - water to cement) merupakan
faktor utama menentukan kekuatan konkrit. Nisbah w/c akan menghasilkan konkrit yang lebih kuat, sementara nisbah

w/c lebih tinggi menghasilkan konkrit dengan kekuatan yang kurang. [2]Paste simen merupakan bahan yang
terbentuk hasil campuran air dan bahan bersimen; iaitu bahagian konkrit tanpa agregat atau sokongan. Kelenturan
atau kelikatannya ditentukan oleh kandungan air, jumlah kandungan pes simen dalam campuran keseluruhan dan
ciri-ciri fizikal (saiz maksima, bentuk dan gred) agregats.
[sunting]Agregats
Campuran air dan simen mengeras dan semakin kukuh dalam tempoh tertentu. Untuk mendapatkan penyelesaian
yang ekonomik dan pratikal, kedua-dua agregats halus dan kasar digunakan bagi membentuk sebahagian besar
campuran konkrit. Pasir, anak batu dan batu kelikir merupakan bahan utama yang digunakan bagi tujuan ini.
Bagaimanapun, ia semakin menjadi kebiasaan bagi agregat dikitar semula (dari sisa pembinaan, perobohan dan
pembongkaran) untuk digunakan sebagai sebahagian penggantian agregat semulajadi, sementara sebahagian
agregat bahan sampingan industri, termasuk sanga (sisa) relau bagas dingin udara (air-cooled blast furnace)
dan abu dasar adalah juga dibenarkan.
Batu perhiasan seperti quartzite, anak batu sungai atau serpihan kaca kadang kala ditambah kepada permukaan
konkrit sebagai perapian "agregat terdedah" akhir, popular dikalangan pereka penghias laman.
[sunting]Campuran

tambahan (Admixtures)

Campuran tambahan adalah bahan dalam bentuk serbuk atau cecair yang ditambah kepada konkrit bagi
memberikannya ciri-ciri tertentu yang tidak terdapat pada konkrit biasa. Dalam kegunaan biasa, dos campuran
tambahan adalah kurang dari 5% jisim simin, dan ditambah kepada konkrit pada maca campuran / batch. Jenis
campuran tambahan biasa adalah:

Pemecut bagi mempercepatkan proses hidration (pengerasan) konkrit.

Perencat (Retarder) memperlahankan penghidratan campuran simen bagi menambah masa kerja.

Memasukkan Udara bagi menambah dan mengedarkan buih udara kecil dalam campuran simen, yang akan
mengurangkan kerosakan semasa kitaran cuaca beku dan cair.

Pemplastik boleh digunakan bagi meningkatkan kebolehkerjaan plastik atau konkrit "baru", membenarkan ia
diletakkan lebih dengan mudah, dengan usaha yang sedikit. Superpemplastikan membenarkan konkrit yang
direka khusus mengalir setiap sudut walaupun disekeliling alang besi yang sesak, Pilihan lain, mereka boleh
memilih untuk mengurangkan kandungan air dalam konkrit (pengurang air) sementara masih memelihara
kebolehkerjaan. Ini meningkat ciri-ciri kekuatan dan ketahanannya.

pigmen boleh digunakan untuk mengubah warna konkrit, bagi kecantikan.

[sunting]Tambahan

Tambahan merupakan bahan bukan organik yang sangat halus kebiasaannya mempunyai ciri-ciri pozolan atau ciriciri hidraulik pendam. Ia ditambah semasa penggaulan konkrit untuk meningkatkan kepunyaan campuran simen.
Istilah ini tidak digunakan apabila bahan tersebut ditambah di kilang sebagai salah satu unsur simen campuran.

Abu terbang: Satu hasil sampingan logi janakuasa arang batu, ia digunakan sebahagiannya bagi
menggantikan simen Portland (sehingga 60% jisimnya). Ciri-ciri debu terbang bergantung kepada jenis batu
arang yang dibakar. Secara umum, debu terbang bersilika adalah pozzolanic, sementara debu terbang berkapur
debu mempunyai ciri-ciri hidraulik pendam.

Sanga relau bagas yang digiling (Ground granulated blast furnace slag - ggbs): Satu hasil sampingan
pengeluaran keluli, digunakan sebahagiannya bagi menggantikan simen Portland (sehingga 80% jisim). Ia
mempunyai ciri-ciri hidraulik pendam.

Wasap silika: Satu keluaran sampingan pengeluaran aloi silikon dan ferosilikon. Wasap silika adalah
menyerupai abu terbang abu, kecuali ia mempunyai zarah bersaiz 100 ganda lebih kecil. Ini menghasilkan suatu
permukaan yang lebih tinggi berbanding nisbah isipadu dan reaksi pozzolanic yang tindak balas lebih pantas.
Wasap silika digunakan bagi meningkatkan kekuatan dan ketahanan campuran simen, tetapi pada umumnya
memerlukan penggunaan superpemplastisan agar mudah digunakan.

[sunting]Ciri-ciri
Semasa hidration dan pengerasan, konkrit perlu membentuk ciri-ciri fizikal dan kimia tertentu. Antara lain adalah
kekuatan mekanikal, ketelusan kelembapan yang rendah, dan kestabilan kimia dan volumetrik adalah perlu.

Kerana sifatnya separa cecair, konkrit boleh dipam ketempat ia diperlukan. Di sini lori pengangkut simen memuatkan konkrit kedalam pam
konkrit, yang mengepamnya ketempat di mana ia sedang dituang.

Bahan konkrit dimasukan di dalam acuan dan dibentuk di kilang;

Saiznya boleh ditentukan mengikut keperluan;

Digunakan sebagai laluan siar kaki, driveway, dan tempat meletak kenderaan.

[sunting]Konkrit

mampat giling

Konkrit mampat giling, kadangkala dikenali sebagai rollcrete, adalah satu konkrit kaku kandungan simen rendah yang
diletakkan dengan menggunakan teknik yang dipinjam daripada kerja tanah dan penurapan. Konkrit diletakkan pada
permukaan yang hendak dilitupi, dan ia dipadatkan pada tempatnya dengan menggunakan jengiling (jentera
pengiling), penggolek berat besar yang lazimnya digunakan dalam kerja tanah. Campuran konkrit ini mencapai
kepadatan tinggi dan akan mengeras bagi membentuk satu kepingan blok yang teguh. [3] Konkrit mampat giling
lazimnya digunakan untuk turapan konkrit, tetapi juga digunakan untuk membina empangan konkrit, kerana
kandungan rendah simen menghasilkan kurang haba semasa pengerasan berbanding kebiasaanya bagi penuangan
konkrit biasa yang banyak.
[sunting]Pengukuhan

konkrit

Bagi mengukuhkan lantai konkrit, pengeras lantai (floor hardening) boleh digunakan dalam perapian terakhir lantai
konkrit. Pengeras lantai menawarkan pengukuhan tambahan pada kos yang jauh lebih rendah. Ia juga boleh
digunakan bagi mengukuhkan lantai konkrit sedia ada, dengan itu mengelak keperluan bagi menggantikan lantai
konkrit yang baru.
Selain itu kesemua bahan berasaskan simen mengeras apabila air ditambah kepadanya dan proses pengeringan
bermula. Pengeringan optima simen berlaku dalam tempoh 28 hari. Pada awalnya kekuatan terbentuk agak pantas;
simen mencapai 50% kekuatannya dalam tempoh 3-5 hari. Bagaimanapun, kekuatan jangka panjang simen didapati
dalam tempoh 28 hari dan memerlukan kelembapan bagi mencapai kekuatan optimanya. Oleh itu ia amat penting
bagi pembina bagi memahami kaedah perapian (curing) bahan berasaskan simen

ACUAN KONKRIT

Fungsi Bahagian-Bahagian Acuan


Bentuk binaan konkrit boleh dibuat mengikut sebarang rekaan yang dicipta melalui kegunaan acuan. Dalam
pembinaan konkrit, terdapat dua kumpulan acuan yang lazim digunakan iaitu acuan untuk konkrit tuang dahulu dan
acuan untuk konkrit tuang disitu. Acuan untuk konkrit tuang dahulu dibuat dengan cara senang dibuka, mudah dialih
dan boleh digunakan berulang kali. Acuan untuk konkrit tuang di situ selain daripada senang dibuka, tumpuan
kepada kekukuhan dan ketepatan kedudukannya hendaklah diperhatikan.

Acuan biasanya dibuat untuk pembinaan tapak, ambang, rasuk, tiang, tembok, lantai, tangga dan jisim konkrit yang
lain. Acuan ini hendaklah dibuat supaya dapat membentuk dan menyangga bancuhan konkrit sehingga konkrit itu
menjadi keras dan berupaya menyokong sendiri. Acuan adalah binaan sementara dan mesti ditanggalkan selepas
konkrit yang dibentuk itu cukup kuat.

Bahan-bahan Yang digunakan Untuk Acuan


Acuan boleh dibuat daripada beberapa jenis bahan. Bahan yang biasa digunakan ialah :
1. Papan dan papan lapis
2. Logam - keluli, besi bergalvani, aluminium dan sebagainya
3. Kaca gentian dan plastik gentian

Papan Dan Papan Lapis


Bahan ini sangat luas digunakan dalam pembinaan acuan baik untuk konkrit tuang dahulu mahupun konkrit tuang di
situ. Bahan-bahan ini mudah didapati dan senang dikerjakan. Kayu lembut separuh kering adalah bahan yang baik
untuk membuat acuan. Kayu yang terlampau kering akan menyerap air dari konkrit, manakala kayu yang basah akan
mengecut menjadikan perubahan saiz dan bentuk konkrit. Kayu keras pula adalah berat dan sukar dipaku.
Logam
Kegunaan logam dalam pembinaan acuan adalah terhad pada pembinaan yang tertentu dan juga memerlukan
kemahiran yang tersendiri. Penghasilan konkrit tuang dahulu biasanya memerlukan acuan logam kerana ia tahan
lasak dan sesuai digunakan berulang kali. Kepingan logam biasanya digunakan dalam pembinaan lantai atas dan
bumbung dalam bangunan yang bertingkat-tingkat.
Kaca Gentian dan Plastik Gentian
Kaca gentian dan plastik gentian digunakan khas untuk membina struktur yang mempunyai rekabentuk tersendiri.

Pembinaan Acuan
Acuan yang baik hendaklah mempunyai ciri-ciri yang berikut :
Kualiti
Darisegi kekukuhan, kekuatan, kedudukan dan dimensi menentukan kualiti acuan. Acuan mestilah dibuat kukuh dan
kuat supaya berupaya menahan beban yang akan ditanggung seperti beban bancuhan konkrit, tetulang, pekerja,
alatan yang digunakan dan juga getaran yang dilakukan untuk memadatkan konkrit. Kedudukannya mestilah tepat
dan stabil. Dimensinya hendaklah mengikut rekabentuk yang ditetapkan. Selain daripada itu, rekabentuk acuan
hendaklah mengandungi kemudahan untuk menanggalkannya supaya tidak mengganggu kedudukan konkrit apabila
membuka acuan.
Keselamatan
Keselamatan mestilah dititikberatkan kepada pekerja, struktur dan alatan yang digunakan. Ia hendaklah dimulakan
dari peringkat perancangan dan pengurusan. Rekaannya mestilah mematuhi pada undang-undang, pembinaannya
dikawal dengan rapi dan penyeliaan dijalankan dari masa ke semasa.
Ekonomi
Kos mestilah rendah tetapi mematuhi kualiti dan keselamatan pembinaan acuan. Bahan-bahan yang digunakan
hendaklah mudah didapati dan seboleh-bolehnya dapat digunakan berulangkali. Begitu juga pertimbangan harus
diberi kepada cara pembinaan, jenis acuan dan kemahiran pekerja sedia ada.

Jangkamasa Minimun Untuk Menanggalkan Acuan

Bil Bahagian Acuan Jangkamasa


1.Tepi rasuk, tiang dan tembok =(2-6 hari)
2.Bawah rasuk dan papak (yang tidak dibebankan)=(7-14 hari)
3.Papan tepi (yang dibebankan)=(Tidak kurang 7 hari)
4.Papan bawah ( yang dibebankan)=(28 hari)

* Sebarang beban tidak boleh dibebankan sebelum 28 hari

Anda mungkin juga menyukai