Anda di halaman 1dari 2

Definisi Pendidikan

1
Berdasarkan Kamus Pelajar Edisi Kedua, pendidikan bermaksud perihal atau
perbuatan mendidik. Manakala berdasarkan Kamus Dewan Edisi Empat, pendidikan diertikan
sebagai pertama perihal mendidik, kedua; ilmu pendidikan dimaksudkan sebagai ilmu didik,
ilmu mendidik pengetahuan mendidik dan yang ketiga; diertikan sebagai didikan, latihan,
ajaran. Maka bolehlah dikatakan disini bahawa pendidikan adalah pengajaran dan ianya
termasuklah semua perkara atau perihal yang berkaitan mendidik atau mengajar. Ini juga
bermakna pendidikan boleh melibatkan perkara yang baik mahupun yang tidak baik. Apa-apa
sahaja perkara yang boleh diajar adalah termasuk sebagai pendidikan. Maka, semua orang
harus benar-benar memahami erti sebenar pendidikan ini. Ia bukan hanya satu perkataan yang
dibina daripada sepuluh huruf tetapi hakikatnya ia membawa makna yang lebih mendalam
dan merupakan suatu perkara yang dapat memberi impak yang amat besar kepada
seseorang individu, kumpulan, masyarakat, bangsa, negara malahan seluruh dunia. Tidak
kiralah sama ada impak tersebut positif mahupun negatif sekiranya ia
disalahgunakan. Penulisan saya ini hanya ingin memfokuskan perihal pendidikan, tidak
kurang lebih hanya untuk berkongsi pendapat, pandangan sekalipun memberikan cadangan.
Semuanya bergantung kepada ketelusan hati saya untuk menghebahkannya disini. Secara
amnya, pendidikan hakikatnya telah bermula semenjak sebelum kita dilahirkan lagi.
Pernahkah anda melihat atau anda sendiri melakukan; menyapu atau menggosok perut ibu
yang sedang mengandung, pada waktu yang sama menyanyikan lagu-lagu yang baik
mahupun berzikir bagi yang beragama Islam, serta ada juga yang bercakap-cakap
memberikan nasihat dengan harapan bayi yang didalam kandungan mendengarnya lalu
apabila lahirnya mereka itu nanti, akan mereka menjadilah manusia yang baik, berguna dan
berjaya. Maka inilah salah satu bentuk pendidikan terawal dalam hidup seseorang. Selain
daripada itu, di Malaysia khususnya, sektor pendidikan terdapat beberapa tahap atau
peringkat,
yang
ianya
adalah
wajib
untuk
diikuti
dan
dialami
oleh semua rakyat Malaysia. Dan di setiap peringkat pendidikan yang wujud di Malaysia,
terdapat pelbagai jenis pendidikan yang berbeza. Namun, kita masih belum mampu untuk
mewujudkan pendidikan percuma untuk semua atas banyak faktor yang tidak mahu
dibincangkan di sini. Apa yang pasti, saya sebagai pelajar amat merasakan betapa kita
sekarang tidak menghargai pendidikan. Saya menggunakan kita di sini kerana ingin berkata
secara am.
Menurut Frederick J. Mc Donald dan M.J. Langeveld, pendidikan merupakan suatu
proses atau kegiatan yang diarahkan untuk mengubah kebiasaan (behaviour) manusia.
Sebagai manusia, kita dilahirkan tanpa apa-apa pun. Tiada satu kebiasaan pun pada kita.
Maka semakin seseorang itu membesar, disitulah letaknya tanggungjawab semua yang
disekeliling untuk mencorakkan peribadi dan mewujudkan kebiasaan pada diri seseorang itu.
Kerana itulah, orang Jawa suka makan pedas, ada yang tidak. Kerana telah menjadi kebiasaan
mereka untuk begitu sejak kecil lagi. Ini hanya satu contoh kecil yang boleh saya katakan
disini. Banyak lagi definisi pendidikan yang boleh dibincangkan lagi namun buat masa
sekarang, hadamkan yang ini terlebih dahulu. InsyaAllah sekiranya ada masa dapat kita
sambung lagi perbinacangan ini di lain masa.
Sumber : Definisi Pendidikan

Anda mungkin juga menyukai