Anda di halaman 1dari 7

LANGKAH LANGKAH MEMUPUK SEMANGAT PATRIOTISME DALAM KALANGAN

RAKYAT MALAYSIA
Pada zaman atom ini, sifat mementingkan kebendaan dan diri sendiri telah biasa
diamalkan dalam kalangan masyarakat. Tidak kurang sikap seperti enau dalam
belukar, melepaskan pucuk masing-masing terutama di kawasan bandar.
Generasi muda kini pula kurang bersikap patriotik. Budaya barat diagungagungkan manakala nilai cinta akan tanah air sendiri diketepikan. Semangat
patriotik memang harus diamalkan dalam jiwa rakyat negara ini semenjak
mereka kanak-kanak lagi.
Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kanak-kanak harus didedahkan kepada
nilai cinta akan negara dan sifat-sifat patriotik. Mereka perlu disedarkan bahawa
kepentingan semangat patriotisme. Ibu bapa harus mendidik mereka tentang
sejarah kemerdekaan negara dan kepahlawanan tokoh-tokoh terkenal yang
berjuang demi tanah air. Kanak-kanak akan ingat pada pengajaran dan ikut kata
ibu bapa. Sikap yang diamalkan semasa kecil biasanya akan kekal hingga
dewasa. Semangat patrotik yang disemaikan dalam jiwa bakal pemimpin negara
turut akan diingati dan dipraktikkan oleh mereka pada masa hadapan.
Bapa borek anak rintik. Ibu bapa wajar menjadi teladan kepada kanak-kanak.
Mereka harus menerapkan semangat patriotik dalam kehidupan. Kanak-kanak
yang cepat belajar daripada ibu bapa akan mengikut jejak mereka dengan
mengamalkan semangat patriotik . Secara tidak langsung, perbuatan membelot
negara akan dikeji dan lahirlah keinginan rakyat untuk memberi sumbangan
untuk kepada negara. Dengan semangat itu, negara kita dapat membangun
dengan pesat dan menjadi negara maju.
Selain itu, pengaruh guru turut beperanan penting dalam usaha menyemai
semangat patriotik dalam jiwa rakyat negara ini semenjak kanak-kanak. guruguru yang mengajar di sekolah patut menekankan unsur-unsur patriotik
terutamanya dalam mata pelajaran Sejarah dan Pendidikan Moral. Mereka perlu
mendorong kanak-kanak lahir perasaan bangga dan syukur terhadap negara
serta cinta akan negara. Mereka perlu mendedahkan amalan yang mengandungi
unsur patriotisme kepada kanak-kanak. Maka wujud patriotisme dalam
pembentukan sahsiah insan-insan mulia.
Pihak berkuasa juga boleh mengambil beberapa langkah untuk memupuk
semangat patriotik dalam kalangan kanak-kanak. Pelbagai pertandingan boleh
dianjurkan sempena bulan penghayatan merdeka. Misalnya, pertandingan
menulis esei berkaitan dengan tokoh yang mempertahankan negara,
pertandingan kolaj dengan topik merdeka atau sejarah, pertandingan kolaj
dengan bertemakan topik merdeka atau sejarah, pertandingan melukis dengan
bertemakan "negaraku" dan lain-lain lagi. Secara tidak langsung semangat
patriotik dapat disemaikan dalam jiwa kanak-kanak semasa mereka mengambil
bahagian dalam pertandingan yang diadakan.
Jika semangat patriotik tidak disemaikan dalam jiwa rakyat negara ini semenjak
mereka kanak-kanak, kemungkinan mereka akan kurang perhatian terhadap isuisu negara dan tidak mempunyai sifat-sifat patriotik. Mereka akan mengagungagungkan budaya luar negara serta kurang kesedaran untuk mempertahankan
maruah negara. Sebaliknya, mereka akan terpikat oleh dunia di luar dan
meninggalkan tanah air demi kepentingan negara sendiri dan tidak mahu
melakukan perbuatan tidak setia kepada negara seperti mambakar bendera
negara.

Kesimpulannya, semangat patriotik mesti disemaikan dalam jiwa rakyat negara


ini semenjak mereka kanak-kanak. Demikianlah perbuatan derhaka dapat
dicegahkan dan kukuh semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Maka
wawasan 2020 dapat dicapai dan Malaysia akan menjadi negara gemilang. Rasa
bangga sebagai warganegara Malaysia semasa Jalur Gemilang dikibarkan.

FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA KES PENDERAAN KANAK-KANAK DI NEGARA KITA


Penderaan kanak-kanak dapat ditakrifkan sebagai suatu perbuatan yang tidak
berperikemanusiaan yang dilakukan terhadap kanak-kanak sama ada secara fizikal, mental
atau seksual Isu penderaan kanak-kanak telah menjadi topik perbicaraan pada awal tahun
1990-an yang merupakan satu masalah yang sangat membimbangkan masyarakat dan
kerajaan.
Terdapat banyak faktor berlakunya kes-kes penderaan kanak-kanak Antaranya ialah, bagi
ibu bapa yang bekerja mungkin mereka menghadapi tekanan di tempat kerja. Masalah dan
tekanan di tempat kerja dibawa balik ke rumah dan mereka melepaskan tekanan tersebut
kepada anak- anak yang tidak berdosa. Tabiat anak- anak yang masih kecil memang biasa
kerana mereka perlukan perhatian daripada ibu bapa. Tindakan ibu bapa yang melepaskan
geram dan tekanan mereka kepada anak-anak yang merengek kerana perlukan sesuatu
adalah merupakan satu tindakan yang tidak masuk akal. Ibu bapa yang tidak berfikiran
matang ini mungkin akan memukul, menerajang, mencucuk putung rokok, atau
sebagainya. Apalah dosa mereka sehingga diperlakukan sebegitu.
Faktor lain yang menjadi punca penderaan kanak-kanak adalah kerana masalah kewangan
yang dihadapi oleh sesebuah keluarga itu. Masalah kewangan yang melanda sesebuah
keluarga akan menyebabkan mereka bertindak ganas terhadap anak-anak. Jika anak-anak
meminta duit belanja atau keperluan lain, sudah semestinya anak akan menjadi mangsa
sepak terajang mereka. Keadaan sebegini amat menyedihkan kerana anak-anak tidak
sepatutnya diperlakukan sebegitu pada usia mereka yang masih memerlukan kasih sayang
dan perlindungan. Jika masalah kewangan melanda sesebuah keluarga janganlah
dilepaskan kepada anak-anak dan fikirlah cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah.
Ada juga antara ibu bapa yang mendera anak-anak mereka kerana krisis rumah tangga
yang berlaku seperti pergaduhan antara suami isteri dan mungkin disebabkan gangguan
pihak luar. Contohnya, suami akan menjadi lebih garang dan mengabaikan tanggungjawab
terhadap keluarga kerana mempunyai kekasih barn. Hasilnya pergaduhan antara suami
isteri sering berlaku dan anak-anak pastinya menjadi mangsa pergaduhan.
Antara cara untuk mengatasinya adalah dengan mengadakan kempen Keluarga Bahagia
bagi menyedarkan ibu bapa tentang tanggungjawab mereka. Semestinya setiap orang
mengimpikan keluarga yang bahagia kerana keluarga adalah segala-galanya bagi kita.
Tanpa keluarga tercinta hidup pasti tidak bermakna. Sesungguhnya kita memerlukan insaninsan tersayang di samping kita.
Tambahan pula, pihak yang berkuasa juga haruslah mengambil tindakan yang lebih
tegas seperti mengenakan hukuman yang berat bagi ibu bapa atau sesiapa sahaja
yang mendera kanak-kanak. Mempertingkatkan penguatkuasaan undang-undang
boleh menyebabkan pendera-pendera berasa takut akan hukuman yang bakal
mereka hadapi akibat perbuatan sendiri yang tidak berperikemanusiaan.

Kesimpulannya, semua pihak yang berkenaan perlu bekerjasama untuk


menbendung berlakunya kes penderaan kanak- kanak. Hal ini kerana perbuatan
sebegitu seolah-olah bertujuan untuk menjahanamkan aset penting negara pada
masa akan datang dan memusnahkan keturunan kita sendiri. Ingatlah, anak-anak
merupakan amanah Tuhan yang sangat suci.. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita
untuk membentuknya menjadi seorang yang baik atau sebaliknya. Jika mereka
selalu diperlakukan dengan tindakan negatif semasa kecilnya, tidak mustahil
mereka akan menjadi lebih ganas apabila meningkat dewasa. Jadi, sayangilah anakanak dan jauhilah kes penderaan kanak-kanak kerana ia tidak menguntungkan
mana-mana pihak malah dosa yang akan kita dapat di akhirat nanti. Nilai murni
yang boleh dipelajari dari esei ini ialah nilai bertanggungjawab, toleransi, kasih
sayang, kasih sayang terhadap keluarga, melindungi hak kanak-kanak dan niali
rasional.
FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA KEGIATAN CETI HARAM
Marcapada, kegiatan ceti haram semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat. Ceti
haram merujuk kepada orang ataupun badan yang menawarkan pinjaman secara haram
pada kadar faedah yang bukan calang-calang tingginya, disusuli dengan ancaman
keganasan. Dalam masyarakat India, ceti haram dikenali sebagai Chettiar,dan dipanggil
sebagai Tai Ee Long dalam masyarakat Cina serta Ah Long dalam masyarakat Melayu.
Kejadian penceti haram bertindak ganas terhadap peminjam kredit yang tidak mampu
menjelaskan hutang sering berlaku. Namun begitu, sesetengah orang masih membuat
pinjaman daripada lintah darat ini. Apakah faktor yang menyebabkan orang ramai sanggup
mengambil risiko untuk membuat pinjaman daripada ceti haram walaupun terdapat
syarikat kewangan yang sah? Apakah implikasi-implikasi buruk daripada kegiatan ceti
haram ini dan apakah langkah-langkah yang patut diambil oleh orang ramai bagi
membendung masalah ini?
Faktor-faktor
Antara faktor yang menyebabkan orang ramai membuat pinjaman daripada ceti haram
adalah kemudahan mendapat pinjaman daripada mereka. Ceti haram menawarkan
pinjaman kredit kepada sesiapa yang tidak berupaya untuk memperoleh pinjaman daripada
sumber yang sah seperti pihak bank kerana telah disenarai hitam , diisytiharkan muflis dan
sebagainya. Tawaran pinjaman mudah tanpa prosedur dan syarat yang terlalu ketat dan
rumit menjadi umpan laris kepada masyarakat. Ceti haram mempromosikan perkhidmatan
mereka dengan tawaran menarik seperti pinjaman mudah dan segera tanpa cagaran
sedangkan syarikat kewangan yang sah mengenakan syarat yang ketat dan mengambil
masa yang panjang bagi meluluskan pinjaman.
Kesempitan hidup atau masalah beban kewangan turut menjadi faktor orang ramai
meminjam daripada ceti haram.Hal ini dikaitkan juga dengan kos hidup yang tinggi,
perbelanjaan yang melebihi pendapatan dan kerugian yang dahadapi dalam
perniagaan.Ibarat menangguk di air keruh, ceti haram menghulurkan pinjaman wang pada
saat mangsa kesempitan wang misalnya ada yang memerlukan wang untuk perubatan
ataupun kesinambungan perniagaan. Sesetengah peniaga menghadapi masalah kewangan
iaitu modal pusingan. Mereka susah untuk mendapat pinjaman dari bank kerana pihak bank

mengenakan syarat yang ketat sedangkan mereka tidak memiliki harta benda untuk
dipajakkan kepada bank sebagai cagaran. Tambahan pula, pihak bank mengambil masa
yang panjang untuk meluluskan pinjaman. Akibatnya, mereka terpaksa mendapatkan
pinjaman kredit daripada ceti haram.
Penguatkuasaan pihak berkuasa yang tidak ketat juga mendorong berleluasaan kegiatan
ceti haram. Mengikut Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951, operasi pinjaman tanpa lessen
akan dikenakan penalti maksimum RM1000 bagi kesalahan kali pertama. Penalti sehingga
RM5000 atau dipenjarakan 12 bulan atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan seterusnya.
Hukuman yang dijatuhi tidak berat sehingga ceti haram berani mencabar undang-undang
Negara secara terbuka kerana hukuman yang dijatuhi tidak berat walaupun mereka
didapati melakukan kesalahan. Selain itu, pihak berkuasa juga tidak bertindak secara
agresif dalam tugas menangani masalah ceti haram.
Kegiatan meminjam wang daripada ceti haram boleh menporak-porandakan rumah tangga
dan memusnahkan keamanan dan kebahagian keluarga terancam sekiranya si peminjam
tidak mampu membayar hutang. Ceti haram mengenakan kadar faedah pinjaman yang
tinggi. Dengan ini, jika peminjam tidak dapat menjelaskan hutang mereka dalam tempoh
yang ditetapkan, hutang mereka akan berlipat ganda. Bagi si penghutang, ancaman
berterusan yang diterima daripada penceti haram menyebabkan mereka semakin tertekan
terutamanya golongan yang lemah dari segi iman dan pendidikan, mereka mungkin akan
mengambil jalan mudah dengan membunuh diri. Banyak kes yang melibatkan peminjam
sanggup membunuh diri bersama ahli keluarga mereka akibat tekanan daripada ceti haram
apabila mereka tidak berupaya untuk menyelesaikan hutang mereka supaya penceti haram
tidak dapat menjejaki mereka sekeluarga.
Selain itu, bermaharajalela aktiviti ceti haram akan menggalakkan kegiatan jenayah yang
lebih serius dalam Negara. Kumpulan penjenayah terlibat dalam kegiatan ceti haram dan
sumber wang mereka datang daripada kegiatan jenayah seperti pengedaran dadah,
rompakan dan sebagainya. Kegiatan pinjaman wang ini membolehkan mereka mendapat
keuntungan yang lumayan. Dengan ini, mereka dapat melancarkan kegiatan jenayah yang
lebih serius dan dahsyat. Mereka akan bermodal dalam kegiatan cetak rompak VCD,
mengimport senjata api, membuka pusat perjudian dan sebagainya. Kegiatan jenayah
demikian akan mengancam keselamatan sosial dan menjejaskan imej negara. Secara tidak
langsung, kegiatan jenayah juga akan menjejaskan sektor perlancongan Negara. Hal
demikian kerana pelancong asing bimbang akan keselamatan diri mereka dan mereka tidak
berani datang ke negara kita.
Kegiatan ceti haram juga akan mencetuskan keganasan. Peminjam yang tidak mampu
membayar akan diugut, digertak dan dikasari. Di samping itu, keluarga dan perniagaan
mereka sering diganggu. Sebagai contohnya, rumah peminjam mungkin dikunci dan
disimbah cat marah atau keluarga mereka akan dimaki hamun untuk memalukan si
peminjam agar melangsaikan hutang mereka. Tambahan pula, anak isteri peminjam
mungkin akan diculik sebagai ugutan untuk menebus balik wang yang sepatutnya diterima.
Langkah-langkah
Langkah-langkah yang dapat dilaksanakan bagi membanteras masalah ceti haram adalah
penguatkuasaan undang-undang yang ketat, Pindaan Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951

memberi kuasa kepada polis untuk melakukan penyiasatan, merampas dokumen dan
menggeledah premis serta menangkap mana-mana individu yang terlibat dalam aktiviti ceti
haram tanpa waran. Pihak berkenaan harus mengawal pernerbitan iklan yang membabitkan
pemberian pinjaman oleh ceti haram daripada bermaharajalela. Pindaan terhadap Akta
Pemberi pinjaman Wang 1951 dengan menaikkan kadar denda maksimum dan hukuman
penjara serta rotan terhadap pesalah. Mereka haruslah dikenakan denda yang lebih berat,
misalnya didenda RM5000 atau dimasukkan penjara atau kedua-dua sekali. Bagi ceti haram
yang mencederakan peminjam harus dikenakan hukuman yang berat, misalnya disebat.
Polis dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri (KDN) telaah bersetuju untuk
mengehahkan pengeluaran permit berkenaan bagi memudahkan urusan pemantauan dan
penguatkuasaan.
Kesedaran tentang kesan buruk meminjam daripada ceti haram juga harus terdedah
kepada masyarakat. Pihak berkenaan harus melancarkan kempen secara besar-besaran
untuk menyedarkan orang ramai tentang padah meminjam daripada ceti haram. Aktiviti
kesedaran tentang implikasi buruk meminjam daripada ceti haram juga boleh dibuat
melalui akhbar ataupun media elektronik. Sebagai anggota masyarakat, kita juga
mempunyai tanggungjawab untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya
mempunyai maklumat tentang aktiviti pinjaman haram.
Syarikat kewangan dan pihak bank juga memainkan peranan penting dalam usaha
membanteraskan kegiatan ceti haram. Syarikat kewangan dan pihak bank boleh
menyediakan pelbagai bentuk pinjaman kepada golongan yang berpendapatan rendah dan
sederhana. Bank dan syarikat kewangan perlu menyediakan prrosedur yang lebih mudah
dan tidak memerlukan cagaran dan syarat yang banyak serta ketat bagi memudahkan
seseorang itu membuat pinjaman. Selain itu, mereka juga harus mempercepatkan
pemberian pinjaman untuk golongan yang terdesak dan menghadapi masalah kewangan
yang serius.
Kesimpulannya, orang ramai hendaklah berganding bahu untuk mengatasi kegiatan
jenayah ini daripada berleluasa lagi. Di sampinng itu, pihak berkenaan haruslah bertindak
tegas kepada ceti haram dan juga pihak yang membuat pinjaman kepada ceti
haram.Usaha-usaha ini mestilah dilakukan agar keharmonian dan kesejahteraan negara
terjamin.
TUGASAN HARIAN TINGKATAN LIMA KEBURUKAN MEROKOK
Umum mengetahui keburukan amalan merokok sama ada dari aspek
kesihatan mahupun dari aspek ekonomi. Namun tabiat ini sukar dibendung malah telah
menjadi rutin segolongan besar masyarakat kita tidak mengira remaja atau dewasa,
lelaki atau wanita.
Di Malaysia pula, golongan remaja lelaki merupakan golongan utama yang
menghisap rokok. Bagi mereka, dengan menghisap rokok mereka dapat
menghilangkan ketegangan perasaan dan fikiran yang dialamni dan juga sebagai suatu
kepuasan.
Sebenarnya, perbuatan merokok merupakan salah satu punca yang
menyebabkan berlakunya penyakit barah paru-paru, arteri jantung dan batuk kering.
Para penghisap rokok yang menghisap sebanyak 40 batang rokok atau lebih dalam

sehari adalah 30 kali lebih berkemungkinan untuk diserang penyakit barah paru-paru.
Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), merokok menyebabkan 90%
daripada jumlah kes penyakit barah paru-paru dan 75% daripada jumlah kes penyakit
kerongkong yang tenat.
Asap rokok mengandung sebatian-sebatian seperti benzpiren, fenol, dan
hidrogen sianida yang mencemarkan paru-paru. Di samping itu, tar tembakau yang
mengandung nikotin juga menyebabkan ketumbuhan sel-sel barah. Keadaan ini
menyebabkan kesihatan para perokok menajdi terjejas dan tidak harianlah laporan
Who yang menyatakan bahawa seramai 4.5 juta orang mati pada setiap tahun sebagai
akibat keracunan dioksida dan nikotin yang berpunca daripada rokok.
Penghisap rokok biasanya sahaja membahayakan perokok malah turut
membahayakan kesihatan orang yang berada di sekitarnya. Apabila asap rokok
dihembus oleh perokok, orang yang berhampiran dengannya akan turut menghidu asap
tersebut dan mencemarkan paru-paru serta menjejaskan kesihatan mereka.
Asap roko turt menyebabkan pencemaran alam seitar berlaku. Misalnya, jika
terdapat 100 yang menghisap rokok di suatu ruang yang sempit, maka udara di
kawasan itu akan tercemar, Andainya terdapat ramai orang yang menghisap rokok di
sesuatu kawasan yang telah tercemar, kesihatan penduduk di kawasan itu sudah pasti
akan terganggu.
Menurut laporan Who seterusnya, perokok-perokok membelanjakan kira-kira
RM600 billion pada setiap tahun untuk membeli 10 000 billion batang rokok. Hal ini
jelas menunjukkan bahawa penduduk di dunia ini membazirkan terlalu banyak wang
hanya untuk membeli rokok. Lebih baik sekiranya jumlah wang yang besar itu
dibelanjakan untuk memperbanyak kemudahan-kemudahan awan, infrastruktur sosial,
pendidikan masyarakat, perkhidmatan hospital dan seumpamanya.
Para remaja yang menghisap rokok juga membelanjakan wang dengan jumlah
yang banyak semata-mata untuk membeli rokok. Bagi pelajar-pelajar bersekolah pula,
wang saku yang diperoleh daripada ibu bapa digunakan untuk membeli rokok.
Sesungguhnya, perbuatan itu hanya akan merugikan diri mereka sendiri, masyarakat
11
dan negara. Oleh yang demikian, pihak ibu bapa dan guru haruslah memastikan anakanak mereka dan para pelajar tidak menjadi perokok.
Meskipun kerajaan memperoleh pendapatan yang besar melalui cukai
daripada perniagaan rokok namun usaha-usaha untuk mencegah amalan merokok itu
tetap dijalankan. Langkah kerajaan mengharamkan iklan rokok di kaca televisyen
mrerupakan suatu langkah bijak untuk mengelakkan lebih ramai orang yang
menghisap rokok. Langkah menaikkan harga rokok melalui duti importnya juga
berjaya mengurangkan jumlah perokok di negara ini.
Kesimpulannya, saya insaf kerana selama ini saya merokok tanpa menhargai
kesihatan badan diri dan juga kesihatan orang lain. Saya sedar bahawa
memberhentikan merokok dapat mengelakkan kesihatan diri daripada pelbagai
penyakit kanser seperti kanser paru-paru. Saya juga mengambil iktibar dan berjanji
supaya tidak merokok pada masa yang akan datang. Saya telah berubah sikap dan
sering mengingatkan diri supaya tidak merokok setiap hari. Nilai yang terdapat di
dalam esei ini ialah harga diri dan rasional

Anda mungkin juga menyukai