Anda di halaman 1dari 26

BISSMILLAHIRRAHMANIRAHIM

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


YANG BERBAHAGIA PROFESOR DR. MOHD YAZID ABDUL MANAF, DEKAN FSTM
YANG BERBAHAGIA
YANG DIKASIHI, CIK SITI IMA MUNIRAH, RAKAN YANG DIRAIKAN.
YANG DIHORMATI
TUAN-TUAN DAN PUAN- PUAN YANG DIRAHMATI ALLAH SENTIASA
BAGI PIHAK JAWATANKUASA PELAKSANA MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG
KE JAMUAN PERPISAHAN DAN PERPINDAHAN CIK SITI IMA MUNIRAH
AHMAD YANG DITUKARKAN KE PEJABAT PENDAFTAR BERKUATKUASA PADA
22 APRIL 2013 BARU-BARU INI.
..ALHAMDULILLAH DAPAT KITA BERTEMU LAGI PADA MAJLIS YANG CUKUP
BERMAKNA.
KUNING EMAS MASAKNYA PADI
MAWAR MERAH DAHANNYA BERDURI
TERIMA KASIH DAUN KELADI
KERANA SUDI MENGHADIRKAN DIRI.
BACAAN DOA
HADIRIN YANG DIHORMATI,
MENANDAH TANGAN TANDA KERENDAHAN
LAFAZ BISMILLAH MEMPERKUKUHKAN TAUTAN
DOA DIPOHON PENUH PENGHARAPAN
AGAR MAJLIS MENDAPAT KEBERKATAN

BAGI MENAMBAH KEBERKATAN MAJLIS KITA,MARILAH SAMA-SAMA KITA


MENADAH TANGAN MENGAMINKAN BACAAN DOA YANG AKAN DILAFAZKAN
OLEH ENCIK RUZAINI TAMIN.
MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN
AMIN AMIN YA RABBAL ALAMIN
MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA ENCIK RUZAINI
TAMIN ATAS BACAAN DOA ITU TADI.
UCAPAN DEKAN
BUKAN KERIS TANPA ULUNYA
BUKAN MAJLIS KALAU TANPA UCAPANNYA
SEBAGAI PEMBUKA PERSADA UCAPAN. MAJLIS DENGAN HORMATNYA
MEMPERSILAKAN YANG BERBAHAGIA PROF. DR. MOHD YAZID ABDUL
MANAF UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN.
MAJLIS DENGAN HORMATNYA MEMPERSILAKAN.
MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERBAHAGIA
PROFESOR DR. MOHD YAZID ABDUL MANAF
UCAPAN CIK IMA, (YANG DIRAIKAN)
SUDAH BIASA KITA DENGARI
PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI
NAMUN TAK SAMA DENGAN YANG INI
TAK MUNGKIN ADA GALANG GANTI.
SETERUSNYA MAJLIS MEMPERSILAKAN CIK SITI IMA MUNIRAH AHMAD
UNTUK MEMBERIKAN SEPATAH DUA KATA .
MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN.

MAJLIS MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH


KEPADA CIK SITI IMA ATAS UCAPAN ITU TADI.
BANYAK DURI PERKARA DURI
TIDAK SAMA DURI MENGKUANG
BANYAK BUDI PERKARA BUDI
TIDAK SAMA BUDIMU SEORANG
MALAM HARI BERLAGU UNGGAS
MEMECAH KESUNYIAN DI DALAM HUTAN
WALAUPUN TERPISAH TEMPAT DAN TUGAS
BUDIMU TUAN DALAM INGATAN
PENYAMPAIAN CENDERAMATA
HADIRIN

DAN

HADIRAT

SEKALIAN,MAJLIS

SETERUSNYA

ADALAH

PENYAMPAIAN CENDERAMATA SEBAGAI TANDA KENANG-KENANGAN BUAT


INSAN YANG KITA RAIKAN PADA HARI INI.
MAJLIS MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN YANG BERBAHAGIA PROF. DR
MOHD YAZID ABDUL MANAF UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAMATA BUAT
KENANG-KENANGAN KEPADA CIK SITI IMA. DIPERSILAKAN
KAIN SONGKET CANTIK KILAUAN
DITENUN OLEH ORANG KEMAMAN
TAK TERBALAS BUDIMU TUAN
KAMI MERAKAM SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN.
BEGITULAH

TADI

,UPACARA

PENYAMPAIAN

CENDERAMATA

KENANG-

KENANGAN KHUSUS UNTUK CIK SITI IMA MUNIRAH AHMAD.


PASTINYA KAMI WARGA FSTM TIDAK AKAN LUPA DENGAN CIK IMA. BELIAU
MENINGGALKAN KITA DENGAN DAYA USAHA DAN SEMANGAT KERJA SERTA
KOMITMEN YANG CEMERLANG SEPANJANG BERADA DI SINI..

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA YANG BERBAHAGIA PROF. DR. MOHD


YAZID ATAS KESUDIAN MENYAMPAIKAN CENDERAMATA ITU TADI.
PENUTUP
TIBA WAKTUNYA UNTUK MENYUSUN JEMARI
MEMBUANG SEGALA KERIKIL BERSALUT DI HATI
MAAF ANDAI ADA SALAH SILAP TANPA DISEDARI AGAR SAAT PERPISAHAN INI
INDAH BERBUNGA MESRA DALAM JAMBANGAN INGATAN.
PADA CIK IMA YANG AKAN PERGI MENINGGALKAN KITA DI FSTM
JELINGLAH KAMI JIKA RINDU MASIH BERTAMU
SAPALAH KAMI ANDAI MESRA AKRAB BERPADU
SELAMAT BERTUGAS DI TEMPAT YANG BARU
SEMOGA ALLAH SENTIASA MEMBERKATI
MAJLIS MENGUCAPKAN TERIMA KASIH SEKALI LAGI KEPADA SEMUA TETAMU
DAN

HADIRIN

YANG

SUDI

MELUANGKAN

MEMERIAHKAN MAJLIS PADA PAGI INI


DARI MANA ASALNYA USAH DIUSUL
MOLEK BUDINYA MENAMBAT HATI
DUA TIGA BICARA SALAH TERSASUL
JANGAN DISIMPAM DI DALAM HATI
UBI MANIS UBI KELADI
KALAU ADA DITAMBAH LAGI
SEKIRANYA UMUR PANJANG DIRESTUI
KITA PASTI BERJUMPA LAGI
JAMUAN MAKAN
KEMBANG HARUM SIBUNGA SEROJA
BUAT HIASAN PENYAMBUT TETAMU
TERHIDANG SUDAH JAMUAN DIMEJA
DIPERSILAKAN SEMUA HADIRIN MENJAMU.

MASA

BERSAMA-SAMA

UNTUK ITU DIPERSILAKAN HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN UNTUK


MENJAMU SELERA.
SEKIAN SAHAJA ,SALAM HORMAT,
WABILLAHI TAUFIK WAHIDAYAH.WASSALAMUALAIKUM WBT

P O S T E D B Y S H A AT 9 : 0 6 P M

REACTIONS:
engumumkan ketibaan Yang Diraikan En. Muhammad Hissam bin Sani diiringi
Tuan Pengetua masuk ke dalam dewan.
Bismillahirrahmanirrahim ,assalamualaikum wArahmatullahi
wabarakatuh dan salam sejahtera
Yang Berusaha, En. Yew Kok Leh, Pengetua SMK Jalan Mengkibol
Yang dihormati, Barisan Penolong Kanan, Barisan Ketua Bidang,
Wakil PIBG, Encik Ramli Juri, Wakil Kestabol, Encik Nazri Zakaria,
Ketua Pembantu Tadbir Puan Habsah binti Kasmin,
Ketua Pembantu Makmal, Encik Jasni bin Sahid,
Yang diraikan, Encik Muhammad Hissam bin Sani, Barisan guru dan rakan staff
sokongan yang dirahmati ALLAH sekalian,
Selamat Datang ke : Majlis Perpisahan sempena Pertukaran Encik Muhammad
Hissam bin Sani
Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati
Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada petang berbahagia ini, marilah samasama kita mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh En. Jasni Bin
Sahid
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Terima kasih diucapkan kepada En. jasni atas bacaan doa itu tadi.
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian
Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan

Pergi ke kota beli selasih,Sayang si dara buat halwa;Berilah kata simpulan


kasih,Sulamkan mesra satukan jiwa
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian
Tibalah kita ke majlis ucapan. Dijemput En Jasni Bin Sahid selaku ketua dan wakil
pembantu makmal untuk menuyampaikan ucapan, dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada En. Jasni atas ucapan itu tadi.
Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan Puan Habsah binti Kasmin
selaku Ketua Pembantu Tadbir untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Pn. Habsah atas ucapan yang telah disampaikan
sebentar tadi.
Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berusaha Tuan Pengetua SMK
Jalan Mengkibol, Encik Yew Kok Leh untuk menyampaikan ucapan, Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada yang Tuan Pengetua Encik Yew Kok Leh atas
ucapan itu tadi.
Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang
Diraikan En. Muhammad Hissam Bin Sani. Majlis dengan segala hormatnya ingin
menjemput dan mempersilakan.
Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang
Diraikan En. Muhammad Hissam atas ucapan itu tadi.
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian
Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda
kenang-kenangan buat insan yang kita raikan iaitu Encik Muhammad Hissam Bin
Sani.

Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan


mempersilakan Tuan Pengetua untuk mengiringi Yang Diraikan Encik Hissam
untuk menerima cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.
Dipersilakan Tuan Pengetua, En Yew Kok Leh untuk menyampaikan cenderamata
dari pihak sekolah
Terima Kasih.
Dipersilakan Puan Faridah untuk menyampaikan cenderamata dari pihak
pentadbir.
.Terima Kasih.
Dipersilakan Encik Ramli untuk menyampaikan cenderamata dari pihak PIBG
.Terima Kasih.
Dipersilakan Encik Nazri untuk menyampaikan cenderamata dari pihak
KESTABOL.
.Terima Kasih.
Dipersilakan Puan Habsah untuk menyampaikan cenderamata dari pihak pejabat.
.Terima Kasih.
Dipersilakan Encik Jasni Sahid untuk menyampaikan cenderamata dari pihak
Pembantu Makmal
.Terima Kasih.
Dipersilakan Puan Zuraidah untuk menyampaikan cenderamata dari pihak
perpustakaan
.Terima Kasih.
Dipersilakan Puan Faridah untuk menyampaikan cenderamata dari pihak
pentadbir.
.Terima Kasih.
Dipersilakan .. untuk menyampaikan sumbangan peribadi
.Terima Kasih.
Dipersilakan .. untuk menyampaikan sumbangan peribadi
.Terima Kasih.

Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan khusus untuk


Yang Diraikan En. Muhammad Hissam Sani.
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai
cenderamata sebentar tadi.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Bulan Oktober adalah bulan yang bermakna buat kita semua. Selain daripada
perpisahan kita dengan Encik Hissam, marilah sama-sama kita meraikan mereka
yang menyambut ulangtahun kelahiran pada bulan ini. Dengan ini dijemput dan
dipersilakan kelahiran-kelahiran bulan Oktober ke meja pemotongan kek.
Mereka ialah :

Encik..

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.


Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan
Tuai padi antara nampak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Terima kasih diucapkan
kepada Yang diraikan Encik Hissam kerana sudi bersama kita pada petang ini dan
kami semua mendoakan agar Encik Muhammad Hissam ceria di tempat baru.
Terima Kasih juga diucapkan kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi
meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis ini.
Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali
Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum
Wa Rahmatu

Bismillah.
Yang Berbahagia .......
Penyelia Pejabat Pelajaran Daerah .......
Yang Berusaha ..............
Guru Besar......
Yang Berbahagia .................................
Yang Di Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Sekolah .............................
Yang Berusaha Barisan Guru-guru Penolong Kanan
Sekolah ....................
Guru-guru dan para pekerja yang diraikan serta rakan-rakan yang
dikasihi sekalian.
Assalammualaikumdan salam sejahtera, salam ceria,...di pagi yang
mulia.
Selamat datang ke Majlis Sambutan Hari Guru dan Hari Pekerja
Peringkat Sekolah .........
Bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah
kurnia dan keizinan Nya dapat sama-sama kita berkumpul di dataran
yang mulia ini untuk meraikan Sambutan Hari Guru dan Hari Pekerja
bagi Tahun 2013 dengan tema : ......
Awal Bismillah pembuka bicara
Kata disusun untuk keberkatan,
Semoga kebaikan datang jua,
Doa tulus pinta dilafazkan.
Untuk maksud itu, marilah kita bersama-sama mengaminkan doa yang
akan dilafazkan oleh Ustaz........ Dijemput dengan hormatnya.
(bacaan doa)

Amin Ya Rabbal Alamin.


Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas pembacaan doa itu
tadi. Semoga yang baik kita mulai, yang baik jua kita didatangi,
Insya-Allah.
______________________________________________________________

Hadirin yang dihormati sekalian,


Sebagai pemula acara, marilah sama-sama kita menyanyikan rangkaian
tiga buah lagu,Lagu Negaraku, Lagu Negeri.... dan Lagu
Sekolah........ Sidang dataran dipersilakan berdiri.
(rakaman nyanyian)
Majlis merakamkan jutaan terima kasih.
Sidang dewan dipersilakan duduk.
Hadirian yang dihormati sekalian,
Seterusnya Bacaan Perutusan...
Dipersilakan ........... GPK Hal Ehwal Murid untuk membacakan
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Dipersilakan...
(ucapan perutusan)
Majlis merakamkan ucapan terima kasih.
.Seterusnya dipersilakan..........................., GPK1 untuk membacakan
Perutusan Menteri Pelajaran Malaysia. Dipersilakan.
(ucapan perutusan)
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.
Sidang hadirin sekalian,
Majlis pada pagi ini diteruskan dengan Ucapan Wakil Pelajar, untuk
itu dipersilakan ........................selaku Ketua Pengawas untuk
menyampaikan ucapannya. Dipersilakan...

(ucapan)
Majlis merakamkan ucapan terima kasih.
Sidang dataran sekalian,
Seterusnya majlis mempersilakan ........................, Yang Di Pertua PIBG
Sekolah ....................... untuk menyampaikan ucapan beliau.
Dipersilakan...
(ucapan)
Majlis mengucapkan terima kasih di atas ucapan itu tadi.
Hadirin sekalian,
Seterusnya dipersilakan ......., Penyelia Pejabat Pelajaran Daerah ....
untuk tampil menyampaikan ucapan beliau. Majlis mempersilakan
dengan segala hormatnya....
(ucapan)
Majlis merakamkan jutaan terima kasih.
Sebagai acara penerus bicara, majlis mempersilakan ................... untuk
menyampaikan ucapan beliau. Majlis mempersilakan dengan segala
hormatnya.
(ucapan)
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas
ucapan .................itu tadi.
Sidang dataran yang dimuliakan,
Paluan gendang pembuka majlis,
Moden tradisional bersatu senada;
Seterusnya, bacaan ikrar jadi perintis,
Barisan guru tersenyum bangga.

Untuk itu, dijemput semua guru ..........tampil ke atas pentas


bagi acara melafazkan ikrar diketuai oleh ........., GPK1. Dipersilakan....

Majlis merakamkan jutaan terima kasih.


Sidang dataran sekalian,
Sebagai hiburan dan tatapan hadirin sekalian, marilah sama-sama kita
saksikan persembahan nyanyian oleh barisan guru-guru kita...
Saksikanlah persembahan nyanyian Lagu Guru Malaysia dan nyanyian
Lagu Tema Hari Guru oleh barisan pentadbir dan guru-guru.
Dipersilakan....
Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas persembahan itu
tadi.
Sidang hadirin sekalian,
Seterusnya majlis penyampaian hadiah dari PIBG .. kepada
guru-guru.
Untuk itu bagi menyempurnakannya, majlis
mempersilakan..........menjemput dan mengiringi ............................, Yang
Di Pertua PIBG untuk menyampaikan hadiah kepada barisan guruguru. Dipersilakan.....
(penyampaian hadiah)
Sidang dataran sekalian ;
Maju Bangsa Kerana Bahasa,
Adap Menghiasi Jambangan Jiwa;
Ingatan Diberi Tidak Seberapa,
Penghargaan Tanda Pernah Bersua.

Untuk maksud itu, majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan ........ untuk menyampaikan cenderahati sebagai tanda
terima kasih kepada Yang Berbahagia .............,dipersilakan....... dan
seterusnya kepada Yang
Berbahagia......................, dipersilakan........Majlis merakamkan
jutaan terima kasih.
Sidang dewan yang dimuliakan,
Andai berkayuh dah sampai ke seberang
Andai memanjat dah sampai ke pucuk
Andai mendaki dah sampai ke puncak
Setiap yang bermula pasti akan berakhir
Begitu juga dengan majlis kita pada hari ini
sebagai penutup bicara,
Sisir pelepah meraut lidi,
Menganyam daun atap jerami,
Yang indah, yang berseri bawalah pergi
Yang cacat yang keji tinggalkan buat kami.
Dagang singgah membeli kajang,
Tambat perahu di muara Deli.
Kalau ada umur yang panjang,
InsyaAllah, boleh kita berjumpa lagi.
Segala yang baik, yang indah dan yang sempurna itu datangnya
daripada Allah SWT jua dan sama-samalah kita mensyukurinya dan
segala kekurangan dan kepincangan majlis
ini adalah kelemahan daripada pihak kami dan kemaafan jua yang kami
pinta.
Wabillahhitaufik walhidayah, wassalamualaikum warrahmatullah
hiwabarakatuh dan terima kasih.SELAMAT HARI GURU

EKS UCAPAN PENGACARA MAJLIS SEMPENA SAMBUTAN


HARI GURU
SMK HANG JEBAT
2016
(Teks di bawah sekadar contoh yang disediakan untuk rakanrakan guru yang memerlukan bantuan untuk Sambutan Hari
Guru. Tidak ada kaitan langsung dengan apa yang sebenarnya
berlaku di SMK HANG JEBAT. Saya sekadar menggunakan
nama-nama yang berkenaan sahaja.)
PERHATIAN.
MINTA KERJASAMA SEMUA PELAJAR UNTUK MEMBERI
LALUAN MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU AKAN
BERLANGSUNG SEBENTAR LAGI.
TERIMA KASIH.
PARA PELAJAR DIINGATKAN BERDIRI KETIKA PERARAKAN
MASUK GURU-GURU KE DEWAN JAUHARI SMK HANG
JEBAT.
PERARAKAN GURU
RAKAN-RAKAN PELAJAR SEKALIAN, MARILAH SAMA-SAMA
KITA MEMBERIKAN TEPUKAN YANG GEMURUH KEPADA
SEMUA GURU SMK HANG JEBAT
MAJLIS MEMOHON TUAN PENGETUA UNTUK MENABURKAN
KUNTUMAN-KUNTUMAN BUNGA DIIRINGI OLEH PENOLONGPENOLONG KANAN KEPADA BARISAN GURU-GURU YANG
DIKASIHI DAN DIRAIKAN.
Dia seorang guru pengganti ayah ibu
dia seorang guru pembentuk generasi baru
dia seorang guru pembina insan sepadu
dia seorang guru pewaris tamadun ilmu
yang terus hidup sepanjang waktu.
BISMILLAHIRAHMANIRAHIMASSALAMUALAIKUM, SALAM
SEJAHTERADAN SELAMAT PAGI

YANG BERUSAHA
Pn Hjh Sharmizan binti Shaffie,
PENGETUA SMK HANG JEBAT
YANG BERBAHAGIA
En Abdul Rahim bin Yunus,
YANG DIPERTUA PIBG, SMK HANG JEBAT,
YANG BERUSAHA,
Tn Hj Ihsan bin Ramli,
PENOLONG KANAN
YANG BERUSAHA,
Tn Hj Nasri Abidin
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID,
YANG BERUSAHA,
Pn Hjh Petimah binti Ibrahim
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM.
BARISAN PENDIDIK YANG DISAYANGI.
WARGA KERJA SMK HANG JEBAT.
AJK-AJK PIBG SMK HANG JEBAT.
BARISAN PENGAWAS DAN RAKAN-RAKAN YANG DIKASIHI
SEKALIAN
SELAMAT HARI GURU DIUCAPKAN KEPADA SEMUA GURU.
BERSYUKUR KITA KE HADRAT ILAHI, KERANA PADA PAGI INI
KITA DAPAT BERSAMA-SAMA BERKUMPUL BAGI
MERAIKANKAN INSAN YANG AMAT KITA SANJUNGI DALAM
MAJLIS SAMBUTAN PERAYAAN HARI GURU PERINGKAT
SMK HANG JEBAT BAGI TAHUN 2016. GURU PEMBINA
NEGARA BANGSA ITULAH TEMA PERAYAAN HARI GURU
PADA TAHUN INI.

NYANYIAN LAGU NEGARAKU


SEBAGAI PEMBUKA TIRAI, MAJLIS KITA PADA HARI INI,
DIJEMPUT PARA GURU DAN PELAJAR BERDIRI DAN
BERSAMA-SAMA MENYANYIKAN LAGU KEBANGSAAN LAGU
NEGARAKU.
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA ATAS NYANYIAN
ITU TADI.
BACAAN DOA
HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN,
Panggilan cikgu adalah keramat
Bersabar menabur jasa dan bakti
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati
BAGI MENAMBAH KEBERKATAN MAJLIS PADA HARI YANG
PENUH BERMAKNA INI, MARILAH SAMA-SAMA KITA
MENADAH TANGAN MENGAMINKAN BACAAN DOA YANG
AKAN DIPIMPIN DAN DILAFAZKAN OLEH AL FADHIL USTAZ
ZULKIFLI HJ GEE.
DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN.
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
MAJLS MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN
DAN TERIMA KASIH KEPADA USTAZ ZULKIFLI HJ GEE ATAS
BACAAN DOA ITU TADI.
Pakai baju warna biru
Ke sekolah hingga pukul satu
Murid sentiasa hormatkan guru
Kerana guru pembekal ilmu
PERUTUSAN DARIPADA KETUA PENGARAH PENDIDIKAN
MALAYSIA.

SIDANG MAJLIS SEKALIAN, SETERUSNYA DIJEMPUT PULA


CIKGU SUBRAMANIAM A/L PERIANAN UNTUK
MEMBACAKAN PERUTUSAN UCAPAN DARIPADA KETUA
PENGARAHPENDIDIKAN MALAYSIA.
DEMIKIANLAH TADI TEKS PERUTUSAN DARIPADA KETUA
PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA.
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA CIKGU SUBRAMANIAM
A/L PERIANAN.
RAKAN-RAKAN PELAJAR DIHORMATI,
SESUNGGUHNYA:
Jasa guru tidak dapat dihitung dengan jari. Gurulah menyebabkan
kita mengenal huruf dan angka. Huruf yang diajar, dikembangkan
menjadi suku kata, perkataan dan seterusnya ayat. Menerusi
huruf, kita mampu mengira ribuan angka. Semuanya kita peroleh
menerusi dedikasi guru yang berterusan mendidik tanpa
mengenal penat dan lelah.
PERUTUSAN MENTERI PENDIDIKAN
SETERUSNYA, MAJLIS MENJEMPUT TN HJ AHMAD MAJDI
BIN ABDULLAH UNTUK MEMBACAKAN TEKS PERUTUSAN
MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA. DIPERSILAKAN.
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA TN HJ AHMAD MAJDI
BIN ABDULLAH.

UCAPAN WAKIL PELAJAR.


Dapat banyak BUNGA? Tanda tugas guru mengharumkan dunia.
Dapat banyak PEN? tanda guru bijak melakar kata. Dapat
PEMADAM? Tanda guru sentiasa membetulkan yang dusta.
Dapat UCAPAN tanda guru sentiasa di ingatan.
PARA GURU DAN PELAJAR SEKALIAN, SETERUSNYA MAJLIS
MENJEMPUT WAKIL MURID SELAKU KETUA MURID SMK

HANG
JEBAT
MEWAKILI
PARA
PELAJAR.
IAITU
SAUDARI AMIRA AQILAH BT MOHD YAZID UNTUK
MENYAMPAIKAN UCAPAN KHAS SEMPENA HARI GURU.
DIPERSILAKAN.
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SAUDARI AMIRA
AQILAH BT MOHD YAZID ATAS UCAPAN SEBENTAR TADI.
Guru,
Engkau bak mentari menyinari siang,
Engkau bak bulan menerangi malam,
Cahayamu menerangi jiwa anak-anak merdeka!
Cahaya kejayaan seorang pendidik berwibawa,
Engkau insan gemilang.

UCAPAN YDP PIBG


PARA HADIRIN SEKALIAN, MAJLIS MENJEMPUT PULA EN
ABDUL RAHIM YUNUS YANG DIPERTUA PIBG MEWAKILI IBU
BAPA UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN. DIPERSILAKAN.
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA EN ABDUL RAHIM
YUNUS ATAS UCAPAN ITU TADI.
UCAPAN PERASMIAN OLEH PENGETUA
TAK MOLEK JIKA ADA ALU TIADA LESUNGNYA
TAK BERGUNA JIKA ADA DAYUNG TIADA PERAHUNYA
TAK LENGKAPLAH MAJLIS JIKA SUARANYA TANPA
BERBICARA.
HADIRIN SEKALIAN MAJLIS DITERUSKAN DENGAN SEGALA
HORMATNYA MEMPERSILAKAN PN HJH SHARMIZAN BT
SHAFFIE, PENGETUA SMK HANG JEBAT BAGI
MENYAMPAIKAN UCAPAN DAN SETERUSNYA MERASMIKAN
PERAYAAN HARI GURU SMK HANG JEBAT. DIPERSILAKAN.

TERBANG MELAYANG SI ANAK KEDIDI, TERIMA KASIH DI


UCAPKAN KEPADA TUAN PENGETUA ATAS UCAPAN ITU
TADI.
ACARA PEMOTONGAN KEK
SEKARANG KITA TELAH SAMPAI KE ACARA MEMOTONG
KEK OLEH TN PENGETUA DAN PEN-PEN KANAN, MOHON
PARA GURU BERSAMA-SAMA BAGI MENGIRINGI
PENGETUA UNTUK ACARA PEMOTONGAN KEK.
MAJLIS MENGUCAPKAN SETINGGI PENGHARGAAN KEPADA
PARA GURU ATAS KERJASAMA YANG DIBERIKAN.
BACAAN IKRAR GURU/NYAYIAN HARI GURU
BERALIH KITA KE ACARA SETERUSNYA DENGAN
MENJEMPUT SEMUA GURU KE PENTAS UNTUK BACAAN
IKRAR YANG AKAN DIKETUAI OLEH TN HAJI SUPARDI
MOHD SANI. MOHON PARA GURU NAIK KE PENTASDAN
SELEPAS ITU, KITA AKAN DIPERDENGARKAN DENGAN
KELUNAKAN SUARA OLEH PARA GURU DENGAN NYANYIAN
LAGU KAMI GURU MALAYSIA, DAN BIARKU MENJADI LILIN.
DEMIKIANLAH TADI NYANYIAN BEBERAPA BUAH LAGU
DARIPADA GURU-GURU YANG KITA SAYANGI.

PERSEMBAHAN A (MURID)
PARA GURU DAN RAKAN PELAJAR SEKALIAN.
BAGI MEMERIAHKAN LAGI MAJLIS KITA PADA PAGI INI, KITA
TAMPILKAN SATU PERSEMBAHAN DARIPADA PELAJAR
ORANG ASLI SEBAGAI KENANGAN DI HALWA TELINGA
KHUSUSNYA UNTUK GURU-GURU YANG DIRAIKAN PADA
HARI INI. SAMA-SAMALAH KITA SAKSIKAN

PERSEMBAHAN JURAGAN.
UNTUK MAKLUMAN HADIRIN SEKALIAN, PERSEMBAHAN ITU
TADI DI BAWAH PIMPINAN MOKNIK ROSNITA.
SEKALUNG PENGHARGAAN DIUCAPKAN.
PERSEMBAHAN B (MURID)
SETERUSNYA PULA MARILAH KITA SAMA-SAMA SAKSIKAN
PERSEMBAHAN ____________________ DI BAWAH
PIMPINAN ____________________.
BEGITULAH SANTAPAN MATA YANG DIHADIAHKAN OLEH
PELAJAR BUAT GURU-GURU YANG TERSAYANG..
SEKALUNG PENGHARGAAN TERMA KASIH ATAS
PERSEMBAHAN ISTMEWA ITU TADI..
PERSEMBAHAN BADAN PENGAWAS
MAJLIS AKAN DISERIKAN LAGI DENGAN PERSEMBAHAN
PERTUNJUKAN PAKAIAN BERAGAM DARIPADA BADAN
PENGAWAS. SAMA-SAMALAH KITA SAKSIKAN
PERTUNJUKAN BERAGAM INI.
DEMIKIANLAH TADI PERSEMBAHAN PERTUNJUKAN
PAKAIAN BERAGAM OLEH BADAN PENGAWAS.

PERSEMBAHAN GURU
MAJLIS TIDAK AKAN MERIAH JIKALAU TIDAK DISERIKAN
DENGAN PERSEMBAHAN OLEH GURU.. DIJEMPUT
CIKGU .................................UNTUK MENYAMPAIKAN SEBUAH
LAGU YANG BERTAJUK ...............................................
DENGAN INI DIPERSILAKAN
TERIMA KASIH DIUCAPKAN

PERSEMBAHAN __________
Guru
Tiada hadiah dapat ku beri
Hanya sebuah puisi pengganti diri
Semoga dirimu dirahmati..
PERSEMBAHAN SETERUSNYA PULA _____________
DARIPADA BEBERAPA ORANG PELAJAR SMK HANG JEBAT.
DIPERSILAKAN.
TERIMA KASIH KEPADA KUMPULAN ___________ ITU TADI.
PENYAMPAIAN ANUGERAH KHAS SUMBANGAN PIBG
MAJLIS DITERUSKAN LAGI DENGAN PENYAMPAIAN
ANUGERAH KEPADA BEBERAPA ORANG GURU YANG
TELAH BERJAYA MENAMBAT HATI MURID-MURID SMK HANG
JEBAT. UNTUK MAKLUMAN, PENCALONAN TELAH DIBUKA
SEJAK SEBULAN YANG LALU. SEMUA GURU TELAH
DICALONKAN DAN PEMILIHAN TELAH DILAKUKAN OLEH
SEMUA PELAJAR DARI SEMUA TINGKATAN. UNDI
TERTINGGI TELAH TERPILIH DIANGGAP PEMENANG.
DIMULAKAN DENGAN
* Anugerah Guru Paling Rajin.
* Anugerah Guru Paling Berdedikasi
* Anugerah Guru Paling Berketrampilan
* Anugerah Guru Paling Periang
* Anugerah Guru Paling Prihatin
*Anugerah Guru Paling Penyayang
*Anugerah Guru Paling Popular
PENYAMPAIAN ANUGERAH GURU INOVATIF
Bersenjatakan pena keramat
Berbekalkan ilmu di dada penuh sarat
Melangkah sang guru penuh semangat
Ke gelanggang pendidikan untuk berkhidmat

Dengan satu misi satu matlamat


Semoga jasa guru mendapat rahmat
Demikian sifat guru sejati
Kerana sememangnya

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA


ANUGERAH SETERUSNYA ADALAH JULUNG KALI DIADAKAN
BERSESUAIAN DENGAN TEMA PERAYAAN SAMBUTAN HARI
GURU PADA TAHUN INI IAITU GURU PEMBINA NEGARA
BANGSA.
PIHAK SEKOLAH DAN PIBG BERSEPAKAT DAN BERSETUJU
UNTUK MENGANUGERAHKAN ANUGERAH INI KEPADA PN
HJH HASLIZA MANAP KERANA KEPRIHATINAN SERTA
SEMANGAT BELIAU KEPADA SMK HANG JEBAT DENGAN
MENCETUSKAN IDEA-IDEA, KREATIVITI SERTA TENAGA
DEMI MEMPERTINGKATKAN PENCAPAIAN MURID-MURID DI
SMK HANG JEBAT.
BERIKAN TEPUKAN YANG GEMURUH KEPADA PN HJH
HASLIZA MANAP ATAS JASA BELIAU SELAMA INI.
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA TUAN PENGETUA ATAS
PENYAMPAIAN ANUGERAH ITU TADI.
PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA GURU-GURU TINGKATAN.
Guru
Mencurahkan ilmu dengan motivasi
Mengajar dengan penuh dedikasi
Bersabar menabur jasa dan bakti
Mengisi minda yang masih kosong ini
Pengorbananmu ku sanjungi
Menjadi penggerak jati diri
Terimalah sedikit cenderahati
Sebagai tanda kenangan budi
SETERUSNYA PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA GURU-GURU
TINGKATAN. DIJEMPUT KETUA-KETUA KELAS SEMUA

TINGKATAN MEWAKILI KELAS MASING-MASING UNTUK


MENYAMPAIKAN CENDERAMATA ATAU TANDA HATI KEPADA
GURU KELAS MASING-MASING.
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PELAJAR SMK
HANG JEBAT ATAS TANDA INGATAN ITU TADI.
SESUNGGUHNYA, BUDI YANG DTABURKAN OLEH GURU
SELAMA INI TAK TERMAMPU UNTUK DIBALAS.. UCAPAN
TERIMA KASIH KAMI BUAT CIKGU.. WALAUPUN
SEBENARNYA UCAPAN ITU TERLALU KECIL JIKA
DIBANDINGKAN DENGAN PENGORBANAN YANG
DICURAHKAN OLEH GURU SELAMA INI.
Sekuntum terima kasih kami berikan,
Sebagai mengharumkan hatimu yang suci,
Setelah mendidik kami dengan sepenuh hati,
Menjadi insan bijak bestari,
Engkau pencetus evolusi kami,
Terima kasih cikgu yang telah memberi kami sebuah
pelajaran kehidupan yang bererti untuk hari depan
Terima kasih cikgu yang telah membantu kami
memahami sebuah realiti kehidupan.
Terima kasih cikgu yang telah mengajarkan kami ilmuilmu penerang hidup dalam kegelapan
Terima kasih cikgu yang selalu menerima kami dengan
lapang dada
Terima kasih cikgu yang tak kenal lelah membimbing
kami menjadi manusia-manusia tangguh
Terima kasih cikgu terima kasih atas pengorbanan yang
telah cikgu berikan
Kami mengharapkan para guru akan terus dirahmati Allah dengan
tubuh badan yang sihat. Malah kami berharap agar para guru
tidak jemu untuk mendidik kami agar menjadi insan yang berguna.
Kami berjanji akan belajar bersungguh-sungguh, seterusnya
memperoleh keputusan yang cemerlang

MARILAH SAMA-SAMA KITA UCAPKAN TERIMA KASIH


CIKGU KEPADA BARISAN GURU YANG KITA
SEMUA SAYANGI INI.
NYANYIAN LAGU SEKOLAH
PARA GURU DAN RAKAN PELAJAR YANG BUDIMAN.
Kalau memanjat, sudah sampai ke puncak,
Kalau menurun, sudah sampai ke lembah.
Kalau terjun, sudah sampai ke tanah,
Kalau berenang, sudah sampai ke pantai.
Kalau belayar sudah sampai ke pulau,
Kalau berjalan sudah sampai ke batas.
Kalau mudik, sudah sampai ke hulu,
Kalau hanyut sudah sampai ke kuala.
KITA SEMAKIN HAMPIR KE PENGHUJUNG MAJLIS, SEBELUM
KITA BERSURAI MARILAH SAMA-SAMA KITA BERDIRI DAN
BERSAMA-SAMA MENYAYIKAN LAGU _______________
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA ATAS NYANYIAN ITU TADI.
PENUTUP
Kami minta ampun,
Kami minta maaf ...
Kalau wajah ada yang tersalah pandang,
Kalau nama ada yang tersalah sebut,
Kalau gelar ada yang tersalah ucap,
Kalau duduk ada yang di salah tempat.
AKHIR KATA TAMATLAH SUDAH MAJLIS KITA PADA PAGI INI.
SEKALI LAGI SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA WARGA SMK

HANG JEBAT KERANA DAPAT BERSAMA-SAMA DALAM


SAMBUTAN HARI GURU BAGI TAHUN INI.
SEMOGA ALLAH MENGANUGERAHKAN ILHAM KEPADA
SEMUA GURU UNTUK MENJADI PENDIDIK YANG GEMILANG.
SEMOGA BENIH-BENIH KEIKHLASAN BERJAYA DITANAM
DALAM SETIAP BATAS HATI PARA GURU, KERANA DENGAN
KEIKHLASAN, AKAN TERPANCAR KEJERNIHAN DAN
KEJAYAAAN ANAK DIDIK YANG MUTLAK. MUDAHMUDAHANAMIN.
AYUH BERSAMA KITA UCAPKAN SELAMAT HARI GURU
MAJLIS MENJEMPUT SEMUA GURU DAN DIF-DIF JEMPUTAN
UNTUK MENIKMATI SEDIKIT JAMUAN RINGAN DI
________________.
KEPADA SEMUA PELAJAR JAMUAN DI ADAKAN DI
______________.
TERIMA KASH DAUN KELADI
PANJANG UMUR KITA SAMBUT LAGI
BUAT GURU KAMI SUDAHI
SELAMAT HARI GURU BUATMU DIKASIHI
JASA GURU TERPAHAT DIHATI
SEKIAN. SALAM SEJAHTERA
WABILLAHI TAUFIK WAHIDAYAH.WASSALAMUALAIKUM
WBT
(Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik.
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA.
Andalah GURU yang bisa melonjakkan pendidikan negara.
Galaslah tanggungjawab dan amanah ini dengan ikhlas dan
penuh dedikasi agar kita dapat melahirkan generasi
cemerlang dari segi akademik dan juga sahsiahnya)
sumber : http://kenangansilam-ita.blogspot.com/ dengan sedikit
pengubahsuaian

Posted by ayaHUda nAs


Email ThisBlogThis!

Anda mungkin juga menyukai